Bab 4: Etika Confucianisme
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan Confucianisme; Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain; Memahami perspektif etika Confucianisme dalam kehidupan seharian kita; dan Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak beretika.
4.1 Pengenalan Kepercayaan Confucianisme bukanlah sejenis agama. Ia merupakan sistem kepercayaan dan falsafah budaya Cina kuno yang diperkembangkan daripada ajaran awal ahli seorang ahli falsafah Cina yang bernama Confucius atau K’ung Fu Tzu. Confucianisme mengutamakan moraliti dan perbuatan yang baik dan berbudi. Dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 6 juta penganut Confucianisme di dunia. Lebih kurang 26,000 daripadanya berada di Amerika Utara dan hampir semua daripada selebihnya berada di China dan sekitar Asia.
Rajah 4.1: Confucius atau K’ung Fu Tzu
Di Asia, kepercayaan Confucianisme sering dikaitkan dengan kesinambungan yang wujud di antara kepercayaan Tao dan alam semulajadi serta konsep agama Buddha mengenai dunia akhirat.
Confucianisme berpengaruh besar di China, Korea, Japan dan juga negara-negara di Asia Tenggara serta diaspora Asia Timur yang telah berhijrah ke negara lain. Dunia Barat juga dapat menghayati kepercayaan ini melalui pendedahannya ke budaya Timur dan juga sasteranya. Rajah 4.2 menunjukkan empat simbol yang dikaitkan dengan kepercayaan Confucianisme.
Rajah 4.2: Simbol-simbol yang dikaitkan dengan Confucianisme
4.2 Latar Belakang Confucianisme
Pengasas Confucianisme bernama Kung dan kemudian dikenali sebagai K’ung Fu-Tzu (Kung bermaksud “master”). Kung telah hidup pada zaman dinasti Chou, iaitu suatu era yang dikenali dengan aktiviti hedonistik dan kejatuhan moral. Besar kemungkinan persekitarannya ini telah menyumbang kepada minatnya terhadap penstrukturan sosial. Pendidikan beliau merangkumi pelbagai bidang, termasuk sastera, sejarah Cina, muzik, memburu, memanah dan memancing. Namun begitu, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap isu-isu kemasyarakatan dan sosial semenjak umur yang muda lagi, terutamanya persoalan ini: apakah yang menjadikan sesuatu kerajaan itu kerajaan yang baik? Beliau telah mengembara ke negeri-negeri China bersama murid-muridnya dan memberi nasihat kepada pemerintah negeri-negeri ini. Murid-muridnya amat taat dan setia kepadanya. Beliau telah menghabiskan akhir hayatnya di Lu, di mana beliau menumpukan masanya
sepenuhnya ke arena pendidikan dan pengajaran. Kebanyakan daripada tulisannya membincangkan isu moraliti dan etika peribadi serta penggunaan kuasa politik yang betul bagi golongan pemerintah. Confucius amat prihatin terhadap keadaan sosial manusia. Kepercayaan ini mempunyai kitab sucinya sendiri walaupun ianya bukan diwahyukan daripada Tuhan Ia juga tidak mengamalkan monastisisme atau pertapaan (sama seperti agama Buddha) dan tiada ajaran mengenai dunia akhirat. Kepercayaan ini telah meminjam daripada agama lain seperti Shinto dan ia juga mirip kepada Taoisme. Terdapat enam jenis Confucianisme, seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3 di bawah.
Confucianisme Han -terkenal pada zaman dinasti Han -menganjurkan bahawa sistem tadbir urus yang baik bergantung kepada persetujuan umum dan bukan paksaan. Setiap pegawai kerajaan diwajibkan mempelajarinya. -hilang semasa kejatuhan dinasti Han
Confucianisme Neo -mempercayai bahawa setiap ciptaan mempunyai Li (iaitu cara setiap ciptaan wujud dan cara ia sepatutnya wujud) dan Qi (perbezaan antara setiap ciptaan)
Confucianisme Neo Moden -Confucianisme moden -pengaruh falsafah Barat jelas kelihatan
Confucianisme Korea -merupakan Confucianisme ala Korea yang berasal daripada China -membantu membentuk sistem moral, cara hidup, cara melayan orang tua dan muda dan juga menjadi asas kepada sistem perundangan -diamalkan di Korea Selatan
Confucianisme Jepun -diperkenalkan di Jepun pada zaman Tokugawa oleh sebab kekuatan prinsipnya mengenai sistem tadbir urus dan pendidikan
Confucianisme Singapura -disebarkan dari China dengan penghijrahan etnik Cina ke Singapura -diamalkan secara umumnya oleh etnik Cina di Singapura
4.3 Ajaran Confucius Secara umumnya, Confucianisme adalah antara agama terpenting di dunia dan sejarahya berkait rapat dengan budaya Cina dan cara hidup mereka. Namun demikian, Confucianisme harus dilihat sebagai agama yang berbeza dari yang lain kerana ia tidak berapa mempunyai ciri-ciri keagamaan.
