DISKUSI SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG
SIRIS
TAWAF WADA : SATU KAJIAN DAN PERMASALAHAN HUKUM DI KALANGAN JEMAAH HAJI MALAYSLA Tn. Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan menerangkan dun menjelaskan kedudukan tawaf wada bagi jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah. Beberapa isu timbul, diantaranya isu sah atau tidak sah ibadat hajijika tertinggal tawaf wada serta pernasalahan kena dam atau tidak, jika meninggalkannya ketika uzur: Permasalahan ini sering sahaja dihadapijemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah khususnya bagi golongan waea emas apabila musim haji berakhir iaitu ketika ingin pulang ke tanah air Malaysia. Jemaah haji merasakan ibadat ini sangat berat untuk ditunaikan kerana apabila selesai mengerjakannya, mereka perlu segera meninggalkan Tanah Suci Makkah. Persoalannya berapa lamakah umf membenarkan jemaah haji berada di Makkah selepas melakukan t a w wada, dun jika lama adakah dikenakan dam?. Serta bagaimanakah kedudukan petugas haji yang tidak melakukan tawaf wada kerana keterbatasan waktunya. Kertas kerja ini akan memperincikan jawapan 3 bahagian iaitu Golongan yang diberikan mkshah atau pengecualian daripada melaksanakan tawaf wada dun mereka tidak berdosa dun tidak dikenakan damjika meninggalkannya; umf jemaah haji boleh berada di Makkah setelah selesai melaksanakan tawaf wida dun kedudukan petugas haji yang tidak melakukan tawaf wada kerana keterbatasan wakhmya. Diharapkan, perbincangun yang disampaikan dalam kertas kerja ini tidak hanya menjadi bahan rujukan dun perdebatan akademik atau menjadi muzakarah semata-mata, malah menjadi satu langkah untuk menyimpulkannya. Kesimpulan dun keputusan ini adalah sebagai panduan dun bimbingan kepada umat Islam yang lain dalam menghadapi isu pernasalahan dun persoalan hukum hakam berkaitan ibadah haji demi mencapai keredhaan Allah S. KT
SYARlAH AND LAW DISCOURSEISSUE S
1. Pendahuluan Pensyariatan Haji dan Umrah 1.1. Ibadat fardhu haji tennasuk juga umrah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Hukurnnya ialah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang mukallaf dan mampu. Firman Allah S.W.T. dalam surah alBaqarah ayat 196;
Maksudnya : " Dan sempumakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W.;
Maksudnya : "Didirikan islam itu di atas lima rukun : Pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan bahawasanya Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah. Mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.' .. 1- - , , ., 4 1.2. Kewajipan menunaikan haji dan umrah yang mengandungi hikrnah dan falsafah yang banyak dan bemilai telah mendorong umat islam dari seluruh dunia menanam hasrat untuk melakukan ibadat tersebut walaupun terpaksa berusaha lebih sedikit mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan material untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut. 8 .
2. Definisi Tawaf Wada
2.1. Tawafwadaialahtawafselamattinggal yang wajib dilakukanolehjemaah haji yang ingin meninggalkan Makkah sarnada telah selesai mengerjakan ibadat haji dan ingin pulang ke tanah air atau ingin meninggalkan Makkah lebih dari 2 Marhalah atau lebih. (Fiqh al-Ibadat al-Haj , 100; Anwarul al-Hujjaj Fi Asrar al-Hujjaj, 20; Fiqh Nabawi, 191) 2.2. Tawaf wada ialah tawaf meninggalkan tanah Mekah dan bercerai dengan Baitullah pergi musafir ke negeri luar. Maka tawaf wada itu dituntut oleh syara'. (Bahru al-Mazi, 6/75; Al-Hajj, 78-80) 2.3. Tawaf wada ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih. (Panduan Ibadat Haji, Umrah Dan Ziarah, 43). 2.5. Dinarnakan tawaf wada kerana tawaf yang dilakukan berniat untuk bermusafir meninggalkan Kota Suci Makkah selepas selesai menunaikan ibadat haji. (Akdhu Jawahir, 430)
3. Dalil Tawaf Wada Hal ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W.
Maksudnya, "Daripada Anas RA, Rasulullah SAW selepas selesai mengerjakan ibadah haji, baginda melakukan tawaf wada". (Riwayat al-Bukhari, 4664)
S Y A W AND LAW DISCOURSE
J%
+-4, A
& I/
.
