Manual penggunaan
laman
Web
MANUAL PENGGUNAAN LAMAN WEB
HALAMAN 1
Nama alamat laman web
Butang navigasi
Taip nama alamat laman web di addres bar iaitu www.jtppismp.com/jtp011/5474/ Anda akan terus disambungkan ke halaman utama web iaitu halaman pengenalan. Dalam halaman pertama ini terdapat butang navigasi yang berfungsi sebagai pintu masuk kepada halaman-halaman yang lain. Halaman pertama ini akan memaparkan pengenalan kepada pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Bab 4 : Tanaman Hiasan dan definisi Tanaman Hiasan.
HALAMAN 2
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Jenis Tanaman Hiasan” untuk ke halaman 2. Halaman ini akan memaparkan nota-nota yang berkaitan dengan pokok-pokok hiasan mengikut jenis-jenisnya. Nota-nota tersebut juga disediakan bersama-sama grafik dan gambar-gambar bagi memudahkan pemahaman.
HALAMAN 3
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Galeri Gambar” untuk ke halaman 3. Halaman ini akan memaparkan koleksi gambar-gambar tanaman hiasan dalam bentuk Flash.
HALAMAN 4
Klik pada halaman 4 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Alatan Yang Digunakan”. Halaman ini akan memaparkan alatan yang digunakan untuk menyediakan Tanaman Hiasan dalam pelbagai variasi. Variasi yang pertama adalah dalam bentuk Flash yang diaplikasikan menggunakan Ispring daripada perisian Microsoft Office Powerpoint 2007. Variasi yang kedua pula adalah dalam bentuk nota di mana pelajar boleh melihat alatan-alatan dan fungsinya secara satu persatu.
HALAMAN 5
Klik pada halaman 5 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Unit 2 : Pemilihan Biji Benih”. Halaman ini akan memaparkan nota berkaitan pemilihan biji benih yang baik.
HALAMAN 6
Klik pada halaman 6 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Menyediakan Medium Semaian”. Halaman ini akan memaparkan nota berkaitan dengan bahan dan cara menyediakan medium semaian.
HALAMAN 7
Klik pada halaman 7 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Menyemai Biji Benih”. Halaman ini akan memaparkan nota-nota yang berkaitan dengan cara penyemaian biji benih dan cara untuk menyemai biji benih di dalam medium semaian.
HALAMAN 8
Klik pada halaman 8 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Unit 3 : Penanaman”. Halaman ini akan memaparkan pengenalan awal kepada unit 3.
HALAMAN 9
Klik pada navigasi yang bertajuk “Mengenal Bekas Tanaman” untuk terus ke halaman 9. Halaman ini akan memaparkan ciri-ciri bekas tanaman, cara memilih bekas tanaman yang sesuai dan gambar-gambar bekas tanaman yang boleh digunakan.
HALAMAN 10
Klik pada halaman 10 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Menyediakan Bekas Penanam”. Halaman ini akan memaparkan nota-nota yang berkaitan dengan cara menyediakan bekas penanaman sebelum menanam tumbuhan hiasan.
HALAMAN 11
Klik pada halaman 11 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Penyediaan Medium Penanaman”. Halaman ini akan memaparkan nota-nota dan grafik yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan medium semaian.
HALAMAN 12
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Mengubah Anak Pokok” untuk terus ke halaman 12. Halaman ini akan memaparkan nota dan grafik yang berkaitan dengan cara dan kaedah mengubah anak pokok ke dalam bekas.
HALAMAN 13
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Unit 4 : Penjagaan” untuk terus ke halaman 13. Halaman ini akan memaparkan nota mengenai cara untuk menjaga tanaman hiasan di dalam bekas dan diselang-selikan dengan grafik untuk memudahkan pemahaman.
HALAMAN 14
Dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Video”, anda akan terus ke halaman 14. Halaman ini akan memaparkan dua video berkaitan dengan tajuk Tanaman Hiasan. Video yang pertama diambil dari www.youtube.com berkaitan dengan jenis-jenis tanaman hiasan. Video yang kedua pula adalah hasilan sendiri yang berkaitan dengan penjagaan tanaman hiasan. Video hasilan sendiri yang berkaitan dengan penjagaan tanaman hiasan ini bertemakan integriti. Klik pada butang play untuk memainkan video.
HALAMAN 15
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Kuiz” untuk terus ke halaman 15. Klik pada perkataan KUIZ dan anda akan disambungkan terus pada halaman yang baru iaitu halaman aneka kuiz seperti di bawah.
Halaman ini akan memaparkan soalan-soalan pengukuhan dan bentuk interaktif. Klik pada setiap jenis kuiz untuk menjawab kuiz-kuiz yang disediakan.
HALAMAN 16
Klik pada butang navigasi yang bertajuk “Lampiran” untuk terus ke halaman 16. Halaman ini akan memaparkan setiap lampiran yang terdapat dalam lama web ini. Klik pada ayat untuk terus ke halaman tersebut. Contohnya klik pada “Papan Cerita” untuk melihat papan cerita bagi laman web ini.
HALAMAN 17
Klik pada halaman yang terakhir iaitu halaman 17 dengan menekan butang navigasi yang bertajuk “Mengenai Kami”. Halaman ini memaparkan sepatah dua kata daripada pembina laman web.