BAB III
MODEL POLISI MAKLUMAT
3.1
PENGENALAN
Bab 3 adalah sebahagian daripada sorotan susastera. Sorotan susastera dalam Bab 2 memfokus kepada definisi konsep, perbincangan mengenai teori polisi maklumat dan ulasan terhadap kajian lampau dalam bidang polisi maklumat. Sorotan susastera dalam Bab 3 pula menjurus kepada analisis terhadap model polisi maklumat sedia ada yang dibangun oleh pengkaji lampau dengan tujuan untuk menyelidiki kelebihan dan kekurangan
model
cadangan mereka. Analisis terhadap model sedia ada dibuat
dengan tujuan untuk mencari lompang untuk dijadikan asas dalam pembangunan model polisi maklumat cadangan penyelidik. Dalam kajian ini, model polisi maklumat dianggap sebagai suatu yang bersifat konsepsi yang menunjukkan hubungan antara sektor. Ini selaras dengan saranan Sekaran & Bougie (2009) bahawa model konsepsi ialah cara bagaimana seseorang membuat penyataan secara logik terhadap hubungan antara beberapa faktor yang dikenal pasti penting kepada permasalahan yang dikaji. Bab ini dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah senarai dan ulasan model maklumat lampau. Bahagian ke dua pula adalah cadangan model polisi maklumat bersepadu kajian ini.
3.2
MODEL POLISI MAKLUMAT LAMPAU
Meskipun bidang polisi maklumat secara relatifnya masih baharu (Duff 2004), namun penyelidik menemui beberapa model polisi maklumat yang dibangun oleh pengkaji bermula sejak tahun 1977. Model polisi maklumat yang terawal dikesan dikemukakan oleh Porat pada tahun 1977 manakala model yang terkini dikemukakan oleh Case
59
(2010). Model polisi maklumat lampau dianalisis dan dibentang mengikut turutan tahun. Pendekatan ini diambil bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan model berkaitan polisi maklumat. Susunan seperti ini dipilih bagi memudah proses mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku terhadap model yang dikemukakan oleh pengkaji. Model polisi maklumat yang dianalisis adalah seperti berikut:
3.2.1
Model Dua Dimensi Porat (1977)
Model yang dikemukakan oleh Porat bertujuan menyokong perubahan ekonomi dari ekonomi yang berasaskan industri kepada ekonomi berasaskan maklumat. Perubahan ini disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi iaitu komputer dan telekomunikasi. Perkembangan k-ekonomi berlaku dengan pesat melalui pertumbuhan banyak industri, produk, pekerjaan dan jawatan yang berasaskan penggunaan intensif pemprosesan maklumat dan komunikasi.
Model Porat menunjuk kepada aliran kesan, isu dan keputusan yang berlegar di sekitar teknologi maklumat. Rajah 3.1 menunjukkan Model Polisi maklumat Porat. Merujuk kepada model tersebut, Bahagian (A) adalah teknologi maklumat dan keupayaan baharu yang menjadi punca aliran kesan, isu dan keputusan. Bahagian (B) adalah keputusan yang berkaitan dengan infrastruktur maklumat dan permintaan dari semua sektor ekonomi yang mengakibatkan banyak perkhidmatan dan aplikasi barangan berteraskan maklumat baharu dihasil. Bahagian (C) menunjukkan bahawa setiap aplikasi boleh menyebabkan konflik ekonomi atau sosial. Bahagian (D) menunjukkan sebahagian konflik dapat diatasi oleh pasaran yang dinamik tanpa perlu campur tangan kerajaan. Bahagian (E) adalah konflik yang tidak dapat diatasi oleh pasaran, sebaliknya isu tersebut perlu ditangani melalui ‘polisi maklumat’ dan perlu kepada campur tangan politik. Bahagian (F) menunjukkan banyak isu terhasil akibat daripada teknologi maklumat dan memberi implikasi kepada banyak agensi.
60
Rajah 3.1 Model Polisi Maklumat Porat Sumber: Porat 1977
Model yang dikemukakan oleh Porat menunjuk bagaimana interaksi antara sektor dalam polisi maklumat berlaku. Selain itu, isu yang berkaitan dengan polisi maklumat juga ditunjukkan dalam model ini. Namun isu yang dikemukakan hanya berlegar di sekitar teknologi maklumat. Model ini tidak menunjukkan sektor polisi maklumat yang lain seperti sosial, kerajaan dan perpustakaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah-olah polisi maklumat adalah bidang berdisiplin tunggal. Hal ini bercanggah dengan pendapat Wilkinson & Nilsen (2010) yang berpandangan bahawa bidang polisi maklumat adalah bidang silang displin.
61
3.2.2
Model Dua Dimensi Trauth (1986)
Trauth mengemukakan model dua dimensi bagi menyusun kajian polisi maklumat berdasarkan matlamat dan skop. Model ini menganggap matlamat kajian boleh berbentuk preskriptif dan deskriptif. Bagi kajian preskriptif, kajian bentuk ini bermatlamat untuk membuat cadangan berkaitan pembentukan polisi. Bagi kajian deskriptif pula, kajian bentuk ini bermatlamat menerangkan status terkini suatu polisi atau menyoroti isu yang sepatutnya ditangani semasa pelaksanaan atau penggubalan polisi. Skop pula merujuk kepada bilangan disiplin yang terlibat dalam kajian sama ada konteks, disiplin atau sektor tunggal atau kajian yang bersifat sepadu atau mengkaji isu yang melangkaui disiplin atau konteks tunggal. Kajian polisi maklumat dapat diletak kepada sebarang empat sisi yang menggambar skop dan matlamatnya seperti ditunjuk dalam Rajah 3.2.
Rajah 3.2 Model Kajian Polisi Maklumat Pendekatan Bersepadu Sumber: Trauth 1986
Model Trauth menyenarai kajian lampau berdasarkan kepada sifat kajian tertentu sama ada berbentuk kajian bersepadu, deskriptif atau preskriptif. Model Trauth didapati berjaya membuktikan bahawa polisi maklumat adalah satu bidang
62
silang disiplin. Namun, kajian Trauth tidak mengemukakan isu yang dikaitkan dengan polisi maklumat secara khusus. Sektor yang terlibat dalam polisi maklumat dan interaksi antara sektor juga tidak ditunjukkan.
3.2.3
Model Analisis Input–Proses–Output (Trauth 1986)
Selain model analisis dua dimensi, Trauth (1986) turut mengemukakan model Input– Proses–Output (IPO). Model IPO menganggap polisi maklumat berfungsi mengawal selia proses (seperti simpanan atau transmisi maklumat) berbanding benda (seperti teknologi). Melalui pendekatan ini, isu yang berkaitan dengan suatu fungsi maklumat boleh diperiksa tanpa mengira jenis teknologi yang diguna. Trauth mendakwa, pendekatan ini sesuai untuk mengelompok isu polisi maklumat yang bersifat tidak terpusat. Analisis bersepadu ini sesuai diguna bagi memeriksa konteks polisi yang banyak di samping membantu menentu sektor polisi maklumat kebangsaan yang sebenar. Trauth memberi contoh, isu kebersendirian termasuk dalam sektor perkhidmatan maklumat iaitu proses storan dan capaian data. Isu perlindungan perisian pula termasuk dalam kelompok fungsi manipulasi data. Manakala isu aliran data merentas sempadan dikaitkan dengan fungsi sebaran data. Rajah 3.3 menunjukkan Model Kajian Polisi Maklumat Pendekatan Bersepadu Berasaskan IPO.
63
Rajah 3.3 Model Kajian Polisi Maklumat Pendekatan Bersepadu Berasaskan IPO Sumber: Trauth 1986
Model IPO Trauth berjaya mengelompok isu polisi maklumat berdasarkan kepada peranan yang dimainkan sama ada untuk Input, Proses atau Output. Namun model ini tidak menunjukkan sektor lain yang dikaitkan dengan maklumat. Hal ini menyebabkan polisi maklumat tidak dilihat sebagai satu bidang silang disiplin. Model Trauth tidak membantu dari segi amalan polisi maklumat kerana tidak menunjukkan sektor maklumat yang berkaitan. Tanpa menentukan sektor tertentu, adalah sukar untuk meletakkan tanggungjawab sesuatu isu kepada jabatan atau agensi kerajaan tertentu. Selain itu, model ini tidak menunjukkan isu polisi maklumat yang berkembang secara dinamik.
3.2.4
Matrik Polisi Maklumat Moore (1993)
Moore mengemukakan model matrik yang didakwa dapat menyedia jalan yang praktikal bagi mengatasi masalah ketiadaan model yang bersepadu dalam polisi maklumat. Model ini meletakkan objektif polisi maklumat dalam ruang dua dimensi.
