31 Oktober 10 pagi PERCUMA 28 Oktober - 4 November 2016, 27 Muharam - 4 Safar 1438
#SmartSelangor
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Dalang pencemaran air dibawa ke mahkamah
ED
Cipta peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia “Sehingga kini, kita menyediakan ���,�6� peluang pekerjaan menerusi �,��� projek pembuatan sejak ���� hingga suku kedua tahun ini. Selangor akan lebih hebat jika laksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat”
3
Ekspo Antarabangsa Selangor hab serantau
10
KHAS pra belanjawan
Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar
BERITA PENUH MUKA �
Selamat Menyambut Hari
Deepavali Ikhlas Daripada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dan kakitangan Kerajaan Negeri
14--16
#SmartSelangor
Utama
2
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
D
kat ini, Kerajaan Negeri Selangor tuntas melaksanakan dasar-dasar peduli rakyat demi menjamin kemakmuran dan keharmonian masyarakat secara keseluruhannya. Kita mahu setiap rakyat mendapatkan akses kepada kehidupan yang berkualiti serta pembelaan dalam kebajikan mereka. Justeru, sempena Sambutan Deepavali pada tahun ini, marilah kita menggilap semangat muhibah dan
perpaduan sebagai tunggak kekuatan rakyat. Kepelbagaian rakyat adalah aset Ne-geri Selangor. Maka, menjadi harapan kita agar deepavali ini menjadi cahaya pencerahan yang akan memperkukuh muafakat serta mengangkat martabat rakyat.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
eepavali bermakna kita meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan yang mengatasi unsur-unsur kejahatan. Sinar yang muncul dari kegelapan adalah pencerahan yang akan membawa perubahan kepada rakyat dan negara. Deepavali menuntut kita meraikan kerencaman masyarakat yang pelbagai serta membungkam prasangka dan prejudis antara kaum. Menyedari haki-
Iniya Deepavali Naal Valthukal !
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Belanjawan Selangor ���� dijamin lebih baik
Didakwa tidak mampu capai sasaran
ED
Bajet BN tidak realistik OLEH HAFIZAN TAIB
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Pakatan) menyifatkan Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak realistik dan tidak mampu mencapai sasaran ditetapkan. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagaimana bajet tahun lalu, bajet kali ini juga dijangka bakal berdepan situasi sama. “Belanjawan ini nampak realistik dan baik, hendak beri macam-macam tetapi hutangnya (bertambah). “Ini menyebabkan kita (bertindak) untuk tunjuk perasaan tetapi dikatakan sandiwara oleh Perdana Menteri,” katanya kepada media di Parlimen, pada 21 Oktober lalu. Ahli parlimen pembangkang membuat keputusan ke-
Belanjawan ini nampak realistik dan baik hendak beri macam-macam tetapi hutangnya (bertambah). Ini menyebabkan kita (bertindak) untuk tunjuk perasaan tetapi dikatakan sandiwara oleh Perdana Menteri
DR WAN AZIZAH Ketua pembangkang
luar dewan ketika Najib masih meneruskan pembentangan bajet sebagai tanda protes. Terdahulu, Pakatan membentangkan Belanjawan Alternatif dengan menggariskan 11 cadangan dasar menjurus kepada soal tadbir urus kewangan
negara termasuk langkah penjimatan. Bagaimanapun, belanjawan dibentangkan itu dianggap kerajaan sebagai sandiwara dan ‘syok sendiri’ pihak pembangkang. Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, sasaran ditetapkan sukar dicapai ekoran pelbagai skandal menimpa negara, sekali gus mengakibatkan hutang terus meningkat. Katanya, kepimpinan negara juga tercalar apabila menjadi perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga timbul isu berkenaan #MO1. “Tahun lalu, hasil pendapatan dijangka pada 2016 dalam operasi perbelanjaan ialah RM225.7 bilion tetapi apabila disemak hanya RM212.6 bilion. “Ini adalah belanjawan dibuat Perdana Menteri yang tidak menepati sasaran. Maka siapa yang bersandiwara?" soalnya.
BANTING - Kerajaan Selangor bakal membentangkan Belanjawan 2017, pada 31 Oktober ini dengan mengambil pendekatan secara berimbang terhadap aspek pembangunan dan mengurus. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan itu dibuat selepas mengambil kira faktor pertumbuhan ekonomi dan prestasi kewangan negeri. “Saya ambil langkah berani mengemukakan belanjawan berimbang 50 peratus pembangunan dan 50 peratus pengurusan. “Kita yakin pertumbuhan ekonomi yang cukup mampan ini akan mendorong kita melakukan pendekatan secara agresif bagi tahun 2017,” katanya. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, belanjawan negeri mengambil kira keperluan semua rakyat dengan pengagihan hasil kekayaan diperolehi secara adil demi kemajuan bersama. Beliau berkata, Kerajaan Negeri meneruskan dasar adil untuk semua kaum bagi pembangunan di negeri itu dengan tumpuan kali ini lebih kepada kemajuan pendidikan dan kesihatan. “Saya ingin menyatakan
Kita yakin pertumbuhan ekonomi yang cukup mampan ini akan mendorong kita melakukan pendekatan secara agresif bagi tahun 2017
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
setelah melihat belanjawan Kerajaan Persekutuan diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya berani katakan Kerajaan Negeri bakal membentangkan belanjawan jauh lebih baik. “Selain pendidikan, Belanjawan Selangor 2017 turut memberi tumpuan terhadap kesihatan iaitu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta mengikut syarat ditetapkan,” katanya. Mohamed Azmin dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2016 memperuntukkan belanjawan seimbang dengan masing-masing 50 peratus bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus.
Utama SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
3
Penyumbang terbesar KDNK
Selangor kekal pendahulu tanggungjawab sosial terhadap rakyatnya. "Diakui KDNK itu penting, tetapi pengagihan kekayaan negeri yang adil juga sama penting,” katanya ketika perasmian pembukaan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di Seri Kembangan, pada 20 Oktober lalu. Selangor mendahului senarai enam negeri penyumbang utama KDNK 2015 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada 30 September lalu, Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 15.1 peratus, Sarawak
(10%), Johor (9.3%) dan Sabah serta Pulau Pinang masing-masing 6.6 peratus. Bagi sektor pembinaan, Selangor terus unggul menyumbang 31.8 peratus berbanding WP Kuala Lumpur dengan 24.4 peratus dan Johor (12.3%). Selain itu, Selangor juga penyumbang terbesar dalam sektor pembuatan dengan sumbangan 28.9 peratus diikuti Pulau Pinang (12.8 peratus) dan Johor (12.4%). Selangor turut mendominasi sektor perkhidmatan dengan sumbangan 25.1 peratus diikuti rapat WP Kuala Lumpur dengan 24.8 peratus.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Selangor bukan sahaja kekal sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi turut mencipta peluang pekerjaan tertinggi dalam Malaysia. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebanyak 367,569 peluang pekerjaan disediakan menerusi 4,790 projek pembuatan sejak 1999 hingga suku kedua tahun ini. Katanya, negeri itu juga menyediakan 3.2 juta tenaga kerja daripada 6.14 juta populasi. “Selangor akan menjadi lebih hebat jika kita melaksanakan
Loji Labohan Dagang lengkap sistem air
“Justeru, pembinaan Loji Air Labohan Dagang ini menjadi pelengkap kepada sistem air dibuat secara menyeluruh bagi Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Loji Air Labohan Dagang, pada 23 Oktober lalu. Mohamed Azmin berkata, kolam utama itu berupaya memberi bekalan berterusan selama 37 hari walaupun berlaku kemarau panjang tanpa aliran masuk air dari sungai atau air bawah tanah. Beliau berkata, pembinaan loji air berkenaan juga bakal membekalkan bekalan air bersih sebanyak 200 JLH di bawah Fasa 1 dan ditingkatkan kepada 400 JLH di bawah Fasa 2 yang dijangka siap
KLANG - Selangor dan Negeri Sembilan menjalinkan kerjasama bagi mengheret individu terlibat ke muka pengadilan ekoran insiden pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sudah menghubungi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan bagi membincangkan penyelesaian terbaik berkenaan kes itu. “Saya berterima kasih kepada MB Negeri Sembilan kerana bersetuju supaya tindakan keras diambil dan berbincang dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan memandangkan isu ini di luar bidang kuasa pentadbiran Selangor. “Saya juga minta supaya Kerajaan Negeri Sembilan bertegas mengarahkan JAS negeri untuk segera turun ke lokasi bagi mengumpulkan bukti.
“Pelaku pencemaran ini wajib dihukum kerana ia menyusahkan rakyat dan mencemarkan ekonomi negara. Jika bukti lambat dikumpul, ia agak sukar bagi kami untuk bawa perkara ini ke mahkamah,” katanya selepas Majlis Perasmian Penyambung-an Jambatan Projek Jambatan Ketiga Klang, di sini, pada 25 Oktober lalu. Pada masa sama, Mohamed Azmin mengesahkan LRA Sungai Semenyih sudah beroperasi seperti biasa selepas rawatan pemulihan air selesai dijalankan. Sebelum ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak mengepam keluar air dari Sungai Buah yang dikenal pasti tercemar bagi mengelakkan ia terus terjejas dan masuk ke LRA Sungai Semenyih. Pencemaran sebelum ini dikaitkan dengan aliran air yang masuk dari hulu jalan air di Nilai, Negeri Sembilan ke Sungai Buah, sebelum menghala masuk ke muka sauk Sungai Semenyih.
Tiada belanja pembangunan untuk Selangor
ED DENGKIL - Pembinaan Loji Air Labohan Dagang melengkapkan lagi sistem agihan aliran air negeri, seiring pasaran domestik dan industri semasa. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, loji yang boleh menampung 200 juta liter air terawat itu memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk sekitar Klang dan Kuala Langat. “Kawasan Klang dan Kuala Langat tidak mempunyai loji sendiri, sebaliknya bergantung kepada sumber air dari Semenyih di SSP1, SSP2 dan SSP3. “Maka, apabila wujudnya gangguan air di kedua kawasan ini, ia mengambil masa agak lama untuk pulih.
Heret dalang ke muka pengadilan
sepenuhnya, menjelang 2018. “Kos keseluruhan membabitkan kedua fasa ini sekitar RM500 juta dengan perbelanjaan RM200 juta bagi fasa pertama dan selebihnya bagi fasa kedua. “Kerajaan Negeri menggunakan perbelanjaan rizab negeri yang besar demi manfaat rakyat,” katanya. Pembinaan loji rawatan berkenaan dibuat di bekas lombong dikenali sebagai MC 8 dan MC 9 sebagai sumber mentah baru untuk air Selangor. Kolam utama dengan keluasan 110 hektar itu mampu menyimpan 20 juta meter padu air mentah dan 15 juta meter padu diguna pakai sebagai sumber air mentah untuk loji rawatan.
DENGKIL - Pemotongan belanja pembangunan sekitar 18 peratus dalam Belanjawan 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka turut mempengaruhi pembangunan Kerajaan Persekutuan di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keadaan itu, sekali gus menujukkan ketidaksungguhan kerajaan di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) membantu perkembangan pembangunan di Selangor. “Kalau kita teliti, hampir mustahil Kerajaan Persekutuan bantu Kerajaan Negeri untuk pembangunan infrastruktur di Selangor. “Ini jelas perancangan tidak bertanggungjawab apabila wujud perancangan pembangunan yang rendah sekitar RM46
bilion daripada RM260 bilion pembentangan belanjawan,” katanya. Pada 21 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016. Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM46 bilion pula untuk perbelanjaan pembangunan. Kerajaan Negeri dijangka bakal membentangkan Belanjawan 2017 menggunakan pendekatan berimbang terhadap aspek pembangunan dan mengurus. Jumlah itu meliputi 50 peratus bagi perbelanjaan pembangunan dan 50 peratus untuk belanja pengurusan.
Utama
4
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Istiadat Konvokesyen UPM ke-40
DYMM Sultan Selangor berkenan kurnia anugerah ngat Emas Master Dengan Thesis dan Hadiah Buku Tahunan. Terdahulu, Sultan Sharafuddin yang tiba di perkarangan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada jam 8.45 pagi turut berkenan melakukan pemeriksaan perbarisan kawad Pegawai Kadet PALAPES UPM. Turut mengiringi baginda, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pro Canselor UPM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Setia Dr Lim Ah Lek. Seramai 7,200 graduan pelbagai program pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing terdiri daripada penerima ijazah doktor falsafah (PHD), ijazah sarjana (Ijazah Sarjana Muda) dan pengajian peringkat diploma. Pada masa sama, UPM turut mengurniakan Anugerah Profesor Emeritus kepada Tan Sri Dato’ Setia Dr Nayan Ariffin dan Prof Dato’ Dr Wan Md Wan Yu-
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH ERMIZI MUHAMAD SERDANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-40, di sini, pada 22 Oktober lalu. Baginda yang juga Canselor UPM turut berkenan mengurniakan anugerah dan pingat tertinggi kepada graduan menerusi pelbagai peringkat pengajian di universiti terbabit. Antara anugerah disampaikan baginda adalah Hadiah Pingat Emas Canselor, Hadiah Pingat Emas Diraja (Bumiputera), Hadiah Pingat Emas Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) dan Pingat Emas Alumni. Baginda turut berkenan menyampaikan Pingat Emas Yayasan Pak Rashid, Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr Rashdan Baba, Pingat Putra Agribio, Pingat Razlan Putra, Pingat Emas Doktor Falsafah, Pi-
nus dan Dato’ Dr Kamel Ariffin Mohd Atan. UPM terus kukuh meningkatkan kualiti pendidikan menerusi pemerkasaan pusat kecermer-
langannya untuk terus melahirkan graduan berdaya saing di peringkat serantau. Ia termasuk penjanaan nilai menerusi pelan RDCE yang
mantap dan lestari, sekali gus menjadikan institusi pendidikan itu sebagai antara institusi pengajian tinggi terbaik di negara ini.