6",o;,\
C.
:
--
&*
ISSUE 5
A+JG~~~&~I+&G 91 3\ d, ,Gp& . #
5
Maksudnya, "Daripada Al-Harith bin Abdullah bin Aus, katanya: Aku dengar akan Nabi SAW bersabda : Barangsiapa haji akan ini Bait atau urnrah ia, maka hendaklah akhir masanya dengan Bait". (Riwayat at-Tirmidzi, 42 1)
4. Kewajiban Tawaf Wada Hukum Tawaf wada adalah wajib bagi:4.1. Orang yang akan bermusafir meninggalkan Makkah pada jarak yang mengharuskannya menqasarkan solat iaitu kadar 2 marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) dan lebih. 4.2. Orang yang akan meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar Tanah Haram selarna 4 hari atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2 marhalah sama ada penduduk Makkah atau bukan. 4.3. Tawaf wada tidak boleh dilakukan kecuali setelah menunaikan Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun) (Bagi mereka yang melakukan haji dan Umrah).
5. Dam Tawaf Wada 5.1. Orang yang meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur yang dibenarkan syara' dikenakan dam (tertib dan Taqdir).
DlSKUSl SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
SIRIS
5.2. Maksud Dam Tertib dan Taqdir
Maksud Tertib ialah seseorang itu hendaklah mengerjakan satu demi satu rnengikut tertib, ini bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkernampuan mengerjakannya. Taqdir pula ialah merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak. 5.3. Dam Tertib dan Taqdir adalah seperti berikut: 5.3.1. Menyembelih Seekor kambing atau Kibasy atau 117 lembu atau Unta yang mencukupi syarat untuk di buat korban, jika tidak mampu; 5.3.2. Hendaklah berpuasa 10 hari , 3 hari pada masa Ihram haji dan 7 had apabila sampai ke kampung masing-masing, jika tidak mampu; 5.3.3. Hendaklah bersedekah sebanyak 10 cupak makanan asasi, jika tidak mampu, tertanggunglah di atas zirnahnya.
6. Tawaf Wada dan Hukumnya
SYARIAH AND LAW DISCOURSE
ISSUE 5
7. Pandangan 4 Mazhab 7.1. Apabila selesai seseorang jemaah haji daripada melakukan ibadat haji kemudian ingin term kekal menetap di Makkah maka tidak perlu ia menunaikan tawaf wada, tetapi jika ingin keluar dari Tanah Suci Makkah dan pulang ke tanah airnya maka wajib keatasnya melakukan tawaf wada, dan jika ia meninggalkannya maka dikenakan dam, dan ini pendapat madzhab Hanbali. 7.2. Manakala menurut pendapat madzhab Shafie, wajib jemaah haji menunaikan tawaf wada apabila selesai daripada melakukan ibadat haji, samada tanah airnya di tanah haram atau pun luar daripada tanah haram dan jika ia meninggalkannya maka dikenakan dam. 7.3. Disisi Madzhab Hanafi, bahawasanya tawaf wada wajib dilakukan apabila selesai daripada melakukan ibadat haji dan jika meninggalkannya wajib dikenakan dam. Dan jika ia uzur melakukannya maka tertanggunglah ia ke atas zimmahnya. 7.4. Bagi Madzhab Maliki, hukum melakukan tawaf wada adalah hams setelah selesai melakukan ibadat haji, dan jika meninggalkannya tidak dikenakan dam. (Manasik Ibnu Jamaah ala- Madzhab al-Arbaah, 98; Fiqh ala-Al-Madzhab al-Arbaah, 367)
8. Pandangan Ulama Dikemukakan di sini hukum dan pandangan Ulama berkaitan tawaf wada: 8.1. Pengarang kitab Al-Fiqh al-Manhaji ala- Madzhab Imam al-Shafie menyatakan :
"Menurut pendapat yang sahih, seseorang yang hendak meninggalkan Makkah selepas selesai mengerjakan semua 'ibadat dan 'amalan haji, wajib melakukan tawaf wada.
