Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Bab Keempat Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH ALIRAN DATA Notasi Rajah Aliran Data Peraturan Asas Rajah Konteks Paras-paras Rajah Aliran Data
PANDUAN RINGKAS HUBUNGAN ENTITI
MEMBINA
RAJAH
Simbol dan Notasi Rajah Hubungan Entiti Panduan Umum
PANDUAN RINGKAS RAJAH DEKOMPOSISI PANDUAN KEADAAN
RINGKAS
RAJAH
PERALIHAN
PANDUAN RINGKAS KAMUS DATA KESEIMBANGAN MODEL
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Kamus Data Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Spesifikasi Proses Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Dekomposisi
ISBN 978-983-41293-6-1
81
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Hubungan Entiti Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Carta Alir dan Rekabentuk Antaramuka
ANALISIS KESILAPAN TEKNIKAL REKABENTUK Analisis Keseimbangan Model Alatan Pemodelan Data
ISBN 978-983-41293-6-1
82
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Bab Keempat Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur Satu daripada kaedah pembangunan perisian yang banyak digunakan ialah kaedah berstruktur. Kaedah ini melibatkan penggunaan beberapa alatan pemodelan seperti Rajah Aliran Data, Rajah Hubungan Entiti, Rajah Dekomposisi, Kamus Data dan Carta Struktur. Kesemua alatan ini akan dibincangkan dalam bab ini. Sebagai tambahan, Rajah Konteks juga dikenali dengan Rajah Aliran Data Paras 0.
PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH ALIRAN DATA Rajah Aliran Data (ditulis pendek selepas ini sebagai DFD) adalah alat pemodelan yang membenarkan kita membayangkan sistem sebagai rangkaian proses fungsian, bersambungan antara satu sama lain dengan “batang paip” dan “tangki simpanan” data. Ia mengilustrasi cara data diproses oleh sistem dalam bentuk input dan output. Notasi Rajah Aliran Data Bagi melukis DFD, terdapat dua notasi yang boleh anda gunakan iaitu; notasi Yourdon & Coad dan notasi Gane & Sarson. Jangan campur-adukkan kedua-dua notasi ini, walaupun tujuannya sama iaitu mengilustrasikan aliran data. Notasi Yourdon & Coad biasa digunakan untuk memodelkan aliran data bagi perisian umum. Manakala notasi Gane & Sarson lebih tertumpu kepada pemodelan sistem berasaskan maklumat. Jadual 4.1 menunjukkan perbezaaan antara kedua-dua notasi dan keterangan bagi setiap notasi. Selain daripada memodelkan aliran data bagi sistem yang ingin dibina, DFD (khususnya notasi Gane & Sarson) juga ada-kalanya digunakan pada peringkat memahami proses bisnes. Oleh kerana itu, anda akan dapati DFD tersebut mewakili pelbagai aspek fizikal. Sebagai contoh, DFD yang memodelkan proses bisnes langganan majalah akan mengandungi majalah dan duit sebagai unsur yang mengalir. Jika DFD tersebut mewakili proses dalam satu sistem automasi sepenuhnya, maka semua unsur yang mengalir adalah maklumat, bukannya unsur fizikal. Ini kerana hanya maklumat yang boleh disimpan dalam bait. Maklumat pula tidak semestinya teks, kerana pada zaman ini, bunyi dan gambar (serta bau!!) juga boleh disimpan dalam bait.
ISBN 978-983-41293-6-1
83
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Gane & Sarson
Jadual 4.1: Notasi Rajah Aliran Data Yourdon & Coad Keterangan Proses
Proses
Proses menukar aliran data yang masuk kepada aliran data yang keluar.
1
Penamaan: Dicadangkan nama proses ditulis sebagai frasa
. Contohnya SAHKAN INPUT dan KIRA KADAR CUKAI.
1 Proses
1 Proses
Proses
Pernomboran: Jika proses dinomborkan, maka nombor tersebut mestilah berurutan. Tip: Namakan aliran data yang masuk dan keluar sebelum menamakan proses.
Storan Data
1
Storan Data
Storan Data
Storan data adalah repositori data dalam sistem. Adakalanya ia juga dirujuk sebagai fail. Penamaan: Nama storan data mestilah terdiri daripada kata nama dan ianya mencerminkan maklumat yang disimpan. Contohnya MARKAH dan MAKLUMAT PELAJAR
x
Aliran Data Aliran data adalah seumpama saluran yang mengalirkan x maklumat. Penamaan:
ISBN 978-983-41293-6-1
84
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Label anak panah dengan nama data yang mengalir melaluinya. Nama aliran data sebaiknya disengkang dan menggunakan title capitalization. Nama mencerminkan data yang bergerak, atau apa yang diketahui mengenai data tersebut. Tip: Bagi sistem sebenar yang kompleks (meliputi elemen fizikal), RAD turut menunjukkan aliran material dan juga data. Bagi sistem logikal, jangan namakan aliran data sebagai benda fizikal seperti Buku, Durian dan Video. Sebaliknya nyatakan dalam bentuk data logikal yakni boleh disimpan dalam bentuk digital seperti Maklumat-Buku, Berat-Durian dan Senarai-Video.