Sebar ilmu, angkat martabat bangsa UPM peneraju pendidikan rus diteruskan secara terancang menerusi aktiviti bersama industri dan komuniti bagi manfaat bersama. “Kerjasama universiti dan industri berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan juga pengkomersilan ke tahap lebih dinamik,” titah baginda. Baginda bertitah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-40 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, pada 22 Oktober lalu. Pada masa sama, baginda turut bertitah supaya graduan dan warga pendidik terus optimis
ED
SERDANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya usaha penyebaran ilmu diperluaskan ke arah mengangkat martabat bangsa di negeri itu. Baginda bertitah, usaha itu perlu digerakkan menerusi kerjasama warga pendidik khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) demi manfaat jangka panjang. “Beta menggesa semua warga universiti untuk terus memberi yang terbaik kepada masyarakat dan negara. “Usaha menyebarkan ilmu pengetahuan dan mengangkat martabat bangsa juga negara ha-
Beta menggesa semua warga universiti untuk terus memberi yang terbaik kepada masyarakat dan negara
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH DYMM Sultan Selangor
meningkatkan keupayaan diri demi mencapai kejayaan cemerlang, pada masa hadapan. “Tiada yang membezakan antara graduan dengan masyarakat di luar melainkan ilmu pengetahuan kerana latar belakang dan taraf sosial bukan menjadi penghalang kepada kejayaan. “Malah dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, graduan harus yakin dan percaya terhadap keupayaan diri untuk berjaya dan maju dengan lebih cemerlang,” titah baginda. Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan anugerah dan pingat tertinggi kepada graduan UPM menerusi pelbagai peringkat pengajian.
pertanian di Asia Tenggara SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) kukuh menerajui bidang pertanian di Asia Tenggara atas kejayaan penghasilan produk penyelidikan dan inovatif dalam bidang Sains Pertanian. Kejayaan manis itu diiktiraf Thompson Reuters pada kedudukan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dalam senarai Best Global University Ranking For Agricultural Sciences yang diterbitkan US News and World Report. Menyambut baik pengiktirafan itu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya inisiatif terbabit diperluaskan secara menyeluruh di peringkat pengajian universiti. “Beta gembira atas usaha dan inisiatif dirancang UPM yang bukan sahaja sebagai peneraju bidang pertanian dan sekuriti makanan tetapi turut melonjak pendidikan tinggi negara.
“Tahniah dan syabas beta ucapkan kepada semua warga universiti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPM ke-40 di sini, pada 22 Oktober lalu. UPM kini berada pada kedudukan ke-270 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking 2016. Kedudukan itu sekali gus meletakkan UPM sebagai universiti yang mengalami peningkatan lonjakan paling tinggi antara institusi pengajian tinggi di Malaysia. Di peringkat Asia, UPM berada dalam kelompok 50 universiti terbaik berbanding kedudukan 66 tahun lalu dengan peningkatan 17 anak tangga. Dalam konteks kedudukan mengikut disiplin pertanian dan perhutanan, UPM kekal tersenarai kelompok 51 hingga 100 terbaik dunia untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Utama SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
5
Bebas buat keputusan
Pertahan integriti kehakiman OLEH NAEEM RAFFI
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru institusi kehakiman terus mempertahankan integriti dan kebebasan dalam membuat keputusan tanpa pengaruh mana-mana pihak. Baginda bertitah, barisan hakim perlu membuat keputusan profesional berdasarkan perlembagaan dan lunas undangundang tanpa tunduk kepada pendapat umum atau khuatir dikritik. Baginda turut bertitah kebebasan, keamanan, kemajuan juga kedaulatan undang-undang hanya boleh ditegakkan jika rakyat mempunyai keyakinan penuh terhadap kebebasan dan integriti badan kehakiman. “Beta ingin menggesa supaya hakim, pegawai kehakiman serta semua kakitangan di Mahkamah Selangor menjalankan tugas dan amanah diberikan dengan penuh tanggungjawab, mesra pelanggan juga mengutamakan sikap professionalisme pada setiap masa juga keadaan.
pihak berkuasa untuk mencegah jenayah daripada berleluasa. Mahkamah Klang pernah beroperasi di Bangunan Chinese Overseas Bank dan Pejabat Pos Besar Klang di Jalan Dato’ Hamzah sebelum berpindah ke bekas Rumah Rehat Residen yang dirasmikan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada 3 April 1965. Ketika itu, Mahkamah Klang hanya mempunyai dua bilik bicara yang menempatkan sebuah Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Kini, Mahkamah Klang mengumpulkan lima Mahkamah Sesyen dan lima Mahkamah Majistret dalam satu kawasan bertujuan memudahkan kes jenayah juga sivil dikendalikan. Ia juga dilengkapi kemudahan CRT (Court Recording and Transcription System) berfungsi membolehkan pengguna melihat semula rakaman video dan visual prosiding yang sedang berlangsung selain dilengkapi sistem CCTV dari lokap utama mahkamah dan laluan Orang Kena Tuduh (OKT).
“Dengan komitmen bersungguh-sungguh daripada semua pihak, beta percaya kes di mahkamah akan dapat diselesaikan dengan cepat dan efisien," titah baginda ketika berkenan merasmikan Mah-
kamah Klang, pada 20 Oktober lalu. Turut mencemar duli, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada masa sama, baginda turut berkenan supaya rakyat berbilang bangsa mengukuhkan perpaduan bagi meneruskan pembangunan negeri selain memberi kerjasama baik kepada
Mangsa banjir terima kunjungan diraja Seramai 43 keluarga yang menetap sementara di situ merasa bertuah apabila Raja Muda dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menikmati santapan malam bersama mereka. Terlebih dahulu, baginda mesra melayan 167 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu sejak beberapa hari lalu. Malah, Raja Muda dan Tengku Permaisuri dilihat sudi mem-
ED
KLANG - DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi mangsa banjir di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, di sini, pada 19 Oktober lalu. Baginda berdua tiba di pusat pemindahan pada jam 7.30 malam dan meluangkan masa lebih sejam di sana.
bantu sukarelawan menyediakan makan malam selain menghidangkannya kepada mangsa. Turut mengiringi baginda, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Selain Dewan Dato’ Ahmad Razali, Batu 4, sebuah lagi pusat pemindahan masih aktif adalah Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syasya Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)
MENCEMAR DULI... DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober lalu. Pameran terbesar anjuran Kerajaan Negeri itu menghimpunkan lebih 500 pempamer dari dalam dan luar negara.
JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Utama
6
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
OLEH NORHAYATI UMOR
Lebih ��,��� banjiri Selangor Agrofest ����
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
MORIB - Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Selangor Agrofest (SAF) 2016 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat, sejak 20 hingga 23 Oktober lalu. Ia disifatkan berjaya sekali gus mencapai matlamat penganjurannya selaras dengan tema 'SmartAgro, SmartSelangor' menyokong usaha penggiat industri pertanian ke arah penjanaan pendapatan hasil tani yang lebih maksimum. Penganjuran kali keenam sejak 2011 adalah simbolik kepada sokongan Kerajaan Negeri terhadap golongan petani dan penternak di seluruh negeri dengan menghimpunkan gerai pameran hasil pertanian, penternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang berkait dengan pertanian. Selain itu, pameran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor turut memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri pelbagai jenis ternakan dan haiwan peliharaan serta perkhidmatan klinik haiwan bergerak. Selain itu, rangka ikan paus jenis ‘‘Balaenoptera borealis’ berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar yang ditemui terdampar di Pulau Carey pada 2005 turut menarik perhatian ramai apabila ia pertama
SmartAgro, SmartSelangor
ED
kali dibawa kembali ke Kuala Langat untuk dipertunjukkan kepada penduduk setempat. Sekurang-kurangnya lebih
100 tapak niaga disediakan khusus membantu usahawan tempatan meraih pendapatan besar menerusi jualan sejuk beku, kere-
pek, minuman herba dan anak pokok. Majlis penutup program terbabit diceriakan dengan Fiesta
Buahan-buahan dengan menghidangkan lebih 10 jenis buahbuahan tempatan percuma kepada pengunjung.
Selangor Fruits Valley dibuka secara rasmi awal ���� MORIB - Selangor Fruit Valley (SFV) akan mula dibuka secara rasmi awal 2017, kata Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Operasi) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Mohamad Fadzil Hitam. Beliau berkata, SFV seluas 1,000 ekar itu masih ditambah baik dan pemuliharaan ladang untuk pembangunan industri agro-perlancongan di kawasan itu. “Walaupun ada sedikit kelewatan, namun kita yakin SFV akan memberikan impak besar apabila siap nanti,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini. Fadzil berkata, PKPS akan berbincang dengan Tourism Selangor untuk merancakkan aktiviti SFV apabila dirasmikan nanti.
“Ia bagi menarik lebih ramai pelancong ke SFV dengan aktiviti dan program terbaik akan diusahakan,” katanya. Pada masa sama, katanya, lebih 40 usahawan tani turut menyertai SFV dengan menyewa lot sekurang-kurangnya lima hingga 10 ekar. “Kita memberikan mereka peluang menambah pendapatan dengan menyewa lot yang disediakan selain daripada yang diusahakan PKPS. "Usahawan tani ini kebanyakannya mengusahakan buah-buahan dan tanaman kontan,” katanya. SFV dikenali masyarakat setempat sebagai dusun buah-buahan di Rawang dan antara pusat tanaman buah-buahan terbesar di Malaysia.
Utama SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
7
Jambatan Ketiga Klang
Teknologi moden atasi aliran trafik OLEH ERMIZI MUHAMAD
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan besar pada 2017 mencakupi aspek pembangunan luar bandar juga bandar. Katanya, inisiatif itu meliputi peningkatan kemudahan infrastruktur dan fasiliti di seluruh negeri ke arah menyokong perkembangan ekonomi Selangor. “Tanggungjawab sepenuhnya ini diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaik taraf 26 jajaran tanah negeri dengan peruntukan hampir RM200 juta, pada 2017,” katanya. Pembinaan jambatan dengan kese-
luruhan jajaran sepanjang 2,525 meter menghubungkan dua bahagian dari Jalan Sungai Bersih, Jalan Tanjung Syawal ke Jalan Goh Hock Huat dengan kos kontrak RM199 juta. Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2017 dibina di atas 150 meter paras air Sungai Klang dengan kemudahan empat laluan menerusi penggunaan teknologi ‘balanced cantilever box girder’. Selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya di Klang, jambatan itu juga boleh menahan kekuatan gegaran gempa bumi tanpa menggunakan tiang pacak di dalam sungai.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KLANG - Pembinaan penyambungan Jambatan Ketiga Klang dengan teknologi tanpa tiang diyakini mampu menyuraikan aliran trafik di sekitar perbandaran Klang khususnya pada waktu puncak. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jaringan kemudahan infrastruktur bersistematik itu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi lebih strategik. Katanya, Kerajaan Negeri mengambil maklum jaringan jalan raya adalah aspek paling penting dalam menjana per-
tumbuhan ekonomi dan mobiliti sosial di negara ini khususnya Selangor. “Justeru, Kerajaan Negeri berazam merapatkan jurang pembangunan di seluruh daerah dengan meningkatkan fasiliti jalan raya lebih meluas dan efektif. “Namun, saya percaya pembinaan jambatan ini bukan hanya mampu mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama Bandar Klang tetapi turut mempengaruhi perkembangan pertumbuhan ekonomi di Pelabuhan Klang,” katanya ketika Majlis Perasmian Penyambungan Projek Jambatan Ketiga Klang, pada 25 Oktober lalu.
