Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2011
1
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
-Yang Di-Pertuan Agong Ke-14: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
MS4
MS9
- PTD dianugerah Beret Hijau Kehormat
MS 19
- Lakar Sejarah Wirawati TD
MS 55
- RSD menjuarai Kejohanan Bola Keranjang antara Kor TD 2012
1
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SIDANG EDITORIAL PENAUNG: Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin KETUA PENGARANG: Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor PENGARANG: Lt Kol Zulkifli bin Dato’ Hj Tahir EDITOR: Mej Anijah Miril WARTAWAN: Mej Aishah Ismail, Kapt Oui Bee Chu, Lt Nurfarahanim Mohd Tahir, Kpl Saiful Fazley Rusli, LKpl Nurulhaswani Ruzainy dan PW 2 Mat Zaini Hj Abd Ghani (Bersara) JURU GAMBAR: Sjn Kamarulzaman Ariffin, Kpl Shamsul Zaidi Zolkoffly GRAFIK: Kpl Abdul Rahman Mohamad PENGURUSAN: SSjn Mohamad Solor Hj Ismon dan LKpl Vijay Gaundar Arikrishnan KORESPONDEN: 1 DIVISYEN: Kapt Che Amran Muhamad, Kapt Jaafar Hj Mat, SSjn Zulkapli Alias, SSjn Mohd Sedi Ibrahim, Sjn Saifuddin Salim, Sjn Lim Rantai, Kpl Mad Sarip Salleh, Kpl Roslan Abdullah, LKpl Saiful Kasim dan Pbt Mohd Nazrul Abdullah 2 DIVISYEN: Kapt Mustaffar Salleh, Lt M Nur Saadializa Ghazali, SSjn (YOS) Wan Shakie Hj Wan Ee, Sjn Bong Leong Fu, Sjn Husaini Mat, Sjn Syamsul Amri Kassim, Kpl Zulhairin Osman, Kpl Mazlan Rosli, Kpl Mohd Nazri Bakai, Kpl Rosli Omar, Pbt Sabri Mohammad dan Tpr Ruterderan Suguniaran. 3 DIVISYEN: Kapt Abd Rashid Mohamed, Lt M Zuljisham Abd Rashid, Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Sjn Nur Afina Naincy Samudi,Kpl Ajis Ginjang, Kpl Tahar Taib, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud, LKpl Azmi Abdullah dan Pbt Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham 4 DIVISYEN: SSjn Gura Uhma, SSjn Sharipon Abdul Rahman, Sjn Kamarul Hisham Jamaluddin, Kpl Mohd Fauzi Abd Kadir, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar, LKpl Mohd Zulkifli Awang, Pbt Asri Hisham Zolkifli dan Pbt Mohd Rizal Abdullah MARKAS LATIHAN: Lt Kol Awaluddin Yaacob, Lt Kol Murtadza Hj Nordin, Sjn Mohd Sori Setapa, Kpl Riau dan Pbt Saparis Sapain KUALA LUMPUR: Mej Suria Sulaiman, SSjn A Yusmi Abdul Hamid, Sjn Hamadi Zakaria, Sjn Jamri Suman, Kpl Yuhanis Yussof, SSjn Suryazu Mohamad, Sjn Saifun Hakimi Zainon dan Pbt Lawrence Sakim 10 BRIGED PARA/21 GGK: Sjn Harun Mahad, Kpl Ahmad Ismail, Kpl Hamidah Ab Karim dan LKpl Khairul Galim BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada: Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau e-mail:
[email protected] Faks: 03-26985536/0326923195 Tel: 03-20715954, 6290, 6455, 3486 dan 3667
2
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
PENA PENGARANG Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
“Dengan disiplin serta semangat setiakawan yang tinggi dikalangan warga TD, tidak ada perkara mustahil, yang tidak dapat dilakukan. Sebagai anggota tentera, tanggungjawab utama adalah kepada negara dan rakyat kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...”
Tentera Darat - 1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia
B
ermula dengan pengambilan seramai 25 orang pemuda Melayu yang menyertai Kompeni Percubaan pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933, kini Tentera Darat telah berkembang dengan pesatnya dan menyambut hari ulangtahun penubuhannya yang ke 79 pada tahun ini. Tema 1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia merupakan satu amanah yang dipikul oleh setiap warga TD. Dengan keyakinan serta tanggungjawab diberikan oleh rakyat, kita harus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme di samping berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan dan penuh wibawa. Kita tidak harus leka dengan kejayaan-kejayaan yang lalu, apatah lagi menggunakannya sebagai solution untuk mengatasi sesuatu cabaran kerana banyak lagi dugaan lain yang terpaksa ditempuhi. Kita sedar bentuk ancaman yang terpaksa dihadapi TD tidak lagi terhad kepada bentuk konvensional sebaliknya merangkumi a n c a m a n s i b e r, e k o n o m i d a n s o s i a l . Keadaan geostrategik serantau serta cabaran global dewasa ini sentiasa berubah dan tidak menentu. Akibat uncertainty ini, maka kita sebagai 1 Angkatan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan ini, dan mengharunginya sebagai satu angkatan. Sebagai sebuah pasukan dan juga ‘community of practices’, setiap elemen dalam TD; sama ada tempur, bantuan tempur mahupun bantuan perkhidmatan, perlu bekerjasama
serta berganding bahu kerana gandingan mantap ini akan menentukan pencapaian wawasan dan objektif yang ditetapkan. Bagi merealisasikan dimensi Tetap Gagah Tetap Setia pula kesiapsiagaan tempur dan kualiti hidup amat wajar dipertingkatkan bagi membina daya juang ketenteraan yang mampan serta mewujudkan insan yang syumul. Ini merupakan teras kepada pembentukan modal insan. Maka TD akan meneruskan iltizam untuk membentuk “Khairul Ummah” yang dapat memperkasakan tahap kesiapsiagaan tempur ke tahap yang paling optima. Nilai-nilai ini akan menjadi landasan kepada kekuatan kita sebagai 1 Angkatan yang tetap gagah dan tetap setia serta mampu mempertahankan kedaulatan negara daripada apa jua bentuk ancaman. Dengan disiplin serta semangat setiakawan yang tinggi dikalangan warga TD, tidak ada perkara mustahil, yang tidak dapat dilakukan. Sebagai anggota tentera, tanggungjawab utama adalah kepada negara dan rakyat kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Perjuangan dan curahan bakti anggota adalah sesuatu yang berterusan demi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Kita adalah tulang belakang pertahanan negara dan memainkan peranan yang penting di dalam menjamin keamanan dan kestabilan negara bagi membolehkan negara menjadi maju dan makmur. Mengekalkan keamanan dan kedaulatan yang dinikmati sekarang adalah sumpah keramat dan amanah rakyat yang kita pikul.
3
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
Yang Di-Pertuan Agong Ke-14: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Oleh: Lt Farhanim Tahir Riwayat DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Yang Di-Pertuan Agong adalah institusi ketua negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Majlis Raja-Raja dibawah Perlembagaan atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri yang mana akan diganti setiap lima tahun mengikut giliran yang ditetapkan. Baginda adalah Ketua Agama Islam bagi negerinegeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Dari aspek pertahanan, Baginda merupakan pemerintah tertinggi ATM. Sorotan kali ini adalah berkaitan perlantikan bersejarah Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong kali ke-14 bagi mengantikan Yang Di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Baginda yang ditabalkan pada 11 Apr 2012 di Balairong Istana Negara merupakan Yang Di-Pertuan Agong yang dilantik bagi kali ke dua. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sep1975 semasa berusia 43 tahun. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos 1957. Istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov 2011. Kebawah Duli Yang Maha Mulia
4
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb November 1927. Sultan Berjiwa Rakyat Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi: * Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan * Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda dikurniakan tiga puteri iaitu dua yang tertua
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 Rakyat”. Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.
Pengisytiharan
Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini: “Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja: Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan,
merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu. Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Baginda terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri. Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Baginda, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda. Baginda juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat dan disifatkan sebagai “Sultan Berjiwa
Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu. Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas.”
5
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
Perbarisan Memuliakan Agong
Oleh: Kpl Saiful Fazley Rusli
KUALA LUMPUR: Seramai 22 Pegawai dan 586 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XIV, Al‘ Mutasimu Billahi Muhibudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 24 Feb 2012. Perbarisan terdiri dari lima detasmen iaitu tiga detasmen dari Tentera Darat (TD) dan dua lagi mewakili detasmen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan diketuai Leftenan
6
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Kolonel Tengku Muhamad Fauzi Tengku Ibrahim, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja manakala ajutan perbarisan ialah Kapten Muhammad Fahmi Ashaari (TUDM). Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan serta Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, TLDM dan TUDM serta baginda dipersembahkan dengan acara berjalan lalu dan laungan Daulat Tuanku. Istiadat perbarisan turut disertai dengan lintas hormat oleh lima buah pesawat yang terdiri daripada sebuah pesawat Agusta dari TD, sebuah pesawat Fennex dari TLDM, dua buah pesawat Nuri serta sebuah pesawat Allouette dari TUDM yang mana pesawat tersebut membawa bendera Jalur Gemilang, ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatan. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin dan isteri Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom Wan Awang serta panglima-panglima ketiga - tiga cabang perkhidmatan bersama isteri.
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79 Oleh: Sjn Saifun Hakimi bin Zainon Gambar: Sel PRTD KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) telah genap usianya 79 tahun pada 1 Mac 2012 yang lalu disambut dengan penuh kesederhanaan dengan mengekalkan tema yang sama, “1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia. Dalam perutusannya, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin berkata, TD tidak harus leka dengan kejayaan mengatasi sesuatu cabaran kerana banyak lagi dugaan lain yang terpaksa ditempuhi dan perkara itu perlu diharungi bersama sebagai sebuah pasukan. Keadaan geostrategik serantau serta cabaran global yang terpaksa dihadapi pasukan bersenjata itu sentiasa berubah dan tidak menentu. Menurutnya, bentuk ancaman yang terpaksa dihadapi TD tidak lagi
terhad kepada bentuk konvensional sebaliknya merangkumi ancaman siber, ekonomi dan sosial. Ancaman
dalam bentuk baru itu semakin mencabar ekoran pelbagai masalah global ter masuk kemelesetan ekonomi dan juga ketegangan politik membabitkan negara-negara tertentu khususnya di Asia Barat. Panglima TD turut menekankan demi kelangsungan hala tuju TD ke arah kecemerlangan, kedua-dua dimensi yang perlu dititik beratkan ialah kesiapsiagaan tempur dan kualiti hidup iaitu kesetiaan, intergriti, kesatuan, pengorbanan dan keunggulan yang akan terus menjadi teras pendukung kepada dua dimenasi tersebut demi membina daya juang ketenteraan yang mampan. Matlamat yang jitu untuk mewujudkan insan yang syumul yang mempunyai keutuhan mental,
7
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
fizikal dan spiritual adalah menjadi teras kepada pembentukan modal insan. Katanya, TD akan meneruskan iltizam untuk membentuk “Khairul Ummah” yang dapat mengoptimumkan dan akan memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan Sumber Manusia pada sebilang masa ini kerana modal insan atau Manusia (Man) merupakan elemen yang paling utama dalam organisasi TD. Terdahulu, PTD menyampaikan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan kepada 10 penerima masing-masing 8 anggota tentera dan 2 awam bagi mengiktirafkan kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan PTD Turut menyampaikan Sijil Perhargaan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Pertahanan yang mana TD memenangi tempat pertama dalam kategori Teknikal dan ketiga dalam Kategori Pengurusan. Perbarisan yang dilaksanakan di Dataran Panglima Tentera Darat,
Kem Perdana, Sungai Besi pada kali ini terdiri daripada 22 Pegawai dan 710 anggota Lain-lain Pangkat diketuai oleh Lt Kol Abu Hassan Ashaari dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu (PP RAMD) dan Pancaragam Pusat Kor Armor DiRaja (PP KAD).
8
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
PTD dianugerah Beret Hijau Kehormat Oleh: Sjn Saifun Hakimi Zainon MERSING: Dunia hari ini telah melihat setiap negara merdeka mempunyai satu cabang Pasukan Khas di dalam angkatan tentera mereka. Istilah pasukan khas, elit, khusus ataupun komando mempunyai maksud yang sama. Perkataan COMMANDO itu sendiri adalah gabungan perkataan COMMAND dan DO bermaksud perintah dan laksanakan, tidak boleh membantah ataupun mempersoalkan perintah yang diarahkan. Pada tanggal 6 Mac 2012, Tentera Darat telah menyaksikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Rejimen Gerak Khas (RGK) yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK Brig Jen Effendi Abd Karim di Padang Kawad 21 GGK. Penganugerahan Beret Hijau Kehormat kepada Panglima Tentera Darat, ini adalah kerana mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai pemimpin tertinggi Tentera Darat. Selain itu pelantikan beliau selaku Panglima Tentera Darat pastinya akan memberi banyak sumbangan ke arah mempertingkatkan pembangunan dan pemondenan Gerak Khas khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya. Pasukan Komando mempunyai tugas khusus di dalam melaksanakan strategi peperangan, diantaranya ialah memusnahkan insfrastruktur musuh dengan tujuan melambatkan pergerakan mereka. Selain itu, serangan kilat juga menjadi salah satu tugasan pasukan komando. Serangan kilat atau serbuan pantas sangat berkesan bagi memberi kejutan kepada pihak musuh. Pihak
9
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
musuh tidak bersedia dan tergamam apatah lagi untuk membuat serangan balas. Bagi anggota tentera Beret Hijau adalah lambang keagungan, keperwiraan serta lambang mutu keberanian yang tinggi nilainya. Ia merupakan lambang pengorbanan serta setaraf profesionalisme yang tinggi bagi kalangan wira yang memakainya. Hanya mereka yang benar-benar layak berhak untuk dianugerahkan Beret Hijau dan diterima sebagai salah seorang ahli Gerak Khas iaitu sebuah pasukan yang diperakui sebagai pasukan elit ATM. Rejimen Gerak Khas telah diiktiraf keunggulannya oleh dunia antarabangsa dan setiap wira yang memakai beret ini perlu mempertahankan martabatnya. Hadir sama menyaksikan upacara penganugerahan yang bersejarah ini Pengerusi GGK, Brig Jen Dato’ Abd Samad bin Hj Yaakub serta Pegawai-pegawai Kanan TD.
“Dunia hari ini telah melihat setiap negara merdeka mempunyai satu cabang pasukan Khas di dalam angkatan tentera mereka. Istilah pasukan khas, elit, khusus ataupun komando mempunyai maksud yang sama. COMMANDO itu sendiri adalah gabungan perkataan COMMAND dan DO bermaksud perintah dan laksanakan, tidak boleh membantah ataupun mempersoalkan perintah yang diarahkan...”
10
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD Oleh: Sjn Saifun Hakimi bin Zainon KUALA LUMPUR: Seramai 8 orang pegawai kanan telah dinaikkan pangkat di Majlis Pemakaian Pangkat TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD, Kem Perdana, Sungai Besi pada 28 Mac 2012. Mendahului senarai adalah Lt Kol (Dr) Rozali bin Ahmad yang telah dinaikkan pangkat Kol dan menjawat jawatan Pengarah Logistik Perubatan Bersama, MK AB-J9. Pemakaian pangkat Kol dua orang serta Lt Kol pula adalah seramai enam orang. Turut hadir semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD adalah Pengarah-pengarah Kor dalam TD.
Acara Derma Darah Sempena HUT TD Ke-79 KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-79, satu acara derma darah telah diadakan di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn pada 28 Mac 2012. Acara sehari yang diadakan ini bermula jam 0800 dan berakhir sekitar jam 1700 mendapat sambutan yang menggalakan yang mana dianggarkan hampir 1000 pegawai dan LLP hadir untuk menderma darah. Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin hadir bagi memeriahkan acara dan turut
meluangkan masa beramah mesra dengan pendermapenderma darah. Menggunakan tema ‘Derma Darah: Badan Sihat, Pahala Dapat’, acara kali ini mendapat kerjasama Pusat Darah Negara, Majlis Aids Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan. Program sebegini diadakan saban tahun selain dapat membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah Negara, ia juga sebagai satu khidmat masyarakat anggota tentera kepada orang ramai.– Pbt Fatin Izzati Amir
11
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
Oleh: Sjn Saifun Hakimi Zainon KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin serta pegawai kanan TD dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat Datin Hajah Rusnah A. Rahman telah menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke -79 pada 7 Mac 2012. Majlis Makan Malam Rejimental PTT Kanan Tentera Darat kali ini adalah yang julung kalinya diadakan bersempena sambutan HUT TD KE-79. Lebih bersejarah lagi apabila segala persiapan dan urusan Majlis Makan Malam Rejimental dilakukan sepenuhnya oleh PTT Kanan sendiri tanpa sebarang campur tangan mana-mana pegawai. Kesemua ini adalah berkat usaha gigih SMR TD, PW 1 Musa bin Haron serta
Majlis Makan Malam
Rejimental PTT Kanan HUT TD Ke-79
ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini. Dalam ucapan PTD, PTT Kanan adalah sebagai tulang belakang TD, semestinya berupaya melakukan anjakan paradigma untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Perkembangan dan cabaran masa kini memerlukan PTT Kanan berfikiran kritis, kreatif dan komprehensif. Turut hadir adalah Mantan-mantan SMR TD, SMR-SMR, PTT Kanan serta isteri masingmasing.
12
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
SERAH...PTD menyerahkan buku bacaan kepada anak-anak Allahyarham Lt Kol Habibulah
Penyerahan Cek Pampasan
Oleh: Sjn Saifun Hakimi Zainon KAJANG: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin menyerahkan Cek Pampasan Insuran Kelompok dan Khairat Kematian kepada Puan Maryani Mahadzir, balu kepada Allahyarham Leftenan Kolonel Habibullah Ismail di rumahnya di Sungai Tangkas, Kajang, Selangor pada 3 Mac 2012. Lt Kol Habibulah yang bertugas sebagai Pengarah Awasan di Pusat Operasi Bersama Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) meninggal dunia di Hospital Jabal Amel di Tyre, Lubnan akibat serangan sakit jantung
pada 6 Feb 2012. TD dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Turut hadir semasa majlis tersebut, BAKAT TD, Datin Hajah Rusnah A. Pengarah Infantri Dato’ Mohamad Rahman. Khir Abdullah serta pegawai kanan
13
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat TD Oleh: Lkpl Zahir Saidin KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin antara 1000 orang warga Tentera Darat yang hadir pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tentera Darat yang telah diadakan di Masjid Kem Wardieburn. Majlis sambutan Maulidur Rasul ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mengingati peristiwa keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada majlis ini juga turut diadakan syarahan agama bertajuk Wasiat Terakhir Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Roslan Mohamad yang merupakan Pengarah Kanan di Universiti Malaya. Hadir sama, Panglima 4 Div, Men Jen Dato’ Suhaimi Mohd Zuki, Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat serta warga Tentera Darat.
Forum Perdana Sempena HUT TD Ke-79 Manakala moderator adalah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah,Pensyarah Kanan Fakulti Pusat Pengajian Umum dan Bahasa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin bersama isteri, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad YBhg Dato’ Hj Redza Shah Aabdul Wahid, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota TD.– Lkpl Zahir Saidin MOTIVASI...antara Panel yang hadir memberi ceramah sempena HUT TD Ke-79
SUNGAI BESI: Sambutan Hari Ulang Tahun TD Ke-79 Tahun 2012 kali ini amat bermakna apabila berjaya m e n g a d a k a n F o r u m P e rd a n a bersiaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM 1). Forum Perdana anjuran Markas Te n t e r a D a r a t i n i m e n d a p a t kerjasama dari Bank Muamalat Berhad serta pihak JAKIM. Forum Perdana bertajuk ‘Generasi Y Tentera Darat Pencorak Lanskap Masa Hadapan Tentera Darat’ ini menampilkan dua ahli panel iaitu Ustaz Hj Mohd Kazim Elias Al Hafiz, Pengetua Pusat Pendidikan Al Bakarah, Mej Daud Salleh, pegawai Agama ATM.
14
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
PTD Terima Beret Kehormat PUTD Oleh: Lkpl Zahir Saidin K L U A N G : P a n g l i m a Te n t e r a Darat (PTD), Jen Datuk Hj Zainal Abidin telah dianugerahkan Beret Kehormat PUTD sempena perbarisan Hari Ulang PUTD ke17 di Rejimen 881 PUTD, Kem Mahkota, Johor pada 12 Mac 2012. Pemakaian Beret kehormat PUTD merupakan acara yang julung kali dianugerahkan kepada Panglima Tentera Darat yang ke-24. Pebarisan HUT PUTD yang diketuai oleh Lt Kol Putra Indera Shah Baharudin bersama 13 pegawai 183 anggota turut mendengar amanat PTD yang berkehendakan pasukan tersebut mempunyai kesiagaan tempur yang tinggi, serta latihan berterusan agar pasukan ini menjadi yang terbaik di antara terbaik. Turut hadir adalah panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Razali Ahmad, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Dalib Basir, Pengarah PUTD, Kol Suhaimi Hussain, Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD, Lt Kol Abdul Razak Haron, Pegawai-pegawai Kanan TD dan anggota PUTD.
15
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
BERSAMA PEMIMPIN
Pelancaran Bravo Lima
Oleh: Sjn Saifun Hakimi bin Zainon KUALA LUMPUR: Majlis pra pelancaran filem Bravo Lima telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Wisma Transit pada 9 Apr 2012 dalam suasana cukup sederhana tetapi meriah. Bravo Lima adalah sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan iaitu mengenai 5 anggota Komando Tentera Darat di bawah pimpinan Lt Azri yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas PGK. Lim Yatt, orang penting PGK yang telah ditangkap Berjaya melepaskan diri dengan bantuan konco-konco pergerakan parti kebangkitan pengganas PGK yang diketuai Sidek. Lim Yatt berjaya melepaskan diri ketika dalam perjalanan menaiki keretapi yang dikawal oleh pihak polis. Secara kebetulan, Kopral Kamal yang sedang bercuti berada pada tempat kejadian, menyedari dan turut membantu tetapi telah ditangkap dan ditawan sebagai tebusan. Lt Azri bersama empat anggota komando lain dikerah menyelamatkan tebusan (Kpl Kamal) serta menangkap Lim Yatt dan konco-konconya. Pelakon utama adalah Remy Ishak, memegang watak Lt Azri, Beto Khusyairi menyandang watak Trooper Karim, Shahsi Tharan sebagai Koperal Morgan, Frank Peterson sebagai Sarjan Unya, Fong U-Shin, Xavier sebagai Kopral Ah Chia manakala Shoffi Jikan sebagai Ketua dari Sub Unit PKM yang bercita-cita mendirikan kerajaan republik komunis di Malaysia. Hadir sama pada majlis pelancaran filem Bravo Lima adalah para pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.
“Sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan iaitu mengenai 5 anggota Komando Tentera Darat di bawah pimpinan Lt Azri yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas PGK...”
16
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BERSAMA PEMIMPIN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Pelancaran Kompeni AW Wilayah Felda Negeri Terengganu
Oleh: Sjn Saifun Hakimi Zainon DUNGUN: Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah FELDA Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Panglima Medan Tentera Darat (PMTD), Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Ketengah Jaya pada 31 Mac 2012.
Perbarisan pelancaran kompeni Askar Wataniah ini dianggotai oleh 153 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat dengan diketuai oleh Lt Kol Razak Che Awang sebagai Ketua Perbarisan, manakala RSM Perbarisan ialah PW 1 Ismail bin Mat Junoh. PMTD dalam ucapannya memaklumkan bahawa pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara warga awam dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan lagi. Beliau yakin Askar Wataniah berupaya meniup semangat generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni kepada negara. Turut hadir ialah Brig Jen (K) Tan Sri Rozali Ismail merangkap Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF). Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.
“Askar Wataniah berupaya meniup semangat sebuah generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni kepada negara...”
