KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN VISUAL SUAIAN TAHUN 1 MASALAH PENGLIHATAN
SENI VISUAL SUAIAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 1
1
KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Seni Visual Suaian membolehkan murid: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. melibatkan diri dalam kegatan seni visual suaian secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual suaian. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual suaian. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual suaian sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
SENI VISUAL SUAIAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 1
2
PERNYATAAN STANDARD SENI VISUAL SUAIAN
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik.
2
Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media dan nilai-nilai baik.
3
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilainilai baik dalam menghasilkan karya.
4
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual di samping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
5
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
6
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan bahasa seni visual dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan seni negara di samping memiliki nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
SENI VISUAL SUAIAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 1
3
BIDANG/AKTIVITI BIDANG 2 Membuat corak dan rekaan (Capan)
BAND
DESKRIPTOR
1
Menyatakan dan menamakan dengan betul unsur seni, prinsip rekaan, jenis, media dan teknik dalam setiap bidang seni.
2
Memilih dan menggunakan unsur seni, prinsip rekaan yang sesuai, media dan teknik dengan betul dalam penerokaan idea dan penghasilan karya
3
Mengaplikasikan asas seni reka yang sesuai dan meneroka penggunaan media, teknik dan proses yang betul untuk mencipta dan menghasilkan karya berdasarkan penerokaan idea yang terhad.
4
Mengaplikasikan asas seni reka yang sesuai dan meneroka penggunaan media, teknik dan proses yang betul untuk mencipta dan menghasilkan karya berdasarkan penerokaan idea yang kreatif.
5
*Mengaplikasikan asas seni reka yang sesuai dan meneroka penggunaan media teknik dan proses yang betul untuk mencipta dan menghasilkan karya berdasarkan penerokaan idea yang kreatif dan inovatif. *Membuat tafsiran tentang hasil karya sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni visual yang sesuai.
6
*Mengaplikasikan asas seni reka yang sesuai untuk menghasilkan karya yang kreatif dan unik dengan memanipulasikan serta mempelbagaikan penggunaan media, teknik dan proses dengan betul dan tepat dalam setiap bidang seni. *Menghayati dan membuat tafsiran tentang hasil karya sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni visual yang betul.
SENI VISUAL SUAIAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN TAHUN 1
4
BIDANG/AKTIVITI BIDANG 3 Membentuk dan membuat binaan (Model & Origami)

BIDANG/AKTIVITI BIDANG 4 Kraftangan (Anyaman)