TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kad Kredit CIMB TESCO Platinum - Kempen Perolehan Rebat Tunai RM50 Tempoh Kempen 1. Kad Kredit CIMB TESCO Platinum - Kempen Perolehan Rebat Tunai RM50 (“Kempen ini”) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 7 September 2017 hingga 30 November 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). 2. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen. Kelayakan 3. Kempen ini adalah terbuka secara eksklusif kepada pelanggan yang memohon kad kredit utama CIMB Tesco Platinum baru yang dikeluarkan oleh CIMB Bank semasa Tempoh Kempen (“Pemohon”); Kategori orang/entiti yang berikut adalah TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:(i) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sambilan CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau (ii) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, penjual pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan) CIMB Bank (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya) dan kakitangan atau pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atau (iii) Entiti bukan-individu termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilik tunggal, perkongsian, organisasi/pertubuhan kebajikan/bukan keuntungan, pelanggan korporat dan komersial, syarikat-syarikat awam tersenarai dan sendirian berhad, kelab, pertubuhan dan koperasi; dan/atau (iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau (v) Pelanggan yang telah menamatkan kad kredit utama CIMB Tesco Platinum beliau dalam enam (6) bulan sebelum tarikh kelulusan kad kredit utama CIMB Tesco Platinum yang baru dipohon oleh beliau semasa Tempoh Kempen; (vi) Individu di bawah umur 21 tahun pada masa permohonan. 4. Hanya pemegang kad utama (dan bukannya pemegang kad tambahan) yang akan layak untuk menyertai Kempen ini.
5. CIMB Bank menyimpan hak untuk melulus atau menolak mana-mana permohonan kad kredit dan/atau meminta apa-apa dokumen sokongan tambahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai. Bagi mengelakkan keraguan, CIMB Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen-dokumen sokongan adalah mencukupi bagi tujuan memproses permohonan kad kredit yang dikemukakan kepada CIMB Bank. Mekanik Kempen 6. Pemohon akan layak mendapat Rebat Tunai RM50 sekiranya:(i) Pemohon mengemukakan permohonan bagi mana-mana kad kredit utama CIMB Tesco Platinum melalui mana-mana satu saluran yang berikut: Laman Web CIMB Bank, CIMB Clicks atau ATM CIMB, Cawangan CIMB, CIMB Tesco Kiosk, Pusat Panggilan Pelanggan CIMB Bank semasa Tempoh Kempen (“Permohonan”). (ii) Permohonan mestilah berjaya diluluskan oleh CIMB Bank dan kad kredit mestilah diaktifkan dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad; DAN (iii) Pemohon mencapai Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak minimum (seperti yang ditakrifkan di bawah Klausa 8 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini) sebanyak RM500 (“Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum”) dalam 60 hari dari tarikh kelulusan kad. Sebagai penjelasan “tarikh kelulusan kad” merujuk kepada tarikh seperti yang dinyatakan dalam surat pengaktifan yang dihantar bersama dengan kad kredit CIMB Bank kepada Pemohon. Selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “Kriteria Kelayakan”. 7. “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak” yang dinyatakan dalam Klausa 6 di atas termasuk transaksi pembelian bagi barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk kegunaan peribadi dan tidak akan termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian; 8. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi-transaksi berikut juga dikecualikan secara nyata di sini dan tidak akan dianggap sebagai “Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak”:(i) Transaksi-transaksi Tunai Separa (Quasi) - (sebagai contoh: transaksi-transaksi judi dan/atau perjudian); (ii) Ansuran bulanan di bawah mana-mana kemudahan pembayaran ansuran yang dibekalkan oleh CIMB Bank atau mana-mana institusi kewangan lain; (iii) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (“GST”), caj pertikaian, caj penipuan atau apa-apa fi, caj atau penalti sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau selainnya; (iv) Transaksi Wang Tunai Pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai; (v) Transaksi yang dilakukan oleh Pemohon dengan mana-mana peniaga yang berkaitan dengan atau dikawal oleh beliau atau mana-mana ahli keluarga terdekat beliau (sama ada sebagai
pekerja, majikan, pemegang syer atau pengarah), iaitu transaksi oleh Pemohon dengan manamana korporat atau entiti perniagaan di mana beliau adalah dan/atau salah seorang ahli-ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan, atau bekerja dengan, atau mempunyai syer atau kepentingan dalam, atau sebagai seorang pengarah; dan (vi) Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, atau apa-apa transaksi yang dipertikaikan, tanpa kebenaran atau penipuan lain. 9. Semua transaksi Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak akan dikesan secara automatik oleh CIMB Bank bagi tujuan untuk memenuhi Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak Minimum dan adalah berdasarkan kepada tarikh dan/atau masa transaksi (Waktu Malaysia) seperti yang dirakam dalam rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank berkenaan dengan apa yang merupakan Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak hendaklah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun melainkan ia kelihatan terlalu tidak adil atau saksama. 10. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kelewatan dalam pengeposan Perbelanjaan Runcit Terkumpul Layak ke akaun kad kredit pemohon dan/atau kesilapan atau kegagalan dalam pengeposan yang sama akibat daripada apaapa alasan apa jua dan bagaimana jua timbul termasuk tetapi tidak terhad kepada kelewatan pada pihak peniaga melainkan ia adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi jualan melalui Visa, MasterCard, tempat peniaga atau mana-mana pihak lain melainkan ia disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran CIMB Bank. Rebat Tunai RM50 11. Tertakluk kepada pemenuhan Kriteria Kelayakan oleh Pemohon, Rebat Tunai RM50 akan dikreditkan ke dalam kad kredit CIMB Tesco Platinum Pemohon yang diluluskan dalam 8 hingga 10 minggu selepas penamatan Tempoh Kempen. 12. Bagi mengelakkan keraguan, pemegang kad kredit tambahan tidak layak kepada Rebat Tunai RM50 di bawah Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am 13. Dengan menyertai Kempen ini, Pemohon dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dan bersetuju bahawa apa-apa dan semua keputusan yang dilakukan oleh CIMB Bank adalah muktamad dan konklusif. Akaun kad kredit Pemohon MESTILAH sah dan/atau diaktifkan, MESTILAH berada dalam keadaan baik dan MESTILAH TIDAK memungkiri mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB dan/atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan MESTILAH BUKAN tidak sah, ditamatkan atau dibatalkan dalam definisi CIMB Bank pada masa
penghantaran Hadiah jika tidak Pemohon akan hilang kelayakan daripada menerima Rebat Tunai RM50 dan tidak layak mendapat apa-apa pampasan. 14. CIMB Bank menyimpan hak di bawah budi bicara tunggal untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pemohon yang ia tentukan sebagai mengganggu proses penyertaan atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. 15. CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB Bank tidak akan melayakkan Pemohon atau mana-mana orang lain kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB Bank bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 16. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada melalui penambahan, pemotongan, pengubahsuaian, pindaan atau walau apa jua selainnya) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Pemohon berkenaan dengan Pindaan, pembatalan, penamatan, penggantungan Kempen ini atau apa-apa notis lain yang akan diberikan oleh CIMB Bank kepada Pemohon di bawah Kempen ini akan dikuatkuasakan di bawah budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, mengeposkan notis berkenaan dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat Pemohon dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain yang boleh ditentukan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan. Pemohon mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank secara berkala untuk melihat Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dan memastikan beliau mengikuti perkembangan terkini apa-apa pertukaran atau perubahan Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. 17 Terma-Terma dan Syarat-Syarat (sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 16 di atas) akan dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB dan/atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks dan hendaklah mengatasi apa-apa terma, syarat, peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi Kempen lain. 18. CIMB Bank tidak menjamin bahawa Kempen tidak akan terganggu dan / atau bebas ralat. Dengan menyertai Kempen, Pemohon dengan ini mengakui dan bersetuju secara muktamad bahawa CIMB Bank tidak akan dalam apa cara jua dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kegagalan teknikal atau sistem dalam apa jua bentuk, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau apa-apa kesilapan elektronik atau manusia yang timbul daripada dan di bawah Kempen. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada Pemohon dalam apa cara sekalipun sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana obligasinya yang ditetapkan di sini di mana ketidakupayaan tersebut adalah disebabkan secara langsung atau tidak
langsung oleh apa-apa bencana alam (“act of God”), pertikaian perindustrian, peperangan, mogok, rusuhan, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa di luar kawalan munasabah CIMB Bank. 19. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan telah dibuat oleh Pemohon dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia TermaTerma dan Syarat-Syarat ini akan mengawal operasi akaun kad kredit Pemohon, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. 20. Untuk makluman balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen, Pemohon boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank yang mempunyai alamat-alamat mel dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile (atau mempunyai alamat-alamat mel dan mel elektronik, nombor-nombor telefon dan faksimile lain sebagaimana yang boleh ditukar oleh CIMB Bank melalui pemberitahuan kepada Pemohon): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03 6204 7788 Faks: 603 2691 3248 Emel :
[email protected]