17
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
HARI WANITA TD
Lakaran Sejarah Wirawati TD Oleh: Kpl Abdul Rahman Mohamad Gambar: Pbt Fatin Izzati Amir BIDANG ketenteraan kini bukan sahaja dianggap bidang profesional yang dikuasai oleh kaum lelaki malah ianya turut disertai oleh kaum wanita, malah telah melahirkan ramai wirawati tanahair. Apa yang amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia, sebilangan besar kalangan wanita di Malaysia berani menyahut cabaran untuk menyertai Tentera Darat (TD) bagi sama-sama berjuang bagi mempertahankan tanah air dari anasir luar sebilangan masa. Mereka juga merupakan wirawati negara yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan peluh telah diangkat sumbangannya di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pada 22 Mac 2012, Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) telah menyambut ulang tahun yang ke-30 bertempat di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD), Brig Jen Dato’ (Dr) Hajjah Roshidah Ishak menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan yang melibatkan 11 orang pegawai dan 114 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Jika diimbau kembali sejarah penyertaan wanita di dalam pasukan Tentera Darat bermula pada bulan Nov 1964. Barisan Tentera Sukarelawan Wanita seramai 150 orang yang diketuai oleh Datin Fatimah Abdul Majid dan dibantu oleh Ibu Zain telah dilatih oleh tentera darat
18
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
di Kem Majidee Johor Bahru pada setiap hari Rabu di antara jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Berikutan dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia, Askar Wataniah disusun semula dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pasukan Infantri dan Pasukan Pertahanan Tempatan (LDC) Askar Wataniah. Penglibatan wanita dalam pasukan sukarela secara rasminya bermula dengan tertubuhnya Pasukan Semboyan Wanita diikuti dengan pengambilan rekrut wanita yang dijalankan pada awal tahun 1965. Menyahut seruan tanahair ketika itu, menyebabkan ramai wanita berminat menyertai Pasukan Askar Wataniah Wanita dengan masing-masing menganggotai Pasukan Pertahanan Tempatan (Askar Wataniah). Pasukan Semboyan Wanita ditubuhkan sejajar dengan Pasukan Pertahanan Tempatan (LDC) Askar Wataniah bertujuan untuk melatih pranita menjadi tukang masak, operator telefon, operator teleprinter, cipher operator, jururawat di Hospital Kinrara dan Terendak, kerani, jurutaip dan pemandu kenderaan ringan. Sebelum pranita dilatih khas dalam bidang tersebut, mereka telah dihantar menghadiri latihan rekrut di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) di Kem Seputih, Ipoh, Perak. Pada akhir tahun 1966, seramai 47 orang pegawai dan 1077 LLP wanita telah dilatih. Mereka ini terdiri daripada pelbagai bidang pekerjaan seperti suri rumah, kerani, jurutaip, guru, operator telefon, setiausaha, petani, peniaga dan lain-lain serta terdiri daripada
HARI WANITA TD Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 TAAT SETIA...bacaan Ikrar Kesatria yang di lafazkan oleh anggota perbarisan bergema dengan penuh semangat sewaktu upacara
pelbagai bangsa di Malaysia pada ketika itu. Setelah konfrontasi Malaysia-Indonesia tamat, kira-kira 750 orang anggota Sukarelawati ini masih berkhidmat. Perkembangan sukarelawati ini bertambah lagi apabila satu kursus Bakal Pegawai Sukarela diadakan di PLAW Kem Seputih, Batu Gajah, Perak pada tahun 1966. Seramai 43 orang sukarelawati dari seluruh negara dipilih menghadiri kursus selama sebulan dan hanya 6 orang sahaja berjaya dan ditauliahkan menjadi Pegawai Sukarelawati Askar Wataniah. Antaranya ialah Lt M Habibah Baharom, Lt M Chan Choo Ping, Lt M Ning Mahabi, Lt M Tan Kit Kuang, Lt M Pah Aminah Syed Ali dan Lt M Wan Azinar Nasaruddin. Selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969, kekuatan Angkatan Tentera Darat bertambah dimana anggota Sukarelawati yang terlatih dan berkebolehan telah dikerah sepenuh masa bagi mengisi kekosongan dalam
perkhidmatan tersebut. Pada tahun 1973, seramai 4 orang pegawai kerahan wanita ini telah diserap menjadi anggota tetap Angkatan Tentera Darat dan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada ketika itu. Mereka ialah Mej Ning Mahabi, Kapt Ramlah Long, Kapt Zainon Mansor dan Kapt Sharifah Fatimah Syed Ibrahim. Pada 25 Sep 1977, pengambilan secara terus seramai 30 orang wanita lepasan sekolah menengah untuk dilatih selama 3 bulan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) di Ipoh, Perak telah dijalankan. Apabila berjaya mereka terus ditauliahkan dan dikerah sepenuh masa dalam Tentera Darat. Sejarah telah mencatatkan sepanjang penglibatan selama 30 tahun, serta menunjukan komitmen yang tinggi dalam Angkatan Tentera Darat dan sentiasa mebabitkan diri di dalam perbagai aktiviti pasukan, 117846 PW I Che Mah Musa telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam perjawatan lain-lain pangkat, iaitu pangkat PW I dan menjadi SMR wanita yang pertama dalam Askar Wataniah pada 1 Mac 1997. “Wanita kini merupakan tulang belakang kepada apa sahaja agenda Negara malahan menjadi pemangkin yang boleh memacu Negara ke arah mencapai matlamat 2020,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera . Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut adalah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat Brig Jen Norhuda Ahmad, Pegawaipegawai Kanan wanita TD dan ahli jawatankuasa yang lain.
19
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
SEJARAH TD
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
PERWIRA NEGARA...perintis kepada penubuhan Tentera Darat Malaysia
Sejarah Tentera Darat Oleh Lt. Farahanim Tahir Pada 1 Mac 2012 lalu, Tentera Darat Malaysia telah menyambut Hari Ulang Tahun Ke-79 di Dataran PTD, Kem Sg. Besi. Melihat kepada usia yang diraikan oleh cabang perkhidmatan utama pertahanan negara ini menyaksikan betapa ia telah melalui ranjau onak dan duri sejauh perang dunia pertama hingga kini. Justeru, keluaran kali ini ingin menyorot sejarah Tentera Darat hingga ia merupakan salah satu organisasi pertahanan yang digeruni dan dihormati didalam dan luar negara. Tentera Darat Malaysia adalah komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang terdiri menjadi pasukanpasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu. Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Pasukan ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi
20
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, Angkatan Tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera untuk peperangan konvensional.
SEJARAH TD Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 Kor dan Rejimen Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Rejimen Askar Melayu Diraja adalah rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu Diraja bersamasama dengan Rejimen Renjer Diraja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Rejimen Askar Melayu Diraja kini mempunyai kekuatan 25 batalion. Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD mengandungi 25 batalion yang mana dua batalion sebagai Batalion Para, dua batalion sebagai Batalion Mekanis, satu Batalion Istiadat dan selebihnya adalah Batalion Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia. Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan elit Para akan menjadi teras kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah
Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian askar Melayu. Dalam pertempuran ini, Leftenan Adnan Bin Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir. Rejimen Renjer Diraja (RRD) Pasukan ini terkenal dengan cogan kata Agi Hidup Agi Ngalaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan. Bersama dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Armor Diraja, Rejimen Renjer Diraja merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usianya sebagai rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja bersama memikul beban sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara. Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia. Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantri. Kor Armor Diraja (KAD) Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan telah dicantumkan dengan Rejimen Persekutuan, sebuah batalion infanteri. Percantuman ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972. Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja. Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara “serangan” dan “pertahanan” dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor Armor Diraja ialah Bersatu. Kor Armour Diraja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor Diraja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan pengangkut anggota berperisai (Armoured Personnel Carrier), kenderaan tempur infantri (Infantry Fighting Vehicle), kenderaan tempur berperisai (Armoured Combat Vehicle) dan juga dengan kereta kebal. Rejimen Artileri Diraja (RAD)
terlibat di dalam Perang Dunia II. Antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggaan Kor Infantri adalah Pertempuran Muar. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan Military Cross bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin.
Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi
21
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SEJARAH TD
bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif. Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat. Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Rejimen Semboyan Diraja adalah sebuah rejimen Bantuan Tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Tugas utama RSD ialah menyedia dan menyelenggarakan komunikasi untuk perintah dan kawalan Tentera Darat. Di samping itu, RSD juga terlibat di dalam menyediakan
22
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
bantuan Peperangan Elektronik kepada Tentera Darat. RSD bertanggungjawab meyedia dan mengekalkan semua saluran komunikasi diantara markas-markas formasi hingga ke pasukan di peringkat taktikal Tentera Darat Malaysia. RSDjuga bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia. Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula apabila tertubuhnya Communications Troop di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Terup tersebut telah dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada awal tahun 1952, ‘Communication Troop’ ini telah dinaik taraf ke skuadron dan dikenali sebagai Federation Signals Squadron. Bermula dari tarikh itu secara rasminya Skuadron tersebut telah diberi tugas dan tanggungjawab khusus untuk menyediakan komunikasi kepada semua pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja. Seiring dengan penubuhan Federation Army Brigade pada tahun 1952, Federation Brigade Siqnal Squadron juga telah ditubuhkan bagi menyokong bantuan komunikasi antara markasFederation Army Brigade ke pasukan-pasukan di bawahnya. Ia kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Signal Regiment. Rejimen Semboyan juga telah mengiktiraf tanggal 15 November 1952 sebagai tarikh penubuhan Federation Signals dan sehingga sekarang tarikh tersebut secara rasmi dikenang sebagai tarikh penubuhan Rejimen Semboyan Diraja. Sejajar dengan jasanya dalam pelaksanaan peranan dan tugas yang disandang dalam pemodenan komunikasi Tentera Darat, disamping keterampilan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Raja dan Negara, Rejimen Semboyan Malaysia telah dianugerahkan gelaran ‘Diraja’ oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 6 Jun 1992. Kor tersebut kini dikenali sebagai Rejimen Semboyan Diraja. T Rejimen Gerak Khas (RGK) Grup Gerak Khas merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang paling digeruni dan ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. Rejimen pada mulanya dikenali sebagaiMalaysian Special Service Group (MSSG), dan dalam tahun 1969 telah diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM). Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara. Cogankata Rejimen Gerak Khas adalah Cepat Dan Cergas. GGK pernah terlibat dalam beberapa siri operasi berprofil tinggi termasuklah operasi menyelamat
SEJARAH TD Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 pasukan Delta Force dan Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran di Pasar Bakhara, Moghadishu, Somalia yang mengakibatkan 2 anggota GGK terkorban dalam operasi yang digandingkan bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan.
Kor Perkhidmatan Am (KPA)
Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabatpejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Cogankata Kor Perkhidmatan Am ialah Berbakti. Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 Nov 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintahperintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya Sedia Berkhidmat. Kor Kesihatan Diraja (KKD) Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT,
Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah Khidmat Diutamakan. Kor Risik DiRaja (KRD)
Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera. Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.
Kor Risik Diraja ditubuhkan secara rasminya pada 7 Nov 1969 bagi menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya yang melancarkan dasar ketenteraan dan merancang pemberontakan bersenjata mulai 1949. Pada tahun 53, pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan bagi membantu pasukan keselamatan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM. Serentak dengan itu, seorang anak watan Pbt Hashim bin HJ Rauf telah diserap dan ditugaskan di HQ 355 Field Security Section (FSS) iaitu British Military Intelligence yang diketuai oleh LtM E.A Atkinson. Potensinya yang baik meyakinkan pihak Inggeris dan seterusnya menggalakkan mereka terus merekrut lebih ramai anak tempatan. Sekumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) dari Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditumpangkan ke HQ 355 FSS untuk dilatih dalam seksyen perisikan. Apabila negara merdeka HQ 355 FSS disusun
23
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SEJARAH TD nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 Apr 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Kelengkapan Malaysia kemudiannya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja. Cogankata Kor ini ialah Berkhidmat Membantu. Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
semula dan dikenali sebagai Federation Field Security Section (FFSS) dan diletakkan dibawah Markas Tentera Persekutuan (HQ Malaya Command), Kuala Lumpur. Seramai 14 orang Junior Civil Liaison Officer yang bertugas dengan cawangan khas Polis Persekutuan Tanah Melayu dipanggil oleh pihak Inggeris bagi melaksanakan kerja perisikan di medan. Pada November 63, Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan telah diambil alih oleh pegawai tempatan dan Cawangan Rancang dan Perisikan telah ditukar kepada Jabatanarah Perisikan Bersama pada Mac 1965. Awal tahun 66, tiga pertubuhan unit perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) dan Jawatankuasa Sempadan. Semua organisasi unit perisikan dalam angkatan tentera telah disatukan di dalam satu kor pada tahun 1969 dan semenjak penubuhannya Kor Risik amat disegani atas kemampuan dan kebolehannya sebagai sumber perisikan kepada pertahanan negara dan pencerobohan kegiatan subversif pihak musuh terutamanya di era penentangan pengganas komunis. Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan bercogankata Berkidmat Kepada Semua. KPD memberi bantuan kenderaan di barisan hadapan seperti trak 3 tan (bawa anggota, peralatan dll),drops (kontena 20 kaki), bowser minyak dan air,Tank Transporter, Mobile Fuel Dispensing System (CFT) kor ini juga memberi perkhidmatan dari segi bantuan lojistik seperti kargo perkapalan, penginapan (transit), penerbangan (MAS, Air Asia)dan sebagainya. Kor Ordnans Diraja (KOD) Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Jul 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar
24
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan penubuhan pasukan Jurutera Malaysia pertama dikenali sebagai 76th Federal Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang. Anggotaanggota dari pasukan ini telah dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon, Singapura dan Kluang. Apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen kepadaFederation Engineers. Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75th Malayan Field Squadron. Sementara itu, 76thFederal Field Squadron, Federation Engineers telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan pertama jurutera dalam Tentera Persekutuan. Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Ketua Jurutera yang pertama.
SEJARAH TD Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) adalah sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang menguruskan dan mengendalikan hal ehwal keagamaan bagi ketiga-tiga cabang di dalam ATM. Penubuhan KAGAT bermula pada tahun 1979 dan apabila cadangan penubuhannya diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) semasa mesyuaratnya ke 197 iaitu pada 24 Jan 1980. Pada 29 Nov 1984, MAT meluluskan Skim Perkhidmatan KAGAT. Pada 16 Apr 1985 setelah mendapat perkenan SPB Yang Dipertuan Agong Ke8, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, KAGAT dengan itu ditubuhkan secara rasmi. Meskipun KAGAT merupakan sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia, penugasannya merangkumi kesemua cabang Angkatan Tentera Darat iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja. Penubuhan kor ini telah membawa begitu banyak perubahan dalam bidang kerohanian tentera dari semasa ke semasa. Kekuatan spiritual bagi seseorang tentera dilihat sebagai elemen penting dalam memungkinkan Kagat memperkasa gerakan dan tugasannya yang unik.
Bertukang Dan Berjuang. Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan Tentera Darat. Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) Pada bulan Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini kepada TDM. Penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di dalam melaksanakan operasioperasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti (Platform Udara). Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan, Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam pasukan ini. PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Syed Hamid Albar bin Jaafar Albar. Pasukan Udara Tentera Darat atau PUTD adalah satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat.
Rejimen Askar Wataniah (AW) Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force(FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force(UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai ‘Home Guard’. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia. Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan. Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957. Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera dan bercogankata
25
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUDUT PENGORBANAN
Semangat keperwiraan yang membara di dalam diri Sjn Mohamad Said Hasan (Bersara), 65, anak kelahiran Parit Satu, Sg Pergam, Bagan Datoh Perak, mula menceburi bidang ketenteraan pada 19 Disember 1965 di Pusat Asas Darat, Port Dickson (PUSASDA). Sewaktu beliau berada di PUSASDA hanya diberi latiahan yang tertumpu kepada teknik persenjataan kerana diwaktu itu negara berada didalam Konfrantasi Malaysia dan Indonesia. Sewaktu masih di dalam latihan beliau telah dihantar ke perbatasan sehinggalah Konfrantasi tamat pada tahun 1965, barulah latihan disambung semula selama hampir setahun kerana tergendala akibat peristiwa tersebut. Setelah menamatkan latihan beliau dihantar ke 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, SSjn Muhammad Solor Hj Ismon telah menjejaki Sjn Mohamad Said Hasan (Bersara) bagi berkongsi pengalam yang di lalui di sepanjang berkhidmat di dalam TD sebagai renungan kepada seluruh warga tentera dan rakyat Malaysia agar sentiasa bersiap sedia sebilang masa kerana musuh sentiasa mencari jalan untuk menghuruharakan kesejahteraan yang kita dimiliki kini.
Kisah keperwiraan dan pengorbanan Sjn (B) Mohamad Said Hasan bermula setelah beliau ditugaskan ke Serian, Sarawak seramai 37 orang tampa beliau diberitahu sebab apakah mereka ditukarkan ke sana, hanya apa yang diketahui beliau pada ketika itu adalah kerana hendak mengambil alih kem komanwealth tersebut daripada tentera british sementara menunggu pergerakan batalion 8 RAMD tiba dan ditugaskan selama setahun disanan. Sekembalinya ke Semenanjung Malaysia, beliau yang berada di dalam batalion 8 RAMD telah berpindah ke Sg Besi, dimana ketika itu pasukan tersebut bertugas sebagai Rejimen Istiadat. Sehinggalah pada tahun 1969 batalion tersebut berpindah semula ke Sarawak di Kem Semenggo selama tiga tahun dan selepas itu kembali semula bertugas di Semenanjung Malaysia. Pada 25 Mei 1977 sewaktu mengambil alih tugas daripada pasukan Polis Hutan bagi melaksanakan tugas Ops Kota Echo di Kampung Alai, Grik, Perak untuk mencegah penyeludupan kain batik dan diwaktu yang sama Ops Daoyai Musnah turut dijalankan. Sehari sebelum beliau manjalankan tugas di Kg Alai tersebut, beliau telah pergi ke pekan Melaka untuk menonton wayang bersama isterinya. Disini bemulalah petanda yang terjadi kepada beliau apabila panggung wayang yang telah dibeli tiket tadinya susah dicari menyebabkan beliau balik dari bersiar-siar dahulu sementara menunggu tayangan bermula. Pada hari beliau mengambil alih pos kawalan terdapat ada sesuatu yang mencurigakan beliau apabila pasukan polis hutan tersebut mengatakan kawasan tersebut selamat dalam lingkungan 50meter keliling.
26
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
SUDUT PENGORBANAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 Beliau yang memegang jawatan sebagai platun sarjan platun 3, A Kompeni yang mana dibawahnya ada seramai 28 orang anggota termasuk beliau, memikirkan dengan maklumat yang diterima adalah mustahil boleh dikatakan kawasan tersebut terselamat daripada sebarang ancaman pengganas, ini disebabkan ilmu pertempuran di medan yang diterima sewaktu latihan dahulu yang telah mematangkan beliau untuk bagaimanakah sesebuah kawasan tersebut boleh dikatakan selamat untuk anggota. Memandangkan kawasan pos kawalan mereka berada di bahagian bawah bukit beliau merasakan adalah tidak sesuai sama sekali lokasi pos kawalan tersebut yang mana ianya lebih mudah terdedah kepada serangan pihak musuh oleh itu beliau harus peka dengan setiap situasi keadaan sekeliling yang berlaku disamping langkah-langkah keselamatan yang diambil. Pada 25 May 1977 jam 0800am, beliau memberi taklimat kepada anggotanya untuk membuat rondaan di Kampung Alai kerana beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila para penduduk tempatan tidak menjalankan aktiviti harian mendulang bijih pada hari tersebut, kerana pada hari kebiasaannya aktiviti dijalankan seperti biasa di sungai kawasan tersebut. Apa yang difikirkan dalam benaknya, tiada halangan yang timbul untuk penduduk tempatan mendulang bijih dengan keadaan sungai dan cuaca yang elok dan beliau ingin mengetahui apakah sebabnya. Maka dengan itu satu tindakan drastik telah diambil apabila beliau mengarahkan anggotanya seramai enam orang untuk membuat tinjauan di kampung tersebut. Rasa curiga bertambah kuat apabila platun 1 juga
memaklumkan pada beliau mereka juga turut menghantar anggota bagi menyiasat situasi tersebut seramai sembilan orang. Setelah tinjauan dibuat, hasil maklumat anggotanya yang diterima daripada orang kampung mengatakan air sungai bertambah dalam, tidak berapa lama selepas itu beliau terdengar bunyi letupan pada jam 0145pm, lalu beliau terus mengambil kompas bagi mengetahui dimanakah kedudukan bunyi letupan tersebut. Jarum kompas menunjukkan pada bacaan 600mls, dengan segera beliau mengarahkan Kpl Mat untuk menjejaki arah letupan tersebut dengan menggunakan kompas yang telah beliau setkan, namun Kpl Mat tidak dapat melak-sanakan tugas tersebut kerana tidak mahir menggunakan kompas. Oleh kerana itu beliau mengarahkan Kpl Mat tinggal di pos, lalu beliau mengambil inisiatif pergi sendiri untuk meninjau kekawasan kejadian, beliau terpaksa berpatah balik ke pos sebanyak dua kali apabila pada mulanya pouches beliau tertinggal kemudian senjata yang terlupa untuk dibawa bersamanya. Beliau cuba bergegas bersama-sama enam anggotanya ketempat kejadian, kerana letupan berlaku berhampiran dengan platun 1 dan juga kerana kumpulan tinjau mereka berada jauh dari kedudukan platun 1. Setibanya beliau dengan anggotanya di lokasi kejadian, beliau dapati Pbt Kamarudin Kayat sudah terbaring terkena jerangkap samar dengan keadaan kaki putus. Beliau terus menghantar laporan kepada Ketua Kompeni A anggota telah tercedera putus kaki kanan terkena jerangkap samar dan meminta bantuan helikopter bagi menyelamatkan anggota. Sementara menunggu bantuan tiba beliau cuba merawat anggota bagi
27
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUDUT PENGORBANAN
menghentikan pendarahan yang banyak dan dibawa dengan pengusung ke tepi sungai di kaki bukit bagi memudahkan bantuan tiba. Malang tidak berbau dalam perjalanan membawa anggota tersebut ke lokasi selamat beliau dan anggotanya diserang dari atas bukit yang merupakan pos kawalan pasukan musuh. Dalam kekalutan tersebut anggotanya masing-masing lari bertempiaran mencari perlin-dungan daripada tembakan musuh, manakala Pbt Kamarudin yang cedera masih berada diatas pengusung ditinggalkan diatas trek yang mereka gunakan. Nasib menyebelahi Pbt Kamarudin apabila beliau yang terdedah pada tembakan musuh tidak kena walau sebutir pun peluru yang di lepaskan, melihatkan keadaan tidak terkawal Sjn (B) Mohamad Said mengarahkan agar anggotanya agar tidak lari ke sungai, kerana dikawasan tersebut lebih terdedah kepada sudut tembakan musuh. Beliau mengarahkan anggotanya berlari menuju ketepi bukit kerana kawasan tersebut lebih selamat dan terlindung dari kawasan tembakan musuh. Pada waktu tersebutlah beliau sendiri telah terpijak jerangkap samar pada jam 0245pm sejam selepas letupan pertama yang telah memutuskan kaki kanan beliau yang mana jerangkap samar tersebut diletakkan diatas trek yang digunakan berhampiran Pbt Kamarudin yang masih pengsan. Kesan dari letupan tersebut membuatkan beliau melambung, beliau masih tidak sedar yang kakinya putus dan tidak pula merasa sakit setelah letupan itu dan cuba bangun berlari mencari perlindungan dengan keadaan jatuh bangun sehinggalah sampai ke kaki bukit. Dengan penglihatan yang menjadi kabur kesan dari letupan itu beliau mendengar bunyi radio set yang memanggil nama platunnya, tetapi arah radio set tersebut berada jauh darinya dan terdedah pada tembakan musuh. Beliau cuba mengambil radio set tersebut berkali-kali menggunakan senjata Pbt Kamarudin yang mempunyai sling, sehinggalah beliau berjaya menarik radio set tersebut dan memaklumkan kepada Mej Rahim bahawa beliau terkena jerangkap samar dan putus kaki. Dalam pada itu Kpl Ali yang turut serta bersamanya keluar dari tempat perlindungan menghampiri beliau
28
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
dengan membawa M79 Roket Launcher yang ada padanya. Sewaktu itu beliau terdengar perbualan pihak musuh diatas bukit yang melepaskan tembakan tersebut. Tanpa berlengah beliau bertindak mengambil senjata tersebut daripada Kpl Ali dan mengarahkan Kpl Ali tunduk untuk beliau melepaskan tembakan ke atas bukit, sesudah tembakan dilepaskan tiada lagi kedengaran suara dari atas bukit. Selepas waktu itu barulah beliau memanggil semua anggota keluar dari tempat perlindungan bersamasama dengan kumpulan ronda kumpulan 1 seramai sembilan orang untuk bergerak ke kawasan LP (landing Point), sehinggalah bantuan tiba membawa Pbt Kamaruddin. Beliau hanya menunggu bantuan keduanya tiba dengan berkawal bersama Kpl Ali yang setia membantu beliau di LP tersebut. Setengah jam kemudian barulah bantuan tiba membawa Kpl Ali dan beliau keluar dari kawasan Ops dan dimasukkan ke hospital Pulau Pinang selama dua bulan dan kemudiannya ditukarkan ke hospital Angkatan Tentera di Trendak Melaka bagi me-
nerima lawatan lanjut. Kepulangan beliau dan Pbt Kamarudin disambut dengan oleh warga 8 RAmd di airport sebagai seorang wira kerana keberanian beliau menentang musuh tanpa mengira keselamatan nyawanya sendiri demi kedaulatan bangsa, negara dan agama yang dicintainya. Bak kata pepatah berpantang maut sebelum ajal, biar putih tulang jangan berputih mata, itulah kata-kata keramat yang menjadi pembakar semangat jiwa anak bangsa yang tiada mengenal erti menyerah.
