PUSAT ASASI LAPORAN AKTIVITI PROGRAM JALINAN UKHUWAH ASASI SAINS B10
TARIKH : 22-23 DISEMBER 2012 TEMPAT : D’AMBANG RESORT, PEKAN, PAHANG ANJURAN: ASASI SAINS KUMPULAN B10 DENGAN KERJASAMA: PUSAT KOKURIKULUM
1.0
PENDAHULUAN
Program Jalinan Ukhuwah ini dikemukakan atas tujuan berikut: Memenuhi salah satu syarat sebagai pelajar pusat asasi yang mewajibkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. .
2.0
OBJEKTIF a) Meningkatkan stamina diri dan keyakinan diri pelajar apabila menghadapi situasi mencabar terutama ketika didalam hutan b) Memupuk semangat berpasukan dan berkerjasama antara ahli kumpulan c) Merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan mentor d) Memupuk nilai komitmen yang tinggi setiap ahli dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. e) Menanam semangat agar setiap ahli menjadikan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah f) Melahirkan rasa syukur setelah melihat keindahan alam
3.0 STRUKTUR ORGANISASI PENASIHAT Kumpulan B10 Zuhairusnizam Bin Md Darus PENGARAH PROJEK Program Jalinan Ukhuwah Nur Azalea Binti Muhammad Zainal Ashikin Kumpulan B10 Asasi Sains
PENOLONG PENGARAH PROJEK Program Jalinan Ukhuwah Ahmad Syauqi Bin Thanthawi Jauhari Kumpulan B10 Asasi Sains Universiti Teknologi Mara SETIAUSAHA PROJEK Program Jalinan Ukhuwah Mohamad Nizamuddin bin Mohamad Nordin Kumpulan B10 Asasi Sains Universiti Teknologi Mara BENDAHARI PROJEK Program Jalinan Ukhuwah Afifah Haziqah Binti Zakariya Zaki Kumpulan B10 Asasi Sains Universiti Teknologi Mara AHLI JAWATANKUASA: Ajk Protokol dan Disiplin Muhammad Zaim Bin Zainudin Ajk Makanan /ajk peralatan Muhammad Nurfaiez Bin Mohd Sukri Ajk Kebersihan Tempat Wan Noorhana Binti Wan Zahari Ajk Keselamatan dan Kebajikan Muhammad Azfar Bin Mazlan Ajk Kerohanian Ku Faiz Bin Ku Halim
4.0 PROGRAM Tarikh : 22-23 DISEMBER 2012 Hari : Sabtu-Ahad Tempat : D’Ambang Resort, Pekan, Pahang 22 DISEMBER 2012 Masa
Perkara
7.00 pagi
Peserta berkumpul di tempat yang telah ditetapkan
8.30 pagi
Bertolak ke destinasi menuju ke D’Ambang Resort
12.00 pagi
Tiba di destinasi,makan tengahari dan pengurusan diri
2.00 petang
Aktiviti 1 = Management game
3.00 petang
Aktiviti 2 = Flying fox
6.30 petang
Makan malam
8.30 malam
Aktiviti 3 = Night walk
10.00 malam
BBQ serta Group Games
12.00 malam
Aktiviti bersurai
.
23 DISEMBER 2012 Masa
Perkara
5.45 pagi
Solat Subuh
7.00 pagi
Pengurusan diri dan sarapan
8.30 pagi
Aktiviti 3 = Jungle Trekking
9.00 pagi
Aktiviti 4 = Water confidence
9.45 pagi
Aktiviti 5 = Bamboo rafting
1.00 tengahari
Majlis penutup dan makan tengahari
2.30 petang
bertolak pulang
* Gambar aktiviti –lampiran A
SINOPSIS PERJALANAN PROGRAM JALINAN UKHUWAH
Perjalanan kami bermula seawal jam 8 pagi apabila kami berkumpul di perhentian bas UiTM dan mula bertolak ke destinasi pada pukul 8.40 pagi. Sedikit doa dibacakan dan perjalanan kami ke D’ Ambang Resort bermula. Di awal perjalanan segala-galanya berjalan lancar apabila pemandu bas memandu dengan cermat sekali menempuhi jalan berbukit bukau di sepanjang perjalanan.
Pemandangan yang dihayati sungguh mempesonakan dan amat kami hargai.
Anggaran masayang kami harapkan untuk tiba di destinasi pada pukul 12.30 tengah hari, namun kami kelewatan dalam mengikuti perkadaran waktu yang telah ditetapkan kerana keadaan jalan
dan trafik yang tidak menentu.
