Pengenalan Produk
A.B.SERIES – APPLE STEM CELL SERUM Mengembalikan Keremajaan Dan Menyerikan Wajah Anda Secara Semula Jadi Penampilan diri dan kecantikan sangat penting bagi wanita dan lelaki. Peringkat umur yang mengundang, masalah ton kulit tidak sekata, kusam, tompok hitam, lingkaran gelap, kedutan dan sebagainya turut ternyata pada kulit. Justeru, lahirlah kaedah pencerahan seperti suntikan, laser, terapi drug, pemutihan dan barisan penjagaan kulit terbaru untuk memenangi hati para wanita. Secara purata, wanita memakai sebanyak 515 jenis bahan kimia pada kulit setiap hari. Kebanyakan kosmetik kegemaran kita mengandungi bahan kimia berbahaya seperti pengawet (parabens), pewarna, bahan wangi, yang boleh menjejaskan kesihatan kita dan menyebabkan kesan penuaan pra-matang. A.B.Series, jenama kecantikan dari Avail yang mementingkan keperluan kulit anda kini telah membawakan satu definisi baru dalam keserian yang membolehkan anda mendapatkan kulit yang diidamkan. “Apple Stem Cell Serum” yang dirumus khas dari Switzerland, berdasarkan ekstrak epal jenis Uttwiler Spatläuber yang menggunakan teknologi perintisan liposome. Tambahan lagi, gabungan eksklusif bahan-bahan botani yang membantu memudarkan pigmentasi, tompok hitam, perubahan warna kulit, mengekalkan kelembapan serta menangani iritasi menerusi tiga lapisan permukaan kulit.
Ramuan Utama dan Fungsi 1.
PhytoCellTecTM Malus Domestica (Sel Stem Epal Swiss, Uttwiler Spätlauber) Sangat kaya dengan fitonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang Membantu melindungi induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu(UV). menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar luar kulit di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit. Melindungi jangka hayat sel stem kulit manusia Melambatkan proses penuaan sel-sel utama Melawan kronologi penuaan Mengawet muda & meningkatkan keserian dan kemudaan kulit
2.
Ekstrak Aloe Vera menghaluskan, melembabkan dan mencegah jerawat serta menegangkan kulit wajah Merawat selaran matahari Antimicrobial dan anti-radang
3.
Peptida Sutera Melembap dan menyuburkan kulit secara semula jadi Mengurangi tanda-tanda penuaan pramatang meningkatkan penghasilan kolagen, sejenis protein aktif yang memulihkan tisu kulit, menjadikan kulit lebih tebal mengurangi garis halus/kedutan. Mempercepatkan penyembuhan luka
4.
Allantoin menyembuhkan kulit yang iritasi mengekalkan kelembapan kulit penyembuhan luka, kulit yang kering dan terbakar.
5.
Sodium PCA Pelembap semula jadi yang terdapat dalam kulit manusia mengekalkan kelembapan kulit
6.
Asid Hyaluronic Mengandungi kandungan air yang tinggi memainkan peranan penting dalam menyembuh, menenang serta memperbaiki kulit menegang kulit dengan melindungi tisu-tisu lembut
Sudut Persoalan
1. Apakah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”? J: “A.B.Series” merupakan rangkaian penjagaan kulit yang dikeluarkan oleh Avail Beauty Sdn. Bhd. yang berdasarkan “Apple stem cell” jenis Uttwiler Spätlauber. “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” adalah serum yang berkonsep revolusi yang diformulasi khas dari Negara Switzerland. Serum bebas minyak ini mengandungi sel-sel yang panjang hayat yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengembalikan keanjalan dan kelembapan kulit anda.
2. Siapa yang memerlukan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”? J: Semua golongan yang mengidamkan kulit yang lebih menawan dan berseri memerlukan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”. Ia berkesan memperbaiki masalah kulit kering, kusam, memudarkan parut jerawat, parut luka, jeragat, kedutan, garis-garis halus dan pigmentasi. Ia diperbuat daripada ramuan semula jadi, amat sesuai digunakan pada kulit yang matang dan juga kulit yang muda. Disebabkan ia tidak mengandungi bahan kimia ia juga selamat digunakan pada bayi dan ibu mengandung.