Untuk memahami falsafah asas Confucianisme dengan lebih mendalam, kita perlu melihat 6 prinsip asasnya seperti ditunjukkan oleh Rajah 4.4 di bawah. Rajah 4.4: Enam prinsip utama Confucianisme
Ajaran Confucius mengenai etika membincangkan nilai-nilai berikut:
Li (ajaran Confucius yang mempunyai pengikut teramai) merujuk kepada kehidupan kita sepertimana ia sepatutnya berlaku. Menekankan ibadah, kesopanan serta budi bahasa supaya semua orang
Hsiao (atau Xiao) Perasaan sayang di kalangan keluarga termasuklah sayangmenyayangi antara ibu bapa dan anak dan sebaliknya, antara adikberadik dan lain-lain.
Yi Keadilan.
Xin Jujur amanah.
dan
Jen (atau Ren) Ihsan dan berperikeman usiaan terhadap orang lain (nilai Confucianisme yang teragung).
Chung Kesetiaan kepada negara dan sebagainya.
dilayan
dengan upacara dan ibadah yang sepatutnya.
Confucianisme tidak mengandungi ciri-ciri agama lain seperti Islam dan Kristian. Namun demikian, semenjak era dinasti Han (206 SM) terdapat empat peringkat hidup yang telah diiktiraf dan diperakui oleh tradisi Confucianisme seperti yang ditunjuk dalam Rajah 4.5.
Kelahiran
Mencapai kematangan
T’ai-shen (roh fetus) melindungi wanita yang sedang hamil dan tidak menyukai sesiapa yang mengacau atau menyakiti bakal ibu.
Peringkat ini akan membawa ke kematangan yang diraikan oleh majlis makan bersama di mana remaja yang bakal dewasa ini diberi masakan ayam.
Kematian Orang yang berkabung akan memberitahu jirannya dengan berteriak dan dengan ini perkabungan akan bermula. Mayat akan disemadikan bersama-sama dengan barangan penting dan apa-apa yang mungkin diperlukan di dunia akhirat
Perkahwinan Terdiri daripada 6 peringkat: -Peminangan -Pertunangan -Mas kahwin -Perarakan -Perkahwinan dan penyambutan tetamu -Hari seterusnya
Kelahiran: Keluarga si ibu akan membekalkan apa-apa yang diperlukan pada bulan pertama, keempat dan kedua belas selepas kelahirannya. Ibu tersebut akan diberi pemakanan yang khas dan dibenarkan berehat buat sebulan selepas melahirkan anak. Mencapai kematangan: Tradisi ini kini jarang disambut selain di kalangan keluarga yang amat tradisional. Perkahwinan: Perkahwinan diadakan dalam enam peringkat: Peminangan: Pada tahap ini, pasangan tersebut akan saling menukarkan lapan perkara, termasuk tahun, bulan, hari dan masa kelahiran mereka. Jika perkara yang kurang baik berlaku di kalangan keluarga bakal pengantin pada tiga hari berikutnya, maka dipercayai bahawa pengantin perempuan telah menolak pinangannya. Pertunangan: Setelah hari perkahwinan dipilih, pengantin perempuan akan mengumumkan perkahwinannya dan memberi tetamunya hadiah biskut yang berbentuk seperti bulan. Mas Kahwin: Mas kahwin akan dibawa ke rumah pengantin lelaki dalam perarakan yang dijalankan dengan suasana yang serius sekali. Mas kahwin akan kemudiannya dihantar oleh ibu bapa pengantin lelaki untuk diberi kepada pengantin perempuan.
