Program Transformasi Ekonomi 275 Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 8: Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik “Makmal pemborongan dan peruncitan telah menyaksikan kerjasama yang erat di antara sektor swasta dan awam. Projek yang telah dikenal pasti oleh makmal ini dilaksanakan di peringkat akar umbi dan mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di kalangan Rakyat. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan amat teruja dengan pertumbuhan kepada PNK yang di rancangkan berjumlah RM84 bilion dan 400,000 pekerjaan baharu yang bakal diwujudkan. Kami menyokong sepenuhnya Projek Permulaan yang telah di kenal pasti dan kami telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam menyampaikan hasil yang di rancangkan.” YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
S
ektor pemborongan dan peruncitan Malaysia (selepas ini dikenali sebagai Peruncitan) adalah penyumbang utama kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK). Ia menyumbang sekitar RM57 bilion kepada PNK pada tahun 2009. Menurut Jabatan Perangkaan, sektor ini juga telah mewujudkan
hampir 500,000 pekerjaan. Untuk mencapai sasaran PNK tahun 2020, sektor runcit akan menjadi peneraju utama penggunaan dalam negara, yang seterusnya akan meningkatkan pembangunan ekonomi. Sektor peruncitan telah mencatatkan penurunan semenjak beberapa tahun yang lepas. Ini dapat dilihat Uumpamanya dari Indeks Pembangunan Peruncitan Global AT Kearney yang telah menempatkan Malaysia di kedudukan ke-17 di kalangan 30 ekonomi lain yang membangun pada tahun 2010. Ini adalah satu kejatuhan dari kedudukan ke-10 yang dicatat pada tahun 2009 dan ke-8 pada tahun 2008. Memandangkan betapa pentingnya sektor peruncitan sebagai pemacu bagi penggunaan dalam negara, dan betapa perlunya untuk memajukan sektor ini, kami telah menetapkan sektor ini sebagai satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan mensasarkan pencapaian lebih dari dua kali ganda sumbangan kepada PNK menjelang 2020.
276
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
DEFINISI NKEA PERUNCITAN Skop NKEA Peruncitan meliputi pelbagai aktiviti perdagangan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam Garis Panduan Perdagangan Pengedarannya. Segmen dan subsegmen yang dilindungi termasuklah belian runcit tanpa kedai, sebagai contoh,; mesin layan diri, membeli belah dari rumah, peruncit Internet, jualan langsung dan peruncit berkedai, seperti kedai barangan runcit dan bukan runcit. Kedai barangan runcit termasuk pasaraya besar, pasaraya, kedai-kedai diskaun, kedai barangan runcit kecil (kedai serbaneka, peruncit berpekarangan termasuk rangkaian, kedai barangan runcit kecil bebas), kedai makanan, minuman dan tembakau dan lain-lain peruncit. Kedai barangan runcit termasuk peruncit-peruncit bercampur (gedung barangan, kedai pelbagai, pedagang besar, kelab gudang), pakar peruncit dan lain-lain kedai bukan barangan runcit. Jenis-jenis peruncit pakar termasuklah (1) kesihatan dan kecantikan (ahli kimia, farmasi, kedai ubat, peruncit pakar kecantikan, lain-lain peruncit pakar kesihatan), (2) pakaian dan kasut, (3) kediaman dan taman (kedai perabot dan peralatan, kedai peralatan buat sendiri (DIY), pusat baik pulih kediaman dan taman), (4) elektronik dan perkakasan, dan (5) barangan santai dan peribadi (kedai buku dan alat tulis, kedai alat pandang dengar, kedai alat mainan dan permainan, kedai barangan sukan, kedai binatang peliharaan dan pasaraya, lain-lain pakar runcit barangan santai dan peribadi). Walaupun kita telah menyentuh isu-isu berkaitan bengkel-bengkel automotif, kita tidak menangani masalah peruncit kenderaan dan minyak kerana peraturan dan struktur pasaran subsegmen ini adalah jauh berbeza daripada sektor peruncitan yang lainnya.
PENILAIAN PASARAN Lanskap peruncitan di Malaysia telah berubah sejak satu dekad yang lalu, dengan format peruncitan yang moden di mana pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan telah meningkat secara besar-besaran berbanding kedai-kedai kecil yang dimiliki dan diusahakan oleh keluarga. Terkini, pembukaan pusat beli belah besar telah meningkatkan elemen gaya hidup membeli belah di Malaysia, dengan konsep peruncitan dipilih secara berhati-hati bagi menarik minat kumpulan pengguna tertentu. Di Lembah Kelang, Kuala Lumpur mempunyai 66 pusat membeli belah manakala terdapat 58 di Selangor. Jumlah ruang peruncitan dalam dua kawasan ini dianggarkan sebanyak 3.37 juta meter persegi. Globalisasi juga telah membawa masuk peruncit asing, francais dan konsep baru ke dalam pasaran Malaysia. Peruncit antarabangsa seperti IKEA dan Marks & Spencer, pasaraya besar seperti Tesco dan Carrefour, dan pengurus pusat membeli belah seperti CapitaMalls juga telah melabur di Malaysia sejak satu dekad yang lalu. Sungguh pun terdapat trend yang positif dan sokongan Kerajaan seperti yang dinyatakan di atas, masih terdapat banyak lagi ruang untuk meningkatkan perbelanjaan barangan runcit. Perbelanjaan peruncitan tahunan per kapita kita adalah RM3,154, (US$886) berbanding dengan Korea Selatan RM8,170 (US$2,995), Taiwan RM11,089 (US$3,115) dan Singapura RM12,185 (US$3,423). Walaupun ketidaksamaan ini sebahagiannya didorong oleh tahap pendapatan yang berbeza, ia juga menunjukkan bahawa adalah perlu untuk menggalakkan tahap perbelanjaan yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Bagi mencapai tujuan ini, syarikat yang terlibat dengan jualan peruncitan di Malaysia perlu menjadi moden dan inovatif, sambil mengguna pakai amalan terbaik peruncitan antarabangsa.
Program Transformasi Ekonomi 277 Hala Tuju Untuk Malaysia
SASARAN DAN ASPIRASI Kami menyasar NKEA Peruncitan untuk menyumbang pendapatan tambahan sebanyak RM107.8 bilion setahun kepada PNK menjelang 2020 di atas RM57.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2009. Ini menjadikan jumlah pendapatan peruncitan meningkat kepada RM165.0 bilion setahun menjelang tahun 2020. Daripada peningkatan sebanyak RM107.8 bilion tersebut, RM40.4 bilion akan disumbang oleh 13 Projek Permulaan (EPP) yang merangkumi tiga tema, RM45.2 bilion akan dihasilkan daripada peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum dan RM22.2 bilion akan dihasilkan daripada kesan penggandaan. Sumber terbesar kesan penggandaan terhadap NKEA PeruncitanRuncit adalah daripada NKEA Elektrik dan Elektronik, yang dianggarkan dapat menyumbang 30 peratus kepada kesan penggandaan. Sebagai contoh, ini mungkin disebabkan oleh peningkatan jualan peralatan elektrik kediaman yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan. EPP NKEA Peruncitan dijangka dapat mewujudkan lebih kurang 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang. Daripada jumlah tersebut, 7,800 adalah terdiri daripada jawatan pengurusan kanan, 11,600 pengurusan, 19,000 profesional dan teknikal, 19,000 eksekutif, 37,000 penyeliaan, 18,000 perkeranian dan lain-lainnya adalah bahagian operasi. Selain itu, sebanyak 226,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan di bawah peluang perniagaan. 13 EPP, akan Menyumbangkan RM107.8 bilion kepada PNK menjelang 2020 EPP Peruncitan telah dikelompokkan berdasarkan tema pemodenan, globalisasi dan revolusi. Sebagai tambahan kepada 13 EPP sedia ada, terdapat 2 EPP sulit (EPP Makmal Putih) yang hanya akan dikemukakan di masa hadapan.
