BAB 4: ETIKA Confucianisme
Pengenalan
Confucianisme bukanlah sejenis agama tetapi merupakan sistem kepercayaan dan falsafah budaya Cina kuno.
Diperkembangkan daripada ajaran awal seorang ahli falsafah Cina yang bernama Confucius atau Kung Fu Tze.
Confucianisme mengutamakan moraliti dan perbuatan yang baik dan berbudi.
Confucianisme berpengaruh besar di China, Korea, Japan dan juga negara-negara di Asia Tenggara.
Latar Belakang Confucianisme
Pengasas Confucianisme bernama Kung dan kemudian dikenali sebagai Kung Fu-Tze (Kung bermaksud “master”). Kung telah hidup pada zaman dinasti Chou, iaitu suatu era yang dikenali dengan aktiviti hedonistik dan kejatuhan moral. Persekitarannya ini telah menyumbang kepada minatnya terhadap penstrukturan sosial. Kebanyakan daripada tulisannya membincangkan isu moraliti dan etika peribadi serta penggunaan kuasa politik yang betul bagi golongan pemerintah. Confucius amat prihatin terhadap keadaan sosial manusia. Kepercayaan ini mempunyai kitab sucinya sendiri. Ia juga tidak mengamalkan monastisisme atau pertapaan dan tiada ajaran mengenai dunia akhirat.
1. Confucianisme Han
Terkenal pada zaman dinasti Han.
Menganjurkan bahawa sistem tadbir urus yang baik bergantung kepada persetujuan umum dan bukan paksaan. Setiap pegawai kerajaan diwajibkan mempelajarinya.
Hilang semasa kejatuhan dinasti Han.
2. Confucianisme Neo
Mempercayai bahawa:-
Setiap ciptaan mempunyai Li (iaitu cara setiap ciptaan wujud dan cara ia sepatutnya wujud) dan Qi (perbezaan antara setiap ciptaan).
3. Confucianisme Neo Moden
Confucianisme moden
Pengaruh falsafah Barat jelas kelihatan.
4. Confucianisme Korea
Merupakan Confucianisme ala Korea yang berasal daripada China.
Membantu membentuk sistem moral, cara hidup, cara melayan orang tua dan muda dan juga menjadi asas kepada sistem perundangan.
Diamalkan di Korea Selatan.
5. Confucianisme Jepun
Diperkenalkan di Jepun pada zaman Tokugawa oleh sebab kekuatan prinsipnya mengenai sistem tadbir urus dan pendidikan.
6. Confucianisme Singapura
Disebarkan dari China dengan penghijrahan etnik Cina ke Singapura.
Diamalkan secara umumnya oleh etnik Cina di Singapura.
Ajaran Confucius
Terdapat enam prinsip utama Confucianisme mengenai etika yang tiada kaitan dengan ciri-ciri keagamaan. 1. Li merujuk kepada kehidupan dan menekankan kesopanan serta budi bahasa supaya semua orang dilayan dengan sepatutnya. 2. Hsiao (atau Xiao) Perasaan sayang di kalangan keluarga termasuklah sayang-menyayangi antara ibu bapa dan anak dan sebaliknya, antara adik-beradik dan lain-lain. 3. Yi - Keadilan. 4. Xin - Jujur dan amanah. 5. Jen (atau Ren) - Ihsan dan berperikemanusiaan terhadap orang lain. 6. Chung - Kesetiaan kepada negara dan sebagainya.
Peringkat Hidup Tradisi Confucianisme 1.
2.
3.
4.
Kelahiran- T’ai-shen (roh fetus) melindungi wanita yang sedang hamil dan tidak menyukai sesiapa yang mengacau atau menyakiti bakal ibu. Mencapai kematangan - Tradisi ini kini jarang disambut selain dalam kalangan keluarga yang amat tradisional. Perkahwinan - Terdiri daripada 6 peringkat:-Peminangan, Pertunangan, Mas kahwin, Perarakan, Perkahwinan dan penyambutan tetamu. Kematian - Orang yang berkabung akan memberitahu jirannya dengan berteriak dan dengan ini perkabungan akan bermula. Mayat akan disemadikan bersama-sama dengan barangan penting dan apa-apa yang mungkin diperlukan di dunia akhirat
Teks Klasik Confucianisme 1. Si Shu atau Empat Buku:i.
Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung Fu-Tzu)
ii. Chung Yung atau Doktrin Min
iii.Ta Hsueh atau Pembelajaran iv.Tulisan
yang Unggul
Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah kerajaan
Teks Klasik Confucianisme 2.
Wu Jing atau Lima Klasik:i. Shu Ching atau Klasik Sejarah - Koleksi tulisan dan ucapan oleh pemerintah Cina dahulu. ii. Shih Ching atau Klasik Syair Pujian - Koleksi 300 sajak dan lagu. iii. I Ching atau Klasik Perubahan - memberikan gambaran sistem ketuhanan yang mengandungi 64 hexagram. Hexagram merupakan lambang yang terdiri daripada garisan yang berpecah-pecah dan berterusan. Hexagram ini dikatakan dapat digunakan untuk menilik masa depan. iv. v.
Ch’un Ch’iu atau Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh Sejarah negeri Lu dari tahun 722 sehingga 484 SM. Li Ching atau Klasik Ibadah - Koleksi 3 buku mengenai Li, iaitu ibadah kesopanan.
Lima Perhubungan Asas Confucianisme 1.
Golongan Pemerintah dan Diperintah - Pemerintah sepatutnya bersifat baik supaya pihak yang diperintah akan taat dan setia kepadanya dengan rela dan ikhlas.
2.
Suami dan Isteri - Suami haruslah berperangai baik dan isteri haruslah mendengar kata suami.
3.
Golongan Tua dan Muda - Golongan tua harus prihatin dan golongan muda harus menghormati golongan tua.
4.
Abang dan Adik Lelaki - Si abang perlu bersikap sopan manakala si adik pula perlu merendah diri.
5.
Bapa dan Anak Lelaki - Bapa seharusnya berperibadi baik dan penuh dengan belas kasihan supaya anaknya akan taat setia
Etika Confucianisme Berkaitan Diri dan Keluarga Golongan Pemerintah dan Diperintah
Bapa dan Anak Lelaki
Abang dan Adik Lelaki
Lima Perhubungan Asas Konfucianism
Suami dan Isteri
Golongan Tua dan Muda
Interaksi Sosial Mengikut Confucius 1.
2.
Individu
Interaksi melalui protokol dan majlis
Perkembangan berterusan, komitmen yang penuh dan pendekatan yang menyeluruh
Keluarga
3.
Jiran dan Rakan Sekerja
4.
sistem sokongan utama tetapi bukanlah sehingga berlakunya nepotisme Jaringan berkembang sehingga sampai orang terdekat.
Masyarakat Umum
Jaringan interaksi sosial yang lebih luas.
Etika Confucianisme Dalam Konteks Sosial 1.
2.
3.
Penyiasatan Perkara (pembolehubah) - Untuk mengetahui kewujudan benda dan perhubungan antara mereka. Kelengkapan Ilmu - Untuk mengetahui mengapa benda wujud. Ini akan memberikan realiti keseluruhan, iaitu kebenaran atau “Tao”. Tao memperkasakan seseorang untuk mentransformasi dirinya. Keikhlasan Pemikiran - Seseorang patut ikhlas dalam memahukan pembaharuan atau dalam menetapkan matlamat yang akan menjadi bukti mengenai komitmennya kepada kecemerlangan dan kebenaran, iaitu “Tao”. Ini adalah sumber motivasi kendiri, aktualisasi kendiri dan turut merupakan asas kepada perhubungan I-Thou dan I-Thing yang sepatutnya. Keupayaan untuk mengetahui sesuatu sebelum ianya berlaku merupakan keikhlasan yang paling lengkap.
Etika Confucianisme Dalam Konteks Sosial 4.
Memperbaiki hati - Niat di sebalik semangat pembaharuan ini seharusnya baik, iaitu baik bagi individu tersebut dan bagi masyarakat secara umumnya. Ia merupakan suatu cara untuk menyemai nilai murni dan peribadi yang bermoral dengan mengintegrasi “Jen”, “Yi”, “Li” dan ilmu secara intuitif. Seseorang itu hanya akan dapat membebaskan diri daripada kejahatan dan memupuk keberanian serta keupayaan untuk melakukan jasa baik dengan cara ini.