64
Model ini mengkelas isu polisi maklumat berdasarkan keperluan maklumat kepada sektor industri, organisasi, dan masyarakat. Selain dapat diguna sebagai model bagi menganalisis objektif polisi maklumat, model Moore dapat diguna bagi mengenal pasti jurang dan kawasan yang menunjukkan pembangunan objektif polisi maklumat adalah penting. Model cadangan Moore adalah seperti dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1 Matrik Kajian Polisi Maklumat Industri
Organisasi
Sosial
Teknologi Maklumat Pasaran Maklumat Kejuruteraan Maklumat Sumber Manusia Perundangan dan peraturan Sumber: Moore 1993
Matrik polisi maklumat Moore adalah satu lagi kaedah mengelompok isu polisi maklumat berdasarkan objektif polisi maklumat. Matrik ini tidak menunjukkan hubung kait antara sektor industri, organisasi dan sosial. Isu polisi maklumat juga tidak dikemukakan secara khusus dalam matrik ini. Model ini juga tidak dapat menunjukkan sifat isu polisi maklumat yang berkembang secara dinamik.
3.2.5
Model Dae (1996)
Dae mengemukakan satu model polisi maklumat yang beliau dakwa bersifat komprehensif. Model Dae menunjukkan bagaimana penggubalan polisi maklumat kebangsaan melibatkan interaksi antara proses berikut:
a)
pemerhatian dan ramalan fenomena
b)
mendefinisi masalah atau isu
c)
menilai kekangan
d)
mengenal pasti dan menganalisis peserta
e)
menyedia agenda
65
f)
merumus dan menerima pilihan terbaik
g)
peruntukan sumber
h)
pelaksanaan dan penilaian polisi
i)
maklum balas
Dae turut menunjukkan interaksi proses penggubalan polisi maklumat di atas dengan
model
membuat
keputusan
komprehensif,
pendekatan
interpretif
komprehensif, rakyat dan pihak yang berkepentingan, struktur dan sumber. Model Polisi Maklumat Kebangsaan yang komprehensif yang dikemukakan oleh Dae adalah seperti Rajah 3.4.
• Model Membuat Keputusan Komprehensif • Pendekatan Interpretif Komprehensif
Persekitaran
Isu Polisi Maklumat
1. Pemerhatian & ramalan fenomena
2. Mentakrif masalah & isu 3. Menilai kekangan 4. Kenal pasti & menilai peserta 5. menyediakan agenda
Isu Polisi Maklumat dan Strategi 6. merangka alternatif & adaptasi alternatif terbaik 7. Peruntukan sumber
Pelaksanaan & Penilaian 8. melaksana & menilai polisi
Maklum Balas 9. Maklum Balas
• Rakyat dan pihak berkepentingan • Struktur • Sumber
Rajah 3.4 Model Polisi Maklumat Kebangsaan Komprehensif Sumber: Dae 1996
Model polisi maklumat Dae berjaya menunjukkan interaksi antara proses yang terlibat dalam pembangunan polisi maklumat dengan model membuat keputusan, rakyat dan pihak berkepentingan, struktur dan sumber. Namun begitu, model ini gagal menunjukkan isu dan pengkelasan polisi maklumat. Sektor yang terlibat dengan polisi maklumat dan interaksi antara sektor juga tidak ditunjuk dalam model ini. Justeru,
66
model Dae didapati gagal menunjukkan polisi maklumat sebagai bidang silang disiplin.
3.2.6
Model Rowlands (1999)
Rowlands mengemukakan model politik dan ekonomi bagi menyusun isu polisi maklumat yang didapati dari carian susastera menggunakan istilah ‘polisi maklumat’ dan ‘masyarakat bermaklumat’. Menurut Rowland, isu polisi maklumat yang berasingan, bertindan dan kadang kala bercanggah, didakwa mudah difahami dengan mengguna peta. Rowlands mengguna kaedah dua dimensi iaitu kawalan kerajaan lwn. kawalan pasaran dan capaian lwn. kerahsiaan bagi memeta isu polisi maklumat. Rowlands menunjukkan dua set tekanan tersebut dalam matrik dan menyenarai isu polisi maklumat ke dalam setiap kuadran (sukuan). Seterusnya, isu polisi maklumat dikelas kepada lima kelompok (dilabel A-E) seperti dalam Rajah 3.5.
keterbukaan lwn kawalan
67
• Keselamatan Maklumat A • Kebersendirian • Aliran data merentas • Pembongkaran Maklumat sempadan • Keselamatan Kebangsaan B • Perlindungan Data • Pasaran Maklumat • Rahsia rasmi • Hak Harta Intelek • Hakcipta • Pendepositan sah • Penyiaran • Perkhidmatan Sejagat • Kebebasan Bersuara
C
• Polisi Maklumat • Kebebasan Maklumat
• Perpustakaan Negara • Pengurusan Maklumat
• Perundingan Media Kerajaan • Telekomunikasi • Penerbitan kerajaan
D
• Masyarakat Maklumat • Industri Maklumat • Infrastruktur Maklumat
E
Kawalan pasaran lwn kawalan kerajaan Rajah 3.5 Peta konsep bidang polisi maklumat Sumber: Rowlands 1999 Penerangan: A-
B-
C-
D-
E-
Perlindungan Maklumat Peraturan dan mekanisme kawalan capaian dan pendedahan maklumat dalam sektor awam (seperti rahsia rasmi) dan dalam pasaran (seperti perlindungan data). Pasaran Maklumat Undang-Undang dan peraturan bagi melindungi pelaburan dalam penciptaan kandungan pengetahuan (seperti hakcipta). Penyiaran dan telekomunikasi Polisi awam yang mengawal media massa dan komunikasi, mengimbangi antara komersil dan kepentingan awam (seperti capaian sejagat). Capaian awam terhadap maklumat rasmi Polisi dan perundangan bagi capaian maklumat orang awam terhadap maklumat kerajaan (seperti kebebasan maklumat) Masyarakat bermaklumat dan infrastruktur Polisi awam bagi mengukur dan penggalakan pelaburan sektor swasta dalam infrastruktur maklumat.
68
Model Rowlands menyumbang kepada satu lagi koleksi alatan bagi mengkelas isu yang berkaitan dengan maklumat. Dalam model Rowlands, walaupun isu polisi maklumat ditunjukkan, namun interaksi dan perkaitan antara sektor tidak dikemukakan. Rowlands tidak menunjukkan sama ada isu dan sektor polisi maklumat itu adalah isu yang berasingan dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. Set isu yang dikemukakan juga adalah tidak dijelas sama ada statik atau berkembang dengan dinamik berdasarkan perubahan ekonomi, sosial dan politik.
3.2.7
Model the Library Association (2002)
Model The Library Association merupakan satu lagi pendekatan mengkelas isu polisi maklumat berdasarkan kepada bidang perpustakaan dan komuniti maklumat. Model ini memberi penekanan kepada matlamat membangun ekonomi berasaskan maklumat yang kreatif dalam lingkungan masyarakat bermaklumat yang mengguna maklumat dalam setiap aspek kehidupan. Terdapat tiga lapisan kategori isu maklumat bagi memahami peranan perpustakaan dan komuniti maklumat dalam model polisi maklumat seperti dalam Rajah 3.6. Lapisan pertama memapar isu sosial yang menerima impak daripada polisi maklumat kebangsaan, lapisan kedua memapar bidang yang penting bagi memasti suara dan sumbangan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat sentiasa diambil kira terutamanya berkaitan dengan capaian terhadap maklumat. Lapisan ketiga pula menunjukkan pekerja maklumat dan perpustakaan hendaklah sentiasa mencari jalan bagi mencapai objektif sektor yang disenarai dalam lapisan ini.