PROFAIL PASUKAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
1 RAMD “Digeruni dan Disegani” Oleh: Kapt Mohd Fazlisyaah Mohd Hashim Gambar: 1 RAMD Sejarah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) bermula dengan tertubuhnya Kompeni Percubaan Askar Melayu (Malay Experimental Company) yang terdiri daripada 25 orang anak Melayu pada 1 Mac 1933. Seterusnya kekuatan pasukan ini diperbesarkan hingga mencapai kekuatan satu batalion dan pada 1 Feb 1938. 1 RAMD dikurniakan Panji-Panji Rejimen oleh Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney pada 12 Feb 1939 di Taiping, Perak. Manakala Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pula dianugerahkan pada 23 Mac 1963 oleh SPB YDP Agong ke- 2, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan pada 2 Nov 2010 yang lalu, pasukan ini sekali lagi terlibat dalam Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen buat kali ke- 4 yang telah disempurnakan oleh Kol Yang Di-Pertua RAMD di Dataran PTD, Kem Sungai Besi. Meniti usia 74 tahun, pasukan 1 RAMD ditugaskan di pelbagai lokasi di Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada Jan 1986, 1 RAMD dipindahkan ke Kem Sungai Besi dan kekal hinggalah sekarang. Sebagai batalion yang tertua dalam
Tentera Darat, pasukan ini dipimpin oleh seramai 42 orang Pegawai Memerintah termasuklah 13 orang Pegawai Memerintah daripada Tentera British. Pegawai Memerintah Melayu yang pertama ialah Lt Kol Tunku Ahmad Ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin selaku Pegawai Memerintah ke-13 daripada tahun 1960 hingga tahun 1961. Manakala Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Melayu pertama pula adalah PW I Ahmad Rabu selaku SMR ke-5 mulai tahun 1953 hingga tahun 1954. Kini 1 RAMD diterajui oleh Lt Kol Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim sejak tahun 2009 hingga sekarang.
29
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
PROFAIL PASUKAN
Antara sumbangan besar pasukan ini yang terus kekal dalam lipatan sejarah ATM dan negara serta terus menjadi buah mulut ialah ketika Peperangan Dunia Kedua semasa menentang penaklukan Tentera Jepun di Singapura. Pada 14 Feb 1942, warga pasukan dibawah pemerintahan Lt Col J.R.C Andre telah menunjukkan sikap keperwiraan yang kental tanpa kenal menyerah kalah walaupun dalam serba kekurangan hingga ke titisan darah yang terakhir mempertahankan kawasan mereka di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura. Dalam pertempuran tersebut seramai 159 anggota terkorban dan 300 yang lainnya mengalami kecederaan, ini termasuklah 13 orang pegawai. Salah seorang yang terkorban ketika pertempuran tersebut adalah Pahlawan Terbilang dan Wira Kebanggaan seluruh warga Askar Melayu dan negara iaitu Allahyarham Lt Datuk Adnan Saidi. Kini sejak ditempatkan di Kem Sungai Besi pada tahun 1986, 1 RAMD diberi penghormatan dan kepercayaan untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai penugasan istiadat baik di peringkat Tentera
Darat, Angkatan Tentera Malaysia mahupun negara. Pasukan 1 RAMD juga diberi penghormatan dan tanggungjawab sebagai pasukan yang memegang Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepunyaan RAMD. Bagi memenuhi penugasan istiadat dan pelaksanaan tugasnya sebagai pasukan tempur sebagaimana pasukan infantri yang lainnya, 1 RAMD
30
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
distruktur semula pada tahun 2008 dengan sedikit kelainan berbanding dengan Batalion Infantri Standard (BIS) daripada aspek kekuatan dan organisasinya. Pasukan ini mempunyai empat Kompeni Repal, Kompeni Markas dan Kompeni Bantuan serta Sel Istiadat yang diketuai oleh Pegawai Istiadat dengan dibantu oleh SMR Istiadat. Lt Kol Tengku Muhammad Fauzi menyatakan antara penugasan istiadat yang sering dilaksanakan oleh 1 RAMD adalah Kawalan Kehormatan Utama, Kawalan Kehormatan Darjat, Kawalan Kehormatan Setempat, Kawalan Kuarter, Pengawal Statik dan Pengawal Anjung di Istana Negara. Disamping itu, pasukan ini turut terlibat sebagai Pengawal Virgil di Tugu Negara, Acara Pertukaran Pengawal di Istana Negara pada setiap bulan, penugasan sebagai Jejawat Payung dan Tombak ketika Istiadat Pertabalan dan Penganugerahan pingat di Balai Rong Seri Istana Negara dan juga Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Dalam pada itu, menurut beliau, pasukan ini memikul tanggungjawab yang amat besar dalam aspek penugasan istiadat kerana mereka merupakan sebahagian daripada kelompok pertama yang akan memberi impak atau first impression kepada tetamu negara luar yang datang ke Malaysia. Sehubungan itu, persiapan, standard dan kualiti setiap anggota serta pelaksanaan penugasan istiadat sentiasa dititikberatkan agar ianya menepati piawaian Anugerah
PROFAIL PASUKAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
MS ISO 9002 : 2004 yang diperolehi pada tahun 1998. “1 RAMD adalah pasukan yang tertua dalam Tentera Darat dan sepanjang penubuhannya, pasukan ini menempuh pelbagai cabaran dan bermacam-macam pengalaman tempur bermula dengan Peperangan Dunia Kedua ketika menentang penaklukan Tentera Jepun (1941-1942), Darurat Pertama (1948-1960), Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1966) dan hinggalah yang terakhir Darurat Kedua (1968-1989). Kini selain melaksanakan penugasan istiadat, 1 RAMD juga turut terlibat dalam melaksanakan gerakan dan latihan seperti yang dilaksanakan oleh BIS yang lain. Penglibatan pasukan dalam pelbagai bentuk gerakan ini memberi banyak pendedahan, pengajaran dan pengalaman yang berguna dalam memperkasakan setiap lapisan warga 1 RAMD agar mereka seiring dengan rakan-rakan mereka di pasukan tempur yang lain. Antara gerakan yang pernah membabitkan 1 RAMD adalah OPS PASIR di Sabah, gerakan di perbatasan Malaysia-Thailand di
Kedah dan Perak, dan juga gerakan di sepanjang pesisir pantai Selangor” katanya. “Bagi memastikan kemampuan setiap lapisan anggota dan kesiapsiagaan pasukan berada ditahap yang terbaik, aspek latihan bagi membangunkan modal insan sentiasa diberi penekanan walaupun disebalik penugasan istiadat yang padat sepanjang tahun, ke arah itu sejajar dengan keperluan perkhidmatan dan hasrat pucuk pimpinan Tentera Darat, fokus pelaksanaan latihan di 1 RAMD direkabentuk agar ianya berlandaskan Train to Standard bagi memastikan setiap warganya benar-benar berkemahiran dan juga penekanan agar setiap ketua menjadi role-model serta mentor”. Diatas keyakinan terhadap tahap profesionalisme warga 1 RAMD, maka markas formasi dan pucuk pimpinan Tentera Darat memberi peluang kepada pasukan ini tanpa ragu-ragu untuk turut sama terlibat dalam latihan bersama negara sahabat seperti Eksesais Haringgaro bersama Tentera Darat Australia pada tahun 2010 dan Eksesais Semangat Bersatu bersama 4th Battalion Singapore Infantry Regiment (4 SIR), Tentera Darat Singapura pada tahun 2011 dalam fasa ofensif Operations in Build-Up Area (OBUA). “Dalam pada itu, pada tahun 2011 juga, seramai 1 pegawai dan 37 anggota pasukan ini telah terpilih untuk diberi kepercayaan berkhidmat dibawah PanjiPanji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon, dan ia adalah jumlah pembabitan terbesar warga 1 RAMD setakat ini dalam gerakan di luar negara sejak penubuhannya”. Semua pembabitan dalam aspek latihan dan gerakan ini jelas menunjukkan 1 RAMD bukan sahaja cemerlang dalam aspek penugasan istiadat sahaja, malah turut setanding dengan pasukan tempur yang lain dalam melaksanakan tugas terasnya sebagai pasukan infantri seiring cogankatanya ‘DiGeruni dan DiSegani” jelasnya.
31
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
PROFAIL PASUKAN
Tambahnya lagi, 1 RAMD menempa kecemerlangan dalam pelbagai sudut sejak penubuhannya. Pelaksanaan penugasan istiadat oleh 1 RAMD yang cemerlang telah mendapat pengiktirafan General Sir Richard Dannat selaku Chief of General Staff UK Army hingga mengundang pasukan ini untuk bertugas dalam London Public Duties selama 2 bulan pada tahun 2008. Seramai 7 orang pegawai dan 122 anggota pasukan ini diberi peluang terlibat dalam penugasan istiadat yang berprestij dan pada masa yang sama turut menaikkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Dari aspek pengurusan, pasukan ini merupakan pasukan yang pertama dalam ATM/TD yang mendapat Anugerah MS ISO: 9002: 2004 melalui pelaksanaan Kawalan Kehormatan Utama pada tahun 1998. “Manakala pada tahun 2011, pasukan ini melalui Tim Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diberi nama Initiative mendapat Tempat Kedua Pertandingan KIK peringkat Kementerian Pertahanan serta berjaya menjadi Johan Pertandingan KIK peringkat Tentera Darat melalui Kategori Pengurusan Am. Kemenangan ini adalah hasil projek mengenai Latihan Jasmani Gaya Baru yang sistematik diberi nama Tiger Workout.
Lebih membanggakan lagi, 1 RAMD adalah satusatunya pasukan tempur yang layak ke pusingan akhir mewakili TD dalam pertandingan tersebut di peringkat Kementerian Pertahanan. Dibidang sukan pula, 1 RAMD diberi kepercayaan sebagai Pusat Cemerlang Hoki RAMD dan TD, Pusat Cemerlang Skuasy RAMD dan Pusat Cemerlang UKMHK 4 Div. Antara kejayaan yang dicapai dalam beberapa tahun yang lalu adalah Johan
32
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Pertandingan Hoki Antara Perkhidmatan tahun 2010, Johan Pertandingan Hoki Antara Kor tahun 2011 dan Johan Pertandingan UKMHK Peringkat Tentera Darat sebanyak 3 kali berturut-turut” katanya. “Mengambil kira penugasan pasukan yang pelbagai dan kedudukannya di Kuala Lumpur, 1 RAMD juga turut mengorak langkah mempersiapkan pasukan ini bagi menghadapi ancaman di kawasan terbina (OBUA) dan menangani ancaman non-traditional di abad ke-21 yang complicated serta sentiasa bersiap sedia bagi membantu sektor awam dan swasta lainnya dalam pelbagai aspek pembangunan negara bangsa. Justeru, warga 1 RAMD sentiasa ditekankan mengenai pentingnya ilmu pengetahuan dan peningkatan kemahiran diri berlandaskan konsep Lifelong Learning. “Disamping itu, persekitaran di bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai isu sosial turut memberi cabaran tersendiri kepada warga 1 RAMD dalam mengekalkan budaya tentera dan tahap disiplin yang tinggi serta imej ATM atau TD yang benar-benar
digeruni dan disegani. Sehubungan itu, penekanan dalam program berbentuk pengukuhan sahsiah diri dan penyuburan rohani berlandaskan Hablul Minnallah serta Hablul Minnas sentiasa dilaksanakan di pasukan secara berterusan bagi membendung gejala sosial dan unsur-unsur negatif dikalangan anggota. Pada masa yang sama penguatkuasaan terhadap konsep kerja ikut buku dan tepat waktu juga diberi penekanan agar ianya dapat dibudayakan oleh setiap warga 1 RAMD. “Batalion 1 RAMD merupakan batalion tertua dalam TD dan banyak menabur baktinya dengan penuh kegemilangan sejak 74 tahun lalu. Kini, pasukan ini memainkan peranan sebagai komponen utama penggerak penugasan Istiadat Negara dan ATM serta TD. Sebagai pioneer kepada TD, 1 RAMD terus megah berdiri dan sentiasa siapsiaga melaksanakan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya, samada penugasan istiadat, latihan ataupun gerakan. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh 1 RAMD melalui penugasan istiadat tiada tolok bandingnya dan dimasa yang sama kemampuan pasukan ini dalam aspek latihan mahupun gerakan setanding dengan pasukan tempur lain serta memperlihatkan ianya benar-benar seiring dengan cogankata pasukan “DiGeruni dan DiSegani” jelasnya.
PROFAIL PASUKAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Platun Brass Band 1 RAMD
“Platun Tambor 1 RAMD adalah bertanggungjawab mengiringi perbarisan raptai Kawalan Kehormatan Utama, Kawalan Kehormatan Darjat, Pertukaran Pengawal dan perbarisan-perbarisan hari-hari kebesaran Angkatan Tertera...” Oleh: Kpl Vijay Gaundar a/l Arikrishnan Platun Tambor Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD) telah diasaskan pada 1 Feb 1935 selaras dengan pembesaran Kompeni Percubaan Rejimen Askar Melayu. Platun Tambor ini telah diketuai oleh Drum Mejar yang pertama berbangsa Inggeris iaitu Drum Mejar Pears. Seterusnya anak Melayu pertama dilantik mengetuai Platun Tambor berkenaan ialah Sjn Mohd Dali Ahmad. Penubuhan Platun Tambor ini adalah selaras dengan penubuhan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD) dengan kekuatan 25 orang anggota terdiri daripada 1x PW II,1 x Kpl, 1 x LKpl dan 23 x Pbt. Bersesuaian dengan hasrat untuk meningkatkan tahap keberkesanan Platun Tambor Batalion-Batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja, Platun Tambor telah dinaikkan taraf kepada Platun Brass Band dan dilengkapi dengan instrument-instrument muzik yang lebih baik iaitu “E” Flat Cornet, “B” Flat Cornet,“B” Flat Trumpet,“B”Flat Trombone,”G”Trombone, “E” Flat Tenorhorn, “B”Flat Euphonium, “E” Flat Bass, “F”Horn,Cymbal,Side Drum dan Bass Drum. Seiring dengan itu juga perjawatan telah diperbaharui. Perjawatan Brass Band sekarang adalah seorang PW II Drum Majer, tiga orang Sjn Ketua Seksyen, 15 orang Kpl Ahli Muzik dan 15 orang Pbt Ahli Muzik. Secara rasminya Brass Band 1 RAMD telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 20 Dis 1996 oleh Pegawai Memerintah ke-33, Lt Kol Abdul Aziz bin Pawanchik. Platun Tambor 1 RAMD bertanggungjawab mengiringi perbarisan raptai Kawalan Kehormatan Utama, Kawalan Kehormatan Darjat, Pertukaran Pengawal dan perbarisan hari kebesaran Angkatan Tertera. Ia juga bertanggungjawab mengiring majlis-majlis Makan Malam Rasmi Ketenteraan sama ada di peringkat pasukan atau formasi.
33
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
KUALA LUMPUR
Kunjungan Hormat Pengarah KAGAT ke atas PMTD
All Terrain Vehicle
Oleh: Sjn Razalin Tasmin SUNGAI BESI: Panglima Medan Tentera Darat (PMTD), Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brig Jen Dato’ Haji Mustafa Haji Abdul Manaf, di pejabat beliau pada 7 Mac 2012. PMTD telah mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan kira-kira 45 minit bersama Brigder Jeneral Dato’ Haji Mustafa Haji Abdul Manaf. Pertemuan diakhiri dengan menandatangani buku lawatan serta bertukar cenderahati.
MENARIK...PMTD Leftenan Jeneral Dato’ Zulkiple tertarik dengan hidangan kambing panggang yang disediakan
Majlis BBQ Eratkan Hubungan SUNGAI BESI: Bagi mengeratkan hubungan di antara ahliahlinya Wisma Pewira Markas Medan Tentera Darat, satu Majlis BBQ telah diadakan pada 27 Feb 2012 di perkarangan Wisma Perwira Markas Medan Tentera Darat. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sambutan hari ulang tahun kelahiran YBhg Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Zulkiple Hj Kassim. Pelbagai acara telah diadakan pada majlis ini yang turut dihadiri oleh isteri masing-masing. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Zamrose Mohd Zin, Panglima GAPU, Brig Jen Yusri Hj Anwar.– Sjn Razali Tasmin
34
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kor Risik Diraja (JKHEW KRD) telah menganjurkan aktiviti sukan lasak iaitu All Terrain Vehicle (ATV) pada 3 Mac 2012 di Kampung Kemensah, Hulu Klang. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu aktiviti bagi tahun 2012 dirancang oleh JKHEW KRD. Aktiviti ini telah disertai seramai 15 orang ahli JKHEW KRD. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal, memupuk semangat setiakawan, melahirkan kesedaran dan menanamkan sifat cintakan alam semulajadi. Sebelum memulakan aktiviti ini, para peserta telah ditaklimatkan tentang penggunaan motor dan latihan di dalam kem oleh jurulatih akan dilaksanakan bagi membiasakan diri untuk mengenali keadaan muka bumi sebelum ‘bertempur’ di dalam hutan. Perjalanan meredah hutan, bukit yang tinggi dan kawasan air terjun mengambil masa satu setengah jam.
KHUSYUK...Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat Brig Jen Dato’ Zamrose Mohd Zin bersama-sama Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat menghadiri Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil di Masjid Kem Perdana pada 9 Mac 2012.– Sjn Razalin Tasmin
1 Div Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
22 RAMD Laksana Projek Jiwa Murni Oleh: Kapt Wan Mohd Safuwan Wan Sabaruddin SABAH: Seramai 10 Pegawai dan 100 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta 12 orang guru sekolah terlibat menjayakan aktiviti jiwa murni gotong-royong membersihkan Sekolah Kem Sri Kinabatangan pada 8 Feb 2012. Gotong-royong ini diadakan bagi membantu membersihkan persekitaran bagi keselesaan guru dan pelajar sekolah tersebut. Program sebegini akan diteruskan oleh pasukan pada masa akan datang sekiranya pihak sekolah masih memerlukan bantuan pasukan 22 RAMD. Selain itu, dengan adanya program sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak tentera dengan pihak sekolah.
Pemeriksaan stor senjata 22 RAMD
PENERANGAN...Pegawai Memerintah Lt Kol Mohd Yusri Abdul Manap membuat pemeriksaan ke atas semua Stor Senjata Kompeni pasukan 22 RAMD pada 18 Feb 2012. Pemeriksaan bertujuan memastikan tiada sebarang pencemaran keselamatan berlaku terutamanya melibatkan senjata. Semasa lawatan, beliau turut menasihati penjaga stor supaya menjalankan tugas dengan jujur supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang boleh mencemarkan keselamatan dan seterusnya memburukkan nama baik pasukan. – 22 RAMD.
Majlis perpisahan pegawai memerintah
Majlis cukur jambul
SABAH: Seramai tujuh orang anak pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) pasukan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terlibat dalam majlis cukur jambul yang diadakan di Masjid Al-Asyakirin pada 7 Jan 2012. Majlis turut dihadiri Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Yusri Abdul Manap bersama pegawai dan 235 anggota LLP termasuk ahli BAKAT. Aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara semua warga 22 RAMD. - Kapt Shukri Ahmad Ikram Abd Hamid, gambar; Sjn Azli Md Mustafa KUCHING: Majlis Perpisahan Pegawai Memerintah Wisma Bintara Sri Enggang telah diadakan di Hotel Penview, Kuching, Sarawak sempena pertukaran Kol Jalaludin bin Md Yusof ke Jabatan Arah Infantri pada 11 Jan 2012. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Kem Komandan Kem 1 Divisyen, Lt Kol Zainol bin Sulaiman, RSM Markas 1 Divisyen, Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Wisma Bintara Sri Enggang, serta warga Wisma Bintara Sri Enggang serta pasangan masing-masing. Kol Jalaludin bin Md Yusof mengambil kesempatan yang ada mengingatkan setiap warga Wisma Bintara Sri Enggang agar sentiasa mengekalkan tradisi murni dan memberi tunjuk ajar kepada anggota di bawah jagaan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
SERAH... PW I Wan Bujang menyampaikan cenderamata kepada KS sebagai kenang-kenangan
35
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
1 DIV
Ujian Kecergasan Anggota 16 RAMD Oleh: LKpl Rusdi Ismail, Gambar; LKpl Mohd Anas Ngatijoh KOTA BHARU: Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengadakan Ujian Kecergasan Anggota (UKA) penggal pertama pada 17 Jan 2012. Ujian yang diadakan di padang kawad pasukan dan di kawasan sekitar Kem Desa Pahlawan bertujuan memastikan kecergasan anggota di tahap memuaskan bagi mencapai apa yang disarankan oleh pihak atasan. Ujian dimulakan dengan perbarisan di padang kawad pasukan pada jam 7.30 pagi dan seterusnya diberi taklimat oleh jurulatih jasmani pasukan sebelum ujian dilaksanakan. Ujian tesebut diakhiri dengan larian 2.4 KM.
Memartabatkan Syiar Islam di Wilayah II KUCHING: Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar telah mengadakan perjumpaan dengan seluruh warga KAGAT Wilayah II. Perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Markas 1 Divisyen, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak pada 10 Jan 12 yang lalu,. Semasa perjumpaan tersebut, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar menyampaikan amanat kepada warga KAGAT Wilayah II agar mempergiatkan lagi aktiviti-aktivi keagamaan yang melibatkan semua peringkat agar dapat memartabatkan syiar Islam di kalangan anggota tentera. AMANAT...Mej Jen Datuk Mohd Zaki menyampaikan amanat kepada warga KAGAT Wilayah II
BINCANG... Panglima 1 Divisyen (Div), Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar menerima kunjungan hormat Pengarah Kor Armor Diraja, Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar di Kompleks Markas 1 Div, Kem Muara Tuang pada 5 Jan 2012. Ketibaan Brig Jen Datuk Adnan disambut oleh Ketua Staf Markas 1 Div, Kol Jalaludin Md Yusof.
TUGAS BARU…Puan Fatimah Tun Zaharah Ramli dilantik Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang mana majlis serah terima tugas telah diadakan di Dewan Makan pasukan pada 28 Jan 2012. Sebelum ini, tugas tersebut disandang oleh Puan Asmarizan Abu Salim.– Staf Risik
36
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
1 Div Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
1 Div terus memandang kehadapan
Perbarisan Serah Terima Tugas KS MK 1 Div
TANDATANGAN... Majlis menandatangani nota serah terima tugas Ketua Staf disaksikan oleh Panglima 1 Div TERBAIK... Panglima 1 Div menerangkan sesuatu mengenai nada muzik yang dimainkan.