Entiti Luaran
Entiti Luaran
Entiti Luaran
Entiti luaran adalah objek luar sistem, yang berinteraksi dengan sistem. Entiti luaran adalah sumber dan destinasi bagi input dan output sistem. Penamaan: Nama entiti mestilah mencerminkan peranan entiti dalam sistem. Contohnya PELAJAR, PENGGUNA dan PENGURUSAN. Tip: Jika entiti juga perlu disimpan maklumatnya, maka satu storan dengan nama yang sama perlu diwujudkan.
ISBN 978-983-41293-6-1
85
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Peraturan Asas Apabila melukis Rajah Aliran Data, terdapat peraturan yang perlu diikuti. Walaupun terdapat alatan perisian yang boleh membantu memastikan peraturan ini dipatuhi, anda perlu mengetahui peraturan tersebut. Dalam bahagian ini contoh-contoh yang berkaitan dengan peraturan asas tersebut dinyatakan menggunakan notasi Yourdon & Coad. Peraturan asas yang mesti anda ketahui adalah: 1. Proses dan storan tidak boleh hanya ada output. Hal ini dinamakan miracle. x
Entiti Luaran
x
Entiti Luaran
Proses 1
z
Proses 1
y
z
y
Proses 2 Storan data
Proses 2 Storan data
Betul
Salah
2. Proses dan storan tidak boleh hanya ada input. Ini dinamakan black hole. x
Entiti Luaran
x
Entiti Luaran
Proses 1
z
Proses 1
y
z
y
Proses 2 Storan data
Proses 2 Storan data
Betul
ISBN 978-983-41293-6-1
Salah
86
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
3. Input kepada proses mestilah mencukupi untuk menghasilkan output daripada proses berkaitan. Jika tidak, hal ini dinamakan gray hole.
Salah
Betul
4. Kesemua storan data dan entiti mesti dihubungkan dengan sekurang-kurangnya satu proses. x
Entiti Luaran1
Entiti Luaran1
x
Entiti Luaran 2
Entiti Luaran 2
Proses 1
Proses 1
y
w
y
z
z
Proses 2
Proses 2
Storan data
Storan data
Betul
Salah 5. Storan data tidak boleh dihubungkan terus kepada atau daripada entiti. Entiti Luaran1
z
x
Proses
Entiti Luaran1
x
z
y
Proses
y
Entiti Luaran2
Entiti Luaran2
Storan data
Storan data
Betul
ISBN 978-983-41293-6-1
Salah
87
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
6. Aliran data mestilah mempunyai hanya satu arah aliran. Aliran data yang berganda kepada dan daripada storan data mesti ditunjukkan dengan anak panah yang berbeza. Entiti Luaran1
z
x
Entiti Luaran1
x
Proses
y
z w
Entiti Luaran2
w
y
Proses
Entiti Luaran2
Storan data
Storan data
Salah
Betul
7. Jika satu data yang sama mengalir ke dua proses yang berbeza, ini mesti ditunjukkan dengan forked arrows. Entiti Luaran1
x
x
Entiti Luaran1
Entiti Luaran 2
Entiti Luaran 2
Proses 1
Proses 1
w
z
y
Storan data
Proses 3
ISBN 978-983-41293-6-1
z
Storan data Proses 2
Betul
y
y
w
Proses 3
Proses 2
Salah
88
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
8. Data tidak boleh mengalir balik secara langsung ke proses yang menghasilkannya. x
Entiti Luaran
x
Entiti Luaran
Proses 1
Proses
y z
y
Storan data Proses 2
w
Betul
Salah
9. Bilangan aliran data yang masuk dan keluar bagi ledakan bagi setiap proses perlu seimbang.
P roses 1.1
Proses 1
Proses 1.1
P roses 1 P roses 1.3
Proses 1.3
P roses 1.2
Storan D1
Betul
ISBN 978-983-41293-6-1
Proses 1.2
Storan D1
Salah
89
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
10. Proses boleh dihubungkan dengan proses, storan data atau entiti. Namun, proses mesti dihasilkan oleh sama ada entiti luaran atau proses lain. Storan data tidak boleh meletuskan proses. Entiti Luaran1
y
x
Entiti Luaran2
Entiti Luaran1
y
x
Entiti Luaran2
r Proses 2
Proses 1
Proses 2
Proses 1
z
w
z
w
Storan data
Storan data
Betul
Salah
11. Ingat, aliran tidak menyelesaikan persoalan prosidural seperti input prompts, mesej ralat dan persoalan aliran output. Tidak ada aspek implementasi seperti kawalan aliran, gelungan, pilihan, perincian fizikal atau kaedah capaian data. 12. Storan data mesti dihubungkan dengan sekurang-kurangnya satu aliran data yang masuk dan satu aliran data yang keluar. 13. Entiti adalah sumber yang dari mana data didapati atau ke mana data diingini, bukannya orang yang memasukkan data ke dalam komputer atau orang yang akan mencetak data. 14. Storan data tambahan yang tidak kelihatan pada proses lain, boleh muncul dalam ledakan.