69
Lapisan Pertama
Masyarakat belajar
Ekonomi berasaskan maklumat Persaingan Lapisan Kedua Hak Harta Intelek
Industri kreatif
Penciptaan Kandungan
Penyampaian kandungan
Metadata Globalisasi
Kualiti
Capaian sejagat Repositori Sah
Komuniti Eropah
Saling beroperasi Lapisan Ketiga
Pemuliharaan Perubahan gaya hidup
Pembangunan dunia
Penyertaan Sosial E-Perniagaan
- Kemahiran maklumat - Kakitangan sektor maklumat & perpustakaan - komuniti pengguna - keupayaan organisasi - perancangan/ penyediaan tenaga kerja pakar maklumat - keperluan kemahiran maklumat bagi polisi maklumat kebangsaan yang berkesan - bagaimana sektor komuniti boleh mengurus keperluan maklumat mereka
Kebebasan maklumat Kebersendirian/ kerahsiaan
Kualiti hidup
Warisan Pengesahan E-Dagang
Akta hak asasi manusia
Rangkaian
E-Kerajaan Piawaian/ Protokol
Rajah 3. 6 Model Polisi Maklumat Kebangsaan Sumber: The Library Association 2002
Lapisan pertama terdiri daripada isu seperti ekonomi berasaskan maklumat dan masyarakat bermaklumat, globalisasi dan persaingan, perubahan dan kualiti gaya hidup, dan Akta Hak Asasi Manusia. Perpustakaan dan komuniti maklumat berperanan sebagai penghubung antara pembangunan masyarakat dengan capaian rakyat kepada maklumat. Lapisan kedua menunjukkan perubahan yang berlaku dalam bidang polisi maklumat. Perpustakaan dan sains maklumat perlu mengekal pengaruhnya dalam pembangunan polisi maklumat. Lapisan kedua mencakupi isu seperti kebebasan maklumat dan hakcipta, metadata dan saling beroperasi, capaian sejagat, pendepositan sah, pusaka dan warisan, dan kerajaan elektronik. Lapisan ketiga pula mengandungi bidang yang menjadi keutamaan kepada perpustakaan dan pekerja maklumat untuk
70
mencapainya seperti kecekapan maklumat, kemahiran personal, pakar maklumat dalam tenaga kerja, dan membangun kepakaran yang diperlu bagi masyarakat maklumat dan ekonomi berasaskan maklumat.
Model yang dikemukakan oleh The Library Association 2002 didapati memfokus kepada bidang perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. Keadaan ini dengan sendirinya menyebabkan model The Library Association gagal menunjukkan sifat bidang polisi maklumat yang silang disiplin. Model ini juga tidak menunjukkan bagaimana setiap lapisan berinteraksi antara satu dengan yang lain tetapi sebaliknya hanya menunjukkan isu yang dibahas dalam bidang perpustakaan dan perkhidmatan maklumat dan senarai isu yang umum yang dikaitkan dengan maklumat seperti dalam lapisan 1.
3.2.8
Model Analisis Polisi Maklumat Moore (2005)
Moore mengemukakan model analisis polisi maklumat berdasarkan matlamat pembangunan masyarakat bermaklumat. Model analisis Moore dibahagi kepada tujuh sektor iaitu, Visi dan Polisi Menyeluruh, Infrastruktur Telekomunikasi, Sektor Maklumat, Maklumat dan Organisasi, Maklumat dalam Masyarakat, Kerangka Perundangan dan Peraturan, dan Kemahiran dan Kecekapan seperti yang dikemukakan dalam Jadual 3.2.
71
Jadual 3.2 Model analisis polisi maklumat i. Visi dan Polisi Menyeluruh
v. Maklumat dalam Masyarakat a)Penggunaan
Maklumat
Dalam
Masyarakat b) Mengatasi Jurang Digital ii. Infrastruktur Telekomunikasi
vi. Kerangka Perundangan & Peraturan
a) Pembangunan Rangkaian
a) Hak Harta Intelek
b) Peranan Sektor Awam dan Swasta
b) Perlindungan Data
c) Polisi Harga
c) Capaian Maklumat
d) Capaian Sejagat
d) Penapisan
e) Perundangan iii. Sektor Maklumat
vii. Kemahiran dan Kecekapan
a) Kandungan Maklumat
a) Celik Maklumat
b) Pemprosesan Maklumat
b) Kemahiran Mengendali Maklumat Asas
c) Penghantaran Maklumat
c) Pakar Maklumat
iv. Maklumat dan Organisasi a) Sektor Awam & Kerajaan Elektronik b) Sektor Swasta dan E-Dagang c) Polisi Pemangkin Sumber: Moore 2005
Penerangan tentang sektor analisis polisi maklumat dari model cadangan Moore adalah seperti berikut:
i.
Visi dan Polisi Menyeluruh
Kepentingan visi dan polisi menyeluruh polisi maklumat tidak boleh diambil mudah kerana transisi kepada masyarakat bermaklumat melibatkan perubahan kepada ekonomi negara, budaya, sosial dan politik. Justeru, visi masa depan yang jelas, set polisi dan strategi yang terkoordinasi adalah penting. Sektor ini meliputi visi, skop polisi dan penentuan pengukuran bagi mencapai matlamat polisi dan adakah teknologi
72
maklumat dan komunikasi berupaya sebagai pemboleh pembangunan sosial dan ekonomi atau sekadar teknologi semata-mata.
ii.
Infrastruktur Telekomunikasi
Infrastruktur telekomunikasi adalah sektor utama bagi masyarakat bermaklumat bagi menyokong komunikasi maklumat digital secara pantas dan selamat. Setiap negara perlu mempunyai polisi atau strategi yang boleh menyokong perkembangan infrastruktur telekomunikasi. Polisi maklumat hendaklah bersifat menyokong agar setiap anggota masyarakat bersedia dan mampu mencapai rangkaian telekomunikasi. Kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi membangun rangkaian sedia ada, menetap peranan sektor awam dan swasta, menetap polisi harga, menawar capaian sejagat dan mempunyai kerangka perundangan yang kukuh. Polisi yang dikaitkan dengan infrastruktur telekomunikasi dibahagi kepada sektor seperti pembangunan rangkaian, peranan sektor awam dan swasta, polisi harga, capaian sejagat dan perundangan
iii.
Sektor Maklumat
Sektor maklumat adalah salah satu komponen ekonomi yang penting bagi negara. Sektor ini mestilah berkeupayaan untuk memenuhi sebahagian besar permintaan kepada maklumat yang dikeluar di dalam negara bagi mengelak import.
Sektor
maklumat juga mampu menghasil maklumat yang boleh dieksport. Lazimnya sektor maklumat dibahagi kepada tiga sub-sektor utama iaitu: kandungan maklumat, pemprosesan dan penyampaian. Polisi perlu menyokong peruntukan kandungan maklumat tempatan terutamanya dalam bahasa tempatan.
iv.
Maklumat dan Organisasi
Kerajaan perlu mewujud satu polisi yang menggalak organisasi awam dan swasta membangun budaya kerja yang berintensif maklumat. Polisi tersebut mestilah meliputi penggunaan maklumat sebagai sumber bagi meningkat produktiviti, kecekapan dan persaingan. Antara strategi yang boleh diguna ialah membangun kerajaan elektronik
73
dalam sektor awam dan polisi bagi menggalak pembangunan e-dagang dalam sektor swasta. v.
Maklumat dalam Masyarakat
Penggunaan maklumat dalam masyarakat meliputi polisi dan pengukuran yang melibatkan peruntukan dan penggunaan maklumat oleh individu sebagai warganegara dan pengguna. Polisi juga meliputi pengukuran yang dibuat bagi menyokong peruntukan dan penggunaan maklumat dalam kalangan kumpulan yang kurang berkemampuan dan bagaimana mengatasi jurang digital.
vi.
Kerangka Perundangan dan Peraturan
Isu perundangan dan peraturan adalah penting dan menjadi sebahagian model polisi maklumat. Undang-undang dan peraturan hendaklah berupaya memaju sektor maklumat, membantu organisasi berintensif maklumat supaya berfungsi secara berkesan serta menjamin masyarakat maklumat berfungsi dengan lancar. Antara undang-undang yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan ialah hak harta intelek, perlindungan data peribadi, hak capaian kepada maklumat rasmi kerajaan dan penapisan.
vii.
Kemahiran dan Kecekapan
Masyarakat bermaklumat memerlukan berbagai jenis kemahiran seperti celik maklumat, kemahiran mengendali maklumat asas dan juga pakar maklumat. Masyarakat awam perlu mempunyai kemahiran maklumat yang asas atau celik maklumat. Golongan pekerja pula perlu mempunyai kecekapan mengendali maklumat asas termasuk menjana maklumat baharu. Sementara pakar maklumat pula diperlukan bagi mengurus dan menyelenggara maklumat agar boleh dicapai dengan mudah, murah dan cekap serta dipelihara dengan sempurna bagi kegunaan genarasi masa depan.
74
Model analisis polisi maklumat Moore boleh dianggap komprehensif kerana merangkumi isu dan sektor polisi maklumat yang luas. Model ini sesuai diguna bagi menganalisis keadaan semasa polisi maklumat sesebuah negara atau organisasi. Walaupun model Moore turut menyenarai isu berkaitan polisi maklumat berdasarkan kelas tertentu, namun model ini didapati tidak menunjukkan interaksi antara sektor. Keadaan ini boleh memberi tafsiran bahawa isu dan sektor polisi maklumat adalah terasing dan tidak ada kaitan diantara satu dengan yang lain. Hal ini adalah gambaran yang salah tentang bidang polisi maklumat yang seterusnya gagal diguna bagi menerangkan disiplin polisi maklumat.