KUCHING: Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, turun padang memeriksa pasukan 1 Div yang terdiri daripada gabungan Platun Serunai 11 RAMD, Platun Tambor dari 13 RAMD dan 4 KAD bertempat di Rej Ke-4 Kor Armor Diraja, Kem Penrissen pada 11 Jan 2012. Panglima berkehendakan Mk 1 Div mempunyai satu Kumpulan Tambor yang mantap, siapsiaga dan boleh diatur gerak dalam acara-acara rasmi pada sebilang masa.
KUCHING: Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas 1 Divisyen diadakan pada 13 Jan 2012 di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Perbarisan terdiri daripada 17 pegawai dan 73 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Rusman Sanip diiringi oleh Kombo Rejimen Renjer Diraja. Majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas antara Kol Jalaluddin Hj Md Yusof dengan Kol Ya’cob Hj Samiran disaksikan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar. Turut hadir adalah Panglima 3 Bgd, Panglima 5 Bgd, Panglima 9 Bgd, pegawai-pegawai dan anggota LLP serta kakitangan awam MK 1 Div.
Majlis keraian Dining In dan Dining Out KUCHING: Wisma Perwira Seri Kenyalang, MK 1 Div mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental bagi meraikan Dining in Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar bersama Datin Noraihan Ibrahim serta KS, Kol Ya’cob Hj Samiran bersama Pn Hanesabirin Yusoff. Majlis diadakan di Hotel Riverside Majestic meraikan 34 Pegawai yang bertukar masuk dan keluar daripada MK 1 Div. Seramai 200 Pegawai bersama pasangan yang berada di bawah naungan 1 Div turut hadir memeriahkan majlis yang diadakan pada 13 Jan 2012.
MENGIRINGI... Kumpulan ‘Bag Pipe’ mengiringi Mej Jen Datuk Mohd Zaki dan Datin ke dalam Dewan Jamuan
Majlis tahlil dan doa selamat tahun baru KUCHING: Majlis bacaan tahlil dan doa selamat diadakan bersempena sambutan tahun baru di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen pada 12 Jan 2012. Majlis dihadiri oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 3 Briged, Brig Jen Hasagaya Abdullah, Panglima 5 Briged, Brig Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalaludin, Ketua Staf 1 Div, Kol Jalaludin Hj Md Yusof, dan para Pegawai Kanan serta warga naungan Mk 1 Div. Majlis tahlil dipimpin oleh PS 2 Agama MK 1 Div, Mej Syamsul Arianas Daud. Majlis dilakukan setiap tahun agar tahun baru akan dilalui dengan penuh berkat dan mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.
KHUSYUK... Para jemaah membacakan surah Yassin sempena Majlis Tahlil dan Doa Selamat
37
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
1 DIV
Kunjungan Hormat Pengarah Kunjungan Hormat Pengarah PUSTEKMA Kor Polis Tentera Darat (KPTD) KUCHING: Ketua Staf Markas 1 Divisyen, Kol Ya’cob Hj Samiran, menerima kunjungan hormat Pengarah Kor Polis Tentera Diraja, Kol Kamarudin Mustapa di Kompleks MK 1 Div, Kem Muara Tuang. Kunjungan hormat tersebut adalah sempena lawatan ulung Kolonel Kamarudin Mustapa ke 1 Rej KPTD dan 3 Komp KPTD pada 20 Jan 2012 yang lalu.
TANDATANGAN... Kol Zakaria Borhan menandatangani buku lawatan Ketua Staf disaksikan oleh KS MK 1 Div
KUCHING: Pengarah PUSTEKMA, Kol Zakaria Borhan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Staf MK 1 Div, Kol Ya’cob Hj Samiran di Kompleks MK 1 Div, Kem Muara Tuang pada 18 Jan 2012 yang lalu.
Serah terima tugas Kem Komandan Kem 1 Div KUCHING: Majlis Serah Terima Tugas Kem Komandan Markas 1 Divisyen diadakan di Dataran MK 1 Div pada 20 Jan 2012 di antara Lt Kol Zainol Sulaiman selaku ketua Kem Komandan kepada pengganti beliau iaitu Mej Azman Mat Saidi. Majlis menandatangani buku Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa turut disaksikan oleh Ketua Staf MK 1 Div, Kol Ya’cob HjSamiran. Lt Kol Zainol Sulaiman dalam ucapannya menyeru kepada seluruh anggota untuk menjaga tatatertib, disiplin serta nama baik Mk 1 Div supaya tidak dicemari dengan anasir-anasir yang boleh menjatuhkan imej markas. Perbarisan Serah Terima Tugas dihadiri oleh Pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat serta kakitangan awam
PENERANGAN... Pertemuan KS MK 1 Div bersama Pengarah KPTD dan Pegawai Memerintah 1 Rej KPTD Kuching.
10 RRD Juara Bola Sepak Peringkat Trup 1 Div dan 3 Bgd
MENYAMPAIKAN... Panglima 1 Div menyampaikan hadiah Piala Pusingan kepada Ketua Pasukan 10 RRD
SERAH... Lt Kol Zainol Sulaiman menyerahkan tugas Kem Komandan kepada Mej Azman Mat Saidi sambil diperhatikan oleh Ketua Staf Mk 1 Div
38
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
KUCHING: Buat pertama kalinya Stadium Kem Muara Tuang melangsungkan Pertandingan Akhir Kejohanan Bola Sepak bawah naungan Trup 1 Div dan 3 Bgd di mana pasukan bola sepak 10 RRD berjaya menjadi johan setelah menewaskan 11 RAMD dengan keputusan 1 berbalas 0. Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh pasukan 3 Komp KPD. Pertandingan berlangsung pada 25 Jan 2012. Perlawanan akhir disaksikan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 3 Bgd ,Brig Jen Hasagaya Abdullah, Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai serta anggota bawah naungan 1 Div. Objektif kejohanan ialah mencungkil bakat dan mengenal pasti pemain 1 Div yang layak mewakili Divisyen ke peringkat Tentera Darat.
2 DIV Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 TUKAR PELAPIK...Pegawai Memerintah 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD), Lt Kol Khairuddin Zakaria menukar pelapik Kapten Muhammad Shazarikh Shaad yang baru bertukar masuk ke 21 RAMD. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Peg Staf 3 Latih di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selama hampir empat tahun. Dalam temuduganya, Pegawai Memerintah berharap agar beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru berbanding sebelum ini serta mengingatkan beliau supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur serta bertanggungjawab.– 21 RAMD
TURUN PADANG…Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin membuat Lawatan Ulung ke Markas Briged Sempadan pada 16 Jan 2012. Dalam lawatan tersebut beliau diberi taklimat oleh Panglima Bgd Sempadan, Brig Jen Mohd Zakaria Hj Yadi mengenai peranan dan tugas Bgd Sempadan masa kini dan masa hadapan.– Pbt Azhar Mohamed Hassan
Perlawanan Persahabatan Bola Jaring SERAH...Pemangku Panglima, Lt Kol Rashid Shahidan menyerahkan Tongkat Kuasa Tugas kepada Brig Jen Mohd Zakaria Yadi sebagai Panglima Briged (Bgd) Sempadan yang baru dan disaksikan oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin.– Pbt Azhar Mohamed Hassan
NASIHAT…Pegawai Memerintah memberi kata-kata semangat kepada pemain.
JELI: Pasukan Bn Ke-2 Rejimen Sempadan mengadakan acara merentas desa sempena Lawatan Ulung Panglima Bgd Sempadan sebagai salah satu daripada aktiviti pasukan. Acara perasmian disempurnakan oleh Panglima Bgd Sempadan, Brig Jen Zakaria Haji Yadi. Bermula dari padang bola sepak pasukan dan perlu berlari sejauh 12 kilometer dimana setiap anggota perlu mengharungi pelbagai halangan dan rintangan sebelum sampai ke garisan penamat. –– Lkpl Mohd Raffi Musa, gambar; Pbt Ridzuan Adnan
TAIPING: Pasukan 72 Wksp Divisyen (Div) menubuhkan tim bola jaring Kor Jurutera, Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) pada awal September 2011. Tujuan tim ini ditubuhkan adalah untuk mewakili KJLJD dalam pertandingan bola jaring antara kor yang akan datang dan seterusnya mengharumkan nama baik kor. Pegawai Memerintah 72 Wksp Div, Lt Kol Adnan Abu sentiasa mendorong dan memberi suntikan semangat bagi penubuhan tim bola jaring KJLJD. Tim ini diketuai oleh SSjn Kirana sebagai ketua jurulatih bagi mendidik dan melatih pemain. Tim bola jaring ini turut menyertai perlawanan persahabatan dengan tim yang sedia ada d i k a w a s a n Ta i p i n g b a g i m e n g u j i t a h a p permainan mereka.– Pbt Norayunie Omar
39
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
2 DIV
Serah Tugas Pegawai Memerintah 21 RAMD Oleh: Kapt Muhammad Fairus Ahmad Gambar: Sjn Norizan Abdul Rahman KOTA BHARU: Pegawai Memerintah 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Lt Kol Marzuki Hj Mokhtar menyerahkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Memerintah kepada Mej Rithaudin Jamhuri bagi memangku tugas sebagai Pegawai Memerintah yang telah diadakan di padang kawad pasukan pada 29 Dis 2011. Lt Kol Marzuki akan melanjutkan pelajaran ke Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada awal Jan tahun 2012. Selepas selesai upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Lt Kol Marzuki merasmikan Dataran Setia Berani serta bergambar bersama seluruh warga pasukan. Selepas majlis jamuan selesai di Dewan Makan pasukan Lt Kol Marzuki bersalaman dengan setiap warga pasukan sambil diiringi oleh para pegawai dan ahli BAKAT. Dalam ucapan, beliau mengingatkan warga pasukan agar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera yang sentiasa
berpegang teguh kepada agama, bangsa dan juga negara. Beliau juga berharap agar nama Batalion 21 RAMD akan terus mekar supaya sentiasa disegani rakan dan digeruni lawan dalam setiap aspek.
Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 2 RS KELANTAN: Seramai 12 Pegawai dan 90 anggota LainLain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima tugas dan Tongkat Kuasa Pegawai Memerintah Batalion Ke -2 Rejimen Sempadan diantara Lt Kol Zambery Jefry Darus dan Mej Mohd Nazri Ismail disaksikan PS 2 Latih Mk Bgd, Mej Haji Azmil Agus bertempat di Mk Tak Sasaran Penting. Lt Kol Zambery Jefry Darus akan menyertai misi pengaman ke ISAF Afganistan menjawat jawatan Pegawai Staf. Dalam upacara tersebut Pegawai Memerintah menyeru agar setiap anggota harus memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada pucuk pimpinan yang baru bagi meneruskan kecemerlangan pasukan disamping mengekalkan semangat berpasukan dan setia kawan agar pasukan sentiasa dihormati.–– Lkpl Mohd Raffi Musa
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 16 RAMD KOTA BHARU: Perlawanan persahabatan bola sepak antara Tim Wisma Perwira dengan Tim Wisma Bintara pasukan 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diadakan pada 10 Jan 2012 di Padang Pavilion Pasukan. Walaupun dalam keadaan hujan namun tidak menghalang keduadua pasukan untuk beraksi dengan formasi dan taktik masing-masing. Wa l a u p u n T i m W i s m a P e r w i r a mendahului jaringan ke atas Tim Wisma Bintara, namun gagal mengekalkan kelebihan tersebut. Perlawanan disaksikan oleh para Pegawai dan anggota pasukan dengan kesudahan keputusan jaringan seri (3-3). Aktiviti seumpama ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di samping memberi pendedahan kepada ahli bintara muda.
40
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
2 DIV Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Anugerah Sayap Kehormat Royal Thai Army
Oleh : PW II Idris Osman
KEDAH: Seramai enam orang Pegawai Kanan ATM dan seorang pegawai kanan PDRM dianugerahkan Sayap Kehormat Royal Thailand Army (RTA) sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka mengeratkan hubungan dua hala Malaysia-Thailand bertempat di Kem Senanarong, Hatyai Thailand pada 24 Feb 2012. Upacara disempurnakan Comander 4TH Army Area RTA, Lt Jen Udomchai Thamsarorat. Pegawai-pegawai Kanan yang terlibat, Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim, AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Timb Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Dato’
Abd Rahim Jaafar, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Zaki Hj Hamzah, Ketua 92 ATCK, Brig Jen Mohd Sobri Paridaluddin Hj Ismail, Panglima Bgd
Sempadan, Brig Jen Zakaria Yadi dan Kol Operasi Markas Medan Tentera Darat, Kol Hj Kamarol Fauzi Hj Mohd Said.
Penyampaian Sijil Kecemerlangan Bayaran PULAU PINANG: Dalam merealisasikan transformasi pengurusan perbelanjaan dan kewangan kerajaan, Kementerian Kewangan telah menetapkan agar semua bil dan segala tuntutan dibayar segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh penerimaan. Namun begitu, Kementerian Pertahanan telah menetapkan supaya semua PTJ menyelesaikan pembayaran dalam tempoh tujuh hari. PTJ MK 2 Div dari staf belanjawan Markas telah berjaya mempamerkan prestasi cemerlang bagi tahun 2011 dengan mengambil masa tempoh tiga hari sahaja untuk menyelesaikan semua pembayaran bil. Sehubungan itu, PTJ 2 Div dianugerahkan Sijil Kecemerlangan Bayaran oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan atas pencapaian yang telah ditunjukkan dan di peringkat darat, Panglima Tentera Darat juga menyampaikan sijil penghargaan atas pencapaian yang sama. Satu majlis ringkas diadakan di Coffee Room, Markas 2 Div untuk penyerahan sijil berkenaan dan disampaikan oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin kepada PS 2 Belanjawan MK 2 Div, Mej Mohd Noor Azian Mohd Nawi pada 16 feb 2012.
PTD Solat Jumaat Di Masjid As-Solihin KELANTAN: Pasukan 21 RAMD sekali lagi menerima kunjungan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin pada 24 Feb 12. Kunjungan tidak rasmi beliau pada kali ini untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Solihin 21 RAMD. Selesai menunaikan Solat Jumaat, PTD melihat dan melihat sendiri keadaan masjid yang agak uzur. Ini kerana Masjid As-Solihin telah dibina sejak tahun 1950 dan banyak mengalami kerosakan serta kebocoran akibat dimamah usia. Ketibaan beliau disambut Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohamad Zaki Hj Hamzah dan Peg Mem 21 RAMD, Lt Kol Khairuddin Zakaria.
41
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
2 DIV
Lawatan Pengerusi Kor RRD Ke Batalion Ke 5 RRD
Oleh: Kpl Kerry Wong Sui Ming Gambar: Lkpl Farid Musa
KELANTAN: Panglima 1 Divisyen merangkap Pengerusi Kor RRD, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar bersama isteri mengadakan lawatan ke pasukan 5 RRD pada 11 Mac hingga 12 Mac 2012. Bersempena dengan lawatan tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti majlis BBQ, sesi dialog bersama Pengerusi Kor RRD dan pemakaian pangkat bagi anggota LLP yang disempurnakan beliau di dewan makan. Beliau berharap agar setiap lapisan anggota sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran dan keikhlasan tanpa meminta sebarang balasan serta bertanggungjawab dalam memberi perhatian terhadap keluarga masing-masing. Beliau juga mengingatkan setiap lapisan anggota agar tidak melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah, berkhalwat dan tidak hadir
tanpa cuti. Beliau berkehendakkan agar semua anggota sentiasa mempamerkan mutu kerja yang baik dan sentiasa mengekalkan tahap mutu disiplin yang tinggi bagi menjaga nama baik pasukan khususnya warga ATM.
Penyerahan Cek Koperasi Tentera kepada waris PTT Kanan 21 RAMD KELANTAN: Pegawai Mememerintah 21 RAMD, Lt Kol Khairuddin Zakaria meluangkan masa menemui Puan Suhaida Zainuddin, balu kepada 1113859 Allahyarham Sjn Ros Azlan Nawi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 14 Feb 2012. Tujuan perjumpaan tersebut untuk menyampaikan cek yang merupakan insuran kelompok Koperasi Tentera yang disertai oleh Allahyarham. Allahyarham telah meninggal dunia akibat penyakit TIBI dan meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Puan Suhaida Zainuddin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan dan kesanggupan Peg Mem sendiri untuk menemui beliau dalam menjaga hal-hal kebajikan anggota tentera. Pegawai Memerintah berharap dengan sumbangan pihak Koperasi Tentera itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Allahyarham dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh Suhaida untuk meneruskan kehidupan. Beliau juga berharap hubungan baik ini dapat diteruskan agar perkembangan tentang anak beliau dapat dipantau oleh pihak pasukan demi masa depannya.
42
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Pameran Survivle sempena program motivasi kepimpinan Sekolah KELANTAN: Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 mengadakan Program Motivasi Kepimpinan di pasukan ini selama dua hari mulai 3 Mac hingga 04 Mac 2012. Dalam program tersebut salah satu pertunjukan yang diadakan merupakan pertunjukan ikhtiar hidup oleh tim survival. Pelajar-pelajar sekolah telah didedahkan dengan beberapa aktiviti iaitu pertunjukan jenis-jenis jerat dan perangkap haiwan, cara-cara masak dalam buluh, menghidupkan api dengan menggunakan habuk kayu serta pameran pelbagai jenis herba-herba hutan yang boleh dimakan. Selain dari pertunjukan ikhtiar hidup, aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pertunjukan tambor, pameran senjata dan latihan kawad. Majlis penutup program motivasi kepimpinan disempurnakan Penolong Pegawai Memerintah pasukan Mej Mohd Adlie Mohd.– Lkpl Hanafi Hasnan, gambar: Rjr Tajuddin Talib
2 DIV Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Mesyuarat Pengerusi BAKAT 2 Div Siri 1/2012 PULAU PINANG: Mesyuarat Pengerusi BAKAT 2 Div diadakan di Blue Room, Wisma Perwira Pearl Eagle Riviera, Kem Tun Razak yang dipengerusikan pertama kali oleh Datin Rashidah Abdul Rahim sejak memegang jawatan sebagai Pengerusi BAKAT 2 Div pada 10 Ogos 2010. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada 2012 ini. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengerusi BAKAT Formasi di bawah KTJ 2 Div pada 8 feb 2012 yang lepas. BINCANG... Datin Rashidah Abdul Rahim membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada 2012
Isteri Pengerusi KOR RRD Lawat BAKAT 5 RRD KELANTAN: Badan Amal Keluarga Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Batalion Ke 5 Rejimen Renjer Diraja menerima kunjungan isteri Pengerusi Kor RRD, Datin Hjh Noraihan Ibrahim pada 11 Mac hingga 12 Mac 2012. Majlis tersebut disambut Pengerusi BAKAT 5 RRD, Puan Mastura Mahmod, AJK BAKAT serta ahli BAKAT sambil diiringi dengan tarian ngajat. Tujuan kunjungan Datin Hj Noraihah untuk beramah mesra bersama ahli-ahli BAKAT 5 RRD. Beliau amat terharu dengan sambutan yang diadakan dan mengingatkan agar ahli-ahli BAKAT pasukan ini sentiasa memberikan kerjasama supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan yang sedia terjalin agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasama untuk mencapai matlamat BAKAT pasukan. Beliau juga mengingatkan agar ahli BAKAT sentiasa peka dan menjaga keharmonian keluarga masingmasing tanpa lupa menjadi pendorong kepada suami di dalam kerjaya sebagai anggota tentera. Beliau menyeru agar ahli BAKAT pasukan bersamasama menjaga nama baik BAKAT pasukan demi mencapai matlamat yang diinginkan.
Panglima Medan TD Lawat MK Garison Gemas
GEMAS: Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim membuat lawatan ke Markas Garison Gemas sempena lawatan kerjanya ke Kem Syed Sirajuddin mulai 8 Feb 2012 hingga 10 Feb 2012. Lawatan ini merupakan lawatan ulung sejak beliau memegang tampuk Pemerintahan Medan bermula pada 5 Ogos 2011. Ketibaan Panglima Medan disambut Panglima 1Bgd, Brig Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Pemerintah Mk Garison Gemas, Kol Zulkarnain Abu Bakar dan semua Pemerintah Pasukan di dalam Kem Syed Sirajuddin. Taklimat dari markas disampaikan oleh Kol Zulkarnain Abu Bakar yang menyentuh pelbagai aspek termasuk organisasi dan pemasalahan yang dihadapi oleh Markas Garison Gemas. Selesai taklimat, satu sesi bergambar bersama pegawai-pegawai kanan dari Markas ini diambil hadapan bangunan Markas Garison Gemas sebagai kenang-kenangan.– Lkpl Mohd Nazrul Adnan, gambar: Lkpl Erman Shah Ali
43
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
2 DIV
Perasmian Kelab Astaka ‘Setia Berani’
UJI KETANGKASAN...satu Ujian Keberkesanan Stesen Bomba Tentera Darat telah dilaksanakan di Stesen Bomba Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin pada 6 Mac 2012. Ujian disertai seramai 22 anggota dilaksanakan bagi menguji tahap kecekapan dan siapsiaga anggota. Stesen Bomba Tentera Darat Gemas melaksanakan tugasan dalam keadaan kecemasan yang mana memerlukan tahap kesiagaan dan keberanian yang tinggi. Antara ujian yang dilaksanakan seperti Menyelamat Mangsa Kemalangan, Memadam dan Menyelamat Mangsa Kebakaran serta Memadam Kebakaran Bangunan. Tim Penguji yang hadir untuk menilai tahap keberkesanan dan kecekapan anggota SBTD Gemas adalah dari Kumpulan KP - Sel Bomba yang diketuai Mej Kamaruddin Dollah.
UJI KETANGKASAN...satu acara pertandingan menembak telah dilaksanakan di Lapang Sasar Menyala A pada 16 Mac 2012. Komandan turut memberi cenderahati kepada US Army yang turut memberi tandingan di dalam pertandingan ini.
44
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
KELANTAN: Kelab Astaka 21 RAMD atau dikenali sebagai Kelab Astaka Setia Berani kini diberi nafas baru setelah dibuka secara rasminya oleh Lt Kol Khairuddin Zakaria, Peg Mem 21 RAMD pada tanggal 1 Mac 12 bersempena dengan HUT TD Ke-79. Ketibaan beliau pada jam 1600 disambut YDP Kelab Astaka bersama AJK yang telah dilantik. Selepas acara perasmian, Peg Mem diberi taklimat secara ringkas oleh YDP Kelab Astaka, Pbt Mohd Hafiz Norizan berkaitan dengan kelab berkenaan. Di dalam ucapan, Peg Mem memaklumkan bahawa perasmian kelab ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahlinya yang berpangkat Prebet melakukan aktiviti riadah disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli. Selain itu, ianya dapat mendidik YDP, AJK dan ahli untuk menguruskan sesuatu acara serta mendidik mereka menjadi seorang pemimpin yang baik kerana mereka merupakan pelapis pemimpin pasukan di masa akan datang. BEKERJASAMA...perajurit muda wanita bekerjasama dalam acara tarik tali sempena karnival sukan yang diadakan di Padang Bola Jasmani pada 15 Mac 2012. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Komandan dan Ketua Bahagian Latih. Jurulatih turut mengambil bahagian dalam acara tarik tali dan bola sepak sebagai tanda sokongan menceriakan suasana karnival ini.
3 DIV Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Serah Terima Tugas Operasi Merpati 1 SIRI 2/2012 JOHOR: Perbarisan Serah Terima Tugas OP MERPATI (Sektor 7 Bgd) Siri 2/2012 diantara 1 RRD dan 21 RAMD diadakan di MK Taktikal Tanjung Sepang, Johor pada 5 Mac 12. Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Peg Mem 1 RRD Lt Kol Hamadi Hj Hasan dan diikuti ketibaan Peg Mem 21 RAMD, Lt Kol Khairuddin Zakaria. Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Dalib Basir hadir bagi menyaksikan upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Peg Mem 1 RRD dan Peg Mem 21 RAMD. Dengan selesainya upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan turun naik bendera pasukan masing-masing, maka dengan rasminya 21 RAMD telah mengambil alih tugas OP MERPATI 1 (Sektor 7 Bgd) Siri 2/2012 mulai 5 Mac hingga 5 Mei 2012.
