CARA MENGAJAR PETA BULATAN Edarkan Peta Bulatan dan beritahu murid supaya menulis proses pemikiran di bahagian atas edaran – MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS
Peta Pemikiran ini ialah PETA BULATAN. Tuliskan nama peta ini di bahagian bawah edaran.
Murid menulis nama/meletakkan gambar mereka di tengah bulatan kecil.
Antara bulatan kecil dengan besar, sumbangsarankan idea tentang maklumat diri sendiri: hobi, perkara yang disukai, dll.
Antara bulatan besar dengan Bingkai Rujukan, tuliskan nama orang/perkara yang mempengaruhi atau penting kepada mereka.
Kongsi Peta Bulatan dengan murid yang lain atau tulis satu perenggan pendek berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Peta Pemikiran tersebut.
CARA MENGAJAR PETA BUIH Agihkan Peta Buih dan murid diminta untuk menulis Proses Pemikiran - MENERANGKAN – atas muka surat
Murid menulis nama atau meletakkan gambar mereka di dalam bulatan di bahagian tengah.
Murid diminta melukis bingkai rujukan dan menyatakan bukti untuk menyokong kata sifat tersebut.
Peta Pemikiran ialah PETA BUIH. Tuliskan di bahagian bawah.
Di dalam bulatan luar, tuliskan kata sifat yang menerangkan diri murid itu.
Kongsikan Peta Buih dengan rakan dan tuliskan karangan pendek berdarkan maklumat di dalam peta buih tersebut.
Cara Mengajar Peta Buih Berganda Agihkan Peta Buih Berganda dan murid diminta untuk menulis Proses Pemikiran MEMBANDING BEZA di bahagian atas edaran.
Lukiskan Peta Buih Berganda. Murid membina secara berpasangan. Letakkan nama mereka di dalam 2 bulatan utama (biru).
Murid diminta melukis Bingkai Rujukan dan menulis bagaimana mereka tahu apa yang mereka tahu.
Peta Pemikiran ini ialah PETA BUIH BERGANDA. Tuliskan nama peta ini di bahagian bawah edaran. Tuliskan persamaan 2 orang murid itu di dalam bulatan hijau. Tuliskan perbezaan di antara mereka dalam bulatan merah.
Minta setiap pasangan berkongsi 1 perbezaan dan 1 persamaan yang mereka telah pelajari daripada rakan.
Cara Mengajar Peta pokok Edarkan Peta Pokok dan beritahu murid untuk meletakkan Proses Pemikiran – MEMBUAT PENGELASAN - di bahagian atas edaran.
Sebelum melengkapkan Peta Pokok, tanya murid, "Apakah perkara yang anda suka?” Galakkan perbincangan, terutamanya pada pengkategorian.
Dalam Bingkai Rujukan, murid boleh menulis sumber maklumat yang diperoleh.
Peta Pemikiran ini ialah PETA POKOK. Tuliskan nama peta ini di bawah edaran.
Tajuk ialah “Perkara yang saya suka”. Setiap murid perlu menentukan jenis dan senaraikan kategori perkara yang digemari.
Berikan masa untuk berkongsi Peta Pokok yang telah dibina.
Cara Mengajar Peta Dakap Edarkan Peta Dakap dan minta murid menulis Proses Pemikiran – HUBUNGAN SELURUH BAHAGIAN – di bahagian atas edaran.
Sebelum melengkapkan Peta Dakap, tanya murid “Apakah bahagian-bahagian komputer?”
Dalam Bingkai Rujukan, murid boleh disoal bagaimana mereka tahu apa yang mereka tahu.
Peta Pemikiran ialah PETA DAKAP. Ia ditulis di bahagian bawah edaran.
Minta murid menulis setiap bahagian dan subbahagian (lekatkan gambar jika ada)
Berikan masa untuk berkongsi Peta Dakap
Cara Mengajar Peta Alir Edarkan Peta Alir dan minta murid menulis Proses Pemikiran - MEMBUAT URUTAN - di bahagian atas edaran.
Peta Pemikiran ini ialah PETA ALIR. Ia ditulis di bahagian bawah edaran.
Sebelum melengkapkan Peta Alir, tanya murid “ Apakah aktiviti kegemaran kamu pada waktu pagi? Tengah hari? Petang? Malam?
Minta murid menulis setiap aktiviti (lekatkan gambar jika ada).
Dalam Bingkai Rujukan, lengkapkan ayat “ Pada Hari Impian saya, saya ingin…”
Beri masa untuk berkongsi Peta Alir yang telah dibina
Cara Mengajar Peta Pelbagai Alir Edarkan Peta Pelbagai Alir dan minta murid menulis Proses Pemikiran - SEBAB DAN AKIBAT - di bahagian atas edaran.
Sebelum melengkapkan Peta Pelbagai Alir, tanya murid “ Apakah yang ingin anda baiki pada diri anda?”
Dalam Bingkai Rujukan, minta mereka pertimbangkan pengetahuan sedia ada untuk menetapkan sasaran dan cara untuk mencapai matlamat.
Peta Pemikiran ini ialah PETA PELBAGAI ALIR. Ia diletak di bahagian bawah edaran.
Pilih satu perkara untuk dibaiki dan nyatakan sebab dan kesan perkara tersebut.
Berikan masa untuk berkongsi Peta Pelbagai Alir yang telah dibina.
Cara Mengajar Peta Titi Edarkan Peta Titi dan minta murid menulis Proses Pemikiran – MELIHAT ANALOGI - di bahagian atas edaran. Sebelum melengkapkan peta, tanya murid “Apakah mata wang bagi setiap negara?” Minta mereka berbincang dan tulis Faktor Penghubung. Tanya murid- “Negara mana menggunakan mata wang tersebut?” Tuliskan jawapan di bawah garisan pertama. Kemudian, teruskan dengan mata wang dan negara yang lain.
Peta Pemikiran ini ialah PETA TITI. Ia diletak di bahagian bawah edaran
Tuliskan satu mata wang di atas garisan pertama.
Berikan masa untuk berkongsi Peta Titi yang telah dibina.
as
Faktor penghubung
as
as