3.2.9
Model Analisis Lei (2007)
Lei mengadaptasi dua model yang dihasil oleh Galvin dan Rowlands sebagai asas kepada analisis dan pembangunan model. Menurut Lei model Rowlands (Rajah 3.5) boleh diguna untuk mengkaji konflik dalam sesebuah negara, tetapi Lei mendapati model Rowlands tidak dapat diguna bagi membuat perbandingan polisi maklumat antara negara. Justeru, perlu ada satu dimensi lain iaitu iaitu ‘negara’ kepada dimensi sedia ada. konflik bukan sekadar berlaku antara isu capaian dan batasan maklumat tetapi dua isu ini juga terbukti berbeza antara negara. Misalnya di antara AS dan China seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 dan Rajah 3.8.
Nilai capaian maklumat percuma mat Capaian
Isu Lain: Kestabilan Politik, Perintah awam, Keselamatan Negara, Keharmonian Etnik Norma Masyarakat, dll.
Kawalan
Rajah 3.7 Imbangan antara capaian dan kawalan di AS Sumber: Lei 2007
75
Isu Lain: Kestabilan Politik, Perintah awam, Keselamatan Negara, Keharmonian Ethnic Norma Masyarakat, dll.
Nilai capaian maklumat percuma mat Capaian
Kawalan
Rajah 3.8 Imbangan antara capaian dan kawalan di China Sumber: Lei 2007
Model Lei 2007 sesuai diguna bagi kajian perbandingan situasi polisi maklumat dalam dua buah negara berbeza. Namun model ini mengkhusus pada isu tertentu. Dalam kes yang dikaji oleh Lie, beliau mengguna model tersebut untuk mengkaji isu capaian dan kawalan bagi dua negara iaitu AS dan China. Walaupun menyenaraikan sebahagian isu polisi maklumat, model Lie didapati tidak menunjukkan sektor dan interaksi yang terbabit dalam polisi maklumat. Lantaran itu model Lie tidak mampu menangani isu polisi maklumat yang berkembang dengan dinamik selari dengan perkembangan teknologi.
3.2.10 Model Analisis Bustamante (2007)
Tanpa menyatakan nama bagi model yang dikemukakan, Bustamante menyenarai sektor penting bagi menganalisis polisi maklumat bagi sesebuah negara. Bahagian dan sub bahagian yang dikemukakan oleh Bustamante adalah seperti berikut:
Bahagian A
Polisi Capaian Perpustakaan Awam, Galakan Membaca dan Undang-Undang berkaitan Bukus Perpustakaan awam berperanan sebagai titik pertemuan antara komunikasi sosial, polisi maklumat dan budaya yang menjadi asas untuk capaian maklumat dan budaya (Garcia 2004). Kepentingan perpustakaan awam bermula dari UNESCO Manifesto on
76
Public Libraries tahun 1951 sehinggalah kepada cadangan peranan baharu perpustakaan dalam masyarakat bermaklumat 2001.
Jadual 3.3 Polisi Capaian Perpustakaan Awam, Galakan Membaca dan UndangUndang berkaitan Buku Polisi Capaian Perpustakaan Awam, Galakan Membaca dan Undang-Undang berkaitan Buku Umum Program kesedaran nilai dan fungsi buku Pendemokrasian capaian buku Jaminan pengedaran buku secara percuma Mewujud syarat bagi pembangunan industri buku Menjamin modal, bahan, peralatan dan perkhidmatan bagi membangun industri buku Membangun rancangan kerjasama antarabangsa Mengkoordinasi polisi kebangsaan Menjana syarat yang diperlu bagi mematuhi peraturan Galakan Membaca dan Perancangan & Pelaksanaan Perpustakaan Menggalak tabiat membaca dan membangun program, rancangan dan kempen berkaitan Menyokong dan mempromosi perpustakaan Pembelian buku untuk perpustakaan awam Menyokong dan mempromosi pemuliharaan buku dan dokumen warisan negara Insentif dan Perlindungan Kepada Penulis Menggalak kreativiti penulis Melindungi hak penulis dan penyunting dan membanteras cetak rompak Latihan Menyokong latihan dan menggalak agen Aktiviti Lain dan Polisi bagi Pengedaran dan agihan buku Galakan Pembukaan kedai buku Galakan peraduan dan hadiah
bersambung…
77
…sambungan Galakan festival dan pameran tempatan Galakan penyertaan dalam festival antarabangsa Galakan dan Pengagihan Buku dan Bacaan Galakan dan membangun mekanisme bagi mengagih edisi kebangsaan Budaya agihan melalui galakan penulis dan penghasilan Penggunaan media bagi menggalak budaya membaca dan buku Membangun sistem maklumat bersepadu Mekanisme bagi pembangunan dan Galakan: Cukai, Yuran, Tarif, Adaptasi sistem cukai dengan insentif Membangun bentuk pembiayaan Menggalak eksport Keutamaan kadar pos Keutamaan duti kastam untuk buku import Keutamaan duti kastam untuk mengimport bahan mentah, barangan dan perkhidmatan Keutamaan kadar pengiklanan Kemudahan Untuk Orang Kurang Upaya Kemudahan untuk orang kurang upaya mengguna perpustakaan Memastikan buku bagi orang buta
Sumber: Bustamante 2007
Bahagian B
Polisi Maklumat Sains dan Teknologi
Menurut Bustamante, polisi maklumat sains dan teknologi terdiri dari isu yang dikemukakan dalam jadual 3.4 di bawah:
78
Jadual 3.4 Polisi Maklumat Sains dan Teknologi Polisi Maklumat Sains dan Teknologi Polisi berkaitan aspek penghasilan dan pengagihan maklumat saintifik Penerbitan artikel saintifik Penjanaan penunjuk Kompilasi sumber maklumat berkaitan manusia dan sumber material dan projek. Sistem Maklumat Saintifik dan Teknologi Kebangsaan. Sumber: Bustamante 2007
Bahagian C
Polisi Maklumat Pemetaan dan Statistik
Kebanyakan negara menjana maklumat statistik melalui bancian penduduk, perumahan, infrastruktur dan ekonomi. Maklumat ini penting bagi penggubal polisi menentu jenis perkhidmatan kepada orang awam. Kompilasi maklumat bancian tersebut berguna kepada orang awam apabila menjadi aplikasi dalam rangkaian terutama melalui Internet. Justeru, polisi perlu untuk menyokong pembangunan infrastruktur maklumat kebangsaan bagi capaian yang baik terhadap maklumat tersebut. Polisi juga perlu bagi membantu capaian dan penyebaran melalui kategori maklumat berbeza termasuk maklumat domain awam yang melibatkan hak harta intelek dan jaminan terhadap hak individu terhadap kebersendirian.
Bahagian D
Polisi Capaian Maklumat Awam dalam Pengurusan Kerajaan
Kebanyakan negara memasukkan hak capaian percuma maklumat awam dalam perlembagaan dan kerangka perundangan domestik. Selari dengan Deklarasi Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia, konvensyen Amerika Berkaitan Hak Asasi Manusia dan kerangka perundangan lain seperti dalam jadual 3.5.
79
Jadual 3.5 Polisi Capaian Maklumat Awam dalam Pengurusan Kerajaan Polisi Capaian Maklumat Awam dalam Pengurusan Kerajaan Deklarasi Hak Asasi manusia Sejagat Konvensyen Hak Asasi Manusia Amerika Perjanjian Antarabangsa bagi Hak Politik dan Awam Konvensyen Antara-Amerika Melawan Penyelewengan Perlembagaan Kebangsaan Kerangka perundangan Tempatan Sumber: Bustamante 2007
Bahagian E
Polisi Melindungi Maklumat Tradisional
Isu maklumat tradisional adalah penting. Isu maklumat tradisional bukan sahaja berkaitan dengan usaha mempertahan warisan budaya tetapi maklumat tradisional turut berpotensi dari aspek nilai ekonomi. UNESCO mengiktiraf warisan budaya sebagai ‘kumpulan kerja hasil dari budaya tradisional. Tradisi yang diwarisi secara lisan atau tingkah laku berubah mengikut masa melalui proses penjenamaan baharu. Budaya tradisi terdiri daripada tradisi lisan, pakaian, bahasa, muzik, tarian, perayaan, perubatan dan penyembuhan tradisi, seni masakan dan semua kemahiran yang berkaitan dengan aspek material seperti alatan dan habitat.
