BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG REMAJA MELAKUKAN JENAYAH JUVANA; SATU TINJAUAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY TELOK MAS, MELAKA SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya
MOHD KHAIRUL AMIN BIN HJ KHAIRANI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 9 )
9
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_________________________
__________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 7265, JALAN ANGGERIK, TAMAN KERIAN, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. Tarikh: 22 APRIL 2006 CATATAN:
EN AZLAN BIN ABDUL LATIB Nama Penyelia)
Tarikh: 22 APRIL 2006.
* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan
:
………………………………………..
Nama Penyelia
:
EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB.
Tarikh
:
………………………………………..
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Kemelut masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja di negara kita semakin meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan jadi kepada warisan yang akan datang jika remaja hari ini terus hanyut di bawa arus masalah jenayah yang semakin membimbangkan seperti membunuh, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas, membuang bayi, lari dari rumah, berkelakuan lucah, mencuri, merompak, menyamun, peras ugut, ragut dan lain-lain lagi jenayah yang semakin merebak dalam masyarakat kita.
Dalam kita semua mengejar status negara maju pada tahun 2020 tidak dapat dinafikan arus globalisasi yang melanda telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan masyarakat, termasuklah potensinya dalam merosakkan akhlak anak-anak muda sekaligus mengugat kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala-gejala seperti keruntuhan akhlak, rapuhnya pegangan agama, krisis jiwa yang membajai gejala tidak bermoral seperti merogol, membunuh dan pelbagai lagi jenis jenayah yang sedia dimaklumi mungkin berpunca daripada kurangnya penghayatan nilai-nilai agama dan krisis rumah tangga serta ketidak pekaan ibu bapa terhadap masalah persekitaran yang mengancam jiwa anak-anak mereka, mudahnya pengaruh dari sekeliling mereka, permodenan yang semakin pesat dan ketidak mampuan remaja kita mengawal emosi dan perasaan dan seterusnya membawa tekanan kepada mereka.
2
Banyak pendapat dan kajian dikemukakan bahawa perlakuan jenayah remaja sama ada dadah, seksual atau kekerasan, berpunca daripada pengaruh persekitaran, keluarga, rakan-rakan dan faktor hiburan. Jenayah remaja seolah-olah berkembang selari dengan pembangunan fizikal yang dicapai negara. Kemajuan negara terutama dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagaikan meracuni pemikiran remaja kita. Jati diri dan jiwa remaja kita kelihatan semakin rapuh hingga tiada pengawalan diri. Internet digunakan untuk melayari web lucah dan web ganas manakala laman sembang dijadikan tapak untuk berbual, berkenalan dan mengatur pertemuan yang disusuli dengan hubungan seks luar nikah. Kemasukan bahan audio visual lucah dari seluruh pelosok dunia pula semakin tidak terkawal. Malah, kegiatan itu dirancakkan lagi dengan rakaman perlakuan seks remaja tempatan di kawasan rekreasi. Cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di pasar malam dan di kaki lima kedai. Begitu juga dengan filem barat dan timur yang bercorak keganasan melampau yang tidak ditapis pihak berkuasa. Bahan audio yang diimport terutama dari Amerika Syarikat lepas bebas ke tangan remaja walaupun mesej yang dibawakan dalam lagu itu banyak menganjurkan keganasan dan seks bebas. Semua bahan itu diperolehi dengan mudah dan murah, hanya RM5 hingga RM10 untuk sekeping CD atau VCD. Walau, budak tahun satu sekali pun mampu membelinya jika menyimpan duit belanja sekolah selama dua hari.
Menurut Profesor Dr Syed Hassan Ahmad (Metro Ahad, 12 Jun 2005), kehidupan remaja di Malaysia berada di persimpangan jalan. Mereka boleh memilih sama ada untuk terus di landasan sempurna atau sebaliknya. Remaja berada di ambang alam dewasa, yang perlu membuat pilihan bijak untuk terus mengecapi kejayaan dan jika tersilap langkah mereka akan berdepan pelbagai masalah.
1.2
Latar belakang Masalah
Golongan remaja merupakan penggalas tanggungjawab dan memainkan peranan yang amat penting di dalam memastikan pengekalan institusi-institusi dan
3 sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek kata, untuk merealisasikan misi dan visi ke arah mencapai wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan penentu pembangunan negara yang progresif dan dinamik. Namun begitu, para remaja tidak dapat lari dari masalah dan tingkah laku negatif. Salah satu dari proses pembangunan negara yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan cara hidup para remaja hari ini adalah proses urbanisasi.
