Bab 5 Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) dalam Sejarah Islam Nur Aina Abdulah & Ibnor Azli Ibrahim Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ merupakan kewajiban yang utama dalam sesebuah institusi kehakiman. Tanpa konsep ini, badan kehakiman dilihat senget, berat sebelah dan tidak adil. Ini kerana kehakiman adalah suatu badan yang sepatutnya bebas daripada campur tangan mana-mana pihak. Pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini juga menjadikan para hakim bebas membuat keputusan atau menarik balik hukuman tanpa pengaruh daripada sesiapa. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa pelaksanaan istiqlal alqada’ ini sebenarnya telah lama bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan Baginda merupakan pengasas kepada konsep istiqlal al-qada’ ini. Banyak contoh kehakiman yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai ikutan dan panduan kepada para hakim selepasnya dan hari ini agar tetap mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ dalam badan kehakiman demi menjamin keadilan dan menjaga maslahat umat. Benarlah bahawa sesungguhnya Baginda adalah contoh ikutan sepanjang zaman tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah dalam bidang kehakiman.
Rasulullah SAW Pengasas Istiqlal al-Qada’ Rasulullah SAW merupakan ketua negara Madinah dan satu-satunya hakim pada peringkat awal penubuhan negara Islam ketika itu (alBadwi 2012: 152). Ini kerana keadaan dan situasi pada masa itu tidak memerlukan kepada hakim yang lain disebabkan kurangnya pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku lantaran kuatnya pegangan agama di kalangan umat Islam. Tambahan pula, umat Islam ketika itu tidaklah terlalu ramai (Abu Talib 1982: 30). Namun, setelah urusan kenegaraan semakin banyak, Rasulullah SAW telah melantik beberapa orang sahabat untuk menjadi hakim bagi mewakili Baginda. Hakim-hakim yang dilantik itu dikehendaki menjalankan tanggungjawab sama ada dengan kehadiran Baginda sebagai pemantau atau tanpa kehadiran Baginda di Madinah. Mereka adalah ‘Uqbah bin ‘Amir, Mi‘qal bin Yasar al-Muzani, Hudhayfah alYamani dan ‘Umar bin al-Khattab. Selain itu, setelah wilayah taklukan Islam semakin membesar, Rasulullah SAW juga telah mengutuskan beberapa sahabat lain ke negara luar dari Madinah untuk mewakili Baginda sebagai hakim, penguasa dan guru bagi mengajarkan ajaran Islam. Sahabat-sahabat yang menjadi utusan Rasulullah SAW ke negara luar dari Madinah itu ialah ‘Ali bin Abi Talib, ‘Attab bin Usayd,
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 55
‘Amru bin Hazm, Abu Musa al-Ash‘ari dan Mu‘adh bin Jabal (alQattan 1993: 33-37). Rasulullah SAW merupakan pengasas kepada istiqlal al-qada’ dalam syariat umat Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa eksekutif dan legislatif belum berlaku pada zaman Rasulullah SAW (Madkur 1964: 23). Ketiga-tiga kuasa itu dipegang sendiri oleh Baginda. Meskipun begitu, keadilan tetap dapat ditegakkan oleh Baginda melalui pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Baginda. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan dan keturunan seseorang tetap diheret ke muka pengadilan jika disabitkan bersalah (al-Hashimi 2005: 20). Banyak contoh dan kes yang dihakimi oleh Baginda yang membuktikan bahawa konsep istiqlal al-qada’ diamalkan sepanjang penghakiman Baginda. Contoh dan kes ini mengukuhkan lagi hujah bahawa Rasulullah SAW sebagai hakim yang mengasaskan istiqlal al-qada’ dalam syariat umat Nabi Muhammad. Berikut adalah tiga contoh antara pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Rasulullah SAW: 1. Hukuman terhadap wanita bangsawan Rasulullah SAW adalah hakim adil yang tidak membezakan kedudukan dan taraf seseorang dalam penghakiman. Sesiapa sahaja yang disabitkan bersalah tetap akan menerima hukuman. Suatu hari, berlaku kes curi yang melibatkan seorang wanita dari keturunan mulia, Bani Makhzum. Ketika itu, penduduk Madinah cuba meminta syafaat dan pertolongan Rasulullah SAW agar mengecualikan wanita itu daripada dikenakan hukuman hudud. Kisah Makhzumiyyah ini diceritakan dalam hadis berikut:
ِ ِ ِ ََِّّالنبَِّصلىَّهللاَُّعليهَّوسلمََّّيفَّغزوة ً أنََّّقر يشاَّأمههمَّشأ ُنَّاملرأةَّاملخزوميةَّاليتَّسرقتَّيفَّعهد ي َّجيرتئ َّعليهَّإال َِّ ُ ََّّومن: َّمنَّيُكلِي ُم َّفيهاَّرسولَّ َّهللاِ َّصلىَّهللاَُّعليهَّوسلم؟َّفقالوا: َّفقالوا.الفتح ِ َّأسامةُ َّبن َّزيد ِ ب َّىَّهللاَُّعليه َّوسلمَّ؟َّفأتىَّهباَّرسول َّهللاِ َّصلىَّهللاَُّعليه َّ َّرسول َّهللاِ َّصل ُّ َّح، ُ ِ ِ َّأتشفع ُ (َّفقال.َّفتلونَّوجهَُّرسولَّهللاَّصلىَّهللاَُّعليهَّوسلم.ََّّبنَّزيد ُ َُّفكلمهَّفيهاَّأسامة.َّوسلم َِّهللا ِ ِ َّ!َّفلماَّكانَّالعشي َّقام َّ َّايَّرسول.َّاستغف ْر َّيل: َّ َّمنَّحدود يفَّح يد َُّهللاِ؟)َّفقالَّلهَّأسامة ُّ َّ.َّمثَّقالَّ(أماَّبعد.َّفأثىنَّعلىَّهللاِ َّمباَّهوَّأهلُه. َّ رسول َّهللاِ َّصلَّىَّهللاَُّعليهَّوسلم َّفاختطب ُ ََّّوإذاَّسرقَّفيهم.َّتركوه،يف ُ َّأهنمَّكانواَّإذاَّسرقَّفيهمَّالشر،فإمناَّأهلكَّالذينَّمنَّقبلكم َّ َّوالذي َّنفسي َّبيده! َّلو َّأن َّفاطمة َّبنت َّحممد َّسرقت، َّوإين. َّأقاموا َّعليه َّاحلد،ضعيف ُ ال .َّمثَّأمرَّبتلكَّاملرأةَّاليتَّسرقتَّفقطعتَّيدها.)لقطعتَّيدها Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Quraisy sedang berasa resah gelisah tentang kes kecurian yang melibatkan seorang wanita berbangsa Makhzum (yang berketurunan mulia) pada hari pembukaan kota Mekah. Mereka berkata: “Siapakah yang berani membawakan kes ini
56 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 kepada Rasulullah SAW?” Lalu, ada yang menjawab: “Siapa lagi yang berani selain Usamah bin Zayd, pemuda kesayangan Rasulullah SAW.” Maka, Usamah pun pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta syafaat pertolongan (pengecualian hukuman) dalam kes tersebut. Lantas berubahlah wajah Rasulullah SAW kerana marah dan bersabda: “Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah tetapkan?” Lalu Usamah berkata: “Maafkan aku wahai Rasulullah.” Kemudian Baginda Rasulullah SAW berdiri dan menyampaikan khutbah ringkas: “Wahai manusia! Sesungguhnya umat-umat sebelum kamu yang terdahulu telah dimusnahkan kerana perkara seperti ini.َّMereka telah mengecualikan hukuman hudud terhadap golongan yang berkuasa dan berkedudukan dalam masyarakat. Namun, apabila rakyat biasa yang lemah dan tiada kedudukan di antara mereka mencuri, maka barulah mereka melaksanakan hudud. Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, sesungguhnya sekiranya Fatimah binti Muhammad didapati mencuri, nescaya aku akan potong tangannya.” Setelah itu diperintahkan wanita yang mencuri tadi dipotong tangannya.1 Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes curi terhadap seorang wanita dari keturunan Makhzum yang mulia. Rasulullah SAW telah menjatuhkan hukuman hudud potong tangan kepada wanita tersebut yang telah disabitkan bersalah atas kesalahan mencuri walaupun dia terdiri daripada keturunan yang mulia ketika itu. Malah, Rasulullah SAW juga bersumpah bahawa Baginda sendiri yang akan menjalankan hukuman hudud potong tangan jika anaknya sendiri iaitu Fatimah didapati mencuri seperti wanita Makhzum itu. Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang kemusnahan umat terdahulu yang disebabkan oleh ketidakadilan yang berlaku dalam penghakiman bilamana hanya golongan bawahan sahaja dikenakan hukuman. Sebaliknya golongan kaya dan berkedudukan dilepas bebas begitu sahaja dan terkecuali daripada menerima hukuman. Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam penghakiman Rasulullah SAW melalui dua shahid (tempat berdalil dalam) hadis, iaitu: a) Shahid pertama أتشففُ ف ي ف ي ف حديدففهللاي ف يyang bermaksud ‘Apakah kamu memohon syafaat pertolongan dalam kes hudud yang Allah telah tetapkan?’ Shahid ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah hakim yang adil dan bersikap bebas serta tidak terpengaruh dengan pangkat dan kedudukan seseorang. Rasulullah tetap menjatuhkan hukuman dan tidak memberikan sebarang pertolongan atau pelepasan kepada sesiapa sahaja yang disabitkan bersalah melakukan jenayah walaupun terhadap keturunan atasan seperti Bani Makhzum. b) Shahid kedua: لف يأ ي طمةفبيت فحيد ةف ي فقطحيليدهفحي ف طyang bermaksud ‘Sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri, pasti aku akan memotong tangannya’. Shahid ini membuktikan bahawa Rasulullah
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 57
SAW selaku hakim yang benar-benar bersikap bebas dan tidak berpihak kepada sesiapa walaupun terhadap anaknya sendiri. Rasulullah telah bersumpah bahawa dia sendiri akan memotong tangan anaknya Fatimah sekiranya anaknya disabitkan bersalah dengan kesalahan mencuri. Penghakiman Rasulullah SAW dalam kes ini menunjukkan bahawa kehakiman adalah suatu badan yang bebas yang tidak boleh dipengaruhi oleh pangkat dan keturunan demi menegakkan keadilan. 2. Panduan kepada hakim Rasulullah SAW adalah hakim yang rasional dan adil dalam penghakiman. Baginda telah memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada Sayidina ‘Ali RA sebagai hakim yang baru dan muda. Sayidina ‘Ali adalah hakim yang diutuskan ke negara Yaman seperti mana yang disebutkan dalam hadis:
