AL-MUZARA’AH: KONSEP PENGURUSAN PROJEK DI FELDA Rifhan Zafirah Binti Mohd Abstrak Kertas kerja ini membincangkan mengenai al-muzaraah dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta mendedahkan kepada umum pengamalan yang digunakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sama ada ianya menggunakan kaedah al-Muzaraah ataupun tidak khususnya bagi pengurusan yang melibatkan pembangunan tanah dalam aktiviti pertanian sawit. Untuk mencapai objektif kajian ini, penulis telah menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data, yang berbentuk kaedah kepustakaan (arm chair research) dan juga lapangan (fieldwork research).Kaedah kepustakaan dibuat bertujuan mendapatkan data mengenai Konsep al-Muzaraah dan beberapa dokumen yang berkaitan dengan Felda untuk dianalisa data-data yang diperolehi.Namun begitu kaedah lapangan yang dilakukan adalah berbentuk temubual bersama Pegawai-pegawai Felda di Wilayah Trolak bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih baik.Berdasarkan daripada kaedah kajian yang digunakan penulis mendapati pembangunan tanah yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah tidak menepati konsep al-muzara’ah. Namun begitu, beberapa saranan di utarakan untuk mewujudkan konsep al-muzaraah dalam pertanian sawit di Felda. Pendahuluan Beberapa Kontrak Pertanian telah diperkenalkan dalam Islam, termasuklah kontrak usahasama dalam pertanian yang mana melibatkan kaedah pembangunan tanah.Antara Prinsip pembangunan tanah pertanian yang melibatkan kerjasama antara pemilik tanah dan juga pengurus tanah dikenali sebagai al-muzara’ah. Walaupun terdapat beberapa percanggahan pendapat dalam kontrak tersebut namun, akad tersebut masih boleh digunakan sebagai satu kontrak pertanian yang akan meningkatkan hasil sektor pertanian khususnya.Pembangunan tanah yang melibatkan sektor pertanian di Malaysia telah melibatkan sektor kerajaan dan juga swasta.Agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan tanah ini dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).Agensi ini bernaung dibawah kementerian di Jabatan Perdana Menteri.Berperanan dalam menguruskan serta mentadbir sektor ini dengan lebih berkesan dan bersistematik. Dengan yang demikian, perbincangan di dalam penulisan ini menerangkan mengenai pengamalan yang di lakukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai pembangunan tanah dalam sektor pertanian sama ada ianya bertepatan dengan prinsip al-muzaraah ataupun tidak. Penulis membincangkan beberapa perkara dalam penulisan ini mengenai pembangunan tanah bagi sektor pertanian yang diamalkan oleh FELDA sama ada ianya bertepatan dengan prinsip al-Muzaraah atau pun tidak.
Konsep al-Muzaraah Pengertian al-Muzaraah Perkataan Muzara’ah diambil daripada wazan ) ) مفاعةلyang menunjukkan perbuatan antara dua pihak dan telah menjadikannya ) ) مزارعة. . Muzara’ah pula pecahan daripada ( )زرعzara’a membawa maksud tanaman.Zara’a mengandungi dua maksud. Pertamanya membawa maksud: Pembenihan iaitu mencampakkan benih di atas tanah )(البذر. Yang Keduanya membawa maksud mencambahkan atau menumbuhkan( ا ٍالنبات ). Abdul rahman al-jaziri menjelaskan bahawa pengertian yang pertama membawa maksud ( ) جمازىdan yang kedua membawa maksud sebenar..(Abdul Rahman alJaziri.2000: 5) namun begitu ungkapan tersebut tidak sesuai digunakan dan yang lebih sesuai adalah dengan perkataanmenanam atau membajak.(Ahmad Jabir Badran.2002: 44) Bertepatan dengan Firman Allah S.W.T : Maka, ( Mengapa kamu masih Berdegil ) tidakkah kamu lihat apa yang kamu tanam.Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya. (Al-Quran: al-Waqiah: 63-64) Secara jelasnya Muzara’ah dari segi bahasa ialah satu cara menjalankan kegiatan pertanian secara bersama di antara pemilik tanah dan pengusaha tanah dengan pembahagian hasil pula dibahagikan mengikut apa yang dianggarkan dengan akad atau u’ruf.(Ibrahim Mustafa, ahmad Hassan ziyyad. 1960: J: 1: 393). Dari pandangan syarak beberapa pengertian telah dikemukakan oleh beberapa ulama.Menurut Mazhab Hanabilah Muzara’ah ialah seorang pemilik tanah menyerahkan tanah kepada seorang petani untuk mengusahakannya dan hasil darinya di bahagikan antara keduanya.( Ibn Qadamah.1972: 382). Menurut Mazhab Hanafi pula satu akad ke atas tanaman diantara pemilik tanah dan petani untuk diusahakan dengan sebahagian yang keluar dari tanah.pemilik tanah boleh menyewakan tanah tersebut atau mengupah petani untuk diusahakan serta pembahagian hasil mengikut apa yang dipersetujui.(Abdul Rahman al-Jaziri.2000: 6) Mazhab Maliki berpendapat al-Muzarah ialah perkongsian dalam pertanian.(Dr.Walid Khalid Rabi’. 2002: 130) Manakala mengikut Mazhab Syafi’e pula, perjanjian antara pemilik tanah dan pengusaha tanah untuk penanaman dan penjagaan dengan memperolehi sebahagian hasil sedangkan benihnya daripada pemilik tanah.(Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbani Mengikut majallah al-Ahkam dalam bab ke 8 artikel 1432 bahawa al-muzara’ah ialah bentuk perkongsian tanah pertanian antara pemilik tanah yang menyediakan tanah dan pihak lain untuk menguruskan kerja-jerja penanaman. Hasil dibahagikan antara keduanya.(Majallah al-Ahkam al-Adliyyah.1968: 276).
