PERHUBUNGAN ANTARA JARINGAN, PENGURUSAN, PELUANG, DEMOGRAFI, PEMASARAN DAN PERSEKITARAN DENGAN FAKTOR KEJAYAAN DI KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTRA - KAJIAN DI NEGERI PERLIS
BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITITEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH: SHAIFUL ANNUAR KHALID AMRAN AWANG MOHAMMAD ZAIN IDRIS
MEI 2001
i
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh No. Fail Projek
31 Mei 2001
Kepada: Ketua Biro Penyelidikan dan Perundingan (BRC) Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN Tuan, LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "PERHUBUNGAN ANTARA JARINGAN, PENGURUSAN, PELUANG, DEMOGRAFI, PE MASARAN DAN PERSEKITARAN DENGAN FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DI KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTRA - KA3IAN DI NEGERI PERLIS Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk Pertiubungan Antara Jaringan, Pengurusan, Peluang, Demografi, Pemasaran dan Persekitaran Dengan Faktor-Faktor Kejayaan Di Kalangan Usahawan Bumiputra - Kajian di Negeri Perlis" oleh kumpulan Penyelidik UiTM Kampus Arau untuk makluman pihak tuan. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Shaiful Annuar Khalid Ketua Projek Penyelidikan
ii
COPYRIGHT @ UiTM
KUMPULAN PENYELIDIK
SHAIFUL ANNUAR KHALID KETUA PROJEK
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
AMRAN AWANG AH LI
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
MOHAMMAD ZAIN IDRIS AHLI
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
COPYRIGHT @ UiTM
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0
2.0
3.0
SURAT PENYERAHAN LAPORAN
ii
DAFTAR AHLIPENYELIDIK
iii
ISI KANDUNGAN
iv
DAFTAR ILUSTRASI
vi
ABSTRAK
ix
PRAKATA
x
PENGHARGAAN
xi
PENGENALAN
1
1.0.1 1.0.2 1.0.3 1.0.4 1.0.5 1.0.6 1.0.7 1.0.8
1 4 6 9 9 10 11 12
Latar belakang Kajian Pernyataan Masalah Kerangka Teoretikal Kepentingan Kajian Objektif Kajian Skop Kajian Definisi Terma/Konsep dalam Objektif Hipotesis Kajian
ULASAN KARYA
14
2.0.1 2.0.2 2.0.3 2.0.4
14 15 15 18
Pengenalan Keusahawanan Faktor-faktor Kejayaan Usahawan Melayu Ukuran kejayaan
METODOLOGI KAJIAN
23
3.0.1 3.0.2 3.0.3 3.0.4 3.0.5
23 23 24 26 26
Persampelan Rangka Persampelan Instrumentasi Prosedur Pengumpulan Data Analisis Data
iv
COPYRIGHT @ UiTM
4.0
PENEMUAN KAJIAN 4.0.1
Penemuan Deskriptif 4.0.1.1 4.0.1.2 4.0.1.3 4.0.1.4 4.0.1.5
Latar Belakang Responden Latar Belakang Perniagaan Prestasi Perniagaan Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Strategi Perniagaan
28 30 37 46 49
4.0.2 Penemuan Inferensi 4.0.2.1 4.0.2.2 4.0.2.3 4.0.2.4 4.0.2.5 4.0.2.6 4.0.2.7 5.0
Pengenalan Ujian Hipotesis Ujian Korelasi Ujian Regrasi Hubung kait Dengan Prestasi Kewangan Hubungan Faktor Kejayaan Dengan Prestasi Pulangan Harta Rumusan Analisa Inferensi
IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN-CADANGAN
52 56 56 61 68 69 76 78
5.0.1 Implikasi Kajian 5.0.1.1 5.0.1.2 5.0.2
78 81
Cadangan-Cadangan 5.0.2.1 5.0.2.2 5.0.2.3 5.0.2.4 5.0.2.5
6.0
Penemuan Deskriptif Penemuan Inferensi
Strategi Perniagaan Pembentukan Keperibadian Sistem Pengurusan Pemasaan Penyelidikan
83 83 84 84 85
RUMUSAN KAJIAN
86
RUJUKAN
88
LAMPIRAN A. B. C.