َّ َّترسلينَّوأان،َِّفقلتَّايَّرسولَّهللا،هللاِ َّصلىَّهللا َّعليهَّوسلم َّإىلَّاليمنَّقاضيا َّ َّبعثينَّرسول ََّّفإذا،َّويثبت َّلسانك، َّإن َّهللا َّسيهدي َّقلبك:َّوالَّعلمَّيلَّابلقضاء؟َّفقال،حديثَّالسن ََّّكماَّمسعتَّمنَّاألول؛َّفإنه،جلسَّبنيَّيديكَّاخلصمانَّفالَّتقضنيَّحىتَّتسمعَّمنَّاآلخر .أحرىَّأنَّيتبنيَّلكَّالقضاء Maksudnya: Rasulullah SAW mengutuskanku ke Yaman sebagai hakim. Maka, aku berkata kepada Rasulullah: “Kamu mengutuskanku sedangkan aku masih muda dan tidak ada ilmu tentang kehakiman?” Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada hatimu dan menetapkan lidahmu (agar menjadi fasih). Sekiranya dua orang yang bertelagah datang kepadamu, maka janganlah kamu menghakimi mereka sehinggalah kamu mendengar keterangan pihak yang lagi satu sepertimana kamu mendengar keterangan pihak yang pertama. Itulah cara yang dapat menerangkan kepadamu tentang kehakiman.”2 Hadis di atas menerangkan tunjuk ajar Rasulullah SAW kepada Sayidina ‘Ali yang diutuskan ke negara Yaman sebagai penguasa dan hakim. Rasulullah telah mengajarkan bahawa seorang hakim itu tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan dan keterangan sebelah pihak sahaja. Sebaliknya, seorang hakim itu mesti mendengar hujah keterangan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman. Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam penghakiman Rasulullah SAW melalui shahid hadis, ففا جيس ففنيتففكهللاي ف نيجل ففةط ي ففتيتينففكهللاي س ف يت ففة يدففهللايج ففقyang bermaksud ‘Sekiranya dua orang yang bertelagah datang kepadamu, maka janganlah kamu menghakimi mereka sehinggalah kamu mendengar keterangan pihak yang lagi satu seperti mana kamu mendengar keterangan pihak yang pertama’. Shahid ini menunjukkan bahawa Rasulullah adalah hakim yang bersikap bebas dan tidak mudah
58 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 dipengaruhi berdasarkan dakwaan satu belah pihak sahaja. Sebaliknya, Rasulullah mengajarkan bahawa seseorang hakim mesti mendengar hujah keterangan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat sesuatu keputusan dan menjatuhkan hukuman. 3. Hubungan baik yang tidak mempengaruhi Rasulullah SAW adalah hakim yang bebas dan berpendirian. Walaupun, Baginda Nabi mempunyai hubungan baik dengan seseorang, namun hubungan itu sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda dalam kehakiman. Ini kerana konsep istiqlal al-qada’ yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai pengasas kepada syariat ini. Pernah suatu ketika, dua orang lelaki dari wilayah Kindah dan Hadramaut di Yaman bertelagah di hadapan Rasulullah SAW tentang pemilikan tanah. Pada masa yang sama, lelaki dari wilayah Hadramaut (digelar sebagai Hadrami) itu sangat dikenali oleh Rasulullah dan mereka mempunyai hubungan yang baik. Namun, hubungan yang baik itu langsung tidak mempengaruhi penghakiman Rasulullah terhadapnya sepertimana yang diceritakan dalam hadis:
ِ ِ ِ ََّّاي:ضرمي ُّ بَِّصلىَّاَّللَُّعليهَّوسلمَّفقالَّاحل ٌ َّرجلَّمنَّحضرموت ٌ جاء َّورجلَّمنَّكندةَّإىلَّالن ي ِ ََّّفقال.رسولَّاَّللِ!َّإنَّهذاَّقدَّغَّلبينَّعلىَّأرضَّيلَّكانتَّأليب َّ هيَّأرضيَّيفَّيدي:ندي َُّّ الك ِ ُ هَّفيهاَّحق َّفقال ِ َّضرميَّألكَّب يِينةٌَّقال َّال أزر ُعهاَّليسَّل ٌّ َّرسول َّاَّللَّصلىَّاَّللَُّعليه َّوسلمَّللح ِي ِ ََُّّفاجر َّالَّيُبايلَّعلىَّماَّحلف َّعل ِيه َّوليس َّيتورع ٌ قال َّفلك َّميينُهَُّقال َّايَّرسول َّاَّلل َّإن َّالرجل ََّّرسولَّاَّللَِّصلىَّاَّللَُّعل ِيهَّوسلم ُ ِمنَّشيءَّفقالَّليسَّلكَّمنهَُّإالَّذلِكَّفانطلقَّليحلِفَّفقال ِ ِِ .ض ٌَّ َّمع ِر ُ ُلماَّليلقنيَّاَّللَّوهوَّعنه ً ُملاَّأدبرَّأماَّلئنَّحلفَّعلىَّمالهَّليأكلهَُّظ
