PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI ACEH Ikramsyah Irwali & Zuliza Binti Mohd Kusrin Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Undang-undang Nomor 44 tahun 1999 ini untuk/memberi autonomi khas kepada Aceh serta kuasa untuk menguatkuasakan pelaksanaan hukum Jenayah Syariat Islam di wilayah Aceh dengan mewujudkan syariat Islam di Provinsi Aceh dalam Pasal 128 sampai dengan Pasal 137 dalam Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2006. Artikel ini bertujuan membahas pengenalan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam di Acehserta berkuasa Mahkamah Syariah di Aceh dalam melaksanakan hukuman tersebut. Metodologi kajian ialah secara analisis document dengan merujuk kepada sumber-sumber Al-Qur`an dan Sunnah serta Undang-undang dan artikel yang berkenaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Aceh. Metodologi kajian ialah dengan kualitatif. Analisis artikel ini mendapati peruntukan undang-undang jenayah syariah adalah berasaskan Qanun Aceh Nomor 6 tahun 2014 tentang hukum Jinayatserta Qanun Aceh Nomor 7 tahun 2013 tentang hukum acara Jinayat, Mahkamah Syariah berkuasa memeriksa, mengadili, memutuskan dan menyelesaikan keskesdidalamahwalal-syahkshiyah (hukum keluarga), muamalah (hukum perdata), dan jenayah (hukum pidana Islam).Dengan undang-undang Jenayah Syariah yang sedia ada saat sekarang ini diharapkan Aceh lebih baik lagi di masa hadapan. Kata kunci: Aceh, Syariat Islam, Jenayah, autonomi. PENDAHULUAN Aceh adalah salah satu wilayah di Indonesia, yang terletak di daerah ujung utara Pulau Sumatra dan merupakan wilayah paling Barat di Indonesia. Salah satu daerah di Indonesia yang melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh ialah kerajaan negeri Aceh. Menurut Usman (2011), kerajaan Aceh yang dikenal dengan ketamadunan Islamnya adalah sangat teguh memegang dan melaksanakan syariat Islam yang sebati dalam kehidupan masyarakat Aceh (Abdullah Sani Usman 2011: 7). Selain itu, terdapat hubungan yang unik antara masyarakat dengan pemimpinnya. Menurut Harun (1995), dalam melaksanakan syariat Islam masyarakat sangat rapat dengan seorang pemimpin yang membawa pelaksanaan syariat Islam di Aceh sampai pada tahap kejayaanya iaitu pada kerajaan Iskandar Muda (1607-1636) (Harun 1995: 14). Dari penjelasan tersebut dapat dianalisis bahawa terlaksananya hukum jinayat di Aceh bukan sesuatu yang baharu, namun telah dilaksanakan secara turun temurun sama ada dalam kehidupan bermasyarakat maupun pentadbiran kerajaan. Setelah negara Republik Indonesia merdeka, pengiktirafan pelaksanaan syariat Islam di Aceh dikuat kuasakan berlandaskan kepada Keputusan Perdana Menteri Republik Indonesia No.I/MISSI/1959 tentang keistimewaan Aceh dalam bidang agama, pendidikan dan adat istiadat. Walau bagaimanapun pada zaman pentadbiran kerajaan Indonesia ditadbir oleh Presiden Soeharto (1921-2008), pelaksanaan syariat Islam di Aceh tidak berkembang disebabkan adanya polisi sistem kerajaan terpusat yang bersifat sentralistik sehingga berlakulah pemberontakan Darul Islam Tentara Islam Indonesia (DI/TII) 20/09/1953 yang dipimpin 180
oleh Daued Beureueh yang menuntut agar kerajaan pusat untuk syariat Islam secara menyeluruh. Menurut Fahmi (2012), setelah masa reformasi berlaku pada tahun 1998 tuntutan pelaksanaan syariat Islam di Aceh mula dibangkitkan kembali dengan adanya gesaan/pergerakan yang dipelopori oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang diketua oleh Hasan Tiro (1925-2010), dengan salah satu tuntutannya ialah pelaksanaan syariat Islam di Aceh secara kaffah. Untuk meredakan desakan tersebut, kerajaan Indonesia telah mengiktiraf kerajaan Aceh sebagai wilayah berasaskan kepada syariat Islam dengan Undang-Undang No. 44 tahun 1999 tentang Penyelenggaraan Keistimewaan wilayah Aceh dan Undang-Undang No. 18 Tahun 2001 tentang Otonomi Khusus Wilayah Aceh (Fahmi 2012: 296). Tujuan daripada artikel ini adalah menghuraikan berkenaan pengenalan kepada peruntukan undang-undang jenayah syariah di Aceh dan menganalisis undang-undang jenayah syariah yang berkuatkuasa di Aceh kini. DEFINISI JENAYAH Menurut Paizah Haji Ismail (1991), jenayah ialah perbuatan jahat secara umum sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya (Paizah Haji Ismail 1991: 1). Selanjutnya, Mahfodz Mohamad (1993) pula berpandangan bahawa jenayah ialah meliputi semua kesalahan hudud qisas dan ta’zir, daripada segi bahasa perkataan jenayah bermakna nama bagi suatu kejahatan yang dilakukan oleh seseorang dan daripada segi syarak jenayah ialah nama bagi perbuatan yang diharamkan sama ada yang melibatkan harta benda ataupun jiwa dan tubuh badan. (Mahfodz Mohamad 1993: 1). Sementara itu, Haji Sa’id Haji Ibrahim (1996) berpendapat Jenayah ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja seperti kesalahan membunuh, melibatkan harta benda dan akal pikiran dan ianya wajib dikenakan hudud, qisas, diyat dan ta’zir (Sa’id Ismail 1996: 1). Manakala, Abu Mazaya al-Hafiz dan Abu Izzat al-Sahafi (2004) mendapati Jenayah sebagai segala bentuk tindakan atau perbuatan yang dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu ke atas nyawa, badan, harta atau sebagainya dan kesalahan