BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT
bab
05
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH KHUTBAH 15
Pengharaman Alat Muzik dan Arak
Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
KHUTBAH
15
“Allah mengutuskan saya semata-mata sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang Mukmin. Dia menyuruh saya mengetepikan alat muzik, nyanyian, alat muzik bertali, salib dan perkara-perkara jahiliah. Tuhanku bersumpah atas kemuliaan dan keagungan-Nya bahawa siapa dengan sengaja meminum seteguk air arak di dunia ini, pasti Allah menuangkan nanah yang bercampur dengan darah kepadanya pada hari Kiamat sebagai ganti arak. Sama ada sebagai orang yang diampuni atau orang yang diazab. Sekiranya seorang meninggalkannya semata -mata kerana takut kepada-Ku, pasti Aku memasukkannya ke dalam syurga. Tidak dihalalkan menjualnya, membelinya, memperniagakannya dan wang jualannya adalah haram.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Ahmad)
“Kuasa taubat, menghapuskan segala dosa.”
Tidaklah aku tinggalkan semua ini melainkan demi mendapatkan kasih sayang -Mu wahai Allah. Terimalah taubatku!
62
Inspirasi
05 bab
Dosa dan Maksiat
Khutbah Rasulullah sebagai Rujukan Umatnya • Allah mengutuskan seorang manusia yang mempunyai keperluan yang sama dengan manusia lain bagi membimbing mereka menjalani hidup di dunia. • Sekiranya diutuskan seorang malaikat sebagai panduan manusia, tentu mereka tidak dapat menerimanya.
Larangan Alat Muzik • Allah melarang daripada perkara yang melalaikan manusia daripada mengingati-Nya dan menjerumuskan diri mereka dalam kancah kebinasaan. • Walaupun terdapat ilmuwan Islam yang mengharuskan muzik, tetapi industri hiburan dan muzik yang ada pada hari ini lebih menjerumuskan manusia kepada kelalainan dan kemusnahan. • Pergaulan bebas, perzinaan, dadah dan ajaran sesat adalah antara kerosakan yang ditawarkan industri ini kepada peminatpeminatnya.
63 63
15
KHUTBAH KHUTBAH
• Sebagai seorang manusia, Rasulullah SAW juga makan dan minum, tidur dan bekerja, serta berkahwin. Apa yang dialami oleh Baginda ketika hidupnya adalah rujukan berguna kepada kita dalam mencari keredhaan Allah dalam pelbagai aspek kehidupan.
bab
05
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH Larangan Minum Arak • Allah mengharamkan semua minuman yang memabukkan dan mereka yang melanggar larangan-Nya diancam dengan azab neraka. • Pengharaman arak bukan hanya kepada orang yang meminumnya sahaja, bahkan juga mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyediakan arak. • Gaji atau upah yang diperoleh daripada bekerja di kilang arak, menghidangkan arak, menjual arak dan membawa arak adalah haram.
KHUTBAH
16
• Arak adalah maksiat yang lebih hina dibandingkan dengan maksiat yang lain seperti mencuri, zina dan membunuh. Ini kerana, arak menyebabkan seorang itu hilang kemampuannya berfikir hingga sanggup melakukan apa-apa sahaja dosa-dosa besar yang lain seperti berzina dan membunuh. • Oleh itu, arak dianggap sebagai punca atau ibu segala maksiat.
Allah Kasih kepada Hamba-Hamba-Nya yang Meninggalkan Maksiat kerana Mengharapkan Kasih Sayang-Nya
TAUBAT menghapuskan DOSA, sebagaimana PEMADAM menghilangkan TULISAN.
• Allah yang Maha Pengampun sentiasa bersedia memaafkan dosa orang yang melakukan maksiat tetapi kemudiannya berhenti semata-mata kerana mengharapkan redha Allah terhadapnya. • Walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya, Allah bersedia mengampunkan dan memasukkan mereka ke dalam syurga sekiranya mereka sedia bertaubat.