92 Soal Selidik Output Ujian Taburan Kekerapan SPSS 10.0 Output Ujian Korelasi SPSS 10.0
v
COPYRIGHT @ UiTM
DAFTAR ILUSTRASI No. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
la
MODEL FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN
8
lb
JADUAL PERNYATAAN SECARA STATISTIK
13
4.1
JADUAL RESPONDEN MENGIKUT KAWASAN
28
4.2
JADUAL KEDUDUKAN DALAM ADIK BERADIK
29
4.3
JADUAL TARAF PENDIDIKAN
30
4.4
JADUAL STATUS PEMILIKAN
30
4.5
JADUAL BILANGAN PERNIAGAAN
31
4.6
JADUAL SEBAB UTAMA BERNIAGA
32
4.7
JADUAL PERANCANGAN AWAL PERNIAGAAN
33
4.8
JADUAL JAWATAN DALAM PERNIAGAAN
33
4.9
JADUAL MEMBUAT KEPUUISAN HARIAN
34
4.10
JADUAL MEMBUAT KEPUTUSAN JANGKA PANJANG
34
4.11
JADUAL JENIS PENIAGAAN YANG DICEBURI
35
4.12
JADUAL BILANGAN TAHUN PENUBUHAN PERNIAGAAN
36
4.13
JADUAL BENTUK PERNIAGAAN
37
4.14
JADUAL PRESTASI MODAL BERBAYAR
38
4.15
JADUAL SUMBER KEWANGAN PERNIAGAAN
39
4.16
JADUAL SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
42
4.17
JADUAL PRESTASI JUALAN
40
4.18
JADUAL PRESTASI KEUNTUNGAN
41
4.19
JADUAL PRESTASI HARTA
42
4.20
JADUAL PRESTASI PEKERJA TETAP
42
COPYRIGHT @ UiTM
4.21
JADUAL PRESTASI PEKERJA SAMBILAN
43
4.22
JADUAL PRESTASI JUMLAH PEKERJA
44
4.23
JADUAL SKOP OPERASI PERNIAGAAN
44
4.24
JADUAL KEGIATAN UTAMA PERNIAGAAN
45
4.25
JADUAL PERATUS PEMILIKAN PERNIAGAAN
46
4.26
JADUAL FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN
48
4.27
JADUAL KEUNIKAN PERNIAGAAN
49
4.28
JADUAL RANCANGAN PERNIAGAAN BERTULIS
50
4.29
JADUAL MATLAMAT UTAMA PERNIAGAAN
50
4.30
JADUAL PERTUMBUHAN PERNIAGAAN
51
4.31
JADUAL PEMBIAYAAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN
52
5.1
UJIAN KMO DAN BARTLETT
54
5.2
MATRIKS KOMPONEN YANG BERPUSING
55
5.3
FAKTOR 1 - DIMENSI PENGURUSAN MANUSIA
57
5.4
FAKTOR 2 - DIMENSI STRATEGI PERNIAGAAN
57
5.5
FAKTOR 3 - DIMENSI PEMASARAN
57
5.6
FAKTOR 4 - DIMENSI PEMASAAN
58
5.7
FAKTOR 5 - DIMENSI KEPIMPINAN
58
5.8
FAKTOR 6 - DIMENSI KEPERIBADIAN
58
5.9
FAKTOR 7 - DIMENSI SISTEM PENGURUSAN
59
5.10
ANALISIS KORELASI PRESTASI PEKERJA DENGAN FAKTOR KEJAYAAN
59
5.11
ANALISIS KORELASI SUB-PRESTASI KEWANGAN DENGAN FAKTOR KEJAYAAN
60
5.12
ANALISIS KESAN "MODERATOR" DALAM PERHUBUNGAN DENGAN PRESTASI PERNIAGAAN
61
5.13
RINGKASAN MODEL SELEPAS PENGUBAHSUAIAN
66
vii
COPYRIGHT @ UiTM
5.14
RINGKASAN MODEL, ANOVA DAN KOEFISYEN HUBUNGAN FAKTOR KEJAYAAN DENGAN PRESTASI KEWANGAN (MARGIN UNTUNG BERSIH)
68
5.15
RINGKASAN MODEL, ANOVA DAN KOEFISYEN REGRASI FAKTOR KEJAYAAN DENGAN PRESTASI PULANGAN HARTA
70
5.16
RINGKASAN MODEL, ANOVA DAN KOEFISYEN REGRASI FAKTOR KEJAYAAN DENGAN PRESTASI PULANGAN PELABURAN 72
5.17
RINGKASAN MODEL SEBELUM PENGUBAHSUAIAN PRESTASIPEKERJA
73
5.18
RINGKASAN MODEL SEBELUM PENGUBAGSUAIAN PRESTASI KEWANGAN
74
5.19
TAHAP TOLERAN DAN NILAIVIF DALAM REGRASI HUBUNGAN DENGAN PRESTASI PEKERJA
76
5.20
TAHAP TOLERAN DAN NILAI VIF DALAM REGRASI HUBUNGAN DENGAN PRESTASI PULANGAN PELABURAN
76
2
MODEL JANGKAAN TERHADAP PRESTASI PEKERJA
77
viii