ini mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah s.w.t dan hak manusia atau makhluk lain (Abu Mazaya alHafiz dan Abu Izzat al-Sahafi 2004: 40-41). Selepas itu, qanun jinayat Aceh nomor 6 tahun 2014 Bab I Pasal 1 ayat 15-17, ayat 15 ialah hukuman yang mengatur tentang jarimah dan ‘uqubat, manakala ayat 16 jarimah ialah perbuatan yang dilarang oleh syariat Islam yang dalam qanun Aceh diancam dengan ‘uqubat hudud dan ta’zir dan sementara itu ayat 17 pengertian ‘uqubat sendiri adalah hukuman yang dapat dijatuhkan oleh hakim keatas pesalah jarimah (Qanun Jinayat Aceh 2014: 3). Menurut penulis apa yang disampaikan kesemua diatas benar namun penjelasan dalam qanun jinayat Aceh lebih sesuai karena bertepatan dengan pelbagai kejatahan yang dilarang oleh syariat Islam. Dalil pensyariatan bagi kesalahan hukuman hudud adalah seperti firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 : ۡ َ اُمائَةَ ُ َج ۡلدَ ٖ ٖۖة ُو ََل ُت َۡأخ ۡذكمُبهم َّ لزانِيَةُ ُ َُوٱ َّ ٱ ُّللِ ُ َُوٱ ۡليَ ۡو ُِم ُٱ ۡۡل ٓ ِخ ُِٖۖر َُّ ّللُِإِنُكنت ۡم ُت ۡؤ ِمنونَ ُبُِٱ َُّ ِين ُٱ ِ ُم ۡنه َم ِ ُٖو ِحد َِِ ِ ة ُفِيُدٞ َاُرأف َ َ َٰ لزانِي ُُفَٱ ۡج ِلدواُ ُك َّل ۡ ٞ َ َُو ۡليَ ۡش َه ۡدُ َعذَابَه َما ٢َُُُمنَ ُٱلم ۡؤ ِمنِين ِ طا ٓ ِئفَة 181
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Didalam terjemahan sinkgat tafsir ibnu katsier yang diterjemahkan oleh Salim Bahreisy dan Said Bahreisy (1994) menjelaskan berkenaan ayat tersebut diatas, ialah menentukan hukuman yang harus dilaksanakan terhadap orang-orang yang berzina, masing-masing laki-laki atau perempuan bila sudah terbukti dengan nyata perbuatan zina yang dilakukannya, dijatuhi sebat seratus kali dan pelaksanaanya hendaklah dilakukan didepan umum, iaitu disaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin, (Salim Bahreisy dan Said Bahreisy 1994: 442-443. Jilid 5). Manakala dalam tafsir al-Qurthubi (2008) jenis hukuman antara laki-laki dan perempuan samaada merdeka, baligh, bujang dan yang sudah menikah ada perbezaan dalam hukuman yang dilaksanakan. Hukuman bagi penzina laki-laki dan perempuan yang merdeka, baligh dan bujang disebat seratus kali apabila melakukan zina. Akan tetapi bagi laki-laki dan perempuan yang sudah menikah dan merdeka jika melakukan perzinaan maka hukuman baginya adalah direjam bukan disebat namun ada sebagian pendapat ulama yang mengatakan bahwa dia harus disebat dulu seratus kali kemudian direjam (Syaikh Imam Al-Qurthubi 2008: 416-417. Jilid 12). KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI ACEH Menurut Sa’id Haji Ibrahim (1996) dan turut sama dijelaskan juga oleh Abu Mazaya alHafiz dan Abu Izzat al-Sahafi (2004) jenayah dan hukuman jenayah berat dihukum mengikut hudud, iaitu mengikut ketetapan Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2. Antara kesalahan-kesalahan yang bersabit dengan hudud ada 7 jenis kesalahan iaitu, pertamanya kesalahan zina, keduanya kesalahan qazaf (menuduh zina), ketiganya kesalahan meminum arak, keempatnya kesalahan mencuri, kelimanya kesalahan merompak, keenamnya kesalahan bughah (memberontak), ketujuhnya kesalahan murtad (Sa’id Haji Ibrahim 1996: 2) dan (Abu Mazaya al-Hafiz dan Abu Izzat al-Sahafi 2004: 42). Manakala disebutkan dalam qanun jinayat Aceh (2014) dalam bab 1 pasal 1 ketentuan umum berkenaan kesalahan-kesalahan jenayah jarimah dibahagikan menjadi 10 iaitu; khamar, maisir, khalwat, ikhtilath, zina, pelecehan seksual, liwath, musahaqah, pemerkosaan dan qadzaf (Qanun Jinayat Aceh 2014: 6). Dinatara penjelasan berkenaan pengertian kesalahankesalahan jenayah jarimah di Aceh ialah, yang kesatu kesalahan khamar adalah minum minuman yang memabukkan dan mengandung alkohol dengan kadar 2% (dua persen) atau lebih. Manakala pengertian Keduanya iaitu kesalahan maisir (berjudi) merupakan suatu perbuatan yang didalamnya terdapat taruhan dan berkenaan untung rugi yang dilakukan antara 2 (dua) orang atau lebih, dengan kesepakatan bahwa orang yang menang akan mendapat bayaran serta keuntungan tertentu dari orang yang kalah baik secara langsung atau tidak langsung. Ketiganya ialah kesalahan khalwat adalah perbuatan berada pada tempat tertutup atau dalam tempat sunyi antara 2 (dua) orang yang berlainan jenis jantina yang bukan mahram dan tanpa ikatan perkawinan dengan kemahuan kedua-duanya yang mengarah pada perbuatan zina. Keempatnya ialah kesalahan ikhtilath adalah perbuatan mesra seperti ciuman, sentuh-sentuhan, pelukan dan ciuman antara laki-laki dan perempuan yang bukan suami istri dengan kemahuan kedua-duanya, baik pada tempat tertutup atau 182