Hadiah yang sama nilainya dengan mas kahwin akan turut diberi kepada pengantin perempuan. Perkahwinan dan menyambut tetamu: Pasangan tersebut akan membacakan perjanjian, meminum ucap selamat dan kemudiannya menghadirkan diri di majlis makan malam yang diadakan sempena perkahwinan mereka. Hari seterusnya: Pengantin perempuan akan menghidangkan sarapan pagi ke ibu bapa dan pengantin lelaki akan menghidangkan sarapan pagi ke ibu bapa pengantin perempuan. Kematian: Saudara-mara orang yang meninggal dunia akan berteriak supaya jiran akan mengetahui mengenai kematian tersebut Keluarganya akan mula berkabung dan akan memakai pakaian yang diperbuat oleh kain yang kasar Mayat akan dimandikan dan diletakkan di dalam keranda Pengkabung akan membaw kemenyan dan menyumbangkan duit untuk menampung kos pengebumian Makanan dan objek yang penting yang dipunyai oleh orang yang meninggal akan diletakkan di dalam keranda Seorang sami Buddha atau Tao ataupun paderi Kristian akan mengendalikan upacara pengebumian Rakan-rakan serta saudara-mara orang yang meninggal akan mengiringi keranda sehingga ke tapak pengebumian sambil membawa ranting willow yang melambangkan roh orang yang meninggal dunia itu Arwah akan dibawa ke altar keluarga Upacara doa akan diadakan pada hari ketujuh, kesembilan dan hari ke-49 selepas pengebumian dan juga pada ulang tahun pemergiannya yang pertama dan ketiga. Walaupun agama Confucianisme tidak berasaskan wahyu dari Tuhan. ia masih mengandungi teks-teks berunsur klasik yang masih menjadi bahan rujukan pada hari ini. a. Si Shu atau Empat Buku 1. Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung FuTzu) 2. Chung Yung atau Doktrin Min 3. Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul 4. Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah kerajaan b. Wu Jing atau Lima Klasik
1. Shu Ching atau Klasik Sejarah: Koleksi tulisan dan ucapan oleh pemerintah Cina dahulu 2. Shih Ching atau Klasik Syair Pujian: Koleksi 300 sajak dan lagu 3. I Ching atau Klasik Perubahan: memberikan gambaran sistem ketuhanan yang mengandungi 64 hexagram. Hexagram merupakan lambang yang terdiri daripada garisan yang berpecah-pecah dan berterusan. Hexagram ini dikatakan dapat digunakan untuk menilik masa depan. 4. Ch’un Ch’iu atau Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh: Sejarah negeri Lu dari tahun 722 sehingga 484 SM. 5. Li Ching atau Klasik Ibadah: Koleksi 3 buku mengenai Li, iaitu ibadah kesopanan.
a) Adakah Confucianisme sejenis falsafah beretika atau sejenis agama? Bincangkan daripada kedua-dua sudut pandangan. b) Namakan lima nilai asas Confucianisme. c) Namakan lima teks utama Confucianisme.
Ketahui lebih lanjut mengenai Confucius dan Confucianisme dengan melayari laman-laman web berikut: http://www.comparative-religion.com/confucianism/ http://plato.stanford.edu/entries/confucius http://www2.kenyon.edu./depts/religion/fac/adler/writings/aarstill%20hazy.pdf Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa Confucianisme bukanlah sejenis agama. Apakah pendapat anda? Mengapa? Bincangkan bersama rakan-rakan anda.
