Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) adalah sebuah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 ingin mempelawa calon yang berkelayakan serta bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan seperti berikut :
1.
PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6,177.00 – RM13,251.00 (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1
1.1
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN : 1.1.1
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a)
Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)
Memiliki kelayakan akademik seperti berikut : (i)
ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)
ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii)
ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Keutamaan berkelulusan dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) DAN
1
1.2
(c)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d)
Bebas daripada sebarang rekod jenayah.
(e)
Lain-lain : (i)
Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan; dan
(ii)
Mempunyai kemahiran yang cemerlang dalam komunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat perundangan organisasi, merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar mengenai organisasi, pengurusan sumber manusia, pentadbiran, keselamatan serta pengurusan teknologi maklumat.
2
2.
PENOLONG PENGARAH (GRED 41) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM2,422.00 – RM9,631.00 (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1
2.1
SYARAT LANTIKAN : 2.1.1
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a)
Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
Memiliki kelayakan akademik seperti berikut : (i)
ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)
ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii)
ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN (d)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3
2.2
(e)
Bebas daripada sebarang rekod jenayah.
(f)
Lain-lain (i)
Mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran di dalam bidang integriti, statistik dan teknologi maklumat
(ii)
Mempunyai pengetahuan berkaitan Pelan Integriti Nasional (PIN)
(iii)
Mahir dalam komunikasi dan mampu membuat keputusan
(iv)
Berkemahiran di dalam penganalisisan data
RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data yang diperlukan serta berkaitan integriti dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran organisasi serta negara.
Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah menggunakan (INTEGRITI/AD15 Pind.2016) yang http://www.integriti.my
Borang Permohonan boleh muat turun
Jawatan Kosong di laman web
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajudin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur (u.p : Unit Sumber Manusia)
4
c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan. d) INTEGRITI berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2017.
Catatan Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
5