PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG d/a LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA, KARUNG BERKUNCI 11005, 50990 KUALA LUMPUR TEL : 03-20945222 Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh
: : :
FAX : 03-20954239
LPP(B)5/6 Jld.2 (44)
ARAHAN PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG BIL. 3 TAHUN 2010 Manual Timbangtara Bagi Menyelesaikan Pertikaian Di Pertubuhan Peladang Di bawah Seksyen 17 Akta Pertubuhan Peladang 1973 dan Peraturan 68 Peraturan–Peraturan Pertubuhan Peladang 1983
1.
Tujuan 1.1
Arahan ini bertujuan untuk memberi panduan bagi menjalankan proses timbangtara dalam menyelesaikan pertikaian Pertubuhan Peladang (PP) di bawah Seksyen 17 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan Peraturan 68 Peraturan–Peraturan PP 1983.
1.2
Manual ini juga adalah suatu penambahbaikan bagi memudahkan dan meningkatkan keberkesanan dalam menyelesaikan pertikaian dalam PP melalui proses timbangtara.
1.3
Arahan ini juga untuk memansuhkan dan menggantikan Manual Timbangtara yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling Pendaftar 10/84, bertarikh 3 Januari 1984.
1
2.
Punca Kuasa 2.1.
Pendaftar PP diperuntukkan kuasa di bawah Peraturan 85, PeraturanPeraturan PP 1983 seperti berikut:“Pendaftar boleh, jika difikirkannya perlu, mengeluarkan arahan-arahan dan borang-borang pada melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan ini.”
2.2
Punca kuasa Pendaftar bagi melaksanakan Arahan ini ialah seksyen 17 (1) hingga (5) Akta 109 dan Peraturan 68 (1) hingga (15), PeraturanPeraturan PP 1983.
3.
Latar Belakang 3.1.
Pendaftar telah mengeluarkan Pekeliling Pendaftar 10/84 bertarikh 3 Januari 1984 iaitu Panduan Menyelesaikan Pertikaian Di Pertubuhan Peladang Dan Syarikat Kerjasama Berasaskan Pertanian.
3.2.
Panduan
tersebut
telah
dibuat
berdasarkan
kuasa-kuasa
Ketua
Pengarah LPP selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang yang juga disifatkan
sebagai
Ketua
Pendaftar
Koperasi
Berasaskan
Pertanian(Koperasi). 3.3.
Pada 1 Januari 2008, Parlimen telah menggubal dan meluluskan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2008 dan memansuhkan kuasa-kuasa Ketua Pengarah LPP sebagai Ketua Pendaftar Koperasi Berasaskan Pertanian.
2
3.4.
Memandangkan Panduan Menyelesaikan Pertikaian di atas telah dibuat dengan
menyatukan tatacara dan borang-borang dalam proses
timbangtara dalam PP dan Koperasi, maka adalah difikirkan sesuai jika tatacara timbangtara itu dipinda dengan membuat penambahbaikan bagi memudahkan proses dan meningkatkan keberkesanan dalam menguruskan proses timbangtara tersebut. 4. Manual Menyelesaikan Pertikaian Di Pertubuhan Peladang 4.1
Manual ini hendaklah digunakan dalam semua pertikaian antara – (i) ahli-ahli PP, (ii) Jemaah Pengarah PP dengan PP atau (iii) antara PP dengan PP yang melibatkan Undang-Undang di bawah Akta 109, Peraturan-peraturan PP 1983, Arahan-Arahan Pendaftar, Perlembagaan PP, dan Kaedah-Kaedah PP.
4.2
Seksyen 17(1)(b) Akta 109 juga memperuntukkan bahawa suatu hutang atau tuntutan bayaran antara PP dan ahli atau sebaliknya, adalah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan PP.
5. Pekeliling Pendaftar 10/84 bertarikh 3 Januari 1984 di Mansuhkan. Dengan berkuatkuasanya Arahan Pendaftar ini maka Pekeliling Pendaftar 10/84 bertarikh 3 Januari 1984, Panduan Menyelesaikan Pertikaian Di Pertubuhan Peladang Dan Syarikat Kerjasama Berasaskan Pertanian dimansuhkan.
3
6. Tarikh Kuatkuasa Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 April 2010.
t. t (Hajjah Mariam Mas Binti Yaacob) Pendaftar Pertubuhan Peladang
4
MANUAL TIMBANGTARA PERTUBUHAN PELADANG 2010
DISEDIAKAN OLEH CAWANGAN UNDANG-UNDANG
5
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BIL. SURAT
KANDUNGAN
MUKA
1.