321
Pensyariatan al-Muzara’ah Dalam membahaskan mengenai al-Muzara’ah terdapat beberapa pendapat dari Fuqaha’ mengharuskan Muzara’ah begitu juga beberapa pendapat yang tidak mengharuskan akad ini. Antara yang mengharuskan al-Muzaraah Al-Malikiyyah, AlHanabilah, Al-zohiriyyah, Abu Yusuf dan Muhammad sertaSebahagian daripada syafi’eyyah.(Ahmad Jabir Badran: 2002: 47). Golongan yang mengharuskan alMuzara’ah menyatakan akad yang dilakukan jelas dengan menjadikan petani sebagai rakan kongsi dalam pembangunan tanah pertanian.( Hailani Muji Tahir.2009: 166). mereka bersandarkan kepada hadith Rasulullah Riwayat daripada Ibn Umar yang bermaksud: 1. Ibn Umar telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Penduduk Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh daripada hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (H.R.Bukhari: 2329. H.R.Muslim: 3939. H.R.Abu Dawud: 3408. H.R. Nasai’e: 3939). 2. Daripada Ibn Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W Menyerahkan tanah dan pohon Tamar kepada penduduk Khaibar dengan membahagikan secara Muqasamah (sama Banyak). (H.R Ahmad dan Ibn Majah) (Muhammad B.Ali B.Muhammad Shaukani.Tt: 1163) Hujah bagi golongan yang mengharuskan diperkuatkan lagi dengan pengamalan sahabat Rasulullah serta kaum kerabatnya dalam al-Muzaraah. Imam Bukhari meriwayatkan antara sahabat-sahabat yang mempraktikkan Muzara’ah adalah A’li , Sa’ad Bin Malik, Abdullah B. Masud Umar B. Abd.A’ziz, Al-Qasim, Al’urwah, Keluarga daripada Abbu Bakar, Keluarga U’mar, Keluarga A’li dan Ibn Sirrin.(Ahmad B.Ali B.Hajar Al-A’sQalani.2000;12), (Sayyid Sabiq.1983: : 191-192) Menjelaskan lagi, Perkara ini telah diamalkan oleh Rasulullah sehinnga baginda wafat dan diikuti oleh sahabat-sahabat. Di dalam al-Mughni .( Abi Muhammad A’bdallah bin Ahmad Ibn Qadamah.t.t: 582. juga menjelaskan bahawa perkara ini merupakan perkara terkenal yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sehinnga Baginda Wafat dan disambung oleh Khulafa’ serta keluarga mereka begitu juga dengan para isteri Nabi. Sementara itu, sahabat Imam Abu Hanifah (Muhammad dan Abu Yusuf) berpendapat akad ini harus (Imam A’lauddin Abi Bakr B. Mas’ud Al-Kasani Al-Hanafi.2000: 272) berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ibn Umar dan akad ini merupakan akad usahasama antara dua pihak. Akad ini juga diQias seperti akad mudharabah (harta dan pekerjaan).(Wahbah al-Zuhaili.2011).oleh itu, Muzara’ah diharuskan atas konsep mengangkat kepayahan ke atas manusia, dan memudahkan dalam aktiviti masyarakat. Ini bertepatan dengan konsep syariah.Keadaan ini menjadi keperluan untuk di praktikkan dalam pertanian kerana kemaslahatan manusia.kadang kala pemilik tanah tidak mempunyai kemahiran dalam tanaman dan pengusaha pula tidak mempunyai tanah sedangkan ada kemahiran padanya maka, dengan situasi ini Muzara’ah diharuskan.(Al-Zuhaili.2011, Ahmad Jabir.2002) Fuqaha’ yang tidak mengharuskan al-Muzara’ah ini adalah Mazhab Hanafi dan Shafi’e.mengikut Mazhab Hanafi akad ini tidak harus kerana berdasarkan larangan Nabi S.A.W penyewaan tanah iaitu Mukhabarah. Abu Hanifah juga berpendapat bahawa dalil yang menceritakan mengenai transaksi Nabi S.A.W dengan penduduk Khaibar adalah merupakan pembayaran cukai yang perlu dibayar oleh penduduk 322
Yahudi di Khaibar berikutan kemenangan tentera Islam terhadap Khaibar dan menjadikan Nabi sebagai Pemerintah.Oleh yang demikian, pemerintah berhak untuk menuntut cukai (Kharaj). Dan ianya bukanlah transaksi al-Muzara’ah.(Muhammad Hakimi b. Mohd Shafiai, Nor Aini binti Ali.2007). akad ini juga tidak harus adalah kerana kadar hasil pertanian yang menjadi imbuhan masih tidak jelas dan belum ada. Ini berikutan sekiranya berlaku ketiadaan hasil dalam tanaman yang diusahakan petani akan kerugian dan tidak mendapat apa-apa manfaat. Maka akad ini di anggap tidak sah.Namun begitu, Imam Hanafi berpendapat bahawa al-Muzara’ah boleh terjadi kerja dan benih milik bersama.Petani perlu menyewa tanah bersama alatan pertanian.pemilik pula, mengupah petani dengan diberikan alatan serta benih.