Diri Semua Risiko Terma & Syarat
POLISI INSURANS DIRI SEMUA RISIKO Jika sepanjang Tempoh Insurans Harta yang diterangkan dalam Jadual atau mana-mana
bahagiannya
rugi,
musnah
atau
rosak
oleh
APA-APA
KEMALANGAN ATAU KEGERUHAN semasa Harta tersebut berada di dalam Had Wilayah Penanggung Insurans hendaklah menanggung rugi Pihak Diinsuranskan atas pilihan mereka membaiki menggantikan atau membayar amaun kerugian kemusnahan atau kerosakan tersebut.
Had Wilayah a)
Malaysia dan Singapura dan
b)
Mana-mana tempat di dunia semasa lawatan sementara
KEKECUALIAN Penanggung Insurans tidak bertanggungjawab terhadap kerugian kemusnahan atau kerosakan 1.
disebabkan oleh atau yang berlaku menerusi kejadian a) haiwan perosak serangga kulapuk haus dan lusuh susut nilai atau apa-apa kemerosotan yang lain atau apa-apa proses pembaikan baik pulih atau ubah suai.
b) kekecohan awam mengandaikan tentang atau yang menyebabkan pemberontakan umum.
c) perampasan penahanan penasionalan rekuisisi atau kemusnahan dengan sengaja oleh mana-mana kerajaan perbandaran awam kuasa tempatan atau setempat.
d) kerosakan mekanik atau elektrik atau calar atau pecah lensa atau kaca melainkan disebabkan oleh kerosakan lain yang pihak diinsuranskan berhak untuk mendapat ganti rugi di bawah Seksyen ini.
2.
secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau disumbangkan melalui atau timbul daripada a) perang, pelanggaran, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi perang (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), perang saudara.
b) dahagi ketenteraan kebangkitan pencerobohan pemberontakan revolusi kuasa rampasan atau tindakan ketenteraan atau apa-apa tindakan mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana organisasi dengan aktiviti yang diarahkan kepada penggulingan oleh kuasa Kerajaan de jure atau de facto
atau terhadap pengaruhnya melalui pengganas atau
keganasan. Dalam mana-mana tindakan, guaman atau prosiding lain apabila Penanggung Insurans mengatakan bahawa apa-apa kerugian atau kerosakan tidak akan dilindungi oleh insurans ini beban membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut akan dilindungi adalah ke atas Pihak Diinsuranskan.
3.
secara
langsung
atau
tidak
langsung
disebabkan
oleh
atau
disumbangkan melalui atau timbul daripada a) kerugian atau kerosakan turutan atau tidak langsung terhadap apaapa jenis atau keterangan walau apapun.
b) kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perampasan tetap atau sementara yang terhasil daripada perampasan penyitaan atau rekuisisi oleh mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan secara sah.
Walaubagaimanapun, DENGAN SYARAT BAHAWA Penanggung Insurans tidak dilepaskan di bawah (b) di atas terhadap mana-mana liabiliti kepada Pihak Diinsuranskan berkenaan dengan kerosakan fizikal harta diinsuranskan yang berlaku sebelum perampasan atau sepanjang perampasan sementara.
4.
Berlaku pada item yang dihantar berasingan melainkan kerugian atau kerosakan berlaku di tempat kediaman biasa Pihak Diinsuranskan atau di mana-mana tempat yang Pihak Diinsuranskan atau ahli keluarganya tinggal secara sementara atau sebaliknya.
SYARAT 1.
Polisi ini dan Jadual hendaklah dibaca bersama-sama sebagai satu kontrak dan apa-apa perkataan atau pernyataan yang membawa maksud tertentu dalam mana-mana bahagian Polisi ini atau Jadual hendaklah membawa maksud tertentu tersebut di mana-mana sahaja ia mungkin muncul.
2.
Pematuhan dan penunaian sewajarnya terhadap Terma Polisi ini selagi ia berkaitan dengan apa-apa sahaja yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh Pihak Diinsuranskan dan kebenaran pernyataan dan jawapan dalam cadangan merupakan syarat yang mendahulu bagi mana-mana liabiliti Penanggung Insurans untuk membuat apa-apa pembayaran di bawah Polisi ini.
3.
Setiap notis atau komunikasi yang diberi atau dibuat di bawah Polisi ini hendaklah dihantar serah secara bertulis ke Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan Pejabat atau Agensi Penanggung Insurans.
4.
Pihak Diinsuranskan akan mengambil semua langkah beringat-ingat yang munasabah bagi keselamatan Harta.
5.
Jika apa-apa peristiwa timbul atau mungkin timbul bagi tuntutan di bawah Polisi ini sampai kepada pengetahuannya Pihak Diinsuranskan akan (a) memberi notis secara bertulis kepada Penanggung Insurans secepat mungkin
(b) mengambil langkah serta-merta untuk meminimumkan kerosakan dan menemukan mana-mana Harta yang hilang
(c) memberi notis serta-merta kepada polis jika tuntutan itu merupakan kerugian atau kecurian
6.
