BENGKEL 21ST CENTURY LEARNING DESIGN PERINGKAT DAERAH KUNAK, 2016
NAMA : CIK SAMSURIANI BINTI RUSLI NAMA : DG NORAFINI BINTI DATU MOHAMAD SEKOLAH : SMK KUNAK, KUNAK
Page 1
21st CLD Learning Activity Cover Sheet MATA PELAJARAN
: BAHASA MELAYU
TINGKATAN
: 1 UPM
MASA
: SEMINGGU HINGGA DUA MINGGU
TEMA
: DUNIA PEKERJAAN
TAJUK
: TULANG EMPAT KERAT
GENRE
: TATABAHASA (KATA KERJA)
OBJEKTIF PDP
: Pada akhir pdp, murid dapat: 1. Memahami makna dan golongan kata kerja. 2. Memahami dunia pekerjaan di persekitaran dan tempat tinggal. 3. Menanamkan dalam diri untuk mencapai cita-cita dan mempunyai pekerjaan pada masa akan datang. 4. Menyelami perasaan masyarakat yang mempunyai pelbagai pekerjaan seperti nelayan, buruh, dan lain-lain. 5. Membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran di hadapan rakan-rakan dan guru. 6. Mencipta pantun empat kerat dan dipersembahkan dalam bentuk nyanyian.
BBM
: 1. Kamera digital/Kamera Telefon bimbit 2. Komputer 3. Bahan bacaan tentang pekerjaan
Page 2
RANGKA RANCANGAN PDP :
Langkah 1 : Perancangan Awal (Dalam Kelas)
A. Guru menyatakan tentang perancangan guru untuk meminta murid menghasilkan satu karya iaitu pantun dan pembentangan dalam masa satu minggu. B. Guru turut menyatakan tentang objektif pdp. C. Guru membahagikan murid mengikut kumpulan. Kumpulan tersebut adalah terdiri daripada murid-murid yang tinggal dalam kampung yang sama. D. Dalam kumpulan tersebut, guru meminta murid melantik ketua, jurugambar, dan penemubual. E. Seterusnya guru menyatakan tugasan setiap kumpulan. Murid akan berbincang untuk mengenal pasti penduduk untuk ditemubual. F. Guru memberi tugasan pertama iaitu setiap kumpulan senaraikan pekerjaan yang mereka ketahui melalui pembacaan dan melayari internet. G. Sepanjang pembelajaran ini, guru akan menilai dan melihat kerjasama, komitmen, kesepaduan dan kreativiti semasa pembentangan.
Langkah 2 : Kerja Lapangan/Kajian
1. Murid akan membuat tinjauan terlebih dahulu tentang suasana dan jenis pekerjaan di kampung mereka. 2. Murid akan berjumpa dengan penduduk yang terlibat dengan pekerjaan masing-masing dan mengadakan sesi temubual. 3. Semasa sesi temubual, murid akan menanyakan tentang tempoh masa bekerja, perasaan menjadi masyarakat dalam pekerjaan tersebut, pengalaman pahit dan manis, dan sebagainya. 4. Murid akan merakam atau mengambil gambar sahaja. Murid juga akan mengambil gambar semasa proses kerja dilaksanakan. Sebagai contoh, murid mengambil gambar semasa penduduk memproses ikan masin, menjemur ikan masin atau ikan bilis dan sebagainya.
Page 3
Langkah 3 : Dalam Kelas (Murnikan Hasil Temubual)
1. Guru memberikan kertas A4 untuk murid menulis hasil kerja lapangan. 2. Dalam kumpulan masing-masing, murid menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di kampung mereka. 3. Murid-murid akan mengeluarkan isi-isi penting sepanjang temubual dilaksanakan. (sama ada melalui rakaman video atau rakaman suara atau penulisan sahaja). 4. Berpandukan bantuan dan panduan daripada guru, setiap kumpulan akan menghasilkan pembentangan dalam bentuk peta pemikiran iaitu Peta Buih untuk jenis-jenis perkerjaan dan kata kerja serta Peta Alir untuk proses pelaksanaan pekerjaan penduduk. Contoh proses ikan masin.
Langkah 4 : Dalam Kelas (Cipta Pantun)
1. Berdasarkan kajian atau isi-isi penting yang diperoleh melalui temubual, murid akan cuba mencipta pantun empat kerat. 2. Bilangan rangkap pantun adalah berdasarkan jumlah pekerjaan yang mereka peroleh. 3. Guru akan memberikan contoh lagu dan nyanyian untuk pantun.
Langkah 5 : Pembentangan dan Sesi Soal Jawab
1. Guru akan membuat undian sebelum pembentangan dimulakan. 2. Setiap kumpulan akan membentang terlebih dahulu iaitu Peta Buih untuk jenis pekerjaan dan kata kerja serta Peta Alir untuk proses penghasilan sesuatu kerja. 3. Guru akan membetulkan kesilapan ejaan atau perkataan selepas pembentangan setipa kumpulan. 4. Setiap kali selesai pembentangan mengikut kumpulan, murid-murid yang lain boleh mengemukakan soalan iaitu berkaitan kajian dan perasaan murid semasa menjalankan kajian tersebut. (Sesi soal jawab)
Page 4
Langkah 6 : Refleksi
1. Murid menggambarkan perasaan yang gembira, seronok semasa menjalankan kajian dan pembentangan. 2. Murid menceritakan kembali pengalaman mereka semasa menjalankan sesi temubual dan kerja lapangan iaitu mengambil gambar atau rakaman semasa proses penghasilan sesuatu kerja. 3. Kelemahan dan kelebihan menjalankan kajian tersebut. 4. Murid mengetahui jenis-jenis kata kerja yang sedikit sebanyak boleh dikaitkan dengan pekerjaan. 5. Pembetulan terhadap kesilapan ejaan dan perkataan atau tanda baca akan membantu murid untuk lebih peka terhadap hasil kerja atau tulisan mereka pada masa akan datang.