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK Kajian terhadap usahawan Bumiputra yang menjalankan perniagaan di negeri Perlis melibatkan 75 orang responden untuk melahirkan satu profil latar belakang umum dikalangan usahawan Bumiputra Negeri Perlis. Kajian ini telah memperolehi profil demografi umum seperti umur, taraf perkahwinan, jantina, kedudukan dalam urutan adik-beradik dan sebagainya. Kajian ini juga menumpukan kepada perhubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar dan membentuk satu model usahawan Bumiputra yang berjaya. Ujian terhadap 8 hipotesis dilakukan dalam dua tahap. Tahap pertama mengesan faktor yang paling berkaitan dari keseluruhan 21 ukuran kejayaan perniagaan. Tahap kedua kesemua faktor diuji darjah korelasi dengan prestasi perniagaan menggunakan "Pearson Correlation" signifikan pada tahan P<.05 serta ujian regrasi untuk menentukan kuasa jangkaan setiap faktor. Ujian regrasi berperingkat "Moderated Hierarchichal Regression" juga dilakukan untuk mengesan "kesan moderator" oleh faktor persekitaran dan strategi. Pembolehubah bersandar yang digunakan adalah kejayaan usahawan Bumiputra yang diukur menggunakan "Principal Component Analysis" menghasilkan tujuh faktor melalui pencerapan oleh ujian Bartlett setelah disahkan oleh Kaiser Meyer Measures of Sampling Adequacy (MSA). Faktor dicerap pada tahap korelasi melebihi 0.65 diantara semua kenyataan. Prestasi diformulasikan dalam bentuk pertumbuhan bilangan pekerja dan perubahan dalam pencapaian kewangan iaitu margin untung bersih (NPM), pulangan harta (ROA), pulangan jualan (ROS), pulangan pelaburan ROI) dan gabungan keseluruhan prestasi. Kajian menemui empat faktor yang berkorelasi dengan prestasi dan faktor strategi perniagaan sebagai pejangka utama diikuti oleh pemasaan, keperibadian dan sistem pengurusan.
IV
COPYRIGHT @ UiTM
PRAKATA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah S.W.T dan Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kerana dengan kudrat dan iradatNYA yang memberikan kami kekuatan untuk menyiapkan kajian ini. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar yang dapat memberikan nafas baru kepada usahawan Bumiputra namun hanya segelintir sahaja yang menaruh minat yang mendalam terhadap dunia keusahawanan. Kempenkempen yang lebih agresif telah dijalankan oleh kerajaan dan sektor swasta terutamanya agensi kerajaan seperti MARA dalam menyediakan suasana pemiagaan yang kondusif kepada usahawan namun masih lagi agak mendukacitakan. Manakala bagi usahawan Bumiputra yang telah menyahut cabaran hanya mampu untuk bertahan selama beberapa tahun sebelum terpaksa menamatkan pemiagaan kerana dilanda berbagai masalah. Oleh itu, kajian ini telah memfokuskan kepada mencari apakah resepi yang ampuh yang dimiliki oleh usahawan yang telah berjaya untuk dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja tidak kira samada mereka yang bergelar usahawan ataupun tidak. Malah ianya juga boleh dijadian panduan kepada penggubal dasar terutamanya kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri bagi merangka dasar yang bertepatan dengan keperluan usahawan Bumiputra. Laporan ini mengandungi enam bab iaitu Bab Satu merupakan pengenalan kepada kajian dengan merujuk kepada latar belakang kajian; pernyataan masalah; kepentingan dan objektif kajian; dan hipotesis kajian. Bab Dua pula memaparkan ulasan karya terpilih yang mengaitkan faktor jaringan; pengurusan; peluang; demografi; pemasaran dan persekitaran dengan kejayaan usahawan dalam pemiagaan. Metodologi kajian dengan persampelan; rangka persampelan; instrumentasi; pengumpulan data dan kaedah menganalisis data terkandung di dalam Bab Tiga. Bab Empat pula mengenai penemuan kajian mengikut kaedah penemuan deskriptif dan penemuan inferensi. Bab Lima mendedahkan implikasi kajian dan cadangan-cadangan dan akhirnya dalam Bab Enam sebagai rumusan kepada keseluruhan kajian. Harapan kami dengan lahimya kajian ini akan menjadi katalis atau pemangkin kepada penemuan-penemuan yang lebih signifikan kepada usahawan Bumiputra. Begitu juga dengan golongan usahawan Bumiputra agar dapat mengambil sedikit sebanyak panduan daripada kajian ini bagi memperbaiki kesilapan. Shaiful Annuar Khalid Amran Awang Mohammad Zain Idris Mei 2001