Selesai projek ‘potong riben’ BN KLANG - Kerajaan Negeri kini konsisten menyelesaikan projek pembangunan terbengkalai yang sepatutnya dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang pernah diumumkan Kerajaan Persekutuan, sebelum pilihan raya 2008. “Ini adalah projek yang sepatutnya dibiayai Kerajaan Persekutuan memandangkan menteri kerja raya sebelum ini pernah lancarkannya beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008. “Mereka janji untuk beri jambatan baru tetapi biasalah cuma potong riben. Selepas 2008 dan pemerintahan bertukar, peruntukan entah hilang ke mana,” katanya.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, beliau turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi proses pembayaran semula penyambungan projek terbabit yang kini diurus di bawah kuasa pentadbiran negeri. Bagaimanapun, katanya, tiada maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan perkara itu sehingga hari ini. “Saya bertemu Perdana Menteri untuk minta pertimbangan supaya projek ini dibiayai Persekutuan kerana kita terpaksa gunakan pendapatan negeri bagi menyiapkan projek ini. “Malangnya, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang jawapan. Tetapi berbekalkan prestasi rizab negeri yang kukuh, kita bersedia menggunakannya untuk pembangunan di Selangor,” katanya.
ED
WHB Enviro Hunt semai cinta alam
SHAH ALAM - Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (WHB) dengan kerjasama anak syarikatnya, Worldwide Landfills Sdn Bhd menganjurkan ‘WHB Enviro Hunt 2016’ bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan isu alam sekitar, pada 22 Oktober lalu. Ketua Komunikasi Korporatnya, Ami Nardin Ishak berkata, program bertempat di Taman Botani Kepong (FRIM) itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama dengan Ke-rajaan Persekutuan dan Negeri dalam pengurusan alam sekitar. “Sambutan diterima amat menggalakkan dengan penyertaan 200 peserta termasuk pengurusan tertinggi dan kakitangan
Worldwide Holdings. “Penganjuran ini merupakan sokongan WHB terhadap Penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, Ami berkata, WHB mengambil inisiatif dengan menjemput pihak terlibat dalam pengurusan alam sekitar untuk menyertai Cabaran WHB Enviro Hunt 2. “Aktiviti akan mengambil masa selama empat jam membabitkan perjalanan sejauh empat kilometer. "Turut diadakan acara sampingan seperti senamrobik, berbasikal, soal jawab dalam pengurusan alam sekitar dan aktiviti yang terdapat di FRIM,” katanya.
Nasional
8
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Provokasi politik
Warnai Bajet Persekutuan ���� bentangan belanjawan Perdana Menteri,” katanya selepas merasmikan program Selangor Agrofest di perkarangan tempat letak kereta Pantai Morib, di sini, pada 22 Oktober lalu. Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor berkata, jumlah itu turut memperlihatkan wujudnya perancangan tidak bertanggungjawab Najib terhadap pembangunan ekonomi negara. “Ini perancangan tidak bertanggungjawab kerana jika belanja pembangunan itu tidak ditingkatkan atau disediakan dalam jumlah munasabah, mana mungkin kerajaan mengusahakan aktiviti ekonomi dalam negara secara efektif,” katanya. Pada 21 Oktober lalu, Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion yang memperuntukkan 18 peratus untuk perbelanjaan pembangunan berbanding 82 peratus bagi perbelanjaan mengurus.
KUALA LUMPUR - Pelbagai tawaran dijanjikan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2017 disifatkan sekadar penyelesaian jangka pendek kepada rakyat yang bakal dibebani dengan peningkatan kos sara hidup. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, walaupun dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan, namun ia tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat. “Tidak disentuh berkenaan kenaikan gaji sedangkan kita mahu gaji minima dinaikkan supaya rakyat boleh hidup lebih selesa dalam jangka masa panjang,” katanya kepada SelangorKini. Ketua Wanita KEADILAN itu menambah, pelbagai tawaran pinjaman juga tidak memberi makna ekoran hasil negara yang kian merosot menggambarkan kesukaran kerajaan bagi melaksanakannya. Katanya, situasi sama ditanggung rakyat dengan kuasa membeli yang menguncup memungkinkan kepayahan bagi pembayaran semula pinjaman diperolehi. “Ia satu belanjawan yang kita tidak boleh terima kerana orang yang bentangkannya adalah in-
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Rakyat terus terbeban
BANTING - Pembentangan Bajet Persekutuan 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh elemen provokasi dan politik melampau, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Tanpa memberi tumpuan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh, Mohamed Azmin berkata, Najib gagal membuat perancangan secara komprehensif berkenaannya. Katanya, bajet itu tidak sepatutnya fokus kepada aspek pertumbuhan sahaja tetapi termasuk urus tadbir negara yang perlu dipimpin secara bertanggungjawab. “Kali pertama belanjawan negara dipolitikkan dan kita tidak nampak satu inisiatif bersungguh untuk membantu rakyat. “Soal rasuah dan penyelewengan tidak disebut juga tidak dikaitkan langsung dalam pem-
Kali pertama belanjawan negara dipolitikkan dan kita tidak nampak satu inisiatif bersungguh untuk membantu rakyat. MOHAMED AZMIN Timbalan Presiden KEADILAN
Wang rakyat terus dikerah Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah teras seperti rasuah, ketirisan juga pembaziran berleluasa dalam pentadbiran. “Pada saya, kita seolah-olah tidak menghiraukan gajah di depan mata, maka kita akan menyaksikan tahun mendatang ini amat sukar buat Malaysia. “Menjelang 2017, rakyat harus bersedia kerana RM40 bilion lagi akan dikutip Kerajaan BN,” katanya
ED
KUALA LUMPUR - Pendapatan rakyat di negara ini dijangka terus berkurangan apabila Kerajaan Persekutuan bakal mengutip RM40 bilion melalui pelbagai mekanisme, pada 2017. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu ekoran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalihkan beban hutang negara kepada rakyat.
Zuraida Kamaruddin
dividu tidak berkredibiliti yang perlu menjawab isu RM2.6 bilion. “Maka, lebih baik kita keluar dari dewan,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan antara lain menjelaskan isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan kadar BR1M daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200. Manakala, isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 akan menerima kenaikan daripada RM400 kepada RM450.
Naikkan GST jika yakin tiada kesan
kepada SelangorKini di Lobi Dewan Rakyat, pada 21 Oktober lalu. Beliau berkata, rakyat juga akan terus dibebani dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan, sejak 1 April 2015. "Najib gagal memfokuskan isu kesenjangan pendapatan rakyat apabila keadaan ini menyebabkan pengagihan ekonomi berlegar dalam kalangan golongan tertentu sahaja," katanya.
KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dicabar menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada lapan peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 jika yakin cukai membebankan itu tidak memberi kesan kepada rakyat. Cabaran itu dilontarkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin apabila beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyatakan GST tidak memberi kesan terhadap sokongan kepada BN. “Kalau yakin rakyat tetap sokong BN, saya cabar naikkan GST hingga lapan peratus sebelum PRU-14 nanti,” katanya ringkas ketika mencelah per-
bahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini, pada 24 Oktober lalu. Sebelum itu, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong mendakwa BN bersikap tidak jujur kepada pengundi apabila 'berselindung' untuk melaksanakan GST jika gagasan terbabit berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan dalam PRU-13 lalu. "Jika BN yakin GST diterima dan tidak menjejaskan kehidupan rakyat, BN sepatutnya berterus-terang dengan memasukkan GST dalam manifesto pilihan raya mereka," katanya. GST yang mengenakan cukai enam peratus kepada rakyat mula diperkenalkan, pada 1 April 2015.
Nasional SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
9
Cuma 17.63% untuk pembangunan
Apa nasib rakyat? OLEH NAZLI IBRAHIM
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - Ekonomi negara dijangka kekal bergerak perlahan apabila tidak banyak usaha merancakkan sektor itu dirancang dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 21 Oktober lalu. Hal itu dapat dilihat apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan berbanding perbelanjaan mengurus atau ‘belanja hangus’ RM214.8 bilion. “Bajet kali ini dengan peruntukan RM260.8 bilion adalah peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian bajet 2016. “Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” kata Najib ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini. Kerajaan Persekutuan sebaliknya wajar mengurangkan perbelanjaan mengurus khususnya membabitkan isu pem-
Banyak isu tidak selesai
baziran yang langsung tidak memberi kesan kepada rakyat. Antara langkah boleh diambil bagi mengurangkan perbelanjaan mengurus seperti pemotongan gaji menteri, elaun perjalanan dan kos pengangkutan ke luar negara juga mengurang-
kan pembaziran dalam pentadbiran Najib. Selain itu, Najib juga gagal menumpukan atau merangka formula penyelesaian bagi mengatasi isu ketirisan yang banyak berlaku dalam pengurusan jabatan kerajaan.
KUALA LUMPUR - Negara diyakini terus dibebani masalah ekonomi pada tahun mendatang ekoran pelbagai isu membelenggu pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak disentuh dalam pembentangan Bajet 2017. Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri seharusnya menitikberatkan langkah penyelesaian berhubung isu berkenaan termasuk rasuah yang didakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Katanya, kerajaan dijangka terus berdepan laluan sukar merealisasikan belanjawan dibentangkan dengan pelbagai skandal termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Potong peruntukan IPTA jejas masa depan negara dan Universiti Sains Malaysia (USM) termasuk hospital pengajar. “Semua belanjawan mereka dipotong, maka di mana keutamaan Kerajaan Persekutuan kalau kita katakan pendidikan diutamakan sedangkan inilah tunjang nadi pada masa depan,” katanya kepada SelangorKini. Nurul Izzah berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga gagal merangsang pertumbuhan peluang pekerjaan hingga mengakibatkan lebih 75,000 graduan masih menganggur. Sebaliknya, beliau berkata, Najib membentangkan belan-
ED
KUALA LUMPUR - Langkah Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan pendidikan dalam Bajet 2017 merugikan negara ekoran ia nadi penting melahirkan masyarakat berilmu, pada masa hadapan. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pemotongan itu membabitkan peruntukan untuk universiti pengajian tinggi awam termasuk hospital pengajar. “Walaupun ada diberikan bantuan kepada anak muda bekerja tetapi jangan lupa sektor pendidikan menyaksikan pemotongan di setiap universiti seperti Universiti Malaya (UM)
jawan populis yang menurutnya hanya menggula-gulakan rakyat untuk sementara bagi mempertahankan kerajaan kleptokrasi. “Bila gula-gula itu tiada atau habis, kita akan berhadapan dengan kerajaan sendiri yang merampas dana rakyat juga mengguna pakai usaha mengaburi mata rakyat,” katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Najib bakal membentangkan belanjawan tambahan, pada tahun hadapan khususnya ketika negara kehilangan banyak pendapatan menerusi industri minyak dan gas.
“Masalah rasuah tidak diperkatakan langsung (langkah penyelesaian), maka kita keluar dewan tanda protes,” katanya kepada media di luar Dewan Rakyat, di sini, pada 21 Oktober lalu. Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Najib bukan individu yang layak membentangkan belanjawan negara kerana beliau dianggap sebagai ketua kreptokratik. “Maksudnya ketua ini merompak negara dan juga rakyat, maka kita membuat keputusan tidak menerima apa diperkatakannya. “Ia tiada akauntabiliti, maka kita tidak mahu layan dia,” katanya.
Ekonomi
10
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Pintu masuk pasaran global ASEAN
SIE medan hab serantau OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SUBANG JAYA - Penganjuran Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 adalah sebahagian daripada usaha penting menempatkan negeri itu sebagai hab serantau perdagangan, industri dan inovasi. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, SIE juga berfungsi sebagai pintu masuk pasaran global di wilayah Asia Tenggara (ASEAN). Katanya, lima kluster ekonomi turut digariskan sebagai fokus utama SIE membabitkan barangan dan perkhidmatan halal, e-dagang, sains hayat, peralatan pengangkutan dan permesinan. “Namun, untuk tahun ini kita memberi fokus kepada tiga sektor ekonomi iaitu barangan dan perkhidmatan halal, e-dagang serta sains hayat,” katanya ketika berucap sempena perasmian SIE
2016 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), di sini, pada 20 Oktober lalu. Program terbesar anjuran Invest Selangor Berhad (INVEST) itu berjaya membawa pulangan RM50 juta kepada Selangor, pada 2015 dengan penyertaan 410 gerai pameran dari dalam dan luar negara. Memasuki tahun kedua penganjurannya, SIE kali ini disertai 565 pempamer, sekali gus mencatatkan 40 peratus pertambahan gerai. Sementara itu, ketika berucap pada majlis berbeza, Mohamed Azmin berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor kini berada di landasan terbaik menjadikan negeri itu sebagai gedung kuasa ekonomi serantau. Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan pelan perancangan dibuat Kerajaan Negeri ke arah
merealisasikan komitmen terbabit termasuk penjanaan semula juga sokongan terhadap penggiat industri pertanian negeri. “Selepas menghadam Belan-
jawan Persekutuan yang tidak bersifat realistik, Belanjawan Selangor dilihat lebih baik demi memartabatkan ekonomi rakyat. “Kerajaan Negeri sentiasa
komited mendukung sektor pertumbuhan ekonomi negeri termasuk dalam bidang pertanian ke arah menerajui gedung kuasa ekonomi serantau,” katanya.
