Ahmad Sarkawe Haji Pungut
Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas 8835 10 Negara Brunei Darussalam
O Ahmad Sarkawe bin Haji Pungut, 2005 Cetakan Pertama 2005 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Pengkatalogan Data-dalam-Penerbitan
Ahmad Sarkawe Haji Pungut Asal Usul Luagan Lalak 1 Ahmad Sarkawe Haji Pungut. -- Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei,-2005. 33p ; -- cm (Canang Bacaan rumi) ISBN 9991 7-0-411-6 1 . f o l k literature, Malay -- Brunei Darussalam 2. Children's stories, Malay. I. Title. II. Series. 398.2095955 (DDC 20)
Reka Bentuk Hiasan Kulit Ahmad Sarkawe bin Haji Pungut llustrasi Dalam Kapli bin Nayan Editor Penyelenggara Haji Magon bin Haji Ghafar Norhayati binti Haji Mohd. Yusuf Tim Penerbitan Dk. Norakmar binti p i . Haji Mohammad,. Hajah Rohani bin ti Hajl Abd. Hemld, HaJeh Ramlah bin ti Haji Abd. Rahman, dan Rosiah binti Haji Jaludin Rupa Taip Teks: Skia, 16/19poin Atur Humf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darys@(r~n;, ' . Dicetak oleh Pence& Asia Brunei Darussalam j . , " 8 . -
:
3
,. . , .
,
Prakata
a
Buku Asal Usul Luagan Lalak ini merupakan tugasan Ahmad Sarkawe bin Haji Pungut sewaktu menjadi graduan Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan pendidikan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan tahniah kepada Haji Nurazmi Kuntum bagi pihak Universiti Brunei Darussalam kerana berinisiatif mencadangkan hasil tugasan untuk diterbitkan. Di sebalik cadangan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam menyambut baik dan berusaha menerbitkan tugasan graduan Universiti Brunei Darussalam berperingkat-peringkat. Buku ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak bahkan kepada siapa sahaja yang meminatinya.
- Haji Sumadi bin Sukaimi Pemangku Pengarah
o a l a m sebuah kampung, tinggal seorang budak lela-ki misk.in bernama Buyung. Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dunia. Buyung hidup sendirian di pondok kecil peninggalan ayahnya.
Buyung selalu dihina oleh budak-budak kampung. Mereka tidak suka bergaul dengan Buyung. Mereka benci meli hat Buyung. Mereka melontar Buyung dengan kayu dan batu. Walaupun hidup menderita, Buyung tetap bersaba r.
Pada suatu hari, ketua kampung bernama Balau menerima aduan daripada Nilau salah seorang penduduk kampung. "Anu ketua, malam ,tad! kelapa saya dicuri orang." Nilau mengadu. "Ani mesti kerja budak miskin atu," sambung Nilau. 1
A
.
I
'
'Si Buyung !" kata Balau. "Kalau betul budak atu, panggil dia ke mari," perintah ketua kampung.
Si Buyung pun dipanggil dan dibawa berjumpa ketua kampung. Dengan marah Balau menghalau Buyung keluar dari kampung.
Buyung pun berjalan meninggalkan kampung menuju ke hutan. Dia belum pasti ke mana dia hendak pergi. 'Eh! Jauh sudah rupanya aku berjalan ani. Hari pun kan hampir malam,' kata Buyung dalam.hati, Buyung menangis ketakutan. Dia ingin balik semula ke pondoknya, tetapi takut orang kampung akan mengusirnya. Malam itu, Buyung terpaksa tidur di dalam hutan.
Keesokan harinya, Buyung meneruskan perjalanannya.
I
1
I
'Eh,! Macam bunyi airdi sebelah hutan atu. Baiktah saya ke sana dulu. Saya pun haus ni," kata Buyung. Bebcrapa ketika berjalan, dia terjumpa sebatang sungai. Buyung pun mandi di situ.
-'Sungguh cantik tempat an i,' kata Buyung dalam hati.
.
. '
I
..
'Lagipun jauh dari orang kampung. Mun macam atu baiktah dibersihkan kawasan ani,' sambung Buyung lagi. . Buyung membersihkan kawasan itu. Dia pun menebang pokok buluh untuk mendirikan pondok. Kawasan di sekitarsungai itu bersih. Hanya beberapa pokok kecil yang tumbuh.
I
I I
1
Buyung berasa bebas. Dia bebas daripada dihina dan dibenci oleh orang kampung. Hari-hari kerjanya memancing dan menahan bubu di sekitar sungai itu. lkan yang didapatnya disimpannya di dalam kolam kecil.
I
Suatu malam, hujan turun dengan lebatnya. Kawasan tempat kediam'an*. Buyung banjir. Banyak ikan Buyu:ng d-idalam kolam terlepas. Pondok B U ~ U ~ : ~ pula roboh. Buyung terpaksa tidur di celah-celah akar kayu dalam kesejukati'.
Esoknya Buyung terpaksa beramu kayu untuk mem baiki pondoknya. 'Kan sehari suntuk inda saya mengail. lkan dalam kolam pun banyakyang lepas? Karang petang barutah saya pergi mengail,' kata Buyung dalam hati. 'Mana tau lepas hujan ani banyak ikan,' sambung Buyung sam bil beranganangan.
'Eh! I<e mana saja lauk di sungai ani?" kata ~ u y u n gdengan putus asa. "Berkali-kali sudah saya menghulur kail inda jua kena usik," sam,bungriya lagi. J:
"Inda kenapa, kalau betum dapat belum saya berhenti," k a t a Buyung. I
%
-
Setelah lama menunggu, Buyung terdengar kocakan air. Buyung terkejut lalumenarik pancingnya. 'Eh! Berat jua, apa bendanya ni?" tanya Buyung. Buyung gembira kerana mendapat seekor ikan dalak besar berwarna hitam. "Besarjua ikan ani. Lama sudah saya mengail, belumpernah saya terjumpa ikan sebesar ani," kata Buyung kehairanan. .
I
,"
Dengan hati yang gembira Buyung membawa ikan itu ke pondoknya. Oleh< kerana terlalu letih Buyung menyimpan ikan itu di dalam kolam berdekatan dengan pondoknya. Dia pun terus tidur.
Buyung bermimpi bertemu dengan seorang perempuan muda yang cantik. "Hai Buyung! Kembalikanlah ikan itu ke tempat asalnya. Itu bukan ikan yang sebenarnya. la adalah anal< raja. Jika kau ikut nasihat ini, hidupmu akan senang. Kau tidakperlu memancing lagi di sungai kerana kau akan mendapat ikan yang sama dari kolammu," kata perempuan itu.
Keesokan harinya, Buyung bangun awal. Dia teringat akan mimpinya. Dia ragu-ragu untuk melepaskan ikan itu. Akhirnya, Buyung pun melepaskan ikan dalak itu ke dalam sungai.
Buyung kembali ke pondoknya dengan perasaan hampa. Setibanya di pondok dia terkejut melihat kolamnya penuh dengan ikan dalak berloncatan. Oleh kerana kolam itu kecil dan banyak ikan di dalamnya, dengan tiba-tiba kolam itu berubah menjadi sebuah Iuagan. Mengikut cerita, luagan ini dikenali sebagai Luagan Lalak yang wujud hinggasekarang. Tanah lapang yang bersebelahan Luagan Lalakitu puladikenali sebagai Pangkalan S i Buyung.