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah dan kurnianNYA di dalam memberi kekuatan kepada kami untuk menghasilkan satu kajian yang difokuskan kepada usahawan Bumiputra. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi serta individu-individu berikut yang turut memberikan galakan, bantuan dan sokongan padu bagi melancarkan perjalanan penyelidikan ini. i.
Pertamanya kepada pihak BRC UiTM yang telah meluluskan penyelidikan ini dengan peruntukannya.
ii.
Keduanya, kepada pengurusan UiTM Kampus Arau di bawah pimpinan Tuan Provos, Prof. Madya Dr. Bukhory Hj. Ismail serta tenaga pengurusannya yang sentiasa peka tentang permasalahan yang dihadapi bagi menyiapkan penyelidikan ini.
iii.
Ketiganya, kepada semua usahawan Bumiputra di Negeri Perlis yang terpilih dalam menjayakan penyelidikan ini kerana telah memberikan kerjasama yang mantap terutamanya ketika proses temubual serta telah memberikan cadangan yang membina.
iv.
Juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memberi pendapat serta cadangan yang membina disepanjang penyelidikan ini dijalankan. Juga tidak ketinggalan kepada pembantu penyelidik iaitu Mohd Rizam Mohd Razi yang membantu kami dalam melahirkan kajian ini. Akhir sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga kami yang tidak jemu-jemu memberikan galakan.
Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap amalan kita. Amin.
COPYRIGHT @ UiTM
1.0
PENGENALAN
1.0.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini telah meneroka beberapa faktor yang memberikan sumbangan kepada kejayaan pemiagaan kecil di Malaysia. Faktor-faktor yang telah memberikan impak yang mendalam kepada ketahanan pemiagaan itu adalah sepadan dengan ukuran kejayaan. Terdapat lima faktor yang dikenal pasti sebagai jaringan, pengurusan, peluang, pemasaran, jaringan dan demografi yang berhubung kait dan bertiubungan dengan ukuran kejayaan iaitu pertumbuhan kewangan dan pekerja. Rujukan utama untuk kajian ini adalah daripada B.C. Gosh et. Al. (1990) di mana beliau telah menjalankan kajian mengenai faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan usahawan kecil dan sederhana di Singapura. Gosh telah mengenalpasti faktor-faktor semulajadi ini dikalangan usahawan melalui kedua-dua pendekatan iaitu secara deskriptif ataupun preskriptif.
Aspek pemasaran yang memberikan kejayaan kepada usahawan melibatkan semua aktiviti yang berhubungan dengan memenangi dan mempertahankan pelanggan tetap (Zimmerer & Scarborough, 1998). Ini ditambah dengan aktiviti ini berkemungkinan diperbesarkan kepada Iain-Iain pembolehubah pemasaran seperti perhubungan pelanggan, khidmat penghantaran, dan memahami dan kesungguhan dalam mempertahankan konsep produknya (Lovelock, 2000, Zeithami & Bitner, 2000). Kajian mengenai faktor-faktor kejayaan dikalangan usahawan melalui aspek pemasaran ini juga telah disokong oleh Duncan (1991), De Hayes et. al. (1990), Steiner et al. (1988) dan Prescott (1986).