Majlis pemakaian pangkat Oleh: Sjn Razali Gambar; LKpl Azman SEREMBAN: Seramai dua Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Kanan dan satu PTT Rendah dinaikkan pangkat, Sjn ke SSjn iaitu Sjn Harifuddin Tabu, Sjn Wan Umi Sahara Wan Hashim dari Cawangan Risik dan LKpl ke Kpl iaitu LKpl Siti Aminah Abdul Ghani dari cawangan Gaji yang diadakan pada 19 Okt 2011. Dalam ucapannya, Ketua Staf mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan berharap kenaikan tersebut akan menjadi pemangkin dan semangat kepada anggota untuk terus bekerja dengan lebih kuat bersesuaian dengan pangkat yang disandang.
BERTUKAR KELUAR…upacara serah terima tugas Sarjan Mejar Rejimen antara PW 1 Mohamad Yaacob Wahab dengan PW 1 Sulaiman Peran diadakan di padang kawad 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mek pada 5 Jan 2012 dengan disaksikan Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamad Noorlizam Shamsuddin dan warga 14 RAMD Mek. PW 1 Mohamad Yaacob akan ditukarkan ke Rejimen 502 Askar Wataniah dengan menjawat jawatan Sarjan Mejar Rejimen Pasukan.– Kapt Mohd Naim Mustapha, gambar; LKpl Hafiz
GIGIH...Bukit putus menjadi satu destinasi Markas 1 Briged bagi menjalani Ujian Jalan Laju 15 KM yang dilaksanakan pada 15 Nov 2011 yang mana laluan jalan yang dilalui adalah jalan baru ke jalan lama ke Bukit Putus. Seramai 80 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat terlibat dalam ujian yang dijalankan bertujuan bagi menentukan setiap peringkat anggota di pasukan berada dalam tahap yang baik dan latihan ini juga menekankan kesedaran,kesefahaman dan kerjasama berkumpulan serta memupuk semangat setiakawan dikalangan semua peringkat anggota.– SSjn HarifuddinTabu, gambar; LKpl Azman
45
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
3 DIV
Wisma Bintara raikan ahli bertukar keluar Oleh: SSjn Harifuddin Gambar; Sjn Razali SEREMBAN: Wisma Bintara Gabungan bertempat di 1 Briged mengadakan majlis meraikan ahli bersara, bertukar keluar dan Orientasi Bintara Muda Siri 2/2011 melibatkan 12 ahli pada 11 Nov 2011. Majlis bertujuan meraikan ahli yang bakal bersara dan bertukar keluar. Seterusnya mengadakan orientasi memperkenalkan ahli-ahli baru yang dinaikkan pangkat Sjn yang mana ianya menjadi tradisi bagi ahli baru yang memasuki Wisma Bintara. Dalam ucapan Yang DiPertua, PW 1 Zulkifly Mohd Nor, majlis ini diadakan sebagai majlis resepsi kepada ahli-ahli baru yang dinaikkan pangkat dan diterima sebagai ahli Wisma Bintara.
Majlis Pemakaian Pangkat GEMAS: Seorang Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Kanan dan dua orang PTT Rendah dinaikkan pangkat iaitu, Sjn Noor Azmin Yusoff dinaikkan pangkat ke SSjn manakala Kpl Rizal A Majid dan Kpl Mohd Ismail Yahya pula dinaikkan pangkat ke Sjn yang diadakan di Markas Garison pada 9 Dis 2011. Dalam ucapannya, Pemerintah Garison mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan berharap kenaikan tersebut akan menjadi pemangkin dan semangat kepada anggota untuk terus bekerja dengan lebih kuat bersesuaian dengan pangkat yang disandang. Seramai lapan pegawai, 38 anggota Lain-Lain Pangkat dan 10 orang pekerja Tadbir Awam menyertai perbarisan tersebut yang diketuai oleh Mej Ismail Mohamad, Ajutan Markas Garison Gemas.– LKpl Nazrul, gambar; LKpl Herman Shah
Serah menyerah panglima 1 bgd
Serah terima tugas pengerusi BAKAT 1 bgd
TANGGUNGJAWAB...seramai 17 orang Pengerusi BAKAT di bawah naungan 1 Bgd hadir menyaksikan upacara Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 1 Bgd diantara Datin Karmina A.Kadir dengan Pengerusi BAKAT 1 Bgd yang baru Datin Rosmawar Fizawan Wan Zaina bertempat di Wisma Perwira Markas 1 Bgd pada 18 Jan 2012. - Pbt Tina Murni
46
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
NEGERI SEMBILAN: Seramai 10 Peg dan 150 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 1 Bgd yang diadakan di Padang Kawad Rejimen 508 (AW) pada 16 Jan 2012. Brig Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dilantik sebagai Panglima 1 Bgd yang baru menggantikan Brig Jen Dato’ Abdullah Hj Karim yang bertukar keluar ke Jabatan Arah Armor dan memegang jawatan sebagai Pengarah Kor Armor Diraja Majlis Serah Terima Tugas tersebut disaksikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Razali Hj Ahmad – SSjn Harifuddin Tabu, gambar ; Kpl Gunantran a/l Baskaran
4 DIV Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
70 anggota LLP 6 RRD naik pangkat
Oleh: Sjn Daud Muhammad Din Gambar: Rjr Muhammad Hafizullah Muhammad Zaidi KUALA LUMPUR: 13 Pegawai dan 480 Lain-Lain Pangkat (LLP) 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun ke-42 6 RRD bertempat di Padang Kawad 6 RRD pada 3 Feb 2012. Semasa perbarisan tersebut seramai 70 anggota LLP 6 RRD dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Fadzil Sanusi Ab Ghaffar dan dalam ucapannya beliau menyeru agar setiap anggota menjaga mutu disiplin dan menghindarkan diri dari gejala-gejala yang tidak berfaedah yang boleh memburukkan nama baik dan imej pasukan.
6 RRD johan Kembaraduga peringkat Medan TD PAHANG: Seramai 3 Pegawai dan 56 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion ke 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD) menyertai Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan Tentera Darat bagi mewakili Markas 4 Divisyen dan berjaya menjadi johan bagi tahun 2012 yang diadakan di sekitar negeri Pahang bermula dari 15 hingga 21 Feb 2012. Tim Kembaraduga 6 RRD yang diketuai oleh Kapt Fadjrin Mansor menjadi johan dalam jalan lasak dan pandu arah. Daripada lima disiplin yang dipertandingkan dan upacara penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zulkifli Hj Kassim.–LKpl Shahrul Ahmad Firdaush Abd Ghani, gambar: Rjr Muhammad Hafizullah Muhamad Zaidi JOHAN...anggota 6 RRD bersama trofi kemenangan Kembaraduga
Allahyarham Rjr Mohd Asrul selamat disemadikan KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Rjr Mohd Asrul Mohd Nor disembahyangkan oleh anggota 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) bertempat di Masjid Kem Wardieburn pada 12 Jan 2012. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di hadapan pintu masuk Markas 4 Div ketika sedang dalam perjalanan dari stor senjata Kompeni B menuju ke Balai Pengawal 6 RRD untuk mengambil kunci dan dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah Allahyarham Rjr Mohd Asrul dibawa pulang ke kampung halamannya serta disemadikan disana.–Sjn Daud Muhammad Din, gambar; Rjr Muhammad Hafizullah Muhammad Zaidi
47
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
4 DIV
RAMD adakan tahlil memperingati peristiwa Bukit Chandu SUNGAI BESI:1 RAMD telah diberi penghormatan penuh untuk menganjurkan tahlil sempena memperingati peristiwa Bukit Chandu, Singapura bertempat di Surau As-Syafie 1 RAMD pada 14 Feb 2012. Majlis Tahlil ini akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar RAMD bagi mengenang pengorbanan pahlawan-pahlawan Askar Melayu yang berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dalam Pertempuran di Bukit Chandu, Singapura pada 14 Februari 1942. Tahlil yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Ketua Staf Am Mk Medan TD, Brig Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain, Panglima 12 Briged, Brig Jen Mohd Nazir Mami, Pengarah Infantri, Brig Jen Dato’Khir Abdullah,Timbalan Pengarah Infantri, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan warga RAMD yang tinggal di sekitar Lembah Klang. – Risik Pasukan 1RAMD
6 RRD terima Penolong Peg Memerintah baru KUALA LUMPUR: Seramai 8 Pegawai dan 420 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat sempena Perbarisan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) diantara Mej Azhar Ahmad dan Mej Hairil Abd Hamid bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 13 Feb 2012. Mej Azhar Ahmad terpilih sebagai Pegawai Pemerhati di Mindanao dan dalam ucapannya, beliau menegaskan setiap pegawai dan anggota dapat melakukan tugas dan peranan yang telah diberikan dengan jujur, amanah, berdisiplin dan yang paling penting ialah menjaga nama baik pasukan. Perbarisan dan upacara mendatangani nota serah menyerah tugas turut disaksikan oleh Pegawai Memerintah 6 RRD, Lt Kol Fadzil Sanusi Ab Ghaffar. - Sjn Daud Muhammad Din
Mesyuarat Agong BAKAT 6 RRD
KENANGAN...BAKAT 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) bergambar kenangan semasa Mesyuarat Agong BAKAT 6 RRD bertempat di rumah BAKAT Pasukan pada 12 Feb 2012 yang bertujuan melantik ahli jawatankuasa yang baru serta memperkenalkan ahli-ahli BAKAT yang baru. Pengerusi BAKAT 6 RRD menyeru ahli-ahlinya agar sentiasa menghadirkan diri pada setiap aktiviti BAKAT yang diadakan agar dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama ahlinya.– Sjn Daud Muhammad Din, gambar: Rjr Muhammad Hafizullah Muhamad Zaidi
48
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
PASUKAN ELIT Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
100 Sertai Pertandingan Memancing Oleh : Staf Risik Mk 21 GGK MERSING: Kelab Joran Komando Gerup Gerak Khas (GGK) Kem Iskandar mengadakan pertandingan memancing yang disertai 100 pegawai dan anggota GGK yang diadakan di Jeti Skn Perahu Khas pada 26 Jan 2012. Pertandingan yang bermula pada jam 0900 sehingga jam 1200 mendapat sambutan yang menggalakan menyertai pertandingan ini. Turut hadir bagi memeriahkan pertandingan tersebut ialah Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Hj Abdul Karim dan Ketua Staf Markas 21 GGK, Lt Kol Rizan Mat Hassan. TAHNIAH...Brig Jen Effendi menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena pertandingan memancing
Majlis Makan Malam Rejimental GGK
MELAKA: Majlis Makan Malan Rejimental sempena perpisahan Mantan Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mej Jen Dato’ Abdul Samad Yaakob diadakan di sebuah hotel di sini pada 27 Jan 2012. Majlis diadakan bertujuan untuk mengenang jasa Dato’ Abdul Samad yang menerajui tampuk pimpinan 21 GGK selama empat tahun setengah. Sepanjang beliau bertugas sebagai Panglima 21 GGK banyak perubahan yang telah dilakukan. Majlis turut dihadiri semua pegawai GGK dan Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Hj Abdul Karim. Mej Jen Dato’ Abdul Samad akan menjawat jawatan baru sebagai Asisten Ketua Staf Operasi Latihan di Kementerian Pertahanan.– Staf Risik Mk 21 GGK
Majlis suaikenal Bintara Muda
Sambutan Hari Ulang Tahun 22 Komando DISAMBUT…seramai 24 anggota yang dinaikkan pangkat dari Kpl ke Sjn diraikan pada majlis suaikenal Bintara Muda dengan ahli-ahli Bintara. Majlis berlangsung di Wisma Bintara Kem Iskandar pada 25 Jan 2012. Kedatangan anggota baru ke Wisma Bintara disambut oleh Yang DiPertua Wisma Bintara Kem Iskandar, PW 1 Abdul Amah Abd Razak dan Penasihat Wisma, PW 1 Abd Razak Othman serta ahli-ahli wisma. – Staf Risik
DIRAIKAN... 22 Komando (Kdo) mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun bertempat di Padang Kawad 22 Kdo pada 20 Jan 2012 . Sambutan dimulakan dengan perbarisan oleh pegawai dan anggota dari 22 Kdo. Selesai perbarisan acara sambutan diteruskan dengan acara simbolik memotong kek oleh Pegawai Memerintah, 22 Kdo Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah. Tujuan sambutan seperti ini diadakan bagi mengingati penubuhan Rejimen 22 Kdo di dalam pasukan Gerup Gerak Khas. – Staf Risik Mk 21 GGK
49
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUKAN
RSD menjuarai Kejohanan Bola Keranjang antara Kor TD 2012 Oleh: Pbt Fatin Izzati Amir KUALA LUMPUR: Kejohanan Bola Keranjang Antara Kor Peringkat Tentera Darat (TD) tahun 2012 menyaksikan Tim Rejimen Semboyan Diraja menjadi johan pada tahun ini dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan serta hadiah kepada pemain. Dengan pungutan mata 40 berbalas 39, RSD dinobatkan sebagai juara dengan menumpaskan Tim Askar Melayu Diraja. Kejohanan ini diadakan selama enam hari bermula pada 8 Mac 2012. Kejohanan Bola Keranjang yang melibatkan 12 Kor TD berjaya mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi berjaya ditonjolkan oleh pasukan mahupun individu. Pertandingan di peringkat kumpulan dan separuh akhir telah diadakan di Batalion Ke 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD), Kem Perdana Sg Besi yang merupakan Pusat Cemerlang Bola Keranjang TD. Pada 14 Mac 2012 bertempat di Stadium Malaysia
50
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Basketball Association (MABA) telah berlangsungnya Majlis Penutup dan Pertandingan Akhir Kejohanan Bola Keranjang antara Kor TD 2012 yang disempurnakan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati oleh Panglima 4 Div kepada peserta dan pemenang. Tim Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja menduduki tempat ketiga. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki. Sebagai tanda penghargaan, Beliau telah menerima cenderahati dari pihak penganjur sebagai tanda kenangan. Turut hadir pada kejohanan tersebut ialah Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Datuk Mahadi Abdul, selaku Pengerusi Bola Keranjang Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia, serta pegawaipegawai kanan kor yang lain.
SUKAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
RAMD MENJUARAI PIALA DATO’ HJ KHLIR Oleh : Lt.M Mohd Rizal Ghazali Gambar : Kpl Vijay Gaundar Arikrishnan KUALA LUMPUR: Pertandingan Akhir Bola Sepak di antara Kor dan Rejimen telah diadakan di Padang Bola Sepak Kem Batu Kentomen pada 12 Apr 2012. Pertandingan akhir bola sepak TD ini menyaksikan perlawanan di antara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Polis Tentera Darat (KPTD). Dalam pertandingan akhir ini, RAMD berjaya mempertahankan kejuaraan dengan mengalahkan KPTD dengan jaringan 2 gol berbalas 1, sekaligus membawa pulang piala pusingan Piala Dato’ Hj Khlir. Manakala Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dan Kor Risik DiRaja (KRD) telah berkongsi piala Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah (fair play). Dalam perlawanan tersebut LKpl Mohd Shahrizan Saidin dari pasukan RAMD telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (5 gol). Manakala, pemain terbaik bola sepak TD disandang oleh Pbt Mohd Kafli Shamsudin (RAMD).
Pertandingan bola sepak TD diadakan juga untuk memilih pemain-pemain yang berbakat untuk diserapkan mewakili tim Tentera Darat seterusnya beraksi di Liga FAM. Seramai lapan orang pemain berjaya dipilih iaitu Rjr Mohd Faizal Fahmi, LKpl Faizol Mohammad, Pmd Mohd Faizal Mohammad serta LKpl Jagan al Arumugum, LKpl Mohd Shahrizan, Tpr Mohd Azlan Hussin, Pbt Mohd Zaironi Yusof dan LKpl Shahril Aswari Shafie. Upacara penyampaian piala pusingan dan hadiah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat,Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi. Dalam ucapan penutup, TPTD menasihatkan agar semua warga TD sentiasa menjaga mutu disiplin yang tinggi pada sebilang masa kerana ini mencerminkan imej TD di mata masyarakat. Pasukan 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah diberi kepercayaan mengkoordinasikan keseluruhan pertandingan ini.
51
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUKAN
KRD Muncul Juara Bola Jaring Berturut-turut
Oleh: LKpl Nurulhaswani Ruzaini Gambar: Kpl Shamsul Zaidi Zolkoffly KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Jaring Kor Risik Diraja (KRD) berjaya mengekalkan kegemilangannya di dalam Kejohanan Bola Jaring Antara Kor / Rejimen Tentera Darat (TD) 2012 kerana berjaya mempertahankan kejuaraan apabila muncul juara selama empat tahun berturutturut. Pasukan KRD berjaya mengalahkan Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dengan keputusan 42 berbalas 28 yang diadakan di Dewan Gimnasium Maktab Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 23 Mac 2012.
Menurut Mej Sharifah Monalisa Syed Akil selaku Pengurus Pasukan Bola Jaring KRD, kemenangan pasukannya adalah hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain yang disifatkan begitu berdisiplin dari mula menjalani latihan hingga tamat perlawanan. “Selain itu kekuatan utama kejayaan KRD juga terletak pada jurulatih. Ini kerana jurulatih pasukan KRD banyak membantu dari segi teknik latihan, motivasi dan gaya pemainan yang mantap. Semangat yang ditunjukkan pasukan KRD telah mengharumkan nama KRD khasnya dan TD amnya. Adalah menjadi sasaran KRD untuk menjadi johan lagi pada tahun ini. Semangat dan kerja keras pemain-pemain merupakan faktor utama kejayaan pasukan disamping tunjuk ajar daripada jurulatih yang berpengalaman,”jelasnya lagi.
52
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Bagi mendedahkan pemain-pemain dengan perlawanan sebenar mereka sering mengadakan perlawanan persahabatan dan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar. Harapan KRD agar dapat mengulangi kejayaan ini dan seterusnya mengekalkannya pada masa akan datang. Pasukan KRD mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh pucuk pimpinan KRD dan juga mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kejayaan,” tambah beliau lagi. Jurulatih KRD, Siti Zaharah Suin menjadi jurulatih untuk pasukan KRD sejak sembilan tahun yang lalu mempunyai kemahiran, pengalaman, pengetahuan dan berpesonaliti. Selain dari kebolehan mengajar dan komited terhadap tugas, tidak keterlaluan jika dikatakan beliau seorang motivator kerana sering memberi katakata peransang untuk menaikkan semangat pemain terutama semasa pertandingan. Kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring TD bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam sukan bola jaring agar mereka dapat dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
SUDUT AGAMA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Keselamatan dan keamanan perspektif Islam Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang mengimplementasikan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk.Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud, tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam, (surah al-Anbia’ ayat107). Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab
Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun insaniah yang sungguh mengkagumkan.Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini.Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani. Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam sejak berdekad dahulu kelihatan agak tercemar disebabkan oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah.Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik.
Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang negatif. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam.Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan pertumpahan darah sesama umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman begini mendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti. Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti “selamat” adalah sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripada fahaman sempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri. Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai antara kaca dengan permata tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud.Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkan dan hasilnya umatnya sendiri akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akan dipinggirkan daripada arus globalisasi dunia.
53
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUDUT AGAMA
Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi juara keamanan dan kemakmuran. Lihatlah di Bosnia, Kasymir, Palestin malah di negara jiran kita sendiri keamanan dan kesejahteraan yang sepatutnya mereka miliki telah tergugat. Puncanya seperti yang telah kita nyatakan lebih banyak disebabkan nilai-nilai murni yang ditanam oleh Rasulullah telah mula diabaikan. Perpecahan sesama sendiri adalah salah satu puncanya. Jika mereka cuba untuk bersatu namun kesatuan yang mereka wujudkan lebih menjurus kepada kepentingan diri. Dalam bersatu mereka juga bertelagah. Dalam mewujudkan lebih banyak jamaah mereka juga mewujudkan lebih banyak perpecahan. Masing-masing puak berjuang untuk kepentingan puak mereka. Maka tujuan utama mereka untuk menjamin kesejahteraan umat Islam keseluruhannya sering dikaburi dengan slogan demi slogan lalu umat Islam terus dihimpit dan tertekan lantaran slogan mereka lebih menjurus kepada perpecahan. Pertelagahan yang berlaku sesama umat Islam turut mengundang musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan menghuru-harakan keadaan. Islam agama yang semestinya dilihat mengajak kepada keamanan, dilihat di kacamata musuh sebagai agama yang membawa kepada kemunduran, dan kerosakan, perpecahan dan ekstrimis. Justeru melalui
“firman Allah S.W.T. yang bermaksud, tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam...” (surah al-Anbia’ ayat107)
perpecahan yang ada pada umat Islam lalu diambil kesempatan oleh musuh untuk menikam secara berdepan. Demikianlah perkiraan dan perancangan mereka. Islam agama keselamatan dan keamanan serta agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia. Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan
54
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum.Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah. Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan keganasan bukanlah sifat Rasulullah S.A.W. Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu. Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam. Apatah lagi kepada orang bukan Islam. Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini. Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Mungkin mereka ada alasan lain untuk mempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam.
SUDUT AGAMA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
Sudah sampailah masanya Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan kepada umat manusia seperti apa yang dilakukan oleh Rasululah S.A.W. Rasa bimbang di dada umat Islam apatah di mata musuh Islam perlu dibaiki. Mesej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. bersandarkan keamanan dan keselamatan perlu diguna dan dibangunkan semula oleh umat Islam kini. Apabila mesyuarah menjadi keutamaan baginda, maka itulah juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Rasulullah S.A.W. dapat bertolak ansur dengan kaum musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demikian? Sayangnya ketika mencari perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat. Perlu ditegaskan lagi bahawa Rasulullah S.A.W. hendaklah dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Rasulullah perlu diikuti lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulama. Kita juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah S.A.W. dalam meningkatkan dakwah di kalangan mereka yang bukan Islam. Serentak itu Rasulullah S.A.W. berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh baginda bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya
permusuhan. Sebagai umat yang mahu menjadikan dirinya contoh dan inginkan Islam dilihat sebagai agama pembawa keamanan, kita perlu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada keharmonian rakyat di negara ini. Kemelesetan ekonomi akan mengundang pelbagai kemungkinan dalam kehidupan masyarakat. Kegelisahan kemurungan dan ketidak stabilan politik boleh wujud pada bila-bila masa seperti apa yang terjadi kepada beberapa negara jiran. Di sinilah letaknya peranan kita untuk mempamerkan kemurnian ajaran Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini perlu memperlihatkan sikapnya menghargai keamanan.Ini kerana keamanan adalah elemen yang sangat penting untuk kita menebus maruah negara yang mungkin tergadai. Apatalah lagi jika pucuk pimpinannya dipegang oleh orang Islam. Jika kepimpinannya tumbang maka tidak mustahil martabat Islam yang kita letakkan di tempat yang tinggi negara ini akan turut goyang. Inilah yang perlu kita elakkan dan jika ia berlaku juga dunia akan mencaci kita. Mereka akan mengaitkan kegagalan kepimpinan Islam dengan agama Islam yang kita bawa. Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka menyamakan
negara ini sama dengan negara Islam lain yang ratarata mundur lantaran kegagalan pemimpinnya menguasai ekonomi negara. Kita masih belum terlambat lagi kerana agama Islam yang cemerlang perlu lebih dicemerlangkan lagi melalui tindak-tanduk umatnya. Islam agama yang mementingkan keselamatan perlu ditonjolkan oleh umatnya melalui tuturkata dan tingkah laku yang berhemat. Kata-kata memaki, mengancam dan menghina sesama Islam perlu dihentikan kerana ia tidak menggambarkan keselamatan dan keamanan yang dibawa oleh Islam. Orang yang masih melakukan perbuatan demikian samalah seperti orang yang menganjurkan permusuhan dalam kehidupan umat. Orang yang menganjurkan permusuhan diibaratkan orang yang berdiri di tepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya. Justeru itu Islam melihat penganjur keamanan sebagai faktor yang akan menyelamatkannya daripada dihumban ke dalam api neraka. Sesiapa juga perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara. Malah, bukan hanya sekadar sedar tetapi hendaklah dengan penuh iltizam memeliharanya. Memelihara keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan memelihara keamanan dan kesejahteraan kehidupan kita di akhirat nanti.
