3 KEANGGOTAAN DAN PANGKAT Keanggotaan Pegawai Kadet SISPA Keanggotaan Pegawai Pasukan Sebagai Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti Pangkat-Pangkat Kehormat dan Bersekutu Kor SISPA Perlantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor SISPA Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor SISPA
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
3.1
KEANGGOTAAN PEGAWAI KADET SISPA 3.1.1 Syarat-syarat menjadi Pegawai Kadet SISPA Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : i. Warganegara Malaysia. ii. Pelajar-pelajar yang berdaftar di IPTA/S. iii. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan). iv. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. v. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/S. vi. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan dan lulus temuduga kemasukan. 3.1.2 Keanggotaan Pegawai Kadet SISPA boleh didaftarkan di semester 1 tanpa perlu mengikuti kursus asas. Bagaimanapun Pegawai Kadet SISPA perlu mengikuti silibus semester 1dengan jayanya. 3.1.3 Kemajuan Peringkat Latihan dan Pangkat adalah melalui ujian penilaian. 3.1.4 Peraturan kenaikan dan penurunan pangkat Pegawai Kadet SISPA : i.
Seorang Pegawai Kadet SISPA boleh dinaikkan pangkat mengikut perjawatan pasukan seperti yang ditetapkan apabila : - Telah mengikuti kursus pusat yang ditetapkan - Lulus ujian yang disyaratkan. - Diperakui oleh Panel Penilai Kemajuan Pangkat melalui satu kursus atau temuduga khas.
ii.
Seorang Pegawai Kadet SISPA boleh diturunkan pangkat apabila : - Tidak mencapai darjah kecekapan yang dikehendaki. - Diperakui oleh Panel Kemajuan Pangkat / Tatatertib Kor SISPA melalui satu mesyuarat atau perbicaraan khas. Tanda-tanda pangkat Pegawai Kadet SISPA adalah seperti di Lampiran 2.
iii.
15
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
3.1.5 Keanggotaan Kor SISPA boleh ditamatkan/ diberhentikan atas sebabsebab berikut : i.
ii. iii.
Melakukan mana-mana kesalahan seperti di Perkara 27 Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970. Berhenti dari pengajian di IPTA/S. Dibuang IPTA/S (melangar Akta Universiti dan Kolej UniversitiAUKU 1971).
3.1.6 Permohonan Pegawai Kadet SISPA untuk menarik diri daripada Kor SISPA; i. Mendapat kelulusan daripada Penyelaras Kor SISPA. ii. Keanggotaan sebagai anggota sukarelawan adalah kekal, kecuali; iii. Memohon menamatkan perkhidmatan dalam Pasukan Pertahanan Awam. iv. Pegawai Kadet SISPA yang mengalami masalah kesihatan setelah disahkan oleh pegawai perubatan boleh dinasihatkan menarik diri dari Kor SISPA walaubagaimanapun keanggotaannya sebagai sukarelawan JPAM masih dikekalkan. 3.1.7 Pegawai Kadet SISPA yang tamat pengajian boleh meneruskan keanggotaan dalam Pasukan Pertahanan Awam dengan melapor diri di Jabatan Pertahanan Awam Negeri/ Daerah untuk menyertai aktivitiaktiviti Pertahanan Awam.
3.2
KEANGGOTAAN PEGAWAI PASUKAN PENYELARAS Kor SISPA UNIVERSITI
SEBAGAI
PEGAWAI
3.2.1 Syarat-syarat menjadi Pegawai Penyelaras Kor SISPA adalah : i. ii.
iii. iv. v. vi. vii.
Warganegara Malaysia Pegawai lantikan tetap perkhidmatan Pertahanan Awam Malaysia; atau Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang telah mendaftar; Berumur tidak kurang 21 tahun; Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu); Tidak menyertai mana-mana pasukan beruniform lain; Melalui proses temuduga yang dijalankan oleh IPPA; dan Menghadiri kursus pusat yang ditetapkan atau yang setaraf dengannya.
16
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
3.2.2 Peraturan Universiti i. ii.
iii.
Kenaikan
Pangkat
Pegawai
Penyelaras
Kor SISPA
Semua Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti layak menyandang pangkat Leftenan Muda (PA); Leftenan Muda (PA) ke Leftenan (PA) a. Telah menjawat pangkat Leftenan Muda (PA) selama 3 tahun. b. Terdapat kekosongan pangkat di IPTA/S berkenaan. c. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih. d. Telah lulus ujian bertulis dan proses temuduga yang dijalankan oleh IPPA. e. Kelulusan dan sokongan Pengarah Pertahanan Awam Negeri. Leftenan (PA) ke Kapten (PA) a. Telah menjawat pangkat Leftenan (PA) selama 7 tahun b. Terdapat kekosongan pangkat di IPTA/S berkenaan. c. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih. d. Telah lulus ujian bertulis dan proses temuduga yang dijalankan oleh IPPA. e. Kelulusan dan sokongan Pengarah Pertahanan Awam Negeri.
