BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM
2.1
PENGENALAN
Dakwah merupakan satu seruan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T. Iaitu melakukan kebaikan, menjauhi kemungkaran dan beriman kepada Allah dan RasulNya. Dilihat pada aspek penyebaran dakwah, ianya tidak terhad kepada saluransaluran tertentu sahaja. Bahkan dakwah perlu diintegrasikan dan dicernakan dalam keseluruhan bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, sosial, perundangan dan kehakiman, politik dan pemerintahan. Oleh itu, melalui bab ini kajian akan membincangkan
tentang
perwasilahan
dakwah
melalui
politik.
Sebagaimana
komunikasi, media massa, penubuhan organisasi, mahupun penerbitan, politik juga merupakan salah satu juzuk daripada mauduk pendakwahan Islam.
2.2
DAKWAH DAN POLITIK
Dakwah dan politik merupakan dua elemen yang sangat sinonim dalam usaha untuk mengurus dan membangunkan manusia. Sejarah pemerintahan kerajaan negara Islam Madinah yang diketuai Rasulullah S.A.W telah membuktikan kepada umat terkemudian bahawa pengaruh dakwah Islam semakin luas tersebar melalui kuasa yang dimiliki di Madinah. Empayar Islam semakin besar dan Islam semakin kukuh di Madinah malahan di luar Madinah.
32
Hakikat sejarah Islam ini telah menafikan pendapat yang mengatakan bahawa politik dan dakwah merupakan dua perkara yang berasingan dan tidak boleh dicampuradukkan. Walhal pendapat tersebut merupakan pengaruh Barat yang sememangnya mengamalkan pemisahan agama dengan semua hal keduniaan. Dalam masa yang sama Barat yang sememangnya takut akan kebangkitan Islam telah menyebarkan pengaruh mereka ke dalam masyarakat Islam. Keadaan tersebut seterusnya menimbulkan persepsi negatif terhadap politik menyebabkan ianya dianggap kotor dan dilihat tidak sesuai untuk dikombinasikan dengan dakwah yang suci. Persepsi negatif terhadap politik pada hakikatnya akan merugikan umat Islam itu sendiri. Oleh itu, untuk mengubah dan menyangkal persepsi tersebut, kajian ini akan membincangkan dengan lebih terperinci seterusnya membentuk satu konsep dakwah melalui politik dalam Islam. Ia akan menjelaskan apakah kedudukan politik dalam Islam amnya dan hubungan politik dan dakwah khususnya. Konsep ini juga akan dibina berdasarkan pengintegrasian politik dan dakwah dalam Islam melalui sirah Rasulullah S.A.W, nas-nas al-Quran dan al-Hadith serta pendapat para tokoh dan sarjana Islam. 2.2.1
Pengertian Dakwah Islam
Dalam melengkapkan keperluan kajian, satu elemen yang penting adalah definisi dan pentakrifan yang jelas terhadap subjek yang hendak dikaji. Berdasarkan tajuk, maka definisi dakwah Islam dan politik Islam perlulah diberi penjelasan yang baik. Dari segi bahasa perkataan Dakwah berasal daripada perkataan Arab yang disebut sebagai “Masdar” bagi fi‘il ( ) دعا. Ianya membawa maksud kegiatan menyeru, memanggil, mengajak dan menjamu atau mengajak untuk makan. 1 Mengikut Syeikh Ali Mahfuz, perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang
1
Prof. H. Mahmud Yunos, ed., Kamus Arab – Indonesia (Indonesia : Padang, Jakarta, 1998), 127.
33
bermaksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan.2 Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap dimana kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup di samping untuk menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. 3 Manakala Yusuf al-Qaradawi mentakrifkan dakwah sebagai satu usaha yang membawa orang lain kepada Islam supaya mengikut petunjuk agama, melaksanakan segala ketetapan di bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada perintah Allah semata-mata. Juga melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah ( Taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. 4 Adam ‘Abdullah al-Aluri pula menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya. 5 Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa maksud dakwah iaitu usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk 2
Ghazali Darul Salam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1996), 1. 3 Muhammad al-Ghazali, Ma‘a Allah (Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1981), 17. 4 Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘iyyah (Beirut : Dar al-Ahya al- Turath, 1978), 5. 5 Adam ‘Abdullah al-Aluri, Tarikh al-Da‘wah al-Islamiyyah Baina al-Ams Ila al-Yawm (Qaherah : Maktabah Wahbah, 1989), 17.
34
ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.6 Manakala Ra’uf Shalabi pula telah menerangkan dakwah Islam sebagai gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat. 7 Melalui beberapa pentakrifan dan pendefinisian terhadap dakwah di atas, maka dakwah Islam dapat disimpulkan sebagai usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan melalui pendekatan-pendekatan tertentu dengan tujuan untuk membawa manusia kepada keredaan Allah. 2.2.2
Pengertian Politik Islam
Adapun politik Islam menurut Muhammad Abdullah yang mengatakan bahawa sistem politik Islam merupakan peraturan-peraturan yang mengatur pentadbiran dan pengurusan negara berlandaskan Islam. Dengan kata lain, sistem politik Islam adalah merujuk kepada prinsip pemerintahan yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama dalam urusan mentadbir negara untuk menjamin kepentingan rakyat.8 Khalid ‘Ali Muhammad menyatakan bahawa politik Islam adalah menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah Shar‘iyyah tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh
Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, al-Da‘wah Ila Allah Ta‘ala : Khasa’isuha Muqawwimatuha Manahijuha, (1977), 18. 7 Ra’uf Shalabi, Sikulughiyyah al-Ra‘i wa al-Da‘wah (Kuwayt : Dar al-Qalam, 1982), 49. 8 Muhammad ‘Abdullah al-‘Arabi, Nizam al-Hukm fi al-Islam (Beirut : Dar al-Fikr, 1968), 23. 6
35
syarak sahaja, bahkan disyariatkan supaya tidak menyalahi teks al-Quran, alSunnah, ijmak, dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya. 9 Pada dasarnya siasah Islamiah atau politik Islam merupakan satu sistem politik atau sistem pemerintahan yang berasaskan undang-undang Islam secara total. Ini kerana politik Islam menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dua sumber perlembagaan yang utama diikuti oleh ijmak dan qias untuk dicerakinkan dalam pemerintahan.10 Ahmad Ridza Bin Abdul Rahman menjelaskan bahawa politik Islam adalah pengurusan hal ehwal seluruh umat Islam dan bukan Islam yang bernaung dengan aman di dalam sebuah negara Islam. Pada masa yang sama ia merujuk kepada pemerintahan bagi sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Islam. 11 Dalam perkembangan lain, Muhammad Diya’ berpendapat bahawa politik Islam juga membawa erti pemeriksaan yang teliti (siasat). Dalam erti kata yang lebih luas, ia meliputi siasah perang, kebijaksanaan dan perundingan dalam pengurusan negara ke arah keamanan dan kemakmuran. 12 Oleh itu, pengertian politik Islam dapat disimpulkan dengan pengurusan dan pentadbiran yang bijak berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam Islam terhadap sebarang urusan kehidupan dan kenegaraan. Di dalam politik Islam, agama Islam menjadi tunjang kepada sistem politik sesebuah Negara. Islam adalah sebuah agama yang membentuk satu kesatuan di kalangan umatnya. Islam tidak mengenal istilah minoriti atau majoriti. Islam juga tidak
9
Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama Salaf (Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., 2008), 3. 10 ‘Arif Khalil Abu ‘Id, Nizam al-Hukm fi al-Islam (‘Amman : Dar al-Nafa'is, 1996), 218-235. 11 Ahmad Ridza Bin Abdul Rahman, “Pemikiran Politik Islam Ustaz Abu Bakar Hamzah” (Disertasi, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010 ), 30. 12 Muhammad Diya’ al-Din al-Ra’is, Nazariyat al-Siyasiyyah al-Islamiyyah, ed. ke-4 (Qahirah : t.p., 1967), 22.
36
memandang latar belakang, warna kulit, bangsa, keturunan dan kesukuan. Justeru, politik Islam telah menerapkan syariat Islam secara sempurna kepada seluruh manusia sama ada Muslim mahupun bukan Muslim. Berdasarkan kepada definisi dakwah dan politik yang telah dijelaskan, maka dapatlah dirumuskan bahawa dakwah dan politik merupakan dua elemen yang sangat berkait rapat melalui peranannya terhadap pembangunan dan pengurusan kehidupan manusia. Ini kerana, peranan dakwah dan politik adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, dakwah dan politik merupakan usaha dalam mengurus kehidupan manusia meliputi semua aspek berlandaskan kepada batas-batas syariat Islam, menuju kepada pencapaian fitrah manusia iaitu beriman kepada Allah serta mencapai matlamat utama dakwah Islamiah iaitu untuk membina Negara Islam sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Dengan kata lain, politik merupakan salah satu juzuk daripada mauduk pendakwahan yang bermatlamatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
2.3
DAKWAH MELALUI POLITIK PADA ZAMAN RASULULLAH
Politik telah dijadikan sebagai salah satu wasilah dakwah yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. Melalui analisis dalam bentuk induktif terutama melalui metode perpustakaan, didapati bahawa Rasulullah S.A.W sememangnya menyediakan bentukbentuk pelaksanaan dakwah melalui politik. Dalam kajian ini, data-data yang diperolehi akan dideduktifkan kepada tajuk-tajuk kecil untuk dianalisis secara lebih fokus. Terdapat beberapa perkara berkaitan kuasa politik dan kaitannya dengan pelaksanaan dakwah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya ialah keunggulan kepimpinan yang berwawasan tinggi, hijrah ke arah pembentukan negara Islam, 37
menjalin hubungan antarabangsa, mengukuhkan perpaduan nasional, menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan Islam, melaksanakan pentarbiahan, dan mewujudkan khidmat masyarakat. 2.3.1
Keunggulan Kepimpinan Yang Berwawasan Tinggi
Rasulullah S.A.W dikenali sebagai seorang yang cerdik dan bijaksana. Ketokohan baginda dalam kepimpinan sememangnya diperakui melalui sifat kebijaksanaan dalam pengurusan, berwawasan dalam membuat perancangan tugasan, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta berkemampuan dalam menyelesaikan sesuatu konflik dan permasalahan yang berlaku dengan baik. 13 Kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan dapat dilihat melalui beberapa peristiwa penting. Tatkala berlakunya banjir besar di Mekah, ia telah menyebabkan kerosakan pada Kaabah. Lantaran itu, usaha pembaikian dan membaik pulih telah dilakukan. Setelah pembaikian hampir siap, perselisihan pendapat di kalangan kabilah-kabilah Arab Mekah telah berlaku dalam menentukan siapakah yang paling layak untuk memikul tugas meletakkan Hajar al-Aswad ke tempat asal. Keadaan bertambah rumit apabila masing-masing berebut untuk mendapatkan tugas tersebut sehingga hampir berlaku pertumpahan darah. 14 Walaubagaimanapun, keadaan dapat dikawal apabila masing-masing
13
Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W (Kuala Lumpur : Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012), 96. Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam (Riyad : Dar al-Salam Lil-Nasr wa al-Tawzi‘, 2004), 77. Juga lihat Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia” (Tesis kedoktoran, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2005), 5. 14 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 95. Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 74-75.
