Panduan TV Pelbagai Bahasa Pertama Malaysia (FAQs – Laman Web) PC
Malaysia’s First Multilingual TV Guide Astro memperkenalkan Program Panduan Elektronik (EPG) pelbagai bahasa di Malaysia (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Panduan TV yang telah dipertingkatkan dan penuh intuitif ini akan sedia dinikmati oleh semua pelanggan Astro B.yond secara berperingkat di seluruh negara bermula dari 24 Februari 2014. Ia membawa satu pengalaman tontonan yang terkini dengan beberapa ciri baharu yang dipertingkatkan seperti: • Panduan TV pelbagai bahasa yang memberikan satu pengalaman tontonan yang mempesonakan dan lebih bermakna untuk para pelanggan kini membuat pilihan di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. • Ia memberikan satu pengalaman terbaharu yang dipertingkatkan untuk ciri penggunaan Perakam Video Peribadi (PVR) agar membolehkan anda mengurus dan melayari rakaman dan pembelian VOD anda di satu lokasi. • Ia satu cara terkini untuk anda menyusun kategori dan menguruskan Saluran yang dapat meningkatkan penerokaan kandungan. • Katalog Video On Demand (VOD) baharu yang mudah untuk anda melayari dan ia memiliki ciri kemampuan carian terkini (contohnya; mengikut setiap genre, tajuk, musim dan episod). • Ia mempunyai satu ciri Carian yang dipertingkatkan untuk anda melayari dengan mudah serta dapat meneroka kandungan dengan lebih sempurna.
SOALAN YANG SERING DITANYA UMUM 1. Sila beritahu saya tentang perisian Panduan TV Astro yang baharu? Astro memperkenalkan Program Panduan Elektronik (EPG) pelbagai bahasa pertama di Malaysia (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Panduan TV yang telah dipertingkatkan dan penuh intuitif ini akan sedia dinikmati oleh semua pelanggan Astro B.yond secara berperingkat di seluruh negara bermula dari 24 Februari 2014. 2. Kenapakah Astro memperkenalkan Panduan TV terbaharu ini? Di Astro, kami sentiasa memenuhi setiap keperluan agar saling memperbaiki mutu kualiti perkhidmatan kami setiap masa, berkembang mengikut keperluan semasa dan menjadikan inovasi sebagai satu dorongan di dalam setiap aspek perniagaan kami menjadi satu pilihan jenama utama para pelanggan kami. Astro adalah satu ikatan nama jenama yang sentiasa berevolusi untuk meningkatkan nilai kami secara berterusan di dalam usaha untuk memberikan layanan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan penonton kami. Hari ini kami melancarkan satu perkhidmatan Panduan TV yang terbaharu yang dapat memenuhi pengalaman tontonan yang dipertingkatkan dengan lebih ciri sentuhan peribadi
untuk para pelanggan Astro B.yond kami. Panduan TV terbaharu ini adalah satu tanda komitmen kami untuk menyediakan satu pengalaman hiburan yang terunggul kepada pelanggan kami. 3. Apakah ciri-ciri terbaharu yang dipertingkatkan? Panduan TV terbaharu ini sedia dinikmati dengan beberapa ciri terkini yang dipertingkatkan seperti:
Panduan TV pelbagai bahasa yang memberikan satu pengalaman tontonan yang mempesonakan dan lebih bermakna untuk para pelanggan yang sedia membuat pilihan bahasa mereka sendiri di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Katalog Video On Demand (VOD) baharu yang mudah untuk anda melayari dan ia memiliki ciri kemampuan carian terkini (contohnya; mengikut setiap genre, tajuk, musim dan episod). Ia memberikan satu pengalaman terbaharu yang dipertingkatkan untuk ciri penggunaan Perakam Video Peribadi (PVR) agar membolehkan anda mengurus dan melayari rakaman dan pembelian VOD anda di satu lokasi. Ia mempunyai satu ciri Carian yang dipertingkatkan untuk anda melayari dengan mudah serta dapat meneroka kandungan dengan lebih sempurna.