ISBN 978-983-41293-6-1
90
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Rajah Konteks Rajah konteks adalah rajah aliran data paras tertinggi. Ianya hanya mengandungi satu nod proses (proses 0) yang meringkaskan fungsi bagi keseluruhan sistem serta hubungannya dengan entiti luaran. Tiada storan data dalam Rajah Konteks. Rajah 4.1 menunjukkan satu contoh Rajah Konteks bagi Sistem Sewa CD. id, Senarai CD sewa id, Senarai CD kembali
PELANGGAN
Resit Sewaan
Senarai Pesanan CD n aa ew S t ma klu a M
Sistem Sewa CD
PENTADBIR
Maklumat Penerimaan CD Senarai Pesanan CD
id Maklumat Pelanggan
Senarai Penghantaran CD
PEM BORONG
Rajah 4.1: Rajah Konteks Sistem Sewa CD
Paras-paras Rajah Aliran Data Satu proses tunggal bagi rajah paras tinggi (bermula daripada Rajah Konteks) boleh diledakkan untuk memperlihatkan rajah aliran data yang lebih terperinci. Ledakan ini menghasilkan proses-proses yang lebih kecil. Dari segi penamaan, ada pandangan yang menamakan Rajah Konteks sebagai DFD paras 0 (Pessman 2004), dan ledakan berikutnya adalah paras 1. Manakala terdapat pandangan yang menamakan DFD paras 0 adalah ledakan pertama selepas Rajah Konteks. Bagi yang berpandangan begini, Rajah Konteks bukanlah DFD paras 0 (Sommerville 2001). Dalam bab ini, kami menggunakan paras pertama bagi mewakili DFD selepas ledakkan daripada Rajah Konteks. Paras pertama DFD menunjukkan proses-proses utama dalam sistem. Setiap proses ini boleh diperincikan kepada beberapa proses yang lebih kecil sehinggalah sampai kepada paras yang boleh dibinakan algoritma. Rajah 4.2 adalah paras pertama bagi DFD Sistem Sewa CD, manakala Rajah 4.3 adalah paras kedua bagi kes berkaitan. Dalam contoh ini, hanya proses pertama sahaja mempunyai perincian.
ISBN 978-983-41293-6-1
91
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Senarai Penghantaran CD Senarai CD baru Senarai Pesanan CD
PEM BORONG
r ai S ena
nan P esa
t P en luma Mak
a erim
Mak luma tS
PENTADBIR
1. Proses Beli CD
CD
Fail Stok CD
D an C
t CD luma Mak
Maklumat Sewaan Semasa ewaa n
2. Proses Sewa CD
Fail Urusniaga Maklumat Baru Sewaan
id, Senarai CD sewa id, Senarai CD kembali
PELANGGAN
Resit sewaan Maklumat pelanggan Maklumat pelanggan
id
3. Proses Kemaskini Fail Pelanggan
Fail Pelanggan
id
Rajah 4.2: DFD Paras Pertama Sistem Sewa CD Senarai Pesanan CD
Senarai Pesanan CD PENTADBIR
PEM BORONG 1.1 Proses Pesan CD S
1.2 Proses Kemaskini Fail Inventori
a ar en
iP
e
ar nt ha g n
an
CD
Fail Stok CD Senarai Penghantaran CD
Rajah 4.3: DFD Paras Kedua Sistem Sewa CD
ISBN 978-983-41293-6-1
92
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH HUBUNGAN ENTITI Rajah Hubungan Entiti (ditulis pendek selepas ini sebagai ERD) mengilustrasi struktur logikal pangkalan data. Sebilangan besar pelajar keliru antara entiti dalam ERD dengan entiti dalam DFD. Oleh kerana namanya sama, iaitu entiti, maka mereka menyamakan entiti dalam ERD dengan entiti dalam DFD. Sebenarnya kedua-dua entiti tersebut tidak sama. Pelajar perlu faham bahawa entiti dalam DFD merujuk kepada entiti luaran yang berinteraksi dengan sistem. Entiti luaran ini adalah sama ada; sumber maklumat bagi sistem (iaitu input sistem) atau destinasi maklumat (iaitu output sistem). Manakala entiti dalam ERD merujuk kepada maklumat yang ingin disimpan.
Stok CD
menyewa
Urusniaga
lakukan
Pelanggan
Rajah 4.3: ERD bagi Sistem Sewa CD
Simbol dan Notasi Rajah Hubungan Entiti Peter Chen membina ERD pada tahun 1976. Semenjak itu, Charles Bachman and James Martin menambah perincian kepada prinsip asas ERD ini. Pada masa ini ERD telah melalui proses evolusi yang mengukuhkan lagi penggunaannya. Berbeza dengan DFD, ERD hanya mempunyai satu notasi yang standard. Kalau berbeza pun, ia hanyalah merujuk kepada evolusi yang berlaku terhadapnya. Bahagian ini hanya membincangkan notasi asas bagi ERD. Jadual 4.2 menunjukkan senarai notasi bagi ERD.
ISBN 978-983-41293-6-1
93
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Jadual 4.2: Notasi Rajah Hubungan Entiti Notasi Keterangan Entiti Entiti adalah maklumat yang ingin Entiti disimpan. Ia boleh suatu objek atau konsep.