(Abd.Rahman Al-Jazziri.2000) Manakala dari pandangan Mazhab Syafi’e al-Muzara’ah berlaku dengan syarat sekiranya diikuti dengan Akad Musaqqat tanah tersebut terdapat pokok atau tanah kosong perlulah berada dicelah-celah pokok yang telah berbuah.Setelah berlaku akad musaqqah kemudian bolehlah dibuat akad Muzara’ah. Dan Imam Syafi’e sependapat dengan Imam Hanafi dalam tidak mengharuskan alMuzara’ahberdasarkan Hadith Ibn U’mar RA bahawa Rasulullah SAW menyerahkan tanah kepada penduduk Khaibar untuk diusahakannya dengan menjadikan sebahagian daripada hasil buah atau tanaman sebagai bayaran.(Mustofa Al-khin, Mustofa Bugho tt).beliau juga berpendapat melakukan akad ini seolah-olah melakukan akad pada perkara yang tidak diketahui.(Al-Jaziri.2000) Terdapat unsur Gharar dan penipuan. Dibenarkan Muzara’ah melalui sewaan Tanah.Namun begituMuhammad Hakimi dan Noraini menjelaskan bahawa Al-syarbini menyatakan bahawa sewaan tanah tidak boleh dicampurkan dengan hasil pertanian kerana hasil daripada pertanian keseluruhannya milik pemilik tanah kerana telah membangunkan harta miliknya.Manakala pengusaha hanya diberikan upah termasuk sewa binatang dan alatan yang telah digunakan. (Muhammad Hakimi, NorAini: 2007). Rukun Muzara’ah Menurut Perspektif fuqaha’Imam Abu Hanifah (Al-Kasani: 2000) Rukun Muzara’ah adalah Ijab dan Qabul sahaja(sighah). (Walid Khalid: 2002). Majallah al-Ahkam juga menjelaskan bahawa Akad berlaku apabila, pemilik tanah mengucapkan kepada petani saya serahkan tanah pertanian saya untuk diusahakan dan hasilnya sedemikian dan dijawab oleh petani aku terima.(Majallah al-Ahkam: 1968). Manakala Jumhur Fuqaha yang mengharuskan Akad Muzara’ah ini menyebut beberapa rukun yang perlu dipenuhi supaya Muzara’ah menjadi sah. Ada empat kesemuanya iaitu : pemilik Tanah, Petani (Pengusaha), Objek Akad iaitu manfaat tanah dan hasil kerja petani serta Ijab dan Qabul (Hailani Muji Tahir: 2009, Abd. Majid To’ma al-Halbi: 2000).Namun begitu al-Hanabilah berpandangan bahawa alMuzara’ah tidak perlu kepada lisan tetapi boleh juga dengan perbuatan.(Al-Jaziri: 2000, Al-Zuhaili: 2004) Syarat al-Muzara’ah. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan Akad Muzara’ah sah. 1. Syarat individu yang berakad- kedua-dua individu yang berakad perlulah baligh dan berakal mempunyai keahlian dalam menguruskan sesuatu perkara
323
supaya dianggap cekap dan berkelayakan dalam berakad. Tidak sah terhadap kanak-kanak dan orang gila(Abd..Majid: 2000) Meskipun hanafiyyah meletakkan Islam sebagai syarat kepada salah seorang atau keduanya, namun Abu Yusuf dan Muhammad tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan mengemukakan bahawa Muzara’ah boleh berlaku sama ada muslim ataupun murtad.(Al-Kasani: 2000). 2. Syarat ke atas Tanaman – pemilik tanahmengetahui secara pasti bahawa jenis tanaman yang akan diusahakan oleh petani. Keadaan sesuatu tanaman berbeza mengikut apa yang ditanam dan perlu bersesuaian dengan tanah. Syarat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlaku pengurangan dan penambahan terhadap hasil. Terkecuali sekiranya pemilik tanah tidak mensyaratkan sebarang jenis tanaman untuk diusahakan. (Al-Kasani: 2000, Ahmad Jabir: 2002). 3. Syarat Tanah Tanaman- Tanah tersebut perlulah diketahui sekiranya tidak dikatahui maka akad al-Muzara’ah tidak sah.(Walid Khalid Rabi’: 2002) Tanah tersebut juga dalam keadaan baik sesuai untuk dijadikan tanah pertanian. Muzara’ah tidak akan berlaku apabila Tanah tersebut berada di kawasan yang tandus dan kering yang memungkinkan tidak boleh dijadikan tanah pertanian.(Al-Kasani: 2000, Al-Zuhaili: 2004). 