3.2.3 Tamat Perkhidmatan i.
Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti boleh diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut : a.
Melakukan mana-mana kesalahan seperti di Perkara 27 Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970 b. Berpindah IPTA/S. c. Masalah kesihatan. d. Tidak memberi komitmen. ii
Ajutan Kor SISPA Universiti hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri berkaitan penamatan perkhidmatan Pegawai Penyelaras tersebut.
Nota : Seorang Pegawai Penyelaras Kor SISPA akan kekal sebagai anggota Pasukan tempat di mana dia mendaftar walaupun tidak lagi dilantik oleh IPTA/S berkenaan sebagai Pegawai Penyelaras.
17
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
3.3
PANGKAT-PANGKAT KEHORMAT DAN BERSEKUTU Kor SISPA
3.3.1 Naib Canselor Universiti yang berkenaan akan menyandang pangkat Kolonel Kehormat (PA) atas perjawatannya selaku Komandan Kor SISPA Universiti berkenaan. Sekiranya Naib Canselor berkenaan tidak menyandang jawatan kehormat tersebut, Naib Canselor perlu melantik Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kanan universiti di atas cadangan untuk menyandang jawatan berkenaan. 3.3.2 Pangkat Leftenan Kolonel Kehormat (PA) akan dijawat di atas perjawatan sebagai Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti. Pangkat dan perjawatan tersebut akan disandang oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kanan universiti di atas cadangan Naib Canselor. 3.3.3 Naib Canselor IPTA/S boleh melantik Pegawai atau Pensyarah di kalangan IPTA/S berkaitan untuk menyandang jawatan Pegawai Bersekutu (PA) atas persetujuan bersama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. 3.3.4 Oleh kerana semua Pegawai yang dilantik di atas pangkat dan perjawatannya di universiti adalah pegawai kanan Kor SISPA di IPTA/S masing-masing, maka mereka yang membuat permohonan rasmi kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri sahaja akan ditauliahkan sebagai pegawai kehormat yang berkenaan. 3.3.5 Tanda-tanda pangkat Pegawai Kehormat dan Bersekutu adalah seperti dalam Lampiran 3.
3.4
PERLANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU Kor SISPA Perlantikan pangkat Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Kor SISPA hendaklah dicadangkan oleh pihak Universiti. 3.4.1 Perlantikan ke pangkat kehormat dan bersekutu Kor SISPA bagi IPTA/S induk adalah seperti berikut :3.4.1.1 3.4.1.2 3.4.1.3 3.4.1.4
Kolonel Kehormat (PA) Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Mejar Bersekutu (PA) Kapten Bersekutu (PA)
18
-
1 Jawatan 1 Jawatan 1 Jawatan 4 Jawatan
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
3.4.2 Perlantikan ke pangkat bersekutu Kor SISPA bagi IPTA/S Cawangan/ Kampus adalah seperti berikut :3.4.2.1 3.4.2.2 3.4.2.3
Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) - 1 Jawatan Mejar Bersekutu (PA) - 1 Jawatan Kapten Bersekutu (PA) - 4 Jawatan
3.4.3 Proses perlantikan ke Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor SISPA adalah seperti berikut:3.4.3.1 3.4.3.2 3.4.3.3
Calon Pegawai Kehormat dan Bersekutu dikehendaki mendapat sokongan daripada PPAN. Borang perlantikan dikehendaki dikemukakan ke Jabatan Pertahanan Awam Negeri. Borang perlantikan dimajukan kepada Lembaga Lantikan & Kenaikan Pangkat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia untuk kelulusan dan diberi watikah perlantikan dengan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia.
3.4.4 Calon- calon Pegawai Kehormat dan Bersekutu. 3.4.4.1
Kolonel Kehormat (PA) Naib Canselor IPTA yang dilantik ke Pegawai Kehormat Kor SISPA tidak dibenarkan memegang lain-lain jawatan dalam mana-mana badan beruniform sama ada di dalam atau luar IPTA/S melainkan pangkat kehormat yang disandarkan atas jawatannya sahaja. Sekiranya Naib Canselor telah memegang jawatan dalam mana-mana badan beruniform selain jawatan kehormat, pangkat dan perjawatan tersebut akan disandang oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kanan universiti di atas cadangan Naib Canselor.
3.4.4.2
Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Pangkat ini akan disandang oleh mana-mana pegawai kanan universiti di atas cadangan Naib Canselor dan akan menjalankan tugasan selaku Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti. Calon-calon terpilih tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana badan beruniform untuk menjawat jawatan Bersekutu Kor SISPA berkenaan.