Entiti
Atribut
Atribut
Atribut
Atribut
Hubungan
Hubungan
Entiti Lemah Entiti lemah wujud dengan bergantung kepada entiti lain. Atribut Atribut adalah ciri atau sifat bagi entiti. Atribut Kunci Atribut kunci adalah unik, ciri yang membezakan entiti. Contohnya, nombor pekerja boleh dijadikan atribut kunci entiti pekerja. Atribut Bermulti-nilai Atribut bermulti-nilai boleh mempunyai lebih daripada satu nilai. Contohnya, entiti pekerja boleh mempunyai nilai kemahiran berganda. Atribut Hasilan Atribut hasilan adalah berasaskan kepada atribut lain. Contohnya, gaji tahunan pekerja adalah berdasarkan gaji bulanan pekerja. Hubungan Hubungan mengilustrasi cara dua entiti berkongsi maklumat dalam struktur pangkalan data. Hubungan lemah Notasi hubungan lemah digunakan bagi menghubungkan entiti lemah dengan entiti yang lain. Kardinaliti Kardinaliti menspesifikasikan cara banyak permintaan (instance) bagi satu entiti berkait dengan setiap
ISBN 978-983-41293-6-1
94
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
permintaan (instance) bagi entiti lain. Pelanggan N
Ordinaliti menjelaskan hubungan sama ada mandatori atau pilihan.
Hubungan
1 1
M Urusniaga
Hubungan
Akaun
= Satu = Satu dan Hanya Satu = Banyak = Sifar atau Satu = Sifar atau Banyak = Satu atau Banyak
Hubungan Rekursi Dalam sebahagian kes, entiti boleh dihubungkan kepada dirinya sendiri. Contohnya, pekerja boleh menyelia pekerja lain. Pekerja
Panduan Umum Terdapat panduan umum dalam menyediakan ERD, berdasarkan pernyataan keperluan yang diberi. Entiti dan hubungan boleh dikenalpasti dengan cara berikut: 1. Berdasarkan kelas perkataan. Entiti dan hubungan dapat dikenalpasti dengan menganalisis kelas perkataan. Notasi ERD yang bersesuaian mengikut kelas perkataan adalah seperti dalam Jadual 4.3 berikut:
ISBN 978-983-41293-6-1
95
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Jadual 4.3: Notasi Rajah Hubungan Entiti BAHASA Notasi RHE Kata nama khas Entiti (“Nama” bagi Entiti) (Matematik) Kata nama am Entiti atau Jenis Entiti (Guru) Kata perbuatan transitif Hubungan M-ary (M>1) (Guru mengajar matematik) Kata perbuatan intransitif Hubungan Unary atau (Saya tidur) Nilai Atribut Kata sifat Atribut bagi Entiti (Umur guru) Adverb Atribut bagi hubungan (mengajar sambilan) 2. Berdasarkan ayat berbentuk “terdapat ... X dalam Y”. Tukarkan ayat yang berbentuk berikut: “Terdapat . . . X dalam Y” kepada “Y mempunyai . . . X” Sebagai contoh: “Terdapat lebih daripada 30 pelajar dalam setiap tingkatan.” ditukar kepada ayat berikut: “Setiap tingkatan mempunyai lebih daripada 30 pelajar.” Sekarang, jelas kelihatan dua entiti iaitu ‘tingkatan’ dan ’pelajar’ yang hubungan antaranya ialah ‘mempunyai’ dan hubungan tersebut berjenis satu ke banyak, seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 4.3 berikut:
tingkatan
punyai
pelajar
Rajah 4.3: ERD bagi hubungan tingkatan dan pelajar
ISBN 978-983-41293-6-1
96
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
3. Berdasarkan ayat berbentuk “X bagi Y adalah Z”. Jika ayat adalah berbentuk “X bagi Y adalah Z”, maka • Y adalah entiti • X adalah sama ada atribut atau hubungan, bergantung kepada jenis Z. o Jika Z adalah kata nama khas, maka X adalah hubungan antara Y dan Z. o Selainnya, X adalah atribut bagi Y. Contoh 1: (X) (Y) (Z) “Identiti bagi pelajar adalah kad pengenalannya.” maka: • ‘Pelajar’ adalah entiti. • ‘Identiti’ adalah atribut bagi pelajar kerana kad pengenalan adalah bukan kata nama khas. Contoh 2: (X) (Y) (Z) “Subjek yang perlu diambil oleh pelajar adalah Matematik” maka: • •
‘Pelajar’ adalah entiti ‘Ambil subjek’ adalah hubungan antara pelajar Matematik kerana Matematik adalah kata nama khas.