Tema 1: Pemodenan Tema ini akan menyentuh pada jurang proses dan sistem yang terdapat dalam cara pengendali runcit tradisional menguruskan perniagaan mereka. Peruncit di dalam sektor ini, terutamanya peruncit kecil, bengkel automotif, penjaja dan peniaga pasar malam adalah kurang dari segi kemahiran dan skala. Kami akan memodenkan sektor ini melalui penambahan bilangan kedai berformat besar dan moden. Kami juga akan membantu peruncit kecil melalui inisiatif penambahbaikan kepada kemahiran, teknologi maklumat dan proses yang akan membantu operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke paras yang lebih tinggi, sejajar dengan yang dijangkakan daripada sektor peruncitan dalam negara berpendapatan tinggi. • EPP 1: Meningkatkan jumlah kedai format besar seperti pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan; • EPP 2: Membantu memodenkan peruncit kecil melalui program Program TUKAR; • EPP 3: Memoden dan menggabungkan pelbagai format pasar tempatan kepada Pasar Komuniti bersaiz besar; • EPP 4: Meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan bengkel automotif; dan • EPP 5: Membangunkan Bazaar Makan - pusat makanan besar premium dan diuruskan secara profesional.
278
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Tema 2: Globalisasi Tema ini akan memacu sektor peruncitan di Malaysia untuk meningkatkan keupayaan eksport barangan dan kemahiran. Pusat membeli-belah kami adalah antara yang terbaik di Asia dan pengendalinya mempunyai lebih dari 35 tahun pengalaman dalam membangunkan pusat membeli-belah yang menarik dan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Kami bercadang untuk membawa keupayaan kita kepada negara-negara lain di Asia seperti Vietnam dan China. Dalam masa yang sama, kami berhasrat untuk memberikan pendedahan antarabangsa kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS) melalui satu platform peruncitan maya lazim yang akan dikenali sebagai gedung maya (virtual mall). Kami juga mencadangkan pengambilalihan jenama perniagaan runcit antarabangsa. • EPP 6: Membangunkan Gedung 1Malaysia (1Malaysia Mall) yang diuruskan oleh peruncit Malaysia di pasaran membangun seperti Vietnam dan China.; • EPP 7: Membangunkan sebuah gedung maya; dan • EPP 8: Memudahkan pengambilalihan kepentingan perniagaan runcit asing oleh syarikat tempatan. Tema 3: Revolusi Tema ini merangkumi idea untuk membuka lembaran baru menerusi penggunaan konsep, kemahiran dan pengalaman yang belum lagi diterokai oleh sektor peruncitan di Malaysia. • EPP 9: Menghapuskan duti import ke atas semua barangan siap (kecuali automotif dan produk yang tidak berfaedah seperti tembakau); • EPP 10: Menyediakan resort kesejahteraan; • EPP 11: Menganjurkan jualan bersepadu Malaysia; • EPP 12: Mempergiat usaha mentransformasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadi sebuah hab peruncitan; dan • EPP 13: Membangunkan Big Box Boulevard Sebagai tambahan kepada 13 EPP sedia ada, terdapat dua EPP sulit (EPP Makmal Putih) yang hanya akan dikemukakan pada masa akan datang.
Program Transformasi Ekonomi 279 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kesan PNK bagi EPP di atas ditunjukkan dalam Carta 8-1. Carta 8-1
13 EPP, peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan akan menghasilkan peningkatan RM107.8 bilion dalam PNK menjelang 2020 Sumbangan PNK 2020 RM bilion
57.2
22.2
165.0
107.8
45.2
24.3
Pemodenan Globalisasi
1
9.9
2.1
40.4
Revolusi
Makmal Putih1
Jumlah EPP
4.1
Peluang Penggan perniagaan -daan dan pertumbuhan minimum
Perbincangan sulit antara pemain; maklumat tidak disediakan
Jumlah impak PNK
PNK 2009
PNK 2020
280
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
MEMODENKAN SEKTOR PERUNCITAN Di bawah tema ini, kami akan berusaha untuk meningkatkan jumlah kedai berformat besar di Malaysia, memodenkan peruncit kecil, membangunkan Pasar Komuniti bersaiz besar, meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan bengkel automotif dan membangunkan Bazaar Makan.
EPP 1: Meningkatkan jumlah kedai berformat Rasional Pasaran peruncitan Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan ketara bagi pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan sejak sub-sektor peruncitan berformat besar diliberalisasikan pada tahun 1995. Sehingga kini, kami mempunyai 121 pasaraya besar, 113 pasaraya dan 133 gedung barangan yang diusahakan oleh peruncit-peruncit tempatan dan asing seperti Tesco, Carrefour, Giant, Mydin, Econsave, AEON dan The Store. Perkembangan pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan adalah kemajuan yang biasa ke arah perdagangan lebih moden. Pertumbuhan ini memberi kualiti, ketersediaan produk, pilihan, penurunan kos produk, teknologi peruncitan baru dan kemahiran kepada sektor ini. Penyelidikan kami menunjukkan bahawa kewujudan kedai-kedai ini meningkatkan daya saing dan menggalakkan penurunan harga serta mewujudkan peluang pekerjaan. Kami telah mengenal pasti peluang perniagaan yang akan membawa kepada perkembangan sub-sektor ini bagi memadankannya dengan keadaan semasa ekonomi berpendapatan tinggi seperti Korea Selatan, Taiwan dan negara-negara yang lebih maju seperti UK dan Perancis. Secara unik di rantau ini dan di kalangan negara lain yang menjadi penanda aras (seperti Australia, UK), Malaysia mempunyai pasaran tertinggi bagi peruncit barangan runcit asing (28 peratus daripada pasaran). Ini menunjukkan liberalisasi dalam polisi kami yang membolehkan peruncit kompetitif antarabangsa menjalankan perniagaan mereka di sini. Tindakan EPP telah menyarankan pertumbuhan 61 pasaraya besar (iaitu kedai yang berukuran 5,000 meter persegi dan ke atas), 163 pasaraya (iaitu kedai yang berukuran 3,000 hingga 5,000 meter persegi) dan 356 pasaraya dalam gedung barangan (iaitu pasaraya yang berukuran 2,000 hingga 3,000 meter persegi) dalam tempoh masa 10 tahun yang akan datang. Jumlah ini akan menghasilkan lebihan ruang lantai lebih 50 peratus berbanding dengan kadar semasa sebanyak 1.4 juta meter persegi. Perkembangan ini akan dilaksanakan oleh kedua-dua peruncit tempatan dan asing. Pembangunan kedai-kedai besar baharu akan dipantau secara terperinci oleh pihak berkuasa persekutuan dan tempatan untuk mencapai keseimbangan di antara kemodenan dan keselesaan dan untuk mengekalkan peruncit kecil. Keputusan perlu dibuat berasaskan penilaian permintaan dengan meneliti keperluan, keupayaan ekonomi dan populasi dasar penduduk dibandingkan dengan penilaian bekalan ruang runcit dan saiz kedai. Untuk mengurangkan sebarang kesan yang mungkin timbul terhadap peruncit kecil, kami akan menyokong pemodenan peruncit kecil sebagai satu EPP yang berasingan (EPP 2 – Program TUKAR).
