Peraturan Pelaksanaan Pertandingan Abilympics Malaysia 1.
Tujuan
Dokumen ini menggariskan peraturan am bagi melaksanakan Pertandingan Abilympics Negeri dan Kebangsaan (selepas ini dirujuk sebagai PANK)
2.
Program, tempoh masa pertandingan dan tempat pertandingan
2.1
PANK terdiri daripada pertandingan kemahiran vokasional (untuk kemahiran kerja), pertandingan kemahiran hidup dan rekreasi (untuk kemahiran selain daripada kemahiran vokasional) dan acara lain (seperti demonstrasi/pameran dan persidangan). 2 pertandingan yang disebutkan pada permulaan perenggan mesti dimasukkan dalam PANK, dan lain-lain program boleh dimasukkan mengikut pertimbangan penganjur pertandingan.
2.2
Penganjur pertandingan peringkat negeri perlu menyerahkan rancangan pelaksanaan kepada Majlis Pemulihan Malaysia sebelum pertandingan.
2.3
Penganjur pertandingan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat Abilympics Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan Abilympics Antarabangsa (International Abilympics Federation), mengambil kira kelancaran pelaksanaan setiap program, prosedur pertandingan yang adil dan kesihatan peserta apabila membuat perancangan keseluruhan pertandingan.
2.4
Tempat pertandingan Penganjur pertandingan harus menyediakan tempat pertandingan yang sesuai bagi memudahkan penyertaan peserta kurang upaya, dengan memberi pertimbangan khusus terhadap perkara berikut : a) b)
Fasiliti yang bebas-halangan, meliputi tapak pertandingan dan tapak acara, restoran, tandas dll; Stesen bantuan kecemasan
3.
Garis-panduan Pertandingan
3.1
a. -
Peserta Peserta pertandingan kemahiran vokasional dan pertandingan kemahiran hidup mestilah orang kurang upaya. Peserta kurang upaya adalah diminta untuk menyerahkan perakuan perubatan, di mana jenis ketidak-upayaan dan ubatan yang digunakan mereka disenaraikan, ketika menyerahkan permohonan untuk pertandingan kemahiran vokasional dan kemahiran hidup. 1
-
Umur minimum peserta bagi pertandingan kemahiran vokasional adalah umur di mana tamatnya persekolahan wajib, dan dalam kebanyakkan keadaan, 18 tahun pada masa PANK dijalankan.
b. -
Juru-bahasa isyarat Penganjur pertandingan perlu memastikan adanya penterjemah bahasa isyarat jika diperlukan ataupun membenarkan peserta membawa juru-bahasa isyarat sendiri jika dia adalah peserta kurang upaya pendengaran.
3.2
Pendaftaran - Peserta mesti mendaftar pengiring/pembantu sebagai peserta mengikut prosedur yang digariskan oleh penganjur pertandingan.
4.
Hakim
4.1
Kelayakan - Penganjur pertandingan perlu memilih para hakim. Setiap hakim yang dicalonkan perlu mempunyai pengetahuan/pengalaman yang cukup dalam bidang yang berkaitan dan juga pengalaman dalam menghakimi pertandingan kemahiran dan/atau ujian kelayakan kemahiran.
4.2
Komposisi panel penghakiman - Bilangan hakim untuk suatu kategori pertandingan perlulah sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 5 orang.
4.3
Tanggungjawab - Para hakim perlu adil dan objektif dalam setiap perkara berkaitan pertandingan kemahiran. Mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan maklumat sulit pertandingan termasuklah butiran terperinci tugasan pertandingan dan keputusan pertandingan. Bagi menjalankan tugas mereka, para hakim diperlukan untuk mempunyai pemahaman umum mengenai prosedur pertandingan dan kriteria penilaian.
5.
Pertandingan kemahiran vokasional dan pertandingan kemahiran hidup
5.1
Kategori pertandingan
5.2
a)
Kategori wajib bagi pertandingan kemahiran vokasional perlu dinyatakan dalam Senarai Kategori (Appendix)
b)
Minimum 5 orang peserta perlu mengambil bahagian dalam suatu kategori pertandingan kemahiran vokasional untuk menjadikan pertandingan itu sah.
Tugasan pertandingan a)
Tugasan pertandingan bagi setiap kategori pertandingan perlu disediakan oleh Jawatankuasa Abilympics Majlis Pemulihan Malaysia.
b)
Tugasan pertandingan dan kriteria penilaian perlu, secara asas, dimaklumkan kepada pihak peserta sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pertandingan, 2
kecuali untuk butiran terperinci yang tidak boleh didedahkan terlebih awal. Butiran tugasan pertandingan yang akan diberikan ketika di tempat pertandingan perlu diberikan terlebih dahulu bagi memastikan peserta mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat terjemahan/interpretasi (secara bertulis, lisan dan bahasa isyarat) 5.3
Orientasi - Sesi orientasi untuk setiap kategori pertandingan perlu dijalankan terlebih dahulu di tempat pertandingan untuk memberikan maklumat yang perlu mengenai peralatan/perkakas dan fasiliti.