1
COPYRIGHT @ UiTM
Timmons (1994) menekankan melalui kemampuan usahawan menguruskan pasukannya adalah merupakan sebahagian daripada keperluan untuk berjaya tidak kira samada kepada perniagaan yang baru ditubuhkan atau kepada perniagaan yang sudah kukuh. Kemampuan usahawan untuk bertindakbalas kepada tindakan yang dilakukan oleh setiap pekerja yang melakukan tugasan. Situasi ini biasanya muncul daripada sistem pengurusan yang memberikan perhatian segera kepada masalah sumber manusianya (Evans, 1986; Campbell, 1991; Ibrahim et. al.; Blanchard, 1991).
Pengurusan yang baik selalunya dibantu oleh tenaga manusia yang
mencukupi walaupun firma-firma lain menghadapi kadar penggantian yang tinggi. Kualiti kepimpinan diperlukan untuk menanam keyakinan kepada setiap pekerja supaya kekal dengan syarikat.
Peluang yang terbuka juga merupakan salah satu daripada asas dalam mencapai kejayaan dikalangan perniagaan kecil (Timmons, 1994; McBer, 1986). Peluang yang baik sepatutnya seiring dengan industri dan jenis firma di mana penyesuaian aspek tersebut menjarnin kejayaan di dalam perniagaan. Kepentingan pemasaan yang tepat dinyatakan oleh Timmons (1994) pengulangan semula setiap perkara yang melibatkan keusahawanan berlaku pada waktu sebenar di mana ianya boleh jadi pesaing atau rakan atau kedua-duanya kepada usahawan.
Jaringan membentuk aspek yang berbeza kepada kejayaan di kalangan perniagaan kecil kerana ianya didapati sangat signifikan di kalangan usahawan Cina yang diketahui umum sangat berjaya dalam perniagaan (Sulalman, 1999). Menurut Naisbitt (1996) di dalam bukunya "Megatrends Asia", telah mengulang kembali
2
COPYRIGHT @ UiTM
tentang ekonomi masyarakat Jepun telah mencapai kemuncaknya dan akan mula menurun dan pada masa yang sama, masyarakat Cina akan lebih cemerlang pada tahun 2000. Menurut Timmons (1994) jaringan akan merangsang idea keturunan sebagai sumber yang berharga dalam perhubungan dengan masyarakat.
Pendekatan strategik kepada keusahawanan seperti yang dinyatakan oleh Miller dan Lumpkin (1983) dan Dess (1996) mencadangkan model strategik untuk kajian lanjutan telah mengingatkan bahawa persekitaran memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi perhubungan yang berjaya. Aspek persekitaran boleh dikategorikan kepada faktor dalaman dan luaran yang memberi kesan kepada pertiubungan dalam berbagai cara. Faktor-faktor kejayaan menurut Hashim (2000) sebagai keberkesanan sesebuah firma mencapai objektifnya.
Analisis peringkat terdiri daripada beberapa jenis peringkat berorganisasi. Satu kajian yang mencontohi Stevenson dan Jarillo (1990) kajian terdahulu lebih menganggap individu sebagai usahawan namun sebaliknya kepada syarikat sebagai usahawan. Contoh kumpulan yang berkaitan dengan kajian adalah termasuk dalam ketegori berikut: (1) Kajian yang berkaitan dengan apa yang akan berlaku apabila usahawan melakukan sebarang tindakan - keputusan atau hasil; (2) kajian yang ditujukan kepada mengapa usahawan bertindak - sebab; dan (3) kajian yang berkaitan dengan bagaimana usahawan bertindak - atau pengurusan. Disebabkan ini Stevenson, Robert dan Grousbeck (1989) menegaskan bahawa kajian untuk melihat keseluruhan proses keusahawanan berhubung kait dengan individu di dalam syarikat tersebut. Sekali lagi Stevenson dan Jarillo (1990) mempertikaikan bahawa "bagaimana untuk menggalakkan keusahawanan, dengan mempelajari proses
3
COPYRIGHT @ UiTM
keusawanan secara semulajadi." Ini adalah kerana proses ini menggabungkan kesemua tiga kategori - apa, mengapa dan bagaimana - adakah ianya kajian berasaskan proses ataupun lebih tepat sebagai kajian berasaskan isi kandungan. Keusahawanan seharusnya dilihat sebagai ciri-ciri organisasi dan boleh ditentukan dengan melihat kepada gelagat pengurusan sebagai firma yang terlibat dalam proses keusahawanan (Naman & Sievin, 1993). Firma juga melantik pengurusan atasan yang memiliki cara-cara pengurusan keusahawanan sebagai bukti bahawa firma mempunyai keputusan strategik dan beroperasi mengikut falsafah pengurusan (Covin & Sievin, 1986).