Program Transformasi Ekonomi 281 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pemboleh Untuk membantu peruncit tempatan meningkat bertumbuh dalam segmen berformat besar, kami akan menyediakan sokongan kepada peruncit utama tempatan seperti Mydin, dan Econsave. Ini, akan dilakukan melalui peruntukan dana dalam bentuk pinjaman komersial, ambil alihpengambilalihan aset dan pajakan atau sebagai rakan kongsi ekuiti melalui syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Sebagai contoh, GLIC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji kini sedang berunding untuk membantu membiayai atau menjadi pelabur bersama dengan peruncit berformat besar tempatan untuk menambah bilangan kedai mereka. GLIC yang terpilih juga akan meninjau peluang untuk membina dan memajak kemudahan kepada peruncit berformat besar tempatan. Bantuan dan kerjasama seperti itu akan selalunya dibuat berdasarkan prinsip komersial yang teguh. Pembiayaan EPP ini memerlukan RM17.4 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta. Impak Pelaksanaan penuh pasaraya besar dan pasaraya-pasaraya yang telah dirancangkan akan menghasilkan RM8.5 bilion dalam PNK setahun dan mewujudkan 68,600 pekerjaan.
EPP 2: Pemodenan melalui Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) Rasional Program Transformasi Kedai Runcit, yang juga dikenali sebagai Program TUKAR, bertumpuan membantu peruncit kecil menjadi moden dan kekal kompetitif. Ia termasuk menaiktaraf sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 50,000 peruncit yang dianggarkan kini sedang menjalankan perniagaan. Peruncit kecil berhadapan dengan beberapa perniagaan dan demografik yang menjejaskan pendapatan mereka dan, dalam banyak keadaan juga, menggugat kewujudan mereka. Sebagai contoh di Johor, kajian pasaran yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan bahawa sesetengah peruncit kecil diancam dengan penutupan disebabkan peruncit moden (contohnya; operator berformat besar) yang menjalankan perniagaan dalam kawasan mereka. Pemodenan peruncit kecil boleh meningkatkan jualan sehingga 30 peratus, seperti yang ditunjukkan dalam projek perintis yang dijalankan di dua kedai tempatan. Peningkatan jualan ini adalah hasil daripada penarikan lebih pelanggan dan pelanggan yang berbelanja lebih di kedai-kedai yang telah diubahsuai dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa, moden, terang dan bersih, serupa dengan kedai berformat besar. Persekitaran ini memanfaatkan peruncit kecil kerana mereka berupaya menawarkan kemudahan di kawasan kejiranan mereka.
282
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Tindakan Peruncit berformat besar terpilih akan menyokong peruncit kecil dengan membantu mereka memperbaiki ketrampilan dan susun atur, termasuk rak-rak produk yang lebih menarik, meningkatkan pencahayaan dan poin sistem jualan (POS) yang merekod kemasukan dan pengeluaran produk. Tambahan lagi, pemilik kedai akan menerima latihan pengurusan runcit di kedai mereka sendiri dan menerima tunjuk ajar yang berterusan daripada peruncit besar. Kami mensasarkan 2,000 kedai untuk penempatan penuh dan 5,000 untuk penempatan separa untuk bagi menyesuaikan perniagaan mereka dengan keperluan dan daya maju komersial. Sebagai balasan, peruncit utama yang mengambil bahagian akan mendapat faedah sama ada melalui yuran perunding atau dengan menjalin hubungan dengan kedai kecil tersebut, yang seterusnya berpotensi untuk mengikat perjanjian sebagai pemborong barangan dengan kedai kecil tersebut. Pada ketika ini, syarikat peruncitan tempatan seperti Mydin, Berjaya Retail and Econsave telah bersetuju untuk menjuarai EPP ini secara prinsip. Kami sedang dalam perbincangan dengan peruncit utama tempatan yang lain untuk menyertai program ini. Pemboleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyediakan pinjaman mudah kepada pemilik kedai yang ingin memodenkan kedai mereka. Pembiayaan EPP ini melibatkan RM5.2 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta. Impak EPP ini akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM5.6 bilion PNK setahun menjelang 2020 dan mewujudkan 51, 500 pekerjaan.
EPP 3: Membangunkan Pasar Komuniti Rationale EPP ini akan mengubah beberapa pasar seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu dan Pasar Tamu menjadi satu yang dikenali sebagai Pasar Komuniti. Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan, tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor. Inisiatif Pasar Komuniti ini bertujuan untuk menyelaraskan beberapa pasar dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif (sebagai contoh, dengan pengaliran yang lebih baik, pembersihan yang kerap, persekitaran yang menarik). Sama seperti Program TUKAR, persekitaran yang lebih menarik dapat membantu menarik minat lebih pelanggan ke pasar tersebut dan meningkatkan kerelaan mereka untuk berbelanja. Tindakan Kami akan menempatkan beberapa pasar di bawah satu bumbung – satu Pasar Komuniti – yang selesa dan dikawalselia oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menerajui penubuhan Pasar Komuniti dari segi mengenal pasti kedudukan lokasi, pembaharuan, penyelarasan dengan peniaga pasar, dan sebagainya.
Program Transformasi Ekonomi 283 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pemboleh Kami akan membantu peniaga di Pasar Komuniti dalam usaha pemodenan, sama ada melalui bantuan untuk mendapat pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah. Pembiayaan EPP ini akan melibatkan sekitar RM15.5 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta. Impak Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion PNK setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.
EPP 4: Mentransformasikan bengkel automotif Rasional Pada masa ini, polisi atau peraturan untuk mengawal lebih kurang 18,000 bengkel automotif di Malaysia adalah terhad. Terdapat banyak variasi dalam tahap kualiti dan perkhidmatan yang disediakan dalam sektor ini berikutan kurangnya peraturan dalam sektor ini. Persepsi umum yang kurang memberangsangkan terhadap perkhidmatan bengkel adalah disebabkan masalah ketelusan dalam perkhidmatan yang diberi serta caj yang dikenakan. Ketiadaan struktur kawalan menyebabkan wujudnya perbezaan dalam tahap kemahiran mekanik atau juruteknik. Akibatnya, kebolehan sektor ini untuk mengaplikasikan teknologi terkini adalah terhad. Terdapat permintaan ketara bagi bengkel automotif yang dapat dilihat dari jumlah kenderaan di Malaysia (13.7 juta) dengan anggaran perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan sebanyak RM10 bilion setahun oleh pemilik kenderaan. Bengkel-bengkel yang menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik ditambah pula serta ketelusan caj-caj yang dikenakan, boleh menggalakkan perbelanjaan yang lebih dari pemilik kenderaaan, contohnya, melalui penyelenggaraan kenderaan yang lebih kerap, pembelian pakej penyelenggaraan premium dan jualan sampingan (seperti kerusi kulit, cermin gelap). Tindakan Tahap industri ini akan ditingkatkan melalui kawalan kendiri. Persatuan Pemilik Bengkel Automotif Persekutuan Malaysia (FAWOAM) dan/atau pihak yang berkaitan akan mengendalikan pangkalan data berpusat dan laman web, mengkategori dan mengredkan bengkel mengikut tahap perkhidmatan dan pelesenan tenaga kerja industri (mekanik dan juruteknik) melalui program pembangunan kompetensi yang berterusan. Bengkel-bengkel akan diklasifikasikan kepada gred platinum, emas dan perak berdasarkan satu set kriteria yang akan ditetapkan. Pemboleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membantu pemilik bengkel mentransformasikan perniagaan mereka melalui bantuan untuk mendapat pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah dan menyediakan pelepasan cukai bagi peralatan bengkel moden yang diimport. Bagi meningkatkan kualiti keseluruhan barangan yang dijual, penguatkuasaan kawalan kualiti terhadap barang ganti import akan diadakan berdasarkan sampel di semua pintu masuk seluruh Malaysia.