4.4 Etika Confucianisme berkenaan dengan Diri dan Keluarga
Dengan mengikut prinsip Li, struktur sosial dapat berfungsi dengan ideal dan lima perhubungan asas ini akan dapat berkembang dengan baik. Lima perhubungan asas ini ditunjukkan dalam Rajah 4.6. Rajah 4.6: Lima perhubungan asas
Golongan Pemerintah dan Diperintah Pemerintah sepatutnya bersifat baik supaya pihak yang diperintah akan taat dan setia kepadanya dengan rela dan ikhlas Bapa dan Anak Lelaki Bapa seharusnya berperibadi baik dan penuh dengan belas kasihan supaya anaknya akan taat setia
Suami dan Isteri
Lima Perhubungan Asas Konfucianisme
Suami haruslah berperangai baik dan isteri haruslah mendengar kata suami
Abang dan Adik Lelaki
Golongan Tua dan Muda
Si abang perlu bersikap sopan manakala si adik pula perlu merendah diri
Golongan tua harus prihatin dan golongan muda harus menghormati golongan tua
Unit kekeluargaan dan jaringan perhubungan sesama manusia menjadi asas kepada kebanyakan ajaran Confucius, terutamanya berkenaan dengan stabiliti masyarakat dan sosial. Mengikutnya, kita hanya akan dapat mengatasi keangkuhan dan sikap mementingkan dirisendiri sekiranya kita masih terlibat dengan unit kekeluargaan. Kita seharusnya lebih mementingkan keluarga kita daripada diri kita sendiri, iaitu ibu bapa dan adik beradik kita. Keluarga merupakan asas kepada sistem sokongan yang penting dan bermanfaat. Seorang penganut agama Kristian harus sentiasa mengembangkan peranannya sebagai seorang ibu, bapa, anak atau adik-beradik. Ini merupakan satu-satu caranya untuk kita mendapat hidup yang bermakna. Namun demikian, Tu Wein-Ming, Profesor Sejarah dan Falsafah Cina dan Pengajian Confucius, menasihati supaya kita berwaspada kerana sepenting-pentingnya keluarga, perhubungan kekeluargaan juga mungkin akan bersifat nepotisme. Penganut Konfucian tidak patut mengambil bahagian di dalam mana-mana aktiviti yang bersifat nepotisme. Ini kerana apabila kita berbuat demikian, kita hanya akan mempunyai perhubungan yang bermakna dengan keluarga kita sendiri, tanpa mengendahkan peranan kita dalam masyarakat secara umumnya. Ajaran Confucianisme turut menjangkaui perhubungan kita dengan keluarga kita kerana ia juga mementingkan peranan kita dalam komuniti kita secara umumnya. Konsep ini merujuk
kepada pemupukan diri kita sebagai pusat perhubungan yang seterusnya melambangkan perkembangan berterusan, komitmen yang penuh serta pendekatan yang holistik. Dalam erti kata lain, ia merupakan proses pendidikan bagi pemupukan sifat yang berfikiran terbuka yang juga dapat dapat berhubung secara bermakna dengan jaringan perhubungan manusia yang sentiasa berkembang. Confucianisme juga mementingkan ibadah dalam masyarakat. Ibadah merupakan sistem berkomunikasi non-verbal dan verbal yang saling difahami dan dikongsi. Profesor Tu turut berpendapat bahawa Confucianisme mengutamakan protokol dan majlis kerana ia merupakan sistem di mana kita berinteraksi sebagai manusia sesama sendiri dengan cara yang tersusun dan saling menghormati. Profesor Tu berpendapat bahawa ini ibu bapa patut mendidik anak mereka dengan cara ini dan bahawa ini merupakan cara terbaik untuk mengajar mereka nilai yang baik. Interaksi sosial mengikut Confucianisme dibincangkan dalam Rajah 4.7. Rajah 4.7: Interaksi sosial mengikut Confucius
Individu Interaksi melalui protokol dan majlis Perkembangan berterusan, komitmen yang penuh dan pendekatan yang menyeluruh
Keluarga sistem sokongan utama tetapi bukanlah sehingga berlakunya nepotisme Jiran dan Rakan Sekerja Jaringan berkembang sehingga sampai orang terdekat
Masyarakat Umum Jaringan interaksi sosial yang lebih luas
Confucius telah membincangkan negara kebajikannya (welfare state) yang ideal di dalam Li Chi (Buku Upacara):
a) “Apabila jalan yang Agung diikuti, semangat awam dan bersama akan mengatasi segalanya. Hanya mereka yang berbakat, berprinsip dan kebolehan akan dipilih. Katakata mereka bersifat ikhlas dan mereka memupuk semangat keharmonian.” b) “Dengan itu, masyarakat tidaklah menyayangi ibu bapa mereka sahaja atau hanya anak-anak mereka sendiri. Peruntukan yang berkesan telah disediakan untuk golongan berumur sehingga kematian mereka serta peluang pekerjaan untuk mereka yang berupaya serta kemudahan untuk membolehkan golongan muda membesar.” c) “Mereka memperlihatkan kasih sayang dan belas kasihan kepada janda dan duda, anak yatim dan yatim piatu, golongan yang tiada cahaya mata dan golongan yang kehilangan upaya kerana penyakit supaya kepentigan mereka semua dijaga. Kaum lelaki memiliki pekerjaan dan kaum wanita memiliki rumah.” d) “(Mereka mengumpul) barangan (yang berharga) kerana tidak gemar melihatnya dibuang ke tanah begitu sahaja tetapi tidak mahu menyimpannya untuk kegunaan sendiri.” e) “(Mereka bertungkus-lumus) dengan sekuat mungkin kerana tidak gemar untuk tidak mengerahkan diri tetapi tidak berbuat demikian (hanya) untuk kepentingan diri sahaja.” f) “Dengan ini, muslihat (yang bersifat mementingkan diri) telah dikekang dan tidak dapat berkembang. Pencuri, perompak dan pengkhianat yang menderhaka tidak menunjukkan diri mereka dan dengan itu, pintu pagar luaran kekal terbuka dan tidak ditutup. Inilah (tempoh) yang dinamakan Penyatuan Agung.”