terbuka. Kelima ialah kesalahan zina adalah hubungan alat kelamin antara seorang laki-laki atau lebih dengan seorang perempuan atau lebih tanpa ikatan perkahwinan dengan kemahuan kedua-duanya. Kemudiannya kesalahan lain yang termasuk juga dalam jenayah jarimah di Aceh adalah pelecehan seksual iaitu perbuatan asusila atau perbuatan cabul yang sengaja dilakukan seseorang di khalayak ramai atau terhadap orang lain sebagai mangsa laki-laki maupun perempuan tanpa kemahuan mangsa. Kesalahan selanjutnya ialah pemerkosaan adalah hubungan seksual terhadap faraj atau dubur yang dilakukan pesalah dengan zakarnya kepada mangsa dengan menggunakan ugutan terhadap mangsa pemerkosaan. Kesalahan lain ialah qadzaf adalah menuduh seseorang melakukan zina tanpa ada bukti paling kurang 4 (empat) orang saksi. Seterusnya kesalahan liwath iaitu perbuatan seorang laki-laki dengan cara memasukkan zakarnya kedalam dubur laki-laki lain dengan kemahuan kedua-duanya. Dan yang terakhir kesalahan musahaqah adalah perbuatan dua orang wanita atau lebih dengan cara saling sentuh anggota tubuh atau farajnya untuk memperoleh rangsangan kenikmatan seksual dengan kemahuan kedua-duanya. (Qanun Jinayat Aceh 2014: 4 & 6). Akan tetapi dalam ulasan yang berikutnya akan dibincangkan berkenaan kes-kes yang sudah ada sahaja. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI ACEH Kewujudan qanun jenayah Aceh merupakan usaha untuk melaksanakan kaedah-kaedah hukum jenayah kepada pesalah yang melanggar qanun yang telah diluluskan oleh pemerintah (eksekutif dan legeslatif). Diluluskannya qanun jenayah tersebut merupakan sebagai dasar hukum bagi masyarakat Aceh yang selama ini telah di tunggu-tunggu, akan tetapi ramai masyarakat Aceh yang tidak dapat tahu berkenaan pemerintahan Aceh yang telah meluluskan qanun jenayah tersebut. Menurut Mahdi (2011) Semasa penguatkuasaan qanun jenayah Aceh sudah dilakukan beberapa usaha pengenalan kepada undang-undang tersebut dalam pelbagai cara kepada masyarakat mulai dari sosialisasi qanun jenayah Aceh kepada khalayak ramai seperti dari penyiaran Radio, banner, papan iklan di jalan, pengajian, upacara, kegiatan perlombaan musabaqah tilawatil Qur’an, pengisian Khutbah Jum’at dan berbagai sosialisasi lainnya dengan tujuan supaya orang khalayak ramai dapat mengetahui dan memahami pemberlakuan syari’at Islam dan berkuatkuasanya undangundang jenayah syariah Aceh (Mahdi 2011: 186). Akan tetapi sosialisasi yang dilakukan berkenaan qanun jenayah di Aceh masih kurang karena tidak adanya penjelasan tentang dasar kekuasaan hukum dan hukuman keatas pesalah bila melakukan kesalahan. Penjelasan kepada masyarakat tentang kuasa dan dasar undang-undang yang dimiliki oleh qanun jenayah Aceh merupakan satu keperluan karena dengan penjelasan tersebut akan adanya keseriusan yang timbul, menurut Danial (2012) diantara sumber kuasa undangundang hukum pelaksanaan syari’at Islam di Aceh sebelum adanya undang-undang nomor 11 tahun 2006 tentang pemerintahan Aceh ialah merupakan dari undang-undang Republik Indonesia nombor 44 tahun 1999 tentang penyelenggaraan keistimewaan propinsi wilayah istimewa Aceh serta undang-undang Republik Indonesia nombor 18 tahun 2001 tentang autonomi khas bagi propinsi Aceh sebagai propinsi Aceh kemudiannya undang-undang nombor 32 tahun 2004 tentang pemerintahan daerah, dan undang-undang nombor 16 tahun 2004 tentang jaksa. Di samping itu semuanya ia juga berdasarkan pada sistem pelaksanaan yamg merupakan keputusan presiden Republik Indonesia nomor 11 tahun 2003 tentang mahkamah syar’iyyah dan mahkamah syar’iyyah propinsi Aceh dan keputusan ketua mahkamah agung Republik Indonesia nombor: KMA/070/SK/X/2004 berkenaan diberi 183
kuasa dari peradilan umum kepada mahkamah syar’iyyah di propinsi Aceh (Danial. 2012. 75). Dari huraian diatas dapat kita simpulkan bahwa undang-undang yang dijalankan di Aceh pada saat sekarang ini telah ada dasar kuasa hukum yang dilindungi oleh Republik Indonesia. Dalam penjelasan resmi undang-undang nomor 44 tahun 1999 berkenaan penyelenggaraan keistimewaan propinsi wilayah Aceh antara lain dijelaskan iaitu dalam bab II berkenaan kuasa pasal 2 ayat (1) dan (2) daerah diberi kuasa untuk meluaskan dan mengatur keistimewaan yang dimilikinya dan dalam ayat (2) kuasa untuk meluaskan dan mengatur keistimewaan yang dimiliki sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dikabupaten dan kota diatur lebih lanjut dengan peraturan daerah. Seterusnya dalam undang-undang nomor 44 tahun 1999 bab III berkenaan penyelenggaraan keistimewaan bahagian kesatu pasal 3 ayat (1) dan (2), ayat (1) keistimewaan merupakan iktiraf dari bangsa Indonesia yang diberikan kepada daerah karena perjuangan dan nilai-nilai hakiki masyarakat yang tetap dipelihara secara turun-temurun sebagai asas spiritual, moral dan kemanusiaan, dalam ayat (2) penyelenggaraan kehidupan masyarakat meliputi penyelenggaraan beragama, adat, pendidikan dan peran ulama dalam penetapan kebijakan daerah (Dinas Syariat Islam Aceh. 2010. 4). Dari apa yang telah disebutkan diatas kita dapat tahu bahwa undang-undang yang telah ada sekarang ini memiliki kuasa penuh dalam menjalankan syariat Islam di Aceh. Pada tahun 2003 pemerintahan provinsi Aceh memberi kuasa dalam menjalankan syariat Islam diantaranya ialah dalam bidang jenayah melalui qanun nombor 11 tahun 2002 tentang pelaksanaan syariat Islam dibidang aqidah, ibadah dan syiar Islam serta qanun nombor 12 tahun 2003 tentang minuman khamar dan sejenisnya kemudian qanun nombor 13 tahun 2003 tentang maisir (judi) dan qanun nombor 14 tahun 2003 tentang khalwat (perbuatan mesum) (Dinas Sayariat Islam Aceh 2010: 668). Selepas itu qanun Aceh lebih disempurnakan lagi dengan dikuatkuasakannya qanun nombor 7 tahun 2013 tentang hukum acara jenayah dan qanun nombor 6 tahun 2014 tentang hukum jenayah Aceh, manakala disahkan tentang