#7 Teknik Bina ‘Killer HEADLINE’ kurang 3 Minit
Oleh : Syafiq Aswad
Assalamualaikum… Tuan/puan masih ada masalah tak tahu nak tulis HEADLINE yang betul-betul boleh Tarik perhatian pelanggan? Tak perlu risau lagi. Boleh dikatakan, hampir semua formula yang saya sendiri gunakan untuk cipta headline berkesan telah saya luahkan dalam ebook ini. Tugas tuan/puan adalah hadam ebook ini sampai habis. Tak banyak pun… Cuma dalam lingkungan 20 muka surat. Baca 3 minit dah habis. Namun, masa bacaan 3 minit itu yang akan berikan gambaran jelas betapa mudah sebenarnya nak cipta Headline yang POWER. Power sampai boleh sedut duit pelanggan berkali-kali.. Ok, saya taknak buat masa tuan/puan. BACA SAMPAI HABIS YE! Ikhlas,
SyafiqAswad.com
#1 - Clear, Jelas dan Tak Confius Kita kena lihat pada HEADLINE itu sendiri. Terlalu ramai usahawan yang pening kepala memikirkan ayat-ayat POWER sebagai HEADLINE.
Hakikatnya, HEADLINE tidak perlukan ayat-ayat POWER. Cukup sekadar menyampaikan mesej yang jelas kepada pelanggan. Juga mesej yang memudahkan pelanggan untuk memahami apa yang kita tawarkan.
Apa itu HEADLINE yang CONFIUS? … Contoh Mudah : Niche Buat Duit “Blueprint Mudah Jana RM100,000 Setahun Secara PartTime”
Pandangan Pelanggan ketika baca HEADLINE diatas :“Bestnya… Rm100,000 setahun tu..” “Kalau Sebulan Berapa RM ye?” “RM100 Ribu tu , akhir tahun dapat sekaligus ke? “ “Part-time tu keje apa?” Haaa, Kan dah Confius tu. Lebih efektif jika kita specifickan.
Contoh ayat HEADLINE yang jelas dan tak Confius :“Blueprint Mudah Jana RM8k Sebulan secara Part-Time melalui Bisnes Dropship”
Tips penting untuk mudahkan penulisan HEADLINE yang simple adalah dengan pecahkan manfaat satu-persatu.
Contoh lain ( HEADLINE produk suplement) :"Hanya 1 pil sehari untuk pastikan tenaga bekerja selama 12 jam"
Jadi apa yang pelanggan faham dari headline diatas? Manfaat 1 : hanya perlu telan 1 pil sehari Manfaat 2 : bantu cergaskan diri semasa bekerja Manfaat 3 : tahan sampai 12 jam
***Formula Mudah*** Step 1 : listkan manfaat produk satu persatu dalam bentuk bullet point. Step 2 : tentukan manfaat terpenting, kedua penting dan seterusnya dengan tandakan nombor 1,2,3 Step 3 : gabungkan manfaat tersebut dalam susunan ayat HEADLINE yang menarik.
#2 - Guna Perkataan Mahal Perkataan Mahal adalah gabungan perkataan yang menarik minat dan emosi pelanggan. Pengaruh perkataan mahal pada HEADLINE memberi impak yang besar mewujudkan emosi membeli. Ada lebih 50+ perkataan mahal yang boleh digunakan. Disini cukup saya bagi 5 sahaja;
PERCUMA
TAWARAN
TERHAD
JIMAT
MURAH
Cuba masukkan perkataan mahal dalam HEADLINE anda. HEADLINE akan nampak lebih hidup (ada Aura).
Contoh ayat tanpa Perkataan mahal:“Koleksi Tudung Faridah 2013 untuk 20 pelanggan pertama”
Bila ditambah perkataan mahal:“Tawaran Jimat Banyak Koleksi Tudung Faridah 2013 Terhad untuk 20 Pelanggan Pertama Hari Ini Sahaja”
#3 - Teknik Gabungan perkataan Mahal Mudah saja… Contoh yang saya guna dalam HEADLINE diatas ialah “JIMAT BANYAK” Gabungkan dengan perkataan yang melambangkan tempoh/situasi/perbandingan. Contoh lain: “JIMAT + SEHINGGA” “JIMAT + SEMURAH” “JIMAT + RM___” “TAWARAN + HEBAT” “MURAH + GILA”
Gabungan perkataan emosi juga boleh digunakan untuk mempengaruh pelanggan.
Contoh (gabungan emosi negatif) "Sakit + GILERR" "Sakit + SANGAT"
Contoh ( gabungan emosi positif) "Best + GILERR"
#4 - Beri Gambaran Jelas (Biar Pelanggan Buat Perbandingan) Tak susah nak beri gambaran jelas kepada pelanggan.