RM�.� bilion pelaburan setakat Ogos
ED
SUBANG JAYA - Selangor menerima RM3.8 bilion pelaburan modal sehingga Ogos lalu, sekali gus konsisten berada pada kedudukan tiga teratas menguasai ekonomi di negara ini. Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, perkembangan itu meletakkan Selangor di tempat kedua berbanding Johor dan satu tangga di atas Pulau Pinang. “Ini adalah berita baik buat Se-
Sasar pulangan RM��� juta SUBANG JAYA - Sejumlah RM100 juta pulangan disasarkan Kerajaan Negeri menerusi penganjuran Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober lalu. Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, sasaran itu berdasarkan kepada penambahan 40 peratus gerai pameran tempatan dan antarabangsa berbanding tahun lalu. Katanya, penambahan itu sekali gus diyakini mampu memberi pulangan lebih tinggi berbanding RM50 juta yang diperolehi, pada 2015. “Bilangan pempamer meningkat, maka secara logiknya jumlah pulangan juga pasti meningkat.
“Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, pertambahan itu dikira amat baik dan diharap sasaran sekali ganda daripada tahun lalu juga mampu dicapai,” katanya kepada SelangorKini. Pada 2015, SIE disertai 410 gerai pameran termasuk 167 gerai dari luar negara. Manakala, tahun ini SIE menerima penyertaan 565 gerai pameran termasuk 130 gerai dari luar negara. “Antara yang mengambil bahagian adalah China, Indonesia, Thailand, Jepun, Turki, Britain, Taiwan, Jerman, Palestin dan Libya. “Kita juga ada penyertaan dari Negara Kesatuan Arab (UAE), Belanda, Hong Kong, Perancis, Iran dan Pakistan,” katanya.
langor dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan ketika ini. “Melihat kepada perkembangan terbaru ini, kita optimis sasaran RM6 bilion boleh dicapai,” katanya dalam sidang media. Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri juga terus progresif menarik pelabur luar menerusi siri lawatan ke 29 bandar utama dunia dalam tempoh empat bulan lalu. “Antaranya bandar utama di
Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Jepun. “Negara lain termasuk India, China, Indonesia dan terbaru United Kingdom,” katanya. Terdahulu, beliau mengiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merasmikan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) di sini, pada 20 Oktober lalu.
HIJRAH luas manfaat kepada 6 golongan sasar SABAK BERNAM - Program Hijrah Selangor (HIJRAH) dijangka akan memperluaskan manfaat kepada enam kumpulan sasar baru, mulai tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mansor Othman berkata, enam kumpulan dikenal pasti itu antaranya ibu tunggal, asnaf, belia, pelajar, bekas tentera dan wanita ladang. Katanya, program khusus akan dirangka untuk kumpulan terbabit menerima manfaat melalui skim HIJRAH. “Kita mahu mereka ini diberi anjakan lebih tinggi bersama Kerajaan Negeri. “Program terbaik itu akan dibincangkan dan akan diberitahu kelak,” katanya kepada SelangorKini selepas Perasmian Program Hijrah Tour 2016 (HIT’16) di Sungai Panjang, di sini. Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-
rudin Shari. Mansor berkata, setakat ini, hampir 30,000 peserta menerima bantuan modal daripada HIJRAH dengan pembiayaan RM144 juta. Sementara itu, Amirudin berkata, usahawan HIJRAH perlu
menggunakan peluang sedia ada untuk memasarkan produk ke luar negara. “Jika dulu modal adalah penting, namun sekarang ilmu pengetahuan menjadi lebih penting untuk usahawan pergi lebih jauh,” katanya.
Tempatan SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Mesej palsu air percuma cubaan sabotaj
Majoriti peniaga terlibat puas hati
Projek jalan alternatif diteruskan OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Kerja menaik taraf jalan alternatif Shah Alam-Banting membabitkan Kampung Jalan Kebun dan Johan Setia diteruskan mengikut jadual. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, hal itu kerana penyelesaian bantahan peniaga dapat dicapai dalam beberapa siri dialog bersama agensi berkaitan. Katanya, persoalan juga bantahan dibangkitkan peniaga sebelum ini sudah dijawab agensi dengan penerangan lengkap berkenaan jajaran dan pampasan. “Majoriti peniaga berpuas hati dengan penerangan diberikan, justeru saya berharap peniaga yang membantah kerja menaik taraf ini memahami Kanun Tanah Negara (KTN) bahawa pampasan tidak dipertimbangkan bagi pencerobohan ke atas tanah kerajaan,” katanya kepada SelangorKini. Shuhaimi berkata, pengosongan premis
perlu dilakukan segera ekoran kerja menaik taraf jalan perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit sejak sekian lama. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang supaya memeriksa dan mengemas kini data keluasan tanah pemilik dari masa ke masa supaya tidak menimbulkan keraguan kepada pemilik. “Sebagai contoh, pada tahun 90-an, pampasan pernah diberikan kepada penduduk, namun PDT berkenaan tidak mengemas kini data sehingga menyebabkan berlakunya bantahan apabila sesuatu projek dijalankan. “Sedangkan selama ini, penduduk menganggap tanah itu milik mereka,” katanya. Projek membabitkan laluan sepanjang 1.2 kilometer itu dijangka siap, pada Mac 2018. Ia membabitkan penukaran lorong dua hala ke empat lorong dan pembinaan jambatan, sistem lampu isyarat, saliran parit dan longkang serta laluan jejantas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab susulan isu penyebaran pengurangan air percuma di laman sosial, baru-baru ini. Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, tuduhan itu dianggap sebagai cubaan sabotaj pihak tertentu terhadap pentadbiran Kerajaan Selangor. Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa komited membantu mengurangkan beban rakyat sejak Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor, pada 2008. “Kenyataan itu sengaja dicetuskan untuk menggugat keharmonian rakyat Selangor. “Walaupun jumlah RM11.40 yang diberikan itu kecil tetapi rakyat berpuas hati dengan pelaksanaan program terbabit,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, Shuhaimi tidak menolak kemungkinan pihak terbabit ‘iri hati’ apabila program itu berjaya dilaksanakan kepada jutaan penduduk Selangor. Beliau turut mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam menyelesaikan isu penstrukturan
Shuhaimi Shafiei
semula industri air di Selangor. “Begitu juga dengan kes pencemaran di beberapa sungai sehingga beberapa syarikat ditutup kerana tidak bertanggungjawab dalam hal itu,” katanya. Terdahulu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menolak dakwaan mesej tidak sahih tersebar luas di media sosial berkenaan pengurangan air percuma 20 meter padu kepada 10 meter padu, bermula 1 November ini.
Bina bumbung untuk keselesaan rakyat
ED
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri disarankan supaya membina bumbung di sepanjang jalan yang terlibat dengan pasar pagi di SS2, Kelana Jaya dan Puchong. Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, tindakan itu bakal memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung di pasar terbabit bagi jangka masa panjang. “Pasar pagi di SS2 sudah beroperasi berpuluh tahun lamanya dan untuk memindahkan mereka juga kerana ia sudah menjadi kebiasaan
penduduk. “Justeru, saya menyarankan Kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan bagi membina bumbung di dua kawasan terbabit seperti di Petaling Street untuk keselesaan rakyat," katanya kepada Selangor Kini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan harapan juga cadangan dalam Belanjawan Selangor 2017, pada 31 Oktober ini. Difahamkan, terdapat 138 peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan itu bermula jam 6.00 pagi hingga lewat tengah hari.
11
PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)
PENYEDIA SERVIS PERCETAKAN DAN PENGEDARAN AKHBAR UNTUK
COMMUNICATION CORPORATION SDN. BHD.
Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB) telah ditubuhkan pada 18 Februari 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat sepenuhnya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). CCSB berperanan sebagai media kepada kerajaan Negeri Selangor di samping menyebarkan maklumatmaklumat berkaitan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor. Terdapat tiga produk utama syarikat iaitu Akhbar SelangorKini, Portal SelangorKini (Online) dan Web TV Selangor. CCSB mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam proses Pelawaan Memberi Cadangan (RFP) sebagai penyedia servis percetakan dan pengedaran Akhbar SelangorKini keluaran kerajaan negeri Selangor. Proses RFP dibuka kepada pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a. Pemohon-pemohon dengan modal saham berbayar berjumlah sekurang-kurangnya RM100 ribu ke atas. b. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan percetakan dan pengedaran akhbar sekurang-kurangnya 1 tahun (minima) secara kumulatif.
Set dokumen sokongan untuk RFP ini boleh didapati dari pejabat Media Selangor, mulai 28 Oktober sehingga 15 November 2016 dengan bayaran RM50.00 di COMMUNICATION CORPORATION SDN BHD Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. (Hubungi Siti Mariam Harun 03 - 5523 4856) Set dokumen RFP yang lengkap dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan dihantar ke alamat seperti di atas sebelum 1 Disember 2016.
Album SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyantuni peserta bengkel jahitan anjuran Pusat Wanita Berdaya DUN beliau
ADN Batu Caves, Amiruddin Shari merasmikan Liga Sukan Selangor Plus Peringkat Dun Batu Caves
ADN Meru, Dr Rani Osman menghadiri Bengkel Pembuatan Nasi Arab anjuran Pusat Wanita Berdaya DUN beliau
13
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
ED
12
Album
ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menghadiri pelancaran buku ‘Rehman Rashid Small Town’ mengenai Kuala Kubu Bharu di DUN beliau
ADN Ijok, Dr Idris Ahmad menyampaikan kameja DUN kepada para pembantu DUN di kawasan beliau
ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei turun padang melihat longkang penyelesaian kepada masalah penduduk berikutan Projek naik taraf simpang 4 Jalan Kebun & Johan Setia
ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyertai aktiviti gotong royong bersama penduduk mencegah Denggi dan Zika di DUN beliau
ADN Kampung Tunku, Lau Weng San menyertai perbincangan bersama penduduk mengenai isu keselamatan kawasan kediaman penduduk
ADN Jeram, Amiruddin Setro menyantuni penduduk di Pertandingan Wau Kampung Bukit Kerayong
KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ����
�� OLEH LIZAWATI MADFA
P
Selangor unggul terajui ‘Smart Solutions’ Bukan sekadar memiliki pusat aduan, penyelia di lapangan turut disediakan bagi membolehkan sebarang tindakan diambil segera sekiranya berlaku sebarang masalah
juga aplikasi telefon pintar. Sistem berkenaan dipantau secara intensif oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan disertai 17 penyelia terdiri daripada kakitangan MDKS. Bagi tujuan jangka panjang, SPARKS dilengkapi Sistem Informasi Geografi (SIG) bagi menunjukkan trend aduan dan ‘hotspot’. Selain itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan pemberian 15,000 unit tong sampah secara percuma kepada rakyat Selangor. Ia merupakan antara usaha menangani masalah pembuangan sampah di samping memastikan proses kutipan sampah dapat dijalankan secara lebih teratur. Mengambil kira keperluan penyelesaian holistik pengurusan sampah di Selangor, satu Draf Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sudah disiapkan dan dijangka dibentangkan ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dalam masa terdekat.
punyai kemudahan awam yang serba lengkap dan tersusun. Bagaimanapun, lapan penghuni tidak bersetuju dengan cadangan projek dan membawa kes itu ke mahkamah, namun gagal. Mereka cuba mendapatkan konjunksi untuk menyekat projek pembinaan selama lebih setahun dan ia secara tidak langsung melengahkan projek berkenaan. Namun begitu, pada 5 Mac 2016, akhirnya penghuni setinggan yang menduduki Kampung Rawang Tin selama 30 tahun diberikan kelulusan Sijil Patuh dan Siap (CCC).
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
engecualian cukai taksiran dan fi lesen merupakan antara berita paling menggembirakan rakyat negeri ini pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016. Selangor merupakan negeri pertama melaksanakan langkah itu bagi meringankan beban rakyat yang berdepan bebanan kos sara hidup tinggi. Pengumuman itu membolehkan 167,466 pemilik rumah kos rendah dan 52,781 rumah kampung menikmati pengecualian yang julung kali diperkenalkan itu. Ia diberikan kepada semua bangunan kediaman kampung termasuk kampung baru Cina, bagan dan kampung tersusun. Sementara itu, seramai 67,804 pemegang lesen peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, pasar tani dan penjaja pula menikmati pengecualian fi lesen. Kerajaan Negeri dijangka menanggung sejumlah RM64 juta ke atas cukai taksiran yang dikecualikan untuk tahun semasa 2016.