MANUAL TIMBANGTARA
1–2
2.
PUNCA KUASA DAN PROSES TIMBANGTARA
3–6
3.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA TIMBANGTARA
7 – 10
4.
BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN
11 – 24
5.
AKTA KETERANGAN 1950
25 - 30
6
7
MANUAL MENYELESAIKAN PERTIKAIAN MELALUI PROSES TIMBANGTARA PERTUBUHAN PELADANG Di bawah Seksyen 17 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan Peraturan 68, Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (PP)1983.
CIRI-CIRI UTAMA 1.
Penimbangtaraan yang dimaksudkan ialah penimbangtaraan yang dibuat mengikut seksyen 17 Akta Pertubuhan Peladang 1973 dan Peraturan 68, PeraturanPeraturan PP 1983.
2.
Prosedur penimbangtaraan ini TIDAK melibatkan BUKAN AHLI Pertubuhan Peladang.
3.
Undang-undang yang terlibat dengan penimbangtaraan ini ialah Akta 109, Peraturan-Peraturan PP 1983, Akta Keterangan 1950 dan Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980.
4.
Prinsip-prinsip keadilan asasi (natural justice) perlu dipatuhi bagi setiap pihak yang membicarakan kes pertikaian ini iaitu: (a) Setiap pihak hendaklah diberi peluang yang adil untuk mengemukakan kesnya. (b) Keputusan hendaklah berdasarkan keadilan melalui fakta, keterangan dan imbangan kebarangkalian (balance of probability).
5.
Pengetahuan undang-undang yang berkaitan seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 dan 4 di atas, adalah mustahak untuk membolehkan perbicaraan dijalankan dengan adil.
6.
Tatacara perbicaraan penimbangtaraan adalah seperti yang biasa dilakukan dalam perbicaraan sivil di mahkamah yang akan dinyatakan dengan lebih jelas selepas ini.
7.
Penimbangtaraan ini boleh dijalankan oleh Pendaftar PP sendiri atau seorang penimbangtara atau penimbangtara-penimbangtara yang dilantik oleh Pendaftar mengikut Peraturan 68(4) Peraturan-Peraturan PP 1983.
8.
Beban bukti dalam kes penimbangtaraan adalah terletak kepada pemohon (plaintif) dan keputusan Penimbangtaraan berdasarkan kepada imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) iaitu dari keterangan kedua-dua pihak. Penimbangtara hendaklah menentukan keterangan dari pihak manakah {dari Plaintif atau Yang Dituntut (Defendan)} yang lebih kuat dan meyakinkan yang boleh diterima oleh
8
Penimbangtara. Salinan Seksyen –seksyen yang berkaitan dalam Akta Keterangan 1950. 9.
Pihak yang terkilan dengan Award Penimbangtara boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh dua (2) bulan selepas Award diterima.
10.
Keputusan atau Award Penimbangtara boleh dikuatkuasakan di mahkamah sekiranya tiada rayuan dibuat kepada Menteri dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh Award dikeluarkan mengikut Seksyen 17(3) Akta 109. Jika ada rayuan, penguatkuasaan bergantung kepada keputusan Menteri. Keputusan Menteri adalah muktamad berdasarkan Seksyen 17(4) Akta 109.
11.
Tugas Penimbangtara bermula selepas ia menerima lantikan dan berakhir setelah keputusan atau award dibuat (jika tiada rayuan dibuat).
12.
Penimbangtara hanya berkuasa membuat keputusan atau award atau menolak kes berkenaan dan tidak boleh menguatkuasakan hukuman. Penguatkuasaan penghakiman dibuat di mahkamah mengikut prosedur mahkamah. Untuk melaksanakan penguatkuasaan ini, PP hendaklah melantik peguam yang diluluskan oleh mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah untuk bertindak bagi pihak PP di mahkamah.
13.
Bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap kes hendaklah dibayar dengan cek/wang pos atas nama Pengarah LPP Negeri. Wang ini boleh digunakan oleh Pendaftar untuk membayar apa-apa kos dalam menjalankan proses Timbangtara termasuk bayaran saguhati Penimbangtara.
14.
Proses yang dinyatakan dalam jadual selepas ini adalah bagi perbicaraan mengikut Akta 109.
