TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID 23 JANUARI 2015 (JUMAAT) DEWAN NUR, KPWKM
[SALUTASI]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1.
Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KPWKM kali ke-12 Tahun 2015.
2.
Saya mewakili seluruh ahli PUSPANITA Cawangan KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Norsham binti Rahin, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM ke-12 Tahun 2015, walaupun beliau begitu sibuk dengan tugasan harian.
3.
Saya juga difahamkan YBhg, Dato’ sanggup menangguhkan lawatan untuk melihat mangsa banjir di Negeri Sarawak semata-mata untuk bersama-sama ahli PUSPANITA hari ini. Terima kasih YBhg. Dato’.
4.
Saya juga ingin merakam setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berjaya menganjurkan Majlis ini. Walaupun masing-masing sibuk dan mempunyai komitmen terhadap tugas seharian, namun mereka masih mampu membahagikan masa untuk merancang, mengatur pelbagai program dan aktiviti untuk kita semua sertai.
5.
Terima kasih juga atas kehadiran ahli-ahli PUSPANITA yang telah memberi komitmen dan meluangkan masa bagi sama-sama kita menjayakan majlis kita pada hari ini. Semoga komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh puan-puan hari ini, menjadi pembakar semangat kepada barisan Ahli Jawatankuasa untuk bergiat aktif dan memacu PUSPANITA Cawangan KPWKM dengan lebih laju.
6.
Untuk makluman semua ahli yang hadir, Mesyuarat kita pada tahun ini, tidak ada pemilihan akan dibuat. Ini bermakna, Ahli Jawatankuasa Sesi 2014/2016 2|Page
akan terus menjalankan tugas untuk memastikan semua ahli dapat memanfaatkan program/aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan ini.
Pencapaian Program/Aktiviti Tahun 2014
Puan-puan, Ahli PUSPANITA yang saya hormati, 7.
Berdasarkan rekod, sepanjang sesi tahun 2014, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antara program tersebut adalah Majlis Solat Hajat MH370 dan MH17, perkongsian panduan hiasan dapur bersama Anjung Seri dan Luminarc, Nur Senyuman Aidilfitri, lawatan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha dan lawatan ke Krabi, Thailand. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa dan juga ahli-ahli yang begitu bersemangat menjayakan aktiviti dan program ini.
8.
PUSPANITA Cawangan KPWKM tidak bersendirian apabila menjalankan aktivitinya. PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) KPWKM juga bersahabat baik menerusi program lawatan sosial ke Krabi pada bulan November yang lalu. Di samping itu, kita juga secara aktif telah mengambil bahagian dalam pelabagai acara yang dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan.
Program/Aktiviti Selari Sempena Mesyuarat Agung Puan-puan yang saya hormati sekelian,
9.
Saya mendapati keahlian PUSPANITA Cawangan KPWKM adalah masih rendah iaitu seramai 550 orang berbanding dengan seramai 4,258 orang jumlah penjawat awam wanita di Kementerian ini termasuk jabatan dan agensi. Selaras dengan promosi keahlian RM2.00 sahaja untuk Ahli Seumur Hidup yang telah dikuatkuasakan oleh PUSPANITA Kebangsaan, saya menyeru kepada pegawai baik dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional mahupun Kumpulan Pelaksana untuk merebut peluang ini.
3|Page
10.
Sehubungan ini, pihak Urus Setia telah memperkenalkan Kempen Member Gets Member yang telah dipromosikan sejak dua minggu yang lalu menerusi edaran emel dan wakil-wakil Agensi yang dilantik.
Kempen ini bertujuan
untuk menambahkan bilangan keahlian PUSPANITA dan berkongsi faedah daripada keahlian ini. Sempena Kempen ini juga, semua Ahli Jawatankuasa telah bekerja keras untuk mendapatkan ahli baharu seumur hidup mendaftarkan diri masing-masing. Sejak Kempen dijalankan, seramai 150 ahli baharu telah didaftarkan. Harapan saya, lebih ramai lagi ahli-ahli baharu akan didaftarkan pada hari ini.
11.
Sempena Mesyuarat Agung ini, pelbagai acara telah diatur sepanjang pagi ini.
Antaranya adalah, pertandingan kreatif hiasan dan gubahan tuala,
telekung, pelbagai gerai jualan dengan harga runtuh, acara menghiasi diri manicure dan pedicure, pemeriksaan kesihatan LPPKN dan lain-lain. Penyertaan Program Anjuran PUSPANITA Kebangsaan 12.
Selain daripada menyertai program/aktiviti anjuran PUSPANITA KPWKM, saya ingin menggalakkan semua ahli mengambil peluang untuk mendapat manfaat yang disediakan oleh PUSPANITA Kebangsaan seperti di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita, PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya dan Tabung PUSPADARA yang menyediakan sumbangan peralatan perubatan. Maklumat mengenai kemudahan yang disediakan ini akan dimaklumkan kepada semua ahli melalui emel atau wakil-wakil Jawatankuasa di Agensi masing-masing.
Penutup
13.
Akhir kata, saya bagi pihak warga PUSPANITA KPWKM, mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali Ke-12 Tahun 2015. Terima kasih juga kepada Ketua-ketua Jabatan atau wakil dan puan-puan ahli PUSPANITA atas kesudian melapangkan masa untuk menjayakan Majlis ini. 4|Page
14.
Tidak lupa, saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menyediakan Majlis ini. Syabas dan tahniah kerana berjaya menganjurkan beberapa acara selari sempena Mesyuarat Agung ini.
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatuulahi Wabaraktuh.
Setiausaha PUSPANITA CAWANGAN KPWKM 23 Januari 2015
5|Page