38
bersetuju untuk melantik seorang hakim dalam mengadili konflik yang berlaku di antara mereka.15 Pemilihan Rasulullah S.A.W untuk menghakimi konflik yang berlaku telah disambut dengan sorakan gembira kerana Rasulullah S.A.W sememangnya dikenali dengan seorang yang bijaksana dan cerdik pandai di samping mempunyai keperibadian tinggi. Dalam menyelesaikan konflik yang berlaku, Rasulullah S.A.W telah menghampar sehelai kain dan diletakkan Hajar al-Aswad di atasnya. Seterusnya baginda memanggil wakil setiap kabilah untuk memegang setiap penjuru kain. Lantas kain tersebut diangkat sehingga menghampiri ke tempat asalnya. Kemudian baginda sekali lagi mengangkat dan meletakkan Hajar alAswad ke tempat asalnya. 16 Tindakan baginda telah diterima baik oleh semua pihak dan masing-masing telah berpuas hati. Justeru, peristiwa tersebut bukan saja menggambarkan kewibawaan dan ketokohan baginda sebagai pemimpin, bahkan memiliki skill dan strategi yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu konflik dan permasalahan yang berlaku.17 Melalui peristiwa perjanjian Hudaybiyah iaitu satu perjanjian di antara Rasulullah S.A.W dan pemimpin Quraisy pada tahun ke-6 Hijrah, terdapat beberapa syarat perdamaian yang dilihat pada zahirnya telah memberi kelebihan 15
Pemilihan hakim untuk mengadili konflik yang berlaku adalah berdasarkan kepada siapakah orang yang paling awal memasuki pintu Masjid al-Haram. Masing-masing menunggu dan melihat ke arah pintu tersebut untuk mengetahui siapakah individu yang akan menjadi hakim antara mereka. Tiba-tiba mereka melihat Muhammad bin ‘Abdullah muncul sebagai individu yang dinanti-nantikan lalu mereka terus bersetuju dengan senang hati. Dengan sikap amanah yang dimiliki, masing-masing telah bersepakat untuk melantik Muhammad bin ‘Abdullah sebagai hakim dalam mengadili konflik yang berlaku. Sila lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, ed. ke-2011(Selangor : PTS Islamika Sdn Bhd, 2011), 38. 16 Muhammad bin Muhammad Abu Shuhbah, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah (Damshiq : Dar al-Qalam, 2009), 1: 228-229. Juga lihat Sa‘id Ramadan al-Buti, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah (c. 17, Dimashq : Dar al-Fikr, 1989), 106. Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 37. 17 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 95. Juga lihat al-Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-Najjar, al-Sirah al-Nabawiyyah (Beirut : Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, 1997), 127.
39
kepada pihak Quraisy. Umpamanya apabila seseorang dari kalangan Quraisy telah berhijrah ke Madinah mengikuti Rasulullah S.A.W tanpa keizinan walinya (majoriti wali ialah orang-orang kafir Quraisy), maka hendaklah dipulangkan kepada walinya. Sebaliknya apabila kaum muslimin yang pergi ke Mekah tidak akan dikembalikan kepada Rasulullah S.A.W. 18 Perjanjian tersebut telah mendapat bangkangan dari sebahagian besar sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W termasuklah Abu Bakar dan Umar. Ini kerana mereka melihat perjanjian yang dimeterai itu akan merugikan orang Islam. 19 Walaubagaimanapun, kebijaksanaan Rasulullah S.A.W nyata telah memberi keuntungan kepada orang Islam melalui perjanjian tersebut. Ini kerana apabila kaum muslimin yang terpaksa dihantar pulang ke Mekah, mereka dijadikan agen Rasulullah S.A.W untuk menjalankan dakwah di sana. Manakala mereka yang pulang ke pangkuan Quraisy, pada hakikatnya mereka telah berpaling tadah dari Islam dan akhirnya menjadi murtad. Hati mereka tidak bersama dengan Rasulullah S.A.W bahkan mereka hanya bersembunyi disebalik kemunafikan mereka semata-mata. Oleh itu Islam tidak memerlukan mereka di Madinah lantaran kemurtadan mereka. 20 Perjanjian Hudaybiyah telah membuka pintu dakwah tanpa sebarang halangan apabila Islam dapat disampaikan dalam keadaan tidak ada gangguan dan
18
Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 268. Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 407. Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 341. 19 Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 270. Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 412. Juga lihat Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 8. 20 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 345-346.
40
tekanan. 21 Bahkan Islam semakin cepat tersebar dan mendapat sambutan di kalangan orang Arab. Jarak masa antara pembukaan Mekah dan perjanjian Hudaybiyah adalah dua tahun. Ketika perjanjian Hudaybiyah dilakukan, Rasulullah S.A.W diikuti seramai 1400 orang Islam. Manakala ketika pembukaan Mekah, rombongan Rasulullah S.A.W telah diikuti seramai 10,000 orang Islam. Hasil perjanjian Hudaybiyah selama dua tahun telah mengatasi tempoh 19 tahun perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W jika dilihat pada sudut ramainya orang yang menerima Islam. 22 Selain itu, melalui perjanjian Hudaybiyah juga baginda S.A.W telah berjaya menawan Khaybar iaitu kubu Yahudi yang terakhir. Kebijaksanaan dan ketokohan Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan sememangnya diluar batasan kemampuan manusia biasa. Pemikiran baginda yang jauh ke hadapan tidak dapat dibaca dan dilihat oleh manusia biasa. Kemahiran baginda dalam berpolitik dan membuat keputusan telah membawa kepada kejayaan dakwah. Bahkan kelebihan dan anugerah yang diberikan Allah S.W.T telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah S.A.W untuk terus memartabatkan Islam di muka bumi. 2.3.2
Hijrah Ke Arah Pembentukan Negara Islam
Hijrah merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh Rasulullah S.A.W dalam usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam. Disebabkan penentangan yang berterusan daripada kebanyakan masyarakat Quraisy, maka baginda memutuskan supaya kaum muslimin berhijrah, iaitu mencari tapak lain yang lebih sesuai untuk membentuk sebuah negara Islam. Di Mekah, baginda S.A.W tidak ada kuasa dan pengaruh politik ke atas orang Qurasiy untuk melindungi pengikut21
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 8. 22 19 tahun perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W merujuk kepada tempoh masa perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W iaitu 13 tahun di Mekah dan 6 tahun di Madinah. Sila lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 272.
41
pengikutnya. 23 Bahkan pergerakan dakwah Rasulullah juga terhad dan terbatas disebabkan oleh halangan dan penentangan yang bertalu-talu menimpa baginda S.A.W. Lantaran itu, perancangan untuk berpindah ke tempat lain diatur supaya perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W tidak terencat.24 Peristiwa hijrah ke Habsyah berlaku pada bulan Rejab, tahun ke-5 pendakwahan Rasulullah di Mekah. Dilihat dari perspektif politik, hijrah ke Habsyah merupakan satu usaha tinjauan dan pemerhatian terhadap Habsyah sama ada ianya sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah negara Islam. 25 Penghijrahan ke Habsyah juga adalah untuk mendapatkan perlindungan keselamatan terhadap orang Islam daripada ancaman orang bukan Islam Quraisy di Mekah di samping untuk mencari peluang baru dalam dakwah di luar Mekah.26 Kedatangan orang Islam ke Habsyah diterima baik oleh ketuanya iaitu raja alNajashi. Raja al-Najashi merupakan seorang raja yang adil, benar dan tidak menzalimi rakyatnya. 27 Bahkan al-Najashi akhirnya telah memeluk Islam. Akan tetapi apabila menyedari keadaan kaumnya dan penentangan yang bakal dihadapi, maka pengislamannya telah dirahsiakan. Walaubagaimanapun beliau tetap di atas agama Islam sehingga beliau meninggal dunia.28 Sekalipun pengislaman al-Najashi telah memberi sinar kepada dakwah Islam di Habsyah, namun usaha untuk menjadikan Habsyah sebagai pengkalan untuk ditegakkan negara Islam menemui kegagalan apabila mendapat tentangan
23
Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia,” dalam Islam, Politik Dan Kerajaan, ed. Khairul ‘Azmi Mohamad (Johor : Pejabat Ketua Penerangan Dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, 2003), 134. 24 ‘Ali Muhammad al-Sallabi, al-Sirah al-Nabawiyyah (Beirut : Dar al- Ma‘rifah, 2005), 210. 25 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 18. 26 ‘Ali Muhammad al-Sallabi, al-Sirah al-Nabawiyyah, 191-192. 27 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 144. 28 Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 96-97. Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 148.
