Selangor Kini PERCUMA 6 - 13 Disember 2013, 3 - 10 Safar 1435
Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus? 21 - 22 Disember 2013
muka 3
KENALI ADUN ANDA TENG CHANG KHIM
N.44 Sungai Pinang
muka 6-7
Kenaikan gaji mantapkan sistem pentadbiran
SHAH ALAM - Kenaikan gaji Menteri Besar, Timbalan Speaker, Speaker, Exco dan Adun, bakal memantapkan lagi sistem pentadbiran kerajaan Selangor yang bebas rasuah. Apatah lagi, Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan bernilai hampir RM3 bilion, manakala kekayaan hasil negeri diagih kepada rakyat melalui pelbagai skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Badan pemantau antarabangsa, Transparency International (TI) Malaysia pula percaya kenaikan itu menjadi faktor pendesak kepada wakil rakyat untuk lebih bertanggungjawab kepada pembayar cukai. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) juga yakin ia menjadi strategi penting untuk menarik golongan intelektual menyertai politik. Ia juga bertepatan dengan syariat Islam yang menekankan peri pentingnya dalam merencana dan melaksanakan usaha untuk mengatasi amalan rasuah. “Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa," ka-
Di kalangan wakil rakyat pula, kenaikan menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan percaya kenaikan itu bakal memudahkan usaha membela rakyat.
KERJASAMA... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bersama barisan panel yang mengendalikan forum Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bertema ‘Selangor The Gateway to AEC’ bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Forum anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC), bertujuan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan AEC ta bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sebenarnya, ia suatu langkah terkedepan, susulan pelbagai langkah Kerajaan Negeri sebelum ini yang menutup ruang dan peluang penyalahgunaan kuasa termasuk larangan dalam urusan tender dan kontrak. Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ada mengumumkan beberapa langkah untuk memastikan setiap wang ringgit diurus dengan cermat dan bertanggungjawab. Antaranya, penubuhan jawatankuasa bebas memantau penggunaan wang rizab negeri; semak semula proses dan prosedur jentera pentadbiran awam, agensi dan syarikat milik kerajaan; semakan perbelanjaan melalui penilaian perbelanjaan pertengahan tahun.
Selain itu, mengkaji semula atau membatal perjanjian konsesi dan usahasama yang merugikan agensi awam dan anak syarikat; serta mengarah pembekal dan kontraktor memeterai Aku Janji tidak memberi sogokan kepada kakitangan dan pegawai Kerajaan Negeri. Di kalangan wakil rakyat pula, kenaikan menjadikan mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat dan percaya kenaikan itu bakal memudahkan usaha membela rakyat. Ia berikutan kenaikan itu mengambil kira keperluan semasa wakil rakyat, memandangkan Pakatan Rakyat menutup rapat peluang mendapatkan projek mahupun sogokan. Sebelum ini, gaji lama bagi seseorang Adun mungkin berbaki RM500 sahaja untuk menampung keperluan keluarga,
sekali gus boleh menjejaskan tumpuan kerja. "Adun bergaji RM6,000. Hampir setiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat, orang meninggal dunia yang mencecah RM2,000. “Bayar kereta, rumah dan lain-lain mencecah RM2,000. Beri kepada parti RM1,000. Beli baju, kalau yang mementingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 untuk anak sekolah dan perbelanjaan keluarga," kata Abdul Khalid. Beliau berharap semua wakil rakyat tidak perlu meminta-minta darpada pihak lain yang mungkin cuba mengambil kesempatan. "Saya tidak mahu Adun kekurangan duit untuk jaga masyarakat setempat," katanya.
Utama 2
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Dr Asri: Kerajaan jujur, bersih rasuah seperti Selangor layak dapat kenaikan Oleh Nazli Ibrahim SHAH ALAM - Anggota pentadbiran kerajaan yang mengamalkan dasar kebertanggungjawaban, dengan usaha pembasmian rasuah yang berterusan, serta memiliki kemampuan kewangan kukuh, layak menerima pelarasan gaji, tegas cendekiawan Islam, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar). Beliau berpendapat langkah itu boleh membantu usaha membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, anggota Exco dan Adun, daripada menyalahgunakan kedudukan mereka untuk menagih sogokan. “Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut, tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah, “Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa. “Tidak kira Menteri Besar,
Adun atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan, selain gaji mereka semata-mata, katanya. Beliau yang juga merupakan Profesor Madya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian di Universiti Sains Malaysia (USM), mengingatkan kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika gejala rasuah dan salah urus wang berlaku dalam pentadbiran negeri. “Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab jadikan mereka lebih berhati-hati. “Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikir-
kan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,” katanya. Mengulas dakwaan sesetengah pihak, pelarasan gaji itu tidak wajar kerana ada rakyat yang masih berada di bawah paras kemiskinan, Dr Asri berkata, pelasaran ini sebenarnya memudahkan wakil rakyat untuk bantu golongan sedemikian. “Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi, tetapi dalam pengurusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak, sedikit. “Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.
Faktor gaji dorong minat profesional kepada politik SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berpandangan pelarasan gaji anggota pentadbiran Kerajaan Selangor sebagai berpatutan dengan keadaan semasa seterusnya menimbulkan minat golongan muda profesional untuk menyertai politik. Timbalan Presidennya, Mohd Shani Abdullah, yakin pelarasan ini mampu menarik golongan yang berkebolehan dan berbakat untuk menawar diri berkhidmat dalam arena politik yang mencabar. "Elaun RM6,000 sebulan satu kadar yang begitu rendah bagi golongan profesional yang mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada pembangunan negara, "Kalau dibandingkan, gaji RM6,000 itu hampir separuh daripada gaji penjawat Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)," katanya. Beliau mengakui terkejut dengan elaun rendah bagi jawatan Timbalan Speaker (RM3,327.50) berbanding Adun (RM6,000) meskipun menggalas dua tugas yang berat. "Mungkin daripada kadar
Mungkin daripada kadar kenaikan menunjukkan satu lonjakan tinggi tetapi mengikut kos sara hidup, sewa rumah dan keperluan lain, kadar yang diluluskan Kerajaan Selangor adalah sesuatu yang berpatutan
Mohd Shani
Timbalan Presiden Fomca kenaikan menunjukkan satu lonjakan tinggi, tetapi mengikut kos sara hidup, sewa rumah dan keperluan lain, kadar yang diluluskan kerajaan Selangor adalah sesuatu yang berpatutan. "Bagi ketua-ketua Kerajaan Negeri, mereka boleh bertindak tanpa perlu bergantung dengan pihak lain secara bebas dan mereka mesti berkedudukan kewangan bebas (dengan kadar pendapatan berpatutan)," katanya.
Pembangkang sokong pelarasan gaji
TI-Malaysia: Wakil rakyat perlu lebih produktif
Dalam perkembangan sama,
Badan pemantau antarabangsa, Transparency International (TI) Malaysia, mengalualukan pelarasan gaji wakilwakil rakyat Selangor kerana ia mendesak mereka menjadi lebih produktif. Setiausaha Agung TI-Malaysia, Dr Loi Kheng Min, dengan pelarasan ini wakil-wakil rakyat perlu membuktikan prestasi mereka adalah setimpal dengan gaji yang rakyat berikan. “Jika kamu dibayar dengan tinggi, kamu perlu buktikan yang kamu layak terima gaji seperti ini dan melaksanakan kerja dengan baik,” tegas be-
blok pembangkang Selangor menyokong pelasaran gaji para Adun dan jemaah Exco kerana ia banyak membantu wakil rakyat menggiatkan penyampaian khidmat kepada masyarakat. Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias, berkata pelarasan itu adalah wajar memandang langkah tersebut turut dicadangkan di peringkat nasional. “Perlarasan ini wajar dan memberi peluang kepada para Adun yang selama ini berkhidmat di peringkat kawasan un-
tuk memberi perkhidmatan yang intensif kepada rakyat di negeri ini,” tegas beliau. Menjawab soalan media, BN Selangor menegaskan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) mampu melaksanakan pelarasan ini berdasarkan kepada hasil kutipan yang diperoleh. Sebelum ini, Kerajaan Negeri menaikkan gaji Ketua Pembangkang Negeri Selangor kepada RM8,620 berserta keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai pengiktirafan kepada peranan jawatan itu dalam demokrasi.
liau, seperti yang dilaporkan media. TI-Malaysia bersetuju pelarasan ini membantu mengatasi gejala sogokan di kalangan wakil rakyat. Dr Kheng Min menambah, budaya rasuah dapat ditangani lagi melalui dasar ketelusan yang berterusan.
