PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING
JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) KALI KE XIV & SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING ( WANITA )
1. PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Anfarabangsa (IFNA) yang terkini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di Iuar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan Am Kejohanan Sukan dan Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik MSPM. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik MSPM dan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
2. PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan dari semua politeknik KPTM. Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik.
2.2 Setiap politeknik hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan wanita (pelajar) dan satu (1) pasukan wanita (staff) yang terdiri daripada :Jawatan Pengurus Pasukan Jurulatih Peserta Jumlah
Jawatan Peserta & pengurus Jumlah
Bilangan Wanita (pelajar) 1 orang 1 orang 10 orang 12 orang
Bilangan Wanita (staff) 10 orang 10 orang
2.3 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad pengenalan dan 1 salinan kad matrik/pelajar/staff untuk disertakan bersama borang pendaftaran pemain semasa kejohanan. 2.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik/pelajar/ staff asal kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan. Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan. 2.5 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSPM di perkara 4.3 dan 4.4 tidak akan dibenarkan menyertai karnival sukan atau kejohanan tersebut.
3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pelajar semester akhir yang masih belum menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak mendaftar.
3.2 Hanya kakitangan Politeknik yang sedang dan masih berkhidmat di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi layak mendaftar.
4. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum kejohanan / pertandingan bermula ataupun sebelum perlawanan pertama dijalankan 4.2 Senarai nama pemain yang diserahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan merupakan senarai terkini dan muktamad untuk sepanjang kejohanan / pertandingan.
4.3 Semua pengurus pasukan atau wakilnya diwajibkan hadir pada sesi taklimat ini. 4.4 Segala peraturan dan arahan tambahan yang diberikan dalam sesi taklimat ini hendaklah digunapakai dan dipatuhi sepanjang kejohanan.
4.5 Ketidakhadiran Pengurus Pasukan pada sesi taklimat ini tidak boleh dijadikan alasan / kesempatan untuk mengubah ketetapan yang telah diambil atau mengganggu-gugat kelancaran pelaksanaan kejohanan / pertandingan ini.
5. TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
Masa Perkara Bahagian Pertama Rehat Bahagian Kedua Jumlah
Pelajar 15 minit 5 minit 15 minit 35 minit
Staf 7 minit 1 minit 7minit 15 minit
6. PAKAIAN 6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. 6.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci. 6.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib. 6.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. 6.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku sebaliknya memakai kasut yang bersesuaian dengan padang simen (outdoor).
7. MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut : Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
7.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena). 7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena). 7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang. 7.2.4 Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara lambung duit. Jika lebih daripada dua pasukan terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi. 7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir 7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit diakhir masa sepenuh perlawanan. 7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. 7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. 7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. 7.3.5 Hantaran tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya. 7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (1) kelebihan gol.
8. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan kalah mati seperti berikut:
8.1 Enam Kumpulan 8.1.1 Pusingan Awal Sekiranya tujuh belas hingga dua puluh tiga pasukan mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada enam kumpulan A, B, C, D, E dan F. Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.1.2 Pusingan Kedua (Rujuk Jadual di bawah) 8.1.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati. 8.1.2.2 Empat pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 9, 10,11 dan 12. Manakala dua pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 1 dan 5. 8.1.2.3 Enam pasukan Naib Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 2, 3, 4, 6, 7 dan 8. Kaedah undian ialah jika pasukan Johan Kumpulan telah diundi pada kedudukan 1, 9 dan 10, maka pasukan Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 6, 7 dan 8. Begitu juga jika pasukan yang Johan Kumpulan telah diundi pada kedudukan 5,11 dan 12, maka pasukan Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 2, 3 dan 4.
Jadual Enam Kumpulan :
9. PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian dan setiap pemain Yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula.
9.2 Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.
9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.
10. KELEWATAN
10.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 10.2 Pasukan yang lewat sepuluh (10) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya yang berada di gelanggang dengan jaringan 10 - 0.
11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, pasukan tersebut dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.
12. JURI RAYUAN
Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.
12.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada: 12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai Pengerusi.
12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau wakilnya 12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM 12.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali
13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL
13.1 Lembaga ini terdiri daripada: 13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi. 13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha. 13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM. 13.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang berkecuali. 13.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk: Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut: 13.2.1 memberi amaran atau 13.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau 13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau 13.2.4 Menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada keseluruhan kejohanan/karnival.
14. BANTAHAN
Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan
adalah muktamad.
15. PEMATUHAN PERATURAN
Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian berkaitan peraturan am MSPM maka hanya peraturan am terkini sahaja akan digunapakai.
16. PENANGGUHAN PERLAWANAN
16.1 Sekiranya terdapat masalah pada gelanggang yang digunakansehingga tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan, maka pengadil dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM atau Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPSM Kali ke XIV dan Seminar Pembagunan Sukan Politeknik 2011 berhak menangguhkan perlawanan.
16.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :16.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 16.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain,maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 16.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual,tempat atau masa pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 16.2.4 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM atau Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPSM Kali ke XIV dan Seminar Pembagunan Sukan Politeknik 2011 menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.
17. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan Barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. 18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN PERTANDINGAN.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
Disediakan oleh: Pengerusi Teknik Dan Pertandingan Bola Jaring Jawatankuasa Teknik Dan Pertandingan MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
Dan
Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Karnival Sukan MPSM Kali ke XIV dan Seminar Pembangunan Sukan Politeknik 2011 Politeknik Sultan Azlan Shah