a) Sepenting manakah unit kekeluargaan dalam Confucianisme? b) Mengapakan institut kekeluargaan begitu penting sekali? c) Apakah kepentingan ibadah dalam Confucianisme?
4.5 Etika Confucianisme dalam Konteks Sosial dan Intrapersonal
Bagi Profesor Tu, Confucianisme sebenarnya menjelaskan cara untuk hidup sebagai seorang manusia. Untuk menjadi seorang manusia sepenuhnya,kita harus memenuhi kriteria tertentu seperti pendidikan menyeluruh termasuklah puisi, muzik dan kesenian. Pendidikan harus menjangkaui batasan konsep yang praktikal dan perlu turut mengutamakan gambaran budaya yang lebih luas dengan memberi penekanan khas kepada puisi sebagai luahan kesenian mengenai kemanusiaan. Di dalam buku Pelajaran yang Unggul, Confucius telah memberi tujuh peringkat ke arah transformasi sosial supaya masyarakat yang ideal akan tercapai seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.8.
Rajah 4.8: Tujuh langkah strategi umum ke arah transformasi sosial
Di dalam buku Pelajaran yang Unggul, Confucius menetapkan strategi umum yang terdiri daripada tujuh langkah ke arah transformasi sosial untuk mencapai masyarakat yang ideal. 1. Penyiasatan Perkara (pembolehubah) Untuk mengetahui kewujudan benda dan perhubungan antara mereka 2. Kelengkapan Ilmu Untuk mengetahui mengapa benda wujud dan mengapa pembolehubah bersandar berkaitan dengan pembolehubah lain. Ini akan memberikan realiti keseluruhan, iaitu kebenaran atau “Tao”. Tao memperkasakan seseorang untuk mentransformasi dirinya. 3. Keikhlasan Pemikiran Seseorang patut ikhlas dalam memahukan pembaharuan atau dalam menetapkan matlamat yang akan menjadi bukti mengenai komitmennya kepada kecemerlangan dan kebenaran, iaitu “Tao”. Ini adalah sumber motivasi kendiri, aktualisasi kendiri dan turut merupakan asas kepada perhubungan I-Thou dan I-Thing yang sepatutnya. Keupayaan untuk mengetahui sesuatu sebelum ianya berlaku merupakan keikhlasan yang paling lengkap. 4. Memperbaiki hati Niat di sebalik semangat pembaharuan ini seharusnya baik, iaitu baik bagi individu tersebut dan bagi masyarakat secara umumnya. Ia merupakan suatu cara untuk menyemai nilai murni dan peribadi yang bermoral dengan mengintegrasi “Jen”, “Yi”, “Li” dan ilmu secara intuitif. Seseorang itu hanya akan dapat membebaskan diri daripada kejahatan dan memupuk keberanian serta keupayaan untuk melakukan jasa baik dengan cara ini. 5. Memupuk Peribadi Kendiri Kunci kepada membantu diri sendiri dan juga orang lain adalah melalui integrasi sepanjang hayat antara “diri berilmu” dan “diri bermoral” melalui disiplin kendiri (pendidikan) and memperbaiki diri. 6. Mengawal Selia Diri Seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk memahami kelemahan orang yang disayangi dan menghargai kekuatan orang kurang disukai supaya dapat mengelak daripada berlakunya prejudis dan ketidakharmonian di dalam keluarga. Seseorang itu harus berkelakuan secara berdisiplin di dalam keluarganya dengan menghormati dan menyayangi ibu bapanya, adik beradiknya dan anaknya. 7. Tadbir Urus Kerajaan Kerajaan mesti menyediakan sistem pendidikan awam bagi rakyatnya, menentukan dasar bagi menjaga dan memelihara orang yang lemah, mewujudkan dan melancarkan dasar yang berdasarkan kehendak awam, melantik orang berwibawa dan beretika sebagai pegawai awam dan menggunapakai prinsip pengurusan yang berdasarkan min dan Jalan Emas. Sistem tadbir urus sebegini akan membawa kepada kerajaan dan negara yang harmoni.