ISBN 978-983-41293-6-1
dan
97
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
PANDUAN RINGKAS RAJAH DEKOMPOSISI Rajah Dekompisisi menunjukkan hirarki dan hubungan antara proses-proses dan dengan subproses mereka. Tiada maklumat storan, entiti, data mahupun aliran data dalam rajah ini. Hanya dua simbol yang terlibat dalam rajah dekomposisi iaitu simbol kotak dan simbol garis. Simbol kotak mewakili proses atau subproses, manakala simbol garis menunjukkan kedudukan hubungan parasparas proses dan subproses. Sistem Sewa CD
1.0 Beli CD
3.0 Kemaskini Fail Pelanggan
2.0 Sewa CD
1.2 Kemaskini Fail Inventori
1.1 Pesan CD
Rajah 4.4: Rajah Dekomposisi bagi Sistem Sewa CD Carta Struktur adalah versi terperinci bagi Rajah Dekompisisi. Carta Struktur adalah notasi berhierarki menunjukkan komposisi fungsi, aliran data antara komponen fungsi, dan pola kawalan antara komponen fungsi. Rajah 4.5 adalah contoh Carta Struktur bagi satu proses mengira gaji. Kira Gaji jamBekerja, kadarGaji
gaji jamBekerja, kadarGaji
Baca jamBekerja, kadarGaji
gaji
Kira Gaji
Papar Gaji
Rajah 4.5: Carta Struktur bagi Proses Mengira Gaji Carta Struktur lebih kepada perwakilan implementasi. Kita tidak akan membincangkan dengan lanjut mengenai notasi Carta Struktur ini. Pastikan anda menamakan rajah anda dengan betul. Jangan namakan ia Carta Struktur sekiranya anda hanya melukis hubungan yang ringkas antara prosesproses dengan subprosesnya. Manakala namakan ia Carta Struktur sekiranya anda memperincikan Rajah Dekomposisi anda.
ISBN 978-983-41293-6-1
98
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
PANDUAN RINGKAS RAJAH PERALIHAN KEADAAN Rajah Peralihan Keadaan (ditulis pendek selepas ini sebagai STD) adalah alat pemodelan bagi sistem yang kelakuannya berasaskan masa atau tindakan. STD menunjukkan cara dua atau lebih proses berkait antara satu sama lain dalam fungsi masa. Tiga istilah yang perlu diketahui dalam melukis STD ialah: Keadaan: mewakili suasana bagi suatu kewujudan. Apabila berada dalam keadaan tertentu, tindakan berkaitan dengan keadaan tersebut wujud. Peralihan: fenomena satu keadaan kepada satu keadaan lain dipanggil peralihan. Peristiwa: rangsangan yang menyebabkan beralihnya satu keadaan kepada keadaan lain dipanggil peristiwa. Simbol yang boleh diguna pakai adalah simbol segiempat bagi mewakili keadaan, dan simbol anak panah berlabel bagi mewakili peralihan dengan peristiwa tertentu. Namun, ada juga yang menggunakan simbol elips bagi mewakili keadaan. Rajah 4.6 menunjukkan contoh Rajah Peralihan Keadaan bagi Sistem Ketuhar Gelombang.
pemasa Kuasa Penuh
Set Masa
pintu ditutup
Pemboleh
kuasa penuh
pemasa Menunggu
kuasa separuh
mula
pintu dibuka
Menunggu
kuasa penuh
pintu ditutup
kuasa separuh
siap batal
Kuasa Separuh
Penidak boleh
sistem ralat
Operasi
Rajah 4.6: Rajah Peralihan Keadaan bagi Sistem Ketuhar Gelombang Berikut adalah panduan yang boleh diikuti apabila ingin membina STD (Marakas 2006). 1. Kenalpasti keadaan awal. 2. Wakili keadaan tersebut dengan melukis segiempat. 3. Sambungkan keadaan itu dengan anak panah bagi menunjukkan peralihan pertamanya.
ISBN 978-983-41293-6-1
99
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
4. Pastikan setiap keadaan mengarah kepada sekurang-kurangnya satu keadaan yang lain. 5. Labelkan anak panah dengan nama peristiwa yang bermakna. 6. Senaraikan tindakan yang bersesuaian untuk diambil bersebelahan bagi setiap segiempat. 7. Pertimbangkan tindakbalas sistem terhadap peristiwa yang tidak dijangka. 8. Ulangi proses di atas hingga semua kemungkinan telah dikenalpasti.
PANDUAN RINGKAS KAMUS DATA Tujuan diwujudkan kamus data adalah untuk mendokumenkan semua elemen data, struktur, aliran, storan, proses dan entiti luaran sistem. Tiada format tertentu bagi kamus data, namun yang penting ialah ianya mendokumenkan sistem secara menyeluruh. Berikut diberikan panduan, namun anda boleh menambahnya mengikut keperluan. Kamus data adalah seumpama katalog. Ianya menjelaskan berkenaan maklumat dan data yang ada di dalam sistem. Sehubungan itu empat perkara berikut perlu direkodkan dalam kamus data: • Proses. • Aliran data. • Storan Data. • Elemen Data Maklumat yang mungkin bagi Proses adalah: • Nama dan nombor Proses. • Keterangan Proses: Nyatakan nombor ledakan dalam RAD. • Tujuan: Nyatakan kenapa proses ini diperlukan dengan spesifik. • Implementasi fizikal: Nyatakan sebarang isu implementasi, seperti adakah proses memerlukan jenis data tertentu, Jenis DBMS atau ODBC tertentu. Nyatakan data input dan output. • Pencetus: Nyatakan nama dan nombor proses yang memanggilnya atau melaksanakannya. • Logik Proses. Maklumat yang dicadangkan bagi Aliran Data adalah: • Nama Aliran Data. • Keterangan Aliran Data. • Volum: Nyatakan volum bagi aliran data mengikut hari, minggu, bulan dan sebagainya yang bersesuaian. • Implementasi fizikal: Nyatakan jika wujud keperluan fizikal tertentu untuk mengimplementasi aliran ini seperti memerlukan sambungan Internet. • Sumber dan Destinasi: Nyatakan sumber dan destinasi bagi aliran data ini, dengan merujuk nama (dan nombor) proses, entiti atau storan.