55
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
SUDUT KESIHATAN
LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat lima peratus dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, buah pinggang, tyroid dan kencing manis. Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurangkurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki daripada penyakit-penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian. Penyakit Jantung Awas! penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.
56
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Punca Penyakit
Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung. Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. Keturunan Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anakanak juga berisiko mengidap penyakit yang sama. Diet Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung. Alkohol Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity
SUDUT KESIHATAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah daripada sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat. Merokok Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung. Tidak aktif Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti joging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini. Tanda-tanda penyakit * Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada. * Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal. * Mereka juga sering merasa pening dan muntahmuntah. Cara mencegahnya * Lakukan senaman dengan teratur. * Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera. * Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin. * Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun. * Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan. Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda. Barah Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak. Punca Penyakit Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika
dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang. Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus. Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru * Batuk yang tidak putus-putus. * Batuk yang disertai darah. * Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus. Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida. Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor. Rawatannya Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat dirawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.
57
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
RENCANA susulan kebimbangan penurunan permintaan ekoran kemelesetan ekonomi global. Penanda aras utamanya, kontrak utama di New York Mercantile Exchange, minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran bulan Januari dalam dagangan tengah hari di pertengahan bulan Disember, menurun sebanyak AS$3.45 hingga kini menjadi AS$39.65 setong. Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran bulan Februari juga susut sebanyak AS$1.12 dan ditutup pada paras AS$45.53 setong. Harga minyak mentah semasa merupakan penyusutan hampir 67 peratus daripada harga tertinggi yang dicapai pada bulan Julai 2008 iaitu AS$147 setong. Sebagai usaha untuk meningkatkan harga pasaran minyak, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang mengeluarkan lebih 40 peratus minyak mentah dunia, telah meluluskan cadangan pengurangan sehingga 2.2 juta tong sehari, iaitu sebanyak tujuh peratus daripada kuota pengeluarannya. Ini merupakan kali ketiga OPEC mengurangkan kuota pengeluaran minyak dalam tempuh tiga bulan dan adalah pengurangan terbesar sejak pertubuhan tersebut memperkenalkan kuota pengeluaran pada tahun 1982. Kejatuhan drastik harga minyak mentah dunia menggambarkan tanggapan di kalangan pelabur global bahawa permintaannya bakal terjejas teruk ekoran jangkaan berlakunya kegawatan ekonomi global. Negara maju seperti AS, Eropah dan Jepun yang merupakan pengguna bahan bakar terbesar
Oleh: Lt Kol (B) Hj Ab Aziz Ahmad Pada beberapa bulan penghujung tahun 2008, penduduk dunia dilanda berbagai-bagai krisis khasnya di segi keselamatan dan kegawatan ekonomi. Ribuan nyawa terkorban akibat sengketa antara negara, perang saudara, bencana alam dan juga penyakit berjangkit. Di samping itu rata-rata semua negara di dunia, tidak kira negara kaya ataupun negara membangun, turut terjejas oleh kegawatan ekonomi yang sedang melanda tanpa nampak tanda-tanda ianya akan berakhir. Harga minyak mentah global susut di bawah AS$40 setong, iaitu paras terendah sejak empat tahun,
58
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
dunia, kini turut mengalami pertumbuhan dagangan negatif yang telah meningkatkan kadar pengangguran dan penurunan pengeluaran industri yang sekali gus menjejaskan harga komoditi global. Di samping itu, negara ekonomi baru seperti China dan India yang diramal bakal menghadapi pertumbuhan lebih perlahan, turut menjejaskan prestasi harga minyak mentah dunia. Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, pada 18 Disember di Singapura, memberi amaran bahawa kesan krisis ekonomi dunia akan mula dirasa pada awal suku pertama tahun depan di seluruh dunia termasuk negara-negara di Asia dan Asia Tenggara. Namun sebenarnya, negara-negara membangun sudahpun
RENCANA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 merasainya pada masa ini. Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di Rom, Hafez Ghanem, dalam satu laporan, menyatakan bahawa harga makanan yang melambung tinggi akibat kegawatan ekonomi, menyebabkan bilangan penduduk dunia yang kelaparan kini mencecah hampir satu bilion orang. Robert Zoellick menambah bahawa untuk tahun 2008, penduduk dunia yang dikategorikan sebagai kelaparan meningkat sebanyak 40 juta menjadikan keseluruhannya 963 juta orang. Di samping itu, seramai empat juta penduduk di negara-negara menbangun hanya makan pada kadar paling minimum setiap hari. Hampir dua pertiga daripada penduduk dunia yang berdepan dengan kelaparan, tinggal di benua Asia. Sementara itu di benua Afrika pula, satu daripada tiga penduduknya menghadapi masalah kelaparan yang kronik. Penduduk dunia yang kelaparan hanya memandang isu gaya hidup sihat sebagai hanya satu impian kepada mereka. Selain itu penduduk di negaranegara membangun turut menghadapi ancaman kekurangan aliran tunai, pelaburan dan bantuan pembangunan yang menambahkan lagi kegawatan yang sedia berlaku. Malaysia boleh disifatkan sebagai antara beberapa negara yang bernasib baik di rantau Asia, kerana masih menunjukkan catatan pertumbuhan ekonomi hampir lima peratus, sedangkan negara-nagara lain sedang menghadapi kegawatan akibat krisis ekonomi global. Beberapa negara jiran juga turut terjerumus ke
dalam kemelesetan, malah negara ekonomi seperti China mencatatkan pengurangan pertumbuhan, manakala ekonomi Singapura memasuki penguncupan dan negara maju seperti Jepun pula turut mengalami kemelesetan. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menyatakan bahawa ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus pada suku tahun ketiga 2008, ketika ekonomi global dan persekitaran kewangan antarabangsa mengalami keadaan buruk yang mendadak. Pertumbuhan ekonomi Malaysia disokong oleh permintaan domestik yang meningkat 6.5 peratus berikutan perkembangan penggunaan swasta dan awam. Ketika negara-negara lain mengalami kemerosotan permintaan kerana kegawatan, rakyat Malaysia masih mampu berbelanja untuk keperluan asas harian. Indonesia Negara Indonesia yang merupakan negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara, kini sudah mulai merasi efek krisis ekonomi global dengan pertumbuhan yang perlahan. Seorang penganalisa dari Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Kee Beom Kim, menyatakan, adalah dijangkakan bahawa dalam sektor pembuatan dan komoditi, sebanyak 200,000 hingga 700,000 pekerjaan akan terjejas. Lembaga Perancang Ekonomi Indonesia menyatakan bahawa kini hampir 45 peratus rakyat Indonesia hidup dengan pendapatan hanya AS$2 (RM7.20) sehari dan berkemungkinan akan
59
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
RENCANA
MUSNAH...kemajuaan negara akan terencat dan tercemar sekiranya kestabilan negara yang sedia ada tergugat
menstabil sistem kewangan yang masih terawangawang. Sehingga AS$600 bilion akan digunakan untuk pembelian sekuriti gadai janji dan baki AS$200 bilion bagi sekuriti disokong aset untuk membantu pelanggan mendapatkan kredit. Suntikan tersebut dilihat sebagai usaha kerajaan AS ke arah mencapai sasaran meningkatkan pasaran kredit dan menurunkan kos pinjaman untuk pasaran perumahan yang menjadi punca kekacauan ekonomi yang menjurus kepada penurunan ekonomi global.
bertambah teruk pada tahun 2009. Berikutan krisis kewangan yang dihadapi oleh Indonesia, baru-baru ini, Menteri Kewangan Australia, menyatakan bahawa Indonesia meminta bantuan pinjaman kira-kira AS$2 bilion (RM7.24 bilion) dari Canberra, bagi membiayai projek prasarana untuk menambah jumlah peluang pekerjaan bagi rakyatnya. Sebelum ini, ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/1998, kerajaan Indonesia pernah meminta pinjaman dari Australia berjumlah kira-kira AS$1 bilion (RM3.62 bilion). Pada keseluruhannya, Indonesia memerlukan dana berjumlah RM38 bilion untuk menampung peruntukan kewangan tahun 2008. Amerika Syarikat Biro Penyelidikan Ekonomi Negara (NBER) Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi AS mula meleset pada Disember 2007 dan merupakan kemelesetan yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua. NBER yang memantau ekonomi AS dan mengenal pasti kitaran perniagaan negara tersebut turut menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi AS yang bermula pada 2001 kini sudah berakhir. Sebelum ini AS pernah mengalami kemelut ekonomi panjang iaitu selama hampir 16 bulan pada pertengahan 1970-an yang berakhir pada Mac 1975 dan awal 1980an yang berakhir pada November 1982. Kemelesetan ekonomi terkini mengingatkan rakyat AS pada era yang dikenali sebagai The Great Dipression yang berlaku selama 43 bulan pada Ogos 1929 hingga Mac 1933. Ekoran krisis ekonomi global, untuk menyelamatkan tiga syarikat automotif gergasi AS yang dikenali sebagai ‘Big Three’, pakej berjumlah AS$15 bilion menjadi taruhan. Walaupun Dewan Perwakilan AS telah meluluskan pakej tersebut pada 10 Disember, Senat AS yang dikuasai oleh Parti Republikan telah menolak pakej bantuan tersebut pada keesokan harinya. Penolakan pakej tersebut membawa nasib industri automotif AS serta tiga juta pekerjanya ke dalam keadaan terumbang-ambing ketika krisis ekonomi AS semakin gawat. General Motors Corp dan Chrysler LCC sudah menyatakan bahawa mereka mungkin akan jatuh bankrap dalam beberapa minggu tanpa bantuan pakej tersebut. Sementara Ford Motor Co. pula menyatakan tidak memerlukan pakej tersebut buat masa ini tetapi tidak dapat mempastikan sama ada mereka berupaya untuk terus bertahan dalam industri automotif. Rizab Persekutuan AS akan menyuntik AS$800 bilion lagi ke dalam ekonomi negara tersebut bagi membantu
60
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Negara-Negara Kesatuan Eropah Gawat Negara-negara kaya di Eropah turut berdepan dengan kemerosotan ekonomi yang dijangkakan adalah paling teruk dalam tempuh beberapa dekad. Beberapa negara Eropah juga menjanjikan suntikan tunai bernilai berbilion dolar untuk menangani tekanan kredit dalam sistem kewangan negara mereka. Di Brussels, pada hujung November yang baru lalu, satu draf undang-undang diperkenalkan yang menggesa kempen rangsangan dua tahun bagi menyelamatkan ekonomi Kesatuan Eropah daripada kemelesetan. Negara-negara EU mengangkakan hanya dengan pakej rangsangan ketara, mereka akan dapat menangani arah aliran penurunan yang dijangkakan dalam permintaan, dengan kesan negatif terhadap pelaburan dan peluang pekerjaan.
RENCANA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 Pada keseluruhannya, nilai pakej rangsangan yang dirangcang oleh negara-negara EU dijangka bernilai satu peratus daripada nilai output EU, iaitu hampir AS$130 bilion. Negara Perancis merancang menyuntik sebanyak 19 bilion euro ke dalam industri utama sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan untuk mengerakkan ekonomi Perancis, demikian dinyatakan oleh Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde. Di samping itu satu laporan oleh Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menyatakan seramai lapan juta penduduk akan kehilangan pekerjaan menjelang tahun 2010. Bank terbesar di Eropah, iaitu HSBC Holdings Plc di Britain, telah menghentikan seramai 500 pekerja daripada keseluruhan 58,000 pekerja dalam tanggungannya akibat krisis ekonomi yang sedang melanda. Bank Switzerland Kredit Suisse AG telah menamatkan perkhidmatan seramai 650 pekerjanya di Eropah dan Kredit Suisse yang mempunyai seramai 50,000 tenaga kerja di seluruh dunia juga sudah menamatkan seramai 1,800 pekerja tahun ini. Sejak bulan September yang lalu, seramai 90,000 pekerja bank sudah diberhentikan perkhidmatan mereka daripada bank-bank besar dunia. Di Dublin, kerajaan Ireland, telah menyuntik dana berjumlah 5.5 bilion euro (AS$7.7 bilion) kepada tiga bank utama negara itu untuk merangsang pinjaman kepada syarikat dan pemilik perumahan. Langkah menyelamat yang diberikan oleh kerajaan Ireland itu telah merangsang kenaikan harga saham ketiga-tiga bank iaitu Anglo Irish Bank, Bank Of Ireland dan Allied Irish Bank. Kini langkah kerajaan Ireland dijangka dapat mempertahankan sektor perbankan Ireland sehingga tahun baru 2009. Industri Automotif Dunia Toyota Motor Corp yang merupakan syarikat automotif yang terbesar di dunia, sama seperti syarikat automotif yang lain turut terjejas teruk akibat kegawatan ekonomi yang menyebabkan jualan kenderaan motor jatuh merudum seluruh dunia. Negara-negara pengeluar serta pengguna kenderaan bermotor terbesar seperti AS, negara EU, China dan Jepun, menunjukkan para pembeli mengambil sikap berhatihati yang menyebabkan jualan menjadi lembab. Toyota Motor Corp mengunjurkan kerugian operasi buat kali pertama dalam sejarahnya bagi tahun 2008. Syarikat Toyota akan mengurangkan pelaburan dan pengeluarannya kerana kemerosotan jualan serta peningkatan nilai yen di pasaran kewangan dunia membuatkan akaunnya menjadi kucar-kacir. Toyota juga sudah melaksanakan pemotongan bonus tahunan kepada seramai 5,000 pengurus syarikat di seluruh dunia kerana pembeli menjauhi pusat jualan. Pengurangan pelaburan menyebabkan pembekuan pelancaran sebuah kilang baru di Mississippi, Amerika Syarikat dan pengurangan pengeluaran di India. Pada keseluruhannya, Syarikat Toyota Motor Corp menjangkakan kerugian operasi yang akan dialami akibat kegawatan ekonomi dunia berjumlah 150 billion yen (AS$1.69 bilion) bagi tahun kewangan semasa. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, pengeluar kenderaan bermotor terbesar di dunia itu telah mengecap keuntungan sebanyak 2.27 trilion yen,
hasil daripada peningkatan permintaan dari luar negara terutama AS, terhadap kereta hibrid yang mesra alam. Pengeluar kereta motor terbesar Eropah juga tidak terkecuali daripada terjejas teruk oleh permintaan yang merudum akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Rata-rata syarikat automotif negara-negara EU sedang berada dalam keadaan cemas kerana ratusan ribu kenderaan bermotor yang sedang menunggu untuk dieksport masih tersadai di beberapa pelabuhan utama. Para Pengurus Besar syarikat besar automotif menjangkakan bahawa kegawatan ekonomi kali ini menyebabkan industri automotif EU jatuh ke paras terendah dalam masa 60 tahun yang lalu. Hampir semua syrikat pengeluaran kenderaan bermotor sedang merancang untuk mengurangkan pengeluaran secara drastik. Pengeluar komponen untuk kereta Volkswagen (VW), Deutsche Bahn Schenker di Hanover, melihat tiada kecenderungan oleh pembeli untuk mendapatkan kereta baru dan mereka memilih kereta terpakai sebagai langkah penjimatan. Dengan itu Deutsche Bahn Schenker merancang untuk mengurangkan pengeluaran VW daripada 170,000 unit yang dirancang pada asalnya kepada 150,000 sahaja. Kereta Porsche yang berjaya menjual sebanyak 100,000 buah pada tahun 2007, kini mengalami kejatuhan permintaan hingga 20 peratus di Eropah. Kereta Mercedes-Benz juga antara kereta popular yang kini menerima tempahan yang berkurangan sebanyak 21 peratus pada bulan Oktober yang lalu. Pada keseluruhannya, penjualan kereta nasional di seluruh EU sedang mengalami permintaan yang menurun seperti German susut 8.2 peratus, Perancis susut 7.4 peratus, Italy susut 18.9 peratus, United Kingdom susut 23.0 peratus, Sepanyol susut sebanyak 40.0 peratus dan jumlah keseluruhan EU penjualan susut sebanyak 14.5 peratus. Pasaran Saham Merudum Setelah negara ekonomi terbesar dunia iaitu AS mengesahkan sedang mengalami kemelesetan ekonomi, pasaran saham seluruh dunia jatuh merudum. Rajah suku ke empat 2008 antara bulan Oktober hingga Disember menunjukkan pasaran saham jatuh mendadak. Antara pasaran saham negara-negara Asia yang ketara jatuh ialah Straits Times, Singapura dari 2,400 mata kepada 1,700 mata, Hang Seng, Hong Kong dari 18,000 mata kepada 13,000 mata, Shanghai Composite, China dari 2,200 mata kepada 1,900 mata, Nikkei-225,
61
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
RENCANA
Tokyo dari 11,200 mata kepada 7,800 mata, Kospi, Seoul dari 1,400 mata kepada 1,020 mata, Mumbai Sensex, India dari 13,000 mata kepada 8,739 mata, Jakarta Composite, Indonesia dari 1,600 mata kepada 1,191 mata dan Bangkok SET, Thailand dari 600 kepada 387 mata. Sementara itu pasaran saham antarabangsa yang turut jatuh merudum ialah Dow Jones, New York dari 10,600 mata kepada 8,149 mata, FTSE 100, London dari 5,000 mata kepada 4,000 mata dan S&P/ASX 200, Sydney dari 5,000 mata kepada 3,528 mata. Arab Saudi Catat Bajet Defisit Ketika harga minyak mentah naik hingga mencecah paras tertinggi AS$147 setong pada Julai yang lalu, negara Arab Saudi yang merupakan antara negara pengeluar minyak utama dunia, mendapat keuntungan besar yang menambah sumber pendapatan negara. Arab Saudi yang kaya raya telah mengumumkan perlaksanaan beberapa projek mega berharga berbilion dolar sejak tiga tahun yang lalu. Namun sejak harga minyak yang jatuh merudum ke paras AS$40 hingga AS$45 setong pertengahan bulan Disember ini, Arab Saudi menghadapi bajet defisit untuk tahun 2009. Sebenarnya ini bukan kali pertama Arab Saudi mengalami bajet deficit kerana pada tahun 2002 juga kerajaan Arab Saudi telah berbelanja lebih daripada pendapatan akibat perlaksanaan beberapa projek pembangunan dan kebajikan untuk rakyatnya. Walaupun akan menghadapi bajet defisit tahun depan, kerajaan Arab Saudi akan meneruskan semua projek mega yang sedang berjalan dengan mengambil langkah mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada. Peristiwa Berdarah Mumbai Berbagai-bagai laporan diterima berkaitan kejadian serangan berani pengganas ke atas beberapa tempat di Mumbai yang mengakibatkan hampir dua ratus nyawa terkorban serta beratus lagi penduduk bandar raya hiburan di India, cedera. Peristiwa lewat November yang lalu itu telah membangkitkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai di India kepada kerajaan Pakistan yang dikatakan terlibat dengan kejadian tersebut. Kerajaan Pakistan dengan
62
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
keras menafikan mereka bertanggungjawab dan yang nyata ialah serangan Mumbai itu menjejaskan perhubungan antara India dan Pakistan yang telah sedia suram sejak sekian lama. Rata-rata rakyat India mengecam kerajaan serta semua pasukan keselamatan India yang dikatakan telah gagal menangani kejadian tersebut dengan baik. Ketiadaan kerjasama antara pelbagai perkhidmatan keselamatan telah mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban dengan sia-sia. Tindakan pasukan keselamatan India untuk menyelamatkan tebusan dilihat tidak profesional kerana ramai tebusan gagal diselamatkan dan banyak harta benda telah musnah. Rakyat India dan antarabangsa keliru bagaimana badan-badan perisikan India gagal untuk mengesan kemasukan kumpulan sepuluh pengganas yang tiba dengan kapal kecil di pantai Mumbai, berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan terus melakukan keganasan dengan menembak secara rambang yang mengakibatkan ramai penduduk tempatan dan pelancong asing terkorban. Pasukan komando India seterusnya telah cuba mengepung pengganas di dua buah hotel mewah dan sebuah pusat Yahudi di Nariman House selama 60 jam. Serangan komando India seterusnya berjaya membunuh sembilan pengganas dan menawan seorang lagi pengganas yang masih hidup. Seramai 610 penghuni hotel dapat diselamatkan walaupun ramai daripada mereka cedera. Serangan berdarah ke atas pusat pelancongan, kewangan dan hiburan di Mumbai itu bukanlah kali pertama berlaku. Pada tahun 2003 Mumbai juga telah tersentak dengan kejadian pengeboman yang meragut seramai 260 nyawa. Seorang ketua sindiket jenayah, Dawood Ibrahim yang dikatakan sedang berada di Pakistan didakwa mendalangi beberapa letupan bom di Mumbai ketika itu. Sebelum itu, India dan Pakistan, kedua-duanya mempunyai kekuatan persenjataan nuklear, telah terbabit dalam tiga peperangan. Peristiwa serangan pengganas ke atas Parlimen India di New Delhi pada 2001, hampir mencetuskan peperangan keempat, apabila Parlimen India menuduh Pakistan bertanggungjawab atas serangan tersebut. Penunjuk Perasaan Bermaharajalela di Bangkok Penghujung bulan November 2008 yang lalu, menyaksikan Kota Raya Bangkok menjadi lumpuh ekoran penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Don Muang yang dikuasai oleh beratus-ratus penunjuk perasaan yang membantah kerajaan Thailand. Penunjuk perasaan anti kerajaan yang pada mulanya berarak secara aman bertukar ganas setelah bertempur dengan pasukan polis dan keselamatan Thailand. Beberapa kejadian letupan bom di Rumah Kerajaan yang ditawan oleh penunjuk perasaan dan dekat lapangan terbang telah mengakibatkan seramai 51 penunjuk perasaan mendapat cedera dengan sembilan daripada mereka parah. Akibat penutupan dua buah lapangan terbang, lebih 700 penerbangan dibatalkan dan hampir 100,000 pelancong asing terkandas di Thailand. Sementara itu seramai 50,000 rakyat Thailand terkandas di luar negara,
RENCANA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 kerana tiada penerbangan dapat mendarat di Bangkok. Kerajaan Thailand terpaksa membelanjakan sehingga satu bilion baht (RM102.9 juta) untuk menampung penginapan dan makanan berjumlah 2,000 baht (RM206) sehari untuk pelancong yang terkandas di Thailand dan rakyat Thailand yang terkandas di luar negara. Timbalan Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Santicai Euachongprasit, menyatakan bahawa industri pelancongan Thailand mungkin menanggung kerugian sehingga 130 bilion baht (RM13.3 bilion) kerana penutupan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang. TAT yang menjangkakan seramai 14 juta pelancong akan melawat Thailand sepanjang tahun 2008, menganggarkan kemungkinan dua juta pelancong tidak akan tiba akibat kegawatan ekonomi dan krisis politik yang melanda Thailand kini. Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, memperkenalkan dasar baru bagi menangani pergolakan Selatan Thailand yang sejak tercetus pada 2001 hingga kini telah menyebabkan seramai lebih 3,500 penduduk terbunuh. Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva menampakkan tanda-tanda untuk memulihkan Selatan Thailand dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik isu tuntutan pemisah yang tidak dapat diselesaikan oleh beberapa pemimpin Thailand yang lalu. T indakan serta-merta yang dilakukan ialah menghantar Timbalan Perdana Menteri untuk meninjau situasi keseluruhan kawasan bergolak di Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Dalam pada itu, kematian di kalangan anggota keselamatan, kumpulan pemisah dan rakyat Selatan Thailand terus berlaku hampir setiap hari. Nasib 400 remaja yang ditahan di kem tentera dan lebih 3,000 keluarga yang anggota keluarga mereka turut ditahan oleh pasukan keselamatan di Selatan Thailand masih tidak menentu.
