HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI Alhamdulillah, saya rafa’kan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga. Pada kali ini, dengan izin-Nya, dapat menyiapkan artikel yang bertajuk: “Hikmah dan Falsafah Haji.” Ini amat bertepatan dengan panggilan haji yang pasti tiba tidak lama lagi. Definisi Hikmah Sebelum
dibincangkan
tajuk
seperti
ini
penulis
perlu
mengemukakan beberapa definisi hikmah dan falsafah. Mengikut Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: “Hikmah ialah gabungan antara
ilmu dan amalan dengannya.” Untuk memahami pengertian dan definisi hikmah dengan mendalam, dikemukakan di sini definisinya: Pada bahasa, ianya diambil daripada kalimah hakama, dengan maksud tegahan. Justeru, dengan maksud tegahan daripada kezaliman. Hikmah pula membawa maksud tegahan daripada kejahilan. Definisi Falsafah Al-Jurjani dalam al-Ta’rifat (216) berkata: “Falsafah ialah menyerupakan dengan Tuhan mengikut kemampuan manusia untuk menghasilkan kebahagiaan yang abadi, sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah SAW yang bersifat benar. Ini selaras dengan kenyataannya yang bermaksud:
dengan akhlak Allah SWT.”
1
“Berakhlaklah kamu
Dikemukakan di sini hikmah dan falsafah haji sama ada secara fardi iaitu perseorangan atau jemaah Firman Allah SWT: yang bermaksud: (Masa untuk mengerjakan ibadat)
haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat
maksiat,
dan
tidak
boleh
bertengkar,
dalam
masa
mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah, dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah), dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Surah al-Baqarah: 197) Zahir nas ini menjelaskan bahawa haji itu mempunyai waktu yang tertentu, iaitu pada beberapa bulan tertentu, iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Berdasarkan nas ini, tidak sah ihram dengan haji melainkan di dalam bulan-bulan yang ditentukan sahaja, walaupun ada sesetengah mazhab mengatakan sah berihram dengan haji di sepanjang tahun dan menentukan bulan-bulan yang tertentu ini untuk menunaikan syiar-syiar haji pada masa-masanya yang termaklum.
2
Pendapat yang akhir ini dipegang oleh Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad Ibn Hanbal. Pendapat ini juga diriwayatkan dari Ibrahim alNakha’ie, al-Thauri dan al-Laith Ibn Sa'ad. Sementara pendapat yang pertama pula, dipegang oleh Imam al-Syafie dan pendapat ini juga diriwayatkan dari Ibn Abbas, Jubair, `Ata', Tawus dan Mujahid dan ia merupakan pendapat yang azhar.
Hikmah Haji dan Faedah bagi Individu Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu menyebut tentang faedah bagi seseorang yang menunaikan haji. Antaranya:
Menghapuskan dosa kecil. Sebahagian ulama’ Hanafi berkata, termasuk dosa besar.
Membersihkan jiwa daripada maksiat.
Jiwa menjadi bersih, ikhlas dalam tajdid kehidupannya.
Menambahkan lagi ma’nawiyat ihsan.
Meneguh dan menguatkan cita-cita serta keazaman.
Mengukuhkan lagi husnu al-zan dengan Allah SWT.
Menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan.
Memperbaharui tajdid perjanjian ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Bertaubat dengan penuh keikhlasan dan harapan kepada keampunan-Nya.
Mendidik jiwa serta melembutkan perasaan kemanusiaan.
Menambahkan lagi sifat dan tingkatan ihsan dalam ibadat. 3
Mengimbau kembali nostalgia keagungan Islam.
Membaca sejarah salaf al-soleh yang penuh gemilang dengan amalan soleh dan jihad.
Mengajar erti sebuah kesabaran dan pengorbanan.
Memahami
keperluan
iltizam
dan
istiqamah
yang
mesti
disebatikan dalam jiwa.
Menzahirkan kesyukuran di atas pelbagai kurniaan nikmat-Nya: Antaranya, nikmat harta, kesihatan, ilmu, ukhuwah, iman, taqwa, tauhid, akal dan lain-lain.
Menanam dalam lubuk hati ruh ubudiah yang sempurna.
Hikmah Haji dan Faedah untuk Jemaah Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu menyebut tentang faedah bagi jamaah yang menunaikan haji. Antaranya:
Taa’ruf ummah yang merentasi pelbagai bangsa, bahasa, tanah air, watan dan taraf serta darjat kehidupan sesama Muslim.
Memungkinkan untuk mendapat manfaat iqtisadiah dan ekonomi ummah, seperti transaksi perniagaan, kenderaan atau kapal terbang, perhotelan atau tempat tinggal, pengangkutan di tanah suci, makanan, minuman, buah-buahan, ubat-ubatan, farmasi, mata wang, binatang qurban, dam, fidyah, khidmat atau servis, khemah, kitab atau buku, hingga kepada perkara yang remehtemeh.
4
Muzakarah ummah berkenaan maslahah agama Islam, politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain antara cendikiawan ulama’ pemimpin dan pembesar negara.
Bersatu dalam perbincangan menangani isu musuh Islam.
Mengikat dan mengutuhkan lagi Rabitah Ukhuwwah Islamiyah sesama ummah di seluruh pelusuk dunia.
Merasakan
kebersamaan
ummah
yang
pelbagai,
berasal
daripada manusia yang satu, iaitu Nabi Adam AS.
Melahirkan
perasaan
setaraf
dan
sama
kedudukan
sifat
kemanusiaannya di hadapan Allah yang dijelmakan melalui: Pakaian ihram, warnanya yang putih, slogan talbiah yang sama, menuju ke tempat yang sama, mengadap kiblat yang sama, solat pada waktu yang sama, berjemaah dengan imam yang satu, tawaf di tempat yang sama, sa’ie pada tempat yang sama, wuquf pada hari, waktu, tempat yang serentak, melontar ke lubang jamarat yang sama, dengan bilangan batu yang sama dan peraturan yang juga sama.
Membuahkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabatnya.
Melatih dan mendidik jiwa untuk saling bekerjasama sebagai
team building yang benar-benar mantap.
5
Penutup Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut, Allah SWT mensyariatkan beberapa syariat kepada hamba-Nya dan memperincikan hukumhukum untuk kepentingan mereka dari segi agama dan kehidupan di dunia pada masa ini dan akan datang. Apabila menyebut tentang haji, al-Quran mengisyaratkan bahawa ibadat tersebut mempunyai faedah dan kebaikan yang banyak untuk manusia. Terlalu banyak hikmah falsafah dan kebaikan yang dapat dikutip di sebalik pensyariatan kefardhuan haji itu. Ungkapan yang digunakan oleh al-Quran, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Supaya
mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban), dengan yang demikian, makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Hajj: 28) Al-Alusi dalam tafsirnya, Ruh al-Ma’ani (17/189) berkata: “Untuk
mendapatkan manfaat, di mana perkataan manfaat disebut dengan banyak, yang memberi maksud besarnya manfaat dan banyaknya, di mana ia digunakan dalam bentuk nakirah kerana membesar dan membanyakkannya.” 6
Semoga catatan berkenaan “Hikmah dan Falsafah Haji” ini, dapat menambah lagi keyakinan bakal jemaah haji ketika berangkat menunaikan haji ke tanah suci Makkah. Di samping itu, mengambil kesempatan dan peluang semasa berada di sana untuk menggandakan prestasi ibadat ke tahap yang benar-benar maksimum. Amin. Penulis : Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakry Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
7