Perlaksanaan dasar telus dan integriti sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Antara langkah yang dilaksanakan adalah perubahan sistem tender di semua agensi dan anak-anak syarikat negeri dan penubuhan unit integriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di semua jabatan. “Yang lebih utama adalah dasar urus tadbir yang telus, termasuklah deklarasi aset,” katanya.
Fokus Isu Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Purata kenaikan gaji: 13 peratus atau 300 peratus? Oleh Norman G Saya terpanggil mengulas perihal kenaikan gaji badan eksekutif (Menteri Besar dan Exco) dan perundangan Selangor (Adun) yang mendapat tentangan ramai walaupun agak terlewat. Ini kerana saya menunggu Laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Negeri Selangor yang baru sahaja dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Saya hanya mengulas kenaikan gaji berdasarkan pendapat dengan berlandaskan angka dan fakta daripada kerajaan. Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar (MB), Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) (Exco), Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Januari 2014. Implikasi kewangan ke atas perbelanjaan Kerajaan Negeri disebabkan kenaikan itu membabitkan seorang Menteri Besar, seorang Speaker, seorang Timbalan Speaker, 10 Exco dan 56 Adun. Keseluruhan perbelanjaan gaji mereka bermula 2014 ialah RM900,000 sebulan atau RM10.8 juta setahun iaitu kenaikan purata 114 peratus berbanding jumlah keseluruhan peruntukan gaji sekarang RM5,048,412 setahun. Jika dibanding dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan 2014 bernilai RM1.85 bilion, peruntukan gaji kepada MB, Exco, Speaker dan Adun hanya 0.58 peratus dari keseluruhan peruntukan. Terpulang kepada anda untuk menilai sama ada jumlah dan peratusan itu wajar atau tidak. Mengikut media, kali terakhir kenaikan pada 2011 hanya melibatkan gaji Adun sahaja dan tidak melibatkan MB, Exco, Speaker mahupun Timbalan Speaker. Kenaikan dari RM4,112.79 kepada
Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2013 RM6,000 sebulan untuk semua Adun tertera dalam hansard DNS ke-12, penggal ke-4, mesyuarat pertama pada 31 Mac 2011: Bagaimana pula kenaikan terakhir gaji MB, Speaker dan Exco Selangor? Mengikut portal berita, kali terakhir kenaikan gaji MB dan lain-lain dibuat pada 2005. Dengan mengganggap kenaikan terakhir pada 2005, bermakna sudah lapan tahun gaji MB dan Exco tidak naik. Berdasarkan kenaikan 106 peratus baru-baru ini, kenaikan purata tahunan sejak 2005 ialah 13.25 peratus dan Exco (28.875 peratus). Adakah ini juga melampau bagi pendapat anda? Kadar pertumbuhan purata kenaikan gaji MB dan Exco lebih tinggi daripada kadar kenaikan pertambahan pendapatan seisi rumah Selangor iaitu 5.5 peratus dari 2009 hingga 2012. Untuk kenaikan gaji Speaker dan Timbalan Speaker yang masing-masing melibatkan 268 peratus dan 373 peratus - tertinggi dalam kenaikan itu, ia untuk
Pertumbuhan Ekonomi mengikut Negeri 2011 & 2012
0.0%
3.0%
6.0%
9.0%
12.0%
15.0%
0.0% 2012
3.0% 2011
6.0%
9.0%
12.0%
15.0%
Jadi, saya terpanggil untuk memberitahu menteri berkenaan mengenai pencapaian kerajaan Selangor.
Kenaikan kutipan hasil sejak 2010 Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Perseku tuan menyusut sejak 2008 Kumpulan Wang Disatukan (rizab negeri) meningkat sejak 2009 Surplus atau lebihan dalam Laporan Prestasi Kewang an setiap tahun Pertumbuhan ekonomi negeri lebih tinggi berban ding Sarawak Penyumbang tertinggi ke pada ekonomi negara: Penurunan insiden kemis kinan dan kemiskinan tegar pengukuhan institusi demokrasi, iaitu DNS yang mengiktiraf Speaker, Timbalan Speaker dan Ketua Pembangkang. Ia hanya melibatkan dua individu, bukannya ramai seperti 10 Exco dan 56 Adun. Jadi tidak adil jika marah-marah kenaikan melebihi 300 peratus sedangkan ia hanya melibatkan Speaker dan Timbalan Speaker sahaja. Baru-baru ini, seorang menteri kabinet bertanya: Apa yang dicapai kerajaan Selangor sehingga menaikkan gaji pada kadar tidak munasabah? Jika ada yang berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor disebabkan program Kerajaan Persekutuan seperti ETP, GTP dan sebagainya, mengapa pertumbuhan ekonomi Sarawak menurun dan Selangor meningkat pada 2012? Jika menuduh MB mengurangkan perbelanjaan dan ‘kedekut’, ia salah kerana perbelanjaan mengurus dan
3
Pembahagian Peratus KDNK mengikut Negeri, 2012 Negeri Sumbangan % Selangor WP Kuala Lumpur Sarawak Johor Pulau Pinang Sabah Perak Pahang Negeri Sembilan Kedah Melaka Terengganu Kelantan Perlis WP Labuan Supra
23.5 15.2 9.6 9.2 7.0 5.9 5.3 4.1 3.7 3.4 2.9 2.6 1.8 0.5 0.4 5.1
*Termasuk WP Putrajaya
pembangunan Kerajaan Negeri meningkat setiap tahun. Pencapaian itu dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara oleh Jabatan Audit Negara, Laporan Pendapatan Seisi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Statistik Negara dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, banyak lagi yang boleh kerajaan Selangor pertingkatkan dan tidak harus selesa dengan keadaan dan kemajuan prestasi ekonomi negeri. Pasti masih ada rakyat Selangor yang ketinggalan dan terperangkap dalam kemiskinan. Seiring kenaikan gaji pemimpin peringkat negeri, kebajikan rakyat juga harus dilipat ganda. Bantuan program tunai, bantuan untuk usahawan, bantuan kemiskinan dan sebagainya, juga harus dinaikkan supaya kemakmuran ekonomi dan hasil negeri boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat. Isu kenaikan gaji sepatutnya tidak menjadi tumpuan berat. Masih banyak isu yang menekan seperti isu kutipan sampah, bekalan air seluruh Selangor, penerokaan tanah secara haram dan lain-lain. Sepatutnya, kita mendesak kerajaan Selangor menambah baik program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pembasmian kemiskinan, bantuan perniagaan, bantuan pendidikan, program membudayakan ilmu dan sebagainya. Usaha merapatkan jurang pendapatan perlu diganda kerana kita tidak mahu yang kaya, semakin kaya dan yang miskin, semakin miskin. Norman G ialah pengundi di Selangor P140 Shah Alam dan DUN N40 Kota Anggerik. Artikel ini disunting dari oskortos.blogspot.com
Fokus MES 4
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Tunas: Hadiah istimewa untuk rakyat Selangor OLEH HAFIZAN TAIB
Jumlah Pembayaran kepada Anak (RM) TUNAS mengikut Daerah sehingga 30/11/2013 Pejabat Daerah
Jumlah
Sabak Bernam Klang Kuala Langat Sepang Petaling Gombak Hulu Selangor Hulu Langat Kuala Selangor Jumlah
284,600.00 375,510.00 177,595.00 17,500.00 328,400.00 62,650.00 17,850.00 79,570.00 155,557.00 1,499,232.00
Pendaftaran Tadika mengikut kategori sehingga 31/11/2013 Status
Jumlah Yang Berdaftar Dengan Skim Tunas
Abim Pasti Hira' Haluan Jim Pertim Kemas Perpaduan Prasekolah Jais Prasekolah KPM Tadika Swasta Jumlah
12 212 0 1 0 33 0 48 12 6 165 489
S