4. Adakah Panduan TV baharu ini hanya perubahan kosmetik atau terdapat lebih ciri-ciri istimewa dengan Panduan TV baharu ini? Di Astro, kami mendengar dan memahami keperluan pelanggan kami dan semua ini telah dikemaskinikan di Panduan TV baharu kami. Ia bukan sahaja perubahan kosmetik, malah ciriciri baharu Panduan TV ini termasuk perkhidmatan inovatif seperti pilihan bahasa, memberikan pelanggan panduan pengguna yang telah dipertingkatkan.
5. Jika saya tidak melanggani Astro B.yond, adakah saya masih boleh menikmati Panduan TV terbaharu ini? Panduan TV terbaharu hanya terhad untuk para pelanggan Astro B.yond. Sila tingkatkan taraf peranti dekoder Set Top Box yang sedia ada sekarang untuk langganan Astro B.yond bagi menikmati Panduan TV terbaharu ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.astro.com.my /epg 6. Bolehkah saya mendapatkan kembali Panduan TV lama? Sebaik sahaja Panduan TV terbaharu dapat diakses melalui peranti dekoder B.yond anda, Panduan TV lama tidak boleh dibalikkan semula perkhidmatannya. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang maklum balas mengenai Panduan TV terbaharu, sila kongsikan kepada kami agar kami dapat meningkatkan pengalaman tontonan anda.
7. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran tambahan dengan Panduan TV Astro B.yond yang baharu? Panduan TV terbaharu adalah satu khidmat peningkatan taraf yang sedia dinikmati tanpa sebarang bayaran tambahan untuk meningkatkan pengalaman tontonan Astro B.yond anda. 8. Adakah Panduan TV yang terbaharu boleh ditonton di dalam kedua-dua saluran definasi tinggi (HD) dan definasi yang biasa? Panduan TV terbaharu ini boleh ditonton di dalam kedua-dua saluran SD dan saluran HD. 9. Bilakah saya boleh mendapatkan Panduan TV yang terbaharu? Panduan TV terbaharu akan sedia dinikmati secara berperingkat mengikut fasa untuk kesemua pelanggan B.yond (B.yond dan B.yond PVR STB) di seluruh negara bermula dari 24 Februari 2014. 10. Bilakah saya akan mengetahui dengan tepat bagi mendapatkan akses Panduan TV terbaharu ini untuk peranti dekoder STB saya? Kami tidak dapat memberikan anda tarikh yang khusus kerana ciri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa kepada kesemua pelanggan B.yond. Walau bagaimanapun, jika anda masih belum menerima perisian Panduan TV terbaharu menjelang akhir April 2014, sila hubungi khidmat pelanggan kami. 11. Bilakah tarikh sebenar saya dapat mengakses Panduan TV terbaharu untuk dekoder STB saya? Kami tidak dapat memberikan anda tarikh yang tepat kerana ciri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa kepada kesemua pelanggan B.yond. Walau bagaimanapun, jika anda masih belum menerima perisian Panduan TV terbaharu menjelang akhir Mei 2014, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami. 12. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menerima Panduan TV yang terbaharu? Sila ambil perhatian bahawa khidmat peningkatan taraf perisian untuk Panduan TV terbaharu ini akan dilaksanakan mengikut fasa. Sila hubungi khidmat pelanggan kami sekiranya anda masih belum menerima khidmat kemas kini perisian menjelang akhir April 2014. 13. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menerima Panduan TV yang terbaharu? Sila ambil perhatian bahawa khidmat peningkatan taraf perisian untuk Panduan TV terbaharu ini akan dilaksanakan mengikut fasa. Sila hubungi talian khidmat pelanggan kami sekiranya anda masih belum menerima khidmat kemas kini perisian menjelang akhir Mei 2014. [Selepas Mei 2014] Sila tetapkan dekoder STB anda di dalam mod standby sekurang-kurangnya selama 30 minit. Lakukan ini dengan menekan butang hidup pada alat kawalan jauh anda. Paparan jam masa akan keluar pada panel hadapan dekoder ketika berada dalam mod standby.
