HAK CIPTA TERPELIHARA DAN LANGKAH KESELAMATAN:
Definisi Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut : • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Tujuan utama: Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya.
Terbahagi kepada 2 kategori utama: 1. Hak ekonomi 2. Hak moral
Hak Ekonomi Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material. Tujuan : Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan. Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta hasil daripd jualan ciptaannya.
Hak Moral
Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta.
Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta.
Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa perubahan tanpa persetujuan pencipta.
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah : 1. karya sastera ; 2. karya muzik ; 3. karya seni ; 4. filem ; 5. rakaman bunyi ; 6. siaran; dan 7. karya terbitan
Karya Sastera Karya sastera terdiri daripada:
novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
surat, laporan dan memorandum;
syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk
teks
rasmi
kerajaan
atau
badan-badan
berkanun
yang
perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.
bersifat
Karya Muzik Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.
Karya Seni Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa
karya tiga dimensinya; Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung
dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
Karya seniukir;
Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
Fotografi yang tidak terkandung dalam filem;
Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.
Filem Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:
ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau
dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.
Rakaman Bunyi Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.
Siaran Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk penerimaan orang awam.
Karya-karya lain yang mendapat hakcipta Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta 1987 terdapat karya-karya lain
yang
juga
diberikan
perlindungan hakcipta.
Karya-
karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut: (a) Karya Terbitan : "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal; i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi hakcipta; dan ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek. b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan : Harta Intelek dalam edisi karya yang diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbitpenerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal: i) Penerbitan
pertama
edisi
itu
berlaku
dalam
Malaysia;
atau
ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.
Undang-Undang Hak Cipta
Undang-undang ini menyediakan perlindungan monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan.
Memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka,untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.
Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;
Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang
Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuan
Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.
Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.
Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta: -Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel
dan sebagainya.
-Muzik atau kesan audio -Pantomin -Gambar dan Grafik -Audio Visual -Rakaman suara
Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting :
Simbol © atau perkataan “Copyright” atau “Hakcipta Terpelihara”
Tahun pertama penerbitan
Nama pemilik hakcipta tersebut
Langkah Keselamatan: Jangan membuka e-mel yang diragu. Jangan terlalu mudah memberikan maklumat seperti pengenalan diri, no kad kredit, no telefon dan sebagainya kepada pihak-pihak yang tidak dikenali tanpa pengetahuan orang dewasa
Menggunakan kata laluan/perisian tertentu bagi menghalang pelajar/anak daripada laman-laman yang tidak sesuai
Tips Menjaga Keselamatan Data: a. Jenis penyalahgunaan data; i. Mencuri data ii. Memanupulasi data iii. Mengintip b. Keselamatan Data i.
Membentuk kata laluan
ii. Mengakses mengikut tingkat keperluan iii. Prosedur iv. Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat. c. Membuat salinan data; - simpan data dalam storan sekunder yang lain - gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan - pilih peranti storan yang baik; Contoh CD - Rom - simpan di sever.
JENIS-JENIS MEDIA:
Media Bergerak (rakaman video, animasi & filem)
Media Kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)
Orang (guru, pelajar & orang ramai)
Media pameran: yg boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar (Model, boneka, diorama)
Media cetak (poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
Media grafik (diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi dll)
Audio (suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)
Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)
PENGAJARAN TERANCANG: Kelebihan
Kemahuan sendiri (self pacing)
Latihan dan maklum balas ( Practice & feedback)
Boleh dipercayai (reliable)
Berkesan dan efektif
Kelemahan
Memerlukan usaha mereka bentuk pengajaran.
Boleh membosankan.
Kekurangan hubungan sosial