kim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) adalah salah satu program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mengkhususkan bantuan yuran kepada anak berusia lima dan enam tahun yang dihantar ke tadika dan pra sekolah seluruh Selangor mulai 1 Julai tahun lalu. Eksekutif Operasinya, Abdul Mutalib Islan, berkata skim Tunas itu memberi fokus bantuan kepada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah di seluruh Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama, ekonomi dan fahaman politik. "Semua anak berusia lima dan enam tahun daripada kalangan keluarga sasaran yang dihantar ke tadika berdaf-
Tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM1,016,600 yang diluluskan di bawah Geran Selangorku, seramai 1,247 daripada 1,903 pelajar didaftarkan di bawah skim Tunas serta sebanyak 217 buah tadika dan pra sekolah membuat pendaftaran dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) untuk dapatkan manfaatnya
Abdul Mutalib Eksekutif Operasi Tunas
tar sama ada Pra Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Pra Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Tadika Perpaduan, Tadika Kemas, Tadika Rakyat, Pasti, Abim, Hira', Pertim, PTM dan semua jenis tadika yang terdapat di seluruh Selangor, layak untuk mohon bagi mendapatkan manfaat Tunas. "Tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM1,016,600 yang diluluskan di bawah Geran Selangorku, seramai 1,247 daripada 1,903 pelajar didaftarkan di bawah skim Tunas serta sebanyak 217 buah tadika dan pra sekolah membuat pendaftaran dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) untuk dapatkan manfaatnya," katanya. Abdul Mutalib berkata, pada tahun ini pula dengan peruntukan RM3 juta menjadikan skim ini lebih berjaya menerusi pendaftaran sebanyak 3,073 daripada 4,247 yang berjaya. Beliau berkata, pendaftaran gagal iaitu 622 pada tahun lalu dan 1,174 (tahun ini) adalah berikutan beberapa kriteria yang tidak dipenuhi seperti had kelayakan isi rumah keluarga, status pemohon dan sebagainya. "Pada tahun depan kita menyasarkan pendaftaran peserta sehingga 5,000 atau lebih di seluruh Selangor dengan peruntukan RM3 juta disediakan Kerajaan Negeri. "Kita akan menggiatkan sesi promosi dan penerangan ke seluruh negeri supaya rakyat mendapat maklumat lebih jelas
dan lengkap mengenai progam ini," katanya. Abdul Mutalib berkata, semua tadika dan pra sekolah yang ingin menyertai program itu dimestikan mendaftar dengan MPTS bagi memudahkan penyaluran bantuan berkenaan. Katanya, MPTS iaitu jawatankuasa bernaung di bawah Jawayankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali. "MPTS bertindak sebagai badan pemantau tadika dan pra sekolah di seluruh Selangor bagi memastikan kualiti dan silibus disediakan memenuhi keperluan serta memacu misi negeri ini dalam mengehsankan insan di Selangor, melalui program merakyatkan ilmu dan mengilmukan rakyat," katanya.
Fokus MES Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Perlukan kerjasama daripada semua pihak Kerajaan Negeri berharap semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang semakin mendapat perhatian masyarakat Selangor. Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi; Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dijalankan mulai 1 Julai tahun lalu adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri ke arah membangunkan masyarakat berilmu di Selangor. "Kita harapkan kerjasama semua pihak demi menjayakan program ini. Mungkin ada campur tangan dari segi politik, tetapi Kerajaan Negeri tidak kisah kerana skim Tunas ini hak ibu bapa. "Jika ibu bapa hantar anak mereka ke Tadika Perpaduan dan sebagainya, serta layak mendapat bantuan Tunas,
maka mereka layak. Maksudnya saya harap pihak berkaitan bersikap rasional dan terbuka menerima skim ini," katanya kepada SelangorKini. Dr Halimah berkata, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM3 juta untuk program itu pada tahun depan dan Rantaiam Mesra Sdn Bhd (RMSB) akan menjalankan sesi promosi dan penerangan berterusan di seluruh Selangor. Beliau berkata, RMSB juga akan bekerjasama dengan semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM, termasuk pendaftaran tadika dan taska di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Katanya, Kerajaan Negeri menggalakkan ibu bapa yang layak, supaya mendaftar anak mereka berusia lima dan enam tahun agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka. "Ia adalah usaha Kerajaan Negeri bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan
5
Dr Halimah bersama Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, sewaktu menyerahkan cek Tunas kepada wakil tadika rendah dalam memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak," katanya. Tunas adalah program bantuan yuran RM50 sebulan kepada anak-anak dari keluarga
berpendapatan RM2,500 ke bawah yang dihantar ke tadika dan pra sekolah yang berdaftar dengan MPTS. Pada 1 Mei lalu, Kerajaan Negeri menaikkan had kelaya-
kan dari pendapatan isi rumah RM1,500 kepada RM2,500 supaya lebih ramai rakyat dapat menyertainya dan menikmati manfaat daripada program berkenaan.
Ringankan beban keluarga berpendapatan rendah Pengusaha tadika dan pusat asuhan di seluruh Selangor menyambut baik dan menyokong langkah Kerajaan Negeri menjayakan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang banyak membantu meringankan bebanan keluarga berpendapatan rendah. Pengetua Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang, Zaharah Awang berkata, program terbabit wajar diteruskan dan yakin akan mendapat sambut-
an menggalakkan daripada rakyat Selangor. "Program dilaksanakan ini memberi kesan positif kepada keluarga sasaran dengan bebanan mereka dapat dikurangkan. "Ia beri peluang kepada ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika atau pusat asuhan swasta yang mempunyai kemudahan lebih lengkap untuk dapatkan pendidikan lebih sempurna dan selesa," katanya kepada SelangorKi-
Zaharah Awang
Mohd Ismail
Siti Hajar Min
ni, di sini baru-baru ini. Pengurus Pasti Ikhwan,
Sungai Delek, Klang, Mohd Ismail berkata, Tunas memberi lebih peluang kepada ibu bapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan. Katanya, ia langkah bijak Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat di Selangor. "Ia pastinya mendapat sokongan, terutama ibu bapa yang memerlukan bantuan dan saya menyokong ia diteruskan dengan penambahbaikan untuk manfaat semua pihak," katanya. Siti Hajar Min dari Sabak Bernam berkata, selain membantu kalangan ibu bapa kurang berkemampuan, Tu-
nas juga mampu mengatasi masalah pengusaha pusat asuhan dalam urusan bayaran yuran bulanan. "Ada kalanya kita hadapi masalah untuk mengutip yuran bulanan terutama pada hujung tahun dan saya dapati Tunas sedikit sebanyak membantu dalam perkara ini. "Ia memang membantu golongan ibu bapa dalam urusan menempatkan anak mereka di pusat asuhan. Harapan saya selepas ini Kerajaan Negeri boleh buat program untuk kalangan guru tadika dan pusat asuhan pula," kata Pengetua Taski Abim Al-Hidayah, As-Sakinah, At-Taufiq dan As-Saadah itu.