Program Panduan Elektronik (EPG) Home Panduan TV My TV – Arkib Ku, Tempahan, Download Manager, Sejarah Pembelian, Cari Video on Demand – Disyorkan, Kesemua, Bayar Sekali Tonton, Catch-Up TV, Langganan, Kegemaran Saya, Cari Pilihan – Bahasa, Kawalan Ibu Bapa, Paparan Informasi, Rakaman, VOD, Screensaver, Standby Automatik, Saluran Kegemaran Tetapan- Rangkaian, Paparan, Audio Digital, Hard Disk, Tetapan Penyelengaraan, Versi Sistem Bantuan Cari Navigasi menu untuk panduan TV terbaharu.
14. Bagaimana cara untuk saya menavigasi EPG terbaharu? Cara navigasi terbaharu ini hampir sama seperti versi perisian terdahulu, kecuali menu untuk skrol ke kiri atau kanan. Untuk maklumat lanjut mengenai Panduan TV terbaharu sila layari www.astro.com.my /epg atau sila ke Saluran 100 (22 Februari - 30 April) untuk tips dan tutorial bagi membantu anda memahami sistem EPG terbaharu dengan lebih baik. 15. Bagaimana cara untuk saya menukar pilihan bahasa EPG? Sistem EPG yang telah dikemaskini mempunyai ciri pelbagai bahasa yang memberikan satu pengalaman tontonan secara peribadi yang interaktif di dalam empat bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Terdapat dua cara untuk menukar pilihan bahasa EPG iaitu: i.
ii.
Tekan butang [TV]/[Guide] pada alat kawalan jauh anda untuk memulakan pilihan TV Guide, kemudian tekan butang [I-II] pada alat kawalan anda. Pilih bahasa kesukaan anda dengan menggunakan butang < and >, kemudian tekan OK. Tekan butang [Home] pada alat kawalan jauh anda, kemudian pilih “preferences” dan tekan OK, kemudian pilih “Language” dan tekan OK. Pilih bahasa EPG kesukaan anda dengan menggunakan butang < and >, kemudian tekan OK. Untuk mengesahkan pilihan anda, pilih “Yes, continue” dan tekan OK.
16. Bagaimanakah cara saya mencari kandungan dengan Panduan TV terbaharu? Satu paparan info banner yang menyediakan maklumat mengenai program semasa dan akan datang bakal muncul apabila para pelanggan menonton ke saluran. Untuk menavigasi info banner maklumat, sila ikuti langkah berikut: i. ii.
Tekan untuk melihat paparan sinopsis Tekan dan untuk melihat program akan datang
iii. Tekan dan <down> untuk melihat saluran-saluran lain Panduan TV juga turut menyediakan maklumat mengenai kesemua program yang dijadualkan sepanjang minggu. Untuk navigasi Panduan TV: i. ii.
Pilih butang untuk melihat paparan program 24 jam akan datang Pilih butang untuk kembali semula ke program 24 jam sebelumnya (sila ambil perhatian: program-program terdahulu tidak boleh ditontoni) Kemampuan carian: Para pelanggan yang mempunyai dekoder B.yond PVR yang bersambung dengan akses internet boleh menggunakan ciri fungsi ini untuk mencari tajuk VOD dan program yang telah sedia dirakam. 17. Saya faham bahawa Panduan TV terbaharu ini memiliki ciri peranti dekoder PVR yang telah dipertingkatkan. Apakah ciri tersebut? Ciri peranti dekoder PVR yang dipertingkatkan kini membolehkan anda untuk:
Mengurus kesemua rakaman, muat turun dan pembelian VOD anda di dalam hanya satu lokasi di My TV
Menguruskan rakaman anda mengikut jadual anda Menguruskan rakaman dan judul VOD yang telah dimuat turun di dalam My Library.