Jadual 3.6 Perlembagaan bagi Perlindungan Warisan Kebangsaan dan Hak Harta Intelek Perlembagaan bagi Perlindungan Warisan Kebangsaan dan Hak Harta Intelek Warisan Budaya Hak Harta Intelek Sumber: Bustamante 2007
80
Bahagian F
Polisi Berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Beberapa tahun kebelakangan, percantuman teknologi, capaian kepada maklumat dan Internet menjadi perbahasan khususnya berkaitan kesan terhadap aktiviti ekonomi dan sosial. Reka bentuk dan pelaksanaan ICT adalah berbagai sama ada berpusat iaitu melalui satu badan kerajaan tunggal di bawah Kementerian Sains dan Teknologi atau jabatan di bawah perdana menteri. Sebahagian negara mengguna pendekatan tidak berpusat dan dilaksana oleh agensi yang berbagai. Bustamante (2007) turut berpandangan bahawa mulai tahun 2002, hasil Persidangan Dunia bagi Masyarakat Bermaklumat (WSIS) kebanyakan negara di Amerika Latin membuat polisi berkenaan masyarakat bermaklumat.
Seperti model Moore (2005), model yang dikemukakan oleh Bustamante (2007) juga sesuai diguna bagi menganalisis keadaan semasa polisi maklumat sesebuah negara atau organisasi. Walaupun Moore menganggap masyarakat bermaklumat adalah matlamat pembangunan polisi maklumat, manakala Bustamante menganggap masyarakat bermaklumat sebagai komponen polisi maklumat, namun model Bustamante boleh dianggap komprehensif kerana merangkumi isu dan sektor polisi maklumat yang luas. Seperti model Moore, model Bustamante ini didapati tidak menunjukkan interaksi antara sektor polisi maklumat. Justeru, model Bustamante juga tidak dapat menggambar bidang polisi maklumat sebagai silang disiplin yang berkembang secara dinamik dan bersepadu.
3.2.11 Model UNESCO (2009)
UNESCO melalui inisiatif The Information for All Programme (IFAP) mengemukakan kerangka kerja bagi kerjasama dan perkongsian antarabangsa dengan tema ‘membangun masyarakat maklumat untuk semua’. Fokus IFAP adalah untuk memasti semua orang mendapat capaian maklumat bagi meningkat kehidupan mereka. Pendekatan umum IFAP bagi membangun model polisi maklumat kebangsaan adalah seperti Rajah 3.9.
81
Negara Anggota Polisi Maklumat Kebangsaan dan Strategi Pengetahuan Keutamaan
Keutamaan
Keutamaan
Keutamaan
Keutamaan
Maklumat untuk Pembangunan
Celik Maklumat
Pengekalan Maklumat
Etika Maklumat
Capaian Maklumat
Perkongsian Berbagai Pihak Berkepentingan
Rajah 3.9 Pendekatan umum IFAP bagi membangun model polisi maklumat kebangsaan Sumber: UNESCO 2009
Model ini mengambil kira semua aspek kemanusiaan dan dimensi penggunaan dan capaian maklumat meliputi sosial, demokrasi, budaya dan ekonomi. Matlamat utama model ini adalah menghapus jurang digital, jurang jalur lebar, menentu prospek bagi pembangunan dan meningkat taraf hidup, dan berfungsi menyedia capaian dan keupayaan mengguna maklumat. Capaian kepada maklumat adalah asas kepada semua aspek dalam kehidupan, prospek ini bergantung kepada keupayaan mewujud persekitaran sumber maklumat yang bebas dan percuma, kesediaan menyeluruh ICT, penghasilan kandungan digital tempatan dan membangun keupayaan mengguna kandungan.
Model yang dikemukakan oleh UNESCO sesuai digunakan sebagai garis panduan pembangunan polisi maklumat bagi negara anggota badan dunia UNESCO. Namun begitu model UNESCO didapati tidak menjelaskan isu polisi maklumat dan sektor yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Hal ini menyebabkan model ini tidak mampu menunjukkan tabii bidang polisi maklumat yang bersifat silang disiplin. Garis panduan yang dikemukakan oleh UNESCO juga didapati terlalu umum dan tidak mampu memberi kefahaman tentang bidang polisi maklumat yang sifatnya dinamik dan sepadu.
82
3.2.12 Model Case (2010)
Case (2010) mengemukakan satu model polisi maklumat yang menunjukkan matrik kategori dan matlamat polisi maklumat seperti Jadual 3.7. Case mengkelas polisi maklumat kepada beberapa kategori iaitu teknologi, perundangan dan manusia. Manakala matlamat polisi maklumat kepada dua iaitu matlamat ekonomi dan sosial. Lajur matlamat ekonomi menunjukkan bahawa pelaburan dalam teknologi dan manusia berfungsi sebagai asas kepada kekayaan dalam masyarakat, pembangunan industri, produk dan perkhidmatan. Perundangan pula diperlukan bagi teknologi dan kemanusiaan berfungsi.
Bagi matlamat sosial pula, model ini menjurus kepada individu, keluarga dan budaya. Sebagai contoh, komunikasi sesama manusia dilakukan dengan rangkaian telefon. Capaian kepada maklumat seperti perpustakaan agar rakyat mempunyai pengetahuan dan pengekalan artifak dan budaya bangsa. Mendasari matlamat sosial adalah perundangan yang melindungi aktiviti yang berkaitan. Sebagai contoh, hak perlindungan harta intelek menjadi perundangan yang menjadikan penulis, artis dan pereka merasa hak mereka dipertahan.
Jadual 3.7 Matrik Polisi Maklumat Jenis infrastruktur
Teknologi
Matlamat dan Contoh Ekonomi
Sosial
Membangun Pasaran
Memudah Komunikasi
Mencipta Pekerjaan
Memudah Pengangkutan
Meningkat Keupayaan
Meningkat Keselesaan & Kesihatan
Perundangan
Melindungi Pasaran, Pekerjaan
Penyebaran Maklumat
Melindungi Harta
Menggalak Kreativiti
Menggalak Pertumbuhan
Meningkat Keselamatan
Menyedia Tax/ Subsidi
Melindungi Kebersendirian bersambung…
83
…sambungan
Manusia
Menyedia Latihan Pekerjaan
Menyedia Pendidikan
Mengurus Maklumat
Menyedia Capaian
Membangun Tenaga Kerja
Menyedia Budaya
Menggalak Penggunaan (atau
Menyedia Modal Sosial
tidak) Sumber: Case 2010
Umumnya matrik polisi maklumat cadangan Case (2010) tidak jauh berbeza dari Model yang dikemukakan oleh Moore pada tahun 2005. Model Case didapati meninggalkan beberapa aspek penting iaitu ‘matlamat kerajaan’ seperti yang disaran oleh Pajaro & Betancourt (2007). Walaupun matrik Case didapati menyenarai isu polisi maklumat namun didapati tidak menyeluruh. Sebagai contoh, model ini meninggalkan aspek perpustakaan dan pendidikan ICT. Selain itu hubung kait antara sektor polisi maklumat juga tidak ditunjuk secara jelas sekali gus gagal berfungsi sebagai satu model sepadu yang dapat mengambar polisi maklumat silang disiplin dan bersepadu.
3.2.13 Model Wilkinson & Nilsen (2010)
Wilkinson & Nilsen (2010) mengemukakan model dalam bentuk carta pie bagi mengambarkan domin polisi maklumat seperti ditunjuk Rajah 3.10. Model ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Saluran, Kandungan, dan Pemerkasaan Peserta. Isu yang dikaitkan dengan Saluran adalah, Penyiaran, Internet, Telekomunikasi, Penerbitan dan Pengedaran. Bagi sektor Kandungan, isu yang termasuk dalamnya adalah Pemeliharaan, Polisi Budaya dan Hakmilik & Perlesenan. Sektor Pemerkasaan Peserta pula terdiri dari isu, E-Demokrasi & Ruangan Awam, Kebersendirian & Sulit, Kebebasan Intelektual, Infrastruktur Capaian, Kebebasan Maklumat dan Capaian kepada Maklumat Kerajaan. Pengkategorian isu polisi maklumat dibuat berdasar kepada bibliografi polisi maklumat di Kanada. Model ini digunakan sebagai kerangka kerja oleh pustakawan bagi menganalisis polisi maklumat. Melalui model ini, Wilkinson & Nilsen (2010) memberikan contoh undang-undang hakcipta memberikan
84
kesan kepada kandungan dan saluran aliran maklumat. Hal ini mencipta persekitaran monopoli yang merosakkan pemerkasaan peserta.
