Akaun Al Awfar Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
T 603 26 900 900 URL bankislam.com.my Laporan Prestasifacebook.com/bankislam Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015
1
Akaun Al Awfar
Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
1.0 Maklumat Utama Dana Pemegang Akaun yang Dihormati, Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Al Awfar Bank Islam, iaitu akaun pelaburan (IA) yang pertama seumpamanya di bawah kontrak Mudarabah, direka untuk menawarkan pelbagai peluang memenangi hadiah wang tunai. Al Awfar diperkenalkan di dalam sistem perbankan Islam Malaysia pada bulan Jun 2015 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013). Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Al Awfar yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac2016.
1.1 Nama Produk Akaun Al Awfar (Akaun Pelaburan berasaskan Mudarabah)
1.2 Jenis Akaun Pelaburan Akaun Pelaburan Tidak Terhad: merujuk akaun pelaburan dengan mandat diberikan kepada Bank untuk menguruskan portfolio Akaun Pembiayaan.
1.3 Objektif Pelaburan Dana Menawarkan pelbagai peluang untuk memenangi lebih daripada RM6,000,000 hadiah wang tunai melalui cabutan bulanan, suku tahunan serta cabutan diperingkat wilayah disamping menjana keuntungan.
1.4 Strategi Pelaburan Dana Melabur dalam aset kewangan runcit yang selamat. Pada masa ini, aset sandaran ialah Portfolio Pembiayaan Perumahan Bank yang bertujuan untuk melindungi prinsipal.
1.5 Ciri Akaun Pelaburan Atas permintaan, iaitu pelabur boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
1.6 Peruntukan Aset Pelaburan
Pelabur dengan tempoh pelaburan jangka pendek atau sederhana Pelabur yang memerlukan portfolio pelaburan patuh Syariah Nota: Para pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan semua faktor risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan. Pelabur akan sentiasa terdedah kepada risiko yang berikut; risiko pasaran, risiko kredit, risiko kecairan, risiko operasi dan risiko undangundang. Untuk penjelasan lanjut mengenai setiap risiko, sila layari laman web Bank Islam.
1.8 Penilaian Aset Yang Disandarkan Penilaian akan dijalankan setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada proses menentukan pulangan kepada pelabur. Pulangan akaun pelaburan ini akan dipengaruhi oleh prestasi aset sandaran. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Akaun pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
1.9 Dasar Pengagihan
Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan sedia ada yang menjana pendapatan yang stabil.
1.7 Profil Pelabur • Kategori pelabur: - Individu (Pemastautin dan Bukan Pemastautin) - Bukan Individu (Perniagaan/Entiti lain) • Pelabur dengan toleransi risiko yang rendah • Pelabur yang ingin memenangi hadiah wang tunai
Pendapatan akan diagihkan setiap bulan, tetapi keuntungan akan dikira setiap hari. Pendapatan ditentukan berdasarkan prestasi Portfolio Pembiayaan Perumahan.
1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan dan had pelaburan dalam tempoh suku tahunan ini.
2.0 Penyata Risiko Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan selera risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektif keseluruhan perniagaan Bank serta profil risiko yang diingini. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah yang dibantu oleh Bahagian Pengurusan Risiko memastikan terdapat pengawasan yang berkesan terhadap pembangunan strategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank.
Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
1
3.0 Struktur Hadiah Berdasarkan objektif pelaburan yang ditetapkan, pelabur layak mengambil bahagian dalam cabutan bulanan, suku tahunan dan wilayah. Oleh itu, mereka dapat menikmati pelbagai peluang untuk memenangi hadiah wang tunai seperti yang berikut:
3.1 Struktur Hadiah Cabutan Bulanan : Hadiah
Hadiah Wang Tunai (RM)
Bilangan Pemenang
1
100,000
1
2
10,000
1
3
1,000
20
Hadiah
Hadiah Wang Tunai (RM)
Bilangan Pemenang
1
1,000,000
1
2
10,000
20
Hadiah
Hadiah Wang Tunai (RM)
Bilangan Pemenang
1
50,000
5
Cabutan Suku Tahunan :
Cabutan Bulanan Wilayah :
Nota: Semua hadiah wang tunai disediakan oleh Bank dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
3.2
Unit Kelayakan Setiap pelaburan bernilai RM100 berhak mendapat satu (1) unit kelayakan untuk cabutan. Walau bagaimanapun, Bank mempunyai budi bicara untuk mengkaji semula bilangan unit kelayakan dari semasa ke semasa.