18. Bagaimanakah cara saya membuat navigasi di My Library? Anda boleh menggunakan fungsi-fungsi utama ketika membuat navigasi di dalam My Library:
Tonton– Memainkan rakaman/tajuk anda Buka – Membuka kesemua siri Lebih Maklumat More Info – Menyediakan anda maklumat tentang program Tapis & Asing – Tapis pilihan anda dan buat susunan pilhan judul mengikut tarikh, musim dan sebagainya. Kunci – Kuncikan My Library untuk mengelakkan berlakunya pemadaman yang tidak disengajakan. Padam – Memadamkan kesemua rakaman/judul VOD untuk My Library Carian– Cara yang mudah untuk anda membuat carian judul yang tertentu mengikut pilihan anda.
19. Bagaimanakah cara untuk saya membuat carian program-program yang telah saya rakamkan? Anda boleh pergi ke My Library untuk mencari program-program anda. My Library membenarkan anda untuk melayar dan menapis program pilihan anda mengikut musim dan episod, susunan abjad, telah ditonton, belum ditonton. Kesemua proram Pautan Siri anda kini disusun bersama di bawah simbol [+]
20. Saya baru sahaja meningkatkan taraf perisian baharu dan saya tidak dapat mencari rakaman siri saya. Kesemua rakaman anda ditempatkan di My Library (sebahagian daripada My TV). Siri rakaman kini dikumpulkan bersama. Untuk menonton episod, pilih siri dan pilih "Open", dan kemudian pilih episod yang anda ingin tontoni dan pilih "Watch". 21. Apakah maksud ikon < insert favourites icon > yang terletak bersebelahan nama Saluran di dalam Panduan TV? Ini bermakna bahawa saluran tersebut telah ditambah ke dalam senarai Favourites. Untuk menambah/memadam saluran kegemaran, sila tandakan pilihan di dalam Panduan TV dan tekan butang "fav". Kemudian anda boleh membuat kitaran pilihan dengan cepat di antara saluran kegemaran anda, tekan "fav" semasa menonton TV. 22. Apakah maksud paparan –paparan ikon di My Library yang berikut?
Tempahan (Dijadualkan untuk rakaman) Tetapan Peringatan Pautan Bersiri (Dijadualkan untuk merakam kesemua episod pautan bersiri) Dirakam Sepenuhnya Dirakam Sebahagiannya Sedang Dirakam Rakaman Gagal Ditonton Terkunci (untuk mengelakkan pemadaman yang tidak disengajakan) Muat Turun Gagal Muat Turun Diberhenti Seketika Muat Turun Sedang Menunggu Giliran
Muat Turun Tertangguh Sedang Dimuat Turun
Video on Demand (VOD) 23. Apakah Video On Demand (VOD)? Video On Demand adalah perkhidmatan yang membolehkan anda memuat turun filem atau program TV terus ke peranti dekoder PVR anda untuk memudahkan anda menontonnya mengikut masa yang ditentukan anda. Perkhidmatan lain yang boleh dinikmati di dalam VOD adalah Catch-up TV, di mana anda boleh memuat turun seleksi program yang telah baru sahaja tersiar. Untuk mengakses Video On Demand, anda memerlukan sebuah dekoder PVR, rangkaian sambungan internet jalur lebar di rumah (min 5Mbps) dan melanggani Astro on the Go dan Catch Up TV dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. (AOTG + Catch Up TV boleh dinikmati tanpa sebarang kos tambahan untuk kesemua pelanggan Super Pack, Multiroom dan Sprots). 24. Apakah itu On Demand Store? On Demand Store mengandungi seleksi filem atau program TV yang anda mungkin beli dan muat turun menggunakan alat kawalan jauh anda secara bayar sekali dan tonton sekali. 25. Apakah itu Subscriptions? Terdapat dua jenis Subscriptions VOD (SVOD): i.
j.
SVOD Yang Dikenakan Bayaran: Untuk bayaran bulanan yang berulang, anda boleh muat turun sebanyak program yang anda inginkan dari pek langganan tertentu seperti Animax on Demand. SVOD Yang Layak:. Anda boleh memuat turun dan menonton program-program ini secara percuma selagi anda masih melanggani program tersebut di dalam langganan TV anda. Contoh: Para pelanggan Movie Pack boleh memuat turun program dari Saluran HBO Movies/Series.