284
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Pembiayaan EPP ini akan melibatkan pembiayaan dan pelaburan swasta sebanyak RM1.4 bilion. Impak Dengan memodenkan sektor ini, adalah dijangka pertambahan pendapatan sebanyak RM1.1 bilion PNK setahun dan pewujudan 9,100 peluang pekerjaan menjelang 2020.
EPP 5: Membangunkan Bazaar Makan Rasional Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum terkenal di seluruh dunia kerana kepelbagaian makanannya. Perkhidmatan industri makanan terbahagi kepada gerai-gerai jalanan, rangkaian restoran peringkat pertengahan dan restoran mewah. Cabaran kepada industri ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak kedai makanan dengan kualiti dan kebersihan yang lebih terjamin. EPP Bazaar Makan diaspirasikan bagi membangun pusat makan sehenti di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik. Konsep ini menumpu pada penetapan piawaian yang tinggi bagi pengurusan profesional dengan matlamat jangka panjang untuk mendidik dan meningkatkan kualiti gerai-gerai jalanan. Tindakan EPP ini berhasrat untuk mewujudkan pusat makanan ikonik yang menyatukan penjual makanan jalanan terbaik di satu pusat makan besar premium yang turut mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah. Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar. Setiap Bazaar Makan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500 orang. Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia. Usaha sama ini akan diurus secara persendirian dan Wesria Food Sdn Bhd (dan/atau pihak lain) telah menawarkan untuk menjuarai beberapa Bazaar Makan terpilih, dari kajian konsep dan lakaran tempat sehinggalah pembinaan, pencarian penjual dan pengurusan harian. Pemboleh Penguatkuasa tempatan dan majlis perbandaran akan membantu mendapatkan lokasi yang strategik dan tanah. Bantuan selanjutnya melalui pembiayaan mikro juga akan disediakan kepada penjual makanan jalanan yang ingin menaik taraf dan memodenkan perniagaan mereka.
Program Transformasi Ekonomi 285 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pembiayaan EPP ini akan melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya adalah dari sektor swasta. Impak EPP ini akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta PNK setahun dan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.
GLOBALISASI DALAM SEKTOR PERUNCITAN Di bawah tema ini, kita akan membangunkan Gedung 1Malaysia, mewujudkan platform e-dagang dan membantu peniaga tempatan memperoleh kepentingan dalam syarikat peruncitan asing.
EPP 6: Membangunkan Gedung 1Malaysia Rasional Malaysia merupakan salah sebuah negara terkemuka di Asia dalam pembangunan dan pengurusan pusat membeli-belah. Projek ini menyarankan pengeksportan kemahiran ini ke seluruh rantau Asia dengan membolehkan operator pusat membeli-belah Malaysia membangunkan pusat membeli-belah dan ruang perniagaan bagi peruncit Malaysia di bandar-bandar yang disasarkan. Dua negara utama yang disasarkan ialah Vietnam and China memandangkan pendedahan kepada pasaraya besar dalam bandar-bandar ini masih lagi di tahap yang rendah. Pemaju Malaysia telah bersedia dan sanggup untuk melaksanakan pelaburan tersebut dengan syarat mereka menerima sokongan padu daripada Kerajaan Malaysia. Ini bagi mendapatkan kelulusan dan lesen secara kolektif dan membincangkan peraturan serta lain-lain keperluan operasi di lokasi-lokasi yang disasarkan. Selain daripada PNK berdasarkan eksport, Gedung 1Malaysia adalah satu saluran bagi mengembangkan pasaran barangan buatan Malaysia dan kepakaran Malaysia dalam pengurusan pusat membeli-belah. EPP ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan bagi jenama luar negara untuk membangunkan pejabat serantau mereka memandangkan potensi pengembangan yang cepat ke arah pasaran lain melalui Gedung 1Malaysia. Peruncit Malaysia telah juga berkembang di luar negara, seperti Parkson yang mempunyai gedung barangan di China dan Vietnam dan kini juga menyasarkan Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi.
Tindakan Projek yang dicadangkan turut menampakkan pembangunan lebih daripada 20 pusat membeli-belah yang serupa dengan 1 Utama, atau Mid Valley Megamall di lokasi-lokasi terpilih di Vietnam and China. Pusat membeli-belah ini akan dihuni oleh sekurang-kurangnya 50 peratus peruncit Malaysia yang telah menjalankan perniagaan di Malaysia. Ini akan memberikan peruncit Malaysia peluang keemasan untuk mengembangkan jenama mereka dan mengambil peluang ke atas pasaran-pasaran yang muncul di Vietnam dan China.
286
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Di Vietnam, kita akan membangunkan lima pusat membeli-belah di Bandar Ho Chi Minh, tiga di Hanoi, satu di Hai Pong dan satu di Can Tho. Di China, kita akan membangunkan 11 pusat membeli-belah di bandar-bandar seperti Harbin dan Shenyang. Potensi peneraju (contohnya, Kumpulan Sunway, KLCC Holdings Bhd, Desa Park City, SP Setia, Ireka) telah menunjukkan minat dan perbincangan sedang dijalankan untuk memuktamadkan keperluan mereka. Pemboleh Dua pemboleh utama dapat menyumbang kepada pelaksanaan yang sempurna. Pertama ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bersama-sama berunding bagi mendapatkan 10 lokasi utama (daripada 2.5 hingga 12 hektar setiap satu) dan mendapatkan kelulusan bagi semua lesen-lesen yang berkaitan untuk pembangunan pusat membeli-belah, lesen runcit bagi semua peruncit Malaysia di pusat membeli-belah, permit kerja bagi pengurusan dan kakitangan penyeliaan Malaysia dan polisi yang liberal untuk membawa balik keuntungan ke negara. Kedua ialah peranan dimainkan oleh Bank EXIM dalam menyediakan pembiayaan eksport dan perkhidmatan pengurusan risiko negara kepada pelabur-pelabur Malaysia. Pembiayaan EPP akan melibatkan RM7.4 bilion pembiayaan dan hampir keseluruhannya adalah dari pelaburan swasta. Impak Projek Gedung 1Malaysia akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM2.2 bilion PNK setahun dan mewujudkan lebih 3,800 pekerjaan pengurusan dan profesional untuk warganegara Malaysia bagi mengurus lokasi luar negara menjelang 2020. Pusat membeli-belah ini dan pekerjaan-pekerjaan tersebut akan menyumbang kepada PNK dengan anggapan pendapatan tersebut dibawa pulang ke Malaysia.
EPP 7: Menubuhkan Gedung Maya Rasional Euromonitor telah menganggarkan nilai perniagaan peruncitan Internet di Malaysia pada tahun 2009 adalah sebanyak RM4.2 bilion. Trend pasaran di negara-negara berpendapatan tinggi menunjukkan jualan barangan dan perkhidmatan melalui Internet juga meningkat dengan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi dan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik. Menurut Euromonitor, jualan runcit melalui Internet di United Kingdom adalah 7% daripada jumlah jualan runcit (berbanding 4% di Malaysia). Sekiranya Malaysia dapat meningkatkan perniagaan peruncitan maya ke tahap yang sama, jualan melalui Internet berpotensi mencapai RM12 bilion pada tahun 2020. Terdapat tiga elemen utama yang menyokong pembangunan gedung maya di Malaysia. Pertama, ketiadaan gedung peruncitan maya tempatan seperti mymall.co.uk dan pasaraya-pasaraya besar maya di UK menjadi petunjuk kepada peluang pasaran. Kedua, platform e-dagang seperti perniagaan-ke-perniagaan mybizpoint Telekom Malaysia telahpun membuat infrastruktur asas dan menyediakan lebar jalur bagi pelaksanaan platform e-dagang yang dicadangkan. Ketiga, dengan taraf hidup yang semakin meningkat dan pertambahan populasi muda pada tahun 2020 (menurut Bank Dunia, 54% populasi Malaysia akan berada di bawah umur 30 tahun), keperluan mereka boleh dipenuhi oleh peruncit Internet memandangkan mereka mahir berkemahiran dalam IT dan mempunyai permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan dalam talian.