Maksudnya: Seorang lelaki dari wilayah Hadramaut (digelar sebagai Hadrami) dan seorang lelaki dari wilayah Kindah (digelar sebagai Kindi) telah berjumpa dengan Nabi SAW. Maka, Hadrami itu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki ini telah menguasai tanah milikku. Dahulunya, tanah ini milik bapaku.” Lalu, Kindi menjawab: “Ini adalah tanah milikku yang aku bercucuk tanam padanya. Sesungguhnya dia tidak mempunyai hak ke atasnya.” Rasulullah SAW bertanya kepada Hadrami; “Adakah kamu mempunyai bukti?” Hadrami menjawab: “Tidak.” Rasulullah pun berkata: “Oleh sebab itu, bagimu adalah sumpahnya.” Lantas, Hadrami berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat. Dia sama sekali tidak hirau terhadap sumpah yang dilafazkannya dan dia tidak bersifat warak terhadap apa jua.” Lalu, Rasulullah membalas: “Tiadalah bagimu melainkan sumpahnya.” Maka, apabila Kindi beredar, Rasulullah SAW bersabda kepada Hadrami: “Sekiranya dia bersumpah atas hartanya supaya dia dapat memakan harta tersebut dengan cara yang zalim, ketahuilah bahawa sesungguhnya dia akan berjumpa dengan Allah SWT sedangkan Allah berpaling daripadanya.” 3
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 59
Hadis di atas menerangkan cara penghakiman Rasulullah SAW dalam kes perebutan pemilikan tanah antara Kindi dan Hadrami. Kindi adalah seorang lelaki yang jahat dan tidak bersifat warak terhadap apa jua sekalipun. Manakala Hadrami telah dikenali oleh Rasulullah SAW sebagai lelaki yang soleh dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Walau bagaimanapun, Hadrami sebagai pendakwa tidak mempunyai bukti. Oleh sebab itu, Rasulullah memutuskan bahawa tidak ada jalan lain bagi Hadrami melainkan sumpah daripada Kindi sebagai penafian terhadap dakwaan Hadrami. Pendalilan kepada hadis di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam penghakiman Rasulullah SAW berdasarkan shahid ططلَي طير ل ه hadis: لكني س هرعفيدفهللاييف د ي فيع َكهي ٌ يجلقسلَي َيجَّلليإ ه ه َ َ طسقيالي فبطل يع َ يدطي ه َ َيلفكنيلفنَ يد فهفيإالي لفنَي َ يفطلyang bermaksud ‘Hadrami telah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat. Dia sama sekali tidak hirau terhadap sumpah yang dilafazkannya dan dia tidak bersifat warak terhadap apa jua.” Lalu, Rasulullah membalas: “Tiadalah bagimu melainkan sumpahnya.” Shahid ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sememangnya telah mengenali Hadrami dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Jika tidak, masakan Rasulullah membiarkan dakwaan Hadrami yang mengatakan bahawa Kindi adalah lelaki yang jahat. Malah, Rasulullah tidak berkata perkara yang sama kepada Hadrami kerana Baginda sememangnya mengenali Hadrami sebagai lelaki yang soleh dan mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Walau bagaimanapun, hubungan yang baik antara Rasulullah SAW dengan Hadrami sedikit pun tidak mempengaruhi Baginda untuk berlaku adil dalam kehakiman. Baginda tetap menerima sumpah Kindi kerana Hadrami tidak mempunyai bukti berdasarkan kaedah fiqh: جلبك بيع ف يجلةف ع وي جلكةفكهللايع ف يدفهللايأ فقyang bermaksud ‘Beban pembuktian adalah ke atas pendakwa, dan sumpah daripada orang yang menafikan dakwaan’. Begitulah keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai hakim yang membuktikan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Baginda.
Pelaksanaan Istiqlal al-Qada’ Pada Zaman al-Khulafa’ alRashidin al-Khulafa’ al-Rashidin membawa maksud khalifah-khalifah yang menggantikan Rasulullah SAW selepas kewafatannya untuk memimpin umat. Antara tugas para khalifah adalah menguruskan dan mentadbir hal ehwal kehakiman (al-Qattan 1993: 41).َّPara khalifah telah menjalankan urusan kehakiman dengan begitu baik sekali sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi SAW. Pelaksanaan istiqlal alqada’ dalam kehakiman juga telah diteruskan demi menjamin keadilan dan menjaga maslahat umat. Sayidina Abu Bakr al-Siddiq atau nama sebenarnya ‘Abdullah bin AbiَّQuhafah adalah khalifah pertama yang telah memimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun kesebelas Hijrah (alHumaydi 1989: 235). Tidak berlaku sebarang perubahan dalam sistem
60 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 kehakiman semasa zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakr al-Siddiq sepertimana pada zaman Rasulullah SAW. Ini kerana tugas kehakiman masih lagi dipegang oleh khalifah sendiri dan dibantu oleh beberapa orang penguasa yang telah dilantik untuk memerintah wilayah luar Madinah (Mushrifah 1939: 98-99).