DISKUS1 SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG
SIR15
Hal ini berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W. :
e , i $ s & s , 6 1 & i > u & j & G \ & &., r
ej$f
5
Maksudnya, "Daripada Anas RA, Rasulullah SAW selepas selesai mengerjakan ibadah haji, baginda melakukan tawaf wada". (Riwayat al-Bukhari, 2364) Dan setelah melakukan tawaf wada hendaklah segera meninggalkan Makkah. Jika tinggal lama dan tanpa keperluan, atau tiada kaitan dengan perjalanan, seperti menziarahi orang sakit atau membeli-belah, dia wajib mengulangi tawaf wada tersebut". Jika tidak melakukannya, dia dikenakan dam. (Al-Fiqh al-Manhaji, 2159) 8.2. Kata Imam Nawawi Rahimahullahu Ta'ala di dalam Majmu': "Dan jika menghendaki seseorang keluar dari negeri Makkah pergi pulang ke tanah airnya atau pergi ke lain, disuruh akan dia oleh syara' supaya ia melakukan tawafwada dan tiada ram1 pada tawaf ini dan tiada idhthiba'. Maka apabila ia sudah tawaf itu, bolehlah ia sembahyang dua rakaat kemudian daripadanya. (Majmu', 81254) 8.3. Berkata lagi Imam Nawawi Rahirnahullahu Ta'ala di dalam kitab I'dhah': "Tidak wajib melakukan tawaf wada bagi sesiapa yang telah selesai melakukan ibadat haji dan umrah dan ingin menetap di Makkah, namun wajib melakukan tawaf wada sesiapa yang ingin pulang ke tanah airnya atau keluar dari tanah suci Makkah, dan tawaf wadanya tiada ram1 pada tawaf ini dan tiada idhthiba' seperti mana disebut sebelurn hi". (I'dhah, 405) 8.4. Di dalam Kitab Muqni al-Muhtaj, Sheikh as-syarbini berkata : "Apabila hendak meninggalkan Tanah Suci Makkah, maka hendaklah melakukan tawaf wada dan tidak boleh menetap lagi selepas rnelakukannya. Dan wajib dikenakan dam bagi sesiapa yang meninggalkannya". (Muqni al-Muhtaj, 21280)
SYARlAH AND LAW DISCOURSE ISSUE S
8.5. Sheikh Wahbah al-Zuhaili menyatakan : "Wajib melakukan Tawaf wada bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Tanah Suci Makkah, walaupun orang itu adalah orang yang bermukim di Makkah samaada kerana musafir yang lama atau pun sekejap". (Fiqh Islam Wa-Adillatuhu, 31148)
9. Permasalahan Berlaku
9.1. Perrnasalahan yang berlaku kini ialah ketika jemaah haji bersungguhsungguh mengerjakan ibadat haji untuk mencapai haji mabrur dan apabila selesai mengerjakannya, mereka dilanda was-was berhubung beberapa permasalahan yang sering berlaku berkaitan permasalahan tawaf wada iaitu ketika ingin meninggalkan Makkah. 9.2. Diantaranya, Jemaah haji terutarnanya dari Malaysia sering sahaja bertanya petugas haji mahu pun Lembaga Tabung Haji Malaysia siapakah golongan yang diberi rukshah atau dikecualikan daripada melaksanakan tawaf wada. 9.3. Persoalan ini timbul kerana ramai jemaah haji dilanda sakit seperti demam, batuk dan serangan jantung dan mereka tidak tahu samada mereka tergolong daripada golongan orang-orang yang dikecualikan daripada melaksanakan tawaf wada atau tidak. 9.4. Selain daripada itu, jemaah haji Malaysia sering sahaja was-was dan takut akan ibadat hajinya tidak diterima oleh Allah S.W.T. kerana berpegang dengan pendapat perlu meninggalkan Makkah dengan segera tanpa boleh melakukan apa-apa perkara setelah selesai mengerjakan tawaf wada. 9.5. Persoalannya apakah rukshah atau perkara-perkara yang boleh dilakukan Jemaah Haji setelah selesai melaksanakan tawaf wada dan berapa lamakah tempoh atau uruf jemaah haji boleh berada di Makkah setelah selesai melaksanakan Tawaf wada seperti mana yang diputuskan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Di samping itu juga bagaimanakah
DISKUS1 SYARIAH DAN UNDANG-UNDANC
SIRIS