Program Transformasi Ekonomi 287 Hala Tuju Untuk Malaysia
Gedung maya yang dicadangkan merupakan replikasi dalam talian pasaraya konvensional. Fokus utamanya adalah untuk membangun dan membolehkan peruncit kecil dan sederhana memasarkan produk secara dalam talian. Walau bagaimanapun, peruncit besar juga akan dijemput mengambil bahagian dalam gedung maya ini. Tindakan Teras Teknologi, sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan dan/atau pihak lain yang setara, akan mula menubuhkan sebuah e-platform secara konsep terbuka, dan membenarkan mana-mana operator runcit untuk mengambil bahagian. Sebuah syarikat baru akan ditubuhkan untuk memudah dan menguruskan operasi platform e-dagang tersebut. Aktiviti perniagaan syarikat baru yang dicadangkan termasuk mendapatkan perkhidmatan dan prasarana IT, lain-lain aplikasi yang berkaitan meliputi sumber manusia dan gaji, pengurusan inventori serta perancangan sumber syarikat. Syarikat baru ini akan melantik 500 kakitangan dan melatih mereka dalam bidang teknologi maklumat, pemasaran dalam talian dan pengurusan logistik. Proses dan sistem yang berkaitan dengan pesanan secara dalam talian dan pengurusan pesanan akan diwujudkan untuk mengurus jumlah jualan yang dijangkakan tinggi. Platform e-dagang ini dijangka dapat diilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012. Perekrutan IKS dan peruncit yang mengambil bahagian akan bermula pada tahun 2011. Pemboleh Bagi menjayakan platform e-dagang ini, kami akan mempertingkatkan akses jalur lebar dan kualiti perkhidmatan ke seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang tindakan kami untuk meningkatkan jalur lebar boleh didapati dalam NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur. Pembiayaan EPP ini akan melibatkan penambahan pelaburan dan pembiayaan swasta sekitar RM1.3 bilion. Impak EPP yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan RM820 juta PNK setahun dan mewujudkan 6,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.
EPP 8: Memudahkan Peniaga Tempatan memperoleh pegangan dalam Perniagaan Runcit Asing Rasional Pembangunan sektor yang mendadak memerlukan pelan yang menjangkaui perkembangan organik. Oleh yang demikian, peruncit tempatan telah mengenal pasti kepentingan dalam dua pasaraya besar asing sebagai sasaran potensi pengambilalihan. Pelaksanaan pengambilalihan ini akan memberi impak kepada PNK dengan mengekalkan sebahagian daripada keuntungan pasaraya besar asing itu di Malaysia. Kepentingan dalam dua perniagaan utama kini sedia untuk pengambilalihan. Pembelian equiti ini oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), seperti kepentingan Sime Darby dalam Tesco, sedang dikaji. Perbincangan dengan peruncit tempatan juga menunjukkan bahawa mereka berminat untuk mengambil alih perniagaan-perniagaan ini. Walau bagaimanapun, mereka mengambil pendekatan yang berhatihati, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pemerolehan tetapi yang lebih penting adalah kerana ketidaktentuan yang wujud akibat kekurangan pengalaman dalam perkembangan yang berdasarkan penggabungan dan pengambilalihan (M&A).
288
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Tindakan Pihak yang berminat sedang berunding dengan pihak kewangan dan bank-bank bagi mendapatkan dana. Sebagai sebahagian daripada perancangan keseluruhannya untuk mengimbangkan peruncit asing dan tempatan, peruncit tempatan akan diberi kemudahan dan opsyen pembiayaan untuk melaksanakan pembelian. Satu model yang sedang dikaji ialah Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GLIC) dan peniaga tempatan menjadi rakan kongsi ekuiti dalam sebuah syarikat induk baru yang akan membeli saham dalam syarikat peruncit asing. Pemboleh Pembiayaan ekuiti dan hutang daripada pengurus dana tempatan dan sokongan meluas daripada bankbank pelaburan diperlukan untuk EPP ini berjaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyediakan pemudahan bagi mencapai hasrat ini. Pembiayaan EPP ini akan melibatkan RM3.0 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta. Impak EPP ini akan menghasilkan RM1.0 bilion PNK setahun dan 400 peluang pekerjaan menjelang 2020.
REVOLUSI SEKTOR PERUNCITAN Tema ini mensasarkan untuk menghapuskan cukai import ke atas barangan terpilih, mewujudkan Resort Kesejahteraan, menganjurkan Jualan Bersepadu Malaysia, mengubah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada hab peruncitan dan membangunkan Big Box Boulevard.
EPP 9: Menjadikan Malaysia Negara Bebas Cukai Rasional Penurunan harga, terutamanya barangan yang dianggap tidak mustahak atau barangan mewah yang mempunyai tahap keanjalan yang tinggi dengan permintaan yang kurang, akan menyebabkan peningkatan dalam perbelanjaan dan memberi impak ke atas PNK. Pengecualian cukai terhadap beberapa barangan runcit terpilih akan dibuat menjelang akhir 2010. Daripada jumlah tersebut, 20% telah pun bebas cukai dan memenuhi syarat perjanjian ASEAN Free Trade Area (AFTA). Lebih banyak barangan akan dikecualikan cukai atau dikenakan cukai serendah lima peratus. Automotif dan produk seperti tembakau dan alkohol tidak akan dikecualikan cukai. Tindakan Kerajaan akan menghapuskan beberapa cukai import menjelang akhir tahun 2010. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pelancongan, dengan kerjasama persatuan-persatuan perdagangan, akan mewujudkan kesedaran terhadap perubahan dasar di dalam dan luar negara.
Program Transformasi Ekonomi 289 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pembiayaan EPP ini akan melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM6.7 bilion tanpa melibatkan peruntukan daripada Kerajaan. Pengurangan hasil pendapatan cukai dapat diatasi dengan pengenaan cukai korporat dan perniagaan yang bertambah akibat peningkatan dalam hasil jualan. Impak Cadangan penghapusan cukai ini akan memberi pendapatan tambahan sebanyak RM3.3 bilion PNK setahun dan mewujudkan 31,100 peluang pekerjaan dalam sektor peruncitan (bersih NKEA Pelancongan) menjelang 2020.