64
05 bab
Dosa dan Maksiat KHUTBAH 16
Dosa Meninggalkan Kesan dalam Hati
Huzaifah r.a. menceritakan, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Hati yang putih seperti batu karang, tidak ada dosa yang menimbulkan kemudaratan kepadanya selagi masih ada langit dan bumi. Hati yang hitam kelam seperti cangkir yang terbalik. Ia tidak mengenal perkara yang makruf dan tidak mencegah kemungkaran, melainkan hanya mengikut hawa nafsunya,” Huzaifah berkata kepada Umar, “Antara dirimu dan dosa-dosa itu, terdapat pintu yang tertutup, tetapi ia akan segera terkopak.” Umar berkata, “Terkopak? Aku tidak mempedulikan kamu. Sekiranya pintu itu terkopak, ia perlu segera ditutup kembali.”
65
16
KHUTBAH
“Dosa-dosa yang dilakukan akan dibentangkan pada penghujung hari seperti sehelai tikar. Apabila hati dimasuki dosa, ditoreh satu titik hitam padanya. Hati yang mengingkari dosa-dosa, ditoreh satu titik putih. Sehingga hati menjadi dua jenis;
05 bab
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
Inspirasi
Khutbah Dosa Merosakkan Hati • Dosa dan maksiat yang dilakukan seorang hamba akan menjejaskan hati hingga akhirnya ia mati. • Sebagaimana tubuh, hati juga boleh cedera disebabkan oleh dosa-dosa yang mencalar dan melukakan hati. Semakin banyak dosa dilakukan, hati semakin parah. • Dosa besar dan dosa kecil, kedua-duanya memberikan kesan kepada hati. • Antara maksiat yang menjejaskan hati: i. Syirik kepada Allah dengan meletakkan pergantungan kepada makhluk lain sama ada manusia seperti pemimpin atau orang kaya, atau benda seperti wang ringgit dan harta. ii. Mengikut hawa nafsu hingga melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhannya. Secara umumnya, orang yang kerap meninggalkan arahan Allah seperti solat dan puasa, akan cenderung untuk melakukan larangan Allah seperti mencuri, berbohong dan berzina. Orang yang kerap Begitu juga, orang yang melakukan maksiat, meninggalkan tidak akan teragak-agak meninggalkan kewajipannya. arahan Allah akan
“
cenderung melakukan iii. Penyakit nifak yang lain daripada larangan-Nya. Begitu hati yang sakit dan lemah. Oleh itu, juga, orang yang orang yang memakan harta anak yatim dan menimbunkan harta dengan melakukan maksiat, jalan ribu juga adalah orang sombong, tidak akan teragakbongkak, tamak dan kedekut. agak meninggalkan kewajipannya.
“
KHUTBAH
16
66
05 bab
Dosa dan Maksiat Taubat Penawar bagi Hati yang Sakit • Apa pun maksiat dan dosa yang dilakukan sama ada yang kecil atau yang besar, hanya taubat dapat membersihkan semua dosa ini dan mengubati kembali hati yang parah menderita. • Hati juga boleh dibersihkan dengan beberapa cara: i. Mengerjakan semua kewajipan ibadah yang diberikan kepada manusia seperti solat fardu, puasa Ramadhan dan menunaikan haji. ii. Membiasakan diri dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat -solat sunat, puasa sunat, sedekah dan umrah.
ﱹﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍﮎﮏ ﮐﱸ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)
Allah kalaulah aku boleh bersabar dan tidak terburu -buru mengikut nafsu.
Atas kesalahan membunuh dengan niat terhadap seorang lelaki tua yang melanggar kereta kamu secara tidak sengaja, anda didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. -Hakim-
Hapuskan dosa-dosa lalu dengan taubat dan penyesalan.