Kami singgah sebentar
di perhentian Rehat dan Rawat,
Gambang untuk menikmati makanan tengah hari yang terletak lebih kurang 2 kilometer daripada destinasi kami. Akhirnya, kami tiba di destinasi pada pukul 2.45 petang dengan selamatnya. Setibanya kami di D’Ambang Resort, kami berjumpa dengan En. Khairuddin yang merupakan ketua jurulatih di situ.
Beliau menyuruh kami untuk ‘check in’ dan solat zuhur dahulu,
kemudian barulah aktiviti dapat dimulakan. Kami memulakan aktiviti kami dengan menaiki flying fox. En. Khairuddin memberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti ini supaya semua peserta dapat mengetahui ciri-ciri keselamatan dan cara yang betul untuk menaikinya agar segala-galanya boleh dilakukan dengan lancar dan selamat. Aktiviti pertama ini dirasmikan oleh penolong pengarah projek, Ahmad Syauqi apabila dia menjadi orang pertama yang menuruni tali tersebut. Aktiviti ini berlangsung hampir 1 jam setengah apabila orang terakhir sudah menuruni tali tersebut.
Disebabkan kami mempunyai sedikit lebihan masa,
En.Khairuddin mengajar kami bermain permainan secara berkumpulan yang dinamakan ‘siapa makan siapa?’. Permainan tersebut hanya mengambil masa dalam 15 minit. Pada pukul 6.15 petang kami menjamu makan malam kami dan kami diberi ruang waktu untuk berehat. Pada waktu malamnya pula,
aktiviti dimulakan pada jam 8.30 malam. Setelah selesai menunaikan
solat, kami berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan dan diberi taklimat bagaimana aktiviti malam tersebut akan dijalankan. Kemudian, kami dibawa masuk ke kawasan gelap gelita dan kami hanya ditemani oleh unggas dan sinaran bulan bagi menerangi perjalanan kami. Seorang demi seorang ahli kami dilepaskan ke dalam dan melalui jalan yang ditetapkan. Tujuan aktiviti ‘night walk’ ini diadakan untuk mengajar kami agar bersyukur dengan pemberian Tuhan kerana mempunyai nikmat penglihatan dan deria lain yang jelas dan berfungsi. Setibanya keseluruhan ahli kumpulan di kawasan tapak kem, jam telah menunjukkan tepat 10.30 malam. Lantas, acara BBQ bersama ahli peserta dijalankan. Kami menaruh harapan dan kepercayaan kami kepada tiga orang tukang masak dari ahli kami untuk menyediakan makanan-makanan yang belum dimasak seperti ayam, sosej, dan ubi keledek. Sementara itu ahli-ahli kami yang lain bermain aktiviti yang telah disediakan. Permainan seperti kotak beracun dimainkan dan semua gembira kerana dapat mengambil bahagian. Oleh sebab terdapat beberapa kesulitan, aktiviti terpaksa dipercepatkan bagi memberi laluan kepada kami untuk menjamah BBQ yang telah disediakan oleh rakan kami pada 12.00 malam. Berselera kami menikmati juadah yang di hidang dan aktiviti BBQ tersebut berakhir pada pukul 1.30 pagi. Pada awal paginya pula, kami memulakan hari
kami dengan sedikit sarapan ringan dan kami terus bergerak memulakan aktiviti meredah hutan. Sebelum itu, kami di ajar menggunakan jaket keselamatan oleh jurulatih yang terbabit. Kami membawa jaket tersebut di sepanjang perjalanan kami kerana di tengah aktiviti meredah hutan ini, kami ada merancang aktiviti ‘water confidence’. Di sini, kami telah mengharungi sungai bagi meningkatkan keyakinan diri dalam setiap ahli kumpulan. Akhirnya kami sampai ke kawasan yang telah ditetapkan dan di situ kami berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya dinamakan ‘bamboo rafting’ dan sebelum kami boleh menaiki rakit buluh tersebut, kami perlu membinanya terlebih dahulu. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan sedikit pertandingan membuat rakit tersebut diadakan. Kami diberi masa 15 minit untuk menyiapkan rakit buluh tersebut. Bermulanya aktiviti berakit ini adalah setelah kami dibenarkan untuk memasuki ke dalam sungai lantas kami dilepaskan. Keadaan menjadi tidak tentu arah sehinggakan ada yang terlanggar pokok di sisi sungai kerana aktiviti ini merupakan pengalaman pertama kami. Kami berakit sejauh 1 kilometer dan terus tiba di jeti di hadapan kem. Setelah semua selamat naik ke darat, kami ditugaskan untuk membuka semula peralatan yang telah kami pasang dan gunakan. Setelah aktiviti tersebut berakhir, En Khairuddin memberi sedikit kata penutup kerana beliau tidak dapat bersama kami dalam menjayakan majlis penutup. Kemudian, kami bersiap dan berkemas untuk pulang. Walau bagaimanapun, sebelum kami menaiki bas, majlis penutup di samping upacara
penyampaian hadiah diadakan.