42
hebat dari rakyat Habsyah yang tidak mahu kepada negara Islam. 29 Rentetan sambutan hambar daripada penduduk Habsyah, maka baginda telah merangka strategi berhijrah yang kedua dengan menjadikan Ta’if sebagai destinasi baru penghijrahan baginda. Ianya berlaku pada bulan Syawal, tahun ke-10 pendakwahan Rasulullah S.A.W. Dengan ditemani oleh Zayd bin Harithah r.a, baginda telah berhijrah ke Ta’if dengan harapan lokasi tersebut dapat dijadikan tapak untuk membina sebuah negara Islam. 30 Namun begitu skrip yang sama telah berlaku apabila kunjungan baginda ke Ta’if juga telah gagal. Bukan saja mendapat sambutan yang hambar bahkan baginda juga telah dihalau dan diusir keluar dari kota Ta’if dengan penuh biadap oleh kabilah Thaqif, iaitu kaum yang mendiami Ta’if. Tindakan penduduk Ta’if yang membaling objek kepada Rasulullah telah mengakibatkan kecederaan ke atas baginda. Kesimpulannya, strategi penghijrahan baginda ke Ta’if juga menemui jalan kegagalan. 31 Kegagalan baginda untuk mendapatkan sokongan dan perlindungan daripada kota-kota yang berhampiran dengan Mekah telah menyebabkan baginda merangka penghijrahan untuk keluar dari Mekah. Melalui perancangan yang tersusun dan rapi, pemilihan Madinah merupakan lokasi seterusnya penghijrahan baginda dan kaum muslimin. 32 Madinah yang sebelumnya dikenali dengan Bandar
29
Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 19. 30 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 149. Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 88. 31 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 162. Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 89. 32 Perancangan dan langkah untuk penghijrahan ke Madinah telah diatur dengan tersusun rapi sekali. Muhammad Amahazun menjelaskan bahawa perancangan yang diatur untuk berhijrah ke Madinah terbahagi kepada tiga peringkat iaitu; langkah menyediakan golongan yang terlibat dengan hijrah (orang Mekah); langkah mempersiapkan golongan di tempat hijrah (orang Madinah) dan yang terakhir ialah
43
Yathrib, telah menyambut baik kedatangan baginda dan kaum muslimin. Melalui perencanaan strategi yang rapi nyata membuahkan hasil apabila Madinah berjaya dijadikan sebagai sebuah negara Islam. Perlantikan Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara telah menunjukkan betapa Islam semakin kukuh di Madinah. 33 Lantaran itu, intipati ajaran Islam telah dipraktikkan secara lebih syumul dan menyeluruh dalam semua aspek sama ada pentadbiran, politik, kewangan, perundangan, pembentukan organisasi, dan ekonomi. Peristiwa penghijrahan baginda ke Madinah juga mengandungi hikmah yang besar kepada umat Islam. Ia telah menjadikan metode dakwah yang sebelumnya bersifat defensif atau bertahan berubah kepada metode dakwah yang bersifat menyeru atau mengajak kepada Islam. 34 Penghijrahan ke Madinah juga merupakan titik mula pembentukan sebuah negara Islam di mana Islam dilihat semakin kuat dan berpengaruh. Penubuhan kerajaan Islam Madinah telah memberi kekuatan kepada Islam dan orang Islam mendapat perlindungan dengan selamat. Bahkan gerakan dakwah Islam semakin tersebar meluas ke seluruh pelusuk muka bumi. Manusia mula sedar dan membuka mata bahawa Islam adalah agama yang paling terbaik. Oleh itu, ianya telah menunjukkan bahawa penubuhan gerakan Islam yang bermatlamatkan untuk menegakkan kembali daulah Islamiah merupakan suatu sunnah. 2.3.3
Menjalin Hubungan Antarabangsa
Dalam usaha untuk membentuk Madinah sebagai sebuah negara yang berdaulat, Rasulullah S.A.W telah menghantar perutusan surat dan juga wakil-wakil baginda
perancangan untuk baginda melakukan hijrah. Sila lihat Muhammad Amahazun, Manhaj al-Nabawi fi alDa‘wah min Khilal al-Sirah al-Sahihah (Qaherah : Dar al-Salam, 2006), 130-134. Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 186-198. 33 Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia”, 134. 34 Mohamad Kamil Ab. Majid et al., Sayyid Qutb : Cetusan Idea Seorang Pejuang (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2010), 75.
44
kepada negara-negara tertentu sebagai wakil kedutaan negara Madinah. 35 Lantaran itu, hubungan diplomatik antara Madinah dengan negara-negara lain semakin kukuh. Melalui hubungan diplomatik antarabangsa yang dibina, baginda S.A.W telah menjadikannya sebagai satu peluang untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Malah peristiwa al-Fath telah menjadi bukti kepada kemenangan politik umat Islam. 36 Ianya telah memberikan satu momentum kepada gerakan dakwah Islamiah di mana berduyun-duyun orang memeluk agama Islam. Firman Allah S.W.T :
al-Fath 48:1-2 Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukumhukumNya). Perjanjian Hudaybiyah merupakan salah satu kemenangan awal yang dicapai oleh orang Islam. Ibrahim Che Noh menjelaskan bahawa perjanjian Hudaybiyah yang dimeterai oleh Rasulullah S.A.W bersama para sahabat dengan pihak Quraisy merupakan sebuah perjanjian politik. Ianya telah memberi peluang 35
Surat-surat seruan Islam yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W adalah seperti kepada Hiraqla iaitu penguasa Rom, Kisra Parsi dan Muqawqis pemerintah Qibti di Mesir. Surat-surat tersebut mengandungi seruan Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Aku menyeru kamu kepada seruan Islam. Masuklah Islam kamu pasti akan sejahtera.” 36 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005), 17.
45
kepada Rasulullah S.A.W untuk menghantar pendakwah Islam ke seluruh pelusuk muka bumi. 37 Manakala Abu Shuhbah menjelaskan antara keuntungan bagi orang Islam dalam perjanjian Hudaybiyah adalah perjanjian tersebut telah memberi jaminan kepada orang Islam untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab bahkan diluar daripadanya. Rasulullah S.A.W telah menulis surat kepada para raja dan ketua negara untuk menyeru dan mengajak mereka kepada Islam. Natijahnya, dakwah Islam semakin tersebar meluas berganda-ganda berbanding dengan sebelumnya.38 Mesej dakwah Rasulullah S.A.W sangat jelas melalui utusan-utusan yang dihantar oleh baginda kepada para pembesar, ketua negara dan para raja. Abdul Basit Abd Rahman menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W telah menghantar utusan-utusan kepada beberapa negeri termasuklah kepada raja-raja dan para pemerintah dengan tujuan untuk menyeru mereka kepada agama Allah dan menerangkan jalan kebenaran.39 Antaranya seperti Mu‘adh bin Jabal dan Malik bin Mararah diutus oleh Rasulullah S.A.W untuk menemui Raja-Raja Yaman yang bersaudara iaitu al-Harith bin ‘Abd Kilal al-Humayri, Sharih bin ‘Abd Kilal dan ‘Abd Kilal. Raja-raja tersebut telah diberi dua pilihan sama ada memeluk Islam ataupun membayar jizyah (cukai) kepada kerajaan Madinah. Lantaran itu, kesemua mereka telah membuat keputusan untuk memeluk Islam. 40
37
Ibid., 18. Muhammad bin Muhammad Abu Shuhbah, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah, (Damshiq : Dar al-Qalam, 2009), 2:340. Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 346-347. 39 Abdul Basit Abd. Rahman, Keindahan Islam : Hikmah-hikmah Di Sebalik Pensyariatan (Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., 2012), 247. 40 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 43. 38
46
Selain itu, terdapat banyak lagi utusan-utusan Rasulullah S.A.W yang membawa surat rasmi kerajaan Madinah untuk dihantar kepada pemimpinpemimpin negara lain. Lantaran itu, Madinah telah mendapat pengiktirafan daripada negara luar sebagai sebuah negara yang berdaulat di samping dapat mengadakan hubungan diplomatik yang baik diperingkat antarabangsa. Pada masa yang sama mesej dakwah Rasulullah S.A.W telah berjaya memperkenalkan Islam kepada masyarakat dengan lebih meluas, khususnya di peringkat kepimpinan negara. 41 Untuk membuktikan kedaulatan negara Islam Madinah, satu cap mohor telah direka khas sebagai simbolik terhadap kewujudan Madinah sebagai sebuah negara berdaulat. Cap mohor ini juga merupakan lambang rasmi negara Islam Madinah yang akan digunakan bagi setiap perutusan surat kepada ketua-ketua negara. Cap mohor ini adalah sebentuk cincin khas yang telah diperbuat daripada perak dan mempunyai ukiran yang tertera padanya tiga kalimah iaitu Muhammad, Rasul dan Allah. Selain daripada cap mohor tersebut, setiap perutusan surat daripada Rasulullah S.A.W lazimnya akan didahului dengan kalimah dan seruan dakwah supaya beriman kepada Allah. Safi al-Rahman al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa cap rasmi telah digunakan oleh Rasulullah S.A.W untuk menghantar surat kepada raja dan ketua negara. Cap tersebut diperbuat daripada perak dengan tulisan Muhammad, Rasul dan Allah dalam tiga baris. Pemilihan utusan baginda untuk membawa surat-surat itu ditentukan kepada mereka yang mengetahui dan pakar dengan pihak yang mereka diutuskan.42
41
Ibid. Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 416. 42
47
Kesimpulannya, Rasulullah S.A.W telah berjaya memperkenalkan Islam kepada masyarakat dengan lebih meluas melalui hubungan antarabangsa yang dibina khususnya di peringkat kepimpinan negara. Di samping dapat membina hubungan diplomatik, ia juga memberi kelebihan kepada usaha penyebaran dakwah Islam sekali gus dapat memperluaskan lagi empayar negara Islam. Pada masa yang sama, Madinah telah dilihat sebagai sebuah negara Islam berdaulat yang seharusnya diiktiraf oleh negara-negara lain. 2.3.4
Mengukuhkan Perpaduan Nasional
Ketokohan Rasulullah dalam kepimpinan juga terserlah melalui kebijaksanaannya dalam berpolitik. Tatkala Madinah didiami oleh taburan penduduk yang bersifat majmuk sama ada dari segi agama mahupun bangsa, maka soal perpaduan amat dititikberatkan oleh Rasulullah S.A.W. 43 Dengan kuasa politik yang dimiliki, ia telah dieksploitasi bagi merencanakan usaha dakwah sekali gus membentuk perpaduan di kalangan penduduk Madinah yang berbilang kaum. Fenomena pertembungan di antara kabilah Aus dan kabilah Khazraj yang berlaku di Madinah telah diambil kesempatan oleh masyarakat Yahudi sama ada kabilah Qurayzah, kabilah Qaynuqa’ dan kabilah al-Nadir untuk mengaut keuntungan. Menurut Ab. Aziz Mohd Zin yang juga memegang pendapat alNadawi mengatakan bahawa dari segi politik, bangsa Yahudi mula meluaskan empayarnya untuk mendominasikan kekuatan mereka terhadap orang-orang Arab 43
Kota Madinah mengambil masa selama dua puluh tiga tahun untuk berdiri dengan megah. Kewujudan kota Madinah yang sekukuh itu adalah hasil keringat, pengorbanan dan perjuangan Rasulullah S.A.W untuk menjayakan cita-cita suci dalam membina sebuah negara Islam yang kuat. Di samping itu, Rasulullah S.A.W telah berjaya mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang sangat utuh antara masyarakat di Madinah. Sama ada antara kaum Muslimin dan non-Muslim mahupun kaum Yahudi, kesemua mereka telah disatukan dibawah satu undang-undang dan pemerintahan yang diketuai oleh baginda Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W mengajar manusia bahawa ikatan persaudaraan mampu membawa kemakmuran dengan semangat kepercayaan agama yang suci, termasuk bersedekah, bersillaturrahim, berkasih sayang antara satu sama lain serta dapat meningkatkan taraf hidup dan potensi diri untuk berdaya saing seterusnya mewujudkan kemajuan dalam seluruh aspek termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dan pentadbiran negara. Sila lihat Ahmad Nabil Bin Amir, “Sistem Politik Islam Di Zaman Nabi Muhammad S.A.W,” Jurnal Usuluddin, 29 (2009), 228.