Sengketa Sri Langka Krisis Sri Langka antara tentera kerajaan dengan k u m p u l a n g e r i l a Ta m i l y a n g b e r j u a n g u n t u k memdapatkan kemerdekaan untuk penduduk Tamil di Sri Langka yang sudah berlaku sejak 1983 kini semakin meruncing. Baru-baru ini tentera Sri Langka berjaya merampas semula sebuah bandar penting yang jatuh ke tangan gerila Tamil 18 tahun yang lalu. Bandar Kokavil lebih kurang 20 batu di selatan Markas gerila Tamil di Kilinochchi, telah dapat ditawan oleh tentera kerajaan pada penghujung bulan November yang lalu. Gerila Tamil terpaksa meninggalkan sebuah kawasan yang luas dan bergerak ke kawasan mereka di timur laut Sri Langka. Terkini, tentera Sri Langka sudah menghampiri bandar Kilinochchi, sementara pasukan tentera yang lain juga sedang mara ke arah kubu kuat gerila Tamil di Mulaitivu dekat pantai di timur laut Sri Langka. Gerila Tamil dijangka akan menguatkan pertahanan mereka demi mencapai objektif perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah negara Tamil di Sri Langka yang hingga kini sudah mengakibatkan seramai 70,000 penduduk awam, tentera kerajaan dan gerila Tamil terkorban. Tunjuk Perasaan di Papua Barat Selepas Timur Leste mencapai kemerdekaan beberapa tahun yang lalu, kini sebuah lagi wilayah Indonesia iaitu wilayah Papua Barat pula ingin menuntut kemerdekaan. Baru-baru ini lebih 2,000 penduduk wilayah Papua berhimpun menunjuk perasaan di ibu
Konflik Agama di Nigeria Meruncing Hampir 500 penduduk Kristian dan Islam Nigeria terbunuh dalam pertempuran selama tiga hari, antara penduduk, yang berpunca daripada keputusan pilihan raya tempatan pada lewat November yang lalu. Tembakan oleh pasukan keselamatan yang cuba meleraikan pertempuran antara penduduk telah menambahkan lagi kegawatan yang berlaku dan menambahkan jumlah yang terkorban. Beberapa kumpulan etnik dan agama yang telah sekian lama bermusuhan, bertindak membakar rumah, kedai, masjid dan gereja dan memarakkan lagi sengketa antara mereka. Kekacauan terbaru ini adalah yang terburuk di Nigeria sejak 2004 di mana 700 penduduk terbunuh ketika pertempuran antara penduduk Islam dan Kristian di negeri Plateau. Persatuan Palang Merah melaporkan bahawa seramai 7,000 penduduk telah melarikan diri dari kampung mereka dan kini sedang mencari perlindungan di pejabat kerajaan, berek tentera dan pusat agama. Sementara itu dijangkakan lebih ramai penduduk terkorban berdasarkan jumlah jenazah penduduk Islam yang dibawa ke masjid untuk urusan pengebumian sudah melebihi 400 orang.
63
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
RENCANA
negeri wilayah Papua Barat, Monokwari, untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Indonesia. Sementara itu dalam masa yang sama, seramai 10,000 penduduk yang memakai pakaian tradisional berkumpul untuk mesyuarat keagamaan di Bandar Nabire juga ke arah mencapai kemerdekaan dari Indonesia. Rata-rata rakyat wilayah Papua tidak puas hati kerana mereka hidup dalam kemiskinan sedangkan wilayah mereka kaya dengan hasil bumi.Sebenarnya rakyat Papua menyambut tarikh 1 Disember setiap tahun sebagai hari kemerdekaan bila mereka mendapat hak memerintah sendiri dari kerajaan Belanda pada tahun 1961. Indonesia mendapatkan kedaulatan ke atas wilayah Papua pada 1969 dalam satu undian yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang membabitkan kerajaan wilayah Papua ketika itu serta pemimpin-pemimpin puak dengan kerajaan Indonesia. Wanita Papua New Guinea Teraniaya Akhbar The National Australia, melaporkan bahawa wanita di pendalaman Papua New Guinea, membunuh bayi lelaki mereka sejak sedekad yang lalu, bagi menghalang pertempuran antara suku kaum berterusan. Perkelahian suku kaum lebih 20 tahun menyebabkan majoriti wanita di kawasan Gimi, Okapa di Eastern Highlands terpaksa menyara sendiri anak-anak mereka kerana kaum lelaki sering keluar bertempur. Dalam sengketa suku kaum yang berpanjangan itu, bagi mengelak terus teraniaya dan terpaksa menyara kehidupan keluarga sendirian, kaum wanita bertindak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkan. Wanita Papua New Guinea, berharap dengan bertindak sedemikian, jumlah kaum lelaki akan berkurangan dan suku kaum mereka akan berhenti
64
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
daripada terus bersengketa. Laporan akhbar ‘The National’ memetik dua orang wanita tempatan, Rona Luke dan Kipiyona Belas yang mendedahkan pembunuhan bayi lelaki tersebut namun laporan tersebut tidak menyebut jumlah bayi lelaki yang telah dibunuh. Medan Tempur Perang Antiterorisme Global Tragedi 11 September 2001, peristiwa berdarah yang berlaku di Amerika Syarikat (AS), menyebabkan AS melancarkan Perang Antiterorisme Global (PAG) kononnya adalah untuk menghapuskan terorisme yang dikatakan penyebab tragedi tersebut. Yang menjadi persoalan ialah kita melihat hanya di dunia Islam yang menjadi medan pertempuran PAG. Medan tempur pertama PAG ialah AsiaTengah di mana mulai 24 Oktober 2001, tentera AS dan sekutunya telah
RENCANA Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012
menyerang wilayah Afghanistan. AS menyatakan kononnya Afghanistan menjadi tempat persembunyian Osama ben Laden yang didakwa sebagai ketua pergerakan al-Qaeda yang mendalangi peristiwa 11 September. Afghanistan juga dikatakan telah memberi perlindungan kepada ramai ahli pergerakan al-Qaeda dan kini Afghanistan menjadi padang jarak padang terkukur. Puluhan ribu rakyat Afghanistan terbunuh serta tercedera dan ratusan ribu lagi menderita dan menjadi pelarian. Setelah lebih tujuh tahun, Afghanistan kini masih bergolak dan AS dikatakan akan menambahkan lagi kekuatan angkatan tenteranya di Afghanistan untuk meneruskan misi PAG. Selepas Afghanistan, AS membuka satu lagi medan tempur PAG di Asia Tenggara, sebuah wilayah Islam di Mindanao, Selatan Filipina. Pada Januari 2002, AS mula meletakkan tenteranya di kepulauan Mindanao dengan alasan untuk menghapuskan militan Islam yang dikatakan menjadi sekutu rapat kepada pergerakan al-Qaeda. Sehingga kini Selatan Filipina terus menjadi huru-hara dan ramai penduduk terkorban, tercedera dan menderita akibat PAG yang dilancarkan oleh tentera AS bersama tentera Filipina. Pada 19 Mac 2003, AS membuka sebuah lagi medan pertempuran PAG iaitu di Iraq atas alasan negara itu mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Presiden Saddam Hussein kini sudah digantung sampai mati oleh rejim baru yang disokong oleh AS dan puak sunni dan syiah di Iraq terus bergolak, rakyat masih menderita dan senjata WMD tiada satupun ditemui. Presiden AS, George W. Bush, kini telah mengakui kesilapan maklumat perisikan atas kewujudan WMD, namun Iraq sudah menjadi padang jarak padang terkukur. Penutup Ketika hampir seluruh dunia sedang dilanda berbagaibagai krisis, sengketa, bencana dan masalah, rakyat Malaysia masih berupaya tersenyum riang. Mereka masih mampu menikmati kemewahan yang dijana oleh persekitaran keselamatan, politik dan ekonomi yang mantap hasil daripada suasana aman damai. Rakyat Malaysia harus memahami senario keselamatan seluruh dunia supaya dapat melihat betapa kesetiaan dan pengorbanan semua pasukan keselamatan dalam negara serta pegawai dan anggota kerajaan dan
swasta yang saling berganding bahu demi mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan makmur. Ketika berjuta pekerja di seluruh dunia diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda, kerajaan Malaysia berjanji untuk menentukan yang proses pemberhentian kerja merupakan langkah terakhir yang akan diambil oleh kerajaan khasnya di syarikat swasta. Kini, setelah beberapa syarikat tidak dapat mengelak daripada mengurangkan jumlah pekerja masing-masing, kerajaan telah menjanjikan RM100 juta sebagai peruntukan melatih semula sumber manusia dalam sektor lain. Bukan sahaja syarikat di negara membangun yang terpaksa untuk membuang pekerja, negara kaya juga sedang mengalami masalah yang serupa. Kelembapan ekonomi global juga turut menjejaskan sektor pekerjaan di Singapura ekoran kos operasi yang naik mendadak. Hampir 50,000 rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura dijangka akan pulang ke tanah air awal tahun 2009 akibat diberhentikan kerja oleh syarikat di Singapura. Kini banyak syarikat pengeluar automotif seluruh dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan permintaan ke atas kenderaan bermotor semakin menguncup. Namun di Malaysia walaupun permintaan ke atas kenderaan baru telah berkurangan, syarikat pengeluar automotif masih mampu bertahan dan mendapat keuntungan yang setimpal dan peluang pekerjaan masih terbuka luas. Syarikat minyak negara, Petronas masih mampu bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang lain dan masih merupakan antara penyumbang terbesar kepada pembangunan negara. Syarikat penerbangan negara MAS juga masih mampu mencatatkan keuntungan ketika banyak syarikat penerbangan dunia sudah mulai tergugat teruk. Bagaimanapun terdapat juga perkara negatif yang menimpa negara kita yang sepatutnya dapat dihindarkan. Baru-baru ini Tabung Aids Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAids) mendakwa bahawa Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar tertinggi penularan penyakit Aids di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik. Purata kira-kira 12 orang diuji positif virus HIV dan Aids setiap hari. Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak Aids mula dikesan pada 1986 hingga Disember 2007, menunjukkan sebanyak 80,938 kes HIV dicatatkan dan 13,635 didapati positif Aids dengan 11,539 kematian. Ini bermakna seramai 500 rakyat Malaysia mati akibat jangkitan Aids setiap tahun. Perlakuan seks bebas dikesan sebagai antara faktor utama peningkatan ketara jangkitan HIV di kalangan wanita negara ini. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan antara tahun 2003 hingga 2007, peningkatan jangkitan HIV sebanyak 75 peratus, melibatkan wanita berumur antara 20 hingga 39 tahun dan 60 peratus merupakan wanita yang sudah berkahwin. Patutkah kita menerima senario penyakit Aids dan HIV ini adalah datangnya dari sebuah negara Islam seperti Malaysia? Rakyat harus sedar bahawa dalam kita sedang menghirup udara segar dan nyaman di bumi negara Malaysia yang bertuah ini, semua kedamaian dan kemakmuran boleh hilang dalam sekelip mata. Setiap daripada kita perlu bertekad supaya sedia berkorban untuk menjaga keselamatan negara agar semua kedamaian dan kemakmuran yang dikecapi tidak akan hilang disambar musuh dan petualang negara.
65
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
TOK WAN
Anggota Tentera Mujahid Negara
Tugas inilah yang dipikul oleh semua anggota tentera, sentiasa bersiap sedia mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Maka pada pandangan Tok Wan, golongan ini (termasuk mereka yang tercedera dan terkorban ketika menjalankan operasi menghapuskan pengganas komunis satu ketika dahulu) boleh diberi pengiktirafan sebagai seorang Mujahid. Kalau ada yang mengatakan Tok Wan tidak layak untuk memberi pengiktirafan sedemikian, maka kita mendoakan agar Allah swt memberi pengiktirafan kepada mereka insya Allah. Mungkin ramai yang tertanya ‘Apakah kelebihan seorang Mujahid?’
SEMPENA ulangtahun Tentera Darat yang ke 79 tahun ini, Tok Wan ingin bersembang mengenai anggota tentera dari perspektif agama. Rakyat biasa @ orang awam amat bertuah kerana menikmati keadaan hidup yang aman dan damai. Namun berapa ramai antara kita terfikir di sebalik keamanan dan keharmonian hidup yang dinikmati, ada segolongan daripada kita yang terpaksa melupakan segala keseronokan hidup demi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara dari segala ancaman. SIAP SIAGA...taat setia yang tinggi yang di pamerkan oleh anggota tentera tersemat di dalam hati dapat mewujudkan satu ketumbukan yang jitu rela berjuang demi negara tercinta
66
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
TOK WAN Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 “Apakah kelebihan seorang Mujahid?’ Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Al-Bukhari: “Sesungguhnya dalam syurga itu ada 100 darjat yang Allah sediakan untuk para mujahid di jalan Allah, jarak keluasan di antara satu darjat ke satu darjat yang lainnya bagaikan antara langit dan bumi...” Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat AlBukhari: “Sesungguhnya dalam syurga itu ada 100 darjat yang Allah sediakan untuk para mujahid di jalan Allah, jarak keluasan di antara satu darjat ke satu darjat yang lainnya bagaikan antara langit dan bumi”. Sebenarnya apa yang Tok Wan ingin perkatakan di sini mudah sahaja: sebagai anggota tentera tingkatkan daya dan semangat juang, jangan sesekali mudah menyerah dan perkukuhkan keimanan kita sebagai seorang mujahid negara. Simple sahaja, tanpa iman, semangat jihad, seseorang anggota tentera itu tidak akan mampu mengharungi cabaran-cabaran yang dihadapi. Cuba imbas kembali rahsia keberanian tentera dan perajurit Islam zaman silam. Mereka sanggup berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir kerana “Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada
Allah yakni untuk berjuang membela Islam; maka ada di antara mereka yang telah selesai menjalankan janjinya itu yakni gugur syahid, dan ada di antara mereka juga yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun’ (Al Ahzab ayat 23). Lihatlah betapa besar nya ganjaran yang dijanjikanNya kepada anggota tentera yang berjuang ikhlas ke jalanNya. Dalam lipatan sejarah TD, telah ramai anggota tentera yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Malah ada antara mereka yang telah gugur sebagai pahlawan negara yang terbilang, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas mereka. Kepada yang tercedera dan masih hidup, teruskanlah hidup ini dengan penuh kesabaran serta cekal hati. Ini kerana Allah SWT akan menilai segala amal yang telah dilaksanakan semasa berkhidmat dahulu. Kepada yang masih dalam service,berkhidmatlah dengan ikhlas, taat dan setia kerana kita memikul amanah rakyat...bukan senang!
67
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
MOTIVASI
Pengurusan Emosi Oleh: Lt Kol Murtadza Nordin Erti keadilan SEJAK sekian lama penulis menyepi diri; Oh bulan mana bintang atas pucuk kayu ara; oh abang ke mana menghilang? Bukan merajuk cuma tak berselera! Menulis bukan sesuatu yang mudah, semudah membaca; tanpa konsentrasi dan kelapangan minda sudah pasti idea tidak akan datang. Berat mata yang memandang, berat lagi tangan yang hendak mencoret. Penulis ingin berkongsi dengan pembaca budiman tentang asam-garam dan rencah kehidupan insan; ibarat lautan yang sudah pasti ada pasang dan surutnya. Satu daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah ‘kesedihan’. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan kemantapan emosi dan iman yang bersandarkan wahyu; boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang. Tetapi, hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini. Mereka yang berpegang dengan semangat redha atas putaran takdir yang berada dalam genggaman kuasa Tuhan. Mereka sentiasa mengingati pesan Tuhan yang dititipkan melalui Al-Quran supaya orang mukmin redha dan berani menghadapi suratan kehidupan walaupun kadang-kadang kita merasakan wujudnya ketidakadilan. Mengimbau tanggal 19 November 2008, sebaik sahaja selesai membuat persembahan Doktrin Kor Armor Diraja kepada Jawatankuasa Doktrin Tentera Darat (JKDTD) di MK Latihan TD, penulis lantas bergegas ke Ladang Sg Chenoh, Trolak di Slim River, Perak. Tujuan kami ke sana adalah untuk menyampaikan cek pampasan Insurans Kelompok kepunyaan Arwah Tpr Huzaini yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
68
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Arwah adalah mangsa langgar lari oleh manusia yang tidak berhati perut; meninggalkan jasadnya terbujur kaku di tepi Lebuhraya Utara Selatan. Inilah akibat pemandu cuai yang bersikap impulsif (tergesa-gesa mengikut dorongan hati) di jalan raya lantas mengambil tindakan eskapisme (tidak bertanggunjawab). Puas juga berpusing-pusing di dalam ladang namun akhirnya kami sampai di sebuah penempatan rumah pekerja ladang; katanya kepunyaan seorang Tauke Cina dari Pulau Pinang. Kami disambut mesra dengan sebuah senyuman; selepas dipersilakan duduk, penulis pun menyampaikan hasrat akan tujuan kami datang. Apa ada pada wang ringgit, namun RM58,000 amat besar ertinya pada ibu arwah; Nooraini Ahmad. Kata Nooraini, arwah adalah anak sulung dan satu-satunya anak lelaki daripada empat orang adik-beradik. Beliaulah buah hati pengarang jantung keluarga; amat bertanggungjawab dan berdisiplin. Kematiannya pula berlaku ketika pulang menghantar guarantee letter untuk ibunya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana Nooraini menghidap pelbagai penyakit seperti masalah jantung, kencing manis dan sebagainya. “Dengan pendapatan sebagai seorang penoreh getah bergaji hari berapa sangatlah yang dapat; apatah lagi ada kerja ada gaji, kalau asyik sakit tak ke ladang mana nak dapat duit,” katanya dengan bergelinangan air mata. Anak kesayangan inilah yang menghantar duit setiap bulan melalui potongan gaji. Ayah arwah bekerja di KL sebagai pengawal keselamatan; pulang hanya sebulan sekali. Kalau suaminya tak pulang dia tidak akan ke mana-manalah gamaknya. Katanya lagi, “Arwah seorang yang periang dan apabila pulang selalu akan berpesan agar adik perempuannya dapat mengikut jejak abangnya untuk masuk tentera. Kata ibunya lagi, baru-baru ini ada syarikat insurans menelefon bertanyakan tentang bayaran premium yang tertangguh selama enam bulan. Apabila dikhabarkan arwah telah
MOTIVASI Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 tiada barulah syarikat insurans itu maklum dan mereka memberitahu proses pembayaran akan dibuat secepat mungkin. Sewaktu menyampaikan cek tersebut, penulis memohon agar wang itu dipergunakan dengan hikmah seperti membuat upah haji dan sebahagiannya pula disimpan untuk kegunaan masa depan yang belum pasti. Sambil mengesat jujuran air matanya, Nooraini mengucapkan terima kasih dan kami pun minta izin untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, hati kecil ini berkata, hebat sungguh arwah ini, dipandang tinggi jasanya yang tidak ternilai pada keluarga. Profession ketenteraan mempunyai tanggapan yang tinggi pada keluarga Nooraini. Arwah juga seorang yang bijak merancang dan beringat dengan mengambil insurans lain selain insurans kelompok. Nah! Siapa sangka musibah yang menimpa tidak mengenal usia….. Alhamdulillah dapat juga keluarganya menumpang tuah. Kalau sebut pasal arwah teringat penulis kepada seorang lagi anggota
Mendiang Tpr Valentine yang juga meninggal disebabkan terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Mendiang juga seorang yang beringat dan ketika penulis menyampaikan cek pampasan insuran MAA kepada bapanya di Kg Abok, Balai Ringin, Sarawak; ibunya dengan sedih menceritakan perilaku dan budi baik mendiang yang merupakan anak sulung daripada dua beradik. Penulis telah sekali lagi bertandang ke rumah mendiang untuk menyampaikan pula cek pampasan insurans kelompok yang berjumlah RM58,000. Penulis mendapati ada perubahan yang besar pada rumah mereka. Atap yang dulunya usang kini telah berganti baru. Dinding
merekah telah ditukar dengan batu blok dan lantai simen akan berganti jubin yang indah, kata bapa mendiang dengan bangga. Betapa besar pengorbanan seorang anak yang mampu memperbaiki taraf kehidupan keluarganya; biarpun mendiang sudah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi namun mendiang akan tetap dikenang hingga akhir nanti, kata ibunya buat mengakhir bicara. Tidak seperti sebahagian daripada kita yang ghaflah; yang saban bulan duit tidak pernah cukup; pinjam sana pinjam sini sampai maksimum; potongan bulanan lebih banyak hingga gaji bawah paras RM 200.00. Inilah masalah yang berlaku di pasukan. Cerita pasal duit tidak cukup ni; penulis hendak bercerita tentang pengalaman penulis ketika pergi ke sebuah bank komersial di Kuantan. Oleh kerana sampai awal, pengawal bank baru hendak membuka kunci pintu masuk. Ketika hendak masuk ke dalam bank, penulis terdengar perbualan seorang perempuan separuh umur dengan pengawal bank tersebut. Antara lain katanya dia tidak faham cara hendak mendeposit wang tunai. Terdengar dia berkata yang anaknya bertugas di Sg Udang dan hendak pergi berkursus. Sebaik selesai urusannya, penulis lantas bertanya: “Anak Makcik tentera ke? “ Ya, katanya. “Kahwin ke bujang? Bujang, jawapnya. “Habis kenapa hantar duit? Tanya penulis lagi. “Entahlah, dulu dah hantar RM200, hari ini hantar lagi RM100…duit tak cukup nak pergi kursus. Eh! Takkan minta duit kat emak,” kata penulis sekadar menyibuk. “Zaman dah berubah! Kata pengawal itu menyampuk lantas berlalu pergi. Kadang-kadang hairan juga warga tentera sekarang, gaji dah naik masih tak cukup lagi. Sampai susah-payah emaknya nak berurusan dengan bank….entah dari jauh mana dia datang hanya sekadar hendak memenuhi permintaan si anak. Berapa ramai anak yang tidak kenang budi emak-ayah. Bila sudah berjaya, mak ayah di kesampingkan. Kita hendaklah beringat-ingat; belanja jangan boros apatah lagi di masa harga barang melambung tinggi….. ironinya harga minyak sudah enam kali turun tetapi harga barang masih tiada berubah malahan ada yang semakin naik. Hatiku berdetik, kenapa Tuhan ambil nyawanya di kala baru berusia 23 tahun? Adilkah Tuhan memisahkan sebuah kasih sayang antara ibu dan anak? Adilkah Tuhan meragut dan menghancur luluhkan sebuah impian di saat dan ketika belum puas lagi Siibu menikmati balasan pengorbanan seorang anak?. Di kala masyarakat luar semua menyanjung tinggi
69
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
MOTIVASI