3.3 Ahli Jawatankuasa Cabutan Jawatankuasa Dalaman Bahagian Syariah Bahagian Pengurusan Risiko
2
Bank Islam • Akaun Al Awfar
Jawatankuasa Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
3.4
Pemenang Cabutan Hadiah Al-Awfar bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016 Cabutan Bulanan: Bulan
Januari
Februari
Mac
Hadiah
Hadiah Wang Tunai (RM)
Nama Pemenang
1
100,000
Che Mat bin Ali
2
10,000
Che Hashim bin Mat Ghani
3
1,000
Sila rujuk laman web
1
100,000
Roslan Bin Hashim @ Yasin
2
10,000
Rohaily @ Abd Rahman Bin Abd Hamid
3
1,000
Sila rujuk laman web
1
100,000
Nur Ariena Safia Binti Shuhaimi
2
10,000
Nur Afiqah Binti Takhirul Anuar
3
1,000
Sila rujuk laman web
Cabutan Suku Tahunan: Hadiah
Hadiah Wang Tunai (RM)
Bilangan Pemenang
1
1,000,000
Mohd Ghazali bin Mohd Noor
2
10,000
Sila rujuk laman web
Cabutan Bulanan Wilayah: Bulan
Januari
Februari
Mac
Hadiah
1
1
1
Hadiah Wang Tunai (RM)
50,000
50,000
50,000
1. 2. 3. 4. 5.
Bilangan Pemenang N Surendran A/L K Nagarajan Mohd Luthfi Bin Ahmad Rokiah Binti Ismail Suaibah Binti Harun Ehwan Bin Tol
1. 2. 3. 4. 5.
Rasidah Binti Mohamed Nong Jamaliah Binti Samat Nazir Bin Abdul Wahab Muhamad Bin Ab Rahman Ayub Bin Annuar
1. 2. 3. 4. 5.
Nor Izam Bin Itam Abdul Karim Bin Ismail Adrien Muhammad Bin Idris Abdul Rahman Bin Ebau Ehwan Bin Tol
Dari bulan Januari hingga Mac 2016, seramai 102 pemenang memenangi hadiah wang tunai Al Awfar.
Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
3
4.0 Prestasi Dana 4.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
Tempoh
Kedudukan
Saiz Dana RM’000
Pulangan Aset (ROA)
Nisbah Perkongsian Keuntungan (Pelanggan: Bank)
16 Jan 16 - 15 Feb 16
Dec-15
461,312
6.70%
2 : 98
0.13%
16 Feb 16 - 15 Mac 16
Jan-16
468,963
6.70%
2 : 98
0.13%
16 Mac 16 - 15 Apr 16
Feb-16
479,789
6.33%
2 : 98
0.13%
16 Apr 16 - 15 Mei 16
Mac-16
691,170
6.57%
2 : 98
0.13%
Pulangan Pelaburan (ROI)
4.2 Peruntukan Aset Portfolio Pembiayaan Perumahan
5.0 Pembayaran Keuntungan 5.1 Penyata Untung & Rugi
AKAUN PELABURAN AL-AWFAR Penyata Untung & Rugi Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
Pendapatan Daripada Pembiayaan Perbelanjaan Langsung*
Jan 2016
Feb 2016
Mac 2016
RM
RM
RM
2,712,777
2,444,582
3,911,530
-
-
-
Elaun Bagi Penjejasan Pembiayaan
(94,004)
(85,916)
(139,469)
Pendapatan Bersih
2,618,773
2,358,666
3,772,061
Pulangan Asset
6.70%
6.33%
6.57%
Pulangan Pelaburan
0.13%
0.13%
0.13%
* Perbelanjaan boleh dikenal pasti, boleh diukur dan perlu ditanggung untuk melengkapkan aktiviti pelaburan tertentu (termasuk pembiayaan). Nota: Pendapatan adalah berdasarkan prestasi Portfolio Pembiayaan Perumahan.
4
Bank Islam • Akaun Al Awfar
5.2
Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan Setakat 31 Mac 2016 Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Lokasi di Malaysia
Sebanyak 40.8% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan pembiayaan kami lebih tertumpu kepada kawasan maju seperti Lembah Klang.
Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Baki Tempoh Matang Kemudahan
Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran pendapatan kami yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelabur jangka panjang.