Kepercayaan Confucianisme melihat manusia sebagai sebahagian daripada alam semesta yang penting. Amalan tujuh langkah ini akan memupuk budaya disiplin kendiri yang sentiasa mencari kebenaran (Tao) sebagai penganut Confucianisme yang berupaya melakukan pembaharuan individu dan sosial ke arah dunia yang lebih baik dan harmoni. Kepuasan dan kejayaan duniawi hanya akan datang dengan menerima hakikat bahawa kita sebagai manusia perlu menyesuaikan diri kepada duni semulajadi ini. Etika Confucianisme telah menjadi kuasa yang penting dalam menggiatkan proses transformasi sosial dan pembaharuan ekonomi di sekitar Asia Timur, termasuk China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Taiwan.
a) Huraikan tujuh langkah yang termaktub di dalam Pembelajaran yang Unggul. b) Terangkan bagaimana tujuh langkah ini akan membantu dalam proses pembaharuan sosial di Asia?
4.6 Etika Confucianisme berkaitan dengan Perniagaan, Penggunaan dan Perdagangan
Confucius berkata: “Manusia yang unggul memahami keadilan; manusia yang inferior memahami keuntungan” (4:16). “Setiap daripada kita menginginkan kekayaan dan penghormatan. Tetapi sekiranya kekayaan dan penghormatan ini diperoleh dengan melanggar prinsip moral, ia tidak seharusnya disimpan. Setiap daripada kita tidak mengingini kemiskinan dan darjat yang rendah. Tetapi sekiranya ia hanya boleh dijauhi dengan melanggar prinsip moral, ia mesti dijauhi. Sekirannya seorang yang unggul menyimpang daripada kemanusiaan, dia tidak berhak dipanggil manusia. Seorang yang unggul tidak akan mengabaikan kemanusiaan walaupun semasa sesuatu waktu makan. Semasa keadaan yang tergesa-gesa, dia akan berkelakuan dengan sepatutnya. Semasa situasi yang kucar-kacir, dia akan berkelakuan dengan sepatutnya” (4:5).
Confucius dan Mencius (Mencius merupakan nama Latin Meng Tzu) menentang perniagaan jika ia HANYA mendatangkan keuntungan. Namun demikian. kegiatan perniagaan patut digalakkan sekiranya ia dapat memperbaiki masyarakatnya dan tidak memudaratkannya dengan mengaut keuntungan. Di China, pengajian etika yang berkaitan dengan perniagaan merupakan perkara yang baru. China telah menbuka pintunya ke pelaburan asing dan aktiviti perniagaan swasta semenjak pembaharuan ekonomi 1978. Pembaharuan ekonomi serta tekanan daripada komuniti perniagaan China bermaksud bahawa kefahaman dan penilaian yang baru mengenai perhubungan antara perniagaan dan etika. Di dalam artikel jurnalnya mengenai etika perniagaan daripada perspektif Confucius, Jonathan Chan (Pensyarah daripada Jabatan Falsafah dan Agama di University Baptist) kurang menggalakkan konsep keuntungan sebagai satu-satunya sebab kita patut berniaga. Namun demikian, dia juga berpendapat bahawa peluang pekerjaan dapat dijana melalui perniagaan dan dengan itu, keperluan masyarakat dapat dipenuhi dalam membantu masyarakat dan memupuk kesejahteraan sosial. Mengikut Chan, prinsip jen (iaitu sikap berperikemanusiaan terhadap orang lain) tidak boleh dilanggar dalam perniagaan. Penganut agama Confucius perlu mengikuti prinsip konsumerisme dan berkelakuan dengan baik dan adil terhadap pelanggan mereka. Xin, iaitu sebuah lagi prinsip etika perniagaan Confucianisme, bermaksud kejujuran dan kepercayaan dan juga perlu dipraktikkan dalam perniagaan. Xin menekankan konsep bahawa setiap perniagaan mesti bersifat telus dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
a) Adakah Confucianisme menyokong semua etika perniagaan? Jelaskan mengapa. b) Selain daripada jen dan xin, apakah prinsip Confucianisme lain yang boleh dipraktikkan di dalam arena perniagaan?