48
yang sedang bertelagah antara satu sama lain. Mereka juga memainkan peranan untuk mengapi-apikan antara Aus dan Khazraj sehingga
mencetuskan
peperangan. 44 Selain itu, mereka juga telah mengaut keuntungan yang banyak hasil daripada penjualan senjata, bekalan makanan, dan berjaya menguasai sumber air daripada bangsa Arab. Sebagai ketua pemerintah, Rasulullah S.A.W telah melihat keadaan tersebut akan menjejaskan pembentukan negara Islam di Madinah jika ianya terus berlarutan. Oleh itu, antara usaha awal baginda dalam menangani permasalahan ini adalah dengan menyatukan masyarakat Aus dan Khazraj atas nama Islam. 45 Ia merupakan satu pendekatan dakwah Rasulullah yang diadaptasikan melalui kuasa politik yang dimiliki. Kebijaksanaan Rasulullah dalam berpolitik bukan sahaja dapat menyatukan kabilah Aus dan kabilah Khazraj, bahkan secara tidak langsung ianya dijadikan medium untuk baginda berdakwah. Ini kerana, perpaduan yang diacukan baginda adalah berasaskan kepada tauhid Islam iaitu Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai landasan kehidupan yang paling tinggi dan mulia, Rasulullah dijadikan sumber rujukan dan idola, al-Quran sebagai panduan kehidupan, Kaabah sebagai lambang penyatuan umat dan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan rasmi. 46
44
Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 210. Juga lihat al-Nadawi, Abi al-Hasan ‘Ali al-Hasani, al-Sirah al-Nabawiyyah (Jeddah : Dar Shuruq, 1977), 138-139. 45 Penyatuan antara puak dan kabilah di Madinah sangat penting dalam mewujudkan satu kekuatan sebagai persediaan untuk mengharungi penentangan daripada musuh. Menyedari hakikat tersebut, baginda S.A.W telah merencanakan beberapa pendekatan dan program dalam usaha untuk membina kesatuan dalam masyarakat di Madinah. Antaranya ialah melalui pembinaan masjid, ikatan persaudaraan, dan ikatan melalui Sahifah. Sila lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 212-221. Juga lihat ‘Ali Muhammad al-Sallabi. al-Sirah al-Nabawiyyah, 299. 46 Ahmad Kamar Bin Abdul Rahman, “Parti Islam SeMalaysia Di Peringkat Negeri ( Kedah) Dan Di Peringkat Kawasan ( Kubang Pasu ) : Satu Kajian Tentang Agama, Politik, Dan Kepimpinan” (Tesis kedoktoran, Jabatan Antropologi Dan Sosiologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1984), 67. Juga lihat Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah (Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar, 1992), 11. Juga lihat Wan Ismail Bin Wan Abdullah, “Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dalam Usahanya Menegakkan Sebuah Negara Islam” (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1993), 52.
49
Setelah berjaya menyatukan kabilah Aus dan Khazraj, Rasulullah S.A.W mengatur langkah seterusnya untuk membentuk perpaduan antara kaum muslimin dan bukan muslim termasuklah kaum Yahudi. 47 Satu perjanjian telah dimeterai oleh Rasulullah bersama dengan kaum Yahudi yang terdiri daripada kabilah Qurayzah, kabilah Qaynuqa’, dan kabilah al-Nadir. Butiran perjanjian tersebut terkandung di dalam Piagam Madinah. Di antara perjanjian tersebut telah menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi akan dilayan sebagaimana masyarakat Arab yang lain selama mana mereka setia kepada kerajaan Madinah. Selain itu mereka juga perlu bertanggungjawab dalam membantu kaum muslimin dalam mempertahankan negara Islam Madinah daripada segala bentuk pencerobohan dan ancaman dari musuh. Salah satu agenda politik Rasulullah S.A.W dalam pembentukan Piagam Madinah adalah untuk membina satu hubungan perpaduan nasional dalam masyarakat di Madinah. Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Piagam Madinah adalah bersifat kontrak sosial yang merupakan muamalah politik yang nyata.48 Ini kerana, ianya merupakan satu medium yang sangat penting ke arah mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan sistematik dalam pentadbiran kerajaan sejajar dengan cita-cita baginda yang mahu membentuk Madinah sebagai sebuah negara Islam. Manakala dalam konteks dakwah, pembentukan Piagam Madinah telah memberi ruang yang sangat luas kepada usaha dakwah Islam. 49 2.3.5
Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Pemerintahan Islam
Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W di Madinah. Manakala masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina 47
Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia”, 135. Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam (Kuala Lumpur : Jundi Resources, 2011), 30. 49 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik”, 17. 48
50
sempena penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah. 50 Azahar Bin Yaakub yang memetik pendapat al-Ghazali menjelaskan bahawa pembinaan masjid merupakan antara strategi utama Rasulullah S.A.W apabila tibanya baginda di Madinah.51 Pada pandangan Islam, masjid mempunyai fungsi dan peranan yang sangat luas dalam membangunkan manusia dari segi keimanan dan kemajuan hidup lahiriyyah.52 Selain daripada peranan masjid sebagai pusat ibadat, Rasulullah S.A.W juga telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan, pusat perkembangan gerakan dakwah, pusat pendidikan, mahkamah, dan sebagainya. Masjid memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran negara. Rasulullah menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan segala keputusan serta arahan akan diputuskan di dalam masjid. Rasulullah S.A.W mengeluarkan perintah kepada orang Islam untuk keluar berperang seperti perang Badar, perang Uhud, dan sebagainya ketika baginda berada di masjid. Selain itu, melalui masjid juga berlakunya kegiatan para sahabat nabi membaiahkan pemimpin mereka. 53 Zakaria Bashier menyatakan bahawa masjid pada zaman nabi bukan hanya sebagai pusat ibadat semata-mata, malah ia juga dijadikan sebagai pusat untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Islam. Selain itu, masjid Madinah juga dijadikan tempat penerimaan delegasi-delegasi luar yang datang kepada Rasulullah untuk menyatakan kesetiaan kepada kepimpinan baginda S.A.W. 54
50
Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah Gombak” (Disertasi, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008), 27. 51 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 20. 52 Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah Gombak”, 38. 53 Raja Azhar Bin Raja Ismail, “Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid Negeri, Arau, Perlis” (Disertasi, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 50. 54 Zakaria Bashier, Sunshine Al-Madinah (Leicerter : The Islamic Foundation, 1990), 54.
51
Raja Azhar Bin Raja Ismail menjelaskan bahawa khalifah-khalifah Islam yang memerintah pada waktu itu bukan hanya memerintah negara tetapi turut juga mengimamkan sembahyang di Masjid. Perlantikan khalifah juga dilakukan di masjid dan kemudian terus berkhutbah kepada orang ramai sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar r.a. Ia juga adalah kesinambungan daripada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan ianya telah berterusan berlaku kepada kebanyakan khalifah terkemudian. 55 Ibrahim Che Noh menjelaskan bahawa khutbah Jumaat merupakan salah satu aspek manifestasi politik kerajaan dengan adanya permohonan doa untuk mendapat keberkatan Allah kepada seorang raja. Raja dalam sebuah negara Islam dianggap sebagai pengganti nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua untuk mengurus dan memimpin negara, agama dan rakyat.56 Pendapat ini disokong oleh Raja Azhar Bin Raja Ismail yang menyatakan bahawa mimbar-mimbar masjid dijadikan sebagai saluran media pemerintah, pusat maklumat bagi rakyat dan juga disertakan doa untuk pemerintah. Ketika Ibn ‘Abbas menjadi gabenor di Basrah, beliau telah membacakan doa khusus untuk khalifah ‘Ali bin Abi Talib di dalam khutbahnya. Ini kerana, mereka menyedari bahawa institusi masjid sangat berpotensi untuk mempengaruhi sikap dan pandangan umum rakyat seterusnya memupuk semangat untuk memberi ketaatan kepada pemerintah. 57 Amalan Rasulullah S.A.W yang membina masjid apabila tiba di Madinah ketika peristiwa hijrah terus dilakukan oleh pemimpin tentera Islam
55
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, baiah perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama dan baiah kesetiaan Muslimin Madinah terhadap khalifah Abu Bakar telah disempurnakan di masjid Nabawi. Perbuatan ini juga telah dilakukan oleh khalifah ‘Umar al-Khattab yang memerintah gabenor Abu Musa al-Ash‘ari supaya menjalankan kepimpinannya berpusat di masjid dan arahan juga dibuat kepada Sa‘ad Bin Abi Waqqas iaitu gabenor Kufah dan gabenor Mesir ketika itu. Sila lihat Raja Azhar Bin Raja Ismail, “Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid Negeri, Arau, Perlis”, 51. 56 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik”, 8. 57 Raja Azhar Bin Raja Ismail, “Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid Negeri, Arau, Perlis”, 52.
52
tatkala mereka berjaya menawan sesuatu wilayah. Ini kerana, adalah kebiasaan bagi setiap pemimpin tentera Islam untuk mendirikan masjid di tempat yang mula-mula mereka duduki untuk dijadikan pusat ibadat dan pentadbiran seperti di Iraq, Mesir dan Yaman.58 Dalam masa yang sama, pembinaan masjid secara psikologinya merupakan kemenangan awal umat Islam dari segi moral dan politik ke atas musuh-musuh Islam. Kebangkitan umat Islam yang digerakkan oleh institusi masjid telah memberi tekanan kepada orang kafir dan musuh-musuh Islam. 59 Syiar Islam semakin menyerlah sinarnya dan perkembangan dakwah Islam semakin tersebar meluas ke seluruh pelusuk muka bumi. Kemantapan institusi masjid Madinah terus menyerlah menerusi kepelbagaian peranannya yang berfungsi dengan cemerlang. Masjid menjadi aset penting kepada pembangunan manusia dari segi rohani dan jasmani. Selain daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Madinah, masjid juga digunakan oleh Rasulullah S.A.W sebagai pusat ibadah, pusat dakwah, pusat penyebaran ilmu, pusat kebajikan dan sebagainya. Muhammad Amahazun menjelaskan bahawa masjid merupakan pusat penyebaran ilmu kepada orang Islam. Ini kerana masjid pada zaman Rasulullah S.A.W berperanan besar dalam memastikan bahawa setiap orang Islam tidak ketinggalan dalam kewajipan mendalami ilmu.60 Manakala Aziana Binti Arifin menyatakan bahawa masjid berperanan sebagai pusat ibadah, pusat pemerintahan negara, pusat gerakan dakwah, pusat kehakiman, pusat ketenteraan dan pertahanan, pusat kebajikan dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Pada masa
58
Ibid., 45. Abdul Ghafar Hj. Don dan Kamaruzzaman Yusuf, Peranan Masjid Dalam Menjana Kebangkitan Gerakan Siasah Islam (Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999), 45. 60 Muhammad Amahazun, Manhaj al-Nabawi fi al-Da‘wah min Khilal al-Sirah al-Sahihah, 168. 59
53
yang sama, peranan masjid yang paling utama ialah pusat hubungan antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. 61 Manakala Safi al-Rahman al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa masjid yang dibina oleh Rasulullah S.A.W bukan sahaja dijadikan pusat ibadat, malah ia juga dijadikan sebagai pusat perhimpunan masyarakat untuk mendapat ilmu dan mendalami ajaran Islam dan panduannya. Masjid juga berperanan untuk menyatupadukan masyarakat dan mengikis semangat asabiah dan kepuakan yang menjadi punca kepada perpecahan dan perbalahan sepertimana yang berlaku sebelumnya. Institusi masjid di zaman baginda juga berperanan sebagai pusat pentadbiran dalam semua aspek di samping menjadi tempat mesyuarat dalam mencapai sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan. 62 Institusi masjid bukan terhad kepada tempat ibadat sahaja. Bahkan Rasulullah S.A.W telah menunjukkan dengan jelas betapa peranan masjid meliputi seluruh aspek sama ada sebagai pusat gerakan dakwah dan tarbiah, pusat penyebaran ilmu, pejabat pentadbiran, parlimen, mahkamah, dewan mesyuarat dan sebagainya. Peranan masjid tersebut telah menunjukkan kepada masyarakat Madinah betapa kesungguhan dan seriusnya Rasulullah S.A.W dalam mentadbir negara Islam Madinah serta mengurus hal ehwal kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sejahtera. Lantaran itu, adalah tidak mustahil bagi penduduk Madinah untuk memberi baiah dan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah S.A.W sebagai ketua pemimpin mereka. Bukan sahaja sanggup mengorbankan harta benda dan masa, bahkan mereka sanggup pertaruhkan nyawa mereka demi 61
Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah Gombak”, 28. 62 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 217-218.