EPP 10: Membangunkan Resort Kesejahteraan Rasional Di peringkat antarabangsa, lebih daripada 50 negara telah mengenal pasti pelancongan perubatan sebagai sumber utama pertukaran wang asing dan telah memutuskan untuk menjadikan sub-sektor ini sebagai satu bidang yang perlu dibangunkan. Pasaran ini secara global bernilai lebih dari RM230 bilion dan sedang meningkat pada kadar 25 peratus setahun. Di Thailand, Hospital Bumrungrad di Bangkok telah menerima dan merawat seramai 150,000 pesakit pada tahun 2009. Menurut Kementerian Kesihatan, pasaran pelancongan perubatan Malaysia bernilai RM288 juta pada tahun 2009. Kita telah menerima 340,000 pesakit pada tahun 2009, di mana 60 peratus daripada mereka adalah di Pulau Pinang. Industri tempatan kita meningkat pada kadar 35 peratus setahun, sebahagian besarnya didorong oleh kos yang rendah (secara relatif berbanding Amerika Syarikat dan Eropah), institusi kesihatan moden swasta yang banyak dan pertambahan hubungan udara melalui penerbangan kos rendah. Resort Kesejahteraan yang dicadangkan akan mendorong pembangunan pusat membeli-belah kesejahteraan yang bersepadu sepenuhnya yang menyediakan semua aspek rawatan estatik dan penambahan kecantikan yang dilengkapi dengan sokongan premis perniagaan. EPP ini hanya mengambil kira impak perbelanjaan peruncitan daripada resort kesejahteraan tersebut (contohnya, pembelian produk spa dan perkhidmatan). Pendapatan daripada perkhidmatan perubatan akan diambil kira di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan. Tindakan Resort Kesejahteraan akan ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti iaitu di Pulau Pinang (memanfaatkan lagi pasaran pelancongan kesihatannya yang sudah mantap), Banjaran Spa di Ipoh (di mana pelabur swasta telahpun menubuhkan sebuah spa) dan Bandar Utama (di mana pemaju telah pun mempunyai pelan untuk mengadakan satu perkampungan gaya hidup pesara). Resort Kesejahteraan akan membangunkan lokasi sedia ada dan membuat pemasaran dengan menyediakan premis perniagaan yang bersepadu. Pelaburan dalam Resort Kesejahteraan akan ditanggung oleh pemaju-pemaju ini. Peniaga berjenama yang bernilai tinggi di Malaysia akan dijemput untuk menubuhkan perniagaan mereka di lokasi-lokasi ini. Sejajar dengan ini, resort ini akan menawarkan penginapan seperti hotel, pangsapuri berkepadatan rendah dan sebagainya. Usaha pemasaran oleh pemaju dijangka dapat menarik 500,000 pelancong asing setiap tahun. Tambahan pula, pemaju berhasrat untuk menarik 30,000 pelancong tempatan setiap tahun.
290
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Pemboleh Kami sedang mengkaji potensi untuk mempercepatkan pemprosesan visa bagi segmen pasaran yang disasarkan dan mempromosikan penubuhan serta pelaksanaan skim insurans perubatan untuk melindungi isu-isu liabiliti profesional sebelum dan selepas rawatan. Kami juga sedang meneliti pilihan-pilihan untuk memberi pengamal perubatan lebih mobiliti bagi membolehkan mereka bekerja dalam Resort Kesejahteraan tersebut. Daripada pihak sektor swasta, pelaburan untuk meningkatkan sistem maklumat pelanggan dan data susulan akan dilaksanakan. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula peraturan kesihatan semasa yang mengehadkan kemasukan pengamal perubatan asing dan penggunaan amalan perubatan yang lebih terkini. Kami akan mensasarkan pensijilan halal dari pihak berkuasa yang berkaitan bagi resort tersebut supaya dapat menarik segmen pasaran Muslim. Pembiayaan EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan swasta sebanyak RM1.7 bilion. Impact Resort Kesejahteraan yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM2.7 bilion PNK setahun menjelang 2020 dan mewujudkan hampir 21,500 pekerjaan dalam sektor peruncitan.
EPP 11: Menganjurkan Jualan Bersepadu Malaysia Rasional Pelancongan Malaysia kini menganjurkan tiga jualan tahunan utama. Terdapat peluang untuk meningkatkan kesedaran terhadap jualan-jualan tersebut dan melibatkan lebih ramai peruncit di kalangan semua industri, contohnya, makanan dan minuman. Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Pelancongan Malaysia akan menyelaraskan para peniaga dari semua sektor ekonomi dalam jualan tahunan bersepadu Malaysia. Pembiayaan EPP ini akan melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM4.7 bilion, di mana hampir keseluruhannya akan ditanggung oleh sektor swasta. Impak Penilaian kita menunjukkan bahawa jualan tahunan bersepadu Malaysia akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM1.8 bilion PNK setahun dan mewujudkan 14,300 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Program Transformasi Ekonomi 291 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 12: Mengubah KLIA kepada Hab Peruncitan Rasional Pada tahun 2009, KLIA telah menjadi pintu keluar utama kepada 29.7 juta penumpang dan pintu masuk kepada 54 penerbangan antarabangsa yang menuju ke 101 destinasi antarabangsa. Potensi jualan runcit KLIA belum sepenuhnya sepenuhnya disebabkan penawaran dan ruang yang terhad, terutamanya di terminal pengangkutan kos rendah. Dengan mempunyai tanah yang luas dan disokong oleh KLIA2 baru dan pelan induk KLIA Aeropolis, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bercadang untuk mengubah KLIA untuk menjadi sebuah hab komersial dan runcitperuncitan. Tindakan Hasil daripada pembangunan KLIA2, MAHB dapat membangunkan satu hab peruncitan, dengan 55,000 meter persegi ruang peruncitan sebagai tambahan kepada ruang peruncitan sedia ada dengan keluasan 43,000 meter persegi di KLIA2 baru. Ini boleh menjadikan KLIA sebagai destinasi membeli-belah yang menarik kepada penumpang penerbangan dan juga kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan lapangan terbang. Pemboleh Tiga pemboleh utama dikenal pasti akan mempercepatkan pelaksanaannya. Kerajaan akan meminda tempoh masa pajakan tanah (bagi tujuan penyediaan kawasan untuk perkembangan hab runcit). Kami juga akan menukar status penggunaan tanah yang dibenarkan daripada pertanian kepada kegunaan komersial. Pemboleh ketiga adalah dengan membenarkan penumpang transit untuk membeli-belah di kawasan ini dengan menggunakan pas sementara. Pembiayaan EPP ini akan melibatkan peningkatan pelaburan dan pembiayaan swasta sekitar RM840 juta. Impak Pembangunan yang dicadangkan akan mendatangkan tambahan pendapatan sekitar RM960 juta PNK setahun menjelang 2020 dan mewujudkan potensi peluang pekerjaan sebanyak 7,700.
EPP 13: Membangunkan Big Box Boulevard Rasional Kewujudan gabungan peruncit berskala besar dan kedai yang menjual barangan kilang tertumpu di satu lokasi adalah menjadi kebiasaan di Eropah dan Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, terdapat peruncit kendiri yang lebih menumpukan kepada kategori peruncitan khusus seperti gudang perabot dan pasaraya besar. Tinjauan kami mendapati peruncit dan pemaju hartanah sektor swasta bersetuju bahawa permintaan bagi pengalaman membeli-belah di kawasan peruncit berskala besar semakin meningkat. Ini didorong oleh kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pelajar Malaysia di luar negara, ekspatriat dan jumlah pelancong yang semakin bertambah yang ingin membeli-belah di satu lokasi tunggal yang merupakan satu destinasi membeli-belah.