67
16
KHUTBAH
iii. Baiki hati yang rosak dengan kasih sayang sesama manusia. Berasa belas kepada mereka yang lemah dan memerlukan dan menghormati mereka yang lebih tua dan berjawatan.
bab
05
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH KHUTBAH 17
Pembunuh dan Mangsa Ditempatkan di dalam Neraka
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda:
KHUTBAH
17
“Sekiranya dua orang Islam saling menghulurkan pedang antara satu sama lain, maka siapa yang membunuh dan yang terbunuh dimasukkan ke dalam neraka.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah! Selayaknya seorang pembunuh mendapat balasan. Tetapi mengapakah yang dibunuh juga mendapat balasan.” Baginda menjawab, “Kerana dia juga mahu membunuh rakannya.” (Disepakati riwayatnya oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan an-Nasa'i)
68 68
05 bab
Dosa dan Maksiat
Inspirasi
Khutbah Pembunuhan adalah Dosa yang Membawa ke Neraka • Hadis ini menunjukkan bahawa pembunuhan adalah dosa besar yang amat dikecam Allah dan menjadi punca seorang itu dihumbankan ke neraka jahanam. • Islam memelihara dan menghargai nyawa setiap manusia dan mengharamkan pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa.
Mangsa yang Dibunuh juga Berdosa • Sekiranya dua pihak saling berbunuhan antara satu sama lain atas sebab yang tidak harus seperti kerana dendam atau pergaduhan, kedua-dua pihak berdosa. • Pembunuh berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah. • Mangsa yang dibunuh juga berdosa kerana berniat untuk membunuh lawannya. Dia dihukum atas niat jahatnya untuk membunuh orang yang tidak bersalah atas sebab-sebab yang tidak diharuskan syarak. Rampasan kuasa yang dilakukan dengan bantuan pasukan tentera dan polis Mesir adalah pengkhianatan terhadap kerajaan Muhammad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir secara demokrasi. Pembunuhan rakyat Mesir yang mempertahankan maruah negara mereka adalah dosa besar.
69 69
17
KHUTBAH
• Pembunuhan adalah kesalahan jenayah yang mewajibkan hukuman qisas atau hukuman balas daripada waris mangsa. Sekiranya waris mangsa sepakat memaafkan pembunuh itu, pembunuhan balas tidak dilakukan tetapi digantikan dengan diyat, iaitu bayaran dalam jumlah tertentu yang perlu dibayar oleh pembunuh kepada waris-waris mangsa.
bab
05
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH Berperang dan Berbunuhan Demi Mempertahankan Diri, Keluarga, Harta dan Negara adalah Wajib • Hadis ini tidak menunjukkan bahawa semua penentangan atau pembelaan daripada kekejaman orang lain juga dianggap berdosa. • Sebaliknya, bermati-matian mempertahankan diri, ahli keluarga, harta dan negara adalah wajib dan mendapat ganjaran syahid. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
KHUTBAH
“
(Laporan Amr bin Nufail: Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi)
Mempertahankan tanah air daripada pemerintah yang zalim dan membunuh rakyat sendiri sebagaimana yang berlaku di Syria adalah wajib dan jihad yang memungkinkan syahid.
70 70
“
17
Siapa dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, ia adalah syahid.
05 bab
Dosa dan Maksiat
Pengharaman Senjata Pemusnah Besar-Besaran • Sekiranya menggunakan senjata seperti pedang sahaja sudah diharamkan kerana boleh menyebabkan kecederaan dan kematian orang tidak berdosa, sudah tentu penggunaan senjata -senjata berat yang membunuh beribu-ribu manusia juga adalah haram.
Perang Dunia Kedua yang berlangsung sejak 1939 hingga 1945 telah menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada manusia seluruh dunia. Dianggarkan 72,000,000 mangsa dikorbankan demi kerakusan pihak tertentu bagi menakluki negara lain.
Pengeboman Amerika ke atas Hiroshima pada akhir tahun 1945 menggunakan bom atom menyebabkan 90,000-140,000 orang terkorban. 71 71
17
KHUTBAH
• Penggunaan senjata-senjata pemusnah seperti bom kimia, bom atom dan bom nuklear menyebabkan kematian beratus-ratus ribu orang yang tidak berdosa, dan mencederakan berjuta-juta yang lain. Ia juga menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar hingga memakan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.