Rajah 3.10 Domin polisi maklumat Sumber: Wilkinson & Nilsen 2010
Wilkinson & Nilsen (2010) menambah satu lagi alatan bagi mengkelaskan isu polisi maklumat. Namun begitu pengkelasan mereka didapati hanya merujuk kepada bibliografi yang didapati di Kanada. Hal ini menjadikan model ini hanya sesuai bagi tujuan analisis polisi maklumat di Kanada sahaja. Walaupun diterangkan bagaimana undang-undang hakcipta memberi kesan kepada sektor Saluran dan sektor Kandungan, namun model ini didapati tidak menunjukkan interaksi antara isu atau menunjukkan bagaimana satu sektor berkait dan berhubung antara satu dengan yang lain. Model ini hanya menunjukkan polisi maklumat dari perspektif yang khusus iaitu perpustakaan dan sains maklumat justeru gagal menunjukkan bidang polisi maklumat sebagai bidang silang disiplin seperti yang dikemukakan oleh Braman (2011).
85
Semua model yang dikemukakan di atas menunjukkan perbezaan yang ketara antara satu dengan yang lain. Model yang dikemukakan oleh pengkaji lampau masih gagal mengemukakan satu model yang dapat mengatasi lompang polisi maklumat seperti yang dikenal pasti dalam Bab 2 (perenggan 2.4., 2.5., 2.6.1. dan 2.6.2.). Sebahagian model seperti oleh Porat (1977), Moore (1993), The Library Association (2002) dan Case (2010) hanya menyelesai masalah pengkelasan isu polisi maklumat. Sebahagian model pula berfungsi menyelesai masalah pembangunan polisi maklumat seperti oleh Dae (1996) dan UNESCO 2009. Sementara itu, sebahagian model berjaya membukti polisi maklumat sebagai bidang silang disiplin seperti Trauth (1986) manakala sebahagian mengemukakan model bagi kegunaan analisis polisi maklumat seperti Moore (2005) dan Bustamante (2007) dan Wilkinson & Nilsen (2010). Justeru, satu model bersepadu dikemuka dalam kajian ini. Model yang dapat menangani isu dan sektor polisi maklumat yang berbagai, dapat menunjukkan perkaitan antara sektor, dapat menunjukkan sifat bidang polisi maklumat yang berkembang secara dinamik dan seterusnya dapat diguna secara praktikal sebagai alat bagi menganalisis polisi maklumat sesebuah negara. Model cadangan kajian ini dibincang dalam bahagian seterusnya.
3.3
ASAS PEMBANGUNAN MODEL POLISI MAKLUMAT BERSEPADU
Model polisi maklumat cadangan kajian ini mempunyai ciri bersepadu, berinteraksi, bidang silang disiplin dan dinamik bertujuan mengatasi kelemahan dalam model sedia ada. Model polisi maklumat bersepadu dikemukakan bagi menggambar perkembangan dan interaksi antara sektor polisi maklumat. Model kajian ini turut menunjukkan bagaimana disiplin ini berkembang kepada sektor lain yang berpotensi menjadi sebahagian daripada bidang polisi maklumat. Model yang dicadangkan oleh kajian ini adalah untuk mengatasi masalah dalam pengamalan polisi maklumat seperti yang dikemukakan pada perenggan 2.6.1. dan 2.6.2. dalam Bab 2 iaitu berkaitan amalan polisi maklumat yang terpisah-pisah dan keperluan kepada menyepadu polisi maklumat sedia ada. Model cadangan ini dibangun berdasarkan empat prinsip utama seperti berikut:
86
a)
Bersepadu
Seperti yang dibentang dalam Bab 2 (perenggan 2.6.1), masalah utama disiplin polisi maklumat adalah perundangan, penyataan polisi dan peraturan yang bercanggah dan tidak terkoordinasi. Polisi maklumat tidak wajar memfokus kepada teknologi sahaja tetapi perlu mengambil kira sosial, pentadbiran dan perundangan (Prins et al. 2011). Secara khusus, kerajaan memerlukan polisi maklumat kebangsaan yang bersepadu kerana sektor yang berasingan dalam model polisi maklumat sebenarnya adalah berkaitan diantara satu dengan yang lain (Xue 2005; Moore 2005; Kamar 2006; Koga 2010). Keadaan ini menyebabkan analisis polisi maklumat, perundangan dan peraturan yang dibangun khusus menangani isu tertentu sahaja. Bagi mengatasinya, Braid (2006) mengemukakan cadangan agar pembangunan polisi maklumat dibuat secara bersepadu antara sektor. Selain itu, model bersepadu berfungsi memberi kefahaman yang menyeluruh tentang polisi maklumat dan kajian tentang polisi maklumat. Justeru, kajian untuk menyepadu polisi maklumat yang terpisah-pisah perlu dilakukan bagi menjamin perkembangan polisi maklumat yang baik dan berkesan (Moore 2005). Trosow (2010) menjelaskan, polisi maklumat bersepadu boleh dibuat dengan melihat polisi maklumat yang berasingan sebagai satu bidang kajian tersendiri dengan menghubungkait disiplin yang dikaitkan dengan polisi maklumat.
Bagi membangun model polisi maklumat bersepadu, kajian ini mengadaptasi pendekatan bersepadu seperti dicadangkan oleh Arnold (2004) dan berdasarkan kepada garis panduan yang dikemukakan oleh Trosow (2010). Pendekatan bersepadu sesuai diguna bagi membangun model polisi maklumat bagi mengatasi masalah seperti di bawah:
i.
Sifat polisi maklumat yang terpisah-pisah yang dibangun oleh jabatan dan agensi yang berbeza dalam kerajaan.
ii.
Teknologi berkaitan maklumat didapati berkembang dengan pesat sehingga satu teknologi boleh memenuhi keperluan maklumat yang berbagai. Begitu juga sebaliknya, keperluan terhadap satu maklumat dapat dipenuhi oleh teknologi yang berbagai.
87
iii.
Perkembangan sistem dalam masyarakat yang semakin bergantung kepada maklumat serta pengiktirafan maklumat sebagai sumber bernilai dalam masyarakat. Keadaan ini menjadikan polisi yang mengawal penggunaan dan pengedaran maklumat menjadi semakin penting.
iv.
Metod bersepadu ini sesuai untuk kajian yang bersifat silang disiplin seperti polisi maklumat.
Bagi membangun model polisi maklumat, penyelidik mengadaptasi garis panduan yang dikemukakan oleh Trosow (2010) seperti di bawah:
i.
Mengenal pasti aktiviti dan isu yang terkandung dalam polisi maklumat kebangsaan iaitu perundangan sedia ada. Proses menentu isu polisi maklumat terdapat dalam Bab 2 (perenggan 2.4.).
ii.
Membangun sektor polisi maklumat serta memeriksa interaksi antara sektor tersebut. Berkaitan dengan hal ini, kajian ini mengkelas isu polisi maklumat yang diperoleh dari langkah a) di atas kepada beberapa sektor tertentu dan dibincang dalam Bab 2 (perenggan 2.5.).
b)
Berinteraksi
Seperti penjelasan di atas, polisi maklumat terdiri dari berbagai isu yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Pengkelasan dibuat bagi mengelompok isu yang berkaitan ke dalam sektor yang sama. Namun, pengkelasan isu polisi maklumat semata-mata tidak dapat menyelesai masalah berkaitan polisi maklumat. Selepas pengkelasan isu, hubungan kait antara sektor itu perlu dilakukan (Trosow 2010). Hal ini penting kerana hubungkait dan interaksi di antara sektor adalah penting untuk difahami khususnya kepada pihak pengurus maklumat sektor swasta, penggubal polisi maklumat awam, komuniti penyelidik dan masyarakat secara umumnya. Walaupun gesaan untuk menunjukkan interaksi antara sektor dalam polisi maklumat telah dikemukakan oleh Trist sejak tahun 1981 namun, sehingga kini pengkaji masih gagal mengemuka satu model yang menunjukkan interaksi antara sektor dalam polisi
88
maklumat. Kegagalan menunjukkan interaksi polisi maklumat bersepadu menjadi punca isu polisi maklumat ditangani secara berasingan seterusnya menyebabkan pertindanan dan pembaziran sumber (UNESCO t.th; Braid 2006).
c)
Bidang Silang Disiplin
Maklumat adalah salah satu keperluan penting kepada berbagai sektor dalam negara. Keadaan ini menyumbang kepada sifat polisi maklumat sebagai satu bidang silang disiplin (Case 2010). Justeru, polisi maklumat adalah diperlu bagi memasti maklumat yang memadai disedia kepada sektor industri, penggubal polisi, ahli perniagaan, ahli perbankan dan profesional lain, melalui pusat maklumat dan perpustakaan yang lengkap (Uhegbu 2004). Pajaro & Betancourt (2007b) dan Wilkinson & Nilsen (2010) menjelaskan tentang keperluan penggubalan polisi maklumat kebangsaan yang holistik bagi menangani isu yang berkaitan dengan bidang strategik dalam berbagai sektor dalam negara seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, industri, pertanian dan perdagangan. Justeru, bagi menangani isu kepelbagaian sektor polisi maklumat, model polisi maklumat yang dibangun mestilah bersifat silang sektor yang terdiri dari sektor awam, swasta dan masyarakat yang dipanggil model trisektorial (Bustamante 2007; Saxby 2011).