292
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Situasi sedia ada menunjukkan bahawa ia mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa, pembangunan infrastruktur, kesediaan pemasaran dan operasi. Sebagai contoh, hab pemborong-runcit di Nilai 3 mengambil masa selama lebih 10 tahun untuk membangun menjadi sebuah kawasan perniagaan peruncitan bersaiz sederhana, di mana ia masih jauh dari saiz yang diingini sebagai sebuah big box boulevard. EPP ini akan menyaksikan pembangunan sebuah gabungan kedai-kedai peruncit yang sangat besar dalam pelbagai kategori peruncit (sebagai contoh, medan selera, butik, pasaraya besar), yang tertumpu di dalam satu lokasi yang dikenali sebagai big box boulevard (BBB). Kami telah mengenal pasti Nusajaya sebagai satu lokasi strategik untuk membangunkan BBB pertama Malaysia, yang mengandungi 10 hingga 12 kedai runcit berskala besar dalam satu kawasan. Tindakan BBB yang akan dibangunkan terdiri daripada gabungan peruncit-peruncit, diterajui oleh beberapa kategori kedai, sebagai contoh, pasaraya besar, kedai perabot besar, pusat beli belah produk digital dan peralatan elektronik dan juga kedai mainan dan peralatan sukan, ruang pameran automatif besar, pusat tekstil, pasaraya taman dan alatan logam. Jumlah binaan ruang runcit yang dicadangkan adalah sekitar 26 hektar. BBB akan disokong oleh kedai makan dan minuman, kedai serbaneka, dan juga peruncit arak dan tembakau. BBB akan dikemukakan sebagai sebuah projek pembangunan tunggal dan bersepadu kepada beberapa Kementerian dan badan-badan penguatkuasaan untuk kelulusan bagi mengurangkan duplikasi dan mengelakkan daripada sebarang kelewatan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meneraju dan membantu dalam mendapatkan kelulusan dari agensi-agensi, kementerian dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat. Satu syarikat pemacu penghantaran khusus (SPDV) akan diwujudkan untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan pemaju tanah dalam menyelaraskan pembangunan. SPDV ini juga akan bertindak sebagai satu wakil penghubung dengan berbagai peruncit BBB. Yang paling utama, SPDV ini merupakan nadi bagi perkongsian awam-swasta yang akan menyelaraskan semua pembangunan prasarana infrastruktur bersepadu serta memudahkan kelulusan pihak berkuasa, pemasaran dan lain-lain aktiviti pemboleh. SPDV akan menjalankan aktiviti ini menerusi pejabat pengurusan projek yang menjadi wakil penghubung di antara berbagai pihak. Prestasinya akan diukur melalui Kunci Petunjuk Aras (KPI) khusus dan had waktu. Nusajaya telah dipilih menjadi lokasi projek pertama ini kerana: • Pemaju induk (UEM Land) dengan matlamat komersial yang sejajar; • Sebuah tapak yang sesuai seluas 400 ekar dengan pengezonan yang telah ditentukan dan perancangan yang dibenarkan dan mempunyai sebuah infrastruktur yang agak matang seperti jalan raya, tenaga elektrik dan sistem perhubungan; • Potensi pasaran yang besar sekitar 7 juta orang (termasuk Singapura); dan • Minat peruncit yang ketara untuk mengambil bahagian.
Program Transformasi Ekonomi 293 Hala Tuju Untuk Malaysia
Lain-lain lokasi BBB (contohnya, Nilai atau Pulau Pinang) dikenal pasti sebagai peluang perniagaan pada ketika ini. Lokasi ini perlu diteliti seterusnya dengan pihak ketiga yang berkaitan. Pemboleh Pihak Peneraju. Sektor swasta akan meneraju dengan UEM Land sebagai pemaju induk, yang akan disokong oleh peruncit-peruncit utama. SPDV akan membantu menyelaras perjanjian komersial, termasuk memorandum persefahaman, dokumentasi sewaan dan usahasama. Sokongan dan Kemudahan Kerajaan: Ini melibatkan penyediaan infrastruktur (seperti jalan raya, stesen kuasa, air, tanah yang telah dibersihkan), mempercepatkan kemajuan transit aliran massa dan/atau perluasan transit aliran ringan (LRT) bagi Nusajaya, dan penggunaan insentif yang telah diisytiharkan bagi kawasan Iskandar Malaysia (sebagai contoh, pelepasan cukai, fleksibiliti untuk menggaji pekerja asing dan pembiayaan melalui pinjaman mudah). Pembiayaan Sebanyak RM1.7 bilion pembiayaan dan pelaburan diperlukan dari tahun 2011 sehingga 2013 untuk membangunkan 10 hingga 12 kawasan big box boulevard. Hampir keseluruhan kos pembiayaan akan ditanggung oleh sektor swasta. Impak BBB akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM1.2 bilion PNK setahun menjelang 2020 dan mewujudkan hampir 9,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.
PELUANG PERNIAGAAN Peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum dianggarkan menyumbang sebanyak RM45.2 bilion kepada PNK, dan mewujudkan sekitar 226,000 pekerjaan tambahan. Perkembangan ini akan didorong oleh tiga pemandu ekonomi yang berbeza. Yang pertama ialah perbelanjaan peruncitan per kapita yang lebih tinggi disebabkan peningkatan PNK bagi setiap isi rumah menjelang 2020. Yang kedua, urbanisasi akan turut menyumbang memandangkan pemrpindahan daripada kawasan luar bandar ke bandar akan meningkatkan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan, termasuk produk nilai tambah yang lebih tinggi. Akhirnya, peningkatan populasi akan menyebabkan pertambahan permintaan yang lebih untuk barangan dan perkhidmatan. Pembiayaan dan pelaburan sebanyak RM187.6 bilion daripada sektor swasta diperlukan untuk mengambil kesempatan terhadap peluang perniagaan ini.
PEMBOLEH LAZIM Daripada keseluruhan 13 EPP dan peluang perniagaan ini, beberapa pemboleh lazim akan disediakan untuk memudahkan peruncit menjalankan perniagaan, dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap persaingan dan pilihan bagi pelanggan. Pemboleh-pemboleh ini adalah dalam bentuk akses kewangan, liberalisasi sektor, prasarana dan modal insan.
294
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
Akses Mudah bagi Kewangan Keupayaan untuk mendapat dan mengurus pembiayaan adalah kritikal bagi membolehkan peruncit kecil menjadi moden dan peruncit yang besar untuk mengembang. Sebagai contoh, jenis bantuan yang diperlukan oleh peruncit adalah penambahan kesedaran tentang skim-skim pembiayaan, menjadikan aksesibiliti lebih mudah diperoleh dan meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan. Meningkatkan kesedaran tentang skim pembiayaan. Ramai peruncit tempatan menyatakan bahawa mereka kurang sedar tentang sumber kewangan yang disediakan untuk mereka. Bagi menjadikan maklumat lebih mudah diperolehi, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan syarikat-syarikat IKS akan mewujudkan satu pusat pangkalan data informasi maklumat mengenai pembiayaan bagi perniagaan runcit. Mereka juga akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara untuk menyebarkan maklumat tentang pembiayaan. Menjadikan aksesibiliti lebih mudah diperoleh. Peruncit-peruncit tempatan kecil menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan memandangkan mereka dianggap berisiko tinggi dan tidak mempunyai cagaran untuk pinjaman. Untuk menyelesaikan masalah ini, BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan tempatan untuk mengadakan satu skim jaminan kredit dan menubuhkan dana bersama untuk membantu peniaga kecil. BNM juga akan turut membantu peniaga kecil mendapatkan pembiayaan alternatif, sebagai contoh, modal usaha sama dan ekuiti persendirian. Meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan. Peruncit kecil kurang berkemahiran dan pengalaman dalam pengurusan kewangan. Untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan kewangan mereka, peruncit wajib menghadiri kursus pengurusan kewangan sebelum pinjaman atau bantuan dapat disalurkan kepada mereka.