Menurut Rancangan Malaysia Ke-7 (1996 - 2000), bilangan remaja pada tahun 1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Manakala, menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan remaja sebagai satu kumpulan penting di dalam menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa depan. Mereka merupakan penyumbang dan penentu pembangunan negara (Dewan Siswa, 2000).
Negara dikejutkan dengan kes Muhammad Farid Ibrahim berumur 16 tahun iaitu pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’amor Negeri Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Lapan pelajar berkenaan, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan dituduh secara bersama membunuh Muhammad Farid di antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang di Dorm Osman, Tingkat Dua, Asrama Putera sekolah itu pada 28 Mac 2004. Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh. Mereka telah didakwa mengikut Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan didapati bersalah di mana mereka dikenakan hukuman tahanan selama diperkenankan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri. (Berita Harian, 29 Mac 2004)
Satu lagi peristiwa yang melibatkan kes gangsterisme melibatkan seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah koma dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul empat pagi selepas dibelasah sekumpulan remaja lelaki. Pergaduhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu. Kejadian ini berlaku di Persiaran Gurney, awal pagi 24 Jn 2005. (Utusan Malaysia, 25 Jun 2005). Dalam kejadian itu, Asrin Mohsin, 18, dari Blok 1-10-6 Medan Tengku Jelutong, dibelasah sehingga pengsan oleh
4 sekumpulan remaja dari Tanjung Tokong pada jam 2.30 pagi berhampiran Hotel Evergreen Laurel.Mangsa dipukul dengan topi keledar dan tong sampah besi yang disediakan di Persiaran Gurney. Menurut bapa mangsa, Mohsin Hasan, 59, pergaduhan berpunca daripada rasa cemburu sekumpulan remaja lelaki dari Tanjung Tokong yang sedang melepak ternampak seorang remaja kumpulan Jelutong membonceng seorang gadis setempat sedang bersiar-siar di Persiaran Gurney. Sejurus itu, berlaku ejek mengejek dan cabar mencabar antara dua kumpulan sehingga tercetusnya pergaduhan. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
Kesan kebimbangan ini sebenarnya telahpun disedari apabila Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan maksiat terus meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan perangkaan jumlah pelajar baru yang dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak dan asrama kelolaan jabatan itu. Sebagai contoh seramai 675 remaja telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1993 bilangan pelajar baru di asrama pemulihan akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu serius iaitu 1,505 orang berbanding tahun sebelumnya 376 orang. Daripada jumlah itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun dan rata-rata mereka masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail selaku Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat ketika membentangkan statistik dan kemasukan pelajar baru di Tunas Bakti iaitu sebanyak 1,199 atau 54 peratus daripada 2,234 wanita yang terbabit dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1993 - 1996 berumur kurang dari 18 tahun (Dewan Masyarakat, 1998)
Berdasarkan perangkaan itu, remaja lelaki Melayu telah dikenalpasti sebagai golongan paling ramai terlibat dengan kes Juvana dari tahun 1993 hingga Mac 1996. Statistik juga menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 9,505 kes juvana yang disahkan, sebanyak 5,437 melibatkan lelaki Melayu dan ditahan di pusat-pusat pemulihan. Manakala bagi golongan remaja perempuan, bangsa Melayu paling ramai berbanding bangsa lain yang ditahan melibatkan kes juvana.
Di samping itu, masalah gadis bawah umur yang terbabit dalam pelacuran dan bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau Guest Relation Officer (GRO)
5 semakin membimbangkan. Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Bukit Aman, (PPJP) Jamaludin Arshad, berkata faktor utama gadis-gadis terbabit terjebak dengan kerjaya ini ialah kerana menginginkan kemewahan. Menurutnya juga sejumlah 137 GRO bawah umur telah diselamatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2003 di seluruh negara. Daripada jumlah yang ditangkap, seramai 80 orang berbangsa Melayu, 48 orang berbangsa Cina dan 9 orang terdiri daripada bangsa-bangsa lain (Dewan Siswa, 1998).