Tadika Ceria Az-Zahrah, antara tadika yang mendaftar di bawah Bantuan Tadika Selangor
Pemimpin 6
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Teng Chang Khim sinonim dengan Sungai Pinang Dari tahun 1999 sampai sekarang, iaitu lebih kurang 13 tahun, bererti bila sebut Sungai Pinang sahaja orang akan teringatkan saya, rasanya sampai tahap itulah
OLEH HAFIZAN TAIB KLANG - Nama Datuk Teng Chang Khim, sinonim dengan warga Sungai Pinang. Beliau berkhidmat sebagai Adun di wilayah itu empat penggal lamanya. Sokongan kepada beliau ternyata merentasi kaum. "Dari tahun 1999 sampai sekarang, iaitu lebih kurang 13 tahun, bererti bila sebut Sungai Pinang sahaja orang akan teringatkan saya, rasanya sampai tahap itulah," katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Sebelum berpindah ke Sungai Pinang, Chang Kim ialah Adun bagi DUN Bukit Gasing apabila dia memenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1995. Beliau berkata, bagi mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat di situ, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Pinang banyak menganjurkan aktiviti melibatkan penyertaan orang ramai. Katanya, sesi bertemu rakyat juga sering dilakukan pada setiap Rabu dan jarang menolak undangan diterima melainkan berlaku pertindihan dengan
jadual kerja. "Sepanjang menjadi Adun, saya dan PKM banyak menganjurkan program dan aktiviti untuk keperluan penduduk di sini seperti program kemasyarakat, gotong royong, derma darah, sukan, majlis dialog dan sebagainya.
PROFIL
TENG CHANG KHIM Tarikh Lahir: 2 Jun 1963 Isteri: Datin So Soh Koon Anak : 4 orang
Kelayakan Akademik LLB (Hons) Unversitiy of London Certificate of Legal Practice, Malaysia
Kelayakan profesional Peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia
"Ini tidak termasuk program perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan yang lain," katanya. Keyakinan rakyat kepada perkhidmatan beliau, mengizinkan Chang Khim untuk turun membantu kempen
rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU lalu. "Kita tidak perlu berkempen lebihlebih. Itu kelebihannya bila kita selalu mengadakan perjumpaan dan aktif dengan pelbagai aktiviti di kawasan diwakili," katanya.
MES rapatkan hubungan Adun dan rakyat Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan setakat menjaga kebajikan rakyat Selangor, malah mewujudkan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat di sesuatu DUN di negeri ini. Datuk Teng Chang Kim ber-
kata, pelbagai program dijalankan menerusi MES menyebabkan perjumpaan Adun dan pemimpin masyarakat bersama orang ramai menjadi lebih kerap dan akrab. "MES satu program yang sangat baik kerana ia beri peluang untuk saya bertemu dan bersalam
Pengalaman Kerjaya Menjalankan amalan guaman dari 1995-2008 Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Parlimen (1990 - 1994) Jurubahasa, Jabatan Kehakiman Malaysia (1984-1990)
Pengalama Politik 2004-2008: Adun Sungai Pinang, Ketua Pembangkang DNS 2008 -2013: Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor Adun Sungai Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan, DNS (Selcat) 2013: Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Adun Sungai Pinang
Beri duit raya pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri
dengan beribu orang yang hadir di DUN Sungai Pinang ini," katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Chang Kim berkata, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping antara program yang mendapat sambutan dan lebih 5,000 orang menyertainya. Begitu juga program lain seperti Hadiah Anak Masuk Universiti dan Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang banyak membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. "Syarat kelayakan isi rumah yang dinaikkan dari RM1,500 ke RM3,000 untuk Hadiah Anak Masuk Universiti bagus supaya lebih ramai layak dan dapat bantuan daripadanya. "Begitu juga PTR yang dijalankan sepanjang tahun yang mana ia meringankan bebanan keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen berbayar," katanya. Chang Kim berkata, MES banyak merubah kehidupan rakyat di DUN Sungai Pinang serta seluruh Selangor dan langkah Kerajaan Negeri menganjurkan program itu adalah bertepatan dengan keperluan rakyat negeri itu.
Pemimpin Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
'Padang Cergas' jadi model untuk Selangor Projek Padang Cergas yang berjaya diwujudkan di seluruh kawasan perumahan di DUN Sungai Pinang akan digerakkan di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang. Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim, berkata projek Padang Cergas dimulakan sejak 2008 dengan menaik taraf kawasan padang di kampung dan taman perumahan menjadi kawasan rekreasi awam. Beliau berkata, kawasan rekreasi itu dilengkapi kemudahan asas, iaitu alat permainan kanak-kanak, peralatan gim, lampu solar, pondok wakaf dan bangku rehat. "Dalam tempoh lima tahun lalu saya
guna peruntukan Adun untuk bina dan menaik taraf padang di kawasan perumahan di sini dan usaha ini berjaya. "Berikutan itu saya cadangkan untuk jadikannya sebagai sebahagian program Kerajaan Negeri yang mana ia diakui dan kita sasarkan membina 500 kawasan rekreasi dikenali Padang Cergas di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun ini," katanya. Chang Kim berkata, pembinaan Padang Cergas itu akan dijayakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor. Pembinaannya meliputi semua padang di kawasan perumahan dengan
keutamaan taman perumahan lama kerana kebanyakan taman perumahan baru sudah ada kemudahan sebegitu. "Mana yang rosak kita gantikan dengan baru. Rakyat akan nampak usaha dilakukan PBT untuk ceriakan kawasan kediaman mereka. "Kawasan yang ada kelengkapan ini jelas akan menarik ramai penduduknya keluar waktu pagi dan petang untuk bersenam, bersama keluarga, dengan melakukan pelbagai aktiviti di padang ini. Ia juga jadi tempat pertemuan penduduk dan mengeratkan silaturrahim," katanya. Selain itu, Chang Kim berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang-
7
an dengan PBT untuk menjalankan pembinaan lorong berbasikal di DUN Sungai Pinang bermula tahun hadapan. Katanya, dengan kewujudan kemudahan itu dia bercadang memberikan basikal percuma kepada penduduk kampung dan pelajar yang sekolahnya berada dalam kawasan perumahan sebagai galakan. "Saya nak galakkan orang kampung gunakan basikal berbanding motosikal. Ini dalam perancangan, sebagai satu usaha menggalakkan orang ramai berbasikal selain dapat sentiasa bersenam. “Selain itu ia juga kurangkan pencemaran udara dan bumi. Itu yang akan saya laksanakan di kawasan saya,” katanya.
Pelbagai program aktifkan belia
Teng Chang Khim sewaktu melancarkan Kempen Gempur Aedes MPK, di Dataran Seni, Klang
Golongan belia di DUN Sungai Pinang tidak dipinggirkan melalui pelbagai program yang diatur Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim berkata, pihaknya memberi perhatian terhadap pembangunan golongan muda kerana mereka adalah generasi masa depan yang akan memacu kemajuan Selangor. Kemudahan infrasturktur seperti gelanggang sukan juga disediakan di kawasan tumpuan awam. "Saya banyak buat program untuk belia seperti menganjurkan sukan, persembahan seni kebudayaan dan beberapa aktiviti lain. Sukan antaranya bola keranjang, futsal, badminton, bola jaring, boling, ping pong dan bola sepak.