Meliberalisasikan Sektor Peruncitan Kami akan mengambil tindakan lanjut untuk menjadikan sektor peruncitan lebih kompetitif. Dua langkah penting adalah pembukaan pasaran yang terhad serta memudahkan keperluan penubuhan dan pengembangan. Pembukaan pasaran terhad. Pasaran bagi sesetengah produk runcit tertentu (contohnya, barangan pertanian dan makanan terpilih) masih terhad kepada beberapa pembekal dan pemegang permit yang diluluskan (AP). Kami akan mengkaji potensi untuk melonggarkan pasaran ini dan membenarkan kemasukan bebas import dan eksport. Untuk memastikan kualiti, kami akan meningkatkan pemeriksaan di pintu masuk di seluruh negara. Penyelarasan keperluan penubuhan dan pengembangan. Kini, untuk memulakan operasi peruncitan, peniaga perlu mendapatkan beberapa lesen daripada berbagai pihak (sebagai contoh, penguatkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Elektrik, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan). Tambahan, terdapat potensi untuk memendekkan masa menunggu bagi mendapatkan kelulusan struktur premis (sebagai contoh, oleh penguatkuasa tempatan dan Jabatan Bomba). Kami akan memudahkan proses penubuhan dengan mengurangkan jumlah lesen yang diperlukan, mengadakan satu pusat sehenti untuk proses permohonan, mempercepatkan pelaksanaan e-lesen dan membenarkan pembaharuan permohonan lesen hanya sekali bagi semua cawangan sesebuah syarikat peruncit. Kami akan mengurangkan tempoh kelulusan bagi struktur premis kepada hanya satu bulan dari kira-kira tiga bulan ketika ini.
Program Transformasi Ekonomi 295 Hala Tuju Untuk Malaysia
Menaiktaraf Infrastruktur Pengangkutan Infrastruktur juga perlu dinaiktarafkan bagi memenuhi keperluan pengangkutan barangan yang dianggarkan akan bertambah dan peningkatan bilangan pelanggan yang dijangka mengunjungi kedai peruncit. Contoh penambahbaikan adalah seperti meningkatkan efisiensi logistikc melintas sempadan, membaiki kemudahan di pintu masuk dan meningkatkan tahap pengangkutan awam. Meningkatkan efisiensi logistik melintas sempadan. Sesetengah pemborong masih melaporkan kesulitan dan kelewatan dari segi penghantaran barangan ke dalam dan luar Malaysia. Kami akan terus bekerjasama dengan persatuan industri yang berkaitan (contohnya, pengangkut muatan) untuk mengatasi isu yang masih belum diselesaikan (contohnya, berkaitan pengurusan, pemprosesan borang dan pemeriksaan di pintu masuk dan keluar). Sebagai contoh, kami juga akan mengkaji proses automasi dan lain-lain proses penambahbaikan untuk mempercepatkan kelulusan barangan di pelabuhan dalam tempoh maksimum 24 jam daripada kira-kira 72 jam ketika ini. Memperbaiki kemudahan di pintu masuk. Terdapat peluang untuk memperbaiki kemudahan di pelabuhan, lapangan terbang dan jalan melintas sempadan. Kami akan mengkaji peluang-peluang ini dan bertindak ke atasnya. Sebagai contoh, dengan dengan mewujudkan lebih banyak kapasiti simpanan untuk barangan mudah rosak. Meningkatkan tahap pengangkutan awam. Kami akan meningkatkan keterhubungan, efisiensi dan kualiti pengangkutan awam (contohnya, bas, transit aliran ringan) untuk memudahkan dan menarik minat pelanggan mengunjungi pusat-pusat runcit. Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kami yang sedang dijalankan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan juga inisiatif di bawah NKEA Greater KL (contohnya, membangunkan satu rangkaian transit aliran massa).
Membangunkan Modal Insan Untuk memenuhi keperluan pekerjaan yang akan diwujudkan oleh NKEA Peruncitan, kami akan memastikan terdapat bekalan bakat yang berkemahiran dalam sektor peruncitan serta, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi. Beberapa inisiatif bagi tujuan ini adalah dengan meningkatkan jumlah graduan dalam bidang peruncitan dan memperolehi sumber alternatif pekerja. Meningkatkan jumlah graduan dalam pengajian peruncitan. Kami perlu meningkatkan bilangan pekerja yang berkelayakan untuk memenuhi pertambahan bilangan pekerja pengurusan dan profesional yang dijangkakan. Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil dari industri peruncitan untuk menyediakan lebih modul dan kursus yang menumpu pada peruncitan (contohnya, jualan dan pemasaran, pengurusan logistik, pengurusan operasi peruncitan). Memperolehi sumber alternatif pekerja. Kami perlu menambah bilangan kakitangan baris hadapan untuk menyokong peningkatan jumlah kedai runcit yang dianggarkan. Oleh itu, kami akan menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam tenaga kerja oleh kumpulan seperti suri rumah, pasangan pekerja asing, warga emas dan pelajar. Kami sedang mengkaji cara untuk melaksanakannya, seperti mewajibkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan membenarkan pelajar asing di universiti tempatan untuk bekerja secara sambilan.
296
Bab 8 Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik
PEMBIAYAAN Jumlah keperluan pembiayaan untuk EPP adalah RM67.1 bilion (Carta 8-2), di mana hampir keseluruhannya dibiayai oleh sektor swasta. Carta 8-2
Untuk 13 EPP, pembiayaan sebanyak RM67.1 bilion diperlukan, di mana kurang daripada 1% adalah daripada pembiayaan awam Hampir 100% pembiayaan EPP dianggarkan daripada sektor swasta
Pecahan pembiayaan antara EPP dan peluang perniagaan
RM bilion
RM bilion
66.7
67.1
187.6
254.7
67.1 0.4 Awam <1 % daripada jumlah
Swasta
Jumlah
~100
EPPs % daripada jumlah
26
Peluang Jumlah Perniagaan 74
TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN Struktur tadbir urus dibahagi kepada tiga peringkat (Carta 8-3). Peringkat pertama ialah panduan strategik dan penyelesaian masalah, dengan mesyuarat suku tahunan bersama Perdana Menteri. Dalam tempoh itu, Menteri Peneraju (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan satu Jawatankuasa Pemandu (dengan wakil dari kedua-dua sektor awam dan swasta) akan menyediakan panduan keseluruhan kepada pasukan pelaksana (contohnya, Pejabat Pengurusan Pelaksanaan atau DMO) dengan interaksi formal yang diadakan setiap bulan dan lebih kerap jika keadaan memerlukannya. Peringkat kedua ialah mengenai pengawalseliaan dan laporan. Tugas ini dijalankan oleh DMO, yang terdiri daripada kakitangan sepenuh masa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nasihat dari pakar industri sektor swasta. DMO akan bertemu setiap dua minggu dengan pemilik EPP (Jadual 8-1) dan melaporkan kemajuan projek dan isu tertunda kepada ETU Unit Program Transformasi Ekonomi dan Menteri bertanggung jawabPeneraju. Peringkat ketiga terdiri dari pasukan projek khas yang melaksanakan tugas penyampaian EPP. Pasukan ini, satu bagi setiap EPP, akan melaporkan kemajuan projek kepada PPTK setiap minggu.
Program Transformasi Ekonomi 297 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 8-3
Tadbir Urus NKEA Pemborongan dan Peruncitan Perdana Menteri Jawatankuasa Pemandu Pengerusi: Menteri Peneraju(KPDNKK) Pasukan Pemudah Pusat: ETU
Ahli-ahli: s -$4## s -)4) s -/4/52
Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (DMO)
Pertumbuhan Berformat Besar
Gedung 1Malaysia
Bazaar Makan
Big Box Boulevard
Malaysia Bebas Cukai
s -/&