undang-undang qanun jinayat Aceh ialah pada september 2014 yang lalu dan berkuatkuasanya 1 (satu) tahun dari pada itu. BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH TERHADAP HUKUMAN KEATAS PESALAH JENAYAH Menurut Akli (2013) antara asas kuasa yang dimiliki mahkamah syariah keatas hukuman yang diberikan kepada pesalah ialah berdasarkan kepada undang-undang nombor 14 tahun 1970 berkenaan kuasa hakim, mahkamah syar’iyah yang sebelumnya berfungsi hanya sebagai salah satu pejabat peradilan yang berkuasa melaksanakan terhadap kuasa hakim dalam wilayah Negara kesatuan Republik Indonesia, namun pada saat sekarang telah disamakan tugas sebagai bahagian dari peradilan agama yang berada dalam pengadilan Agama. Selanjutnya dengan keluarnya undang-undang nomor 7 tahun 1989 berkenaan pengadilan Agama, maka mahkamah syar’iyah disamakan menjadi pengadilan agama tanpa disebut dengan nama mahkamah syar’iyah dan manakala tentang kuasa mahkamah syar’iyah seterusnya diatur lebih lanjut oleh qanun provinsi Aceh. Dalam hal ini diperkuat lagi dalam bab XVIII tentang mahkamah syar’iyah pasal 128 ayat (4) undang-undang nombor 11 tahun 2006 tentang pemerintahan Aceh (UUPA), pada pasal tersebut menjelaskan berkenaan mahkamah syar’iyah yang memiliki kuasa yang telah diberikan oleh undang-undang untuk menjalankan syari’at Islam yang diatur dalam qanun (Akli 2013: 149). Huraikan diatas dapat kita tarik kesimpulan bahwa mahkamah syar’iya Aceh telahpun disamakan dengan pengadilan agama dan memiliki kuasa yang ada pada 184
pengadilan agama dalam memutuskan dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melanggar pelaksanaan syariat Islam di Aceh. Menurut Fakhriah dan Yusrizal (2013) ada 5 (lima) qanun hukum materil (subtansial) yang berkaitan dengan kuasa mahkamah syar’iyah di dalam kesalahan (jenayah), iaitu: 1) Qanun nombor 11 tahun 2002 tentang pelaksanaan syari’ah Islam bidang’ aqidah, ibadah dan syiar Islam. Dalam qanun ini ada lima macam perbuatan yang dipandang sebagai jarimah (kesalahan jenayah) iaitu, kesatu tentang penyebaran pahaman atau aliran sesat (bahagian aqidah). Keduanya tidak shalat jum’at tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar’i (bahagian ibadah). Ketiganya menyediakan fasilitas kemudahan kepada orang Muslim yang tanpa uzur untuk tidak berpuasa (bahagian ibadah). Manakala keempatnya makan atau minum di tempat umum pada siang hari bulan ramadhan (bahagian ibadah) dan yang kelima tidak berbusana Islami (bahagian syiar Islam). 2). Qanun nombor 12 tahun 2003 tentang larangan khamar dan sejenisnya. 3). Qanun nombor 13 tahun 2003 tentang larangan maisir (judi). 4). Qanun nombor 14 tahun 2003 tentang larangan khalwat (mesum). 5). Qanun nombor 7 tahun 2004 tentang pengelolaan zakat, juga terdapat beberapa perbuatan yang dimasukan sebagai jarimah yang menjadi kuasa mahkamah syar’iyah mengadilinya serta memberi putusan hukuman keatas perbuatan yang dilakukan diantaranya adalah tidak membayar zakat setelah jatuh massanya, membayar zakat tidak menurut yang kadar yang telah ditetapkan, memberi maklumat palsu kepada baitul mal, mencuri uang zakat atau harta agama lainnya dan pegawai baitul mal yang mengelurkan zakat secara tidak sah (Fakhriah dan Yusrizal. 2013. 122-123). Dari kenyataan diatas dapat difahami bahwa kuasa yang dimiliki mahkamah syar’iyah Aceh dalam menjalankan syarait Islam terdapat lima bahagian yang mana dapat dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tersebut. Kenyataan diatas disokong juga oleh Ernawati (2014) dengan menghuraikan berdasarkan undang-undang nomor 11 tahun 2006 dalam bab XVII tentang syariat Islam dan pelaksanaannya di Aceh yang telah diatur dalam pasal 125 ayat (1) menjelaskan bahwa syariat Islam yang dilaksanakan di Aceh meliputi akidah, syariah dan akhlak. Kemudiannya dalam ayat (2) menjelaskan bahwa syariat Islam sebagaimana dimaksud pada ayat (1) meliputi ibadah, ahwal as-syahkshiyah (hukum keluarga), muamalah (hukum perdata), jinayah (hukum pidana), qadha’ (peradilan), tarbiyah (pendidikan), dakwah, syiar, dan pembelaan Islam. Manakala pada ayat (3) berkenaan lebih baik mengenai pelaksanaan syariat Islam sebagaimana dimaksud pada ayat (1) diatur dengan qanun Aceh. Selanjutnya dalam pasal 126 mengatur tentang penerapan asas keislaman di propinsi Aceh, dalam ayat (1) pasal 126 menyebutkan bahwa setiap yang beragama Islam di Aceh wajib taat dan mengamalkan syari’at Islam. Hal ini berarti bahwa hukum tersebut sah dalam hukum Negara dan hukum Islam juga berlaku secara terpimpin bagi setiap orang Islam yang berada di Propinsi Aceh (Ernawati 2014: 436). Akan tetapi orang yang bukan beragama ini juga dapat dikenakan hukuman dibawah mahkamah syar’iyah sesuai dengan qanun jinayat Aceh (2014) bab II asas dan batasan masalah, pasal 5 b menjelaskan setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan jarimah di Aceh bersama-sama dengan orang Islam dan mimilih serta ikut aturan kepada hukuman qanun jinayat Aceh (Qanun Jinayat Aceh 2014: 7). Dari penjelasan dan kenyataan diatas dapat disimpulkan bahwa kuasa mahkamah syar’iyah sangatlah luas merangkumi masyarakat Aceh yang berada di Aceh baik itu yang beragama Islam ataupun bukan beragama Islam.