54
mempertahankan negara Islam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah S.A.W. Tiada sedikit gementar dan rasa takut, bahkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul telah mengatasi segala-galanya apabila mereka berhadapan dengan musuh sematamata untuk menegakkan agama Allah S.W.T. 2.3.6 Melaksanakan Pentarbiahan Pentarbiahan merupakan satu platform dalam penyebaran dakwah Rasulullah S.A.W. Baginda telah melaksanakan program pentarbiahan kepada para sahabat dengan penuh berhikmah dan berstrategi. Pentarbiahan adalah satu elemen yang sangat penting dalam membentuk individu yang mempunyai kekuatan rohani dan jasmani. Ia juga dilihat amat penting khususnya dalam membentuk masyarakat yang menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan mereka. Melalui pentarbiahan Rasulullah S.A.W telah melahirkan ramai tokohtokoh Islam yang tidak dapat dinafikan nama mereka di dalam sejarah dan tamadun Islam. Mereka dihiasi dengan keunggulan peribadi, kemurnian akhlak, kesucian akidah, dan ketinggian pengorbanan yang meletakkan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya. Nama-nama seperti Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan Abu ‘Ubaidah Amir al-Jarrah merupakan di antara tokoh-tokoh Islam yang dilahirkan melalui proses pendakwahan dan pentarbiahan Rasulullah S.A.W. Kejayaan Rasulullah S.A.W dalam membentuk jati diri dan keperibadian seluruh para sahabat yang lain telah mampu mengubah kehidupan para sahabat daripada kegelapan kepada cahaya Islam.
55
Pentarbiahan Rasulullah S.A.W memberi penekanan kepada seluruh aspek sama ada akidah dan iman, akhlak, syariah, feqah, muamalat, dan sebagainya. Malah baginda S.A.W telah menjadikan tarbiah sebagai platform untuk penyebaran ilmu dan berdiskusi bersama para sahabat. Safi al-Rahman alMubarakfuri menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W melaksanakan program pentarbiahan dengan mengajar para sahabat menunaikan solat sebagai ibadah pertama.63 Rasulullah S.A.W telah mengajar kepada para sahabat cara-cara berwuduk. Di samping itu, baginda juga telah memberi huraian dan penjelasan kepada para sahabat tentang ayat-ayat yang diturunkan oleh Jibril kepada baginda. 64 Aspek pemantapan sahsiah ditekankan dengan mengajar para sahabat menyucikan jiwa, menjauhi segala sifat mazmumah, keji dan kotor, serta menggalakkan segala sifat mahmudah. 65 Kejayaan Rasulullah S.A.W dalam melaksanakan pentarbiahan telah mengubah kehidupan para sahabat daripada kehidupan jahiliah kepada sebuah kehidupan yang bertamadun tinggi. Rasulullah S.A.W juga telah berjaya mengubah setiap peribadi sahabat dengan memiliki keunggulan peribadi, ketinggian akhlak, keteguhan akidah dan syariah, kemantapan muamalah, dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Rasulullah S.A.W telah diberi mandat dan kepercayaan untuk menjadi ketua bagi kaum Muslim. Bukan hanya ketaatan dan kesetiaan yang diberikan, malah para sahabat telah berikrar untuk mempertahankan baginda S.A.W walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa mereka.
63
Ibid., 89. Kamil Salamah al-Daqs, Dawlah al-Rasul min al-Taqwim Ila al-Tamkin, c.1 (Jordan : Dar ‘Ammar, 1994), 35. 65 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 12-13. 64
56
2.3.7 Mewujudkan Khidmat Masyarakat Melalui pelaksanaan program khidmat masyarakat, Rasulullah S.A.W telah menjadikannya sebagai satu platform bagi mendapatkan keuntungan politik. Ianya merujuk kepada usaha untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap keberkesanan pemerintahan Rasulullah S.A.W. Situasi tersebut secara tidak langsung akan memperkenalkan dan mempromosikan Islam kepada masyarakat. Bahkan pelaksanaan program khidmat kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W telah mempercepatkan proses kemajuan negara Islam Madinah. 66 Ab. Aziz Mohd Zin menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W memberi keutamaan terhadap pembinaan masyarakat Islam Madinah dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek penting. Di antaranya ialah terhadap pengisian ilmu, pengisian akhlak, dan pengisian kehidupan. 67 Rasulullah S.A.W telah membina sebuah tempat tinggal sementara yang dikenali sebagai Suffah. Ianya dibina oleh Rasulullah S.A.W untuk dikhaskan kepada beberapa tujuan seperti tempat tinggal sementara bagi orang yang baru sampai di Madinah, tempat persinggahan, tempat berehat, tempat bersantai, dan seumpamanya.68 Kewujudan Suffah yang dibina oleh Rasulullah S.A.W tidak hanya terbatas kepada golongan lelaki sahaja bahkan turut memainkan peranan kepada kaum wanita. Di samping berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu pengetahuan, Suffah juga telah dijadikan sebagai sebuah tempat menjalinkan ikatan ukhuwah dan memupuk kasih sayang di antara satu sama lain. 69
Anwar al-Jundi, al-Qiyam al-Asasiyyah li al-Islami wa al-Thaqafah al-Gharbiyyah (Dimashq : Matba‘ah al-Risalah, 1998), 25. 67 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 221. 68 ‘Abd. al-Hayy al-Qattani, al-Taratib al-Idariyyah (Beirut : Dar al-Kitab al-‘Arabi, tt), 1: 40. 69 Ibid., 2: 235. 66
57
Manakala Rufaydah al-Aslamiyyah pula diwujudkan berdasarkan peranannya sebagai pusat khidmat kesihatan. Diibaratkan sebagai sebuah hospital yang pertama dalam Islam, Rufaydah al-Aslamiyyah adalah kesinambungan daripada nama seorang sahabiah yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Malah beliau telah menyertai peperangan bersama tentera Islam dengan berperanan sebagai seorang doktor perubatan. Kejayaan dan kemampuan Rufaydah al-Aslamiyyah dalam bidang perubatan telah menjadi pencetus kepada ramai kaum Muslimat yang lain untuk turut serta mempelajari ilmu perubatan dan rawatan.70 Rasulullah S.A.W juga telah mengangkat ilmu kesenian, hiburan, dan aktiviti riadah sebagai satu program kemasyarakatan. Contohnya melalui aktiviti mendeklamasi syair yang sering mendapat tumpuan masyarakat. Selain menjadi hiburan kepada masyarakat, ia memainkan peranan penting dalam aspek kemasyarakatan. Hassan bin Thabit merupakan seorang penyair terkenal sehingga diberi gelaran sebagai penyair Rasulullah S.A.W. Aktiviti sukan dan riadah seperti memanah dan melontar lembing merupakan aktiviti yang diambil berat oleh Rasulullah S.A.W. Bahkan aktiviti ini telah diangkat oleh Rasulullah S.A.W dan menjadikannya sebagai permainan rasmi pada hari-hari kebesaran Islam. 71 Pelaksanaan program khidmat kemasyarakatan yang bersifat semasa dan memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat pada hakikatnya telah memberi kesan positif kepada penyebaran dakwah Rasulullah S.A.W. Di samping dapat mewujudkan suasana mesra masyarakat terhadap Islam, ia juga mampu menjadi tarikan masyarakat untuk memberi sokongan kepada pemerintahan Rasulullah S.A.W.
70 71
Ibid., 1: 453-454. Ibid., 1: 211.
58
2.4
DAKWAH MELALUI POLITIK DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Politik pada pandangan Islam ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Ianya berkait rapat dengan tujuan dakwah iaitu membawa manusia kepada syariat Islam. Walaupun melalui dua bidang berbeza, ia mampu menjadi satu adunan yang baik jika digabungkan untuk mencapai tujuan yang sama. Pada hakikatnya, kombinasi dakwah dan politik sememangnya tidak dinafikan lagi pada hukum Islam. Melihat kepada pelaksanaan Rasulullah S.A.W sebagai ketua pemerintah dalam kerajaan Islam Madinah, ianya sudah cukup dijadikan hujah bagaimana politik diintegrasikan dengan dakwah Islamiah. Hasilnya Islam tersebar dengan lebih meluas dan kebangkitan Islam telah mencapai kemajuan dalam semua aspek bidang kehidupan. 2.4.1
Sistem Politik Islam Sebagai Wasilah Pendakwahan Dan Penyebar Risalah Islam
Di antara tujuan sistem politik Islam adalah untuk menyebar risalah Islam di muka bumi ini dengan pelbagai pendekatan yang dibenarkan dengan kadar yang termampu.72 Firman Allah S.W.T :
Saba’ 34: 28 Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa
72
Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama Salaf , 60. Menurut Shukeri Mohamad, antara matlamat sistem politik Islam adalah mendaulatkan ajaran Islam, menjaga kepentingan rakyat, dan membangunkan negara. Sila lihat Shukeri Mohamad, “Peranan Politik Islam Dalam Mencapai Maqasid al-Shari‘ah : Konteks Malaysia,” dalam Etika Dan Budaya Berpolitik Dari Perspektif Islam, ed. Abdul Monir Yaacob (Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2002), 85.
59
berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Pengutusan Rasulullah S.A.W ke muka bumi adalah untuk memimpin dan membawa seluruh umat manusia kepada pencapaian matlamat yang satu, iaitu pengabdian dan mengesakan Allah S.W.T sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Gerakan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awalnya sangat terhad dan terbatas. Kongkongan dan tentangan musuh telah meliputi segenap aspek terhadap kaum Muslimin. Walaubagaimanapun, keadaan berbeza ketika di Madinah apabila Rasulullah dilantik menjadi ketua pemerintah kepada sebuah kerajaan Islam Madinah. Dengan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, ianya memberi kelebihan kepada baginda untuk menyebarkan dakwah dan meluaskan pengaruh empayar Islam. Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa para Rasul telah menjadi pemimpin agama dan politik secara serentak, berdakwah membetulkan akidah dan cara hidup rakyat serta membetulkan pemerintahan negara. Nabi Adam, Yusuf, Sulaiman dan Daud A.S merupakan antara kalangan para Rasul Allah yang memimpin negara. Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W nabi akhir zaman yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah. 73 Dalam usaha untuk berdakwah menyelamatkan akidah manusia dan menentang kezaliman pemerintah, pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapi malah ada juga di kalangan Rasul telah dipulau, dipenjara, diseksa, dibuang negeri bahkan ada yang telah mati syahid dibunuh seperti nabi Zakaria dan nabi Yahya A.S.74 Sunnah Rasulullah S.A.W juga telah menampilkan keperluan kuasa politik sebagai wasilah dakwah. Malah dakwah Rasulullah S.A.W menjadi lebih 73 74
Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 24. Ibid.