ISBN 978-983-41293-6-1
100
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Maklumat yang dicadangkan bagi Storan Data adalah: • Nama dan nombor Storan Data. • Keterangan Storan Data: Keterangan yang membezakan storan data ini berbanding yang lain. • Elemen utama (Key Elements). • Organisasi: Nyatakan cara storan data disusun sama ada dari aspek geografi atau fungsian. • Media. • Volum: Nyatakan saiz (dalam MB) storan data yang dijangka. • Implementasi fizikal: Nyatakan sebarang isu implementasi seperti keperluan kepada DBMS tertentu. • Kandungan: Senaraikan struktur bagi storan data ini. Maklumat yang mungkin bagi Elemen Data adalah: • Nama Elemen Data. • Keterangan Elemen Data: Nyatakan keunikan data ini berbanding elemen data yang lain. • Format/Julat/Maksud: Nyatakan julat nilai yang boleh diterima. Contohnya elemen data bagi poskod Malaysia mestilah berjenis nombor dan terdiri daripada 5 digit. • Nilai lalai. • Sumber: Nyatakan dari mana data ini diperolehi. Contohnya daripada Borang Keahlian Baris 12. • Polisi bisnes: Nyatakan sebarang peraturan bisnes mengenai data ini. Contohnya jika data ini bernilai 1, maka data X mesti tidak null. • Kawalan. • Digunakan dalam Storan data dan Aliran data. Maklumat-maklumat yang dinyatakan di atas sebaiknya dibentangkan dalam bentuk jadual agar ianya mudah dibaca. Contohnya kamus data bagi sebahagian proses dalam Sistem Sewa CD boleh dinyatakan dalam bentuk jadual seperti dalam Rajah 4.7 berikut. No .
Proses
Input
Output
1
Beli CD
~~~
~~~
1.1
Pesan CD
Senarai Pesanan CD
Senarai Pesanan CD
1.2
Kemaskini Fail Inventori
Senarai Penghantara n CD
Senarai Penghantaran CD
2
Sewa CD
~~~
3
Kemaskini Fail Pelanggan
~~~
Storan Data ~~~
Pencetus
~~~
~~~
~~~
Pentadbir
~~~
Fail Stok CD
Pemboron g
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
Rajah 4.7: Kamus data bagi (sebahagian) Proses dalam Sistem Sewa CD. ISBN 978-983-41293-6-1
101
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
KESEIMBANGAN MODEL Setelah pelbagai model dibina seperti: DFD, ERD, Spesifikasi Proses, Rajah Dekomposisi dan seumpamanya, maka anda perlu memastikan model tersebut seimbang antara satu sama lain. Langkah ini adalah langkah yang MESTI ANDA LAKUKAN. Adalah sangat baik jika anda bukan sekadar menyeimbangkan model, tetapi turut menyemak sama ada model telah dibina dengan betul atau menepati kehendak pengguna. Hal ini dinamakan pengesahsahihan dan pengesahbetulan (verification and validation), juga dikenali sebagai V&V. Namun, dalam buku ini kita tidak akan membincangkan berkenaan V&V. Dalam bahagian ini, beberapa panduan untuk menyeimbangkan model diberikan. Sekiranya anda menggunakan alat pemodelan yang baik, mungkin masalah keseimbangan model ini boleh dibantu oleh alat tersebut. Jika tidak, anda perlu menyeimbangkannya sendiri. Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Kamus Data Berikut adalah semakan yang boleh anda lakukan antara DFD dengan Kamus Data: • Setiap aliran data (diwakili oleh anak panah dalam DFD) dan setiap storan data mesti ditakrifkan dalam kamus data. • Setiap elemen data dan setiap storan data yang ditakrifkan dalam kamus data mesti wujud dalam DFD. Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Spesifikasi Proses Berikut adalah semakan antara RAD dengan Spesifikasi Proses. Spesifikasi Proses, juga dikenali dengan Spesifikasi Fungsian, telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. • Setiap buih dalam DFD mesti disekutukan dengan DFD paras rendah atau spesifikasi proses, namun bukan kedua-duanya. Bermakna jika DFD mengandungi buih bernombor 1.4, maka mesti ada rajah buih parasbawah (ledakan) berkaitan iaitu 1.4.1, 1.4.2, dan seumpamanya. Jika tiada rajah buih paras-bawah, maka spesifikasi proses mesti mengandungi spesifikasi proses bagi buih 1.4. Jika kedua-duanya wujud, maka model tersebut dianggap bertindan tanpa ada keperluan. Dan ini boleh mengundang kesilapan yang besar. • Setiap spesifikasi proses mesti mempunyai buih paras-bawah yang sekutu dengannya dalam DFD. • Input dan output mestilah sepadan. DFD menunjukkan aliran masuk dan keluar bagi setiap buih, begitu juga dengan sambungan ke storan. Hal
ISBN 978-983-41293-6-1
102
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
yang sama mestilah berlaku kepada spesifikasi proses juga. Oleh itu, sepatutnya spesifikasi proses mengandungi pernyataan BACA atau INPUT (atau kata perbuatan yang seumpama) sejajar bagi setiap aliran data masuk dan pernyataan TULIS atau OUTPUT (atau yang seumpamanya) bagi setiap aliran data yang keluar. Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Dekomposisi Berikut adalah tindakan yang boleh dilakukan untuk menyemak keseimbangan DFD dengan Rajah Dekompisisi: • Modul pada paras teratas Rajah Dekomposisi mewakili rajah konteks. • Modul-modul pada paras kedua Rajah Dekomposisi mewakili prosesproses dalam DFD paras 0. • Modul-modul pada paras seterusnya dalam Rajah Dekomposisi mewakili proses-proses dalam DFD pada paras seterusnya. • Penomboran dan penamaan modul perlulah sama dengan penomboran dan penamaan dalam DFD. • Rajah Dekomposisi tidak menunjukkan sebarang data, entiti dan storan.