26. Salah satu ciri-ciri di dalam Panduan TV yang terbaharu adalah Katalog VOD yang terkini. Bolehkah anda kongsikan maklumat dengan lebih lanjut mengenai katalog dan bagaimanakah cara pelanggan menggunakannya? Katalog VOD yang terkini membolehkan anda menikmati:
Melayari dengan sempurna - Katalog ini kini disusun dengan kemas di dalam satu lingkaran yang membolehkan anda melayari keseluruhan katalog dengan hanya skrol ke arah kiri. Anda tidak perlu untuk skrol ke arah kanan apabila anda sudah berada ke pengakhiran katalog
Keupayaan Carian - Pergi ke My Library untuk mengakses muat turun VOD anda. Program Pautan Siri anda kini disusun bersama di bawah simbol [+]. Kesemua episod dalam Rakaman anda juga disusun di bawah Judul Program. Sebagai alternatif, anda juga boleh melayari dan menapis seleksi program dengan mudah di dalam My Library mengikut musim dan episod, pilihan abjad, telah ditonton, belum ditonton dan sebagainya.
27. How can I get Catch-up TV? Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan langganan Catch-up TV? Untuk mengakses Catch Up TV, anda perlu menyambungkan decoder PVR anda ke rangkaian wifi di rumah anda (untuk maklumat lanjut sila rujuk Q31) Sekiranya anda melanggani Superpack, Multiroom atau Sports, anda akan mempunyai akses kepada Catch-up TV dan Astro on the Go tanpa sebarang caj tambahan dan anda boleh memuat turun program-program secara serta-merta yang terkandung di dalam langganan TV anda. Untuk pelanggan lain, dapatkan khidmat akses Catch-up TV dan Astro on the Go dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan (NOTA: Percuma kepada semua akses langganan sehingga 31 Mac 2014) dan anda boleh melanggani khidmat akses tersebut menggunakan alat kawalan jauh anda dengan menonton program Catch-up TV di dalam katalog dan pilih ‘Subscribe Now’. 28. Apakah itu nombor PIN? Nombor PIN yang dikenakan secara automatik untuk pembelian atau langganan program VOD adalah ‘0000’ Ini merupakan nombor PIN yang sama untuk Kawalan Ibu Bapa dan Tetapan Pemasangan, di mana anda boleh menukarkannya sendiri dengan pergi menu Home, Preferences, dan Parental Control. Jika anda telah menukar PIN anda sebelum ini dan terlupa tentangnya, sila hubungi CCC dan minta nombor PIN anda ditetapkan semula. 29. Apakah kelajuan jalur lebar yang disyorkan? Kelajuan internet yang disyorkan untuk menikmati perkhidmatan VOD yang terbaik mestilah sekurang-kurangnya 5 Mbps. Pada kelajuan minimum 1Mbps anda perlu menunggu masa yang agak lama sebelum video anda dimuat turun dan sedia untuk ditonton. 30. Menu Video On Demand hanya menunjukkan ‘On Demand Store’ dan saya tidak boleh mengaksesnya. Apakah kesilapannya? Untuk mengakses Video on Demand, anda akan memerlukan dekoder PVR dan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di rumah (kelajuan yang disyorkan adalah 5Mbps ) a. Para pelanggan yang mempunyai dekoder HD PVR yang lama boleh membeli USB WiFi dongle sebanyak RM25 untuk mendapatkan sambungan ke rangkaian wifi di rumah anda. a. Dekoder PVR terbaharu kami mempunyai ciri sedia Wi-Fi dan ia bersambung dengan rangkaian internet di rumah anda dengan mudah. b. Pelanggan Astro B.yond IPTV menikmati rangkaian jalur lebar gentian berkelajuan tinggi dan telah sedia tersambung.