9
10
PUNCA KUASA DAN PROSES KERJA BAGI MENYELESAIKAN PERTIKAIAN MELALUI PROSES TIMBANGTARA
PUNCA KUASA DAN PROSES
TINDAKAN
1. Melalui Arahan Pendaftar Bil. 3/2001, Pengarah Pengarah LPP Negeri LPP Negeri telah diwakilkan kuasa oleh Pendaftar bagi memutuskan pertikaian antara PP dan ahli oleh dirinya sendiri atau melantik seorang penimbangtara atau penimbangtarapenimbangtara. 2. Menerima permohonan (Borang A) daripada PP Pengarah LPP Negeri atau pihak-pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan pertikaian bersama dengan cek/wang pos bernilai RM50.00 yang dibayar atas nama Pengarah LPP Negeri bagi setiap kes. 3. Menimbangkan permohanan tersebut sama ada Ketua Cawangan Urusan terdapat kes prima facie atau tidak. Pendaftar Negeri 4. Pengarah LPP Negeri melantik seorang Pengarah LPP Negeri Penimbangtara atau PenimbangtaraPenimbangtara (Borang B). Tatacara perlantikan penimbangtara-Penimbangtara. Rujuk peraturan 68 (4) & (5). 5. Penimbangtara menyemak sama ada terdapat Penimbangtara alasan untuk tindakan. 6. Mengeluarkan saman (Borang C) kepada Penimbangtara Defendan dan disalinkan kepada Plaintif dan sapina untuk dokumen-dokumen (Borang E) serta sapina kepada saksi-saksi (Borang F) jika ada. Plaintif - Pihak yang menuntut Defendan - Pihak yang dituntut 7. Jika Defendan bersetuju membayar sebelum Penimbangtara tarikh perbicaraan, isikan (Borang SBH) dan maklumkan bahawa proses timbangtara perlu diteruskan untuk membolehkan Award dikeluarkan.
11
8. Perbicaraan bermula
Penimbangtara
9. Penimbangtara membacakan surat perlantikannya Penimbangtara oleh Pendaftar (Borang C). 10. Sekiranya plaintif tidak hadir, Penimbangtara Penimbangtara boleh membuang kes tersebut 11. Sekiranya Defendan tidak hadir, Penimbangtara Penimbangtara boleh mengeluarkan Award Penghakiman Ingkar (ex-parte) (Borang G1) 12. Penimbangtara meminta Plaintif dan Defendan Penimbangtara membuat akuan bercakap benar. 13. Penimbangtara meminta tuntutan. (Borang A).
Plaintif
membaca Penimbangtara
14. Penimbangtara meminta defendan membuat Penimbangtara pengakuan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan tuntutan Plaintif. 15. Jika Defendan bersetuju dengan tuntutan Penimbangtara plaintif, isikan (Borang D) dihadapan penimbangtara dan penimbangtara mengeluarkan Award (Borang G) 16. Jika Defendan tidak setuju dengan tuntutan Penimbangtara plaintif, penimbangtara akan menangguhkan kes kepada tarikh yang baru. 17. Penimbangtara keluarkan notis tarikh perbicaraan Penimbangtara yang baru (Borang C1) kepada plaintif, defendan dan saksi-saksi kedua-dua belah pihak. Perbicaraan kedua dan seterusnya 18. Sekiranya defendan bersetuju, Penimbangtara Penimbangtara akan tentukan amaun dan tempoh bayaran dengan persetujuan kedua-dua pihak. 19. Sekiranya defendan tidak bersetuju dengan Penimbangtara tuntutan Plaintif. Penimbangtara meminta plaintif mengemukakan hujah tuntutan melalui saksi dan dokumen
12
20. Setiap saksi Plaintif yang dipanggil hendaklah Penimbangtara membuat pengakuan bercakap benar sebelum memberi keterangan. 21. Selepas Plaintif mengemukakan saksi dan Penimbangtara dokumen, Penimbangtara meminta Defendan mengemukakan hujah pembelaan melalui saksi dan dokumen jika ada. 22. Setiap saksi Defendan yang dipanggil hendaklah Penimbangtara membuat pengakuan bercakap benar sebelum memberi keterangan. 23. Penimbangtara boleh menangguhkan kes yang Penimbangtara sedang dibicarakan sekiranya Plaintif atau Defendan memerlukan saksi atau dokumen tambahan. 24. Sekiranya Penimbangtara menangguhkan proses Penimbangtara bicara maka suatu tarikh lain perlu ditetapkan atas persetujuan semua pihak. 25. Sekiranya Plaintif/ Defendan berhasrat Penimbangtara mengemukakan saksi/ dokumen tambahan, maka, kedua-dua pihak perlulah memaklumkan kepada Penimbangtara untuk membolehkan Penimbangtara mengeluarkan sapina untuk memanggil saksi/ dokumen tersebut. 26. Setelah mendengar hujah dan hujah tambahan Plaintif/Defendan dari kedua-dua pihak, Penimbangtara hendaklah mengeluarkan award dalam tempoh 15 hari.(Borang G). 27. Selepas dua bulan dari tarikh award dan tiada Plaintif rayuan dari mana-mana pihak, notis untuk pelaksanaan penghakiman perlu dihantar kepada Defendan dengan cara PPK melantik peguam untuk menguruskan proses pelaksanaan penghakiman di mahkamah yang berkenaan. 28. Mesyuarat AJP membuat keputusan melantik Plaintif peguam bagi memohon ke Mahkamah untuk Perlaksanaan Penghakiman (Enforcement of Judgement).