4. Mengetahui sempadan tanah tersebut dengan jelas supaya tidak berlaku perselisihan dan gharar pada sesuatu ketika proses pengusahan berlaku seperti perselihan anta petani yang lain. (Ahmad Jabir: 2002). 5. Syarat Hasil Pertanian: Hasil daripada tanaman yang diusahakan oleh petani perlulah dibahagikan mengikut persetujuan antara kedua-duanya. Kadar imbuhan perlulah ditetapkan dahulu samada setengah sepertiga atau seperempat atau sebagainya sebelum sesuatu usahasama itu berlangsung (Ahmad Jabir: 2002). Imam Syafi’e mengatakan tidak sah Akad sekiranya diletakkan dengan kadar sepertiga seperempat atau sebagainya. Muzara’ah ini juga tidak sah sekiranya tidak dimulakan dengan akad mussaqah terlebih dahulu beliau mengatakan keperluan kepada akad al-Musaqqah lebih utama berbanding al-Muzara’ah (Muhammad Hakimi, Noraini: 2007). 6. Syarat Tempoh Masa-Tempoh masa perlu dijelaskan di dalam Akad bergantung kepada jenis tanaman dan juga situasi setempat. Ini bertujuan supaya tidak berlaku kemudaratan pada sebelah pihak.seseorang tidak sempat memperoleh hasil jika tempoh yang terlalu panjang dan yang terlalu pendek menyebabkan petani tidak dapat menyempurnakan kerjanya serta (Fatimah Mamat: 2004). Bentuk-bentuk kontrak al-Muzara’ah Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani menyebut terdapat empat bentuk A’kad Muzara’ah: 1. Sekiranya Tanah dan benih daripada Pemilik Tanah manakala alat serta Kerja daripada Petani maka Akad jenis ini di anggap sah (Al-Kasani: 2000).
324
2. Pemilik Tanah menyediakan Tanah , Benih dan juga peralatan. Manakala pengusaha pula hanya menyumbangkan tenaga dan Usaha dalam tanaman tersebut maka, Akad jenis tersebut juga sah. 3. Pemilik tanah menyediakan tanah sahaja darinya. pihak pengusaha pula, menyediakan benih, peralatan dan tenaga, maka akad ini juga sah. 4. Namun apabila pemilik tanah menyediakan tanah dan peralatan manakala pengusaha menyediakan benih dan tenaga maka, Akad ini tidak sah disisi syarak. Ini kerana, penyediaan tanah dan alat pertanian oleh pemilik tanah menyebabkan akad tersebut rosak dan tidak diharuskan akad tersebut. Menurut mereka lagi, Manfaat tanah dan juga alat pertanian berbeza. Tanah menghasilkan tanaman manakala peralatan medium pengolahan tanah. Oleh kerana petani yang akan mengusahakan tanah, maka penyediaan alatan adalah tanggungjawab Petani. (Al-Zuhaili: 2004, Al-Kasani: 2000). Menurut Jumhur yang mengharuskan al-Muzara’ah apabila akad ini memenuhi rukun dan syaratnya maka kesan daripadanya: Pihak petani atau pengusaha bertanggungjawab untuk mengeluarkan perbelanjaan benih serta penyelenggaraan pertanian. Proses pembiayaan penuaian, membersihkan tanaman, pembajaan ditanggung oleh kedua-duanya (petani dan pemilik tanah) mengikut kepada embahagian masingmasing dalam Akad. Hasil tanaman dibagi antara kedua-dua pihak.Manakala, Pengairan pula dilakukan mengikut persetujuan di dalam Akad.dan apabila salah seorang meninggal dunia Akad diteruskan sehingga Hasil tanaman menjadi dan diserahkan bahagiannya kepada waris kerana diqiaskan kepada Akad I’jarah. menurut jumhur tidak terbatal Akad ini dengan kematian dan boleh diwariskan. Pengurusan projek di FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan pada 1 julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance 1956)(Puteri Suzana Faris: 2013). Lembaga ini berfungsi untuk memajukan serta melaksanakan projek pembangunan tanah melalui aspek pengurusan, perkhidmatan ekonomi, pertanian, penempatan dan sebagainya sepertimana yang tertakluk di bawah Akta pindaan 1991.(Dasar-dasar Felda: tt). Penubuhannya juga bermatlamatkan membasmi kemiskinan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar Bandar khususnya dalam pembangunan tanah di bawah sektor pertanian.(Tuan Syed Sofi Syed Omar: 2005, Unit Kawal Selia Felda. Jab Perdana Menteri: tt, Shaiful Azlan Abdul, Mazlina ahmad Zayadah, Maziah Mohamed Arif: 2008) Pada peringkat permulaan, Kerja-kerja ditetapkan mengikut peruntukan tanah yang telah diberikan. Namun begitusistem tugas bagi peneroka yang mendapat tanaman getah di rancangan-rancangan mereka adalah berbeza berbanding rancanganrancangan yang mengendalikan tanaman sawit.Felda telah menggunakan beberapa kaedah dalam pengurusan kebun bagi mendapatkan satu sistem yang berkesan dalam kerja-kerja kebun. Sistem lot individu diperkenalkan untuk bagi peneroka