Sebaik sahaja anda telah menyambungkan dekoder anda dengan akses rangkaian internet, tekan butang 'home' pada alat kawalan jauh anda untuk menikmati kandungan Video on Demand. 31. Apakah itu My Favourites? My Favourites adalah satu ciri 'bookmark' di mana anda boleh menyimpan senarai filem VOD atau program TV yang anda mungkin mahu tontoni dan beli pada masa akan datang. Tekan butang pintas berwarna kuning di dalam katalog dan ia akan dimasukkan ke dalam senarai My Favourites. Kemudian kunjungi My Favourites untuk mencari kesemua judul kegemaran anda. 32. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui judul VOD telah dibeli dan dimuat turun akan tamat? Terdapat dua cara: di dalam katalog itu sendiri atau dari My Library. Hanya perlu tandakan pilihan judul dan tekan 'More Info' untuk memaparkan Programme Info Screen. Anda akan melihat tarikh tamat sesuatu judul tersebut.
LAIN-LAIN 33. Jika saya seorang pelanggan B.yond yang mempunyai Panduan TV yang terbaharu, adakah saya masih mempunyai Panduan TV terbaharu sekiranya saya bertukar ke NJOI? Ya, selagi pelanggan menggunakan B.yond atau dekoder PVR, anda akan menerima khidmat kemas kini perisian tanpa mengira status langganan mereka. 34. Saya seorang pelanggan NJOI, adakah saya akan dapat menikmati Panduan TV terbaharu? Para pelanggan NJOI dengan B.yond STB akan dapat menikmati Panduan TV terbaharu tanpa sebarang caj tambahan. 35. Bilakah para pelanggan NJOI dengan B.yond Boxes akan dapat menikmati Panduan TV terbaharu? Sila ambil perhatian bahawa khidmat peningkatan taraf perisian untuk Panduan TV terbaharu ini akan dilaksanakan mengikut fasa. Sila hubungi khidmat pelanggan kami sekiranya anda masih belum menerima khidmat kemas kini perisian menjelang akhir April 2014.
36. Saya menggunakan dekoder B.yond/B.yond PVR tetapi saya masih melihat perisian yang lama. Bolehkah khidmat peningkatan taraf perisian saya dibuat serta-merta?
Sila ambil perhatian bahawa khidmat peningkatan taraf perisian untuk Panduan TV terbaharu ini akan dilaksanakan mengikut fasa dan ia telah dilanjutkan sehingga akhir Mei 2014. Tujuan lanjutan pelaksanaan meningkatkan taraf perisian ini dibuat bagi memenuhi keperluan ujian keserasian tambahan untuk memastikan para pelanggan kami menikmati pengalaman tontonan yang jauh lebih terbaik. Sila hubungi talian khidmat pelanggan kami sekiranya anda belum menerima khidmat kemas kini perisian menjelang akhir Mei 2014. 37. Jika saya pelanggan B.yond beserta dengan Panduan TV baharu, bolehkah saya mendapat perkhidmatan ini jika saya menukar kepada NJOI? Ya, anda masih boleh mendapat perkhidmatan kemas kini perisian tanpa mengira langganan anda asalkan anda menggunakan dekoder B.yond atau PVR. 38. Apakah cara yang paling mudah untuk anda (CSE) untuk mengenal pasti mesej ralat yang terpapar di skrin TV saya? a) Bagaimana saya ingin membertitahu anda (CSE) jika terdapat mesej ralat terpapar di skrin TV saya jika EPG saya adalah dalam Bahasa yang saya pilih? Sila beritahu kami Kod Ralat. Kod Ralat boleh didapati dalam kurungan di penghujung mesej. 39. Bagaimana anda boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya jika anda tidak dapat memahami pilihan bahasa EPG yang telah saya tetapkan? Kami akan membantu anda menukar Bahasa EPG ke Bahasa pilihan anda. Tekan butang [TV]/[Guide] di alat kawalan jauh anda untuk melancarkan Panduan TV. Kemudian, tekan butang “I-II” untuk ke menu bahasa. Pilih “English” dan tekan OK.