60
berkesan setelah wujudnya penguasaan dalam politik. Rasulullah S.A.W pernah berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuasaan untuk menegakkan urusan dakwah sepertimana dalam ayat-80 surah al-Isra’ :
al-Isra’ 17: 80 Terjemahan: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Bukti al-Quran ini telah menjadi dalil dan hujah kepada kepentingan kuasa politik yang dapat menunjangi gerakan dakwah. Kuasa politik yang ada di tangan baginda melalui tertegaknya negara Islam Madinah memberi peluang yang lebih luas kepada baginda untuk melaksanakan misi dakwah. Dakwah pada peringkat individu tanpa kuasa politik menyukarkan pelaksanaan dakwah. Sambutan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W sebelum hijrah adalah berbeza dengan dakwah selepas berlakunya hijrah. Ini menunjukkan bahawa kuasa politik sangat penting untuk mempertahan dan mengembangkan gerakan dakwah Islamiah.
61
Membina sebuah negara Islam merupakan salah satu daripada peringkat pencapaian matlamat dakwah Islamiah.75 Kekuasaan dan pemerintahan sebuah negara Islam akan mampu menggerakkan masyarakat Islam ke arah mengerjakan ibadat, mengerjakan sembahyang, menunaikan zakat serta membahagikannya kepada yang layak, menonjolkan syiar-syiar Islam, menegakkan amar ma‘ruf dan nahi munkar, melaksanakan sistem audit, pemantauan dan sebagainya. 76 Kewujudan sebuah negara Islam juga bertanggungjawab untuk memerangi syirik, bidaah, khurafat dan segala aliran yang boleh membawa kepada kerosakan. Syariah Islamiah akan dijaga dan dilindungi daripada segala ancaman dalam bentuk penambahan, pemesongan dan pemalsuan. 77 Firman Allah S.W.T :
al-Haj 22: 41 Terjemahan: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Melalui penelitian terhadap ayat di atas, ia adalah salah satu dalil alQuran yang memberi satu penerangan dengan jelas tentang pengintegrasian dakwah dan politik. Beberapa perintah syarak telah dinyatakan dalam ayat di atas iaitu mendirikan solat, menunaikan zakat dan membuat kebaikan serta menjauhi 75
Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1997), 34. 76 Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama Salaf , 59. 77 Ibid., 60.
62
kemungkaran. Konsep mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran merupakan satu konsep yang sangat sinonim dengan pelaksanaan dakwah. Manakala kekuasaan memerintah pula akan wujud melalui penguasaan dalam politik.78 Oleh itu, ayat di atas telah menjelaskan bahawa peranan dan fungsi politik adalah menegakkan hukum Allah dan hakNya dengan kata lain menunaikan tanggungjawab dakwah. 2.4.2
Dakwah Dan Politik Menurut Pandangan al-Quran Dan al-Hadith
Zaharuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa dalil-dalil politik atau pentadbiran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith amat mencukupi bagi memberi petunjuk dan memandu manusia ke jalan yang diredai Allah S.W.T.79 Walaupun tidak ada dalil khusus yang menyebut perkataan politik (siasah), tetapi melalui al-Quran dan al-Hadith banyak menyebut dalil-dalil yang mensyaratkan pelaksanaannya kepada kuasa pemerintahan yang bercirikan politik. 80 Di antaranya seperti dalil yang menyebut tentang khalifah, ketua, imam, perlembagaan, muamalat, undang-undang jenayah, perintah supaya setia dan mentaati ketua, dan menjalankan pemerintahan menurut hukum Allah. Berdasarkan dalil-dalil tersebut, maka para ulama berijtihad bahawa ianya mempunyai hubung kait dengan politik sekali gus menjadi bukti bahawa Islam memiliki sistem politik yang tersendiri. 81 Pemerintahan Rasulullah S.A.W di Madinah juga menjadi bukti bahawa politik bukanlah suatu perkara yang baru dalam Islam. Malah kuasa politik yang 78
Anuar Puteh, “Konsep Kuasa Politik Negara (Daulah) Dan Perkembangan Dakwah,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005), 27. 79 Zaharuddin Abdul Rahman, Indahnya Politik Cara Islam (Selangor : Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2013), 126. 80 Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 25. 81 Abdul Karim Zaydan, Usul al-Dakwah : Sistem-Sistem Islam ( Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd., 2011), 1: 321.
63
dimiliki telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah S.A.W untuk memperluaskan pengaruh dan dakwah Islam ke seluruh pelusuk bumi. Dengan kata lain, sistem politik mempunyai peranan penting sebagai medium pelaksanaan dakwah kepada manusia. Rasulullah S.A.W memerlukan kepada kuasa politik untuk memastikan orang Islam melaksanakan setiap hukum yang disyariatkan di dalam al-Quran dan menghukum orang yang tidak mematuhinya. Firman Allah S.W.T :
al-Nisa’ 4:105 Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya). Rasulullah S.A.W juga telah berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuasaan untuk menegakkan urusan dakwah. Kekuasaan dalam politik dan pemerintahan telah menjadi tunjang kepada gerakan dakwah baginda S.A.W. Bahkan pelaksanaan dakwah Islamiah menjadi lebih meluas apabila baginda S.A.W dilantik menjadi pemerintah di Madinah. Firman Allah S.W.T :
al-Isra’17:80 Terjemahan: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku 64
daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Peristiwa penubuhan negara Islam Madinah sebagai sebuah negara Islam yang pertama menunjukkan bukti kepada kepentingan dan keperluan terhadap kekuasaan dalam pemerintahan ke arah mewujudkan sebuah negara Islam untuk memungkinkan pelaksanaan Islam secara menyeluruh. Rasulullah S.A.W telah mengadakan baiah (janji setia) daripada kaum Madinah melalui Bay‘ah al‘Aqabah dengan sabda baginda :
ِ َّش اط َ فَ ُقلْنَا يَا َر ُس َّ تُبَايِ ُع ِوِن َعلَى:ك؟ قَ َال َ اع ِة ِِف الن َ ول اللَِّه َعلَى َما نُبَايِ ُع َ َّالس ْم ِع َوالط ِ ِ َّه ِى َع ِن الْ ُمْن َك ِر ْ َوالْ َك َس ِل َو َعلَى النَّ َف َقة ِِف الْ ُع ْس ِر َوالْيُ ْس ِر َو َعلَى األ َْم ِر بِالْ َم ْعُروف َوالن ِ ِ ِ ِ ت ُ صُر ِوِن إِ ْن قَد ْم ُ َْوأَ ْن تَ ُقولُوا ِِف اللَّه الَ يَأْ ُخ ُذ ُك ْم ِِف اللَّه لَ ْوَمةُ الَئ ٍم َو َعلَى أَ ْن تَن ِ ِ .ُاج ُك ْم َوأَبْنَاءَ ُك ْم َولَ ُك ُم ا ْْلَنَّة َ ب َوَتَْنَ ُع ِوِن ِمَّا َتَْنَ ُعو َن مْنهُ أَنْ ُف َس ُك ْم َوأ َْزَو َ َعلَْي ُك ْم يَثْ ِر Terjemahan: Kami bertanya Nabi S.A.W: Ya Rasulullah! Apa yang kami akan baiahkan dengan engkau? Jawab nabi S.A.W: Kamu membaiahkan dengan aku untuk mendengar dan taat dalam keadaan cergas dan lemah, untuk menyara kehidupan ketika susah dan senang, untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, untuk memperkatakan tentang Allah tanpa mempedulikan cacian dan celaan sesiapapun, untuk menolongku jika aku datang ke tempat kamu di Yathrib dan mempertahankan aku, sepertimana kamu lakukan
65
terhadap diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak pinak kamu, maka pembalasannya adalah syurga.82 Merujuk kepada definisi politik, ianya dapat disimpulkan dengan pengurusan manusia dan pentadbiran negara untuk mencapai keamanan dan keharmonian hidup selari dengan kehendak syarak dan hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. Justeru, keberkesanan pengingtegrasian politik dan dakwah yang dilakukan oleh baginda S.A.W telah berjaya mengurus dan menyatupadukan masyarakat Madinah yang bertelagah. Mereka diikat dengan satu ikatan persaudaraan tanpa mengira status, darjat, ras dan keturunan, bangsa, kaum dan warna kulit sehingga mewujudkan satu suasana yang harmoni di Madinah.83 Bahkan pancaran syiar Islam terus menyinar sehingga telah mendapat perhatian negara-negara lain. Firman Allah S.W.T :
al-Hujurat 49:13 Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 82
Hadith Riwayat al-Baihaqi, Kitab al-Sa’iru, Bab al-Idhan bi al-Hijrati, no. Hadith 17735, Lihat Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra ( Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003), 9: 9. 83 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 214.
66
Firman Allah S.W.T :
Ali-‘Imran 3:103 Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Firman Allah S.W.T :
al-Hujurat 49:10 Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 67
Dalam masa yang sama, kebajikan dan hak bagi golongan non-Muslim dan kaum Yahudi sangat dititikberatkan oleh baginda S.A.W. Tiada sebarang unsur penindasan dan penganiayaan yang dilakukan kepada mereka. Bahkan sistem politik Islam yang mengamalkan prinsip menegakkan keadilan dan kesamarataan telah menjaga hak-hak bagi orang yang lemah tanpa mengira perbezaan bangsa, etnik mahupun warna kulit. 84 Lantaran itu, tindakan tersebut telah menjadi tarikan dakwah untuk manusia mengenali dan mendekati Islam di samping menzahirkan ketaatan kepada pemerintahan Rasulullah S.A.W. Firman Allah S.W.T :
al-Nisa’ 4:58 Terjemahan:
Sesungguhnya
Allah
menyuruh
kamu
supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh)
kamu
menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Baginda tidak menyekat kepada mana-mana kaum Muslim untuk mengadakan hubungan yang baik terhadap golongan non-Muslim ataupun kaum Yahudi selagi mereka tidak mendatangkan ancaman kepada Islam dan memberi ketaatan yang baik kepada pemerintah Islam. Kerjasama dan hubungan baik yang
84
Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama Salaf, 50.
