1
APLIKASI MODUL GATEH SPM CSL2013 Cg. Sazali bin Ibrahim MA(Malaya) PKP SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan. KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN) Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3
: : :
Kempen Aktiviti Kebahasaan Menerbitkan bahan bacaan
Prosedur: 1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti: i. ii. iii.
Tugasan Tema Kata kunci
: : :
cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan bahasa kebangsaan cara-cara
Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A PERINGKAT MARKAH Cemerlang
26 – 30 (28 – 30) (26 – 27)
KRITERIA
Kepujian
20 – 25 (23 - 25) (20 – 22)
CSL2013
Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
2 PENDAHULUAN Ayat 1: TEMA
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan.........................(sebutkan tema) dalam kalangan........................... (sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk Ayat 2: meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras ......(tema)........di negara JUSTIFIKASI ini kerana......(peribahasa)........... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Ayat 3 : Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan TUGASAN tanda tanya (?) Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?
ISI PERTAMA Ayat Topik
Rumus
GAPO
Ayat 1
Ayat Huraian 1
Rumus Ayat 2
BAKPO Ayat Huraian 2 BAKPO LAGI?
Rumus Ayat 3
Ayat Contoh
Rumus Ayat 4
LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI?
Rumus Ayat 5
Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif + ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA) Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, + (ISI) + juga mestilah + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, + (ISI) + seperti... Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN) Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.
Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.
CSL2013
3 ISI KEDUA Rumus Ayat Topik GAPO
Ayat Huraian BAKPO
Ayat Huraian BAKPO
Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI
Ayat 1 Rumus Ayat 2
Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4 Rumus Ayat 5
Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN – Tukar kata kunci) Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, + (ISI) + termasuklah... Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.
Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.
ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO
Ayat Huraian BAKPO
Ayat Contoh LAGU MANA
Ayat Penegas YO LO KO NI
CSL2013
Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2
Rumus Ayat 3
Rumus Ayat 3
Rumus Ayat 4
(TUGASAN – Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI) Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi .... Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.
4
Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.
KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan
Ayat 1
Seruan
Rumus Ayat 2
Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk me......... + Tema + agar....... Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Seruan (hafal dan ubah suai) Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’!
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’! RAJAH KOHEREN DAN KOHESI TEMA ↓ ISI 1
:
Pendahuluan
:
Perenggan 1
:
Perenggan 2
:
Perenggan 3
:
Kesimpulan
ISI 1 ↓ ISI 2
ISI 2 ↓ ISI 3
ISI 3 ↓ KESIMPULAN
CSL2013
5 Contoh Karangan Lengkap: Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan. Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’!
CSL2013
6
KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA) Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B PERINGKAT
MARKAH
Cemerlang
80 – 100 (90 – 100) (80 – 89)
KRITERIA
Kepujian
66 – 79 (73 - 79) (66 – 72)
SOALAN 1:
Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi. Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata
DIMENSI DIRI
Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru. Tugasan Tema Isu Kata kunci Isi
CSL2013
: : : : :
Cara-cara saya menghargai jasa guru guru pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar cara-cara 1. berbudi bahasa serta beradab sopan 2. berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah 3. prihatin dan sayang kepada guru 4. memziarahi guru 5. mendoakan kesejahteraan guru
7 Panduan: 1. Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi. 2. Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. 3. Pastikan calon menulis sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100 patah perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat cemerlang. 4. Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan dalam memaparkan isi. Contohnya, Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru (Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya) Isi 1 : berbudi bahasa serta beradab sopan Ayat topik: Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka.
PENDAHULUAN Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Sajak “Guru Oh Guru” oleh Seniman Negara Usman Awang sangat signifikan dan membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara saya menghargai jasa guru?
CSL2013
Senarai Semak Tema Isu Justifikasi Tugasan
8 ISI PERTAMA Senarai Semak Pada pandangan saya, cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan Ayat Topik mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan Ayat Huraian mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika Ayat Contoh berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil Ayat Penegas mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.
ISI KEDUA Senarai Semak Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya Ayat Topik menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin Ayat Huraian yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat Ayat Contoh memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan Ayat Penegas tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.
CSL2013
9 ISI KETIGA Senarai Semak Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan Ayat Topik sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya Ayat Huraian berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa Ayat Contoh guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan Ayat Penegas merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru.
ISI KEEMPAT Senarai Semak Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara Ayat Topik saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia Ayat Huraian tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Ayat Contoh Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi Ayat Penegas penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.
CSL2013
10 ISI KELIMA Senarai Semak Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan Ayat Topik kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini Ayat Huraian dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada Ayat Contoh semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah Ayat Penegas membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. KESIMPULAN Senarai Semak Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa Saranan menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita Harapan timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana Seruan gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
CSL2013
11 KARANGAN LENGKAP: Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Sajak “Guru Oh Guru” oleh Seniman Negara Usman Awang sangat signifikan dan membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara saya menghargai jasa guru? Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini. Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka. Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan CSL2013
12 meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar. Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
CSL2013