kedudukan petugas-petugas atau pekerja-pekerja Lembaga Tabung Haji Malaysia melaksanakan tawaf wada ketika didalam keadaan masa yang terbatas. Kertas kerja ini terbahagi kepada tiga fasal: Fasal ini akan memfokuskan beberapa permasalahan yang sering berlaku berkaitan perrnasalahan tawaf wada iaitu ketika ingin meninggalkan Makkah : Jemaah haji terutamanya dari Malaysia sering sahaja menimbulkan persoalan kepada pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia iaitu siapakah golongan yang dikecualikan daripada melaksanakan tawaf wada. Persoalan ini timbul kerana ramai jemaah haji dilanda sakit seperti demarn, batuk, dan serangan jantung dan mereka tidak tahu samaada mereka tergolong daripada golongan orang-orang yang dikecualikan atau diberi rukshah daripada melaksanakan tawaf wada atau tidak. 2. Jemaah haji terutamanya dari Malaysia sering sahaja was-was dan takut akan ibadat hajinya tidak diterima oleh Allah S.W.T. kerana berpegang dengan pendapat perlu meninggalkan makkah dengan segera tanpa boleh melakukan apa-apa perkara setelah selesai mengerjakan tawaf wada. Persoalannya apakah rukshah atau perkara-perkara yang boleh dilakukan Jemaah Haji seteIah selesai melaksanakan Tawaf wida dan berapa larnakah tempoh atau uruf jemaah haji boleh berada di makkah setelah selesai melaksanakan tawaf wada seperti mana yang diputuskan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
3. Bagairnanakah kedudukan Petugas-petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia melaksanakan tawaf wada dalarn keadaan masa yang terbatas.
SYARIAH AND LAW DISCOURSEISSUE 5
10. Lembaga Tabung Haji Malaysia ( 49141+1
L+)
10.1. Bagi Lembaga Tabung Haji Malaysia, tawaf wada dikecualikan kepada beberapa golongan dan mereka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika meninggalkannya. 10.1.1. Golongan yang diberikan rukshah atau pengecualian daripada melaksanakan tawaf wada seperti yang diputuskan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia ialah' : a) Perempuan yang haid, nifas atau mustahadah didalam tempoh haid. b) Orang yang berpenyakit salisulbaul atau seumpamanya. c) Orang yang luka, darah atau nanahnya yang mengalir dan boleh menajiskan masjid. d) Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf. e) Orang yang takut orang zalim menzaliminya. f) Orang yang takut ditinggalkan rakan rakan seperjalanan.
g) Orang yang takutkan keselamatan dirinya iaitu penyakit yang terlalu tenat atau bahaya musuh yang datang, serta takutkan kehormatan dan harta bendanya terancam. h) Orang yang tidak melnpunyai air dan debu tanah untuk bersuci. 10.2. Bagi Lembaga Tabung Haji Malaysia, rukshah atau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh Jemaah Haji setelah selesai melaksanakan tawaf 1
Lembaga Tabung Haji Malaysia, Panduan Ibadat Haji, Umrah Dan ziarah (kuala Lumpur, Cetakan Pertama, 2007 ), hlm. 44; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22 (Selangor, 1999), hlm. 68-69; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 13 (Selangor, 1997) hlm. 193- 194.
DlSKUSl SYARlAH DAN UNDAh'G-UNDANG
SIRIS
wada adalah seperti berikut2:
Di Masjidul Haram Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya. Berdoa di Multazam atau sekitarnya. Minum Air Zamzam dan berdoa. Mengucup Hajarul Aswad iaitu jika berkesempatan dan suasana yang mengizinkan. Menunaikan solat fardhu jika muazzin telah melaungkan iqamat.
Di Penginapan Makan clan Minurn sekadar keperluan di &lam bilik penginapan. Qada Hajat di tandas bilik penginapan. Mengambil beg atau barang yang ditinggalkan atau diletakkan didalam bilik penginapan. Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang. Mencari beg atau sebarang harta yang hilang. Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama. Melawat atau membawa isteri, saudara, waris clan rakan yang sakit ke hospital, klinik dan penginapan ketika kecemasan dan hajat.
2
Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 24 (Selangor, 2008), hlm. 6; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22 (Terengganu, 2006 ), him. 3; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 18 (Perak, 2002 ), hlm. 91; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15 (Selangor, 1999), hlm. 68-69; Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15 ( Selangor, 1999), hlm. 61-62.