68
terjalin itu secara tidak langsung akan menjadi usaha baginda S.A.W untuk berdakwah kepada golongan non-Muslim dan kaum Yahudi di Madinah pada ketika itu. Firman Allah S.W.T :
al-Mumtahanah 60:8 Terjemahan: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebuah hadith telah menceritakan tentang pelaksanaan Rasulullah S.A.W dalam urusan muamalat bersama orang Yahudi :
ِ َن النيب صلى اهلل عليه وسلم ا ْشت رى طَعاما من ي ه َّ أ َج ٍل َوَرَهنَهُ ِد ْر ًعا من َح ِديد ٍّ ود ُ َ ً َ ََ َ ي إىل أ Terjemahan: Sesungguhnya Nabi S.A.W membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda S.A.W. 85 Kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam berpolitik iaitu mentadbir dan mengurus pemerintahannya telah menjadikan baginda sebagai seorang ketua yang disegani dan dihormati oleh rakyatnya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi telah diberikan kepada Rasulullah S.A.W sebagai ketua pemimpin mereka. Kemanisan iman dan nikmat ketaqwaan yang disemai oleh Rasulullah S.A.W telah tumbuh subur dan sebati di dalam diri kaum Muslim. Begitu juga bagi kaum non-Muslim, 85
Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Istiqrad, Bab Man Ishtara bi al-Dayni wa Laisa ‘Indahu Thamanahu, no. Hadith 2386, Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 171.
69
mereka telah bersepakat untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah S.A.W sebagai ketua pemimpin di Madinah. Firman Allah S.W.T :
al-Nisa’ 4:59 Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Selain memberi penjelasan tentang kewajipan mendengar dan mentaati para pemimpin, ayat di atas juga dikaitkan dengan hadith sahih bahawa ketaatan hanya kepada perkara yang bukan maksiat. Hadith riwayat Ibn ‘Umar r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda:
الس ْم ُع َّ صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم أَنَّهُ قَ َال َعلَى الْ َم ْرِء الْ ُم ْسلِ ِم ِّ َِع ْن ابْ ِن ُع َمَر َع ْن الن َ َّيب ِ َّوالط ٍِ ِ ِ ٍِ ِ اع َة َّ َح َ َب َوَك ِرَه إَِّال أَ ْن يُ ْؤَمَر ِبَْعصيَة فَِإ ْن أُمَر ِبَْعصيَة فَ ََل َسَْ َع َوَال ط َ َ َ اعةُ ف َيما أ Terjemahan: Dari Ibn ‘Umar r.a., dari Nabi S.A.W. beliau bersabda: Kewajipan seorang Muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai ataupun tidak disukai, kecuali bila
70
diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajipan untuk mendengar serta taat. 86 Kewajipan mentaati pemimpin dan pemerintah adalah membawa kepada ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Bahkan keingkaran mentaati pemimpin akan membawa keingkaran kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana, mentaati pemimpin adalah suatu kewajipan yang telah disepakati di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah selama mana ianya tidak kepada perkara maksiat. Hal ini dijelaskan melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
الزنَ ِاد َع ِن ِّ الر ْْحَ ِن ا ْْلَِز ِام ُّى َع ْن أَِِب َّ َخبَ َرنَا الْ ُمغِ َريةُ بْ ُن َعْب ِد ْ َحدَّثَنَا ََْي ََي بْ ُن ََْي ََي أ
اع ِِن فَ َق ْد ْ األ َ َ قَ َال َم ْن أَط-صلى اهلل عليه وسلم- َِّب ِّ َِعَرِج َع ْن أَِِب ُهَريْ َرَة َع ِن الن ِ ِ ِ ِ اع ِِن َوَم ْن يَ ْع ص َ َصى اللَّ َه َوَم ْن يُط ِع األَم َري فَ َق ْد أَط َ َأَط َ اع اللَّ َه َوَم ْن يَ ْعص ِِن فَ َق ْد َع ِ ص ِاِن َ األَم َري فَ َق ْد َع Terjemahan: Daripada Abu Hurayrah daripada Nabi S.A.W telah berkata: “Sesiapa yang mematuhi perintahku, maka sesungguhnya bererti ianya mematuhi perintah Allah dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya bererti ianya melanggar perintah Allah. Sesiapa yang mematuhi perintah pemimpinnya, maka sesungguhnya
ia
mematuhi
perintahku
melanggarnya
perintah pemimpinnya,
dan
maka
sesiapa
yang
sesungguhnya
ia
melanggar perintahku. 87
86
Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab al-Sammu‘i wa al-Ta‘ati li al-Imam Ma Lam Takun Ma‘siati, no. Hadith 7144, dan Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wujub Ta‘at al-Umara’ fi Ghayri Ma‘siati wa Tahrimuha fi al-Ma‘siati, no. Hadith 1839. Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 329 dan Abu al-Husayn Muslim bin alHajjaj al-Nisaburi, Sahih Muslim (Riyad : Dar Toyyibah, 2006), 892. 87 Hadith Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wujub Ta‘at al-Umara’ fi Ghayri Ma‘siati wa Tahrimuha fi al-Ma‘siati, no. Hadith 1835, dan Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Qawlillah ta‘ala Ati‘u
71
Ibn Hajar menjelaskan bahawa hadith di atas terdapat kewajipan mentaati para pemimpin. Ia dikaitkan dan dikhususkan pada perintah bukan maksiat. Hikmah perintah supaya mentaati mereka adalah untuk menjaga kesatuan kalimah kerana perpecahan membawa kepada kemusnahan. 88 Rasulullah S.A.W juga telah memberi penekanan kepada aspek mentaati pemimpin dengan jaminan syurga sebagai ganjaran daripada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a. :
ِ َّ َع ْن أَِِب ُهَريْ َرةَ َر ِضي اللَّهُ َعنْهُ أ ُك ُّل أ َُّم ِِت:صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم قَ َال َ َن َر ُس ْوَل اهلل َ ِ اع ِِن َد َخ َل َ َ َم ْن أَط: يَا َر ُس ْوَل اهلل َوَم ْن يَأْ َِب؟ قَ َال: قَالُ ْوا،يَ ْد ُخلُ ْو َن ا ْْلَنَّ َة إِالَّ َم ْن أ ََِب ص ِاِن فَ َق ْد أ ََِب َ َوَم ْن َع،ا ْْلنَّ َة. Terjemahan: Dari Abu Hurayrah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Setiap umatku akan masuk Syurga, kecuali yang enggan.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Siapa yang enggan itu?” Jawab beliau: “Barangsiapa yang mentaatiku pasti masuk Syurga, dan barangsiapa yang menderhakaiku, maka sungguh ia telah enggan.89 Mentaati perintah Nabi S.A.W adalah satu keperluan. Ini kerana, jika tidak berbuat demikian akan mengakibatkan neraka sebagai balasan. Oleh itu, suruhan kepada mentaati ketua dan pemimpin adalah simbolik kepada keberkesanan sesuatu sistem politik yang mampu membawa manusia kepada cahaya kebenaran Islam.
Allah wa Ati‘u al-Rasul wa Uli al-Amri Minkum, no. Hadith 7137. Lihat Abu al-Husayn Muslim bin alHajjaj al-Nisaburi, Sahih Muslim (Riyad : Dar Toyyibah, 2006), 891 dan Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 328. 88 Ahmad ibn ‘Ali ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari (Beirut : Dar al-Fikr, 1993), 13: 112. 89 Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-I’tisamu bi al-Sunnati, Bab al-‘Iktida’ bi Sunni Rasulillah, no. Hadith 7280, Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : alMaktabah al-Salafiyyah, 1400h), 359.
72
2.4.3
Dakwah Dan Politik Menurut Pandangan Para Sarjana Islam
Politik yang memenuhi tuntutan dakwah adalah lambang ketulenan perjuangan politik Islam. Ini kerana tanpa adanya unsur dakwah, politik Islam akan kehilangan maknanya. Menurut Khairul ‘Azmi Mohamad, politik Islam adalah politik dakwah.90 Ia adalah politik yang mempunyai adab kesopanan, budi bahasa yang tinggi, akhlak yang mulia serta keluhuran budi pekerti. Politik Islam diperjuangkan bukan kerana politiknya tetapi kerana Islamnya. 91 Justeru, perjuangan politik Islam perlulah menyerlahkan kehebatan dan kemurnian ajaran Islam. Manakala al-Mawardi iaitu seorang lagi tokoh mazhab Syafie terkemuka Islam dalam bidang sains politik, juga menekankan kepentingan kuasa politik digunakan untuk memartabatkan agama. Ungkapan Hirasat al-din Sultaniyyah ditujukan kepada orang yang berkuasa. Al-Mawardi juga menjelaskan bahawa Imamah adalah untuk menggantikan nubuwwah bagi mengawasi agama dan mengawasi siasah dunia yang berkaitan dengannya.92 Sayyid Qutb menjelaskan bahawa tugas ahli poltik Islam adalah lebih berat berbanding dengan ahli politik bukan Islam. Ini kerana tugas mereka bukan hanya memastikan rakyat mendapat hak dan pembelaan sewajarnya tetapi yang lebih penting ialah mengajak rakyat kembali kepada kebenaran. Islam dizahirkan dan dijelaskan kepada rakyat seterusnya mengajak mereka ke arah menghayati
90
Khairul ‘Azmi Mohamad, “Kepimpinan Politik Dalam Islam : Satu Analisis Awal Dalam Konteks Malaysia,” dalam Islam, Politik Dan Kerajaan, ed. Khairul ‘Azmi Mohamad (Johor : Pejabat Ketua Penerangan Dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, 2003), 36-37. 91 Ibid., 47. 92 Al-Mawardi, ‘Ali ibn Muhammad, al-Ahkam al-Sultaniyyah wa-al-Wilayat al-Diniyyah (Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t), 5. Juga lihat Mohd Nasran Mohamad, “Teori Politik al-Mawardi Mengenai Khalifah,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005), 56-57.
73
cara hidup Islam. 93 Dalam perkembangan lain, Sayyid Qutb juga menegaskan bahawa politik dan dakwah bagi umat Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana politik itu hanya wasilah kepada tugas yang lebih besar iaitu mengajak manusia kepada Allah S.W.T dan menegakkan sistem Islam dalam semua aspek kehidupan. 94 ‘Abd Karim Zaydan menjelaskan bahawa sistem politik adalah sebagai perantara atau cara dan bukannya matlamat. Dengan kata lain, ia adalah satu cara yang berkesan untuk mencapai objektif tertentu yang ingin dicapai melalui sistem politik. Antara objektif utama politik Islam ialah memelihara agama (Islam) dan memimpin dunia dengan agama (Islam). 95 Di samping itu, sistem politik Islam juga akan mewujudkan pemerintah memiliki kuasa yang membolehkan ia melaksanakan perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu Muslim. Dengan ini, matlamat yang ingin dicapai oleh Islam akan menjadi lebih mudah dan mampu dicapai. 96 Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa jika politik diaplikasikan berdasarkan syariat Islam, maka ia akan menghasilkan satu usaha keras untuk mencapai tujuan manusia yang paling utama iaitu mengesakan Allah S.W.T, membersihkan hati, mengagungkan rohani, menciptakan umat yang istiqamah, sekali gus dapat merealisasikan tujuan Allah dalam menciptakan manusia iaitu supaya beribadah kepada Allah, menjadi khalifah di muka bumi, serta menegakkan kebenaran dan keadilan. 97
93
Amir Husin Mohd Nor, “Etika Politik Menurut Pandangan Sayyid Qutb,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005), 75-76. 94 Ibid., 83. 95 ‘Abd Karim Zaydan, Usul al-Dakwah : Sistem-Sistem Islam, 1:360. 96 Ibid. 97 Yusuf al-Qaradawi, al-Din wa al-Siyasah : Ta’silu wa Raddu Shubuhat (Qaherah : Darul Shuruq, 2007), 79.