Keluarga dan politik penting dalam hidup datuk Teng Chang Kim, mengakui
pembabitan dalam politik dan menjadi wakil rakyat sejak sekian lama menyebabkan masanya bersama keluarga terhad. Bagaimanapun, katanya, faktor itu bukan penghalang untuk beliau menghabiskan masa terluang bersama keluarga ke-rana apa yang pasti isteri dan anak serta ahli keluarga adalah tulang belakang kejayaannya. "Kalau ikutkan memang saya sibuk dan masa bersama keluarga terhad, berbanding orang lain, tidak kira semasa jadi pembangkang mahupun Exco Kerajaan Negeri. "Memang kita kena pandai atur masa untuk bersama keluarga. Kalau kita nak kata itu pengorbanan, maka itulah sebahagian daripada pengorbanan. “Mungkin dalam tempoh 15 tahun lalu saya ada bawa keluarga melancong sekali, sebabnya kalau tidak melancong tiada peluang untuk berehat. Jika melancong pun elok ke luar negara kerana tiada yang kenal,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Ka-
jian dan Penyelidikan itu. Chang Kim berkata, di sebabkan politik yang disertai sejak lebih 20 tahun lalu melalui DAP, menyebabkan beliau tidak mempunyai kegemaran atau hobi khusus dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Katanya, dia senang menghabiskan masa dengan membaca bagi menambah pengetahuan serta mengetahui perkembangan semasa. "Cuma baru-baru ini saya cuba bangun awal pagi untuk berbasikal kerana saya rasa ia boleh dilakukan dalam waktu yang fleksibel," katanya. Mengenai pembabitan keluarga dalam politik, Chang Kim berkata, keluarganya antara contoh terbaik disebabkan fahaman politik berlainan dan pembabitan ahli keluarga dalam parti politik berbeza. Beliau berkata, keluarganya juga mencatat sejarah tersendiri kerana dia dan dua yang lain pernah menyandang jawatan di dalam Kerajaan Negeri dan Persekutuan. "Saya mula pegang jawatan dalam Ke-
rajaan Negeri sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 2008. Sebelum itu adik saya (Datuk Teng Chang Yeow) daripada Gerakan menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004, manakala bapa saudara saya (Datuk Teng Boon Soon) daripada MCA pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan). "Ini bererti dalam keluarga saya ada wakil dalam tiga parti berbeza yang pernah menjawat jawatan dalam kerajaan," katanya.
"Selain itu saya juga jayakan program lain termasuk menggalakkan dan menaja silat, kumpulan kompang, nasyid, selain bantu kumpulan orkestra musik Cina dan memberi sokongan kepada kumpulan permainan tradisi India," katanya. Chang Kim berkata, golongan belia perlu digalakkan untuk bergerak aktif dalam aktiviti sebegitu kerana ia akan memupuk kemahiran dalam diri mereka. Katanya, dia akan terus memberikan sokongan kepada anak muda dan belia di kawasannya bagi menceburi pelbagai bidang demi kemajuan, selain mengekalkan identiti dimiliki. "Saya rasa ini adalah kemahiran yang kalau kita tidak beri galakan maka ia akan hilang begitu sahaja. Bila itu berlaku maka hilanglah dari segi identiti seni pelbagai bangsa dalam kawasan saya," katanya.
Selangor Kini PENASIHAT: Faekah Husin
Arfa’eza Abdul Aziz KETUA PENGARANG:
Fazallah Pit
PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected],
Hafizan Taib:
[email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor:
[email protected] Siraj Mohd Zaini, Naeem Raffi:
[email protected]
“Memang kita kena pandai atur masa untuk bersama keluarga. Kalau kita nak kata itu pengorbanan, maka itulah sebahagian daripada pengorbanan
JURU GAMBAR: Raheemie Arifin,
Shuaib Ayob & Asri Sapfie
GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB
Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Tempatan
8 Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Tiada rancangan naikkan cukai pintu Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM - Tiada rancangan untuk menaikkan kadar cukai pintu di Selangor, tegas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim. Tambahnya, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permintaan atau cadangan daripada mana-mana PBT untuk menaikkan kadar cukai setakat ini. “Kita akan lihat situasi mereka (PBT), kalau tiada permintaan kami tidak akan kaji,” katanya. Mengulas lanjut, Chang Khim berkata kadar cukai pintu di Selangor kekal tidak berubah sejak 20 tahun. Walaupun nilai hartanah di
kawasan kediaman dan perniagaan meningkat mengikut nilai pasaran semasa, namun kadar cukai taksiran yang diguna pakai di kesemua 12 PBT tidak pernah dinaikkan. “Kita prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah, maka kita beri diskaun kepada pemilik pangsapuri kos rendah dan golongan yang tidak berkemampuan,” “Kerajaan negeri sudah melaksanakan dasar pengurangan cukai taksiran sebanyak 25 peratus bagi pemilik pangsapuri kos rendah seluruh Selangor bermula penggal kedua tahun 2013 bertujuan meringankan beban rakyat ekoran nilai hartanah melambung tinggi," jelas beliau.
Kita prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah, maka kita beri diskaun kepada pemilik pangsapuri kos rendah dan golongan yang tidak berkemampuan Teng Chang Khim
Exco Kerajaan Tempatan
Kadar cukai pintu setiap PBT PBT
Kadar Cukai
%
PBT
Kadar Cukai
%
MBSA MBPJ MPK MPSJ MPS MPKj
Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan. Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan
4 7 7 8 6.5 7.5 5 8 8.6 10.8 7.7 8.8
MPAJ MPSP MDHS MDKS MDKL MDSB
Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan Kediaman Perniagaan
5.5 6.6 7.35 8.45 9 11 7 8 5.5 11 11.8 12
Persepsi kaburi kenaikan gaji Kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Adun, tiba-tiba menjadi isu panas ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hampir melabuhkan tirai. Macam-macam kedengaran, baik daripada pemimpin politik, rakyat biasa, hinggalah golongan opurtunis. Polemik itu pula lambat surut dari media tempatan sedangkan kenaikan sama di Sarawak tidak pula diambil hirau. Pertikaian lebih terarah kepada peratusan kenaikan walaupun rata-rata bersetuju. Banyak mata 'silau' dengan angka 300 peratus sedangkan ia cuma membabitkan dua individu sahaja. Benar, kenaikan tidak seharusnya terlalu tinggi, tetapi jika diperhalusi ia sebenarnya tidak seberapa. Malangnya, persepsi lebih pantas mengaburi fakta. Jika dihitung secara purata, kenaikan gaji itu hanya antara 13 hingga 29 peratus dengan mengambil kira sembilan tahun tiada kenaikan. Prestasi kewangan kerajaan Selangor pula sangat baik - punya rizab simpanan hampir RM3 bilion, meninggalkan Sarawak yang serba ketinggalan sekalipun kenaikan gaji mereka jauh lebih besar. Sebetulnya, isu sebenar bukan soal kenaikan gaji, tetapi sejauhmana ia mampu memperbaiki
sistem yang sekian lama rosak di tangan pemimpin Umno-BN terdahulu. Pada era Umno BN, gaji hanya soal enteng kerana imbuhan lain membusut tinggi. Secara mudah, dulu lain, sekarang lain. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim giat berusaha mencorak sistem yang menjadikan amalan rasuah sangat sukar, bahkan hampir mustahil. Semua ini dicapai dengan cepat - tidak berapa lama selepas pendedahan 'Istana Bali' yang mungkin menjadi penanda aras amalan rasuah Umno-BN di Selangor. Dan, sepanjang lima tahun pentadbiran, tiada seorang pun - baik Menteri Besar, Exco mahupun Adun, memperoleh kuota rumah PPRT, apatah lagi tanah walau seinci. Kini, Adun tidak lagi punya 'telunjuk' menentukan tender projek, tidak lagi menikmati kerusi empuk ahli majlis manamana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sedangkan pada masa sama, Adun Pakatan tetap perlu meng-hulur bantuan, termasuk berbentuk tunai kepada setiap rakyat yang kesusahan pada setiap masa, pada kadar segera. Ketua Pengarang
Pelan pembangunan berorientasi transit PETALING JAYA - Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS) sedang menyediakan pelan Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) bagi memudahkan pergerakan dalam bandar, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menangani pencemaran udara. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim (gambar), berkata beberapa kawasan tertentu akan dike-
nal pasti untuk ditandai sebagai tumpuan pembangunan campur, lengkap dengan prasarana bersepadu pelbagai moda. "Kita ambil ilham daripada model yang dilihat di negara luar seperti Hong Kong, Melbourne, dan Rio de Janeiro yang berjaya melaksanakan sistem TOD," kata Chang Khim ketika merasmikan, 'Seminar Urban Transportation In PJ' yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Peta-ling
Jaya (MBPJ). TOD adalah rancangan pembangunan perumahan dan komersil bercampur yang direka khusus untuk memaksimakan capaian pengguna kepada pengangkutan awam, melalui ciriciri pembangunan yang menggalakkan pengunaan transit. Pusat kejiranan TOD adalah hentian atau stesen transit seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), terminal bas atau hentian bas, dikelilingi pembangunan berkepadatan tinggi disusuli dengan pembangunan
berkepadatan rendah. TOD secara umumnya terletak dalam lingkungan 400 meter hingga 800 meter daripada hentian transit, seraya memudahkan pejalan kaki. Chang Khim, berkata MBPJ akan menjadi perintis kepada pembangunan berasaskan TOD di Selangor kerana kepadatan penduduknya yang tinggi selain faktor sistem transit sedia ada di bandar itu. Projek TOD di PJ yang dimulakan awal tahun ini menelan peruntukan kira-kira RM9 juta dan dijangka siap dua tahun
lagi. Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama Suruhanjaya Pengangkut-an Awam Darat (Spad) akan menubuhkan jawatankuasa merancang sistem pengangkut-an awam di Selangor. Satu draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, disediakan JPBD Selangor bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan memperluaskan lingkungan perkhidmatan awam secara bersepadu.