325
menjalankan aktiviti, ini bertujuan supaya pemberian tugas secara lot individu ini dapat menimbulkan perasaan sayang terhadap kebun masing-masing dan dapat meningkatkan hasil kerja. Namun begitu sistem ini kurang berkesan. Pihak Felda mendapati mutu penjagaan kebun tidak seragam dan ianya bergantung kepada penempuan peneroka dan keluarga terhadap kebun mereka. Meskipun begitu, Felda telah mewujudkan satu sistem baru yang telah diperkenalkan pada akhir tahun 1970an iaitu dengan mewujudkan Sistem Blok rancangan. Di dalam sistem ini penerokapeneroka telah ditempatkan dan diletakkan dalam satu kawasan atau blok dengan jumlah seramai 24 orang. Bagi memastikan mutu penjagaan serta hasil dapatan yang baik, peneroka perlulah bekerja dan pendapatan daripada hasil akan diagihkan di kalangan ahli blok masing-masing. Sistem ini diguna pakai sehingga kini berikutan dengan keberkesanan dalam peningkatan mutu dan hasil yang baik ini kerana jika berlaku ketirisan dalam kumpulan maka, kumpulan tersebut akan terjejas dan hasil daripada blok mereka juga akan berkurangan. Maka, setiap individu yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan blok ini akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang baik untuk pendapatan yang tinggi. Menurut sistem ini, dalam blok tersebut, pembahagian lot bagi setiap peneroka juga akan dipastikan mendapat lot individu masing-masing.(Zalfan Mohd. Rashid: 2006). Setiap peneroka diberikan 10 ekar tanah untuk tujuan pertanian dan suku ekar untuk tapak perumahan.(Mohd Salman Omar: 1992).Pada tahun 1990 Felda telah memberhentikan pengambilan peneroka untuk kemasukan ke tanah-tanah rancangan yang di buka. Ini berikutan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek infrastruktur ditanah rancangan. (Puteri Suzana Faris: 2013). Mulai tahun tersebut felda mengendalikan sendiri tanahtanah yang dibuka tanpa ada penempatan peneroka. Rancangan tersebut di uruskan oleh anak syarikat Felda. Sistem Pengurusan Projek Tanam Semula Sawit Tanam semula merupakan satu projek pengolahan tanah yang melibatkan beberapa proses. Tanam semula ini juga berlaku apabila ladang atau kebun seseorang peneroka tidak lagi ekonomik dan hasil pengeluaran pada kebun tersebut tidak begitu baik. Ini berikutan tempoh hayat atau tempoh pengeluaran yang ekonomik bagi sawit dan getah tidak melebihi daripada 25 tahun.(Omar B.Dolah, Misnah binti.Saman, Norliza Osman: 2010) Pada peringkat awal tanaman semula, di setiap rancangan terdapat pegawai serta pengurus rancangan untuk menyelia aktiviti pertanian setiap peneroka. Tugas pegawai rancangan dalam penanaman semula adalah dengan mengesyorkan kepada penerokapeneroka yang mempunyai ladang atau tanaman yang melebihi 25 tahun atau hasil yang tidak ekonomik untuk di buat tanaman semula. Penerangan diberikan kepada peneroka oleh pegawai felda di rancangan. Bagi mana-mana peneroka yang berminat untuk tanaman semula kebun mereka, permohonan perlulah dibuat melalui Jabatan Tanam semula Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur yang telah disokong oleh Wilayah Rancangan masing-masing. Pihak Jabatan Tanam Semula akan bermesyuarat dan membuat keputusan penentuan. Ahli agronomic akan dan pegawai pertanian Felda akan rekomen jenis tanaman yang sesuai ke atas tanah yang dipohon untuk tanaman semula daengan membuat laporan dan dihantar ke Jabatan Tanam semula. Setelah peneroka bersetuju untuk tanam semula jenis tanaman perlu ditentukan. Pihak Felda mengesyorkan tanaman yang bersesuaian dengan tanah berpandukan keputusan pegawai pertanian. Akan tetapi peneroka diberi kuasa untuk menentukan jenis tanaman walaupun khidmat nasihat diberikan. Proses untuk pengurusan tanam semula