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Hubungan Entiti Perkaitan yang boleh disemak antara DFD dengan ERD pula adalah seperti berikut: • Storan data dalam DFD menjadi entiti dalam ERD. • Entiti, proses dan aliran data dalam DFD tidak dipetakan dalam ERD. Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Carta Alir dan Rekabentuk Antaramuka Sekiranya anda ada mendokumenkan Carta Alir dan Rekabentuk Antaramuka maka pastikan: • Carta Alir tersebut merujuk kepada satu proses tertentu di dalam DFD. • Rekabentuk Antaramuka tersebut merujuk kepada satu atau lebih proses tertentu di dalam DFD.
ISBN 978-983-41293-6-1
103
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
ANALISIS KESILAPAN TEKNIKAL REKABENTUK Setelah memahami beberapa notasi memodelkan reka bentuk perisian, dan cara menyeimbangkan model tersebut, dalam bahagian ini kita akan melakukan suatu analisis terhadap satu kajian kes yang disediakan oleh seorang pelajar dalam projek beliau. Tujuan analisis ini adalah supaya anda dapat mengelakkan kesalahan yang seperti ini, dan berupaya menyeimbangkan model anda, sebelum meminta penyelia menyemak hasil rekabentuk perisian anda. Untuk pengetahuan, bahagian ini tidak menilai sama ada rekabentuk yang dihasilkan menepati keperluan pengguna. Atau bukan juga untuk menilai sama ada rekabentuk boleh diimplementasi. Sebaliknya, kita akan melihat beberapa kesalahan teknikal yang dilakukan. Sekiranya tidak dibincangkan, anda juga berpotensi melakukan kesilapan yang sama. Kajian Kes: SISTEM KEPUTUSAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ABC Bahagian Pelajaran Yayasan ABC (Y-ABC) perlu memantau prestasi pelajar-pelajar di bawah tajaannya, khasnya untuk tujuan kesinambungan tajaan. Pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir mereka tidak akan disambung tajaan. Manakala pelajarpelajar yang mendapat keputusan keseluruhan yang cemerlang, akan diubah pinjaman kepada biasiswa. Oleh kerana pemantauan secara manual sangat merumitkan, maka satu sistem berkomputer diperlukan. Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Bahagian Penganjuran Pelajaran untuk merekod keputusan peperiksaan pelajar tajaanY-ABC, memantau prestasi mereka, membuat keputusan sama ada diberhentikan tajaan, memastikan rekod setiap pelajar tajaannya dikemaskini, dan pelbagai fungsi berkaitan.
Enam rajah (Rajah 4.8 hingga Rajah 4.13) telah dilukis oleh pelajar ini untuk mewakili rekabentuk sistem yang ingin dibina. Setiap rajah akan dianalisis dari aspek bilangan elemen yang ada dan diikuti dengan ulasan kesilapan yang ada. Setelah semua rajah dianalisis secara berasingan, keseimbangan rajah-rajah tersebut akan dibincangkan pula.
ISBN 978-983-41293-6-1
104
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Analisa Bilangan Elemen
1 Data pelajar
Masuk maklumat pelajar yang membuat pinjaman
Data pelajar
D1
Pelajar
Dua entiti luaran iaitu: BPP Y-ABC dan IPT.
Maklumat Pelajar
2
BPP MARA
Masuk maklumat Keputusan Pelajar
Keputusan Peperiksaan
IPT
Data Keputusan Peperiksaan
D2
IPT
Tiga proses iaitu: Proses 1: Masuk Maklumat Pelajar Proses 2: Masuk maklumat keputusan pelajar Proses 3: Janaan Laporan Dua storan data iaitu: Storan data D1: Pelajar Storan data D2: IPT
Maklumat Keputusan Peperiksaan
3 Laporan Keputusan Peperiksaan
Janaan Laporan
Rajah 4.8: Rajah Aliran Data Paras Pertama
Ulasan bagi Rajah 4.8: • Perhatikan aliran data ‘Maklumat Pelajar’ daripada Storan Data D1 kepada entiti luaran IPT. Storan data tidak boleh dihubungkan terus kepada atau daripada entiti. • Perhatikan Proses 3. Tiada entiti luaran atau proses lain yang meletuskannya. Proses 3 perlu diletuskan oleh sama ada proses lain atau entiti luaran. Storan data tidak boleh meletuskan proses. • Penamaan bagi proses 3 tidak sesuai. Adalah dicadangkan tukar namanya kepada ‘Jana Laporan’.