Kajian ini menyimpul bahawa disiplin akademik yang dikaitkan dengan polisi maklumat adalah disiplin sains maklumat dan perpustakaan, ekonomi, sains politik, dasar awam, sosiologi, kajian komputer, komunikasi, pentadbiran awam dan undangundang.
d)
Dinamik
Sorotan susastera seperti dibentang dalam Bab 2 (perenggan 2.4. dan Jadual 2.1) menunjukkan satu senarai isu polisi maklumat yang berkembang secara dinamik selari dengan kepesatan teknologi, perkembangan sosial dan pembangunan negara. Antara isu yang timbul akibat perkembangan teknologi ialah ‘Capaian Maklumat Universal’ (Alderfer et al. 2009; Pajaro & Betancourt 2007), ‘Perdagangan Elektronik’ (Arnold 2007; Moore 2005) dan ‘Celik Maklumat’ (Arnold 2004; Arnold 2007; Moore 2005;
89
Pajaro & Betancourt 2007). Corak di atas menunjukkan isu polisi maklumat adalah satu isu yang tidak statik. Isu polisi maklumat berkembang dan seterusnya menuntut agar suatu model polisi maklumat yang dinamik dibangunkan agar sentiasa relevan sepanjang masa.
3.4
ISU DAN SEKTOR POLISI MAKLUMAT
Sesuatu isu polisi maklumat dapat dikaitkan dengan sektor polisi maklumat. Bagi memperlihatkan dengan jelas apakah isu yang dikaitkan kepada sektor polisi maklumat yang tertentu, isu polisi maklumat yang ditemui dalam sorotan susastera seperti yang ditunjukkan melalui Senarai 2.1 dikelompok ke dalam sektor yang ditetapkan dalam perenggan 2.5.1. hingga 2.5.7. Sektor polisi maklumat berserta isunya dibentangkan dalam perenggan 3.4.1 hingga 3.4.10.
3.4.1
Maklumat Teknikal dan Saintifik
Walaupun pengkaji lampau tidak secara khusus menjadikan maklumat teknikal dan saintifik sebagai matlamat pengubalan polisi maklumat, namun maklumat teknikal dan saintifik adalah sektor maklumat awal yang menjadi minat dalam kalangan anggota masyarakat seperti dikesan oleh Lamberton sejak 1974. Isu yang dikaitkan dengan sektor maklumat teknikal dan saintifik semakin berkembang seperti infrasturktur ICT bersepadu dan perolehan sumber elektronik seperti yang ditunjuk dalam Rajah 3.11. Sektor maklumat ini berkembang selari dengan kesedaran rakyat terhadap kepentingan maklumat kepada bidang lain iaitu sosial, ekonomi dan kerajaan. Justeru, kajian ini mengiktiraf maklumat teknikal dan saintifik sebagai salah satu sektor utama bagi polisi maklumat.
90
Rajah 3.11 Sektor Maklumat Teknikal dan Saintifik
3.4.2
Perpustakaan
Pada awal penubuhannya, perpustakaan berfungsi sebagai penyedia maklumat kepada golongan teknikal dan saintis. Namun dengan perkembangan ICT, peranan perpustakaan sebagai penyedia maklumat dilihat semakin berkurangan akibat pengenalan ICT dalam kehidupan. Justeru, bagi mengekal peranannya sebagai penyedia, penyebar dan penyelanggara maklumat yang dipercayai dan sah, perpustakaan perlu mengubahsuai kaedah penyediaan, penyebaran dan penyelenggaran maklumat menggunakan ICT. Justeru, model cadangan penyelidik mencadangkan agar perpustakaan menjadi salah sektor penting dalam bidang polisi maklumat tetapi perlu mengadaptasi ICT secara komprehensif agar perpustakaan terus relevan sebagai penyedia maklumat utama kepada negara. Sektor perpustakaan dan isu yang dikaitkan dengannya ditunjuk dalam Rajah 3.12.
91
Rajah 3.12 Sektor Perpustakaan
3.4.3
ICT
ICT dipilih sebagai salah satu sektor penting dalam model polisi maklumat bersepadu cadangan penyelidik. ICT dalam model cadangan penyelidik mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai ‘Pemboleh” dan sebagai ‘Sektor’ ekonomi tersendiri. ICT menjadi pemboleh kepada perpustakaan terutama kepada kitar hayat maklumat, iaitu pengumpulan, pengedaran dan pengekalan maklumat. ICT turut menjadi pemboleh kepada perkembangan maklumat teknikal dan saintifik kepada sektor maklumat sosial, kerajaan dan ekonomi. ICT juga dianggap sebagai satu sektor ekonomi yang tersendiri kerana ICT merupakan antara penyumbang kepada KDNK negara yang utama (Anon. 2011). Sektor ICT dan isu yang dikaitkan dengannya ditunjuk dalam Rajah 3.13.
92
Rajah 3.13 Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
3.4.4
Sosial
Maklumat merupakan salah satu sumber penting bagi aktiviti dan perkembangan sosial. Perkembangan maklumat dalam bidang sosial mencetus beberapa isu penting terutama hak terhadap capaian maklumat bagi menjamin rakyat dapat menjalankan fungsi sosial mereka dengan baik. Justeru, sektor ini dipilih menjadi salah satu komponen penting dalam model polisi maklumat cadangan penyelidik. Isu yang berkaitan dengan maklumat dan sosial adalah seperti Rajah 3.14.
93
Rajah 3.14 Sektor Sosial
3.4.5
Kerajaan
Umumnya kerajaan berperanan untuk mencipta, menyebar dan menyelenggara maklumat yang diperlukan oleh rakyat. Sesuai dengan peranannya, kerajaan hendaklah menyedia mekanisma bagi capaian yang mudah dan murah kepada semua rakyatnya terhadap maklumat yang dimiliki oleh kerajaan. Justeru, dalam model kajian ini kerajaan dianggap sebagai salah satu sektor penting dalam polisi maklumat. Isu yang perlu ditangani bagi sektor yang berkaitan maklumat kerajaan adalah seperti Rajah 3.15.
94
Rajah 3.15 Sektor Maklumat kerajaan
3.4.6
Ekonomi
Semua komponen yang dinyatakan di atas menjadi asas kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan di sebuah negara. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan matlamat kemajuan negara seperti yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RM 9). Hal ini membuktikan bahawa ekonomi perlu menjadi sebahagian dari komponen polisi maklumat negara. Isu maklumat yang berkaitan dengan ekonomi adalah Hak Harta Intelek, Hak Cipta, Industri Maklumat dan lain-lain seperti ditunjukan dalam Rajah 3.16.
95
Rajah 3.16 Sektor Ekonomi
Selain 6 sektor utama yang dibentangkan di atas, model kajian ini juga menunjukkan beberapa komponen yang didapati terlibat secara tidak langsung dengan polisi maklumat. Komponen yang dimaksudkan adalah pendidikan, kitar hayat maklumat, perundangan dan masyarakat bermaklumat dan ekonomi berasaskan maklumat. Perkaitan antara sektor ini dengan 6 sektor utama polisi maklumat dijelaskan dalam perenggan berikut.
3.4.7
Pendidikan
Bagi menjamin penggunaan maklumat yang berkesan dalam sektor sosial, kerajaan, ekonomi dan lainnya, nilai sejagat perlu diterap dan agar menjadi budaya dalam masyarakat. Hal ini dapat diterapkan melalui pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal. Justeru, model ini tidak mengkelas pendidikan sebagai satu sektor polisi maklumat tersendiri, tetapi menganggap pendidikan sebagai keperluan asas kepada semua lapisan masyarakat bagi memanipulasi sektor polisi maklumat yang lain. Letak duduk pendidikan dalam model polisi maklumat cadangan kajian ini adalah seperti yang ditunjuk dalam rajah 3.11.
96
3.4.8
Kitar Hayat Maklumat
Setiap sektor polisi maklumat melalui proses kitar hayat bermula dengan perancangan, penciptaan, penyebaran dan penyelenggaraan maklumat. Proses kitar hayat terhadap isu yang mendasari setiap sektor umumnya menyebabkan keperluan kepada perundangan
tertentu.