SYARlAH AND LAW DISCOURSE
ISSUE S
Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan samaada ke Jeddah atau madinah seperti membeli makanan atau minuman untuk kegunaan dalam perjalanan, mengikat serta menaikkan barangbarang keatas kenderaan dan sebagainya dengan syarat tempoh tersebut tidak terlalu lama mengikut perkiraan tempoh atau uruf. Menunggu Kenderaan untuk keluar dari Makkah yang lewat tiba kerana kesesakan jalan raya, atau lewat dari jadual dan sebagainya. 10.2.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia telah memutuskan, tempoh atau uruf jemaah haji boleh berada di Makkah setelah selesai melaksanakan tawaf wida adalah mengikut hari seperti berikur :
-
Hari Jumaat iaitu bagi bas yang akan bertolak keluar dari Makkah di antara pukul2 hingga 3 petang. Tempoh atau Uruf selepas Tawaf wada ialah 4 hingga 5 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar dari Makkah pada pukul2 atau 3 Petang, maka jemaah haji dibolehkan bertawaf pada pukul 10.00 pagi. Hari Sabtu hingga Khamis dan Jumaat iaitu bagi bas yang bertolak keluar dari Makkah selain dari waktu diatas. Tempoh atau Uruf selepas tawaf Wida ialah 2 hingga 3 jam. Contohnya jadual bertolak keluar dari Makkah pada pukul 6 petang, maka jemaah haji dibolehkan bertawaf pada pukul3 petang. Sekiranya terdapat permasalahan seperti perubahan jadual.bertolak keluar dari Makkah, maka tempoh atau uruf masa samaada perlu diulang semula tawaf wada atau tidak adalah mengikut panduan seperti di atas.
3
Lembaga Tabung Haji Malaysia, Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22 (Terengganu, 2006), hlm. 2.
DISKUS1 SYARlAH DAN UNDANG-UNDANG
SIR15
10.3. Lembaga Tabung Haji Malaysia telah memutuskan rukshah diberikan keatas kedudukan petugas-petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia yang tidak berkesempatan melaksanakan tawaf wada ketika sedang menjalankan tugas disebabkan keadaan masa yang terbatas, hukumnya adalah sunat dan tidak berdosa4. 10.3.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia memutuskan, Sekiranya terdapat keterbatasan masa mahupun tempat untuk petugas-petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia untuk mengerjakan tawaf wada, sedangkan kerja yang hendak dilaksanakan itu arnat penting demi kemaslahatan awam atau untuk jemaah haji iaitu seperti perkara-perkara yang darurat dan hajiyat dan perlu bersegera, maka hukumnya adalah sunat dan tidak berdosa berdasarkan pendapat kedua di dalam Mazhab al-Syafie iaitu hukurn mengerjakan tawaf wada adalah sunat dan sunat membayar dam yang mana diguna pakai oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia bagi Petugas-petugas Lembaga Tabung Haji Malaysia yang tidak berkesempatan melaksanakan tawaf wada ketika sedang menjalankan tugas disebabkan keadaan masa yang terbatas. (I'dhah, 405)
11. Hujjah dan Dalil
11.1. Lembaga Tabung Haji Malaysia mengambil keputusan-keputusan di atas bersandarkan kepada beberapa hujah seperti berikut : 11.1.1. Imam al-Nawawi menyatakan,jika seseorangjemaah haji menunggu kerana ada keperluan urusan seperti membeli bekalan, mengikat kenderaan dan seumpamanya, maka tidak perlu diulangi tawaf wadanya. Tawaf wada tidak terbatal hanya kerana banyak barang untuk diikat dan terpaksa mengambil masa.(I'dhah, 407)
4
Ibid, hlm. 3.
SYARlAH AND h W DISCOURSE
ISSUE 5
11.1.2. Jumhur Ulama selain Hanafiah menyatakan, tawaf wada dilakukan sewaktu jemaah haji mahu keluar meninggalkan Makkah. Jika telah selesai tawaf kemudian jemaah haji sibuk dengan perniagaan atau permukiman, maka hendaklah jemaah haji tersebut mengulangi tawaf widanya kerana perbuatan perniagaan atau permukiman telah mengeluarkan jemaah haji tersebut daripada perbuatan Wada menurut adatnya. Jika seseorangjemaah haji membeli bekalan atau sesuatu untuk dirinya kerana memenuhi hajatnya dalam perjalanan keluar dari Makkah, maka jemaah haji tersebut tidak perlu mengulangi tawaf wadanya kerana perbuatan tersebut bukanlah perbuatan orang berrnukim yang mengeluarkan kedudukan tawafhya sebagai saat terakhir di Baitullah. (Fiqh Islam Wa-Adillatuhu, 31150) 11.1.3. Al-Banjari pula menyatakan, seseorang jemaah haji apabila telah selesai melakukan tawaf wada kemudian mempunyai sesuatu hajat yang berhubung kait dengan perjalanan seperti membeli tali untuk mengikat barang, membeli bekalan dan lain-lain, maka tidak wajib jemaah haji tersebut mengulangi tawaf wadanya. (Sabilul Muhtadhin, 394) 11.1.4. Al-Ramli ditanya, apakah wajib atau tidak mengulangi tawaf wada jika mengambil masa yang lama selepas selesai tawaf wada untuk berdoa di Multazam kerana ia adalah perkara yang dituntut. Beliau menjawab tidak wajib mengulanginya. (Fatawa, 91) 11.1.5. Al-syeikh Ben Baz memfatwakan bahawa orang yang telah selesai tawaf wada boleh membeli keperluannya daripada sekalian bentuk hajat walaupun jika dia membeli barangan perniagaannya selagimana tempohnya adalah pendek tidak panjang, jika panjang tempohnya, hendaklah diulangi, jika tidak panjang menurut uruf, maka tidak perlu diulangi secara mutlak. (al-Tahqiq, 96)
DISKUSI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANC
SIRIS
11.1.6. Menurut al-Ghanimi, jika selesai tawaf wida dan berhenti seketika di penginapan untuk tempoh yang singkat bagi menunggu teman atau menunaikan hajat, maka tiada masalah baginya. Tetapi jika ia berpanjangan, maka hendaklah diulangi tawaf wadanya. (Ahkamu al-Hajj wal-Umrah, 319) 11.1.7. Al-Uthaimin berkata setelah selesai tawaf wada, tidak boleh tinggal di Makkah dan sibuk dengan perkara-perkara yang lain kecuali apa yang berkaitan dengan tujuan safar dan keperluannya seperti mengikat kenderaan, menunggu kawan atau menunggu kenderaan yang telah dijanjikan oleh pemandunya tetapi ia terlewat daripada waktunya dan seumpamanya. Jelasnya lagi, tempoh panjang masa menunggu itu tidak ada ketetapannya dikalangan fuqaha, ia bergantung penuh kepada uruf pada masa berkenaan. Hal ini menunjukkan perkiraan faktor luaran perlu diambil berat bagi menentukan keadaan yang menafikan ha1 wida berkenaan. Suasana wurud al-hadith pada zaman yang serba simple semasa hayat Rasulullah S.A.W. perlu diambil perkiraan dan dibandingkan dengan keadaan masakini yang walaupun banya kemudahan tetapi tidak terlepas daripada kesulitan yang sebahagiannya lebih sukar daripada zaman lalu. Proses mengemas barangan akibat permusafiran yang jauh, menu& barang dari bilik dan menaikkannya ke atas bas, menunggu berkumpulnya semua penumpang bas seramai 50 orang, suasana tenk, keadaan orang malaysia yang tidak sesuai dengan cuacapanas terik, keletihan akibat manasik, kesesakan manusia yang amat ramai sewaktu haji, keadaan jemaah haji yang biasanya diiringi oleh kanak-kanak, wanita dan orang tua, semua ini memberikan kesan terhadap uruf masa menunggu yang mencacatkan tawaf wada berkenaan. (Manasik al-Hajj wal-Urnrah, 95) 11.1.8. lbnu Qanim merumuskan melalui pelbagai riwayat hadis terutarna oleh al-Bukhari bahawa sewaktu Hajjatul wida, Rasulullah S.A.W melakukan tawaf wida pada waktu tengah malam Dan meninggalkan Mekah selepas subuh di mana baginda solat subuh di nunahnya Di alabtah (al-Muhassab). Pada malam itu baginda terpaksa menuggu di nunahnya kerana Aisyah menyelesaikan umrahnya dan Ummu Salamah
SYARIAH AND LAW
DISCOURSE ISSUE S
menyelesaikan Tawaf Widanya setelah Baginda selesai tawaf wida Baginda. Hal ini menunjukkan perkiraan masa antara selesai tawaf wida dan mass bergeraknya bas meninggalkan tanah hararn Mekkah adalah satu uruf yang hanya dapat ditentukan olem mereka yang akan melakukan tawaf wida berkenaan. Namun sikap warak didalam ibadat tetap perlu di jaga walaupun kemudahan ini diakui oleh syarak. (Za'dul Ma'ad, 290-299)
Kesimpulan Kesimpulannya, hukum tawaf wada ialah wajib berdasarkan pendapat Mazhab Shafie, bagi Jemaah Haji Malaysia yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa sebab yang dituntut maka ia dikenakan dam dan hukurnnya berdosa. Namun begitu dikecualikan kepada beberapa golongan dan mereka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam jika meninggalkannya.