4.7 Etika Confucianisme berkaitan dengan Perubatan, Sains dan Kesihatan
Confucius berkata:
“Cendekiawan yang nekad dan berperikemanusiaan tidak akan mengorbankan kemanusiaan. Dia lebih rela mengorbankan nyawa sendiri diri supaya dapat merealisasikan kemanusiaan” (15:8).
Amalan etika perubatan di dalam budaya Cina lama sejarahnya. Wujud rekod-rekod etika perubatan kuno yang bertarikh dari sebelum kepercayaan Confucianisme diasaskan lagi. Mengikut kepercayaan Confucianisme, semua pegawai perubatan harus taat kepada 6 prinsip yang ditunjukkan dalam Rajah 4.9.
Nyawa harus dihormati, yang sudah tenat perlu diselamatkan dan yang sakit perlu diubati
Rawati penderitaan pesakit dan amalkan perubatan dengan kejujuran
Ubat adalah untuk kegunaan insan yang hidup dan untuk melegakan kesakitan
Doktor perlu hidup dengan sederhana dan merawat semua pesakit, termasuk mereka yang tidak mampu membayar
Sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi kemahiran perubatan dan berwaspada supaya dapat mengelak daripada berlakunya kecuaian Seseorang doktor tidak patut melarikan diri daripada masalah dan kesusahan
Bertindak dengan kesopanan, kesantunan dan ketertiban Doktor patut bertanya mengenai adat atau norma dari segi perubatan apabila bertemu dengan budaya asing, iaitu mengenai perkara yang dibenarkan dan dilarang
Mengakui bahawa semua pesakit adalah sama sahaja, tiada yang lebih tinggi atau lebih rendah darjatnya Pesakit yang datang untuk rawatan patut diberi layanan yang sama tanpa mengambil kira jika mereka tua atau muda, miskin atau kaya
Menghormati pencapaian orang lain dan taat kepada etika akademik Doktor tidak bolegh bersikap angkuh dan memfitnah orang lain tetapi sebaliknya perlu bersikap rendah diri, menghormati dan bertolak ansur
Rajah 4.9: Enam Prinsip Confucianisme dalam perubatan
a) Apakah sumbangan kepercayaan Confucianisme kepada etika perubatan? b) Bandingkan etika perubatan kuno dengan etika perubatan moden. Anda boleh melayari laman web berikut untuk membaca mengenainya dengan lebih lanjut: http://ccbs.ntu.edu.tw/fulltext/jr-mdl/guo.htm Adakah terdapat perbezaan atau persamaan antara etika perubatan dulu dan sekarang?
4.7 Etika Confucianisme berkaitan dengan Alam Sekitar
Confucius berkata:
“Orang berilmu suka akan air; orang yang berkemanusiaan suka akan gunung-ganang. Orang yang berilmu bersifat cergas; orang yang berkemanusiaan bersikap tenang. Orang yang berilmu akan hidup dengan bahagia; orang yang berkemanusiaan akan panjang umurnya” (6:21)
I Ching (易經) atau Buku Perubahan, merupakan antara teks klasik bahasa Cina yang tertua di dunia dan membincangkan isu-isu ekologi dari segi alam sekitar dan kerohanian. Sudut pandangan Confucius melihat manusia sebagai sebahagian yang penting di dalam alam semesta yang didominasi oleh alam sekitar. Triad (Perhubungan tiga hala) antara syurga, dunia dan manusia merupakan asas kepada semua makhluk lain. Manusia dapat mempengaruhi alam sekitar dan semua makhluk yang hidup di dalamnya. Kehidupan dan budaya manusia mempunyai perhubungan yang bersifat simbiotik dengan alam sekitar, seperti yang dapat dilihat dalam petikan tersebut yang ditulis oleh seorang penganut Confucianisme Han bernama Tung Ch’ung-shu (179-104 SM): Confucius berkata:
“Syurga, dunia dan manusia merupakan asas kepada semua makhluk. Syurga melahirkan mereka, dunia menyuburkan mereka dan manusia melengkapkan mereka. Ketika lahir, syurga membekalkan mereka dengan perasaan menyayangi satu sama lain, dunia membekalkan mereka dengan pakaian dan makanan dan manusia melengkapkan mereka dengan amalan dan muzik. Ketiga-tiga faktor ini bekerja sama seperti kaki dan tangan yang melengkapkan badan dan tiada satu pun daripadanya yang boleh diketepikan.”