Jika kerugian kemusnahan atau kerosakan dilindungi oleh mana-mana insurans lain Penanggung Insurans tidak akan membayar lebih daripada perkadaran kena bayar mereka.
7.
Pihak Diinsuranskan hendaklah memberikan semua bantuan munasabah kepada Penanggung Insurans semasa menguruskan apa-apa tuntutan dan hendaklah membenarkan Penanggung Insurans atas perbelanjaan mereka.
Hendaklah
mengambil
semua
langkah
perlu,
untuk
menguatkuasakan apa-apa hak terhadap mana-mana pihak lain. Atas nama pihak diinsuranskan sebelum atau selepas memenuhi tuntutan Pihak Diinsuranskan.
8.
Apabila Jumlah Diinsuranskan diisytiharkan sebagai Tertakluk pada Purata jika harta yang dilindungi dengan ini akan pada ketika berlakunya apa-apa
kerugian
kemusnahan
atau
kerosakan
secara
bersama
mempunyai nilai yang lebih besar daripada Jumlah Diinsuranskan tersebut maka Pihak Diinsuranskan hendaklah dianggap
sebagai
Penanggung Insuransnya sendiri bagi perbezaan tersebut dan hendaklah menanggung bahagian kena bayar bagi kerugian kemusnahan atau kerosakan yang sewajarnya.
9.
Polisi ini boleh dibatalkan oleh Penanggung Insurans dalam masa tujuh hari dari tarikh notis dihantar melalui surat berdaftar ke alamat Pihak Diinsuranskan yang terakhir diketahui.
10.
Semua perbezaan yang timbul daripada Polisi ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang dilantik secara bertulis oleh pihak-pihak yang dalam pertikaian atau jika mereka tidak dapat bersetuju denagn seorang Penimbang Tara hendaklah dengan keputusan dua orang Penimbang Tara, setiap seorang akan dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam masa satu bulan selepas dikehendaki berbuat
demikian secara bertulis oleh mana-mana satu pihak atau sekiranya Penimbang Tara-Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Wasit yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara-Penimbang Tara sebelum memasuki rujukan. Wasit akan duduk dengan Penimbang TaraPenimbang Tara dan menjadi pengerusi dalam mesyuarat mereka dan membuat Award adalah syarat yang mendahulu apa-apa hak tindakan terhadap Penanggung Insurans. Kos bagi dan yang berhubung dengan penimbangtaraan
hendaklah
atas
budi
bicara
Penimbang
Tara-
Penimbang Tara atau Wasit. Jika Penanggung Insurans hendak menafikan liabiliti kepada Pihak Diinsuranskan bagi apa-apa tuntutan di bawah ini dan tuntutan tersebut hendaklah tidak dalam masa dua belas bulan
dari
tarikh
penafian
tersebut
yang
telah
dirujuk
kepada
penimbangtaraan yang terkandung di bawah peruntukan dalam dokumen ini, maka tuntutan hendaklah disifatkan bagi semua rujukan diserah ganti dan selepas ini hendaklah tidak akan boleh didapatkan kembali menurut dokumen ini.
11.
Ejen Penanggung Insurans tidak akan dalam apa-apa hal memikul tanggungjawab secara peribadi bagi mana-mana undang-undang atau penyiasatan lain yang mereka mungkin dapati perlu untuk memuaskan penanggung insurans dan tidak boleh juga harta peribadi mereka dikaitkan dengan apa-apa tuntutan oleh Pihak Diinsuranskan. Jika Pihak Diinsuranskan akan memulakan prosiding tersebut terhadap Ejen maka dengan ini diisytiharkan dan ditentukan bahawa Pihak Diinsuranskan dilucut hak
dan dengan itu semua tuntutan terhadap Penanggung
Insurans di bawah Polisi ini dan selain itu hendaklah bertanggungjawab terhadap semua perbelanjaan yang mungkin terakru berhubung dengan prosiding tersebut.
N.B
Untuk perlindungan anda sendiri sila baca Polisi ini dan Syaratsyaratnya dan jika Polisi ini tidak diisi dengan betul atau mengikut niat anda kembalikannya semula ke pejabat untuk pindaan.