profesion ini, namun sebahagian dari kita buat tidak endah dan mengambil enteng tentang kerjaya mereka. Sudah bagus dapat menjadi seorang tentera namun mereka persia-siakan dengan melibatkan diri dengan dadah, masalah disiplin dan gejala tidak sihat yang mencemarkan nama baik TD khasnya dan ATM amnya. Padahal di luar sana ramai yang ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu peluang untuk masuk tentera; kerana kerjaya tentera kini menjadi pilihan utama apatah lagi di zaman kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan ramai pekerja direhatkan oleh majikan yang gulung tikar. Ketika fikiran penulis merewang-rewang di angkasa, tanpa disedari kereta kami sudah melewati kawasan Ulu Yam kerana kami ikut laluan Genting Highlands untuk pulang ke Kuantan. Tiba-tiba penulis terpandang sebuah banglo indah tersergam di lereng bukit sambil berbisik; “Aduh betapa damainya tinggal di sini, jauh dari hingar-bingar kota, tapi……. kalaulah tebing itu runtuh; alamak menyeramkan”!. Dalam lamunan fikiran masih segar dalam ingatan rancangan 360, terbitan TV3 baru-baru ini tersiar rencana tentang sebuah banglo runtuh dihempap tanah di Hulu Yam Perdana. Ironinya pada bulan Mei 2008, di dalam siaran rancangan yang sama, isteri pemilik banglo ini telah ditemu bual tentang masalah prasarana kawasan lot-lot banglo yang belum siap. Hanya keluarga ini sahaja yang menduduki kawasan tersebut. Lot-lot yang lain belum terjual. Ditakdirkan Tuhan pada 30 November 2008, rumah banglo yang mereka diami musnah tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah pada jam 5.30 pagi yang turut meragut nyawa dua orang anaknya yang sedang tidur. Adakah adil Tuhan mengambil nyawa dua anaknya dengan begitu tragis? Kenapa perlu dengan runtuhan tanah? Kenapa tidak ambil sahaja nyawa ibu atau ayahnya sebagai galang gantinya? Itukah keadilan?. Satu persoalan yang sukar untuk dijawab! Apakah benar Tuhan tidak Adil? Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil lagi Bijaksana. Keadilan dari kaca mata insan tidak sama dengan keadilan dari kaca mata Tuhan. Melihat Tuhan bukan dengan mata, mendengar Tuhan bukan dengan telinga. Kalau Tuhan melihat dengan mata; sama dengan makhluk! Mata manusia terbatas tidak mampu melihat apa-apa yang tersembunyi di sebalik tembok ataupun yang terlindung. Tuhan berkuasa melihat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang hitam-kelam dan gelap-gelita. Begitu jugalah dengan keadilan. Penulis ingin memaparkan persoalan sama yang pernah diutarakan oleh umat Nabi Musa
(a.s); tentang apa itu keadilan? Cerita ini penulis catat ketika mendengar kuliah Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Masjid Port Dickson pada tahun 2004. Ketika ditanya tentang keadilan, Nabi Musa (a.s) telah bermunajat kepada Tuhan di Bukit Tursina lalu bermohon supaya dikhabarkan tentang keadilan. Tuhan berfirman...“Wahai Musa, jika engkau ingin tahu tentang keadilan, hendaklah engkau pergi ke satu tempat yang terdapat sebatang anak sungai, di tepi anak sungai itu ada batu besar, kamu sembunyikan diri dan lihat apa yang berlaku”. Nabi Muas (a.s) lantas bergegas ke tempat yang dinyatakan dan terus menyembunyikan diri di celahcelah batu besar tersebut. Sekonyong-konyongnya muncul seorang lelaki berkuda yang gagah singgah di tepi anak sungai tersebut untuk meminum air. Ketika hendak menunggangi kudanya semula, tanpa disedari lelaki itu telah tercicir sesuatu. Beliau terus memacu kudanya dengan laju lantas hilang dari pandangan. Tibatiba muncul seorang pemuda lalu singgah di tempat yang sama untuk meminum air. Ketika hendak berjalan, pemuda itu terjumpa benda yang ditinggalkan oleh lelaki tadi. Sambil tersenyum girang pemuda itu lantas mengambil benda tersebut lalu meninggalkan tempat itu. Arakian muncul pula seorang lelaki tua, dengan lemah lelaki itu berhenti sambil menghirup air dengan lahapnya. Tiba-tiba muncul lelaki yang berkuda tadi. Dengan pedang terhunus dia bertanya; “Adakah kamu yang mengambil uncang emas aku yang tertinggal tadi?” Tidak! Kata lelaki tua itu, “Aku tidak mengambilnya,” dengan suara terketar-ketar. Bohong! Kata lelaki itu. Dengan sepantas kilat lelaki itu memancung leher lelaki tua itu hingga putus dan dengan pantas berlalu pergi. Setelah menunggu sekian lama sehingga tiada apa yang berlaku, Nabi Musa (a.s) kembali ke Bukit Tursina dan bertanya kepada Tuhan akan apakah tafsiran yang dilihatnya tadi. Tuhan berfirman “Wahai Musa, lelaki gagah yang berkuda itu adalah pencuri uncang emas pemuda tadi. Pemuda tersebut telah mendapat haknya semula, itulah keadilan. Lelaki tua itu pula adalah pembunuh bapa lelaki yang berkuda itu. Lelaki tua itu telah pun mendapat balasan Tuhan akan perbuatannya. Itulah keadilan Tuhan!. Kata Dato’ Ismail Kamus, keadilan itu adalah apabila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di sisi Tuhan, keadilan bukan seperti timbangan yang sama beratnya. Hak sama-rata belum tentu adil. Dalam Islam tidak ada suara majoriti ataupun minoriti. Hak lelaki tidak sama dengan hak perempuan. Kalau anak lelaki kita belikan seluar, untuk adil kita belikan anak perempuan seluar juga hingga pakaiannya menyerupai lelaki. Itu bukan adil; itu jahil of the highest order namanya!. Rahsia Kasih Wook Memperkatakan tentang keadilan, penulis ingin berkongsi satu kisah menggemparkan yang tersiar di dada akhbar tidak lama dahulu. Kisah seorang nenek tua yang menggemparkan negara kerana bernikah dengan lelaki muda bernama Mohd Nor Musa, 37. Dalam usia seawal 15 tahun Wook Kundur, 106, sudah mula menoreh getah. Satu hari dia boleh menoreh tiga ekar kebun seorang diri. Setiap hari kata Wook, dia ban-
70
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
MOTIVASI Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 gun pukul 4 pagi untuk ke kebun dan balik rumah pukul 12 tengah hari setelah selesai memesin getahnya. Itu hanya sebahagian daripada kisah hidupnya. Banyak lagi yang menjadi rahsia dalam kehidupannya sejak muda hingga kini lebih-lebih lagi apabila dia berjaya menawan hati seorang lelaki yang 69 tahun lebih muda daripadanya dan kini hidup bahagia. Apakah keistimewaan warga emas ini? Apa erti kebahagiaan dan erti sebuah perkahwinan buat Mohd Nor? Apakah ini dikatakan jodoh? Apakah adil Tuhan menemukan jodohnya dengan seorang nenek tua? Tuhan Yang Maha Adil pasti ada rahsia yang tersembunyi yang mana hanya Dia yang Maha Mengetahui. 22 Kali Kahwin? “Memang betul mak telah bernikah sebanyak 22 kali. Mak pernah ada 22 suami. Ada yang bercerai mati dan ada yang bercerai hidup. Setiap suami hanya bertahan tiga tahun sahaja untuk hidup dengan mak. Tapi itu cerita lama. Tak payah nak ungkit-ungkit lagi. Tak manis nak cerita sebab mak dah ada suami baru, suami muda” kata Wook, dengan wajah ceria. Sambil memegang tangan suaminya, Mohd Nor Musa, 37, yang setia di sisinya sepanjang mereka ditemuramah oleh seorang wartawan sebuah akhbar baru-baru ini. Wook berkata dia akan tetap sayang kepada Non (panggilannya kepada Mohd Nor) hingga akhir nanti. Mungkin janggal bagi sesetengah orang yang mungkin meluat dengan gelagatnya tetapi realitinya kasih warga emas ini kepada suaminya tidak berbelah bagi. “Mak tak kisah apa orang nak kata tentang dia (Non). Yang penting kami seronok dan gembira tinggal bersama. Apa yang ada kami makan, tak ada makanan kami ikat perut. Setakat ini Alhamdulillah tak pernah lagi kami lapar,” katanya. Mungkin inilah keistimewaan Wook di mata Mohd Nor. Bukan wajah dan usia yang menjadi ukuran tetapi kasih sayang dan perhatian wanita itu kepadanya. “Mak yang ajak dia kahwin kerana yakin dia boleh menjaga mak. Dia baik dan sangat ambil berat terhadap mak,” Kata Wook sambil memandang keluar tingkap seolaholah seperti mengimbau kenangan silam. Ternyata Mohd Nor pandai mengambil hati Wook. Ketika ditemubual, Mohd Nor tidak ada di rumah. Wook berleter kerana suaminya keluar tanpa memberitahunya. Namun sebaik mendengar bunyi motosikal di laman rumah, Wook terus menerpa ke muka pintu dan memaklumkan kehadiran wartawan. Kembali ke dapur wajahnya tampak ceria dan tersenyum panjang. 15 minit kemudian sedulang air milo dan dua butir jagung tersedia dihidangkan. “Jemputlah minum, jagung saja yang ada,” kata Mohd Nor yang bersusah payah menyediakan minuman untuk mereka. Dihulurkan separuh jagung kepada Wook tetapi wanita itu hanya mendiamkan diri. “Merajuklah tu……,” perlahan Mohd Nor merungut. Beberapa kali Mohd Nor memujuk akhirnya hati Wook menjadi cair, segera dijamahkan jagung dan air milo. Beberapa minit kemudian dia mula rancak bercerita dan bergurau dengan suaminya. Jelas sekali kehadiran Mohd Nor menceriakan hidup Wook. Wartawan itu menyatakan yang mereka dapat melihat betapa Wook menjadi gelisah dan serba tidak kena walaupun untuk seketika
apabila Mohd Nor tidak ada di sisinya. Sepanjang berbual, kata wartawan itu; mereka terpegun melihat Wook. Jika dilihat pada kecergasan, dia kelihatan seperti baru berusia 60 tahun. Lincah, cergas dan tidak nampak letih ketika menaiki tangga dan bergerak dalam rumah. Merenung wajahnya yang bersih dan bercahaya, tidak nampak rupanya seperti seorang yang boleh dipanggil nenek atau moyang. Kulitnya putih bersih, alis mata seperti dilukis dengan pensil. Biarpun urat-urat jelas kelihatan dek usia yang telah menjangkau 100 tahun, naluri kuat mengatakan wanita ini ketika mudanya memang seorang yang rupawan. Tidak hairanlah kalau dia berkata, setiap lelaki yang memandangnya pasti akan jatuh cinta dan mengajaknya kahwin. Mendengarnya mungkin Wook disangka riak dan ‘perasan’ tetapi hakikatnya Wook memang seorang yang ada penampilan ketika zaman mudanya. Jika pasangan muda berkahwin dengan majlis besar-besaran termasuk bersanding, berkompang dan berarak, begitu juga hari bahagia Wook dan Mohd Nor. Jangan tak percaya, Wook juga merasa naik takhta seperti raja sehari yang lain di dalam suasana penuh meriah di Kampung Gunung, Tanah Merah, Kelantan, kampung asal pasangan tersebut. “Dua ekor kerbau dikorbankan untuk majlis perkahwinan mak dengan Non. Mak menerima wang hantaran RM1,000 dan beberapa bekas dulang,” ceritanya dengan wajah senyum meleret-leret. Kata Wook, semuanya diuruskan oleh sepupu dan anak-anak saudara yang ingin meraikan hari bahagia mereka itu kerana ingin tumpang seronok. “Merasalah juga didandan mak andam dan berpakaian songket,” katanya tersenyum malu sambil menunjukkan album gambar persandingan mereka.
71
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
MOTIVASI
Amalan Harian Apabila diajukan soalan apakah amalan yang dilakukannya dalam mengekalkan kejelitaannya? “Tak ada apa, banyak berselawat, berzikir dan mengaji, insyaAllah wajah kita akan sentiasa tenang dan bersih,” katanya penuh yakin. Cerita Wook lagi, setiap malam dia akan bangun pukul 3 pagi untuk mengaji, berselawat, berzikir dan melakukan sembahyang sunat tahajjud dan sunat hajat. Malah dia akan terus berzikir dan mengaji sehingga pukul 9 pagi. Kemudian berhenti rehat untuk minum pagi dan menyediakan makanan tengah hari. Selesai semua kerja rumah, dia akan berehat sekejap, melihat anak-anak ayam peliharaannya atau menyapu halaman. “Tiada ubat yang paling mujarab melainkan mengaji, berselawat, berzikir untuk mengekalkan kecantikan diri luaran dan dalam,” katanya tersenyum. Menyelami rahsia makanan yang diambil sehingga awet muda dari usia sebenarnya, Wook memberitahu dia tidak mengambil makanan berminyak dan yang pedas-pedas. “Saya gemar makan sayur bayam, cekur, pucuk paku dan ulam-ulaman. Selain sedap, sayuran ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau rajin selalulah basuh muka dengan air embun dan yang lain tu kita kena seronok selalu, jangan susah hati dan jauhi daripada masalah,” katanya sambil menunjukkan tangannya yang putih gebu dan halus kulitnya. Jangan tidak tahu kata Wook, pemakanan ini juga membantu mengekalkan pendengaran dan menjadikan mata terang dan bercahaya selalu. Selain itu, Wook juga berkongsi rahsia minum air sejuk setiap hari untuk menjaga suara dan awet muda. “Tapi jangan lupa selawat dan Bismillah setiap masa,” pesannya.
72
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Petua Penulis tertarik dengan petua Wook untuk wanita bergelar isteri. Hidup berumahtangga ini, kata Wook, yang penting menjaga hati suami, biar mereka sayang kita selalu. Sejak muda Wook memberitahu, dia mengamalkan mandi 41 kali menggunakan 41 timba air dan tidak putus-putus berdoa untuk kebaikan hidup bersuami isteri. Insya-Allah seri wajah akan naik. Suami tidak akam jemu memandang wajah kita. Pada masa yang sama suami akan sentiasa sayang dan jodoh juga akan berpanjangan. Selain itu pesan Wook, amalkan juga berselawat 300 kali dan Bismillah 300 kali setiap kali ada masa terluang untuk menambah rezeki agar tidak putus dan dipermudahkan segala kerja. Wook juga ada bercerita tentang urutan. “Bab urutan ini tidak boleh diberitahu kepada orang. Nak tunjuk cara pun tak boleh. Mak seorang sahaja yang tahu. Ia berlaku semula jadi, tidak boleh dipaksa-paksa. Cuma mak nak cakap urutan dan sentuh memang mujarab dalam hubungan suami isteri. “Apa yang mak buat sama juga seperti isteri-isteri lain,” katanya. Kalau para pembaca budiman nak tahu boleh slow talk dengan Wook, mana tahu mood tengah baik mungkin dia akan khabarkan!. Penyakit? Mengagumkan! Jangan tidak percaya, dalam usia 106 tahun Wook tidak menghidap sebarang penyakit seperti jantung, kencing manis atau darah tinggi. Bukan macam orang zaman sekarang banyak yang mati muda! “Mak juga jarang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan kecuali mengambil ubat batuk. Itupun sekali sekala,” katanya yang juga mengaku tidak pernah demam. Seperti wanita dan isteri lain Wook tidak lupa tanggungjawabnya kepada suami. Dia suka memasak, buat kuih-muih Melayu lama seperti ketupat, bingka dan lain-
MOTIVASI Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2012 lain. Makanan yang menjadi kegemarannya ialah ikan goreng. Sesekali ada juga ayam, itupun jika ada rezeki lebih. Tapi sekarang semua itu jarang dilakukan kerana Mohd Nor lebih suka membeli di luar. “Harap Non akan jaga mak dengan baik sampai bilabila. Mak berdoa kalau kami hidup bahagia dan ada rezeki mak nak bawa Non ke Mekah tunai haji. Tolong doakan ya!” mengakhiri bicara. Itulah kebahagiaan sejati. Tuhan Maha Adil. Kebahagiaan tidak terletak pada paras dan rupa mahu pun harta kekayaan. Kaya belum tentu bahagia; miskin belum pasti derita; tua-muda bukan ukuran. Untuk menyelami erti sebuah kebahagian kita tatap kisah ini. Erti Kebahagiaan Penulis telah menerima satu e-mail daripada seorang kawan tentang kisah seorang lelaki tua berumur 92 tahun yang prihatin dengan penampilannya akan memasuki rumah orang tua. Isterinya yang tersayang berumur 70 tahun telah pergi dan dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Selepas beberapa jam menunggu di ruang lobi, dia lantas tersenyum apabila dimaklumkan yang biliknya telah tersedia. Sewaktu dia melangkah perlahan ke pintu lif dengan menggunakan tongkatnya, pekerja rumah tersebut menerangkan tentang ruang biliknya termasuk sehelai kain yang digantung di tingkap sebagai langsir. “Saya sangat sukakannya,” katanya dengan penuh enthusiasme sebagai budak 8 tahun yang baru diberi barang mainan yang baru. “Tuan belum melihatnya lagi, sabar, kita akan sampai sebentar lagi,” kata pekerja itu memujuk “Itu tidak menjadi masalah,” katanya selamba. Katanya lagi “Kebahagiaan adalah sesuatu yang telah saya pilih terlebih dahulu”. “Sama ada saya suka atau tidak bilik itu bukan bergantung kepada perabotnya ataupun tikarnya, namun bergantung bagaimana saya memutuskan untuk melihatnya. Tambah beliau lagi, “Saya telah menentukan di minda saya yang saya suka akan bilik itu. Itulah keputusan yang saya buat setiap kali bangun pagi. Saya boleh memilih. Saya mampu menghabiskan masa di atas katil membilang seribu kepayahan yang saya lalui dengan sebahagian anggota badan yang tidak lagi bekerja dengan sempurna atau bangun lantas bergantung di atas sebahagian lain yang masih sempurna”. “Setiap hari yang berlalu adalah anugerah, selagi mata ini mampu terbuka dan melihat, saya akan fokus kepada hari mendatang dan mencari kebahagiaan yang telah saya bina sepanjang hayat. Hari-hari tua adalah seperti akaun bank. Kita keluarkan di hari tua apa yang kita deposit disepanjang hayat. Justeru, nasihat saya agar tuan-tuan depositkan semua kebahagiaan yang termampu di dalam akaun kenangan kita. Terima kasih di atas kesudian tuan mengisi akaun saya dengan kebahagiaan yang mana saya masih terus mengisinya,” katanya mengakhiri bicara. Kehidupan adalah medan ujian; suka-duka yang silih berganti sudah pasti menghantui setiap ruanglingkup kehidupan insan. Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah lumrah kehidupan yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan sengsara. Yang penting
ialah kebijaksanaan kita memanfaatkan ujian itu menjadi potensi yang boleh melonjakkan kekuatan karakter mukmin sejati. Bukannya menjadikan medan ujian itu punca segala kehancuran atau pintu masuk syaitan ke dalam hati nurani. Ada ujian pastikan ada peningkatan iman justeru mendapat kebahagian yang hakiki. Jangan mudah mengalah ataupun menyalahkan ketidakadilan Tuhan dan takdir. Jadikan tanda panduan ringkas ini untuk mencari kebahagiaan hakiki: Lapangkan hati daripada kebencian. Lihat pada jejaka tampan bernama Md Nor yang beristerikan Wook. Berlapang dada di alam apa jua situasi. Persetan apa orang lain kata. Lihat dengan mata hati bukan dengan emosi. Ternyata pengurusan emosinya mapan dan utuh. Seperti kata Wook, “Mak tak kisah apa orang nak kata tentang dia (Non). Yang penting kami seronok dan gembira tinggal bersama”. Lapangkan minda daripada kerunsingan dan kebimbangan. “Kita kena seronok selalu, jangan susah hati dan jauhi daripada masalah,” kata Wook. Jangan bergundah-gulana dalam menghadapi apa jua ujian Tuhan. Jangan takut, Tuhan beserta kita. Tengok Wook; kais pagi makan pagi; kais petang makan petang pun umur tetap panjang. Penentuan panjang pendek umur bukan pada apa yang kita makan tetapi pada kualiti hidup; ceria selalu. Tuhan tidak tanya berapa ramai kawan yang kita ada, tapi berapa ramai orang yang kita menjadi kawan. Atau apa warna kulit kita, tetapi apa isi hati kita atau bagaimana kita mengawal emosi? Hidup sederhana. Buat apa ada banglo besar atas bukit; tetapi saban hari tidak lelap tidur sebab takut bila nak runtuh apatah di kala musim hujan. Sebab Tuhan tidak tanya berapa luas rumah kita, tapi berapa ramai tetamu yang telah kita raikan. Atau di mana kawasan
73
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
BTDM 194
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
MOTIVASI
yang kita tinggal, tetapi bagaimana kita melayani jiran. Tuhan juga tidak akan tanya apa jenis kereta yang kita pakai, tapi berapa ramai yang kita telah tumpangkan? Terkurang himpun lagi; terlebih memberilah. Harta bukan milikmu; milikmu hanya rezeki; tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri; derma bukan tontonan lakukan dalam sepi; kata Herman Tino. Di dalam harta kita ada hak orang miskin. Tuhan tidak tanya berapa banyak baju di dalam almari, tapi berapa ramai yang telah kita bantu untuk berpakaian? Begitu juga dengan harta; di mana kita belanja dan yang telah kita derma ataupun zakatkan? Jangan mengharap. Tuhan tidak tanya berapa besar gaji kita, tapi adakah kita korbankan integriti dan maruah diri untuk mendapatkannya. Begitu juga akan apa pekerjaan kita, tetapi adakah kita telah melaksanakan pekerjaan itu dengan sebaik mungkin? “Apa yang ada kami makan, tak ada makanan kami ikat perut. Setakat ini alhamdulillah tak pernah lagi kami lapar,” kata Wook. Amalkan 3P. Apabila kita bersikap Positif maka kita akan Proaktif di dalam melakukan sesuatu dan sudah tentu akan menjadi Produktif dalam menempuh kehidupan. Seperti kisah lelaki tua di atas, katanya kebahagiaan adalah sesuatu yang dia fokuskan terlebih dahulu. Sama ada dia suka atau tidak bilik itu bukan bergantung kepada perabotnya ataupun dekornya, tetapi bergantung bagaimana dia memutuskan untuk melihatnya. Tambah beliau lagi, “Saya telah menentukan di minda saya yang saya suka akan bilik itu. Itulah keputusan yang saya buat setiap kali bangun pagi”. Lihat bagaimana Si lelaki tua itu mengurus emosinya biar pun di saat dan ketika hendak menghabiskan sisasisa kehidupannya di rumah orang tua. Katanya, “Setiap hari yang berlalu adalah anugerah, selagi mata ini mampu terbuka dan melihat, saya akan fokus kepada hari mendatang dan mencari kebahagiaan yang telah saya bina sepanjang hayat”. Bagaimana dengan kita? Mampukah kita menjadi seperti Wook dan Non ataupun seperti Si lelaki tua itu? Berapa banyakah yang telah kita depositkan kebahagiaan yang termampu di dalam akaun kenangan kita? Saban hari berlaku ketidakadilan dalam kehidupan setiap insan. Kita hanya mampu melihat dari jauh bagaimana rejim Yahudi mengebom semenanjung Gaza; membunuh rakyat Palestine yang tidak berdosa.
74
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA
Mereka dikepung dengan tembok konkrit; disekat dari menerima bantuan dari luar dan segala kemudahan asas. Di mana OIC? Di mana PBB? Mana Liga Arab? Bila ada resolusi mengutuk serangan Israel; Amerikalah yang pertama akan guna kuasa veto untuk menolaknya. Ternyata mereka hanya boneka. Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan demokrasi terus membisu seribu bahasa. Tidak siapa pun boleh menyentuh apa lagi menjentik anak didiknya Israel. Tapi kalau negara lain yang menjadi sekutunya mereka sangup berperang habis-habisan. Itukah keadilan? Tidak perlu jauh untuk melihat ketidakadilan; cuba kita tanya pada diri kita apakah kita adil pada diri kita sendiri, pada keluarga, majikan, pada alam dan makhluk hatta pada Tuhan? Kalau kita tidak mendapat apa yang kita hajati bukan kerana Tuhan tidak adil; tetapi Tuhan lebih tahu apa yang sesuai mengikut kemampuan kita. Bila belum dapat merayu-rayu; bila dah naik pangkat salah guna kuasa, tidak berintegriti, curi tulang, pecah amanah, marah tidak bertempat, gagal mengawal emosi dan sebagainya. Siapa yang tidak adil? Dalam sehari ada 24 jam; Tuhan perintahkan untuk tunaikan solat lima kali sehari semalam; paling lama 10 minit satu solat; kalau lima kali baru 50 minit….ada 23 jam 10 minit lagi. Tapi berapa ramai yang tinggal solat ataupun tidak solat langsung? Adilkah kita? Begitu juga dengan membaca al-Quran. Kita dah baca macammacam buku. Saban hari membaca surat kabar tetapi
berapa ramai di antara kita yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian? Kita yang tidak adil ataupun Tuhan? Berapa gaji yang kita terima setiap bulan? Ribuan….Cuba kita tanya sejak kita dah kerja ni berapa kali kita dah berkorban? Hendak memperuntukkan RM300.00 satu bahagian kita rasa tidak mampu tapi….. hendak seribu daya; tidak mahu seribu dalih. Samalah dengan pergi haji; kita dah ada rumah, kereta dan macam-macam kemewahan lain; jangan nak kata pergi haji….daftar pun belum! Sekarang ni kalau nak pergi haji kena daftar awal sebab senarai menunggu terlalu ramai hingga tahun 2020 belum tentu dapat kerana kuota hanya 25,000 setiap tahun. Zaman dah berubah; manusia mengambil enteng perkara agama tidak ubah seperti menghalau lalat yang hinggap di hidung…psssttttt. Tepuk dada, jangan tanya selera tetapi tanya iman. Inikah erti keadilan?.
BTDM 193
1Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia
2
BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA