TAJUK PROJEK: SOLAR HIBRID – SISTEM PENJANAAN KUASA ANGIN UNTUK LAMPU LEBUH RAYA/PERSIMPANGAN LEBUH RAYA (HYBRID SOLAR – WIND POWER GENERATION SYSTEM FOR HIGHWAY/INTERCHANGE LIGHTING) KOD PROJEK: I-GT/21 (UNIMAP-11) IPTA: UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KETUA PROJEK: TUNKU MUHAMMAD NIZAR TUNKU MANSUR AKADEMIA: PROFESOR DR. SYED IDRIS BIN SYED HASSAN DR. MOHD FAREQ BIN ABDUL MALEK ROSNAZRI BIN ALI NOR HANISAH BINTI BAHARUDIN YAZHAR BIN YATIM RAKAN INDUSTRI: PERUNDING IZA’D SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: JULAI 2011 – JULAI 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membina satu sistem lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin untuk digunakan di jalan raya, persimpangan jalan dan lainlain. Aplikasi tenaga suria dalam bentuk fotovoltan (PV) menjadi popular di Malaysia disebabkan pancaran suria yang tinggi dan kemampuannya untuk menjimatkan penggunaan tenaga, di samping untuk mempromosikan teknologi hijau kepada masyarakat. Projek ini akan menghasilkan pemindahan ilmu dan kerjasama jangka panjang antara UNIMAP dengan Perunding Iza’d Sdn. Bhd. tentang aplikasi tenaga boleh diperbaharu seperti tenaga suria dan angin. Di samping itu, produk yang dihasilkan dapat menjadi satu mercu tanda dan dapat dikomersialkan. Selain itu, kepakaran teknikal dan perundingan khususnya untuk menjadi jurutera profesional dapat saling dipindahkan antara UNIMAP dengan rakan industri semasa melaksanakan projek ini. Antara pengetahuan yang dapat dipindahkan adalah aspek pengurusan projek, proses mereka bentuk kejuruteraan, pengujian, penggunaan peralatan moden dan pengurusan kewangan.
2. IMPLEMENTASI PROJEK PERKARA
OBJEKTIF
SUMBER
BUTIRAN 1) Untuk mengumpul data tenaga suria dan angin di pelbagai lokasi. 2) Untuk mereka bentuk satu sistem lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin yang boleh digunakan di jalan raya.
Jumlah Geran yang diluluskan
: RM128,000.00
Upah dan Elaun (Graduan Pelatih) Perjalanan dan Pengangkutan Sewa Bekalan dan bahan penyelidikan Perkhidmatan Ikhtisas
: RM48,000.00 : RM3,000.00 : RM20,000.00 : RM12,000.00 : RM45,000.00
1) Tinjauan Tinjauan dilakukan untuk memberi gambaran keseluruhan tentang teknologi terbaharu. Tinjauan tersebut akan menghasilkan maklumat mengenai keunikan, kelebihan dan kelemahan menentukan reka bentuk yang sesuai untuk sistem yang dibangunkan. 2) Pemilihan lokasi dan pengumpulan data Lokasi yang sesuai dipilih. Stesen pengawasan cuaca dipasang di lokasi untuk pengumpulan data tentang sinaran suria dan kelajuan angin. AKTIVITI
3) Analisis beban kecil dan penyesuaian sistem Jumlah kuasa yang dijana dan penarafannya berkadar dengan beban kecil. Pengiraan analisis beban kecil dilakukan bersama-sama dengan ciri-cirinya. 4) Pembangunan sistem kuasa hibrid Analisis beban kecil dilakukan serta sistem kuasa hibrid direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan data tenaga suria dan angin yang dicatat di lokasi. Peringkat ini akan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah serta menilai pelaksanaan sistem ini. 5) Pemantauan dan dokumentasi Prestasi sistem dipantau dan didokumenkan untuk penyelidikan pada masa hadapan.
Industri: 1) Kaedah optimum mereka bentuk projek-projek tenaga hibrid yang boleh diperbaharu. 2) Peningkatan proses reka bentuk yang efisien berdasarkan hasil data yang diperoleh. 3) Jurutera khas dapat dibangunkan untuk projek ini. OUTPUT
IPTA: 1) Penyediaan kursus singkat yang boleh menyokong pembelajaran berterusan di universiti dan industri.
Pembangunan Modal Insan: 1) Peningkatan kemahiran insaniah graduan pelatih melalui kerjasama dengan industri dalam pembangunan projek ini.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Malaysia Perlis 2) Perunding Iza’d Sdn. Bhd.
Industri: 1) Pengetahuan teknikal tentang sistem solar dan angin berasaskan teknologi terkini. 2) Pengetahuan teknikal mengenai reka bentuk sistem elektrik yang memberi manfaat untuk mendapatkan status jurutera profesional. 3) Sistem kuasa hibrid berasaskan 100% tenaga yang boleh diperbaharu.
KEBERHASILAN
IPTA: 1) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu UNIMAP PV Power Trainer telah memenangi pingat emas di ITEX 2012 pada bulan Mei 2012. 2) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu UNIMAP PV Power Trainer telah memenangi anugerah khas di CEIGE 2012 di Universiti Teknologi Taiwan Selatan pada 2012. 3) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu Hybrid Solar and Wind Portable Generator telah memenangi pingat perak di UNIMAP Inventor Exhibition 2013. Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan yang profesional tentang proses reka bentuk elektrik.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek PROPOSAL
3 BULAN
6 BULAN
9 BULAN
12 BULAN
15 BULAN
18 BULAN
21 BULAN
24 LAPORAN BULAN AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri 6 BULAN
9 BULAN
12 BULAN
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
15 BULAN
18 BULAN
21 BULAN
24 BULAN
LAPORAN AKHIR
4. PENILAIAN PROJEK Rakan Industri : Perunding Iza’d Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 16 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Razak Haji Lajis (USM) 2) Profesor Madya Dr. Hartini Ahmad (UUM) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri) SEKSYEN
ITEM
PENILAI 1
PENILAI 2
A
PENCAPAIAN PROJEK (40%)
25%
25%
B
AKADEMIA (10%)
6%
7%
C
GRADUAN PELATIH (10%)
7%
7%
D
ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%)
6%
7%
E
LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%)
23%
23%
67%
69%
MARKAH KESELURUHAN (%)
MARKAH SELEPAS KUMULATIF
68%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek
5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek
5/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
4/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek
berfikir,
3/5
5/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini berada pada kategori jingga. Projek ini lebih berfokuskan penyelidikan. Pembinaan lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin masih dikaji oleh Ketua Projek dan lokasi yang sesuai masih lagi dicari untuk projek ini. Kos pembangunan sistem ini juga masih tinggi. Hal ini akan menghadkan pembinaan sistem tersebut dan menyebabkan projek ini sukar untuk dikomersialkan kerana pulangan modal belum dapat dikenal pasti. Oleh itu, projek ini perlu diperkayakan lagi dari segi pemindahan ilmu supaya memberikan nilai tambah kepada golongan sasaran.
LAMPIRAN
Sistem lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin yang dihasilkan
Tinjauan oleh panel penilai di tapak projek
Graduan Pelatih sedang menguji pembekal kuasa PV yang dihasilkan untuk beban kecil
Bacaan pancaran sinaran suria di Kangar, Perlis
Bacaan kelajuan angin tahunan di Kangar, Perlis
Lawatan panel penilai KTP Pemantauan
Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah dijalankan
Sesi perbincangan dan temu bual antara akademia, panel penilai dan rakan industri