Negeri pertama perkenal cukai taksiran dan fi lesen percuma
Pengurusan sisa pepejal diperkasa ‘Smart Solutions’
ED
Bermula Julai 2016, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mula mengambilalih pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sejumlah RM23 juta diperuntukkan bagi menyediakan 60 kompaktor baru yang dilengkapi teknologi berasaskan ‘smart solutions’. Setiap kompaktor dilengkapi teknologi canggih seperti sistem pemantauan lokasi kenderaan (AVLS), kamera undur dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikawal secara berpusat di Cen-
tralized Command Center (CCC) di Plaza Perangsang. Pada 13 Oktober lalu, sebanyak 30 kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Peralihan itu menunjukkan kesan positif apabila aduan diterima kini semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Bukan sekadar memiliki pusat aduan, penyelia di lapangan turut disediakan bagi membolehkan sebarang tindakan diambil segera sekiranya berlaku sebarang masalah. Dijangka, KDEBWM akan mengambil alih pengurusan pembersihan sampah awam dalam tempoh terdekat. Sementara itu, di utara Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDHS) pula giat memperkenalkan Sistem Pengurusan Aduan Rakyat (SPARKS) yang membolehkan aduan disampaikan menerusi laman sesawang
Kampung Baru terus dipeduli
Sejak 2009 sehingga kini, RM30 juta sudah diperuntukkan bagi menaiktaraf kemudahan infrastruktur dan pembangunan baru di 77 kampung baru, bagan dan tersusun di seluruh Selangor. Dalam tempoh itu, 16 gelanggang bola keranjang berbumbung dan 20 balai raya sudah dibina atau dinaik taraf.
Laluan pejalan kaki kayu yang reput dan uzur di semua kampung bagan juga diubah suai dan dinaik taraf kepada laluan konkrit. Pada masa sama, lebih 90 peratus daripada masalah perlanjutan, pembaharuan atau permohonan hak milik tanah bagi penduduk di seluruh kampung baru berjaya diselesaikan.
Projek Pembangunan Semula Kampung Rawang Tin
Pada 20 Januari 2012, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan Projek Pembangunan Semula Kampung Rawang Tin, Gombak. Ia bagi membolehkan 142 penghuni setinggan ditempatkan semula di kawasan pembangunan bercampur yang mem-
Lebih 1,000 kilang haram dihalalkan
Setakat 2015, sejumlah 1,117 daripada 2,637 iaitu kira-kira 42 peratus permohonan tukar syarat bagi pemilik atau pengusaha kilang tanpa kebenaran diluluskan. Ia melibatkan kutipan premium tambahan berjumlah RM112 juta oleh Kerajaan Negeri. Daripada kelulusan itu, sebanyak 12 peratus sudah diberikan Kebenaran Merancang(KM) sementara Pelan Bangunan untuk 97 kilang diluluskan. Kerajaan Negeri menerusi PBT juga berjaya memperoleh sejumlah RM1.2 juta hasil bayaran lesen sementara.
KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ���� OLEH AFIX REDZUAN
M
Realisasi impian rakyat
Miliki kediaman sendiri
pada orang awam untuk memiliki Rumah Selangorku. Sambutan menggalakkan ini menyaksikan Kerajaan Negeri optimis merangka pelan pembangunan menyediakan kediaman rumah mampu milik sekurangkurangnya 15,000 unit dalam tempoh tiga tahun.
Kerajaan Negeri menawarkan pengecualian caj pembangunan dan pengurangan premium untuk memberi insentif kepada pemaju membina Rumah Selangorku. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif memperkenalkan Dasar Pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial dan ‘Boutique Office’ mampu milik khusus kepada golongan usahawan muda baru menceburi perniagaan serta tidak memerlukan ruang pejabat besar. Melalui polisi baru itu, pemaju diwajibkan membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jualan hartanah (SOHO dan SOVO) yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000. Walaupun dijual pada harga lebih murah, syarat jualan unit mampu milik itu tetap dikawal LPHS dengan unit tersebut hanya dijual kepada mereka yang mendaftar dengan LPHS.
geri mengabaikan permohonan PR1MA dan PPA1M, satu polisi khas telah selesai dirangka dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Polisi ini membantu merancakkan pembinaan PR1MA dan PPA1M di Selangor dengan kebenaran khas peningkatan kepadatan (density) sesuai dengan kerancakan pembangunan di Selangor. Projek Perumahan Rakyat (PPR) sering dijadikan modal serangan pihak tertentu, namun Kerajaan Negeri menerusi LPHS, Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (PHSSB) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan tenang menghadapinya dengan penuh diplomasi. Pengurusan kediaman bertingkat (kediaman berstrata) paling banyak menerima faedah. JMB/ JMC akan diberi latihan pengurusan bangunan, kewangan dan manusia melalui skim FOKUS. Pendidikan awal generasi muda penghuni bertingkat juga disediakan melalui skim SKORA dan KLIK. Malah, aspek keselamatan tidak dilupakan dengan pemasangan kamera litar tertutup secara percuma melalui skim SEROJA. Menyentuh skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (CERIA), Kerajaan Negeri sudah membelanjakan
RM85 juta untuk kerja baik pulih pangsapuri secara keseluruhan sejak diperkenalkan, pada 2010.
Semua nikmati manfaat tanpa pilih kasih
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
emiliki kediaman sendiri menjadi impian setiap insan walaupun dilihat masih samar untuk digapai di saat kos sara hidup yang kian menekan. Rumah Selangorku yang diperkenalkan sejak Pakatan mentadbir pada 2008 kian menjadi antara pelopor pasaran hartanah tempatan yang mula diintai untuk dimiliki terutama golongan berpendapatan rendah. Walaupun masih hijau dalam gelanggang perumahan juga hartanah, namun tawaran harga jualan Rumah Selangorku antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit meyakinkan rakyat untuk memohon menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Sehingga Ogos 2016, lebih 70,000 pemohonan diterima dari-
��
Pelbagai dana disalurkan
ED
Tidak terkecuali, skim Dana Sel dengan peruntukan RM20 juta diwujudkan bagi membantu peneroka bandar memiliki Rumah Selangorku. Kerajaan Negeri juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat perbankan Malayan Banking Berhad (Maybank) untuk membantu pembeli mendapatkan pembiayaan.
Tenang hadapi tohmahan
Bagi menjawab tohmahan Kerajaan Ne-
Skim bantuan 20 meter padu air percuma yang dinikmati penghuni kediaman biasa dipanjangkan ke semua unit rumah bertingkat. Malah, proses ini dipermudahkan dengan jaminan ‘Lapor dan Dapat’ air percuma serta sistem kupon potongan secara terus di meter pukal kediaman bertingkat. Walaupun melibatkan pangsapuri di bawah DUN Pembangkang, Kerajaan Negeri tidak sama sekali mengamalkan prinsip pilih kasih dalam membantu rakyat. Kerajaan Negeri masih mengekalkan kuota bumiputera dan tiada sebarang cadangan untuk mengubah atau memansuhkannya. Malah, kajian sedang dibuat untuk menambah baik kuota bumiputera. Biarlah terus diasak, Kerajaan Negeri akan terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. Dato’ Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ����
�� OLEH AFIX REDZUAN
T
Kelahiran generasi baru tak dipinggir Pada masa ini, semua persiapan daripada segi pembentukan polisi, mendapat maklum balas sektor akademik dan merangka prosedur sudah selesai. Oleh itu, permohonan untuk ‘Selangor Brain Bank’ ini akan dibuka di dalam masa terdekat.
insaniah serta kebolehpasaran melalui program PROGRESS (Graduate Employability Enhancement Programme) juga sudah dilaksanakan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ahun 2016 merupakan detik mencabar di saat ekonomi global berhadapan pelbagai kesukaran, namun aspek pendidikan tetap menjadi teras keutamaan dalam melahirkan modal insan terbaik untuk pembangunan dunia sejagat. Selangor tidak terkecuali memikul tanggungjawab ini, kelahiran ganerasi baru tidak sama sekali dipinggirkan bagi meneruskan kelangsungan pemberian pendidikan terbaik kepada rakyat. Secara amnya, hampir semua janji atau manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 telah atau sedang dilaksanakan. Jika dilihat berkaitan pendidikan, Kerajaan Negeri berterusan memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk kewangan atau program mempertingkatkan kualiti pendidikan dan pembelajaran. Usaha ini juga dilakukan dengan perspektif menyeluruh iaitu pendidikan sepanjang hayat daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke ijazah lanjutan. Malah, Kerajaan Negeri juga memberi latihan untuk setiap golongan masyarakat melalui Program INSAN supaya aspek rohani dan jasmani terisi sebaiknya untuk merealisasikan hasrat melahirkan modal insan terbaik, di samping memelihara kebajikan generasi muda. Merungkai beberapa pecahan manifesto secara spesifik seperti Biasiswa Menteri Besar, usaha sedang dijalankan untuk melaksanakan program ‘Brain Bank’ iaitu satu program Biasiswa PHD yang telah diberikan peruntukan di dalam Belanjawan 2016.
Pendidikan teras pembangunan modal insan berkualiti
Belanjawan ditepati
Manakala, setiap yang disebut di dalam Belanjawan 2016 pula sudah dilaksanakan seperti dijanjikan termasuk Dana Bantuan Sara Diri untuk pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL), Program Biasiswa Selangorku yang menyaksikan kumpulan penerima pertama tahun ini seramai lebih 100 pelajar UNISEL dan KUIS, program bantuan sekolah yang diberi peruntukan RM16 juta, bahkan semua peruntukan telah selesai ditetapkan kepada sekolah yang memerlukan. Di dalam perkembangan lain pula, UNISEL telah memulakan usaha untuk mendapat pengiktirafan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) bagi kursus pengajian dan sedang menunggu kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, program ‘Boot Camp’ untuk melatih graduan dengan kemahiran
Kekangan terus diharungi
Pendidikan tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, sebarang usaha untuk menambah baik kualiti pendidikan perlu mengambil kira polisi dan perancangan yang dibuat Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mempunyai kekangan terutama di dalam usaha mendekati sekolah di bawah penyeliaan Kerajaan Pusat. Namun begitu, kami sentiasa cuba untuk mengadakan perhubungan dengan Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan juga melibatkan diri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pendidikan. Kerajaan Negeri melihat penglibatan sekolah-sekolah kebangsaan ini sebagai satu perkembangan baik dan perlu diteruskan tanpa mengira faktor politik yang boleh menjadi halangan kepada penambahbai-
kan mutu pendidikan sekolah. Kerajaan Negeri juga giat memperluaskan lagi agenda STEM Selangor (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke seluruh negeri melalui program robotik, asas komputer, pengaturcaraan, sains tabii dan beberapa program lain dengan fokus kepada pelajar sekolah dan belia. Pendidikan serta pendedahan ilmu STEM mendapat tumpuan khas di Selangor kerana kesedaran ia merupakan pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang maju, setara dengan agenda Smart Selangor yang diketengahkan Dato' Menteri Besar. Nik Nazmi Nik Ahmad Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi
Kerajaan Negeri peduli semua kaum
ED
PEMBANGUNAN Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Desa Coalfield yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2016 kini dalam proses penyediaan tanah. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada pembentangan Belanjawan Negeri 2016 memaklumkan sekolah terbabit dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak pekerja ladang. Pembangunan itu turut bertujuan memberikan pendidikan yang sempurna dan cemerlang, sekali gus mengurangkan kemiskinan dalam kalangan pekerja ladang. Pembangunan sekolah berasrama itu akan menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar dan dibiayai melalui Tabung Amanah Anak Pekerja Ladang Coalfield. Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, Kerajaan Negeri komited menyiapkan projek itu kerana ia merupakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Katanya, tanah seluas 3.8 ekar sudah dikenal pasti di Bandar Seri Coalfield untuk dilaksanakan pembangunan pembinaan sekolah itu. “Ketika ini, kita dalam proses pelantikan kontraktor dan kos pembinaan dijangka mengalami pertambahan ekoran kos binaan yang tinggi. “Kos yang diputuskan tidak memadai jika dilaksanakan kerana tidak menepati hasrat Kerajaan Negeri dan aspirasi rakyat, bagaimanapun Kerajaan Negeri komited menyelesaikannya,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mahu mengambil kira populasi yang diguna pakai pada masa akan datang.
Pekerja ladang, anak pekerja ladang dan bekas pekerja ladang Dalam Belanjawan Negeri 2016, Kerajaan Negeri turut komited terhadap golongan pekerja dan bekas pekerja ladang. Oleh itu, RM1.5 juta bagi tahun 2016 diperuntukkan untuk membantu mereka menyesuaikan kehidupan. Katanya, portfolio berkenaan sangat di-
beri penumpuan khususnya pembangunan pekerja, bekas pekerja dan anak pekerja ladang di negeri itu. “Dalam membela nasib pekerja ladang, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad. Namun, beberapa siri perbincangan dengan pemilik ladang diadakan bagi mempertingkatkan pembangunan kawasan perlada ngan khusus bagi bekas pekerja ladang dengan mengambil kira syarat ditetapkan ‘Estate Land Board’,” katanya. Sebagai contoh, katanya, 75 keluarga dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun, bahkan mereka juga diberikan tapak kuil dan dewan komuniti untuk kemudahan. Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan pembatalan Rizab Melayu yang dijadikan sebagai tapak perumahan kepada 109 bekas pekerja ladang dan tempat beribadat. Pada masa sama, RM1 juta diperuntukkan bagi anak pekerja ladang termasuk program subsidi tambang bas sekolah sebanyak RM300 sebulan, RM5,000 bantuan yuran pengajian di intitusi pendidikan tinggi, program motivasi, bengkel Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan program kecemerlangan UPSR bagi menghargai mereka yang cemerlang. “Dalam program ini, kita memilih 20 hingga 40 pelajar yang layak,” katanya.