3. Kenapa kita memerlukan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” J: Kulit merupakan organ terbesar di dalam badan kita. Jadi, perlindungan kulit kita daripada ancaman luar adalah sangat penting. Kecantikan bermula daripada kesihatan dan keremajaan kulit. Pemilihan produk penjagaan kulit yang sesuai adalah penting untuk memiliki kulit yang sihat dan menawan. Avail Beauty Sdn. Bhd. memperkenalkan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” untuk anda yang mementingkan kecantikan kulit.
4. Adakah semua jenis kulit sesuai menggunakan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”? J: Ya. “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis kulit sensitif. Ekstrak Aloe Vera boleh menenangkan kulit tanpa menimbulkan sebarang alahan pada kulit. Walaubagaimanapun, anda boleh menguji kesesuaian dengan menyapukan sedikit “Apple Stem Cell Serum” di bahagian leher selama 10 minit. Jika tiada tindakan alahan, bermakna anda sesuai menggunakan produk ini.
5. Bagaimanakah keberkesanan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”? J: Para saintis telah membuktikan bahawa kedalaman kedutan berkurangan dalam masa 28 hari sahaja. Akan tetapi, tempoh pemulihan dan kesan-kesan adalah berlainan mengikut keadaan kulit individu.
6. Adakah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” halal bagi umat Islam? J: Ya. Semua ramuan yang ada pada “A.B.Serum: Apple Stem Cell Serum” adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Jadi, ia adalah selamat diguna bagi umat Islam. 7. Bolehkah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” digunakan bersama dengan produk penjagaan kulit jenama lain? J: Boleh. Serum ini boleh digunakan bersama dengan produk penjagaan kulit anda yang berjenama lain. Bersihkan dan keringkan wajah dengan pencuci muka dahulu. Lepas itu, sambungkan dengan toner jika ada dan teruskan dengan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” sebelum pelembap disapukan
8. Bolehkah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” digunakan lebih daripada 2 kali sehari? Ataupun melebihi 3 titis sekali? J: Boleh. Memastikan sebelum menyapukan serum, muka anda wajib dibersih dan dikeringkan. Akan tetapi, serum yang berlebihan yang tidak dapat diresap ke dalam lapisan kulit akan mengakibatkan pembaziran.
9. Bolehkah saya terus memakai makeup selepas menggunakan A.B.Series: Apple Stem Cell Serum? J: Boleh. Anda boleh terus memakai makeup selepas menggunakan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” asalkan serum telah 100% meresap ke dalam kulit.
10. Saya telah memperoleh kulit yang diidamkan dengan menggunakan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”. Perlukah saya terus menggunakannya? J: Perlu. Sebab setiap hari sel kulit akan mati dan pembaharuan sel akan berlaku. “Apple Stem Cell Serum” ini membantu merangsang proses pembaharuan sel supaya kulit anda sentiasa sihat dan menawan.
11. Adakah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” selamat digunakan? J: Ya. “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” dirumus khas daripada ramuan semula jadi dan bebas paraben dan steroid. Para saintis telah menguji kesankesannya dan pelbagai analisis yang teliti juga dijalankan sepanjang pemprosesan produk. Jadi, ia adalah selamat dan berkesan untuk penggunaan.
12. Adakah “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” diuji ke atas haiwan? J: Tidak. “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” tidak menjalankan ujian atas haiwan.
13. Apakah suhu yang paling sesuai untuk penyimpanan “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum”? J: “A.B.Series: Apple Stem Cell Serum” haruslah disimpan pada suhu bilik dan elakkan daripada pancaran terus cahaya matahari atau tempat yang berhaba. Kita menggalakkan untuk menyimpan serum dalam peti sejuk (4°)(tempat menyimpan mentega) selepas buka untuk menjamin jangka hayat serum.
Testimoni Para Pengguna Refer to product testimonial