َّPelaksanaan istiqlal al-qada’ juga tetap berjalan sepertimana pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW walaupun ketika itu belum berlaku pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa eksekutif dan legislatif. Ini disebabkan kurangnya pertelingkahan yang berlaku lantaran kuatnya pegangan agama dalam diri mereka yang masih lagi dekat dengan zaman Rasulullah SAW (Madkur 1964: 25). Pada tahun ketiga belas Hijrah, Sayidina ‘Umar telah menggantikan pemerintahan Sayidina Abu Bakr selepas kewafatannya (Mushrifah 1939: 98-99). Beliau telah memperkenalkan istilah baru dan menggelarkan dirinya dengan istilah itu, iaitu ‘Amirul Mukminin’ yang bermaksud ketua pemimpin orang-orang mukmin sebagai ganti kepada gelaran ‘Khalifah kepada khalifah Rasulullah’ yang agak panjang (alSuyuti 2004: 125). Semasa dua tahun pertama pemerintahan Sayidina ‘Umar ibn al-Khattab, khalifah masih lagi memegang tugas kehakiman sepertimana pada zaman Rasulullah SAW dan zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakr al-Siddiq (Mushrifah 1939: 98-99). Walau bagaimanapun, setelah wilayah Islam semakin besar, umat Islam semakin ramai dan tugas penguasa pentadbiran wilayah semakin banyak, maka Sayidina ‘Umar ibn al-Khattab telah mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif (al-Humaydi 1989: 233). Pengasingan kuasa ini bertujuan agar tugas kehakiman dapat difokuskan dan dilaksanakan dengan sempurna oleh hakimhakim yang telah dilantik demi menjaga maslahat umat. Manakala, penguasa pula dapat menumpukan kepada tugas-tugas pentadbiran wilayah sahaja (al-Hashimi 2005: 24). Seterusnya, Sayidina ‘Uthman bin ‘Affan pula telah dilantik menjadi khalifah pada tahun kedua puluh tiga Hijrah menggantikan Sayidina ‘Umar yang telah meninggal dunia kerana dibunuh (Mushrifah 1939: 109). Semasa zaman pemerintahan Sayidina ‘Uthman, beliau lebih banyak mengadakan perbincangan dengan para sahabat yang lain sebelum memutuskan kes dan menjatuhkan sesuatu hukuman. Para sahabat yang sering dipanggil itu ialah Sayidina ‘Ali bin Abi Talib, Talhah ibn ‘Ubaydillah, al-Zubayr ibn al-‘Awwam dan ‘Abd al-Rahman ibn ‘Awf (al-Qattan 1993: 53-54). Walau bagaimanapun, pelaksanaan istiqlal al-qada’ tetap diteruskan seperti zaman pemerintahan sebelumnya. Manakala Sayidina ‘Ali RA pula adalah daripada kalangan alKhulafa’ al-Rashidin terakhir yang dilantik pada tahun ketiga puluh empat Hijrah (Mushrifah 1939: 119). Pada ketika itu, umat Islam berada dalam keadaan yang tegang berikutan pembunuhan Sayidina ‘Uthman. Malah, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah Sayidina ‘Ali sebagai pembunuhnya. Oleh sebab itu,
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 61
Sayidina ‘Ali telah memecat beberapa orang hakim yang terlibat dalam penyebaran fitnah ke atasnya dan sangat berhati-hati dalam pelantikan hakim (al-Qattan 1993: 56). Berikut adalah tiga contoh antara contoh pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman para al-Khulafa’ alRashidin yang diambil daripada athar sahabat: 1. Keharusan Hakim Membatalkan Hukumannya Seseorang hakim berhak untuk menarik balik keputusan dan membatalkan hukuman apabila didapati berlaku kesilapan dalam penghakiman. Keharusan ini membuktikan kebebasan seseorang hakim dalam institusi kehakiman dan dia tidak boleh dipengaruhi oleh manamana pihak. Suatu ketika, Sayidina ‘Ali ibn Abi Talib pernah menyangkal dan mempersoalkan hukuman rejam ke atas seorang wanita gila yang berzina yang telah dijatuhkan oleh Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab sebagai hakim ketika itu. Walau bagaimanapun, selepas mendengar hujah Sayidina ‘Ali, Khalifah ‘Umar telah menarik kembali hukuman tersebut sepertimana yang diceritakan dalam athar:
ََّّفمرَّهباَّعلىَّعلي،َّفأمرَّهباَّعمرَّأنَّترجم،َّقدَّزنتَّفاستشارَّفيهاَّأانسا،أيتَّعمرَّمبجنونة َّ.َّفأمرَّهباَّعمر َّأن َّترجم،َّجمنونةَّبينَّفالنَّزنت:َّماَّشأنَّهذه؟َّقالوا:بنَّأيبَّطالبَّفقال ََّّأماَّعلمتَّأن َّالقلمَّقدَّرفعَّعن،َّايَّأمريَّاملؤمنني:َّمثَّأاتهَّفقال،َّارجعواَّهبا:َّفقال:قال َّ،َّبلى:َّوعنَّالصبَّحىتَّيعقل؟َّقال،َّوعنَّالنائمَّحىتَّيستيقظ،ثالثة؛َّعنَّاجملنونَّحىتَّيربأ .َّفجعلَّيكرب:َّقال،َّفأرسلها:َّقال،َّقالَّفأرسلها،َّالَّشيء:َّفماَّابلَّهذهَّترجم؟