19
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
3.4.5 Syarat- syarat perlantikan Calon–calon Pangkat Bersekutu Kor SISPA adalah dikehendaki mematuhi syarat- syarat seperti berikut:3.4.5.1 3.4.5.2 3.4.5.3 3.4.5.4
Melepasi tapisan keselamatan dan semakan rekod jenayah. Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan. Terdiri daripada ahli-ahli akademik dan staf IPTA/S. Tidak terlibat dengan lain- lain badan beruniform sama ada di dalam atau luar IPTA/S.
3.4.6 Penamatan perlantikan Pegawai Bersekutu Kor SISPA boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia dengan cadangan daripada Naib Canselor atas sebab- sebab berikut:3.4.6.1 3.4.6.2 3.4.6.3 3.4.6.4
Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Tidak mematuhi perintah- perintah yang sah daripada seseorang yang lebih kanan daripadanya. Tidak mematuhi disiplin dan peraturan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Melakukan perbuatan salah laku jenayah.
3.4.7 Perletakan Jawatan Seorang Pegawai Bersekutu Kor SISPA yang ingin meletak jawatan dikehendaki memberi notis sebulan awal dari tarikh berhenti kepada Komandan.
3.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU Kor SISPA MENGIKUT PANGKAT DAN JAWATAN DALAM ORGANISASI Kor SISPA
3.5.1 Kolonel Kehormat (PA) selaku Komandan 3.5.1.1
3.5.1.2
Memberi nasihat di dalam aspek latihan dan bantuan dari pihak universiti dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik Pegawai Kadet SISPA. Bertanggungjawab sebagai Pegawai Pemerintah untuk mengendalikan pentadbiran untuk IPTA/S berkenaan.
20
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
3.5.1.3
Pegawai yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan kewangan dari pihak universiti.
3.5.2 Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) selaku Timbalan Komandan 3.5.2.1
3.5.2.2 3.5.2.3 3.5.2.4 3.5.2.5
Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan dari pegawaipegawai yang dipertanggungjawabkan. Menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pentadbiran, pemerintah, kawalan dan perhubungan. Mendelegasikan apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai yang difikirkan perlu. Menjadi perantara di antara Kor SISPA dengan pihak Universiti di dalam semua aspek. Menentukan latihan Pegawai Kadet SISPA dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan sebagaimana yang telah dikeluarkan atau ditetapkan.
3.5.3 Mejar Bersekutu (PA) selaku Ajutan 3.5.3.1
Bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti di dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan. 3.5.3.2 Mentadbir segala urusan pentadbiran Anggota Sukarela Tugas Pejabat (ASTP) dan Pegawai Kadet SISPA. 3.5.3.3 Mengeluarkan segala dasar-dasar Komandan. 3.5.3.4 Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh semua peringkat Pegawai Kadet SISPA. 3.5.3.5 Menjadi setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan. 3.5.3.6 Menentukan semua Perintah Tetap dikemaskini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri dan dipatuhi oleh semua peringkat Pegawai Kadet SISPA. 3.5.3.7 Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh Universiti dari semasa ke semasa. 3.5.3.8 Mengatur dan melaksanakan kawad dan perbarisan di dalam Kor SISPA di IPTA/S. 3.5.3.9 Mengeluarkan segala arahan dan hukuman daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri untuk dihebahkan. 3.5.3.10 Bertanggungjawab di atas kebajikan Pegawai Kadet SISPA di IPTA/S.
21
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
3.5.3.11 Menjaga hubungan dengan lain-lain unit atau formasi atasan untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran. 3.5.4 Kapten Bersekutu (PA) selaku Pegawai Pentadbiran. 3.5.4.1 3.5.4.2 3.5.4.3 3.5.4.4
Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumbersumber pejabat dan personal. Berhubung dengan pihak universiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. Menyediakan anggaran belanjawan keseluruhan Kor SISPA. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran.
3.5.5 Kapten Bersekutu (PA) selaku Pegawai Logistik. 3.5.5.1 3.5.5.2 3.5.5.3
Berhubung dengan pihak universiti dalam semua aspek pengurusan logistik. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada Pegawai Kadet SISPA. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal logistik.
3.5.6 Kapten Bersekutu (PA) selaku Pegawai Latihan. 3.5.6.1 3.5.6.2 3.5.6.3 3.5.6.4 3.5.6.5
Merancang dan menyediakan jadual latihan. Memastikan latihan-latihan dan aktiviti Pegawai Kadet SISPA berjalan mengikut jadual. Berhubung dengan pihak universiti dalam semua aspek pengurusan disiplin. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal latihan dan aktiviti.
3.5.7 Kapten Bersekutu (PA) selaku Pegawai Akademik. 3.5.7.1 3.5.7.2 3.5.7.3 3.5.7.4 3.5.7.5
Merancang dan menyediakan silibus. Menyampaikan dan mendapatkan penceramah untuk latihan Pegawai Kadet SISPA. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan. Menyediakan kertas-kertas ujian semester serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal akademik.
22
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
Nota :-
Rujuk Lampiran 4 bagi struktur organisasi Kor SISPA di peringkat Universiti.
23