185
HUKUMAN BAGI KESALAHAN JENAYAH Kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai kesalahan jenayah jarimah ini dibicarakan berdasarkan kepada qanun Aceh nomor 10 tahun 2002 berkenaan peradilan syariat Islam di Aceh pada bab III berkenaan kuasa yang dimiliki mahkamah pasal 49-51, dalam pasal 49 mahkamah syar’iyah bertugas dan berkuasa memeriksa, memutus dan menyelesaikan kes-kes pada tingkat pertama seperti bidang ahwal al-syakhshiyah, muamalah dan jenayah, selanjutnya dalam pasal 50 ayat (1) dan (2), ayat (1) mahkamah syar’iyah provinsi bertugas dan berkuasa memeriksa dan memutuskan kes yang menjadi kuasa mahkamah syar’iyah dalam tingkat banding, ayat (2) mahkamah syar’iyah provinsi juga bertugas dan berkuasa mengadili dalam tingkat pertama dan terakhir berkenaan salah faham kuasa antara mahkamah syar’iyah di Aceh, dan yang terakhir pasal 51 selain tugas dan kuasa sebagaimana yang dimaksud dalam pasal 49 dan pasal 50 mahkamah dapat diberi tugas dan kuasa lain yang diatur dengan qanun (Dinas Syariat Islam Aceh 2010: 287). Dalam penjelasan diatas dapat kita tahu bahwa peruntukan kuasa undang-undang yang berjalan saat ini mempunyai dasar yang kuat untuk menjalankan putusan hukuman kepada kes berkenaan ahwal al-syakhshiyah, muamalah dan jenayah. Manakala didalam menyelesaikan proses perjalanan kes berkenaan putusan hukuman yang digunapakai oleh mahkamah diatur berdasarkan qanun Aceh nomor 10 tahun 2002 tentang peradilan syariat Islam di Aceh berkenaan hukum materil (subtansial) dan formil (procedural) ini diatur dalam bab IV pasal 53-54, pasal 53 hukum materil yang akan digunakan dalam menyelesaikan kes pada pasal 49 diatas adalah yang bersumber dari syariat Islam yang telah diatur berdasarkan qanun, selanjutnya dalam pasal 54 hukum formil yang akan diguna pakai mahkamah adalah yang bersumber dari syariat Islam yang telah diatur dengan qanun (Dinas Syariat Islam Aceh 2010: 288). Diantara penyelesaian hasil putusan kes yang telah dilakukan oleh mahkamah syar’iyah ialah sesuai dengan ketentuan-ketentuan hukuman yang telah diatur didalam qanun Aceh nombor 6 tahun 2014 tentang hukum jinayat dan qanun Aceh nombor 7 tahun 2013 tentang hukum acara jinayat, berikut kami berikan beberapa contoh kes kesalahan jenayah serta undang-undang yang telah dikuatkuasakan dan bagaimana mahkamah menjatuhkan hukuman keatas pesalah menurut qanun jenayah Aceh. Khamar dan hukuman yang dikenakan keatas pesalah didalam qanun jinayat Aceh diatur dalam bab IV tentang jarimah dan uqubat pada pasal 15-17, dalam pasal 15 ayat (1) dan (2), ayat (1) setiap orang yang dengan sengaja minum minuman khamar dikenakan hukuman dengan ‘uqubat hudud sebat (cambuk) 40 (empat puluh) kali. Kemudian dalam ayat (2) setiap orang yang mengulangi perbuatannya seperti dalam ayat (1) dikenakan hukuman dengan ‘uqubat hudud sebat (cambuk) 40 (empat puluh) kali ditambah ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 40 (empat puluh) kali atau denda paling banyak 400 (empat ratus) gram emas murni atau penjara paling lama 40 (empat puluh) bulan. Manakala dalam pasal 16 ayat (1) dan (2), ayat (1) setiap orang yang dengan sengaja membuat produk minuman yang dilarang seperti menyimpan dan menjual khamar masingmasing dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 60 (enam puluh) kali atau denda paling banyak 600 (enam ratus) gram emas murni atau penjara paling lama 60 (enam puluh) bulan dan didalam ayat (2) setiap orang yang dengan sengaja membeli, membawa/mengangkut, atau memberi hadiah khamar, masing-masing dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 20 (dua puluh) kali atau denda paling banyak 200 (dua ratus) gram emas murni atau penjara paling lama 20 (dua 186
puluh) bulan. Selanjutnya, yang terakhir dalam pasal 17 setiap orang yang dengan sengaja melakukan perbuatan seperti yang dimaksud dalam pasal 15 dan dalam pasal 16 dengan adanya anak-anak bersama mereka maka akan dikenakan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 80 (delapan puluh) kali atau denda paling banyak 800 (delapan ratus) gram emas murni atau penjara paling lama 80 (delapan puluh) bulan (Qanun Jinayat Aceh. 2014. 09). Dalam bab IV tentang jarimah dan uqubat berkenaan kesalahan minum minuman khamar antara hukuman dikuatkuasakan ialah bermula dari pasal 15-17, disini mahkamah memiliki kuasa memberi pertimbangan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah dan kemudiannya baru menjatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Contoh Kes Merujuk kes antara pendakwa shar’i lawan Miftahul Alias MIP bin Jusran nombor kes 10/JN.S/2015/MS.KC, fakta kes berkenaan menyatakan secara sah bersalah minum minuman khamar dan disabitkan dengan kesalahan jarimah minum minuman khamar melanggar qanun Aceh nomor 12 tahun 2003 bab III pasal 5 setiap orang dilarang minum minuman khamar dan sejenisnya, dan kemudian pada bab VII pasal 26 ayat (1) qanun Aceh nomor 12 tahun 2003 tentang minuman khamar dan sejenisnya. Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan fakta kes tersebut menunjukan bahwa hukuman ke atas pesalah jarimah minum minuman khamar dijatuhkan ‘uqubat hudud terhadap pesalah dengan ‘uqubat dihadapan khalayak ramai sebanyak 40 (empat puluh) kali sebat (cambuk) dikurangi masa dalam penjara yang telah dijalani, didalam pengertian dikurangi masa dalam penajra ialah proses penyelidikan yang dilakukan oleh penguatkuasa diantranya ialah polis selama 10 hari, proses menjatuhkan hukuman oleh mahkamah 10 hari dan yang terakhir proses eksekusi yang dilakukan oleh jaksa 10 hari dan dialam masse 30 hari atau 1 (satu) bulan dikurangi 1 (satu) kali sebatan. Ketentuan hukuman keatas pesalah masih digunakan qanun nomor 12 tahun 2003 disebabkan karena qanun jinayat Aceh disahkan pada bulan september 2014 dan berlakunya setahun dari massa berkuat-kuasa akan tetapi hukuman keatas pesalah tiada perbezaan. Maisir dan hukuman yang dikenakan keatas pesalah didalam qanun jinayat Aceh bab IV berkenaan jarimah dan uqubat pasal 18-22, dalam pasal 18 setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah maisir dengan nilai untung dan rugi paling banyak 2 (dua) gram emas murni, dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 12 (dua belas) kali atau denda paling banyak 120 (seratus dua puluh) gram emas murni atau penjara paling lama 12 (dua belas) bulan. Manakala dalam pasal 19 setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah maisir dengan nilai untung dan rugi lebih dari 2 (dua) gram emas murni, dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 30 (tiga puluh) kali atau denda paling banyak 300 (tiga ratus) gram emas murni atau penjara paling lama 30 (tiga puluh) bulan. Seterusnya pada pasal 20 setiap orang yang dengan sengaja menjaga, memberi kemudahan, atau memberi dana kepada jarimah maisir sebagaimana dimaksud dalam pasal 18 dan pasal 19 dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 45 (empat puluh lima) kali atau denda paling banyak 450 (empat ratus lima puluh) gram emas murni atau penjara paling lama 45 (empat puluh lima) bulan. Kemudiannya pada pasal 21 setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah maisir sebagaimana dimaksud dalam pasal 18 dan pasal 19 dengan memberi ijin kepada anak-anak dibawah umur akan dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 45 (empat puluh lima) kali atau denda paling banyak 450 (empat ratus lima puluh) gram emas murni atau penjara 187
paling lama 45 (empat puluh lima) bulan. Dan yang terakhir pada pasal 22 setiap orang yang ingin mencuba jarimah maisir sebagaimana dimaksud dalam pasal 18 dan pasal 19 dikenakan ‘uqubat ta’zir paling banyak 1/2 (setengah) dari ‘uqubat yang dikenakan hukuman (Qanun Jinayat Aceh 2014: 09-10). Dalam bab IV tentang jarimah dan uqubat berkenaan kesalahan jarimah maisir atau judi antara hukuman yang dikuatkuasakan ialah bermula dari pasal 18-22, manakalah disini mahkamah memiliki kuasa memberi pertimbangan berdasarkan kesalahan seberat mana yang dilakukan oleh pesalah dan kemudiannya baru menjatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Contoh Kes Merujuk kes antara pendakwa shar’i lawan Gunawan Wahyudin Als.Gogon Bin Zakaria nombor kes 1/JN.S/2016/MS.KC, fakta kes berkenaan menyatakan secara sah bersalah melakukan jarimah maisir/judi dengan melanggar bab II pasal 6 berkenaan ‘uqubat jarimah dan pada bab IV pasal 18 ayat (1) qanun Aceh nomor 6 tahun 2014 tentang hukum jinayat dan qanun Aceh nomor 7 tahun 2013 tentang hukum acara jinayat. Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan fakta kes tersebut menunjukan bahwa hukuman ke atas pesalah jarimah maisir/judi dijatuhkan hukuman dengan uqubat sebat (cambuk) masing-masing sebanyak 7 (tujuh) kali sebat (cambuk) didepan umum dikurangi massa penjara yang telah dijalani oleh pesalah. Khalwat dan hukuman yang dikenakan keatas pesalah dalam qanun jinayat Aceh bab IV berkenaan jarimah dan uqubat dalam pasal 23-24, pasal 23 terbahagi kepada ayat (1) dan (2), dan pada ayat (1) setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah khalwat, dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 10 (sepuluh) kali atau denda paling banyak 100 (seratus) gram emas murni atau penjara paling lama 10 (sepuluh) bulan dan ayat (2) setiap orang yang dengan sengaja menjaga, memberi kemudahan atau promosi kepada khalayak ramai maka akan dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling banyak 15 (lima belas) kali atau denda paling banyak 150 (seratus lima puluh) gram emas murni atau penjara paling lama 15 (lima belas) bulan. Kemudiannya pada pasal 24 jarimah khalwat yang menjadi kuasa peradilan adat diselesaikan menurut aturan dalam qanun Aceh berkenaan pembinaan kehidupan adat dan adat istiadat atau peraturan undang-undang lainnya mengenai adat istiadat (Qanun Jinayat Aceh 2014: 10). Dalam bab IV tentang jarimah dan uqubat berkenaan kesalahan khalwat antara hukuman yang dikuatkuasakan ialah bermula dari pasal 23-24, manakalah disini mahkamah memiliki kuasa memberi pertimbangan berdasarkan kesalahan seberat mana yang dilakukan oleh pesalah dan kemudiannya baru menjatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Contoh Kes Merujuk kes antara pendakwa shar’i lawan Ramli Tampubolon Als. Ramli yang beragama Kristen & Luciana Als. Uci Binti Mahyudin yang beragama Islam nombor kes 03/JN.S/2016/MS.KC, fakta kes berkenaan menyatakan secara sah bersalah melanggar jarimah khalwat bab IV pasal 23 ayat (1) seperti disebut dalam qanun diatas dan bab II pasal 5 huruf (a) setiap orang beragama Islam yang melakukan jarimah di aceh dan (b) setiap orang yang bukan beragama Islam yang melakukan jarimah di Aceh bersama-sama orang Islam dan memilih dihukum dibawah qanun jinayat Aceh nomor 6 tahun 2014 dan qanun Aceh nomor 7 tahun 2013 tentang hukum acara jinayat, berkenaan kes ini orang yang bukan beragama Islam memilih dihukum dibawah qanun jinayat Aceh serta hukuman 188