َّقال:قال Maksudnya: Seorang wanita gila yang telah berzina dibawa ke hadapan Sayidina ‘Umar, lalu baginda bermesyuarat dengan orang ramai berkenaan kes tersebut. Akhirnya baginda memerintahkan agar dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Ketika hukuman hendak dijalankan, Sayidina ‘Ali lalu berdekatan tempat tersebut lalu bertanya, “Apa yang telah dilakukan oleh wanita ini?” Lantas, orang ramai yang berada di situ menjawab, “Dia adalah seorang wanita gila daripada Bani Fulan telah berzina. Maka, Sayidina ‘Umar memerintahkan hukuman rejam ke atasnya dilaksanakan.” Lalu Sayidina ‘Ali berkata, “Kembalilah kamu semua kepadanya (wanita gila itu)”. Setelah itu, Sayidina ‘Ali pergi menemui Sayidina ‘Umar dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya pena telah diangkat (tidak dikenakan hukuman) terhadap tiga golongan; (pertama) orang gila sehingga dia pulih daripada gilanya, (kedua) orang tidur sehingga dia terjaga daripada tidurnya, (ketiga) kanak-kanak sehingga dia berakal (tahu menilai antara baik dan buruk)? Sayidina ‘Umar menjawab: “Ya.” Lalu Sayidina ‘Ali berkata lagi: “Kalau begitu, mengapakah kamu menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya?” Sayidina ‘Umar menjawab: “Benar, tidak perlu hukuman apa-apa ke atasnya.” Sayidina ‘Ali berkata lagi: “Oleh sebab itu, lepaskanlah dia” Maka, Sayidina ‘Umar telah melepaskannya.4
62 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 Athar sahabat di atas menceritakan kebebasan Sayidina ‘Umar RA sebagai hakim dalam membuat keputusan,َّsama ada mengekalkan atau menarik kembali keputusan dan membatalkan hukuman setelah diperbetulkan oleh Sayidina ‘Ali. Akhirnya, setelah Sayidina ‘Umar menyedari akan kesilapannya dalam penghakiman, maka beliau telah menarik balik hukuman rejam ke atas wanita itu berdasarkan hujah daripada hadis Nabi yang dibawakan oleh Sayidina ‘Ali RA. Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman yang mana Sayidina ‘Umar ibn al-Khattab adalah seorang hakim yang bebas untuk membuat sebarang keputusan dan bebas juga menarik balik sesuatu keputusan melalui shahid athar: i. Shahid pertama: ففردقيت ففطيعةففقيأ يتففقسyang bermaksud ‘Sayidina ‘Umar memerintahkan wanita itu direjam’. Ini menunjukkan pada permulaannya Sayidina ‘Umar telah membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya. ii. Shahid kedua: رر ف طyang bermaksud ‘Bebaskanlah dia (wanita itu)’. Shahid ini menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar telah menarik semula keputusan dan membatalkan hukuman ke atas wanita itu dengan membebaskannya setelah didapati berlaku kesilapan dalam penghakiman sepertimana yang ditegur oleh Sayidina ‘Ali. 2. Penolakan terhadap penghakiman berat sebelah Seseorang hakim adalah bertanggungjawab penuh untuk menegakkan keadilan, tidak berat sebelah dan bersikap bebas serta tidak boleh dipengaruhi oleh pangkat, kemuliaan atau apa jua sekalipun. Para hakim hendaklah berpegang teguh kepada prinsip istiqlal al-qada’ walaupun orang yang dihakiminya adalah pemimpin masyarakat yang mulia. Pernah suatu ketika pada zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar, berlaku pertelagahan antara Sayidina ‘Umar RA dengan Ubayy bin Ka‘b. Mereka berdua pergi berjumpa dengan Zayd bin Thabit sebagai hakim untuk mengadili kes tersebut. Walau bagaimanapun, Sayidina ‘Umar menolak penghakiman Zayd yang tidak adil dan tidak mengamalkan konsep istiqlal al-qada’ sepertimana yang diceritakan dalam athar berikut:
ََّّاجعل:َّكانَّبنيَّعمرَّوأيبَّرضىَّهللاَّعنهماَّخصومةَّفقالَّعمر:َّمسعتَّالشعبَّقال:قال ََّّعمرَّرضىَّهللا:َّفأتوهَّقالَّفقال:َّفجعالَّبينهماَّزيدَّبنَّاثبتَّقال:بيينَّوبينكَّرجالَّقال ََّّفلماَّدخلواَّعليهَّأجلسهَّمعهَّعلىَّصدر:َّقال.عنهَّأتيناكَّلتحكمَّبينناَّويفَّبيتهَّيؤتىَّاحلكم ََّّفقصا:َّفقالَّهذاَّأولَّجورَّجرتَّيفَّحكمكَّأجلسينَّوخصميَّجملساَّقال:فراشهَّقال ََّّفأقسم:َّفقالَّزيدَّأليبَّاليمنيَّعلىَّأمريَّاملؤمننيَّفإنَّشئتَّأعفيتهَّقال:عليهَّالقصةَّقال َّعمرَّرضىَّهللاَّعنهَّعلىَّذلكَّمثَّأقسمَّلهَّالَّتدركَّاببَّالقضاءَّحىتَّالَّيكونَّيلَّعلىَّأحد .فضيلة
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 63
Maksudnya: Suatu pertelingkahan berlaku di antara Sayidina ‘Umar ibn al-Khattab dan Ubayy RA (pada zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar). Maka, Sayidina ‘Umar berkata: “Kita mesti melantik seorang hakim di antara kita (untuk mengadili kes ini).” Mereka melantik Zayd bin Thabit sebagai hakim lalu mereka berjumpa Zayd seraya Sayidina ‘Umar berkata: “Kami datang kepada kamu untuk kamu menghakimi kami dan memang sepatutnya seseorang hakim didatangi di rumahnya.” Setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah, Zayd terus mempersilakan ‘Umar untuk duduk bersamanya di atas hamparannya (kerana memuliakannya). Lantas, Sayidina ‘Umar berkata: “Ini adalah kesalahan pertama (kerana tidak berlaku adil) yang berlaku dalam penghakimanmu! Dudukkanlah aku dan lawanku pada satu tempat perbicaraan (pada kedudukan yang sama).” Setelah Sayidina ‘Umar dan Ubayy masing-masing menceritakan hal dan punca pertelingkahan mereka, Zayd