326
ini mengambil masa kira-kira 3 bulan hingga setahun.(Puan Harisah, En.Mohd Faizal, En.Ahmad Murtadjo: 12/19-9-2013).(En.Mohd Ismail 20-9-2013). Setelah proses ini selesai maka bermulalah penanaman semula. Setiap rancangan yang memohon sekurang-kurangnya mencapai 250 ekar bagi satu blok untuk projek tanaman semula. Dapatan Kajian Penulis menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan temubual. Temubual di buat kepada pegawai-pegawai Felda di Wilayah Trolak. Temubual dibuat di Wilayah trolak kerana mewakili rancangan felda di perak. Ibu Pejabat Wilayah Trolak adalah merupakan Ibu Pejabat bagi Rancangan-rancangan di Perak. Di dalam Kontrak Perjanjian peneroka melantik felda sebagai badan pengurusan dan mengusahakan Tanaman mereka sama ada dengan tanaman sawit ataupun Getah ( Surat Perjanjian: Felda) Tempoh Tanaman semula ini mengambil masa selama 4 tahun atau 48 bulan bagi tanaman sawit dan 6 tahun bagi tanaman getah. Aktiviti Felda Dalam Penanaman Semula Sepanjang tempoh penanaman semula berlaku Felda mempunyai hak eksklusif sepenuhnya ke atas tanah tersebut dari bermulanya pengurusan sehingga membangunkan tanah dan akhirnya pengeluaran hasil. Dalam tempoh tersebut peneroka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan. Walau bagaimanapun dalam surat perjanjian tersebut Felda telah bersetuju untuk memberi pendahuluan Pendapatan atau di panggil kos sara hidup kepada Peneroka mengikut kadar yang di Bawah: Tahun Tanaman
Kadar Seekar (RM)
1
100
2
120
3
130
Jadual tersebut menyatakan bahawa setiap peneroka yang bersetuju dalam projek Tanam Semula akan diberi Pendahuluan pendapatan (sebagai pinjaman) tersebut sehingga tanaman mereka mengeluarkan hasil.Pendahuluan Pendapatan ini mengikut keluasan tanah peneroka yang diusahakan oleh felda. Meskipun begitu peneroka mempunyai pilihan untuk tidak mengambil pendahuluan pendapatan tersebut namun begitu mengikut En. Mohd setakat ini rata-rata daripada ahli-ahli yang menyertai projek ini menggambil pendapatan tersebut. Felda juga menyediakan alat pertanian dan juga kos penyelenggaraan semasa proses ini berlaku. Namun begitu peneroka perlu membayar semula kos yang dikeluarkan Felda dalam membangunkan tanah tersebut / Tanaman Semula. Selepas hasil dapat dikeluarkan, peneroka perlu membayar semula pendahuluan pendapatan yang diberi serta kos penyelenggaraan kebun termasuklah kos pembajaan, 327
benih, pengairan , teres. di dalam Kontrak, tempoh pembayaran habis segala hutang serta pendahuluan yang di dahulukan oleh Felda adalah selama 15 tahun.namun begitu ia masih tertakluk pada budi bicara Felda. Kerana, kadar pembayaran tersebut mengikut pungutan atau pendapatan yang diperolehi dari hasil tanaman.sekiranya hasil tanaman tidak begitu memberangsangkan maka, pihak felda tidak akan menolakdaripada hasil tanaman bagi bulan tersebut.Penjualan Hasil di kendalikan oleh Felda dan harga dari hasil tersebut juga adalah harga yang dipersetujui bersama oleh Kilang atau Pembeli. Kontrak ini juga mengikat waris, wakil diri, pengganti. Ini bertujuan sekiranya berlaku kematian terhadap peneroka yang berkontrak maka hasil daripada tanaman dapat diterima oleh waris. Kesan Kontak tersebut pada Muzara’ah Penulis mendapati, aktiviti yang di jalankan oleh Felda dan Peneroka asalnya adalah konsep usahasama yang bertujuan untuk membangunkan tanah pertanian. Pada peringkat permulaan konsep Muzara’ah terdapat dalam Felda dengan adanya Pemilik Tanah (Peneroka) dan juga Pengusaha (Felda). Melihat kepada Syarat alMuzara’ah yang telah dinyatakan oleh Fuqaha’, penulis mendapati syarat-syarat tersebut dipenuhi oleh kontrak ini seperti tanah, iaitu jelas bahawa tanah tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Felda