disesuaikan keatas pesalah berdasarkan undang-undang yang sedia ade. Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan fakta kes tersebut menunjukan bahwa hukuman ke atas pesalah jarimah khalwat dijatuhkan hukuman dengan uqubat sebat (cambuk) masing-masing sebanyak 8 (delapan) kali sebat (cambuk) di hadapan khalayak ramai dan dikurangi massa penjara yang telah dijalani oleh pesalah. Pemerkosaan dan hukuman yang dikenakan keatas pesalah qanun jinayat Aceh bab IV berkenaan jarimah dan uqubat dalam pasal 48-56, dalam pasal 48 disebutkan setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah pemerkosaan dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling sedikit 125 (seratus dua puluh lima) kali, paling banyak 175 (seratus tujuh puluh lima) kali atau denda paling sedikit 1.250 (seribu dua ratus lima puluh) gram emas murni, paling banyak 1.750 (seribu tujuh ratus lima puluh) gram emas murni atau penjara paling singkat 125 (seratus dua puluh lima) bulan, paling lama 175 (seratus tujuh puluh lima) bulan. Kemudiannya dalam pasal 49 menyebutkan setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah pemerkosaan terhadap orang yang memiliki hubungan mahram dengannya, dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling sedikit 150 (seratus lima puluh) kali, paling banyak 200 (dua ratus) kali atau denda paling sedikit 1.500 (seribu lima ratus) gram emas murni, paling banyak 2.000 (dua ribu) gram emas murni atau penjara paling singkat 150 (seratus lima puluh) bulan, paling lama 200 (dua ratus) bulan. Manakala pada seterusnya iaitu pasal 50 ialah setiap orang yang dengan sengaja melakukan jarimah pemerkosaan sebagaimana dimaksud seperti pasal 48 terhadap anak-anak dikenakan hukuman dengan ‘uqubat ta’zir sebat (cambuk) paling sedikit 150 (seratus lima puluh) kali, paling banyak 200 (dua ratus) kali atau denda paling sedikit 1.500 (seribu lima ratus) gram emas murni, paling banyak 2.000 (dua ribu) gram emas murni atau penjara paling singkat 150 (seratus lima puluh) bulan, paling lama 200 (dua ratus) bulan. Dan dalam pasal 51 ayat (1)-(3) ialah ayat (1) dalam hal ada permintaan mangsa, setiap orang yang dikenakan ‘uqubat sebagaimana dimaksud seperti pasal 48 dan pasal 49 dapat dikenakan ‘uqubat restitusi (ganti rugi) paling banyak 750 (tujuh ratus lima puluh) gram emas murni, sedangkan ayat (2) hakim dalam menetapkan besaranya ‘uqubat restitusi (ganti rugi) sebagaimana dimaksud seperti ayat (1) perlu menimbang kemampuan harta pesalah dan pada ayat (3) dalam hal jarimah sebagaimana dimaksud seperti ayat (1) dilakukan karena terpaksa oleh sesuatu kuasa yang tidak dapat dihindari, maka ‘uqubat restitusi (ganti rugi) untuk mangsa dibebankan kepada yang memaksa dan pesalah. Selanjutnya dalam pasal 52 ayat (1)-(5), ayat (1) setiap orang yang bercakap diperkosa dapat memberi aduan kepada penyidik berkenaan orang yang memperkosanya dengan alat bukti pertama, manakala ayat (2) setiap diketahui adanya jarimah pemerkosaan, penyidik wajiba melakukan penyelidikan untuk mencari alat bukti pertama, sedangkan ayat (3) dalam hal penyidik mencari alat bukti tetapi tidak cukup, orang yang bercakap diperkosa seperti dimaksud pada ayat (1) dapat memohon disumpah sebagai alat bukti tambahan untuk menyempurnakannya, kemudian ayat (4) penyidik dan jaksa penuntut umum meneruskan kes sebagaimana dimaksud dalam ayat (3) kepada mahkamah syar’iyah kabupaten/kota dengan bukti pertama serta pernyataan kesiapan orang yang mengaku diperkosa untuk disumpah depan hakim dan pada ayat (5) kesediaan orang yang bercakap diperkosa untuk disumpah sebagaimana dimaksud seperti ayat (4) diungkapkan oleh penyidik dalam berita acara khusus untuk itu. Kemudian dalam pasal 53 ayat (1)-(3), ayat (1) sumpah sebagaimana dimaksud dalam pasal 52 ayat (3) diucapkan 5 (lima) kali, sedangkan ayat (2) sumpah yang pertama sampai keempat disebut bahwa dia jujur dan 189