PENGENDORSAN/FASAL/WARANTI (Tidak dimasukkan dalam Polisi ini melainkan dinyatakan dalam Jadual)
PENGENDORSAN SEWA BELI Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa firma yang dinyatakan dalam Jadual tentang pengendorsan ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Pemilik) adalah pemilik-pemilik bagi harta diinsuranskan dan bahawa harta diinsuranskan adalah tertakluk pada Perjanjian Sewa Beli yang dibuat antara Pemilik di satu pihak dengan Pihak Diinsuranskan di pihak yang lagi satu. Selanjutnya difahami dan dipersetujui bahawa apa-apa pembayaran yang dibuat berkenaan dengan kerugian atau kerosakan (apabila kerugian atau kerosakan tidak dapat ditampung dengan memperbaiki mengembalikan semula atau menggantikannya) di bawah Seksyen ini akan dibuat kepada Pemilik selagi mereka adalah pemilik harta diinsuranskan dan penerimaan mereka hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya dan muktamad kepada Penanggung Insurans berkenaan dengan kerugian atau kerosakan tersebut. Difahami dan dipersetujui juga bahawa dengan tidak menyentuh mana-mana peruntukan dalam Perjanjian Sewa Beli yang bertentangan Seksyen ini dikeluarkan kepada Pihak Diinsuranskan sebagai pihak utama dan bukan sebagai ejen atau pemegang amanah bagi Pemilik dan tidak ada apa-apa yang terkandung dalam ini hendaklah disifatkan sebagai menggantikan Pihak Diinsuranskan sebagai ejen atau pemegang amanah bagi Pemilik atau sebagai atau penyerahan hak (sama ada dari segi undang-undang atau ekuiti) oleh Pihak Diinsuranskan kepada Pemilik bagi hak manfaat dan tuntutannya di bawah Seksyen ini. Akhirnya difahami dan dipersetujui bahawa Pihak Diinsuranskan tidak akan menyerahkan hak manfaat dan tuntutan di bawah Seksyen ini tanpa persetujuan terlebih dahulu secara bertulis daripada Penanggung Insurans.
PERNYATAAN SEMULA KERUGIAN Sebagai balasan bagi aku janji Pihak Diinsuranskan untuk membayar premium tambahan mengikut kadar yang dipersetujui atas amaun kerugian yang dihitung berdasarkan asas prorata dari tarikh jumlah kerugian hingga tarikh tamat tempoh semasa insurans, dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian Penanggung Insurans menurut dokumen ini hendaklah mengekalkan berkuat kuasa jumlah penuh yang diinsuranskan.
WARANTI PREMIUM Ia merupakan syarat khas yang asas dan mutlak bagi kontrak insurans ini bahawa premium kena dibayar mesti dibayar dan diterima oleh Syarikat dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh bermulanya polisi ini/pengendorsan/sijil pembaharuan.
Jika syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak ini terbatal secara automatik dan Syarikat adalah berhak terhadap premium prorata bagi tempoh mereka berada dalam risiko.
Apabila premium boleh dibayar menurut waranti ini diterima oleh ejen dibenarkan oleh Syarikat, pembayaran hendaklah disifatkan diterima oleh Syarikat bagi tujuan waranti ini dan tanggungjawab membuktikan bahawa premium boleh dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen insurans yang tidak dibenarkan untuk menerima premium tersebut hendaklah terletak pada Syarikat.
Tertakluk sebaliknya pada terma dan syarat Polisi ini.
FASAL NILAI PASARAN Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa sekiranya kerugian harta diinsuranskan dalam polisi ini, had tanggung rugi Syarikat hendaklah merupakan nilai diinsuranskan atau nilai pasaran harta diinsuranskan, mana-mana sahaja yang lebih rendah, tertakluk pada pemotongan apa-apa lebihan dan amaun yang dikehendaki ditanggung oleh pihak insuranskan di bawah polisi ini.
Bagi tujuan fasal ini, terma nilai pasaran bermaksud nilai harta diinsuranskan dalam polisi ini pada masa kerosakan atau kerugian berkurangan disebabkan potongan untuk haus dan lusuh dan/atau susut nilai.
Nilai Pasaran bagi harta diinsuranskan hendaklah bagi tujuan fasal ini ditentukan oleh penilaian yang diperoleh oleh Syarikat daripada pengilang, ejen atau ejen tunggal dibenarkan, broker dibenarkan, pengedar dibenarkan atau kontraktor bangunan tentang kos penggantian atau pengembalian semula, tertakluk pada permohonan susut nilai yang sesuai. Sekiranya pada masa berlakunya kerosakan atau kehilangan tiada pengilang, ejen atau ejen tunggal dibenarkan, broker dibenarkan, pengedar dibenarkan atau kontraktor bangunan bagi harta diinsuranskan penilaian boleh diperoleh daripada Pelaras Kerugian berlesen di bawah Akta Insurans, 1963 atau Penilai Berdaftar di bawah Akta Penilai dan Jurunilai, 1981 dan hendaklah dilantik secara bersama-sama oleh kedua-dua pihak. Penilaian harta diinsuranskan oleh pengilang, ejen atau ejen tunggal dibenarkan, broker dibenarkan, pengedar dibenarkan, kontraktor bangunan, Pelaras Kerugian berlesen di bawah Akta Insurans, 1963 atau Penilai Berdaftar di bawah Akta Penilai dan Jurunilai, 1981 hendaklah menjadi bukti muktamad berkenaan dengan nilai pasaran bagi harta diinsuranskan dalam mana-mana prosiding undang-undang terhadap Syarikat.
Tertakluk sebaliknya pada terma syarat dan kekecualian polisi.