9
10
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT MENERAJUI MASA DEPAN PJ
Pendekatan proaktif TOD dalam menangani masalah kesesakan trafik Petaling Jaya – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerajui usaha menangani masalah kesesakan trafik dengan Pembangunan Berorientasikan Transit atau Transit Oriented Development (TOD). Kebanyakan bandar raya besar di dunia berhadapan dengan masalah yang sama, dan Bandaraya Petaling Jaya tidak terkecuali. Kelemahan sistem pengangkutan awam di bandar-bandar memburukkan keadaan kesesakan lalulintas. “Menyedari pertumbuhan kawasan bandar dan penduduk yang pesat, MBPJ telah mengkaji kejayaan pelaksanaan TOD di pelbagai negara seperti di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia,” kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad. “Kami turut menganjurkan sesi Master Class yang melihat pembentangan pakar-pakar dari Hong Kong dan Australia. Dengan inisiatif ini, kami akan menghasilkan satu acuan TOD yang boleh diaplikasikan dan digalakkan di kawasan Petaling Jaya.” Untuk memulakan TOD, MBPJ dalam Belanjawan Selangor 2014
telah mengesyorkan supaya kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam menyediakan perkhidmatan bas komuniti secara percuma. “Perkhidmatan terbabit melibatkan laluan antara pusat bandar, pusat kesihatan, pejabat kebajikan, pejabat kerajaan dan institusi pendidikan dengan ter-
minal pengangkutan awam serta laluan pejalan kaki sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas komuniti. Kami juga turut menyediakan van transit Orang Kurang Upaya (OKU),” kongsi Datin Paduka Alinah lagi. Demi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik dan prasarana, Belanjawan Petaling Jaya 2014 telah memperuntukkan RM4.67 juta bagi menyediakan kemudahan Park n Ride yang menawarkan 1,911 tempat letak kereta di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Asia Jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia dan Kelana Jaya serta RM6.09 juta bagi pembinaan laluan basikal dan pejalan kaki yang selamat, selesa dan mampuguna dengan iltizam mencapai modal split pengangkutan kepada 60:40 menjelang tahun 2030. Pembangunan berorientasikan transit adalah pembangunan ber-
campur, kediaman dan komersil yang direkabentuk untuk memaksimakan aksesibiliti kepada pengangkutan awam. Kawasan kejiranan TOD lazimnya, akan mempunyai sebuah stesen transit (keretapi, tram atau bas) yang dikelilingi oleh pembangunan berdensiti tinggi di dalam radius 400 hingga 800 meter dari stesen transit iaitu jarak pejalan kaki yang bersesuaian. Selain itu, MBPJ juga telah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer meliputi seluruh kawasan Majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 kilometer sedia ada. Dengan pelaksanaan TOD, MBPJ berhasrat agar ia mampu mengekalkan kecekapan tinggi dalam ruang jalan yang terhad, memenuhi keperluan
kecekapan sosial dan ekonomi, menyepadukan pelbagai kaedah sistem pengangkutan awam untuk menggalakkan akses dan pertukaran destinasi dalam bandar yang mudah serta mempertingkatkan penggunaan transit untuk mengurangkan trafik kenderaan di Petaling Jaya. Konsep TOD telah mula diperkenalkan oleh arkitek dan jururancang bandar yang berpengkalan di San Francisco, iaitu Peter Calthorpe. Beliau melahirkan dan mempraktikkan idea kualiti hidup komuniti sesuatu kejiranan akan dapat dipertingkatkan melalui pengurangan kos pengangkutan, pengurangan kesan alam sekitar dan alternatif kepada penyelesaian masalah kesesakan lalulintas. Pelan pelaksanaan TOD akan diperlihatkan dengan lebih lanjut di Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013: Gaya Hidup Lestari dan Kehidupan Hijau bagi penduduk di Petaling Jaya dan orang ramai. Festival ini akan berlangsung di Jalan Yong Shook Lin, Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya pada 21-22 Disember 2013, 8 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai aktiviti yang dirancang menggalakkan penyertaan keluarga dalam pembelajaran dan keseronokan di festival yang penuh dengan maklumat itu. Para penduduk di Petaling Jaya dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mbpj.gov.my
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
11
12
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Selangor merupakan penyumbang utama hasil pertanian negara SHAH ALAM - Selangor penyumbang hasil pertanian yang tertinggi dengan pengeluaran 42.7 peratus, atau RM32 juta, daripada jumlah keseluruhaan keluaran pertanian negara. Selain itu, Selangor juga pengeluar padi tertinggi dengan rekod hasil purata pengeluaran 6.15 tan setiap hektar, berbanding pengeluaran padi Malaysia 4.49 tan setahun. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan penghargaan Kerajaan Negeri kepada golongan petani dan jabatanjabatan bertanggungjawab diatas usaha gigih mereka. “Hasil yang tinggi dapat dicapai dengan setiap ruang kawasan tanah digunakan sepenuhnya dengan bantuan penggunaan teknologi dan inovasi pertanian terkini,” kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Agrofest Selangor 2013 di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam, baru-baru ini.
Menteri Besar melawat gerai pameran hasil pertanian di Pesta Agrofest Selangor 2013
Amalan demokrasi terus berkembang sihat PETALING JAYA - Penyertaan Adun BN sepanjang persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini dilihat sebagai perkembangan sihat yang dinantikan, sejak 2008. Dalam perkembangan yang sama, Pakatan Rakyat (PR) berhasrat untuk memastikan reformasi sistem Kerajaan Negeri diperkasakan melalui pindaan mewajibkan Ketua Pembangkang mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Selangor. Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata jawatan Ketua Pembangkang sebagai elemen semak dan imbang tidak boleh diambil mudah. Di sidang DNS ke-12 dan ke13 sebelum ini, dua usul menjemput Ketua Pembangkang mempengerusikan PAC Selangor ditolak oleh Ketua Pembangkang pada masa itu. "Usul ini akan mengikat pentadbiran sedia ada dan masa hadapan kepada sistem urus tadbir yang tidak tertakluk kepada tabiat pemerintah atau Speaker semasa. Kita mahu pastikan reformasi ini berkekalan, bukan sahaja sekadar iltizam yang
Kita mahu pastikan reformasi ini berkekalan, bukan sahaja sekadar iltizam yang murni, tetapi dikanunkan sebagai undang-undang HANNAH YEOH Speaker DNS
murni, tetapi dikanun-kan sebagai undang-undang," tegas Hannah. Sementara itu, Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim, berkata penyertaan wakil rakyat BN membuktikan usaha menyubur demokrasi di Selangor membuahkan hasil. “Pada penggal kedua ini, nampaknya pembangkang tergerak hati untuk lebih aktif dan proaktif dalam usaha mereka memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa dikawal, diselia dan dipantau dewan," katanya.