Kualiti Aset
Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016
5
6.0 Tinjauan dan Prospek Ekonomi Sentimen dikalangan para peniaga serta pengguna masih mencatatkan prestasi yang rendah. Sebagai contoh, Index Kondisi Perniagaan (BCI) dan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) berada pada 92.9 mata dan 72.9 mata pada suku pertama 2016. Kedua-dua indeks tersebut kekal mencatatkan bacaan dibawah paras 100 mata yang sekaligus menandakan permintaan domestik yang dijangka akan lebih mencabar berikutan sentimen yang lemah. Begitu juga dengan kadar pengangguran pada bulan Februari yang secara konsistennya mencatatkan bacaan 3.4 peratus untuk tiga bulan berturut-turut. Angka ini menunjukkan bahawa pasaran buruh berada dalam keadaan yang agak lembap memandangkan kadar pengangguran ini melebihi tren jangka panjang iaitu 3.3 peratus. Walaubagaimanapun, sektor luaran menunjukkan prestasi yang baik apabila pertumbuhan eksport meningkat sebanyak 1.4 peratus pada suku pertama 2016 berbanding penguncupan sebanyak 2.7 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas. Namun, jumlah import pula mencatatkan pencapaian yang kurang memberangsangkan apabila menurun sebanyak 0.2 peratus pada suku pertama 2016 berbanding pertumbuhan positif 0.3 peratus pada tahun lepas. Sehubungan dengan itu, jumlah lebihan imbangan dagangan meningkat kepada RM23.9 billion pada suku pertama 2016 berbanding RM21.3 billion yang dicatatkan pada tahun yang lalu. Berdasarkan ini, ekonomi Malaysia dijangka akan dipacu oleh permintaan luaran berikutan kelembapan didalam enjin pertumbuhan domestik yang disebabkan sentimen yang lemah. Meskipun berhadapan dengan suasana ekonomi yang mencabar, pihak kerajaan dilihat berupaya untuk merangka dasar yang mampu untuk menstabilkan keadaan ekonomi melalui perlaksanaan dasar pengurusan permintaan. Selain itu, kemasukan modal asing serta kestabilan didalam rizab antarabangsa akan memastikan kecairan didalam sistem kewangan akan kekal berada dalam keadaan yang baik dan sekaligus dapat merangsang keyakinan para pelabur. Di samping itu, struktur pasaran modal yang matang akan dapat menjurus penggunaan modal yang lebih cekap dan dapat disalurkan ke sektor-sektor yang lebih produktif serta bersesuaian dengan tahap risiko yang diambil. Secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi dijangka akan berlegar sekitar 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2016 berikutan peningkatan didalam permintaan luaran serta perbelanjaan kerajaan terutamanya bagi perlaksanaan projek-projek yang berkaitan dengan infrastruktur.
7.0 Tinjauan Pasaran Hartanah Laporan Pasaran Hartanah terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), menunjukkan penurunan 8% dalam nilai transaksi pasaran hartanah negara kepada RM149.9 billion pada tahun 2015. Penurunan ini adalah yang pertama dalam tempoh enam tahun. Rekod penurunan terakhir dicatatkan pada tahun 2009 dimana nilai transaksi jatuh kepada 8.3%. Secara umum, pasaran hartanah kediaman dijangka terus mengalami aktiviti sedehana akibat ‘Cooling Measures’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan, ‘Goods and Services Tax’ (GST), iklim politik dan ekonomi semasa negera dan kelemahan Ringgit. Sementara itu, tiada langkah-langkah selanjutnya yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan ini bersesuaian dengan mekanisma bekalan dan permintaan yang akhirnya menentukan nilai hartanah. Nilai hartanah kediaman yang sedia ada yang terletak di Lembah Klang terutamanya dikawasan yang ternama dan terkenal seperti TTDI, Damansara, Taman Lucky dan Bangsar dijangka akan menyemarakkan kenaikan harga disebabkan akses yang baik kepada kemudahan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT dan juga disebabkan oleh penawaran bekalan baru yang sangat terhad ke dalam pasaran. Sementara itu, hartanah kediaman sedia ada di kawasan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, USJ, Puchong, Cyberjaya, Kajang dan Semenyih yang kesemuanya terletak dalam Negeri Selangor akan terus mengalami peningkatan nilai disebabkan oleh pembinaan MRT1 dan lanjutan LRT Kelana Jaya Line dan Ampang Line yang hampir siap manakala MRT2, LRT3 dan DASH dijangka memulakan pembinaan pada 2016.
6
Bank Islam • Akaun Al Awfar
Disediakan oleh:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
“LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI”
7
Bank Islam • Akaun Al Awfar