1.0.2 Pernyataan Masalah
Mengenalpasti usahawan secara individu seolah-olah memburu suatu pengertian yang tiada penghujungnya (Kilby, 1971; Gartner, 1988). Oleh itu pencarian hendaklah diteruskan tetapi perlu jelas dalam kaedah yang digunakan berdasarkan teori-teori yang kukuh. Keadaan yang sama juga berlaku dalam penentuan takrifan kejayaan, dimana mengikut Prof. Adnan Alias (1997) konsep kejayaan adalah relatif, iaitu tertakluk kepada beberapa keadaan seperti sifat individu, keadaan persekifcaran, budaya organisasi dan sebagainya.
Kajian empirikal berhubung dengan keusahawanan di Malaysia masih amat berkurangan, jika adapun kebanyakan kajian tertumpu kepada aspek asas dalam mengenalpasti
usahawan
seperti
kajian tentang ciri-ciri
4
COPYRIGHT @ UiTM
usahawan,
kajian
mengenalpasti keusahawananan mengikut bidangan dan sebagainya (Chee, 1985; Hashim, 1999).
Pembangunan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada kemajuan yang ditunjukkan oleh unit-unit pemiagaan di dalamnya. Pemiagaan berkenaan pula hendaklah menunjukkan kemajuannya melalui prestasi atau pertumbuhan yang pasti memerlukan komitmen yang tinggi oleh pengusahanya (Gartner, 1988). Rata-rata pemiagaan kecil di Malaysia masih ketinggalan dalam konteks ini memandangkan budaya "cukup makan" masih menebal lagi. Kesan pembangunan sesebuah ekonomi negara hendaklah di tunjukkan melalui adanya peningkatan dalam prestasi atau pertumbuhan pemiagaannya (Wilklund, 1999; Lumpkin et. al., 1996). Kebanyakan penyelidikan keusahawanan di Malaysia tidak memberi tumpuan khusus kepada aspek yang benar-benar menyumbang kepada prestasi atau kejayaan. Saranan Wilklund (1999) diatas merupakan satu tumpuan yang boleh diketengahkan dalam penyelidikan keusahawanan di Malaysia.
Ciri-ciri usahawan beijaya seperti yang pernah di ketengahkan oleh McClelland & McBer (1986) yang menemui 13 kompetensi seperti berinisiatif, mencari maklumat, kecekapan, orientasi kualiti dan sebagainya di sokong pula oleh Zimmerer dan Scarborough (19%) di mana terdapat 12 ciri-ciri usahawan bersamaan dengan penemuan oleh McClelland (1961) dan Timmons (1990) tidak menyatakan secara jelas pembahagian ciri-ciri tersebut samada mempengaruhi perlakuan dalaman individu (Content) atau perlakuan di dalam organisasi (Process). Bygrave (1990) dan Gartner (1988) mempertikaikan penemuan yang mengatakan
COPYRIGHT @ UiTM
perlakuan usahawan secara individu boleh menyumbang secara terus kepada prestasi. Mengikut Covin dan Sievin (1991) prestasi perniagaan adalah merupakan hasil perlakuan usahawan secara individu diterjemahkan secara perlakuan firma. Ilmuan tersebut menekankan bahawa penyelidikan harus melihat kepada perlakuan keusahawanan firma bukannya perlakuan keusahawanan individu. Oleh itu setiap penyelidikan berhubung dengan prestasi atau faktor kejayaan adalah fenomena tahap organisasi.
1.0.3 Kerangka Teoretikal Melalui permasalahan di atas dapatlah dihuraikan bahawa terdapat lima faktor yang dikenalpasti dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor tersebut adalah pasaran, pengurusan, demografi, jaringan dan peluang (Gosh,
1990).
Faktor
pasaran
mengandungi
komponen-komponen
seperti
perhubungan pelanggan yang baik, perkhidmatan penghantaran yang baik, keupayaan mengenalpasti dan memberi tumpuan kepada kedudukan pasaran, ciriciri produk yang baik dan kedudukan lokasi perniagaan yang strategik.
Manakala di dalam faktor pengurusan pula terdapat item seperti sebuah pasukan pengurusan yang menyokong dan sanggup berkorban, sistem pengurusan yang baik dan bertindak balas, amalan pengurusan sumber manusia yang baik, kesediaan sumber tenaga manusia dan seorang ketua syarikat yang berwawasan dan berkeupayaan.
6
COPYRIGHT @ UiTM
Sementara
itu
bagi faktor
demografi
pula termasuklah
sokongan
suami/isteri/keluarga, pendidikan akademik yang memuaskan, pengalaman yang luas dalam bidang pemiagaan dan ciri-ciri keperibadian individu.
Faktor peluang pula mengandungi item seperti pemilihan jenis pemiagaan yang betul dan hubungan dengan nasib dan pemasaan yang tepat.
Faktor luaran pula terbahagi kepada dua iaitu faktor persekitaran dan faktor strategi. Kedua-dua faktor ini juga berkemungkinan memberikan impak kepada kejayaan sesebuah pemiagaan. Antara item-item yang terdapat dalam faktor persekitaran adalah seperti keadaan ekonomi yang baik/stabil, kedudukan politik yang baik/stabil dan keupayaan membangunkan dan mempertahankan kelebihan teknologi.
Manakala item yang dikesan berada dalam faktor strategi pula adalah seperti keunikan pemiagaan, perancangan pemiagaan yang bertulis, matlamat utama pemiagaan, strategi meningkatkan pertumbuhan pemiagaan dan akhimya strategi membiayai petumbuhan pemiagaan.
Pengukuran atau penilaian yang dilakukan kepada kejayaan sesebuah pemiagaan itu dapat ditentukan melalui jumlah modal berbayar pemiagaan, kedudukan kewangan pemiagaan, bilangan pekerja, ruang lingkup operasi pemiagaan dan peratus pemilikan dalam pemiagaan (Hashim, 2000).
7
COPYRIGHT @ UiTM
Kesemua faktor
mampu menjangka prestasi atau kejayaan melalui
pembentukan orientasi kejayaan hasil dari gabungjatinan faktor-faktor tersebut. Mengikut Brown dan Kirchoff (1997), Dess, Lumpkin dan Covin (1997), Lumpkin dan Dess (1996), dan Randolph, Sapienza dan Watson (1991) kuasa hubungan diantara orientasi kejayaan sentiasa dipengaruhi oleh aspek persekitaran, strategi dan aspek asas seperti industri dan juga saiz serta struktur organisasi perniagaan.
MODEL FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN
Model la: Faktor-Faktor Keyayaan Usahawan
8
COPYRIGHT @ UiTM
1.0.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan menjadi satu alat perintis kearah pencarian kerangka penyelidikan berterusan dalam mencetuskan budaya pencarian maklumat terkini dan praktikal melalui penyelidikan empirikal disamping dapat membantu untuk merangka rancangan pembangunan usahawan yang dikelolakan oleh berbagai agensi kerajaan seperti MARA, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Pusat Pembangunan Usahawan di IPT khususnya serta pihak-pihak lain yang berkepentingan amnya.
Kajian ini juga penting memandangkan kurangnya kajian-kajian keusahawanan yang dijalankan di wilayah utara khususnya di negeri Perlis dan Kedah dan Pulau Pinang. Ini bertepatan dengan keperluan semasa dalam membangunkan ekonomi tempatan dan negera melalui penjanaan kuasa pasaran pengguna dan organisasi secara lebih meluas lagi.
1.0.5 Objektif Kajian Kajian ini mempunyai beberap objektif yang dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum kajian ini adalah untuk meninjau asas-asas yang membezakan antara usahawan-usahawan yang berjaya dan yang kurang berjaya. Manakala objektif khususnya pula adalah seperti berikut:
a.
Meninjau perhubungan yang wujud di antara faktor jaringan dengan kejayaan usahawan Bumiputra di negeri Perlis.
9
COPYRIGHT @ UiTM
b.
Meninjau hubungan di antara faktor-faktor demografi seperti tahap pendidikan, sokongan keluarga, ciri-ciri keperibadiari individu dan Iain-Iain lagi dengan kejayaan atau kemunduran perniagaan seseorang usahawan.
c.
Meninjau hubungan di antara faktor persekitaran dengan kejayaan atau kemunduran seseorang usahawan.
d.