untuk di usahakan dan tanah tersebut juga telah di nilai oleh pegawai pertanian dan dipastikan dalam keadaan baik serta bersesuaian dengan tanaman yang ingin diusahakan. Begitu juga dengan tempoh masa tidak terlalu panjang untuk mengeluarkan hasil dan sepanjang tempoh tersebut juga pihak Felda memperuntukkan pinjaman pendahuluan pendapatan kepada pemilik tanah untuk dijadikan sara hidup sepanjang tempoh projek tersebut berlangsung. dan tanaman yang akan diusahakan dimaklumi oleh pemilik tanah sebelum kontrak usahama dipersetujui.Kesemua elemen ini, jelas menunjukkan ia menepati Muzara’ah. Namun begitu, terdapat satu syarat dan rukun yang tidak dipenuhi iaitu syarat ke atas hasil tanaman manakala rukunnya juga tidak dipatuhi berikutan rukun yang ketiga iaitu Objek atau hasil kerja petani tidak dipenuhi. Menurut Puan Harisah pihak felda tidak mengambil apa-apa Imbuhan daripada hasil untuk projek yang diusahakan pada tanahkecuali peneroka perlu membayar semula kos-kos penyelenggaraan, pinjaman pendahuluan pendapatan dan kos-kos pengurusan. Saranan dan Cadangan Penyelidik mendapati kaedah Pembangunan tanah yang dijalankan oleh Felda adalah tidak Selari dan tidak menepati dengan prinsip al-Muzara’ah. Maka dengan itu penulis mencadangkan supaya: 1. Pihak Felda mengkaji semula mengenai Imbuhan atau hasil yang diperolehi dari tanaman peneroka supaya dapat juga dimiliki Manfaatnya oleh pihak pengusaha (FELDA) dengan kadar yang berpatutan. Namun begitu, kajian mengenainya perlu dikaji dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku kemudaratan terhadap satu-satu pihak.
328
2. Pihak Felda juga boleh membuat perjanjian dengan memasukkan kadar peratusan Hasil untuk diperolehi bagi kedua-dua pihak. 3. Kadar bayaran semula bagi kos pengurusan juga perlu dinyatakan supaya jelas diketahui sama ada mengandungi unsur-unsur lebihan yang mungkin boleh dijadikan sebagai imbuhan kepada Felda. Oleh yang demikian, prinsip al-Muzara’ah dapat dipraktikkan kepada usahasama ini sekiranya syarat dan rukun dapat dipenuhi. Penambah baikan dalam perjanjian juga dapat menyumbangkan capaian kepada Akad tersebut. Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, penyelidik mendapati bahawa pengamalan prinsip islam dalam kaedah Pembangunan tanah Pertanian merupakan keperluan untuk dijadikan panduan sebagai pengamalan bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta masa kini. Boleh juga dijadikan sebagai asas dalam kontrak usahasama antara mereka.matlamat agensi untuk pembangunan ekonomi secara islami juga dapat di terap melalui aktiviti pertanian mengikut teori-teori yang dibenarkan oleh Islam. Demi mencapai Kemaslahatan bersama, Prinsip al-Muzara’ah perlu dijadikan satu teras kepada Felda selaku Pengusaha dan Peneroka sebagai pemilik tanah. Rujukan Al-Quran. A’lauddin Abi Bakr b. Masu’d al-Kasani al-Hanafi, 2000. Kitab Bada’i Sonai’ fi Tartib al-Syari’. J.6. Beirut: Dar- al-Ma’rifah. Abd. Majid To’mid Halbi. 2000. Radd al-Mukhtar a’la al-dar al-Mukhtar Hasyiah Ibn A’bidin A’la Syarah Syeikh A’lauddin muhamamad b.A’li. j.9. Beirut: Dar alMa’rifah. Abd. Qader Abd Al-Khair, Sayyid Muhammad Sayyid, Sayyid Ibrahim. Sunnan Abi Daud. Al-Qaherah: Dar al-Hadis. Abd. Rahman Al-Jaziri. Al-Fiqh a’la al-Mazahib al-Arbi’ah. J.3. al-Qaherah: Dar alFajr lil-Turath. Abi Muhammad Abdullah bin Ahmad Ibn Qudamah, t.t. Al-Mughni, j.5. Beirut, Darul Fikr. Ahmad b. Ali b. Hajar al-A’sQalani. 2000. Fath Al-Bari Sharah Sohih Bukhori. Beirut Dar al-Kitab al-Ilmiah. Ahmad Jabir Badran. 2002. Al-Musyarakat al-Zirai’yat. Al-Qaherah. Al-sayyid Sabiq. 1983. Fiqhu al-Sunnah. J.3. Beirut: Dar al-Fikr. Dr.Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. Fiqh al-Manhaji A’la al-Mazahib as-Syafie. Terj. Dr Zulkiflie b. Mohamad al-Bakri dan Rakan-rakan. J.4. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam malaysia.