Cuba bandingkan 2 headline dibawah. “Turunkan berat badan kurang 7 hari” “Turunkan 5kg Berat badan kurang 7 hari”
Dah tentu HEADLINE “Turunkan 5kg Berat badan kurang 7 hari” berikan gambaran yang lebih jelas dari HEADLINE pertama.
Atau dalam kata lain, pastikan HEADLINE anda nyatakan apa yang pelanggan anda akan dapat secara spesifik.
HEADLINE lebih efektif jika pelanggan boleh buat perbandingan.
Contoh : “Gantikan 2 Pinggan Nasi dengan hanya 1biji pil produk abc” “Jimat 30minit Exercise dengan Produk Slimiming abc”
#5 - HEADLINE Soalan “EMOSI” Pernah guna HEADLINE berbentuk soalan? HEADLINE soalan sangat efektif untuk ketengahkan masalah pelanggan. Terutama dalam niche mainstream/popular (weightloss, Rawatan Facial dan lain-lain).
Contoh : “Anda nak Kurus?” “Muka Anda Berjerawat?”
Masalahnya, HEADLINE ini digunakan oleh semua golongan usahawan. Menyebabkan berlakunya HEADLINE blindness.
Headline Blindness adalah konsep headline yang tidak lagi diberi perhatian kerana pelanggan telah lali dengan headline tersebut.
Solusi mudah adalah dengan menambahkan “EMOSI” dalam HEADLINE soalan.
Contoh: Niche Rawatan Facial “Dah lama Berjerawat? ... Sampai Bila Nak Tahan Malu Kena Ejek?”
Contoh: Niche Weightloss “Dah Penat Kempiskan Perut di Office? … Sedar Tak Kawan Disebelah Dah mula mengata Kita ‘GEMUK’?”
Bila ada “EMOSI” pelanggan akan tertarik nak tahu dan lebih mudah keluarkan duit dari dompet mereka.
#6 - Masukkan Tempoh Masa Teknik ini telah digunakan berkali-kali dan masih terbukti berkesan. Masukkan tempoh masa dalam HEADLINE.
Contoh: “Kurus kurang 3 hari” “Hilangkan Jerawat Kurang 3 hari” “Beri saya 5 minit dan saya akan bongkarkan strategi jana RM1000 sebulan” “Buat Duit Online Hari ini Juga” “Hilangkan Bau badan Serta-Merta”
Jangan terkejut sebab inilah yang pelanggan tertanya-tanya. Case Study saya sendiri, setiap kali kempen yang saya promosikan, pasti akan ada pelanggan bertanyakan soalan …
“Betul ke boleh Kurus kurang 3 hari?” “Bagaimana cara guna jika nak kurus kurang 3 hari?” “Saya nak kahwin minggu depan, Betulke boleh hilangkan jerawat kurang 3 hari?”
Nampakkan… Dengan hanya memasukkan tempoh masa, respon pelanggan akan meningkat 100%.
Bukan tu saja sebabnya. Teknik ini juga berkesan untuk kita kenalpasti “Desperate Buyer”. Iaitu pembeli yang tak sabar-sabar nak beli produk kita.
#7 - Fokus Pada Pelanggan Bayangkan jika kita jual produk kepada pelanggan yang tak perlukan produk kita. Worst case scenario… Tidak ada jualan yang terhasil.
Penting untuk kenal pelanggan kita sebelum menulis HEADLINE. Kenal pasti demografik pelanggan:
Umur
Jantina
Status
Jawatan Pekerjaan
Bilangan Keluarga
Tempat tinggal
Agama
Kenal pelanggan akan lebih memudahkan kita bina HEADLINE yang kena pada sasaran market.
Jika kita nak jual tudung, kepada siapa kita patut pasarkan?
Kita fikir sekejap… Sudah tentu kepada wanita muslim yang berumur bermula 9tahun (umur baligh).
Untuk lebih spesifik, Kita kecilkan lagi skop demografik pelanggan.
Kita nak target pelanggan wanita muslim yang berkeluarga, pandai internet dan berduit. Maka, demografik yang sesuai ialah wanita muslim berumur antara 25 tahun hingga 40 tahun bekerja sebagai penjawat awam.
Contoh HEADLINE yang sesuai: “Tawaran Hebat Jimat Sehingga RM50 Koleksi Tudung Faridah TERHAD 50 unit Khas untuk Guru Sekolah”
Nak Tiru Cara Pemuda ini Jana RM57,630 Hanya Dengan Mempromosikan Produk Affiliate?
<<EBOOK TAMAT>>
Ikhlas , Mohd Syafiq Aswad (Syafiq Aswad II) FB : facebook.com/latemart Jika ada sebarang Komen dan testimoni, hubungi saya www.facebook.com/messages/latemart [+] Usahawan Internet sejak 2013 [+] Minat Bidang Affiliate, Dropship, Cipta Produk Digital [+] Hobi : kumpul List