74
Al-Qaradawi menegaskan lagi bahawa jika agama yang benar diadaptasi ke dalam politik semestinya akan memberikan pengaruh positif dan mengarahkan kepada kebaikan, menunjukkan jalan yang benar dan menghindarkan daripada kesesatan dan kesalahan. Selain itu, segala bentuk kezaliman, penipuan dan penindasan terhadap golongan yang lemah akan dapat dihapuskan bahkan keadilan akan dapat ditegakkan. 98 Agama juga akan berperanan untuk membantu dan memberi sokongan kepada pemerintah untuk terus berusaha dalam mencapai kebaikan terhadap rakyatnya.99 Dalam perkembangan lain, al-Qaradawi juga sangat tegas menjelaskan bahawa tidak ada pemisahan antara agama dan politik. Ini kerana menjauhkan politik daripada agama adalah sama dengan menjauhkan politik daripada unsurunsur pembentuk kebaikan dan penolak kejahatan, menjauhkan daripada pendorong kebaikan dan ketaqwaan, serta membiarkan politik penuh dengan dosa dan permusuhan. 100 Al-Qaradawi memetik pendapat Shaykh Muhammad al-Khidr Husayn101 yang mengatakan bahawa Islam adalah sebuah agama yang mengajarkan kepada umatnya tentang keseluruhan aspek termasuklah dasar-dasar hukum dan normanorma dalam politik. Bahkan al-Khidr menegaskan bahawa orang yang mengingkari adanya ajaran-ajaran tersebut hanyalah orang yang bodoh terhadap 98
Ibid. Ibid., 80. 100 Ibid., 82. 101 Shaykh Muhammad al-Khidr Husayn merupakan seorang ulama besar dan beliau juga salah seorang syeikh al-Azhar. Beliau juga antara salah seorang ulama yang menentang sekerasnya golongan yang berpendapat tidak ada politik dalam agama dan memisahkan agama daripada politik. Melalui bukunya yang berjudul Rasa’il al-Islah, beliau secara terperinci menjelaskan tentang agama dan politik serta lantang mengkritik dalam menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan agama dan politik. Bahkan alKhidr telah menggunakan istilah kesesatan (dalalah) bagi mengungkapkan tindakan memisahkan agama daripada politik. Ini kerana, tindakan tersebut merupakan suatu perkara baru yang termasuk dalam kategori bidaah. Beliau berhujah berdasarkan sebuah hadith sahih iaitu setiap bidaah adalah sesat. Tindakan memisahkan agama dan politik juga berlawanan dengan apa yang dibawa oleh Islam. Ini kerana al-Khidr menyatakan bahawa terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa al-Quran sangat mempraktikkan urusan muamalah dan mengandungi petunjuk politik bagi pemerintah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ma’idah, ayat : 50. 99
75
ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta sejarah Khulafa al-Rashidin yang memutuskan persoalan dengan timbangan syariat dan ketika terjadi perbezaan pendapat, mereka akan kembali kepada kitab Allah iaitu al-Quran dan al-Sunnah RasulNya. 102 Abu al-Ma‘ati Abu al-Futuh menjelaskan bahawa antara objektif penubuhan kerajaan Islam adalah untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat-masyarakat lain kepada agama Allah dan menjelaskan hukumhukumNya kepada mereka. Ini memerlukan jihad pada jalan Allah secara lisan dan perlu menggunakan kekerasan jika kalimah Allah itu disekat dari sampai kepada masyarakat-masyarakat lain. 103 Beliau juga antara lainnya merupakan salah seorang tokoh Islam yang tegas dan lantang menentang pendapat yang memisahkan agama Islam dan politik. Beliau juga menegaskan bahawa Islam tidak hanya terbatas kepada soal rohani semata-mata, bahkan Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan termasuk dalam soal politik dan pemerintahan. 104 Dalam perkembangan lain, Subhi al-Salih menjelaskan bahawa mendirikan negara Islam dan melantik imam atau ketua merupakan suatu kewajipan dalam Islam. 105 Pendapat ini juga disokong oleh Ab. Aziz Mohd Zin yang menjelaskan bahawa mewujudkan sebuah negara Islam merupakan salah satu daripada peringkat pencapaian matlamat dakwah. 106 Penubuhan negara Islam secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem kawalan, pengurusan dan pentadbiran terhadap manusia. Sistem kawalan dan pengurusan manusia
102
Yusuf al-Qaradawi, al-Din wa al-Siyasah : Ta’silu wa Raddu Shubuhat, 85. Abu al-Ma‘ati Abu al-Futuh, Penyelesaian Islam Dari Sudut Sistem Politik (Selangor : Pustaka Fajar, 1985), 85. 104 Ibid., 14-15. 105 Subhi al-Salih, al-Nuzum al-Islamiyyah (Beirut : Dar al-Malayin, 1976), 57. 106 Ab. Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2006), 67. Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 34. 103
76
berdasarkan peraturan yang sesuai dan adil sangat penting untuk membawa manusia kepada keselamatan, kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ianya bertepatan dengan tujuan dakwah Islam. Ini kerana, dakwah adalah satu usaha yang bertujuan untuk membawa manusia kepada keselamatan, kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.107 Walaubagaimanapun, tujuan dakwah ini tidak mungkin tercapai tanpa adanya suatu bentuk kawalan dan pengurusan manusia yang betul. Oleh itu, pembinaan negara Islam amat penting untuk mewujudkan satu sistem kawalan dan pengurusan manusia. Dengan kata lain kuasa politik yang dimiliki dapat digunakan oleh ketua pemerintah untuk mengawal manusia secara adil, saksama, dan sesuai dengan keperluan manusia. 108 Manakala Basri Bin Ibrahim109 mengatakan bahawa perjuangan melalui kuasa politik merupakan titik tolak kepada umat Islam untuk menggunakan kekuatan ilmu dan minda di dalam menghadapi penjajahan. 110 Ini kerana jihad terbahagi kepada dua iaitu jihad bi al-Sayf dan jihad madani. Adapun jihad bi alSayf adalah jihad menentang musuh dengan mata pedang, manakala jihad madani pula adalah jihad dengan menggunakan tenaga dan pemikiran. Justeru, kuasa politik merupakan satu cara melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar di mana ianya mampu memperbetulkan penyelewengan, permusuhan, permasalahan dan
107
Ab. Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Di Malaysia, 67. Ibid. 109 Basri Bin Ibrahim juga antara tokoh Islam yang mengatakan bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan kerana politik itu sendiri sebahagian daripada Islam sebagaimana ibadat, akidah, ekonomi, jenayah dan lain-lain. Menolak politik bererti menolak sebahagian daripada ajaran Islam sekali gus akan mencacatkan kedudukan Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan memisahkan agama dan politik bukan sahaja satu perbuatan yang haram dan berdosa, malah pelakunya boleh terjebak ke lembah kekufuran. Sila lihat Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Isu-Isu Fiqh Semasa Halal Dan Haram : Ilmu, Akidah, Syariah Dan Akhlak (Selangor : Al-Hidayah Publication, 2009), 2:247-248. 110 Ibid., 2:305. 108
77
penindasan sama ada di kalangan masyarakat mahupun di kalangan para pemerintah tanpa sebarang pertumpahan darah.111 Basri Bin Ibrahim menjelaskan lagi bahawa membina sebuah negara Islam sangat penting bagi mewujudkan penguasaan Islam dalam pemerintahan dan kuasa politik. Kuasa yang dimiliki sangat penting untuk memastikan kewajipan jihad dapat dilaksanakan bagi menjaga dakwah Islam dan bumi Islam serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh alam. Sebuah negara Islam akan dapat menjaga dan memantapkan akidah Islam serta menghapuskan fitnah dan segala yang memburukkan dan memudaratkan sinaran cahayanya. Syiar dan ibadah Islam dapat ditegakkan tanpa sebarang halangan. Adab dan akhlak Islam terus disemai dalam masyarakat serta undang-undang berlandaskan Islam dapat dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan. 112 Pemerintahan Islam juga perlu mengaplikasikan kuasa yang dimiliki untuk menunaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya untuk mengembalikan masyarakat kepada pangkuan Islam dan hakikat agama yang datang daripada Allah S.W.T. Bersaksi hanya Allah sebagai Tuhan sekalian alam dan Muhammad S.A.W adalah RasulNya. Menghapuskan segala pemikiran dan pengaruh serta semangat perkauman (asabiah) yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menghalakannya kepada kiblat yang satu. Masyarakat Islam dibina berasaskan kepada iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. 113 Beliau juga mengatakan bahawa adalah tidak wajar sama sekali orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam secara menyeluruh pada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara, dikatakan
111
Ibid., 2:247. Ibid., 2:244-246. 113 Ibid., 2:244. 112
78
mempolitikkan agama dan mengagamakan politik. Begitu juga dengan orang yang berjuang agar hukum-hukum Islam dilaksanakan dalam pentadbiran dan perundangan negara, juga tidak boleh dikatakan sebagai golongan yang cuba mempolitikkan agama dan mengagamakan politik. Ini kerana setiap orang Islam sememangnya disuruh dan diperintahkan supaya melaksanakan ajaran Islam di dalam kehidupannya. 114
2.5
KESIMPULAN
Politik bukanlah suatu perkara yang baru dalam Islam. Bahkan politik dan Islam merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Politik dalam Islam sangat penting dalam usaha untuk mengurus, mentadbir dan memimpin manusia untuk menuju kepada kehidupan yang diredai Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, politik Islam juga berperanan sebagai wasilah dakwah. Hakikat ini bukanlah sebagai suatu perkara yang baru bagi umat Islam, bahkan pendapat yang mengatakan dakwah dan politik sebagai dua perkara yang berasingan hanyalah akan merugikan umat Islam itu sendiri. Malah pendapat tersebut juga dilihat seolah-olah menafikan pembabitan Rasulullah S.A.W dalam berpolitik sebagai ketua pemerintah kerajaan Islam di Madinah. Pada masa yang sama juga kebangkitan para ulama dan tokoh Islam dalam melontarkan hujah dan memberi amaran yang keras kepada golongan yang berfikiran sekularisme dan liberalisme, sekali gus telah menafikan dan menolak pendapat yang memisahkan agama dan politik amnya serta dakwah dan politik khususnya.
114
Ibid., 2:248.
79