Tradisi Confucianisme menekankan usaha bersama supaya masalah individu diluhurkan ke arah kepentingan umum. Ini bermaksud bahawa terdapat penekanan terhadap etika berhutang budi kepada generasi lalu dan perasaan kewajipan terhadap generasi akan datang yang mewujudkan rangka perancangan jangka masa panjang. Pengajaran dari masa lampau dipraktikkan untuk masa akan datang.
Rajah 4.10 menunjukkan perhubungan alam semesta triad antara syurga, dunia dan manusia Rajah 4.10: Perhubungan Triad Syurga, Dunia dan Manusia
Syurga
Syurga melahirkan semua makhluk dan membekalkan mereka dengan perasaan sayang-menyayangi
Manusia
Manusia menyatukan semua makhluk dan melengkapkan mereka dengan amalan, tindakan dan muzik.
Ketiga-tiga faktor ini bekerja sama seperti kaki dan tangan yang melengkapkan badan dan tiada satu pun daripadanya yang boleh diketepikan
Dunia
Dunia membekalkan pakaian dan makanan kepada semua makhluk
Kita sudah tiba ke akhir bab ini. Sila rujuk kembali ke senario-senario di permulaan bab. Pada pendapat anda, apakah pendapat anda mengenai pandangan dunia kepercayaan Confucianisme? Adakah ia sama dengan pandangan dunia anda sendiri atau berbeza? Bandingkan dengan rakanrakan anda.
a) Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, terdapat beberapa ciri-ciri kepercayaan Confucianisme yang menggalakkan etika alam sekitar. Pilih satu daripada lima etika yang diberikan dan jelaskan bagaimana ia boleh digunapakai. b) Lakukan kaji selidik yang ringkas mengenai bagaimana Confucianisme dapat mempengaruhi pemeliharaan alam sekitar selain daripada China.
Ringkasan 1. Kepercayaan Confucianisme diasaskan oleh K’ung Fu Tzu (Confucius dalam bahasa Inggeris), seorang sarjana di China kuno yang amat berminat dengan kajian moraliti dan etika individu dan pelaksaan kuasa pentadbiran oleh pemerintah. 2. Antara ajaran etika Confucius termasuklah nilai-nilai seperti a) Li, iaitu amalan, ibadah, kesopanan, etika, upacara, ihsan dan sebagainya b)Hsiao, iaitu perasaan sayang-menyayangi dalam keluarga, termasuk perasaan sayang ibu bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa, sesama adik beradik dan sebagainya. c) Yi, iaitu keadilan d) Xin, iaitu kejujuran dan amanah e) Jen, iaitu murah hati, berperikemanusiaan (nilai Confucianisme yang tertinggi) f) Chung, ketaatan kepada negara dan sebagainya 3. Si Shu atau Empat Buku, iaitu a) Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung FuTzu) b)Chung Yung atau Doktrin Min c) Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul d) Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah kerajaan 4. Terdapat empat jenis perhubungan yang asas: a) Antara bapa dan anak b) Antara abang dan adik lelaki c) Antara suami dan isteri d) Antara golongan tua dan golongan muda e) Antara pemerintah dan diperintah 5. Confucius menyarankan tujung langkah di dalam strategi transformasi sosial ke arah mencapai masyarakat yang ideal: a) Penyiasatan benda-benda (pembolehubah) b) Melengkapkan ilmu c) Keikhlasan pemikiran d) Memperbaiki hati e) Pemupukan diri f) Mengawal selia keluarga g) Mentadbir urus negara