5.
Memupuk Peribadi Kendiri - Kunci kepada membantu diri sendiri dan juga orang lain adalah melalui integrasi sepanjang hayat antara “diri berilmu” dan “diri bermoral” melalui disiplin kendiri (pendidikan) dan memperbaiki diri.
Etika Confucianisme Dalam Konteks Sosial 6.
Mengawal Selia Diri - Seseorang itu harus sentiasa berusaha untuk memahami kelemahan orang yang disayangi dan menghargai kekuatan orang kurang disukai supaya dapat mengelak daripada berlakunya prejudis dan ketidakharmonian di dalam keluarga. Seseorang itu harus berkelakuan secara berdisiplin di dalam keluarganya dengan menghormati dan menyayangi ibu bapanya, adik beradiknya dan anaknya.
7.
Tadbir Urus Kerajaan - Kerajaan mesti menyediakan sistem pendidikan awam bagi rakyatnya, menentukan dasar bagi menjaga dan memelihara orang yang lemah, mewujudkan dan melancarkan dasar yang berdasarkan kehendak awam, melantik orang berwibawa dan beretika sebagai pegawai awam dan menggunapakai prinsip pengurusan yang berdasarkan min dan Jalan Emas. Sistem tadbir urus sebegini akan membawa kepada kerajaan dan negara yang harmoni.
Etika Perniagaan, Penggunaan dan Perdagangan
Menentang perniagaan jika ia HANYA mendatangkan keuntungan. kegiatan perniagaan patut digalakkan sekiranya ia dapat memperbaiki masyarakatnya dan tidak memudaratkannya. Mengikut Jonathan Chan, prinsip jen (iaitu sikap berperikemanusiaan terhadap orang lain) tidak boleh dilanggar dalam perniagaan. Penganut agama Confucius perlu mengikuti prinsip konsumerisme dan berkelakuan dengan baik dan adil terhadap pelanggan mereka. Prinsip Xin bermaksud kejujuran dan kepercayaan dan juga perlu dipraktikkan dalam perniagaan. Xin menekankan konsep bahawa setiap perniagaan mesti bersifat telus dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
Etika Confucianisme berkaitan dengan Perubatan, Sains dan Kesihatan 1.
Nyawa harus dihormati, yang sudah tenat perlu diselamatkan dan yang sakit perlu diubati.
2.
Rawati penderitaan pesakit dan amalkan perubatan dengan kejujuran. Doktor perlu hidup dengan sederhana dan merawat semua pesakit, termasuk mereka yang tidak mampu membayar.
3.
Sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi kemahiran perubatan dan berwaspada supaya dapat mengelak daripada berlakunya kecuaian.
Etika Confucianisme berkaitan dengan Perubatan, Sains dan Kesihatan Bertindak dengan kesopanan, kesantunan dan ketertiban. Doktor patut bertanya mengenai adat atau norma dari segi perubatan apabila bertemu dengan budaya asing. 5. Mengakui bahawa semua pesakit adalah sama sahaja, tiada yang lebih tinggi atau lebih rendah darjatnya. Pesakit yang datang untuk rawatan patut diberi layanan yang sama tanpa mengambil kira tua atau muda, miskin atau kaya. 6. Menghormati pencapaian orang lain dan taat kepada etika akademik. Doktor tidak boleh bersikap angkuh dan memfitnah orang lain tetapi sebaliknya perlu bersikap rendah diri, menghormati dan bertolak ansur. 4.
Etika Confucianisme berkaitan dengan Alam Sekitar
I Ching ( 易經) atau Buku Perubahan, merupakan antara teks klasik bahasa Cina yang tertua di dunia dan membincangkan isu-isu ekologi dari segi alam sekitar dan kerohanian.
Triad (Perhubungan tiga hala) antara syurga, dunia dan manusia merupakan asas kepada semua makhluk lain. Manusia dapat mempengaruhi alam sekitar dan semua makhluk yang hidup di dalamnya.
Kehidupan dan budaya manusia mempunyai perhubungan yang bersifat simbiotik dengan alam sekitar.