Lagi peristiwa yang membimbangkan apabila negara dikejutkan dengan satu lagi kes juvana yang bukan sahaja menghina dan menjatuhkan maruah bangsa dan negara malah lebih parah lagi mencemar kesucian serta keharmonian Islam. Kegiatan pelajar yang tidak bermoral itu dikenali sebagai ‘Black Metal’. Ini menyemarakkan lagi api kemaksiatan dan peningkatan gejala sosial di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Kegiatan ini mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka (Utusan Malaysia, 18 Julai 2001)
Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1998) didapati seramai 67% masalah gejala sosial membabitkan remaja Melayu, berbanding hanya 16% remaja Cina. Menurut jurucakap Polis Di Raja Malaysia Bukit Aman, golongan remaja yang terlibat dengan jenayah remaja adalah dalam lingkungan usia 10 hingga 18 tahun, yang mana ianya membabitkan kes bunuh, serangan dengan niat membunuh, pecah rumah, mencuri kenderaan bermotor, menculik dan memukul. Jelaslah kini bahawa, situasi ini adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana ia meledak di saat negara menunjukkan prestasi yang menggalakkan dari segi ekonomi dan peningkatan teknologi. Di kala negara ghairah menuju era globalisasi yang lebih mantap dan maju, remaja yang diharapkan menjadi pelapis pembangunan negara, rapuh rohani dan lemah mental sehingga terdorong melakukan pelbagai jenayah.
Menurut Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, golongan pelajar dan remaja di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu paling ramai terlibat dalam kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Menurut beliau lagi, remaja Melayu adalah yang tertinggi terlibat dalam kes jenayah iaitu 1,911 kes termasuk 40 remaja perempuan,
6 kaum India (306 orang), Cina (242) dan lain-lain kaum sebanyak 325. Katanya, sebanyak 2,042 kes melibatkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun, 13 hingga 15 tahun (678 kes) dan 64 orang berusia antara 1 hingga 12 tahun. Tambah beliau, jenis kesalahan paling banyak dilakukan oleh pelajar dan remaja adalah jenayah harta benda terutama pecah rumah iaitu 1,263 kes dan jenayah kekerasan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan orang lain. (Portal Utusan Malaysia, 18 Ogos 2005)
1.3
Penyataan Masalah
Menurut Kementerian Belia dan Sukan generasi muda merupakan golongan terbesar penduduk negara di mana pada tahun 1990, 42.39 peratus atau 7.6 juta penduduk berumur antara 15 hingga 39 tahun, manakala menjelang abad ke-21 (Dewan Siswa, 1998), kira-kira 60 peratus penduduk negara adalah terdiri dari golongan belia.
Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai pihak mulai menaruh kebimbangan tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ini merupakan tulang belakang negara dan penyambung generasi akan datang, bakal pemimpin agama, masyarakat dan negara. Oleh itu, jika rosak remaja rosaklah sesebuah negara sebagaimana seorang penyair Arab, Shauqey Bek pernah menyebut, "Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah mereka".
Lantaran itu, faktor-faktor yang menyumbang dan menyebabkan penglibatan masalah sosial perlu dihalusi supaya satu pelan tindakan bersepadu dapat diambil untuk menanganinya. Faktor-faktor itu adalah pelbagai dan saling berkait antara satu sama lain.
7 Memandangkan gejala ini semakin membimbangkan dan semakin bertambah dari tahun ke tahun, penyelidik merasakan perlunya dijalankan kajian untuk melihat faktor-faktor yang menyumbang remaja melakukan jenayah juvana di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka .
1.4
Objektif Kajian
Masalah jenayah juvana ini bukan sahaja berlaku kadang-kadang ataupun jarang-jarang berlaku sebaliknya setiap hari pasti ada kes jenayah yang melibatkan jenayah juvana. Kajian ini dijalankan terutamanya adalah untuk mengetahui faktorfaktor yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah jenayah di Malaysia.
Bagi memudahkan perlaksaaan kajian ini, 4 (empat) faktor utama telah ditentukan untuk mengkaji faktor-faktor remaja melakukan jenayah juvana. Empat objektif kajian ini ialah:
i.
Mengenalpasti faktor pengaruh yang menyebabkan pesalah juvana melakukan jenayah.
ii.
Mengenalpasti faktor persekitaran yang menyumbang kepada peningkatan jenayah juvana.
iii
Mengenalpasti punca emosi yang menyebabkan jenayah juvana yang semakin meningkat.
iv
Mengenalpasti faktor gaya hidup yang menyebabkan remaja melakukan jenayah.
8 1.5
Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini , penyelidik mempunyai 4 (empat) persoalan kajian untuk dikaji.Persoalan-persoalan yang dimaksudkan ialah:
i.
Apakah faktor pengaruh yang menyebabkan remaja melakukan jenayah?
ii.
Apakah faktor persekitaran yang menumbang kepada peningkatan jenayah juvana?
iii.
Apakah punca tekanan emosi yang menyebabkan remaja melakukan jenayah?
iv.
Apakah faktor gaya hidup yang menyebabkan remaja melakukan jenayah?