Sedikit ucapan telah
disampaikan oleh penolong pengarah, Ahmad Syauqi dan mentor kami iaitu En. Zuhairusnizam. Selepas mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk kem, kami pun mengucap selamat tinggal kepada D’ Ambang resort dan bertolak pulang. Akhirnya kami selamat tiba di UiTM puncak alam pada pukul 11.30 malam. Kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku.
5.0 PENYERTAAN Program ini disertai ahli kelas B10 dengan penyertaan seramai 30 orang ahli dan seorang mentor yang terdiri daripada: NO K/P NAMA ID /PEL Zuhairusnizam Bin Md Darus
671129-05-5457
137818
Ahmad Syauqi Bin Thanthawi Jauhari 940727-10-5293 Mohamad Nizamuddin Bin Mohamad 940526-14-7171 Nordin 940623-07-5966 Wan Noorhana Binti Wan Zahari
2012641538 2012809256
Afifah Haziqah Binti Zakariya Zaki
940822-12-6076
2012222772
Fatin Nabilah Binti Naim Jemali
940217-08-5106
2012274484
Hanis Hazwani Binti Mohd Hasmudin
940504-03-6278
2012820232
Hazizie Bin Hazuan
941120-06-5533
2012829756
Ku Faiz Bin Ku Halim
940602-11-5199
2012254506
Muhammad Azfar Bin Mazlan
940401-01-6549
2012663286
Muhammad Mujtaba Bin Rashid
941217-03-6579
2012217832
Muhammad Nurfaiez Bin Mohd Sukri
940606-08-6137
2012467686
Muhammad Zaim Bin Zainudin
940523-14-5437
2012604538
Nik Nurul Afifah Binti Nik Hussain
941101-03-5996
2012689474
Norfadzylah Binti Othman
940303-06-5400
2012856924
Norwahidah Binti Nasarudin
940921-02-5764
2012892682
Nur Arina Binti Mohamed Nazri Nur Azalea Binti Muhammad Zainal Ashikin Nur Hafizah Binti Yaakub Nur Nabilah Nabihah Binti Mohammad Nur Syafiqah Binti Abdul Halim
941226-14-5574
2012802778
940802-10-5606
2012826978
940612-03-6072
2012479882
941121-03-5766
2012420802
941116-06-5098
2012820214
2012221032
Nur Syahirah Nadhirah Binti Mohd 940731-01-7130 Radzun 940817-03-5022 Nurfatin Afeeqa Binti Baniyami
6.0
2012663516 2012667672
Nurfatin Amalina Binti Oslan
941223-04-5084
2012476928
Raihanah Azmina Binti Mohd Sharfri
940505-12-5336
2012686522
Siti Aisyah Binti Md Ali
940105-01-5322
2012438354
Siti Hajar Binti Salihudin
940628-08-5290
2012689826
Siti Nabilah Huda Binti Anuar
941021-14-5570
2012815928
940518-14-5280 Syahira Binti Mohd Abdul Wahab Syarifah Nur Syakirah Binti Syed 941104-10-6278 Mohd Khomsah 941113-03-6064 Wan Nur Asiah Binti Wan Rasdi
2012452446 2012450666 2012660884
PENUTUP
Keseluruhan aktiviti dan program telah dijalankan dengan sempurna dan mengikut perancangan. Segala objektif program telah terlaksana dengan jayanya dan diharapkan dapat memberikan impak yang besar dalam diri semua peserta yang terlibat.
Disediakan oleh, ........................................... SETIAUSAHA PROJEK Program Jalinan Ukhuwah Mohamad Nizamuddin bin Mohamad Nordin Kumpulan B10 Asasi Sains Universiti Teknologi Mara Disahkan Oleh,
......................................................... Zuhairusnizam Bin Md Darus Mentor, Kumpulan Asasi Sains B10 Universiti Teknologi Mara.
Taklimat sebelum aktiviti “flying fox”
Menunggu saat masuk ke hutan secara berseorangan di kegelapan malam
BBQ
Aktiviti Berakit Sungai Pahang
Penyampaian Hadiah
Selamat Tinggal D’ Ambang Resort