Sebagai
contoh
kitar
hayat
maklumat
menunjukkan
perkembangan kepada maklumat elektronik. Pada asasnya, kebersendirian adalah bagi melindungi maklumat peribadi individu yang dijamin dalam kerajaan demokrasi. Bagi menjamin kebersendirian, polisi maklumat perlu diubah dengan menentukan pemilik dan pengawal suatu maklumat. Dengan perkembangan maklumat elektronik, isu kebersendirian semakin rumit kerana kesukarannya untuk dikawal, justeru mencetus keperluan kepada perundangan baru.
3.4.9
Perundangan
Undang-undang digubal bagi menangani isu yang timbul dari aktiviti kitar hayat dalam semua sektor. Keperluan perundangan boleh berlaku dalam bentuk penggubalan undang-undang baharu atau pindaan undang-undang sedia ada. Setakat ini perundangan tertumpu kepada sektor ekonomi seperti undang-undang bagai menangai isu hak milik harta intelek, dan hak cipta. Sementara itu, undang-undang bagi kitar hayat sektor sosial seperti hak capaian maklumat dan sebagainya masih belum mantap. Seperti yang bentangkan di atas, perkembangan maklumat elektronik menyebabkan isu kebersendirian turut berubah. Hal ini menjadikan perundangan berkaitan Akta Kebersendirian perlu digubal atau dipinda. AS menangani kepentingan isu kebersendirian lebih awal melalui Privacy Act, yang diggubal pada tahun 1974.
3.4.10 Masyarakat Bermaklumat dan Ekonomi Berasaskan Maklumat
Walaupun sebahagian pengkaji seperti Beer (2005) dan Moore (2005) menganggap masyarakat bermaklumat sebagai satu isu yang perlu ditangani dalam polisi maklumat, namun model ini menganggap masyarakat maklumat merupakan matlamat utama kepada polisi maklumat kebangsaan. Pandangan ini selari dengan pengkaji lampau seperti Arnold (2004, 2007), Duff (2004), Moore (2005), Jaeger (2007) dan Kargbo
97
(2007). Begitu juga dengan sektor ekonomi, walaupun ekonomi berasaskan maklumat menjadi sebahagian daripada isu, namun model cadangan kajian ini menganggap polisi maklumat adalah bermatlamat mencapai ekonomi berasaskan maklumat. Model cadangan kajian ini turut menunjukkan bagaimana semua sektor yang dinyatakan di atas menyokong kepada pembangunan masyarakat bermaklumat dan ekonomi berasaskan maklumat.
3.5
MODEL POLISI MAKLUMAT BERSEPADU
Satu kajian bagi menghasil model polisi maklumat yang bersepadu perlu dijalankan bagi mengatasi kekurangan model polisi maklumat sedia ada (Arnold 2004). Bagi tujuan tersebut, sektor dan isu yang dibentangkan dalam perenggan 3.4.1 hingga 3.4.10 dihubungkait antara satu dengan yang lain berdasarkan asas pembangunan model polisi maklumat bersepadu yang dijelaskan dalam perenggan 3.3. Hasilnya, kajian ini mencadang satu model polisi maklumat bersepadu seperti Rajah 3.17.
Rajah 3.17 Model Polisi Maklumat Bersepadu
Bagi menjelaskan model polisi maklumat bersepadu, Rajah 3.18 menunjukkan contoh salah satu sektor dalam polisi maklumat iaitu sektor sosial. Maklumat dalam
98
sektor sosial berkembang dengan melibatkan kitar hayat yang bermula dengan penciptaan, penyebaran dan penyelenggaran maklumat. Dalam proses kitar penciptaan maklumat, beberapa isu seperti isu pemprosesan maklumat peribadi timbul. Proses kitar penyebaran maklumat pula mengakibatkan isu keselamatan maklumat. Sementara kitar penyelenggaran maklumat sosial turut menghasil isu penyimpanan maklumat peribadi. Semua contoh isu ini menjadi punca beberapa undang-undang diperlukan antaranya Akta Perlindungan
Data Peribadi 2009. Polisi maklumat mempunyai
berperanan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam kes ini matlamat utama polisi maklumat sosial ialah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan membentuk masyarakat bermaklumat.
Rajah 3.18 Model Polisi Maklumat bagi Sektor Sosial
Selain daripada enam sektor utama polisi maklumat yang dinyatakan dalam perenggan 3.4.1. hingga 3.4.6., kajian ini juga mengemukakan lima sektor lain yang berpotensi untuk menjadi sektor penting dalam polisi maklumat pada masa hadapan iaitu sektor pertanian, sektor pelancongan, sektor antarabangsa, sektor kesihatan dan
99
sektor keselamatan negara. Enam sektor utama polisi maklumat dan lima sektor yang berpotensi ditunjukkan dalam rajah 3.19.
Rajah 3.19 Sektor Utama Polisi Maklumat dan Sektor Lain yang Berpotensi
3.5.1
Penjelasan Model Polisi Maklumat Bersepadu
Dalam model polisi maklumat bersepadu yang dicadang, undang-undang dan peraturan polisi maklumat yang khusus tidak ditunjukkan kerana melibatkan senarai yang panjang. Model dalam kajian ini menunjukkan bahawa kitar hayat maklumat dalam sektor polisi maklumat tertentu menghasil isu baharu dan memerlukan undangundang khusus bagi menanganinya. Sebagai contoh, kitar hayat maklumat dalam sektor kerajaan menimbulkan
isu kerajaan elektronik. Isu kerajaan elektronik
memerlukan undang-undang khusus seperti Akta 680: Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007. Keadaan ini terus berkembang dengan dinamik seiring dengan perkembangan sistem sosio-ekonomi negara.
100
Model polisi maklumat cadangan penyelidik bersifat anjal iaitu:
a)
Sektor dalam model kajian ini boleh ditambah secara dinamik berdasarkan perkembangan sistem dan keperluan negara. Sektor yang berpotensi dikaitkan dengan polisi maklumat pada masa hadapan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.19. Sektor yang berpotensi adalah Sektor Pelancongan (Lamberton 1974), Sektor Pertanian (Pajaro & Betancourt 2007b), Sektor Kesihatan (Pajaro & Betancourt 2007b) dan Keselamatan Negara (Case 2010; Mokmin & Zawiyah 2009).
b)
Kajian dan analisis pada masa akan datang boleh dilakukan khusus untuk sektor tertentu seperti sektor ekonomi tanpa menjejaskan kefahaman dan hubungan dengan sektor lain.
c)
Pendidikan ICT berperanan memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat dalam semua sektor.
d)
Nilai sejagat dan murni perlu menjadi asas kepada penghasilan, capaian dan penggunaan maklumat dalam semua sektor.
e)
Setiap sektor maklumat boleh dipertanggungjawabkan kepada agensi kerajaan atau organisasi swasta yang berlainan.
3.6
KESIMPULAN
Sorotan susastera menunjukkan terdapat beberapa model yang dikaitkan dengan polisi maklumat. Model yang ditemui dalam kajian ini berfungsi sama ada sebagai alatan menganalisis polisi maklumat atau model yang berfungsi menerang tentang bidang polisi maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pendekatan yang berbeza bagi memahami dan menganalisis polisi maklumat. Selain itu sorotan susastera dalam Bab 2 turut menemui beberapa lompang berkaitan amalan polisi maklumat iaitu polisi maklumat yang terpisah-pisah dan keperluan kepada menyepadu polisi maklumat sedia ada.
101
Justeru, kajian ini mengemukakan satu model polisi maklumat bagi mengatasi lompang yang dibincang di atas. Model kajian ini bersifat bersepadu dan dinamik bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam model sedia ada. Model ini turut menunjukkan bagaimana disiplin ini berkembang kepada sektor lain yang berpotensi menjadi sebahagian daripada bidang polisi maklumat. Model polisi maklumat bersepadu juga berfungsi bagi memberikan gambaran perkembangan dan interaksi antara sektor polisi maklumat.
Model yang dihasil juga dijangka menyumbang kepada perkembangan bidang polisi maklumat secara teori dan praktikal. Pada peringkat teori, model ini boleh diguna bagi memahami batas, isu dan skop polisi maklumat. Model ini juga dapat diguna sebagai alat bagi menerangkan bidang polisi maklumat secara menyeluruh dan menunjukkan bagaimana sektor polisi maklumat berhubung antara satu dengan yang lain
Pada peringkat amalan, model ini juga dijangka dapat diguna bagi menganalisis situasi semasa polisi maklumat bagi sesebuah negara. Selain itu, model ini juga dijangka dapat memandu pembangun dan badan koordinasi polisi maklumat peringkat kebangsaan dari terlepas pandang sebarang sektor penting dalam polisi maklumat. Selain itu, isu yang dikelas kepada sektor tertentu seterusnya memudah penentuan agensi kerajaan atau organisasi swasta yang bertanggungjawab menanganinya.