Meninjau kemampuan usahawan Bumiputra merangka dan melaksanakan strategi perniagaan mereka bagi mencapai kejayaan diharapkan.
e.
Menyorot dan menetukurkan tahap kejayaan usahawan Bumiputra di negeri Perlis.
1.0.6 Skop Kajian
Skop kajian ini tertumpu kepada aspek-aspek berikut: a.
Sejauhmanakah
rantaian atau
networking yang dimiliki oleh
usahawan Bumiputra di Negeri Perlis. b.
Sejauhmanakah ianya membantu usahawan untuk mengembangkan pemiagaan mereka.
c.
Faedah yang diperolehi daripada networking
d.
Latarbelakang demografi usahawan kecil dan sederhana (IKS)
e.
Budaya kerja usahawan Bumiputra
f.
Persekitaran mikro serta rnakro bagi perniagaan dan kesannya
g.
Jati diri usahawan Bumiputra
h.
Realiti permasalahan usahawan Bumiputra.
10
COPYRIGHT @ UiTM
Definisi Terma/Konsep dalam Objektif
Usahawan Kecil dan Sederhana (SMEs). Menurut sumber Bank Negara Malaysia, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah entiti pemiagaan dengan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta. Pemiagaanpemiagaan dengan modal berbayar kurang daripada RM500,000 dianggap sebagai pemiagaan kecil. Usahawan Melayu merujuk kepada usahawan Melayu beragama Islam serta dikategorikan sebagai Usahawan Kecil dan Sederhana. Pendidikan merujuk kepada tahap pendidikan formal yang diterima oleh usahawan yang menjadi responden kajian. Jati diri merujuk kepada ciri-ciri keperibadian atau personaliti usahawan seperti kemahuan mengambil risiko, ketegasan, kebolehan dan lain-lain lagi. Keluarga merujuk kepada keluarga terdekat iaitu isteri serta anak-anak. Persekitaran merujuk kepada persekitaran mikro dan makro yang wujud di negeri Perlis. Persekitaran mikro merujuk kepada persekitaran dalaman pemiagaan manakala persekitara makro merujuk kepada persekitaran luaran kepada pemiagaan seperti suasana ekonomi, politik, sosial dan lain-lain fagi. Kejayaan merujuk kepada kejayaan yang dicapai oleh pemiagaan usahawan yang diukur berdasarkan kepada jumlah modal berbayar, prestasi pemiagaan, bilangan pekerja dan lain-lain lagi.
11
COPYRIGHT @ UiTM
1.0.8 Hipotesis Kajian Di antara hipotesis kajian yang boleh diajukan untuk kajian ini adalah seperti berikut: Untuk menilai keberkesanan keseluruhan model yang digunakan terdapat 8 hipotesis yang diketengahkan: HI:
Faktor pengurusan manusia adalah berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H2:
Faktor strategi perniagaan adalah berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H3:
Faktor pemasaran adalah berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H4:
Faktor
pemasaan adalah berkorelasi
secara
positif dengan prestasi
perniagaan H5:
Faktor kepimpinan adalah berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H6:
Faktor keperibadian berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H7:
Faktor sistem pengurusan berkorelasi secara positif dengan prestasi perniagaan
H8:
Persekitaran mempengaruhi hubungan di antara faktor kejayaan usahawan dengan prestasi usahawan
H9:
Faktor-faktor
kejayaan
usahawan
boleh
menjangka
perniagaan
12
COPYRIGHT @ UiTM
tahap
prestasi
Ujian statistik untuk pemyataan di atas boleh dirumuskan seperti jadual di bawah:
3adual l b Hipotesis Penyelidikan HI H2 H3 H4 H5 H6 H7 H8 H9
Pemyataan Secara Statistik Hipotesis Nol P< 0 P<0 P< 0 P < 0 P< 0 P < 0 P < 0 P < 0 P< 0
Hipotesis Pilihan P > 0 P > 0 P> 0 P> 0 P > 0 P > 0 P > 0 P > 0 P > 0
Hipotesis 1 hingga hipotesis 7 akan menggunakan ujian korelasi "Pearson" pada tahap alpha < .05 dengan hanya mengambil kira koefisyen yang positif sahaja. Sementara hipotesis 8 dan hipotesis 9 akan menggunakan ujian regrasi.
13
COPYRIGHT @ UiTM