ISBN 978-983-41293-6-1
105
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Rajah 4.9: Rajah Kes Guna Ulasan bagi Rajah 4.9: • Rajah Kes Guna bukan alat pemodelan berstruktur. Pelajar tidak sepatutnya menggunakan notasi yang bukan dalam metod yang digunakan. Analisis Bilangan Elemen Tiga entiti iaitu: PELAJAR, SUBJEK.
IPT
dan
Satu entiti hubungan-storan iaitu: Keputusan Peperiksaan. Dua hubungan iaitu: menuntut dan tawar.
Rajah 4.10: Rajah Hubungan Entiti
ISBN 978-983-41293-6-1
106
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Ulasan Rajah 4.10: • Secara berasingan, rajah ERD tersebut nampaknya baik.
Rajah 4.11: Rajah Dekomposisi Modul Pengguna Analisis Bilangan Elemen Dua modul paras pertama iaitu: PENGGUNA dan ADMIN. Lima submodul bagi modul PENGGUNA iaitu: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, MUATNAIK, MAKLUMAT PELAJAR, CARIAN dan LOGOUT.
Ulasan Rajah 4.11: • Secara berasingan, rajah tersebut nampaknya baik.
ISBN 978-983-41293-6-1
107
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Rajah 4.12: Rajah Dekomposisi Modul Admin Analisis Bilangan Elemen Tujuh submodul bagi modul ADMIN iaitu: MAKLUMAT PELAJAR, KEPUTUSAN PENGGUNA, BERITA dan LOGOUT.
PELAJAR,
MUATNAIK,
CARIAN,
Ulasan Rajah 4.12: • Secara berasingan, rajah tersebut nampaknya baik.
ISBN 978-983-41293-6-1
108
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Data dihantar dari IPMA dalam format Excel
Transkrip pelajar
IPMA
Data dalam format Excel ditukar ke format text file menggunakan fungsi upload
Kemasukan data melalui skrin
Proses pemindahan data dari fail ke pangkalan data
DB Keputusan Peperiksaan
Laporan analisa
Skrin pertanyaan BPP
Rajah 4.13: Carta Alir Ulasan Rajah 4.13: • Pelajar ini menamakan rajah tersebut sebagai Carta Alir. Pelajar ini tidak mengendahkan peraturan melukis Carta Alir. Rajah tersebut tidak memenuhi ciri-ciri Carta Alir. Ini adalah contoh pelajar yang telah membina notasi sendiri. • Selain itu, carta alir tidak digunakan sebagai pemodelan bagi senibina perisian, sebaliknya ia mewakili implementasi perisian, seperti juga kodpesudo. • Sebenarnya pelajar ini ingin mengilustrasikan aliran data dan proses yang berlaku. Sama ada untuk mewakili proses bisnes atau sistem yang ingin dibina, beliau boleh menggunakan DFD, dengan paras yang lebih terperinci. Setelah kita melihat satu persatu rajah di atas, sekarang kita akan lihat pula keseimbangan antara rajah-rajah yang telah dilukis itu.
Analisis Keseimbangan Model Setelah meneliti Rajah 4.8 hingga Rajah 4.13 secara teliti, kita semak pula ketidakseimbangan antara rajah tersebut. ISBN 978-983-41293-6-1
109
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Ulasan keseimbangan antara Rajah Aliran Data (Rajah 4.8) dengan Rajah Dekomposisi (Rajah 4.11 dan Rajah 4.12): • DFD hanya mempunyai tiga proses pada paras pertama, manakala Rajah Dekomposisi memaparkan dua proses pada paras utama. Selain daripada bilangan tersebut berbeza, proses-proses itu juga mempunyai nama yang berbeza. • Sepatutnya Rajah Dekomposisi memaparkan tiga proses utama yang ada pada DFD iaitu Proses 1, 2 dan 3. Ulasan keseimbangan antara Rajah Aliran Data (Rajah 4.8) dengan Rajah Hubungan Entiti (Rajah 4.10): • Terdapat hanya dua storan data dalam DFD iaitu IPT dan Pelajar. Namun pada ERD terdapat empat storan data iaitu IPT, PELAJAR, SUBJEK dan Keputusan Peperiksaan. Jelas sekali rajah-rajah yang di atas tidak seimbang. Alatan Pemodelan Data Terdapat banyak alatan pemodelan data di pasaran yang boleh anda gunakan bagi membantu menyediakan rajah pemodelan perisian anda. Sebahagian alatan yang ada di pasaran ada disenaraikan dalam Lampiran A.
ISBN 978-983-41293-6-1
110