329
Dr. Rashad Hassan Khalil, Dr. Misbah AL-Mutawali Hamad. 2002. Al-syariah wa alQanun. Walid Khalid al-Rabi’Bab Al-Muzara’ah. J.1 Syarikat Nas lil-Tiba’ah. Fatimah bt Mamat. 2004. Amalan Sewa Tanah di Kalangan Penduduk Tempatan: Suatu Kajian di Jajahan Tumpat, kelantan. Disertasi M.A Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Hailani Muji Tahir. 2009. Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Ibnu Hajar Al-A’sQalani As-Syafie. Terj Hamim Tohari Musa. Bulugul Maram. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication. Ibrahim Mustofa, Ahmad Hassan al-ziyyat, Hamad abd. Al-Qader, muhammad a’li alNajjar.1960. majma’ al-Lughah al-A’rabiah Mu’jam al-Wassit. j.1. al-Qaherah: Syarikah al-Musahamah Misriyyah. Jabatan Pembangunan & Koordinasi Ibu Pejabat Felda. Dasar-dasar Felda. Kajian kepuasan warga peneroka Felda Selepas 50 tahun. Unit kawal Selia FELDA, jabatan Perdana Menteri. Majallah al-Ahkam al-A’daliyyah. 1968. Cet.5. Artikel 1432. Mohd b.Ali b. Muhammad al-Syaukani. Tt. Nail al-Awtar Syarah Muntaqa al-Akhbar min Ahadis Sayyid al-Akhyar. J.2. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Mohd Salman Omar. 1992. Pembangunan felda Dilema generasi kedua. Akademik Disember. 21-23. Muhammad Hakimi bin Mohd Shafiai, Nor Aini binti Ali. 2007. Aplikasi Muzara’ah di Felcra Berhad. Jurnal Syariah 15(2): 185-211. Mustofa Muhammad Hussin al-Zahbi. 1999. Sunan Nasai bi Syarh al-Imamain alSayuti wa Al-Sindi. Jamiah al-Azhar: Dar al-Hadis. Omar b. Dolah, Misnah binti Saman, Norliza binti Othman Hamimah Binti Ismail. 2010. Manual Pengurusan Rancangan. Pihak Berkuasa Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Puteri Suzana Faris. 2013. Siri Koleksi Kejayaan Malaysia Felda global Memartabatkan Peneroka. Kelantan: Nurul Cipta Kreatif. Sheikh Solih bin Abd al-aziz b. Muhammad b. Ibrahim. 2008. Al-Kutub al-Sittah. Riyadh: Dar al-Salam lil Nash wa al-Tauzi’. Syed Sofi Syed Omar. 2005. Felda Satu pengalaman.Kertas Kerja Konferensi Kebangsaan Felda 2005. Anjuran lembaga kemajuan tanah Persekutuan (FELDA). Putrajaya 11-14 Disember. Wahbah al-Zuhayli. 2004. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. J.8 . Damsyiq: Dar al-Fikr wa al-Maasir. Zalfan Mohd rashid. 2006. Pengalaman Felda: yang tersurat dan Tersirat.Jilid 2. Pengurus.3-11. 330
Temu bual Ahmad Murtadjo bin Marsom. 2013. Kontrak Felda dan Proses Tanam Semula, 12 September. Harisah Binti Abu Hasan. 2013. Pengurusan Felda dan Pengurusan Projek Tanam Semula, Temu bual, 19 september. Mohd B. Ismail. 2013. Proses tanam Semula, Kontrak serta Pengurusan Projek di Felda. 4 Oktober. Mohd Faizal Bin mat Jusoh. 2013. Kontrak Felda, Temu bual, 12 September.
331