‘Lorong belakang’ ubah persepsi masyarakat
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
13
Talian Hotline Kutipan Sampah Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100 Laman Web: www.mpaj.gov.my Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888 Laman Web: www.mdhs.gov.my
Laman Seni di Seksyen 2 diubah wajah menjadi tempat anak muda berkumpul dan serlahkan bakat seni
Oleh Mohd Ezli Mashut SHAH ALAM - Lorong belakang
premis bangunan yang selama ini sinonim dengan imej buruk, negatif dan bahaya untuk dilalui, kini semuanya berubah wajah. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan, berkata projek Laman Seni Shah Alam di Seksyen 2 bakal merubah tanggapan negatif itu dengan projek kecerian dan bersih, selain menyediakan peluang kepada komuniti, khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyerlahkan bakat. “Laman Seni Shah Alam itu akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai,
khususnya karyawan dan para pelajar untuk mengadakan persembahan secara santai dan kesenian. “Ia juga beri ruang kepada pelajar untuk mempamerkan hasil kerja seperti lukisan dan produk untuk tatapan orang ramai,” kata beliau. Jaafar berkata demikian dalam Majlis Perasmian Laman Seni Shah Alam di Sekyen 2, di sini. Melalui inisiatif ini para pelajar bekerjasama dengan MBSA untuk menceria dan memperindahkan lagi dinding lorong belakang melalui lukisan mural dengan pelbagai corak dan motif yang kreatif. Laman seni itu akan dibuka untuk aktiviti muzik jalanan (basking) untuk
menghidupkan suasana di kawasan ini dengan pelbagai bentuk aktiviti seni dan kreativiti, sekaligus dapat memperkembangkan bakat. Beliau berkata, masyarakat perlu merubah tanggapan bahawa loronglorong belakang rumah dan premis perniagaan adalah hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Tambah beliau, projek itu berjaya direalisasikan melalui perkongsian pintar antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan syarikat korporat Bank Muamalat Malaysia Berhad yang memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk melaksanakan projek yang keseluruhannya berjumlah RM30,000.
Beri ruang anak muda serlah bakat seni SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mengambil contoh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang memberi ruang kepada anak muda menunjukkan bakat dan kreativiti dalam lukisan mural atau graviti bagi menceriakan sesuatu kawasan. Pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia (UITM), Sabrina Suhaimi, 19, berkata aktiviti melukis mural atau graviti ini perlu digalakkan bagi mengubah tanggapan orang ramai bahawa aktiviti itu sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak berfaedah dan membuang masa. Katanya, melalui aktiviti ini maka individu berbakat dapat menyerlahkan hasil kreativiti mereka dengan melukis lukisan yang bermotif dan mempunyai mesej bagi memperindah sesuatu kawasan. “MBSA perlu promosikan bahawa aktiviti lukisan mural ini adalah bagus kerana ia akan menyerlahkan bakat pelajar. Pihak lain juga di-
Sabrina Suhaimi
Maz Aiefa Mohd Mazli
harap dapat mencontohi usaha MBSA ini yang memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat inovasi mereka,” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini. Menurut peniaga, Maz Aiefa Mohd Mazli , 24, usaha MBSA menukar imej lorong belakang di Seksyen 2 Shah Alam dengan kawasan kesenian adalah satu idea baik kerana mampu menaik taraf kawasan itu menjadi lokasi tumpuan orang ramai. “Ia bagus kerana orang ramai dapat bersantai di sini dan secara tidak langsung peniaga dapat menjual barangan mereka dan sekaligus menjadikan kawasan ini sebuah kawasan komersil,” katanya. Projek Laman Seni Shah Alam itu di Seksyen 2 menyediakan peluang kepada komuniti, khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam kesenian dan kebudayaan.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kutipan Sampah Klang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif ) Pembersihan awam (Jalan dan Longkang) Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan) Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free) Laman web: www.mpklang.gov.my Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tel: 03-3187 2825 SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888. Laman web: www.mdkl.gov.my Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Tel: 03-3289 1439 Laman web: www.mdks.gov.my Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tel: 03-3224 1655 / 1000 Laman web: www.mdsb.gov.my Majlis PERBANDARAN Selayang (MPS) Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06 Laman web: www.mps.gov.my Majlis PERBANDARAN Sepang (MPSp) Tel: 03-8319 0200 / 0300 Laman web: www.mpsepang.gov.my Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878 Website: www.mbsa.gov.my Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545 Laman web: www.mpsj.gov.my Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am) SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213 Laman web: www.mbpj.gov.my Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Tel: 87377899 Hotline: 1-800-88-6755 Emel:
[email protected] Laman Web: www.mpkj.gov. my
Tempatan 14
Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
Jadikan masjid ‘universiti terbuka’ Oleh NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam usaha menjadikan masjid di negeri itu sebagai ‘universiti terbuka’ bagi memudahkan masyarakat mendapat kefahaman berkenaan agama.
Pemangku Pengarah Jais, Zaki Arshad, berkata pihaknya akan meneliti beberapa modul terbaik untuk dijadikan bahan kepada masjid yang terpilih di negeri itu bagi menjalankan kuliah dan program. Katanya, program itu dilihat akan memberikan kefaha-
Menteri Besar menyampaikan Anugerah Pengurusan Masjid kepada masjid terpilih
Kita mahu bina kefahaman rakyat dan perlu mengorak langkah untuk lebih jauh ke hadapan. Kita juga mahu memindahkan institusi pondok kepada masjid Zaki Arshad
Pemangku Pengarah Jais man yang menyeluruh kepada orang ramai, di samping dapat mengimarahkan masjid sebagai institusi pendidikan agama. “Kita mahu bina kefahaman rakyat dan perlu mengorak langkah untuk lebih jauh ke hadapan. Kita juga mahu memindahkan institusi pondok kepada masjid. “Hal ini kerana institusi pondok kurang mendapat sambutan dan kita boleh laksanakannya di masjid negeri Selangor,” katanya ketika membincangkan prosiding pengurusan masjid peringkat kebangsaan 2013, di Auditorium Datuk Yahya Ahmad, SIRIM, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi. Sementara itu, Sallehin berkata, Kerajaan Negeri akan melantik jawatankuasa masjid yang akan mengendalikan tabung dan kebajikan golongan mualaf bermula tahun depan. Katanya, jawatankuasa tersebut akan mengendalikan hal kebajikan golongan itu termasuk mengajar ilmu agama dan fardu ain. Beliau berkata, pendekatan itu akan dilaksanakan kerana terdapat 93 permohonan golongan mualaf yang mahu keluar daripada Islam. “Mereka ini masuk Islam disebabkan mahu dapatkan duit dan kita tidak mahu faktor ini menjadi punca masalah murtad. Kita mahu jawatankuasa ini membimbing mereka dengan cara yang terbaik selepas memeluk Islam,” katanya. Program terbabit anjuran Jais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menghimpunkan pentadbir masjid, imam besar, jabatan agama islam negeri dan pegawai takmir bagi membincangkan fungsi serta pelaksanaan pengimarahan masjid.
Tempatan Selangorkini 6 - 13 Disember 2013
15
Majlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Negeri Selangor
45 pasangan pengantin dirai penuh meriah SHAH ALAM - Majlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Selangor memberi peluang kepada belia pelbagai kaum di negeri itu untuk merasai nikmat mendirikan rumah tangga dengan sambutan sederhana tetapi meriah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu diharap dapat mengurangkan bebanan kos perbelanjaan perkahwinan kerana sebahagiannya di tanggung Kerajaan Negeri dan syarikat korporat “Di samping itu, kita juga dapat mempamerkan adat resam perkahwinan masyarakat berbilang bangsa yang tidak menyalahi syariat Islam. “Malah pasangan pengantin dapat kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara rakyat pelbagai kaum yang berlainan agama, budaya serta kefahaman parti,” kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang diadakan di tapak Selangor Agro Fest 2013 di pekarangan Stadium Shah Alam, di sini. Turut hadir barisan Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali Rodziah Ismail, dan Dr Daroyah Alwi, serta Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Shamsul
Pasangan pengantin baru ini kelihatan gembira sewaktu diraikan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Shahril Badliza Mohd Noor. Seramai 45 pasangan pengantin (Melayu 40, Cina 1, India 4) daripada 23 DUN di seluruh Selangor diraikan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu. Majlis turut menyaksikan lima daripada pasangan yang beragama Islam
dinikahkan di atas pentas dengan disaksikan kaum keluarga, tetamu kehormat dan tetamu-tetamu lain. Sebelum ini, Kerajaan Negeri meluluskan tambahan pemberian insentif perkahwinan belia daripada RM200 seorang kepada RM250 dan akan mula dilaksanakan pada Januari tahun depan.