pun berkata kepada Ubayy: “Amir al-Mu’minin hendaklah bersumpah, atau jika mahu, kamu boleh kecualikan beliau daripada bersumpah.” Namun Sayidina ‘Umar tetap bersumpah. Kemudian baginda bersumpah kepada Zayd: “Kamu tidak akan dapat menghampiri pintu kehakiman (termasuklah menjadi hakim atau peguam bagi pihak yang bertelingkah) sehinggalah kamu tidak lagi melebihkan aku daripada orang lain.”5 Athar sahabat di atas menceritakan pertelagahan yang berlaku antara Sayidina ‘Umar RA dengan Ubayy bin Ka’ab RA yang dihakimi oleh Zayd bin Thabit sebagai hakim yang dilantik ketika itu. Walau bagaimanapun, Zayd telah melakukan kesilapan dalam prosiding perbicaraan dengan tidak berlaku adil dengan memberikan keistimewaan kepada Sayidina ‘Umar berbanding Ubayy. Ini disebabkan Zayd sangat menghormati dan memuliakan Sayidina ‘Umar sebagai khalifah. Kesannya, penghakiman Zaid ini telah ditolak oleh Sayidina ‘Umar dan peringatan tegas diberikan kepadanya. Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan bahawa Sayidina ‘Umar ibn al-Khattab tegas dalam pendiriannya berkaitan dengan pelaksanaan istiqlal al-qada’ melalui shahid athar: i. Shahid pertama: Pelaksanaan konsep istiqlal al-qada’ melalui pengasingan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif berdasarkan kata-kata جهفففتيتك ةفففطي ففف يتفففهللاي طتفففحyang bermaksud ‘Mereka melantik Zayd bin Thabit sebagai hakim’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Umar sebagai Khalifah ketika itu telah mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa legislatif dan eksekutif apabila beliau sendiri pergi berjumpa dengan hakim untuk menyelesaikan pertelagahannya dengan Ubayy kerana ia di luar bidang kuasanya sebagai Khalifah. ii. Shahid kedua: Ketegasan pendirian Sayidina ‘Umar dalam memastikan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman dengan menolak penghakiman Zayd yang tidak adil yang telah memberikan keistimewaan kepada dirinya berbanding pihak lawannya, Ubayy berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Umar (اليتف ر يتفطايجلينفط ي سف يالي ف ي
64 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21 )لففف يع ففف يأ ففف ي نفففك بyang bermaksud ‘Kamu tidak akan dapat menghampiri pintu kehakiman (termasuklah menjadi hakim atau peguam bagi pihak yang bertelingkah) sehinggalah kamu tidak lagi melebihkan aku daripada orang lain’. Kisah ini benar-benar membuktikan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam sejarah zaman pemerintahan Sayidina ‘Umar RA. 3. Kesamarataan Pihak yang Bertelagah Antara prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang menjadi kewajiban kepada seseorang hakim adalah menyamaratakan kedua-dua pihak yang bertelagah. Para hakim mestilah bersikap bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak sekalipun. Prinsip kesamarataan ini telah ditunjukkan oleh Sayidina ‘Ali RA ketika seorang lelaki datang berjumpa dengannya mengemukakan kes pertelingkahannya:
ِ َُّاَّلل َّ ََّّعليَّرضي ٌَّّ ََُّّفقالَّلَّه،َُّخصماَّل َّه َِّ ََّّرجلَّوهو َّ َُّاَّلل َّ ََّّعليَّرضي َّنزلََّّعلىَّ ي ً َّمثَّقدم،ابلكوفة ٌ َُّعنه َّعليه َّوسلمَّ َّهناان َّأن َِّ َُّاَّلل َّ َّاَّللِ َّصلى َّ َّ َّفإن َّرسول،َّفتحو َّْل:َّقال،َّنعم:أخصم َّأنت؟َّقال ٌ َّ:ُع َّنه .َُّوخصمهَُّمعَّه نُضيفَّاخلصمَّإال ُ
Maksudnya: Seorang lelaki menjadi tamu di rumah Sayidina ‘Ali di Kufah.َّKemudian selepas beberapa ketika, lelaki itu mengemukakan suatu kes pertelingkahan kepadanya. Lalu, Sayidina ‘Ali bertanya kepadanya: “Adakah kamu ingin membawa kes pertelingkahan untuk aku bicarakan?” Lelaki itu menjawab: “Ya”. Lantas Sayidina ‘Ali berkata: “Beredarlah. Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami untuk melayan (atau menerima menjadi tetamu) salah satu pihak yang bertelingkah kecuali pihak lawannya ada bersama-sama dengannya.”6 Athar di atas menerangkan bahawa Sayidina ‘Ali enggan untuk menghakimi dan mendengar kes pertelingkahan seorang lelaki yang telah datang berjumpa dengannya di Kufah. Ini disebabkan oleh peringatan Rasulullah SAW yang melarang seorang hakim daripada mendengar sesuatu kes yang salah satu pihak yang terlibat telah mempunyai hubungan terdahulu dengannya kerana dikhuatiri keputusan hakim itu nanti akan memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja. Pendalilan kepada athar di atas menunjukkan pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman Sayidina ‘Ali RA melalui shahid athar: i. Shahid pertama: Keengganan Sayidina ‘Ali RA daripada mendengar kes pertelingkahan lelaki itu apatah lagi untuk menghakiminya berdasarkan kata-kata س ف ه ليyang bermaksud ‘beredarlah’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Ali sebagai hakim menolak untuk mendengar kes itu kerana lelaki itu pernah menjadi tetamunya. Perkara ini membuktikan bahawa kesamarataan antara kedua-dua pihak yang bertelagah dalam kehakiman adalah penting dalam sesuatu kes pertelingkahan agar hakim tidak dilihat membuat