DISKUS1 SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG '
SIRIS
Rujukan Al-Quran al-Karim Al-Fiqh al-Manhaji ala- Madzhab Imam al-Shafie, Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji, Terjemahan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Cetakan Pertama. 2004. Al-Hajj, Abdullah Bin Muhammad At-Tayyar, Dar Al-Watan, Riyyad, Cetakan 3, 1416H. Anwarur al-Hujjaj Fi Asrari al-Hujjaj, al-Ma'ki, Ali Bin Sultan Muhammad al-Qa'ri, Dar al-Bashair al-Islami, Beirut, Cetakan 1, 1988. 1000 Soal Wal-Jawab Fi Ahkam al-Hajj Wal-Umrah wal-Ziarah, alGhanimi, SalimBin Salirn, Maktabah as-Suwadi, 2003. At-Tahqiq Wal-IddahLilqat'ie Min Masa'il al-haj Wal-Umrah WalZiarah, Bin Bazz, Abdul Aziz Abdullah, 1414H. Bahru al-Madzi syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi, Muhammad Idris al-Marbawi, Juzu 6, Cetakan Pertama 2006. Fatwa Al-Ram'li, Al-ramli, Syamsuddin Muhammad, J 2. Dar al-Fikr, Kaherah, 1983. Fiqh al-Ibadat al-Hajj, Hassan Ayyub, Dar an-nadwah al-Jadidah, Beirut, Cetakan 2, 1986. Fiqh al-Islami Wa-Adiiatuhu, Az-Zuhaili, Wahbah, Dar al-Fikr, Damsyik, J 3.Cetakan 4, 1989. Kitabul Idhah Fi Manasik al-hajj Wal-Umrah, an-Nawawi, Yahya Bin Sharif, al-Maktabah al-Imdadiah, Makkah, 1997. Manasik Ibnu Jamaah A'la al-Mazahib al-Arbaah, al-Kanani, al-Qadhi Izzuddin Abd Azizi Bin Muhammad Bin Jamaah. Manasik al-Hajj Wal-umrah, al-A'simin, Muhammad Bin Soleh, Dar Ibnu al-Jauzi, 1421H. Muqni al-Muhtaj Ila' Makrafati Ma'ani Alfaz al-Manhaj, As-syarbini, Muhammad al-Khatib, J. 2. Za'dul Ma'ad, Ibnu Qayyim al-jauziah, J. 2., Muassasatul al-Risalah, Beirut, 1994. Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 13, Lembaga Tabung Haji Malaysia, (Selangor, 1997)
SYARlAH AND LAW DISCOURSE
ISSUE 5
~ u z a k a r a hHaji peringkat Kebangsaan ke 24, Lembaga Tabung Haji Malaysia, (Selangor, 2008 ) Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 22, Lembaga Tabung Haji Malaysia, (Terengganu, 2006 ) Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 18, Lembaga Tabung Haji Malaysia, (Perak, 2002 ) Muzakarah Haji peringkat Kebangsaan ke 15, Lembaga Tabung Haji Malaysia, (Selangor, 1999 ) Sahih al-Bukhari, al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah, Dar Ibnu Kathir, Beirut, Cetakan Kedua 1987. Sahih al-Muslim, Muslim Bin al-Hujjaj Abu Hussain al-Qusyari, dar Ihya al-Turas, Beirut.