1 TEKNOLOGI ANIMASI TEKNIK-TEKNIK MENGHASILKAN ANIMASI Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM2 PENGENALAN Animasi untuk persembahan fi...
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PENGENALAN
Animasi untuk persembahan filem/video : 24 – 30 fps
Animasi berkomputer biasanya akan berfungsi dengan baik sekiranya dibina dengan kadar antara 12 hingga 15 frame bagi setiap saat (12 –15 fps).
Sekiranya jumlah fps yang digunakan kurang dari nilai tersebut, animasi yang dihasilkan akan tersangkutsangkut kerana mata manusia sempat untuk melihat perbezaan yang berlaku semasa pertindihan antara frame. 2
PENGENALAN
Memandangkan proses menghasilkan animasi melibatkan tenaga dan masa yang tinggi, maka beberapa teknik menghasilkan animasi sering digunakan bagi meringankan beban tersebut.
Berikut merupakan beberapa teknik yang sering digunakan semasa menghasilkan animasi secara tradisional yang juga diadaptasi dalam penerbitan animasi digital: Keyframe Page Flipping Sel
Onion
Skinning 3
KEYFRAME
Memandangkan jumlah masa yang panjang serta tenaga yang banyak diperlukan bagi menghasilkan animasi melalui lukisan, maka biasanya kerja-kerja penghasilan animasi dilakukan oleh lebih dari seorang.
Biasanya apabila papan cerita (storyboard) sesebuah animasi telah disiapkan, pelukis grafik utama akan melukiskan frame-frame utama yang mengandungi atau akan berlakunya perubahan-perubahan yang besar bagi keseluruhan animasi tersebut.
Ianya akan menjadi kunci atau frame rujukan bagi keseluruhan frame-frame yang lain. 4
KEYFRAME
Seterusnya artis atau pelukis grafik akan melukis pula frame-frame yang berada di antara frame utama atau rujukan tadi. Dengan cara ini kebanyakan beban kerja animasi diagih serta dikawal oleh frame rujukan atau lebih dikenali sebagai “key frames”
Yang mana satu merupakan keyframe ?
5
PAGE FLIPPING
Page Flipping atau animasi bukaan helaian merupakan satu teknik yang mempersembahkan imej berturutan dengan menukar kepada kedudukan yang dikehendaki.
6
PAGE FLIPPING
Skrinnya mempersembahkan satu imej seakan-akan bergerak mengikut urutan.
Ia merupakan cara yang paling tradisional dan diketahui umum dan biasa digunakan dalam persembahan teknik animasi sel di dalam filem.
7
SEL
Satu lagi teknik yang banyak membantu mempercepatkan penghasilan animasi tradisi ialah dengan menggunakan kaedah yang dinamakan animasi sel.
Apabila animasi dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini, setiap watak atau objek yang hendak digerakkan akan dilukis pada helaian-helaian yang lutsinar (transparen).
Gambar bagi latarbelakang pula dilukis pada helaian lain yang agak legap (opaque).
8
SEL
Apabila proses animasi ingin dilakukan, perbagai watak atau objek akan dilukis bertindanan atau bertindihan pada frame-frame lutsinar di bahagian atas helaian yang mengandungi gambar latarbelakang tadi.
9
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
Animasi berasaskan lukisan memerlukan imej-imej dilukis di atas kertas sebelum ianya dipindahkan ke atas sel
10
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
11
SEL
Kaedah ini amat menjimatkan masa serta akan memudahkan para pelukis grafik kerana tidak perlu melukis setiap watak atau objek berulangkali sebaliknya cuma perlu melukis bahagian-bahagian tertentu pada watak yang hendak digerakkan sahaja.
12
ONION SKINNING
Onion Skinning digunakan didalam proses membina sesebuah animasi.
Ia membenarkan anda melihat gariskasar (outline) sel sebelumnya bagi membolehkan anda menghasilkan perubahan sel pada sel yang seterusnya.
13
ONION SKINNING
Contoh kesan penggunaan kemudahan onion skinning
14
TWEENING
Tweening merupakan salah satu teknik animasi yang popular dan setiap perisian mempunyai cara melaksanakan proses tweening yang tersendiri.
Proses tweening merupakan proses membentuk objek di antara frame-frame animasi bagi mempamerkan seolah-olah suatu pergerakan telah terbentuk.
15
TWEENING
Tweening juga membawa maksud bahawa seseorang animator hanya perlu membina sel pertama dan sel terakhir bagi sesebuah animasi.
Perisian animasi seterusnya akan membuat pengiraan ataupun ramalan untuk menentukan apa yang akan berlaku di antara frame pertama dengan frame yang terakhir
Inbetween atau tweening
Keyframe 1
Keyframe 2
16
TWEENING
Sel awal
Sel akhir
Inbetween atau tweening 17
TWEENING
Lukisan Inbetween 18
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep dan Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital, Venton Publishing : Kuala Lumpur.