Dirikan rumah tangga dengan kos sederhana Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM - Negeri lain diseru mengikut pendekatan kerajaan Selangor dalam menggalakkan golongan belia mendirikan rumah tangga dengan kos yang sederhana, tanpa membebankan manamana pihak. Hakeemullah Ismail 23, berkata penganjuran Program Perkahwinan Perdana Belia yang dianjurkan kerajaan Selangor merupakan inisiatif yang dinanti-nantikan memandangkan taraf hidup yang semakin menghimpit golongan belia, terutama yang baru bekerja sepertinya. “Hasil perbualan dengan rakan-rakan, ramai yang menantikan program seperti ini kerana inilah peluang untuk mendirikan rumah tangga dengan cara sederhana, tetapi sempurna dari segi syariat. “Program yang baik seperti ini boleh diperkembangkan lagi, bukan setakat di Selangor, malah seluruh Malaysia bagi menggalakkan perkahwinan awal usia bagi golongan muda,” kata Hakeemullah
Hakeemullah dan Nurul Izzari
S. Kanesan dan pasangan
dari Meru,Klang. Beliau dan pasangannya, Nurul Izzari Anuar, antara 45 pasangan dari 23 DUN yang diraikan dalam Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 di pekarangan Stadium Shah Alam. Sementara itu, seorang lagi peserta, S. Kanesan 29, memuji inisiatif kerajaan Selangor yang sentiasa memikirkan keperluan rakyat, terutama golongan belia sepertinya. “Saya harap negeri lain dapat buka
mata dan ikut kebaikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya,” kata Kanesan. Pendapat sama turut diberikan, Raymond Hui, 35, dan pasangannya, Jess Heng, 34, yang nyatakan gembira bila mana dapat menyertai program sebegini. “Dalam program ini, kami bukan sahaja dapat berkenalan dengan pasangan daripada bangsa lain, malah turut teruja
WAKTU SOLAT Selangor 6 - 13 Dis 2013 3 - 10 Safar 1435H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 06 Jumaat 07 Sabtu 08 Ahad 09 Isnin 10 Selasa 11 Rabu 12 Khamis 13 Jumaat
5:35 5:36 5:36 5:37 5:37 5:38 5:38 5:38
5:45 5:46 5:46 5:47 5:47 5:48 5:48 5:48
7:08 7:08 7:08 7:09 7:09 7:10 7:10 7:11
1:07 1:07 1:08 1:08 1:09 1:09 1:10 1:10
4:30 4:30 4:30 4:31 4:31 4:32 4:32 4:33
7:03 7:04 7:04 7:05 7:05 7:05 7:06 7:06
8:18 8:18 8:19 8:19 8:20 8:20 8:21 8:21
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 06 Jumaat 07 Sabtu 08 Ahad 09 Isnin 10 Selasa 11 Rabu 12 Khamis 13 Jumaat
5:38 5:38 5:38 5:39 5:39 5:40 5:40 5:40
5:48 5:48 5:48 5:49 5:49 5:50 5:50 5:50
7:10 7:10 7:11 7:11 7:11 7:12 7:12 7:13
1:09 1:09 1:10 1:10 1:11 1:11 1:12 1:12
4:32 4:32 4:32 4:33 4:33 4:34 4:34 4:35
7:05 7:06 7:06 7:07 7:07 7:07 7:08 7:08
8:20 8:20 8:21 8:21 8:22 8:22 8:23 8:23
Raymond Hui dan Jess Heng menikmati pengalaman baru ini,” kata Raymond. Mereka yang ingin memohon Insentif Perkahwinan Belia, perlu berumur tidak melebihi 35 tahun, berpendapatan kurang RM1,500, perkahwinan kali pertama dan anak Selangor atau menetap melebihi sepuluh tahun di Selangor.
Selangor Kini SHAH ALAM - Penghuni rumah dan pengusaha perniagaan dijangka terus dihimpit dengan kenaikan kadar inflasi nasional kepada 3.0%, tahun hadapan. Walaupun Bank Negara berkata, kesan daripada inflasi kali ini bersifat sementara, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sudah sampai masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula operasi dan semua perjanjian dalam industri tenaga, khususnya antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP). "Kenaikan tarif elektrik berlaku pada masa yang salah dan kita perlu kaji sifat industri tenaga," tegas beliau, selepas merasmikan Forum Komuniti Ekonomi Asean (AEC) di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini. Berkuatkuasa 1 Januari 2014, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus atau RM4.99 sen setiap kilowatt-jam (kWh) kepada 38.53 sen bagi pengguna di Semenanjung tanah air, dan kenaikan 16.9 peratus atau lima sen setiap kWh kepada 34.52 sen bagi pengguna di Sabah dan Labuan. Bagi sektor industri, purata tarif naik 16.85 peratus kepada 36.15 sen setiap kWh, manakala sektor komersil menyaksikan peningkatan kepada 47.92 sen daripada 41.01 sen. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengingatkan Kerajaan Pusat supaya memastikan rangkaian pembekalan dan penghasilan bergerak lancar bagi mengelakkan kenaikan harga keperluan. "Kerajaan harus meningkatkan kecekapan dalam pengedaran dan penghasilan makanan, antara lainnya, supaya bekalan yang memadai
Sudah sampai masanya Kerajaan Pusat mengkaji semula operasi dan semua perjanjian dalam industri tenaga, khususnya antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP)
Kenaikan tarif elektrik bebankan rakyat
MB: Kaji semula industri tenaga! tidak membawa kepada harga yang lebih tinggi," kata Zeti selepas berucap di persidangan Iclif's Leadership Energy Summit di Sasana Kijang, ibu negara, baru-baru ini. Pakatan bimbang kenaikan akan menyebabkan perusahaan kecil dan sederhana bergelut untuk mengekalkan operasi, dan akhirnya perlu menaikkan kos perkhidmatan atau barangan. "Lebih membimbangkan, perniagaan kecil-kecilan dalam kategori komersil dan industri yang tidak menggunakan
lebih daripada 200 kWh sebulan akan menanggung kenaikan 10 peratus pada bil elektrik mereka," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media. Di Parlimen, Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen mempersoalkan mengapa TNB menikmati pampasan kos bahan bakar dari pemerintah, dan dalam masa yang sama meraih keuntungan daripada kenaik-an tarif elektrik itu. Menurut beliau, keuntungan TNB bagi tahun hadapan dijangka melonjak
RM402 juta, daripada RM4.614 bilion tahun ini kepada RM5.016 bilion. Keuntungan ini termasuk pampasan kos bahan bakar RM1.12 bilion tahun ini. Subsidi yang diperuntukkan untuk gas petroleum cecair (LPG), diesel dan petrol, pula dijangka naik kepada RM22 bilion tahun hadapan. “Nampaknya yang menerima manfaat daripada langkah ‘rasionalisasi subsidi’ masih IPP dan TNB, manakala rakyat yang sedia merana perlu ikat perut,” kata Dr Ko kepada media.
menarik... Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSA) memberi ruang dan peluang kepada generasi muda menunjukkan bakat dan kreativiti seni dalam lukisan dinding yang dikenali sebagai Projek Laman Seni Shah Alam, di Seksyen 2. BERITA LANJUT MUKA 13 Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Dicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985