Kebebasan Kehakiman (Istiqlal al-Qada’) 65
keputusan yang memberikan keuntungan kepada pihak yang dikenalinya. ii. Shahid kedua; Pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman َيجَّلليلف ه ه ير ف ل ه berdasarkan kata-kata Sayidina ‘Ali; يجَّللفيع كفهي ف ه َ ي ي َ فا ه ه ف ف فةهفيدهَ ف يهف فكفيجل ف َ يإالي َ َ ط ففطيأ ي نفyang bermaksud ‘Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami untuk melayan (atau menerima menjadi tetamu) salah satu pihak yang bertelingkah kecuali pihak lawannya ada bersama-sama dengannya’. Ini menunjukkan Sayidina ‘Ali adalah seorang hakim yang bersikap bebas dan tidak mahu dipengaruhi dalam membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan dakwaan sesuatu pihak sahaja sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Kesimpulan Dapatlah dirumuskan bahawa pelaksanaan istiqlal al-qada’ ini sememangnya telah diamalkan dalam sejarah Islam sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sebagai pengasas kepada konsep istiqlal alqada’ telah meninggalkan kepada umatnya banyak contoh amalan kehakiman sebagai panduan kepada para hakim selepasnya dalam melaksanakan istiqlal al-qada’. Begitu juga dengan hakim-hakim pada zaman al-Khulafa’ al-Rashidin yang tetap teguh berpegang dan mempertahankan prinsip pelaksanaan istiqlal al-qada’ dalam kehakiman. Antara contoh pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang telah ditunjukkan adalah tentang kebebasan kehakiman yang menolak sebarang bentuk pengaruh dan campur tangan daripada mana-mana pihak dengan menyamaratakan semua orang dalam kehakiman tanpa memberikan keistimewaan atau kelebihan kepada mereka yang mempunyai pangkat dan keturunan. Maka, sejarah Islam telah membuktikan bahawa konsep kebebasan kehakiman (istiqlal al-qada’) adalah sebahagian daripada syariat Islam dan telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Nota Hujung 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-hudud, Bab qat‘ al-sariq al-sharif wa ghayrih wa al-nahy ‘an al-shafa‘ah fi al-hudud, hadis no. 4387. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-aqdiyyah, Bab kayf al-qada’, hadis no. 3582. Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-ayman, Bab wa‘id man aqta‘ haqq muslim bi yamin fajirah bi al-nar, hadis no. 356. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-hudud, Bab fi al-majnun yasriq aw yusib haddan, hadis no. 4399. al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadi, bab al-qadi la yahkum li nafsihi, hadis no. 20510. al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, kitab adab al-qadi, bab la yanbaghi li alqadi an yudif al-khasm illa wa khasmuu ma‘ah. hadis no. 20470, jil. 10, hlm. 232.
66 Isu Syariah & Undang-undang Siri 21
Rujukan al-Quran al-Karim. al-Badawi, Isma‘il Ibrahim. 2012. Nizam al-Qada’ al-Islami. Iskandariyyah: Dar al-Fikr al-Jami‘i. al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad bin al-Husayn bin ‘Ali. 1999/1420H. alSunan al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Abu Talib, Hamid Muhammad. 1982. al-Tanzim al-Qada’i al-Islami. Kaherah: Matba‘at al-Sa‘adah. Abu Dawud. 2009. Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah. al-Hashimi, Muhammad ‘Ali. 2005/1426H. Mafakhir al-Qada’ alIslami. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah. al-Humaydi, ‘Abd al-Rahman Ibrahim ‘Abd al-‘Aziz. 1989/1409H. alQada’ wa Nizamuh fi al-Kitab wa al-Sunnah. Makkah: Jami‘at Umm al-Qura. Madkur, Muhammad Salam. 1964/1348H. al-Qada’ fi al-Islam. alQahirah: Tibacat al-‘Alamiyyah. Muslim. 2007. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Ma‘rifah. Mushrifah, ‘Atiyyah Mustafa. 1939. al-Qada’ fi al-Islam. Tesis Dr. Fal. Universiti al-Azhar. al-Qattan, Manna‘. 1993/1414H. al-Nizam al-Qada’i fi al-‘Ahd alNabawi wa ‘Ahd al-Khilafah al-Rashidah. Kaherah: Maktabat Wahbah. al-Suyuti, Jalal al-Din. 2004/1425H. Tarikh al-Khulafa’. Beirut: Dar alMa‘rifah.