AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH MENGENAL ALLAH MAKSUDNYA MENGENAL DIRI Sabda Baginda Rasul :Awaluddin Makrifatullah Awal awal agama ialah Mengenal Allah. Firman Allah :Al insanu sirri wa ana sirruhu Sesungguhnya insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya. Sabda Baginda Rasul seterusnya :Man arafa nafsahu fa qad arafa rabba-hu dan seterusnya.................. Sesungguhnya siapa yang mengenal Dirinya sunnguh ia telah mengenal Tuhannya. Dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya. Apakah yang dikatakan DIRI itu ? Dan apakah kaitan Diri itu dengan Tuhan ? Ketahuilah saudaraku bahawa banyak lagi Firman Allah melalui Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Qudsi dan juga Hadith yang membawa kepada faham dalam perkara perkara yang cangan menjadi pokok utama perbincangan kita. Antaranya ialah :Allah lebih hampir kepada manusia itu daripada urat leher manusia itu Malah aku beserta kamu ...tidakkah kamu nampak ? Kemana sahaja kamu hadapkan wajah kamu disitu ada wajah Allah Allah itu meliputi sekalian manusia Apabila telah sempurna kejadian Adam...maka Aku tiupkan ruhKu YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH Saudaraku, Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ) ,geraklaku kamu adalah lebihkurang begini :Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telingamu.
Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata. Lidah dan halkom sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anngota orang mati yang boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI. Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal. Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita. Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya. Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA. NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah Ruh itu ialah Ruh Allah. Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU. Hanya penterjemah yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah. Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita secara khusus. Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ? Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah . Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi dinamakan Muhammad.
Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya manusia. Maka bersabda pula Nabi kita : Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah. DATANG & KEMBALI SE – JASAD & SE-RUH Nyatalah kepada kita jika kita terus mahu hidup kita tidaklah boleh memisahkan Jasad dengan Ruh / Nyawa. Maka bolehkah dipisahkan Muhammad dengan Allah ? Sebaliknya jika hendak dipisahkan juga, maka akan hilanglah HIDUP MANUSIA itu atau matilah. Ruhnya telah hilang kerana KEMBALI ketempat asalnya yaitu kepada Yang Empunya Hak. Jasadnya ditanam juga kembali keasalnya yaitu tanah. Firman Allah :Dari Allah engkau datang kepadaNya-lah engkau kembali. Jika kita yakin Ruh kembali kepada Allah dan Jasad kembali kepada tanah...tidakkah kita terfikir bahawa kenyataan yang biasa kita lihat itu bertentangan dengan kenyataan Allah saperti disebut ayat diatas ? Salahkah keyakinan kita ...atau ada lagi yang belum kita ketahui ? Kita datang kedunia atau keluar dari perut ibu kita secara hidup. Maksudnya kita lahir sejasad dan senyawa dalam keadaan bersatu jasad dan nyawa menjadi kita saorang bayi. Maka pada akal kita sahlah kita datang dari Allah melalui ibu bapa kita dengan SE dan BERSEPADU . Kenapa pula bila kita mati atau kembali, hanya Ruh yang kembali kepada Allah. Tubuh pula tidak kembali kepada Allah tetapi dikembalikan kepada bumi. Bumi atau tanah kubur bukan Allah tetapi makhluk Allah . KITA PERLU CARI ILMUNYA Maka perlulah kita mencari jalan agar kita kembali sapertimana kembali yang dikehendakki Allah didalam FirmanNya diatas. Kembali SE yaitu kembali dengan Jasad dan Ruh – kedua-duanya kembali kepada Allah SWT. Benarkah kemahuan kita itu ?
Jikalau benar, bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan agar kita kembali SE-jasad dan SE-ruh ? MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI Allah berfirman yang terdahulu telah disebutkan didalam rencana ini bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah. Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA. Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang. Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatanga kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas ini. Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah atau lebih dari itu. Inilah yang kita perlu pelajari. Semua manusia malah binatang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa .as Dari manakah datangnya mani itu ? Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada lelaki. Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ? Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu , umpamanya jika suami isteri itu melayu, anaknya pun menjadi melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya. Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini.
Iman, Islam, dan Ihsan
: :
: :
:
:
.
:
.
:
:
. :
؟
:
.
[
]
Arti hadits / ث :Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tandatandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.(Riwayat Muslim)
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. MENGENAL DIRI SULUK – KURSUS LATIHAN
SIFAT dizahirkan melalui kebolehan ( fakulti ) yaitu RUH. Dunia ialah penzahiran Sifat Sifat Allah. Tiap tiap Sifat mempunyai kebolehan dan kebolehan disalurkan kepada anggota yang nampak. Kebolehan ini ialah dalam Alam Malakut dan Sifat dalam Alam Jabarut. Semua anggota badan ialah penzahiran Sifat. LA ILAHA ILLALLAH. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang wujud melainkan wujud salik. Wujud ini ialah Wujud Haq. Tiada ada sekutu dengan Aku yaitu tiada yang wujud melainkan Aku.
106. dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam Keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).
Surah Yusof : 106
Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga MUSYRIK. Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hambamu, adalah terlibat dalam SYIRIK-i KHAFI. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada maka segala perbuatan dan gerak gerinya adalah Perbuatan & Gerakgeri Allah.
17. Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Surah Al-Anfal : 17 Bukan engkau yang melontar apabila engkau melontar, tetapi Allah-lah yang melontar. Hendaklah dianggap Zat / Sifat / Af’alnya sebagai Zat / Sifat / Af’al Allah. Tidak ada yang lain. Tidak ada wujud selain Allah. Aku Allah tiada Tuhan selain Aku. Siapakah yang boleh berkata AKU selain Allah sendiri ? Siapa yang kenal DIRI-nya maka kenallah akan Tuhannya. - Kenal Zat anda sebagai Zat Allah - Wujud anda sebagai Wujud Allah - Kenal anda sebagai Kenal Allah Tidak ada bezanya jika anda katakan AKU ALLAH dan DIA ALLAH. Berbilang-bilang atau banyak adalah pada Sifat dan Kesannya. WUJUD tidak lebeh daripada SATU.
Berkenaan dengan ZAT :- Ia berkata AKU - Apabila Ia keluar daripada ghaib ia berkata KAMU - Apabila Ia kembali kepada ghaib Ia mengenang DiriNya sebagai DIA - Apabila Ia memandang pada hakikatNya secara perkumpulan Ia menggelar DiriNya sebagai KAMI
16. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Surah Kami
Al-Khaf lebeh
hampir
:
kepadanya
daripada
urat
16 lehernya
sendiri.
Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan Wujud Allah, anda jadi MUSRIK. Jika ada wujud lain selain Wujud Allah pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan selain Allah. Dia yang keluar dari BATIN kepada ZAHIR bukan yang lain.
106. dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam Keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).
Surah Yusof : 106 Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga musyrik.
108. Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang
musyrik".
Surah Yusof : 108 Katakanlah inilah jalanku, Aku ajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin. Wali wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan Yang Haq. Mereka tidak peduli tentang dosa. Wilayat ialah melihat Allah dengan Allah. Al-Anfal : 17 Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni semua dosa yang lain jika dikehendakkiNya. Al-Thaqabin : 01 Apa sahaja dilangit dan dibumi memuji Allah. Hadith :Semua makhluk diperanakkan dalam keadaan islam.
MEMATIKAN DIRI SYARIAT = membuang dosa dan kehendak nafsu TARIQAT = menghapuskan kelakuan yang keji & memakai akhlak terpuji HAKIKAT =Menghapuskan ke-AKU-an diri sendiri yaitu kenal Zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal anda sebagai Kenal Allah. Tiada yang wujud hanya Allah. Hanya Allah yang boleh berkata AKU. Tidak ada yang lain. FIKIR Fikir ada 3 jenis :Pertama fikir tentang hal hal dunia Kedua fikir tentang Syurga & Neraka Ketiga fikir tentang Zat & Sifat Sifat Allah
ISLAM ISLAM KULIT = mematuhi hukum hukum Syariat sahaja tanpa memandang . kepada HAKIKAT ZAT. SIFAT, ASMA’ & AF’AL ALLAH. MUSLIM KULIT = Sibuk dengan pembersehan zahir sahaja. Yang Memberi & menerima itu Allah sebab hanya Dia Yang Wujud dan Dia itu AKU. AMALAN MAKRIFAH Anda hendaklah menganggap pelbagai objek ( benda ) sebagai ZAT ALLAH. Sifat Sifat benda sebagai Sifat Sifat Allah. Perbuatan benda sebagai Af’al Allah Yang lainnya hilang dari pandangan ( ini dinamakan wahdat ) . Cara Caranya saperti dibawah :CARA MENURUN / NUZUL Anggaplah diri anda sebagai HAKIKAT ZAT Zat Aku adalah Zat Allah Sifat aku adalah Sifat Allah Perbuatanku adalah Af’al Allah CARA MENAIK / URUJ Zat Allah adalah Zat Aku Sifat Allah adalah Sifat Aku Af’al Allah adalah Perbuatan Aku NUZUL DENGAN ALLAH Zat Aku dengan Zat Allah Sifat Aku dengan Sifat Allah Perbuatan aku dengan Af’al Allah Al-Khasas : 88 Tiap tiap sesuatu ( ghayr ) adalah kosong sahaja kecuali ZatNya.
IRSHADAT = Kata Kata Mutiara Ulamak Daula Samnani Tidak ada dosa yang lebeh besar dari mengatakan diri sendiri berdosa. Tauhid ialah memebaskan fikiran dari semua khatrat ghayr. TAMAT.