5.4
Tempat pertandingan a)
Bagi memudahkan tumpuan peserta semasa pertandingan, penganjur pertandingan perlu menyediakan tempat pertandingan yang bersesuaian, memastikan suhu dan kelembapan bilik sesuai, mencegah bunyi bising yang keterlaluan, memastikan ruang kerja yang mencukupi dan memastikan tempat pertandingan diasingkan daripada penonton.
b)
Mereka yang dibenarkan memasuki tempat pertandingan semasa pertandingan perlu dihadkan kepada peserta dan para hakim. Juru-bahasa isyarat, yang berdaftar secara rasmi untuk membantu peserta, boleh dibenarkan memasuki tempat pertandingan.
c)
Peraturan pertandingan termasuklah had masa perlulah dipatuhi dengan tegas.
d)
Hasil tugasan yang disiapkan perlu dijaga di bawah tanggungjawab penganjur pertandingan sehingga Upacara Penutup.
e)
Bagi mengelakkan ketidak-adilan di kalangan peserta, keselarasan kualiti dan kuantiti peralatan/perkakas/bahan perlu dipastikan. Maklumat perlu diberikan terlebih awal kepada peserta jika peserta dikehendaki membawa/menyediakan peralatan/perkakas/bahan masing-masing.
f)
Atas permintaan awal peserta, penganjur pertandingan perlu membuat penyesuaian yang berpatutan kepada peralatan/fasiliti. Ia termasuk penyesuaian ketinggian untuk meja-kerja/bangku/kerusi, pencahayaan tambahan kepada peserta kurang upaya penglihatan, dll.
5.5
Peralatan/perkakas/bahan - Kriteria dan peraturan untuk menggunakan peralatan/perkakas/bahan peribadi perlu dimaklumkan terlebih awal, dan spesifikasi peralatan/perkakas/bahan yang perlu dibenarkan perlu dimaklumkan seawal yang mungkin. Peralatan/perkakas/bahan peribadi hanya boleh dibawa masuk ke tempat pertandingan apabila dibenarkan oleh penganjur pertandingan, seawal ketika sesi orientasi.
5.6
Hadiah - Hadiah yang diberikan kepada peserta ialah pingat. Sebagai tambahan kepada ketigatiga hadiah, penganjur pertandingan boleh memberikan hadiah khas.
3
6.
Makluman kepada peserta
6.1
Organisasi Peserta - Penganjur pertandingan perlu menghantar maklumat pertandingan dan borang penyertaan kepada organisasi (NGO) yang relevan seawal yang boleh.
6.2
Orang awam - Penganjur pertandingan perlu mengambil langkah yang perlu menerusi rangkaian media, internet dan lain-lain sumber untuk memaklumkan kepada khalayak ramai mengenai pertandingan bagi mendapatkan penyertaan yang lebih besar.
7. Perbelanjaan Penganjur pertandingan boleh mengenakan yuran penyertaan yang nominal kepada peserta bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan penganjuran pertandingan yang perlu.
8.
Sekretariat
8.1
Penganjur pertandingan perlu membentuk sekretariat semasa persediaan dan pelaksanaan pertandingan.
8.2
Sekretariat haruslah memberikan maklumat yang perlu kepada peserta.
8.3
Sekretariat perlu cuba menyediakan peluang yang bersesuaian kepada sukarelawan untuk memainkan peranan sokongan dalam Pertandingan Abilympics Negeri.
84.
Sekretariat perlu menyediakan akses mudah untuk khalayak ramai untuk menyaksikan Pertandingan Abilympics Negeri.
9. Lain-lain Perkara yang tidak dinyatakan dalam dokuman ini perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Abilympics Majlis Pemulihan Malaysia.
10. Tarikh kuat-kuasa Peraturan pelaksanaan Pertandingan Abilympics Negeri perlu dikuatkuasakan pada hari ia diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Abilympics Majlis Pemulihan Malaysia.
<Appendix> Kategori Pertandingan 1. Menghias Kek 2. Computer Assembly 3. Memasak 4. Rekaan Laman Web (Creating Web Pages) 5. Desktop Publishing 6. Jahitan Pakaian - Peringkat Lanjutan 7. Jahitan Pakaian - Peringkat Asas 8. Data Processing – Peringkat Asas 9. Sulaman 4
10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.
Gubahan Bunga Lukisan Fotografi Silk Hand Painting Jahitan Pakaian Lelaki Word Processing Fotografi - Studio
5