Kerajaan prihatin dan kemiskinan Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga mencadangkan peruntukan RM1
juta untuk meneruskan Program Bantuan Rumah Kebajikan Prihatin iaitu rumah dibina dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak. “Bagi tahun 2016, bantuan baik pulih diberikan kepada 13 penerima yang layak di daerah Kuala Langat, Sabak Bernam, Gombak dan Sepang. Manakala sejak 2013, sebanyak 371 penerima menerima bantuan bina baru dan baik pulih,” katanya. Sebanyak RM4 juta turut diperuntukkan tahun ini bagi meluaskan penajaan program kemahiran teknikal di Kolej Antarabangsa INPENS. “300 pelajar menikmati pembiayaan membabitkan penajaan yuran pengajian, asrama, kos makan dan minum serta elaun bulanan,” katanya. Kerajaan Negeri terus komited membantu golongan kurang berkemampuan dengan meneruskan kecemerlangan program ‘Jom Shopping’ setiap sambutan perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deevapali. Ganabatirau berkata, RM3.25 juta diperuntukan bagi hari raya dan 32,500 penduduk di seluruh daerah menerima baucar RM100. Manakala, sebanyak RM2.67 juta dibelanjakan untuk perayaan Tahun Baru Cina dengan jumlah penerima seramai 26,700 orang dan RM2.3 juta diperuntukkan bagi perayaan Deepavali dengan 23,000 jumlah penerima.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
17
PBT
18
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Tingkat sistem penyampaian
MBSA dekati masyarakat OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Lebih 2,000 warga Shah Alam membanjiri Pusat Membeli-belah AEON sempena Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu membolehkan pengunjung mengenali, memahami fungsi juga peranan pihak berkuasa tempatan itu. Katanya, mereka juga dapat menyalurkan aduan, pandangan dan saranan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian MBSA. “Kita turut menyediakan lima 'booth' pa-meran berkenaan fungsi organisasi dan perkhidmatan MBSA iaitu inisiatif hijau, pemerkasaan organisasi, perkhidmatan, infrastruktur serta inovasi. “Antara perkhidmatan disediakan untuk ta-tapan pengunjung adalah perkhidmatan secara atas talian, pe-
nyewaan dewan, penyediaan infrastruktur awam seperti dewan, pasar juga taman sukan lasak,” katanya kepada SelangorKini. Sepanjang HBP berlangsung, MBSA mene-rima 100 transaksi pembayaran kompaun trafik dan lalu lintas, 25 transaksi pembayaran cukai taksiran, 11 transaksi berkaitan urusan perlesenan serta lima aduan. Shahrin berkata, pengunjung turut berpeluang menyaksikan Pelancaran Buku Pelan Setara Garis Panduan Permohonan Tadika/Taska/ Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk kelulusan MBSA. Turut diadakan, Majlis Penyampaian Sijil Kontraktor Cemerlang Kepada Kontraktor Projek Pentas Terbuka Seksyen 10 serta Penyampaian Hadiah Kompaun dan Cukai Taksiran melalui JomPAY. Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazalan Md Noor dan diiringi Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Pengusaha berdepan tindakan tegas
sisa toksin di kampung terbabit, pada 20 Oktober lalu. Pada masa sama, Nor Hisham berkata, MPSJ mengeluarkan notis pemberitahuan bangunan selama tujuh hari untuk pengusaha segera menutup operasi haram mereka sebelum disita. Katanya, tindakan itu diambil di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan. “Jika tiada maklum balas daripada pengusaha, MPSJ akan mengeluarkan notis sambung-an iaitu notis mengosong dan meruntuhkan bangunan selama 30 hari untuk mereka mengosongkan kawasan itu atau tindak-an roboh akan dilakukan. “Ini bukan tanah komersial tetapi kemungkinan besar tanah pertanian atau kediaman untuk aktiviti haram memproses barang besi lusuh," katanya.
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menolak tuduhan berkenaan klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki beruniform sedang memukul pekerja dan pemilik restoran. Video terbabit kini menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp. Sementara itu, MBPJ dalam kenyataan media melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video terbabit kerana ia boleh merosakkan imej penguatkuasa juga penjawat awam. Difahamkan, video berdurasi 1 minit 44 saat itu berlaku di Shanghai, China. “Ia sebenarnya tiada kaitan langsung dengan MBPJ atau mana-mana pihak berkuasa tempatan di Malaysia,” kata kenyataan itu. Pada masa sama, MBPJ menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan video berkenaan di laman sosial juga aplikasi pesanan ringkas. "MBPJ mengambil serius tuduhan itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya bagi menjejaki penyebar video berkenaan," katanya.
ED
SUBANG - Pengusaha premis barangan lusuh di Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchung, di sini, bakal berdepan tindakan tegas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ekoran bau busuk yang menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk. Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bau itu dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksin dan minyak ke dalam longkang berhampiran kediaman penduduk. Katanya, penduduk turut mengadu premis terbabit sering membuat pembakaran terbuka pada waktu malam. “Langkah pertama kita akan ambil adalah membersihkan longkang kerana air tercemar ini mengalir ke sungai dan boleh menyebabkan Sungai Klang tercemar,” katanya ketika melawat tapak pembuangan
MBPJ kesal video palsu viral
Semarak seni golongan muda
SHAH ALAM - Pementasan teater Shahid Dukapura dan pelancaran naskah kumpulan drama pentas Konklusi diyakini mampu menyemarakkan lagi seni teater tanah air di negara ini. Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, ia ekoran kecintaan terhadap teater semakin terhakis dan dilupakan golongan muda, pada masa kini. “Antara matlamat penganjurannya untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan belia berkenaan kepentingan usaha memartabatkan seni teater negara. “Selain itu, potensi dalam diri
juga boleh ditingkatkan dengan menanam minat dan keyakinan golongan muda untuk lebih positif melalui aktiviti berteater,” katanya dalam kenyataan. Program anjuran Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dengan kerjasama MPAJ, Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan, bermula 28 hingga 30 Oktober ini. Bertempat di Auditorium MPAJ, Ampang Jaya bermula jam 8.00 malam, Norhayati berkata, penganjurannya diyakini mampu memberi motivasi juga pengajaran secara bersepadu kepada
golongan muda. “Ia mampu menjadi medium unggul untuk menyampaikan motivasi dan pengajaran serta melahirkan masyarakat berintergrasi melalui penglibatan kaum. “Malah, nashkah seni ini juga dapat memperbanyakkan lagi seni berkualiti dan boleh menjadi rujukan di Malaysia,” katanya. Sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat di talian 03-42978271 atau menghubungi terus Penolong Pegawai Penerangan MPAJ, Mohd Rizal Amry di talian 012-9307543.
PBT SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
19
��� kompaun buang sampah haram ngan dan Pelupusan Sampah (UUK PPS) MPSJ 2007,” katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, Nor Hisham berkata, MPSJ giat meningkatkan langkah penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram. Sebelum ini, MPSJ mengenakan kompaun RM1,000 dan sitaan lori kepada pesalah yang membuang sampah secara haram. Mengikut peraturan, pesalah akan didenda RM1,000 bagi setiap kompaun, manakala denda maksimum RM2,000 dikenakan kepada pesalah apabila kes dibawa ke mahkamah. Rampasan tanah juga boleh dilakukan jika kawasan berkenaan adalah tanah persendirian dengan tindakan diambil di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1965.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - 162 kompaun dan 11 kenderaan disita Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terhadap pesalah yang membuang sampah secara haram di kawasan pentadbirannya. Yang DiPertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, 42 kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 4 atas kesalahan membuang sampah di tempat awam. Katanya, 74 kompaun pula dikeluarkan di bawah Seksyen 6 atas kesalahan tidak menyediakan tong sampah di premis perniagaan. “Manakala, 46 kompaun lagi di bawah Seksyen 12 kerana membuang sisa perindustrian dan sisa dagangan ditetapkan MPSJ. “Semua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembua-
Anugerah kedua berturut-turut
EHCC milik Petaling Jaya OLEH NORHAYATI UMOR
ED
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatatkan sejarah baru apabila bandar raya itu dinobatkan sebagai pemenang kebangsaan dalam kempen WWFEarth Hour City Challenge (EHCC) bagi tahun kedua berturut-turut. Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Anuar berkata, anugerah diterima di Quito, Ecuador, pada 16 Oktober itu adalah hasil usaha sama MBPJ dan pihak berkepentingan mengukuhkan struktur perkhidmatan awam juga pelaksanaan pelan pengurusan karbon rendah. “Komitmen MBPJ adalah usaha
jangka panjang untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan. “Kita akan terus mendidik masyarakat menyemai tabiat memelihara alam sekitar dan memupuk semangat kejiranan demi kebaikan serta kemajuan bersama,” katanya. Selain Petaling Jaya, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang turut terpilih mewakili negara ke EHCC 2016 yang berlangsung selama dua bulan, bermula dari 26 April hingga 19 Jun lalu. Sekurang-kurangnya 45 bandar raya lain dari 21 negara seluruh dunia terlibat antaranya Balikpapan, Bogor dan Jakarta dari
Indonesia; Paris, Perancis serta Cape Town dari Afrika Selatan. Pada tahun ini, Petaling Jaya bertanding di dalam kempen We Love Cities iaitu 'public campaign' yang membolehkan masyarakat mengundi bandar kegemaran masing-masing. “EHCC antara lain bertujuan menggerakkan tindakan dan sokongan bandar di seluruh dunia untuk mengatasi perubahan iklim global juga merangsang pembangunan serta ke arah bandar raya hijau berkarbon rendah,” katanya. Sebelum ini, MBPJ memenangi gelaran sulung ‘Malaysia’s National Earth Hour Capital EHCC', pada 2015.
Mohon lesen niaga elak disita SHAH ALAM - Peniaga atau penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disaran mendapatkan lesen perniagaan sebelum tindakan tegas diambil. Ketua Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, ia ekoran kebanyakan peniaga masih gagal berbuat demikian walaupun sudah lama menjalankan perniagaan. Katanya, apa juga jenis perniagaan dijalankan perlu mendapat lesen untuk mengelakkan mereka berdepan sebarang masalah termasuk gerai disita. “Kita menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti di pasar malam, pasar pagi, kiosk, gerai dan penjaja sementara. “Namun, pemohon perlu mengisi borang permohonan di jabatan perlesenan
MBSA yang akan dikaji jawatankuasa mengkaji dan memproses permohonan lesen,” katanya dalam kenyataan. Shahrin berkata, syarat permohonan dan dokumen perlu dilampirkan seperti kad pengenalan, bil cukai taksiran, bil elektrik serta lokasi tapak bersesuaian juga borang sebelum sesuatu permohonan diluluskan. Selain itu, katanya, MBSA turut mengenal pasti beberapa penjaja bergerak (Food Truck) yang menjalankan perniagaan di Selangor perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan. "Peniaga diingatkan supaya membuat permohonan mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelakkan masalah tidak diingini di kemudian hari,” katanya.
KENYATAAN TENDER
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut : BIL. 1.
NO. TENDER
TAJUK KERJA
BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG
MP Sepang 400- CADANGAN PERKHIDMATAN KAWALAN BERDAFTAR DENGAN 10/12-79/2016 JKP KESELAMATAN STATIK DI IBU PEJABAT MAJLIS UPEN PERBANDARAN SEPANG, PEJABAT CAWANGAN SELANGOR, PUTRA PERDANA, PEJABAT CAWANGAN BANDAR KEMENTERIAN KEWANGAN BARU SALAK TINGGI, PEJABAT CAWANGAN SUNGAI KOD BIDANG 220801 PELEK, PUSAT KUARANTIN HAIWAN SEPANG, STADIUM PERBANDARAN MPSEPANG, STOR KAWALAN KESELAMATAN & PENGUATKUASA MPSEPANG, BANDAR BARU SALAK KEMENTERIAN TINGGI DAN TAMAN TASIK CYBERJAYA UNTUK DALAM NEGERI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.
HARGA DOKUMEN
RM100.00
2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 19 hb Oktober 2016 hingga 08 hb November 2016 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’. 3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 08 hb November 2016. 4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.