sungguh-sungguh dalam sumpahnya bahwa dia telah diperkosa oleh orang yang dia sebut dan manakala pada ayat (3) sumpah yang kelima menyatakan bahwa dia sedia menerima laknat Allah, apabila dia menipu dengan tuduhannya. Seterusnya dalam pasal 54 ayat (1) dan (2), ayat (1) apabila orang yang menuduh tidak bersedia bersumpah depan hakim, sedangkan dia telah sains berita acara sebagaimana yang dimaksud seperti pasal 52, dia dianggap terbukti telah melakukan jarimah qadzaf dan manakala pada ayat (2) orang yang menuduh sebagaimana dimaksud pada ayat (1), dikenakan hukuman dengan ‘uqubat hudud sebat (cambuk) 80 (delapan puluh) kali. Selanjutnya dalam pasal 55 ayat (1)-(4), ayat (1) setiap orang yang dituduh telah melakukan pemerkosaan berhak memohon pembelaan diri bahwa dia tidak melakukan pemerkosaan, selanjutnya ayat (2) dalam hal alat bukti adalah sumpah sebagaimana dimaksud dalam pasal 52, maka orang yang dituduh dapat membela diri dengan melakukan sumpah pembelaan sebanyak 5 (lima) kali, manakala ayat (3) sumpah yang pertama sampai keempat menyebutkan bahwa dia tidak melakukan pemerkosaan dan tuduhan yang disebut kepadanya adalah dusta dan pada ayat (4) sumpah yang kelima menyatakan bahwa dia sedia menerima laknat Allah, apabila dia berdusta dengan sumpahnya. Dan yang terakhir dalam pasal 56 apabila keduanya melakukan sumpah sebagaimana dimaksud seperti pasal 53, maka keduanya dibebaskan dari ‘uqubat (Qanun Jinayat Aceh. 2014. 16-17). Dalam bab IV tentang jarimah dan uqubat berkenaan kesalahan jarimah pemerkosaan antara hukuman yang dikuatkuasakan ialah bermula dari pasal 48-56, manakalah disini mahkamah memiliki kuasa memberi pertimbangan berdasarkan kesalahan seberat mana yang dilakukan oleh pesalah dan kemudiannya baru menjatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Contoh Kes Merujuk kes antara pendakwa shar’i lawan Khaidir Muda Wali Alias Idir Bin Mahidin (Alm) nombor kes 02/JN.B/2016/MS.KC, fakta kes berkenaan menyatakan secara sah bersalah melakukan jarimah pemerkosaan melanggar qanun Aceh nomor 6 tahun 2014 tentang hukum jinayat bab IV pasal 48 seperti diatas dan bab II pasal 5 a. setiap orang beragama Islam melakukan jarimah di Aceh dan pasal 5 b. setiap orang beragama bukan Islam yang melakukan jarimah di Aceh bersama-sama dengan orang Islam dan memilih dihukum secara ikhlas pada hukum jinayat. Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan fakta kes tersebut menunjukan bahwa hukuman ke atas pesalah jarimah pemerkosaan dijatuhkan ‘uqubat ta’zir terhadap pesalah dengan ‘uqubat sebat (cambuk) sebanyak 130 (seratus tiga puluh) kali sebat (cambuk) dihadapan khalayak ramai atau denda sebanyak 1.250 (seribu dua ratus lima puluh) gram emas murni untuk diserahkan ke baitul mal kabupaten Aceh Tenggara. PENUTUP Autonomi khas yang diperoleh Aceh mendapat keuntungan yang sangat banyak, dan diantara salah satunya ialah berkenaan berkuat kuasanya qanun jenayah di Aceh pada tahun 2014 yang lalu. Berjalannya Qanun Jenayah di Aceh dilindungi dibawah undang-undang Republik Indonesia yang telah dikuat kuasakan. Didalam pelaksanaan Qanun Jenayah syariah Islam di Aceh sepenuhnya dilakukan pelaksanaanya oleh mahkamah syar’iyah dan diantara kuasa mahkamah syar’iyah ialah berkuasa memeriksa, mengadili, memutuskan dan menyelesaikan kes-kes didalam ahwalal-syahkshiyah (hukum keluarga), muamalah (hukum perdata), dan jenayah (hukum pidana Islam). 190
RUJUKAN Al-Qur’an Abu Mazaya al Hafiz dan Abu Izzat al-Sahafi. 2004. Fiqh Jenayah Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers Usman, Abdullah Sani. Cabaran Dan Halangan Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Aceh.Malim-SEA Journal Of General Studies 12-2011 Fahmi, Chairul. Revitalitasi Penerapan Hukum Syariat di Aceh (Kajian terhadap UU No. 11 Tahun 2006). Jurnal Tsaqafah Vol. 8, No. 2, Oktober 2012 Aceh, Dinas Syariat Islam. 2010. Himpunan Undang-undang Keputusan Presiden Peraturan Daerah/Qanun Instruksi Gubernur Edaran Gubernur Berkaitan Pelaksanaan Syariat Islam. Banda Aceh: Dinas Syariat Islam Aceh. Aceh, Dinas Syariat Islam. 2014. Qanun Jinayat. Banda Aceh: Dinas Syariat Islam Aceh Danial. Syari’at Islam Dan Pluralitas Sosial (Studi Tentang Minoritas Non-Muslim Dalam Qanun Syari’at Islam Di Aceh).Analisis Vol XII, No 1. Juni 2012 Fakhriah, Efa Laela dan Yusrizal. Kewenangan Mahkamah Syari’iya di Aceh Dihubungkan Dengan Sistem Peradilan Di Indonesia.Jurnal Ilmu Hukum Vol 3, No. 2, 2013 Ernawati. Kewenangan Mahkamah Syar’iyah Di Aceh Terhadap Hukum Jinayah (Keterkaitan Hukum Materiil dan Hukum Formail). Jurnal Forum Ilmiah Vol 11, No. 3, September 2014 Haji Sa’id Haji Ibrahim.1996. Qanun Jinayah Syar’iyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Qur’an dan Hadith. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah Katsier, Ibnu. 1994. Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Terj.Salim Bahreisy dan Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Jilid 5 Harun, M. Yahya. 1995. Kerajaan Islam Nusantara Abad XVI dan XVII. Yogyakarta: Kurnia Kalam Sejahtera Mahdi. Sistem Hukum Penegak Qanun Jinayah Di Aceh. Media Syariah Vol XIII, No. 2 Juli-Desember 2011 Al-Qurthubi, Syaikh Imam. 2008. Tafsir Al Qurthubi. Terj. Ahmad Khotib. Jakarta: Pustaka Azzam. Jilid 6 dan 12 Paizah Haji Ismail. 1991. Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam Mahfodz Mohamad. 1993. Jenayah Dalam Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Akli, Zul. Eksekusi Tindak Pidana Perjudian (Maisir) Di Mahkamah Syar’iyah Lhokseumawe.Jurnal Ilmu Hukum Vol 3, No. 2, 2013
191