Pendidikan
20
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Pengajian percuma UNISEL
�8.�% mahasiswa dapat manfaat OLEH ERMIZI MUHAMAD
lajar memilih untuk mengikuti skim pengajian percuma dengan lebih RM1.5 juta dibelanjakan dan dijangka terus meningkat,” katanya dalam kenyataan. Sebelum ini, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam sesi penggulungan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS)
berkata, inisiatif pendidikan percuma adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada masyarakat. Sejumlah RM3.9 juta diperuntukkan bagi membiayai pelajar berkelayakan di bawah program Skim Dermasiswa antara
RM7,500 hingga RM8,040 setiap seorang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.unisel.edu.my atau menghubungi pejabat pemasaran dan kemasukan di talian 0355223435.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Lebih 98.5 peratus mahasiswa di Universiti Selangor (UNISEL) menerima manfaat pengajian percuma menerusi Skim Dermasiswa yang ditawarkan. Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, jumlah itu meliputi ma-
hasiswa bagi pengajian tahun asas untuk sesi kemasukan, pada Mei dan Oktober lalu. “UNISEL membelanjakan lebih RM912,000 untuk 52 peratus sesi kemasukan tahun asas dengan pelajar ini memilih mengikuti pengajian secara percuma dalam bidang Sains dan Teknologi Maklumat. “Difahamkan, 98.5 peratus pe-
Pengajian percuma rentas kaum
RM���,��� jayakan pengantarabangsaan pelajar UNISEL
ED
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM250,000 bagi menjayakan konsep pengantarabangsaan pelajar Universiti Selangor (UNISEL). Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, inisiatif terbabit penting bagi menaikkan nama UNISEL di persada antarabangsa. Katanya, konsep terbabit juga memberi pendedahan luar kepada pelajar dalam setiap bidang diceburi. “Diharap setiap pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang itu terutama dalam meningkatkan sahsiah diri, memperoleh ilmu serta pengalaman membina, sekali gus menyumbang semula kepada Selangor,” katanya kepada SelangorKini.
Nik Nazmi berkata, ia termasuk lawatan sambil belajar, program kemanusiaan, latihan praktikal juga industri. “Sudah ada beberapa trip yang berlepas sebelum ini dan terbaru ke Indonesia juga Thailand,” katanya. Seramai 48 pelajar UNISEL diterbangkan ke Indonesia sempena program pengantarabangsaan pelajar, pada 21 Oktober lalu. Rombongan itu melibatkan enam kumpulan pelajar pelbagai kursus dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Kumpulan pertama adalah delegasi akademik ke Gagasceria Innovative Education, Bandung membabitkan 10 pelajar, pada 21 hingga 26 Oktober lalu. Tarikh sama turut menyaksikan enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL)
berkampung di Universiti Utara Medan (USU) untuk latihan mengajar. Enam pelajar lain daripada jurusan sama pula akan berpusat di Lancang Kuning, Indonesia untuk latihan mengajar dengan tambahan satu hari. Sementara itu, kumpulan keempat membabitkan tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan yang bakal mengikuti latihan industri di Universitas Lancang Kuning. Manakala, enam pelajar dari jurusan sama pula mengikuti latihan industri di Perpustakaan Bina Darma, Palembang, Indonesia. Kumpulan terakhir membabitkan 13 pelajar di Universitas Mercu Buana, Jakarta untuk mengikuti latihan industri dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
SHAH ALAM - Inisiatif Universiti Selangor (UNISEL) melaksanakan pengajian percuma menerusi Skim Dermasiswa membuka peluang pendidikan lebih menyeluruh kepada mahasiswanya. Naib Canselor UNISEL, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, matlamat itu selari hasrat institusi pengajian tinggi terbabit menawarkan pendidikan merentasi bangsa dan kaum. “Skim ini membuka peluang pendidikan seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat merentasi negeri dan kaum terutama yang tidak berkemampuan. “Adalah menjadi kerugian bagi pelajar yang cemerlang akademik tetapi tidak mempunyai peluang memajukan diri ke peringkat lebih tinggi atas alasan kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan. Skim Dermasiswa dibuka kepada semua warga Malaysia dengan memberi keutamaan kepada rakyat Selangor atau mereka yang bermastautin lebih 15 tahun di negeri itu. Tawaran itu dibuka bagi peringkat pengajian Sains dan Teknologi Maklumat ekoran terdapat keperluan meruncing terhadap dua bidang itu dalam pasaran kerja, pada masa kini. Yuran percuma sepanjang pengajian selama tiga semester turut diberikan dengan syarat mahasiswa perlu menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UNISEL. Sehingga kini, RM3.9 juta dikeluarkan bagi pembiayaan pendidikan kepada pelajar berkelayakan.
Agama
21
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Islam garis dasar jelas
Pemalas tidak layak terima zakat Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat. Maknanya, pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau malas ia tidak harus bagi kamu
kemiskinan yang berlaku di negara ini. Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan anggota badan yang lemah atau cacat. Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam. “Mereka yang me-
nganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh badan wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja. “Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak, maka boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Mereka yang bertubuh badan sihat tetapi enggan memerah kudrat mencari rezeki atau lebih tepat malas bekerja haram menerima bantuan zakat, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (MURSHID), Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Katanya, mereka yang belum mendapat pekerjaan atau berpendapatan kecil masih layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah. “Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang bukan daripada golongan ‘malas’ bukan hanya daripada sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang yang hendak membersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu),” katanya. Katanya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh sihat juga kuat.
DR ZAHARUDDIN Pengerusi MURSHID
“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat. “Maknanya, pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu
Zakat juga dikira sebagai salah satu cara KDEB dan anak-anak syarikat membersihkan pendapatan perniagaan mengikut seperti yang digariskan dalam ajaran Islam. Cek diserahkan Ketua Pegawai Agama KDEB, Zaharudin Muhammad kepada
28 Okt - 4 Nov 2016 27 Muharam - 4 Safar 1438H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
28 Jumaat 29 Sabtu 30 Ahad 31 Isnin 01 Selasa 02 Rabu 03 Khamis 04 Jumaat
KDEB tunai zakat perniagaan RM8�,6��.�� SHAH ALAM - Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM87,609.45 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), baru-baru ini. Menurut laman rasmi LZS, KDEB menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2015.
WAKTU SOLAT SELANGOR
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd Isa. Turut hadir, Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim.
5.30 5.30 5.30 5.30 5.30 5.30 5.30 5.30
5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40 5:40
6.56 6.56 6.56 6.56 6.56 6.56 6.56 6.56
1:00 1:00 1:00 100 1:00 1:00 1:00 1:00
4:19 4:19 4:19 4:20 4:20 4:20 4:20 4:20
6:59 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58 6:58
8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09 8:09
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
28 Jumaat 29 Sabtu 30 Ahad 31 Isnin 01 Selasa 02 Rabu 03 Khamis 04 Jumaat
Imsak Subuh Syuru' 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00 5.32 5:42 7:00
Zuhur 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02 1:02
Asar Maghrib Isyak 4:21 7:01 8:11 4:21 7:00 8:11 4:21 7:00 8:11 4:22 7:00 8:11 4:22 7:00 8:11 4:22 7:00 8:11 4:22 7:00 8:11 4:22 7:00 8:11
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
KENYATAAN TENDER TERBUKA
ED
Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:Butir-Butir Tawaran
Bubur Asyura satukan penduduk GOMBAK - Sebanyak 300 mangkuk bubur Asyura pelbagai resepi diedarkan sekitar Gombak, pada 23 Oktober lalu. Bertempat di Pusat Rawatan Islam Darussalam Gombak, program dihadiri lebih 50 penduduk dan turut disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan. Penduduk mula memasak bubur Asyura secara bergotong-royong seawal jam 8.00 pagi dan siap untuk diedarkan pada jam 5.00 petang. Sebanyak empat kawah besar berjaya disediakan iaitu tiga kawah bubur Asyura Kelantan dan sekawah bubur Asyura Kedah.
“Program ini diadakan secara tahunan bertujuan mengeratkan penduduk sekitar dengan aktiviti gotong-royong beramairamai. “Acara ini dapat juga memperlihatkan kepada semua kesungguhan dan kerajinan penduduk setempat dalam menyiapkan bubur Asyura,” katanya. Program merupakan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Gombak dan Pusat Rawatan Islam Darussalam. Hadir sama, Pengerusi Pusat Rawatan Islam Darussalam, Dato' Ismail Kamus.
Syarat-Syarat Pendaftaran
Harga Dokumen
Tarikh dan Tempat Taklimat Tender
TENDER BAGI KERJARM 152.00 Selasa Berdaftar dengan KERJA MEMBAIKPULIH (Tidak Akan 08 November 2016 CIDB BUMBUNG DAN KERJAMemegang Perakuan Dikembalikan) Pendaftaran Jam 11.00 pagi KERJA BERKAITAN UNTUK SKIM CERIA DI BLOK 19, Kontraktor dan Sijil Bayaran dalam 20, 21 & 22, SEKSYEN 8, Perolehan Kerja Pejabat Pihak bentuk Draf SHAH ALAM, SELANGOR Kerajaan Badan Bank/Kiriman DARUL EHSAN Pengurusan Wang atas Gred: Bangunan Strata, nama:G3 No Tender: Blok 19, 20, 21 & LPHS/T/K/16/06 22, Seksyen 8, Lembaga Kategori: Bangunan (B) Shah Alam. Perumahan No. Fail : (JMB) dan Hartanah Pengkhususan: LPHS/PBGN/SP/02/09/03/07/16 Selangor B15 (Taklimat Tender adalah WAJIB) Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor
Pembelian Dokumen
08 November 2016 sehingga 18 November 2016
Waktu Pejabat:(8.00pagi-12.45 tengahari dan 2.00petang-3.45 petang)
Kecuali Jumaat (8.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.45 petang-3.45 petang)
Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 01 November 2016 (Selasa) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada penama yang dinamakan/wakil yang sah sahaja yang telah menghadiri taklimat. Untuk maksud ini, pemilik / wakil-wakil syarikat DIWAJIBKAN membawa surat pengesahan sebagai wakil syarikat bersama dokumen asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN Selangor serta satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Sila bawa bersama Cop Syarikat. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 21 November 2016 (Isnin), kepada:PENGARAH EKSEKUTIF Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No Tel: 03-5544 7906, No Faks: 03-5510 4137 Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Kenyataan tender ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my
Wanita
22
SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
HIJRAH bantu adik jual nasi lemak hujung minggu. “Inisiatif ini ternyata berhasil apabila jualan nasi lemaknya meningkat sekali ganda iaitu hampir 100 bungkus dalam masa kurang dua jam,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, katanya, HIJRAH kini dalam perancangan lanjut memberikan lesen serta modal perniagaan jika bapanya mampu menjalankan perniagaan. Kecekalan gadis berusia 12 tahun itu mula menjadi viral di laman sosial apabila gambarnya sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual dimuat naik dengan sebahagian besar netizen kagum serta mendoakan keluarga itu dimurahkan rezeki. Anak kedua daripada lima beradik itu mula berniaga di kaki lima sejak dua bulan lalu bagi membantu meringankan beban keluarga selepas bapanya tidak lagi mampu bekerja ekoran derita jantung tersumbat. Sementara, ibunya kini bekerja di pasar raya bagi menampung keperluan anak berumur antara tiga hingga 15 tahun.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kesungguhan gadis belasan tahun membantu keluarganya dengan menjual nasi lemak di kaki lima Maybank Ampang, mendapat perhatian Hijrah Selangor (HIJRAH). Pengurus Bahagian Khidmat Profesional HIJRAH, Nur Siti Hazliana Mat Hashim berkata, pihaknya menawarkan satu lot tapak di Bazaar HIJRAH Bandar Baru Ampang bagi membolehkan gadis itu meraih pendapatan lebih tinggi. “Kebetulan Bazaar HIJRAH pertama di Selangor baru beroperasi tidak jauh dari kediamannya dan kami berjaya menjejaki bapanya, Ahmad Sanusi, 43, yang kini terlantar sakit untuk membenarkan anaknya berniaga di situ setiap
ED
Inisiatif ini ternyata berhasil apabila jualan nasi lemaknya meningkat sekali ganda iaitu hampir 100 bungkus dalam masa kurang dua jam
Semangat jadi inspirasi
PEKAWANIS rai srikandi WBG
OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) meraikan srikandi Women s Boat To Gaza (WBG), Dr Fauziah Hassan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini, pada 21 Oktober lalu. Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, semangat dan tekad doktor berusia 59 tahun itu wajar dijadikan contoh kepada wanita lain. “Beliau membuktikan bahawa wanita juga mampu menyumbang perkara hebat kepada dunia. “Kepahlawanan beliau diharap
menyuntik semangat sama kepada kita untuk terus berjuang bukan sahaja bagi diri dan keluarga tetapi juga masyarakat amnya,” katanya kepada SelangorKini. Selain Dr Fauziah, turut diraikan ialah seorang lagi wakil Malaysia yang menyertai WBG, Norsham Abu Bakar. Hadir sama, Yang Dipertua PEKAWANIS, YAM Tengku Puteri Arafiah; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi. Pada 14 September lalu, Dr Fauziah bersama 12 aktivis dan anak kapal wanita memulakan perjalanan dengan kapal Zay-
touna-Oliva menuju ke Gaza dari pelabuhan Vell di Barcelona. Sebelum itu, kapal dinaiki Norsham yang sudah berlepas bagaimanapun mengalami kerosakan dan terpaksa berpatah balik, sekali gus tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan ke Palestin. Selepas 21 hari bertolak, Zaytouna-Oliva dipintas tentera laut rejim pada kedudukan 42 batu nautika dari pantai Gaza jam 9.58 malam, pada 6 Oktober lalu, sebelum dibebaskan. Pada 7 Oktober lalu, Dr Fauziah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengusaha taska disaran pasang CCTV Kes dera kanak-kanak ALAM - Pengusaha taska semakin membimbangkan SHAH di seluruh negara disarankan SHAH ALAM - Kes penderaan kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan sekali gus menjadi isu masyarakat yang wajar ditangani segera. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, statistik bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapati 1,549 kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dilaporkan berlaku sejak 2011 hingga Mac 2016. “Daripada jumlah ini, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 420 kes diikuti Johor (250 kes) bagi tempoh lima tahun itu. “Statistik sama merekodkan 48 kes penderaan dilakukan teman lelaki ibu, manakala enam kes
disebabkan teman wanita bapa,” katanya ketika Majlis Perasmian Seminar Hak dan Keselamatan Kanak-kanak Selangor 2016 di Hotel De Palma Shah Alam, di sini, pada 15 Oktober lalu. Dr Daroyah berkata, lebih mengejutkan apabila pihak berkuasa mendapati golongan paling ramai terlibat adalah dalam kalangan pengasuh dengan 439 kes diikuti bapa kandung (407), ibu kandung (303) dan saudara terdekat. “Mangsa berusia setahun hingga tujuh tahun adalah paling ramai didera iaitu 743 orang, diikuti lapan tahun ke atas sebanyak 468 orang. “Lebih menyedihkan, 320 bayi berusia bawah setahun turut menjadi mangsa dera,” katanya.
memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah penting menjamin keselamatan kanakkanak bagi mengelak kes penculikan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia ekoran kes culik membabitkan kanak-kanak menunjukkan peningkatan dalam tempoh lima tahun iaitu 8,842 kes sehingga Mei lalu. Katanya, Johor mencatatkan jumlah kehilangan kanak-kanak tertinggi sebanyak 1,596 diikuti Selangor (1078), Kedah (833) dan Sabah (741). “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewajibkan pemasangan CCTV di taska sebagai salah satu langkah keselamatan yang perlu
dititik beratkan pengusaha taska. “Dengan pemasangan CCTV, ia memudahkan polis mengesan mangsa dan suspek kes penculikan,” katanya. Kes penculikan atau kehila-
ngan kanak-kanak semakin membimbangkan sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melancarkan sebuah portal sebagai medium semakan data berkenaan perkara itu.
Sukan SelangorKini 28 Oktober - 4 November 2016
Larian GeMS Selangor 2016
The Red Giants yakin menang SABAK BERNAM - Perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi memberi tekanan tinggi kepada The Red Giants untuk mengekalkan kejuaraan. Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, hal itu ekoran persepsi dan harapan penyokong yang tinggi terhadap Selangor sejak memenangi m i s i ke-33, pada tahun lalu. “Saya akui agak sukar berbanding tahun lalu kerana orang tidak memandang tinggi tetapi apabila sudah menang, tekanan itu kian dirasai kali ini,” katanya ketika ditemui pada Perasmian Program Hijrah Tour di Sungai Panjang, pada 22 Oktober lalu. Bagaimanapun, Amirudin yang juga Exco Negeri yakin kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan memberi kelebihan bagi pasukan gergasi merah itu, sekali gus mengulangi kejuaraan lalu. “Semua pentas permainan ada tekanan masing-masing, namun di Shah Alam kita mempunyai kelebihan kerana lazim bermain di situ. “Dengan sedikit pengalaman yang ada, kita mampu menjuarai Piala Malaysia,” katanya. Pada masa sama, Amirudin berkata, pasukannya akan mengatur dan menajamkan beberapa strategi menjelang perlawanan untuk menjaringkan gol. “Kita akui kelemahan sebelum ini. (gawang) dibolosi dan gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai ruang yang banyak. “Jadi, kita mahu pemain menajamkan serangan dan menjaringkan gol,” katanya. Selangor bakal mengulangi tradisi berdepan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia, pada 30 Oktober ini.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tengku Amir Shah turut serta
KUALA SELANGOR - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyempurnakan upacara pelepasan peserta Larian GeMS Selangor 2016 di Kuala Selangor, pada 23 Oktober lalu sebelum turut menyertai larian itu. Larian anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor yang dipengerusikan Nik Nazmi Nik Ahmad diadakan bersempena Karnival Jelajah GeMS 2016.
Tengku Amir sempat menyempurnakan larian sejauh lima kilometer (km) bersama peserta yang turut diiringi Nik Nazmi sebelum menyampaikan pingat dan sijil kepada peserta terpantas bagi setiap kategori dipertandingkan. Baginda turut meluangkan masa melawat tapak pameran dan jualan Karnival Jelajah GeMS Selangor 2016 di perkarangan Kompleks Sukan Kuala Selangor. Hampir 2,000 peserta menyertai larian itu yang turut teruja melihat penglibatan
baginda yang kelihatan mesra rakyat. Karnival Jelajah GeMS Daerah Kuala Selangor berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober lalu bertujuan merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat. Karnival itu turut menyediakan aktiviti pembangunan sahsiah bagi menangani gejala sosial seperti pertandingan sukan, ceramah agama, karnival kerjaya, forum keibubapaan dan pengurusan kewangan.
SK Taman Universiti juara Piala Raja Muda Selangor
ED
SHAH ALAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila menewaskan SK Puchong Perdana, 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak DYTM Raja Muda Selangor edisi ke-29, pada 22 Oktober lalu. SK Puchong Perdana terlebih dahulu di hadapan, pada babak pertama hasil jaringan Mohd Harizul Izwan Abdul Karim selepas berjaya memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan gawang SK Taman Universiti. Bersambung babak kedua, Mohd Syazwan Hafiz Mohd Rosdi memulakan detik kebangkitan SK Taman Universiti apabila berjaya menolak bola masuk hasil sepakan penjuru untuk menyamakan kedudukan 1-1. Selang beberapa minit kemudian, giliran Mohammad Alban Hud Mohd Yuzli meletakkan SK Taman Universiti mendahului 2-1 selepas berjaya menampan masuk bola ke gawang SK Puchong Perdana. SK Puchong Perdana cuba bangkit di penghujung permainan, namun gagal memanfaatkan peluang dan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Sementara itu, SK Sri Kelana berada di tempat ketiga, manakala tempat keempat dimenangi SK Seksyen 20. Pemenang membawa pulang pingat, sijil penyertaan dan wang tunai. Hadiah disampaikan sendiri DYTM Raja
23
PKNS FC ke Liga Super ����
Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Shah sambil diiringi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir. Tengku Amir bertitah, baginda berbesar hati menyaksikan perlawanan pelapis muda dalam kalangan pelajar di Selangor, tambahan mereka berusia 12 tahun ke bawah. Baginda bertitah, kejohanan bawah 16 tahun mungkin boleh dianjurkan pada
masa akan datang bagi mencungkil bakat pelapis bola sepak tempatan. “Pertandingan ini penting untuk perkembangan belia dan ia menyediakan ‘platform’ kepada kanak-kanak untuk memahami daya saing selain menjadi aktiviti menyeronokkan kepada mereka. “Ia juga memberi peluang kepada guru dan sekolah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini dan bola sepak adalah permainan yang menyeronokkan,” titah baginda.
SELAYANG - Pasukan PKNS FC mengesahkan penyertaannya di dalam Liga Super musim 2017 selepas muncul sebagai salah satu pasukan dua teratas Liga Perdana bersama Melaka United. Pada aksi terakhir liga musim ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan kendalian jurulatih E Elavarasan mengutip tiga mata selepas meraih kemenangan tipis menentang Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan pemain import, Juan Manuel Cobelli pada minit ke-10 dan 66. PKNS menduduki pasukan kedua teratas dengan 48 mata dan Melaka United terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan musim ini dengan 49 mata.
23
Liga Super
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Pencapaian Red Giants masih membanggakan OLEH AFIX REDZUAN
ED
SHAH ALAM - Prestasi Selangor dalam saingan domestik musim ini masih boleh dibanggakan walaupun menempuh cerita suka duka hingga mampu menjejakkan kaki ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia. Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari berkata, beliau mengakui kecewa atas kegagalan Selangor
untuk berada di kelompok teratas liga, namun terpaksa menerima hakikat kecergasan dan kecederaan membatasi segalanya. “Kita mempunyai pasukan yang jauh lebih baik berbanding musim lalu. Mungkin ada beberapa isu penting antaranya kecergasan dan kecederaan. “Kita akan nilai aspek ini kerana pemain berdepan (jadual) permainan yang sangat padat khususnya apabila kita bersaing dalam Piala AFC. “Ia memberikan kesan kepada momentum pasukan walaupun kita memulakan musim ini dengan positif,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan persembahan Selangor sepanjang musim 2016. Amirudin berkata, Selangor tidak mempunyai skuad besar musim ini iaitu sekitar 25
Kita mempunyai pasukan yang jauh lebih baik berbanding musim lalu. Mungkin ada beberapa isu penting antaranya kecergasan dan kecederaan. AMIRUDIN SHARI
Pengurus The Red Giants
pemain berbanding 30 pemain bagi pasukan lain walaupun beraksi dalam Piala AFC. Beliau berkata, kegagalan mendapat pemain berkaliber ketika jendela perpindahan tidak menjadi alasan buat Selangor kerana ia dipatahkan dengan kejayaan mereka mara ke pentas akhir TM Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. “Jendela perpindahan (transfer window) kalau gagal, kita gagal dalam Piala Malaysia tetapi
Selangor berada di tempat kelima
SHAH ALAM - Selangor mengakhiri kempen Liga Super 2016 di tangga kelima selepas tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), pada perlawanan terakhir di Stadium Shah Alam. JDT menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama dengan Pereyra Diaz melakukan percubaan awal pada minit kelapan, namun tenang ditampan Norazlan Razali. Norazlan sekali lagi mempamerkan kecemerlangan pada minit ke-11 apabila berjaya menepis percubaan Gary Steven Robbat dan disusuli percubaan lemah Juan Martin Lucero pada minit ke-17. Selangor hanya melakukan percubaan pertama pada minit ke-25 menerusi Abdul Hadi Yahaya yang terkena palang, namun beliau terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ‘offside’. Juara Liga Super 2016 kembali mengasak lima minit kemudian menerusi rem-
batan luar kotak penalti daripada Harris Harun, namun sekadar melewati palang gol. Diaz yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Selangor hampir berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-35 tetapi berjaya ditolak keluar barisan pertahanan. Mohd Amri Yahya yang masuk pada minit ke-28 bagi menggantikan Aznie Taib juga buntu menterjemahkan peluang gol apabila percubaannya didakap kemas Norazlan walaupun berjaya melepasi kawalan dua pemain pertahanan. Bersambung babak kedua, kedua pasukan saling menyerang dan pada minit ke52 percubaan Azammuddin Akil melepasi gawang gol. Mauro Olivi berjaya membolosi gawang JDT pada minit ke-54, namun gol itu dibatalkan kerana ‘offside’. Selepas sejam berlangsung, Diaz akhirnya memecah kebuntuan jaringan apabi-
la berjaya melakukan larian solo sebelum melepasi halangan Norazlan lalu merembat kencang ke gawang Selangor bagi kedudukan 1-0. Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Ahmad Hazwan Bakri berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71. Selang enam minit kemudian, Mohd Amri Yahya kembali meletakkan JDT mendahului 2-1 selepas berjaya membolosi gawang Selangor hasil hantaran ke belakang S Chanturu. Safiq Rahim hampir menjadikan kedudukan 3-1, namun sepakan percuma dari luar kotak penalti berjaya ditumbuk keluar Norazlan pada minit ke-88. Secara keseluruhan, Selangor berjaya mengumpul 28 mata musim ini dengan tujuh kemenangan, tujuh seri serta lapan kekalahan di belakang JDT, Felda United, Kedah dan Kelantan.
kita buktikan dapat beraksi dengan baik,” katanya. Secara keseluruhan, Selangor menduduki tempat kelima selepas berjaya mengumpul 28 mata musim ini dengan tujuh kemenangan, tujuh seri serta lapan kekalahan di belakang JDT, Felda United, Kedah dan Kelantan. Selangor berpeluang merangkul piala tunggal, TM Piala Malaysia apabila bertemu Kedah di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober ini.
KEDUDUKAN
LIGA SUPER
P M S K J B Mt
1 JDT
22 18 4 0 56 14 58
2 Felda UTD
22 13 4 5 47 27 43
3 Kedah
22 11 7 4 30 26 40
4 Kelantan
22 7 8 7 37 33 29
5 Selangor
22 7 7 8 28 27 28
6 Perak
22 7 7 8 29 30 28
7 T-Team
22 7 6 9 30 34 27
8 Sarawak
22 6 6 10 32 40 24
9 Penang
22 5 7 10 32 37 22
10 PDRM
22 5 6 11 21 32 21
11 Pahang
22 5 6 11 22 41 21
12 Terengganu
22 5 4 13 21 44 19
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985