13
29. Notis Untuk Pelaksanaan Penghakiman perlu Plaintif dikeluarkan kepada Defendan, sekiranya defendan gagal mematuhi award penimbangtara dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis. 30. Pelaksanaan Penghakiman dengan tindakan: i. Sita dan lelong terhadap harta alih defendan ii. Perintah garnisan. iii. Perintah memenjarakan.
pilihan Plaintif
14
15
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA PENIMBANGTARAN DALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN PERTUBUHAN PELADANG TAHAP 1 MULA
Tindakan
PENGUR PENGURUSAN USAN MENYEMAK MENYEMAK BAKI BAKIAKAU AKAUN N AKAN AKANTERIMA TERIMA PENGH PENGHUTANG UTANG AHLI AHLI
Pengurus Kredit/Pengurus Akaun
KAEDAH PENGUMPULAN DOKUMEN
Semua Pengurus Bahagian
- SATU PENGHUTANG SATU FAIL - DOKUMEN DIKUMPUL MELALUI BUKU NOTA MENENTUKAN DOKUMENDOKUMEN MENGIKUT MANUAL PERAKAUNAN
SEMAKAN SEMULA
Pengurus Besar/Pengurus Akaun
ADAKAH DOKUMEN LENGKAP ? TIDAK YA SEMAKAN SEMULA
MESYUARAT JEMAAH PENGARAH MEMUTUSKAN UNTUK TINDAKAN MELALUI PROSES TIMBANGTARA
ADAKAH MESYUARAT AJP BERSETUJU ATAU TIDAK ?
Mesyuarat AJP
Mesyuarat AJP
TIDAK YA KEPUTUSAN MESYUARAT AGONG
PENGURUSAN KELUARKAN NOTIS 14 HARI TUNTUTAN HUTANG MELALUI PEGUAM PPK (Borang NTH)
TINDAKAN SELESAI YA, JIKA AHLI BAYAR PENUH TINDAKAN DI HENTIKAN
ADAKAH BAYARAN DISELESAIKAN ATAU TIDAK ?
PPK / PEGUAM
Defendan
TIDAK JIKA AHLI GAGAL BAYAR TINDAKAN DITERUSKAN DENGAN MEMBUAT PERMOHONAN PROSES TIMBANGTARA KEPADA PENDAFTAR PP (Borang A)
Plaintif
SELESAI
16
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA PENIMBANGTARAN DALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN PERTUBUHAN PELADANG Carta Aliran Kerja TAHAP 2 Tindakan MULA
PENGARAH LPP NEGERI TERIMA PERMOHONAN DARIPADA PEMOHON
SERAH KEPADA KCUP UNTUK SEMAKAN DAN BINCANG UNTUK TENTUKAN ADANYA Prima Facie HANTAR BALIK KE PPK
ADAKAH WUJUD Prima Facie?
PENGARAH LPP NEGERI
KCUP LPP NEGERI
KCUP LPP NEGERI
TIDAK YA PENDAFTAR LANTIK PENIMBANGTARA ( Borang C)
PENGARAH LPP NEGERI
PENIMBANGTARA DAN PLAINTIF DAN DEFENDAN PENIMBANGTARA ARAHKAN DEFENDEN SEMPURNAKAN DAN MENANDATANGANI BORANG SBH
ADAKAH YANG DITUNTUT MENYELESAIKAN HUTANG?
DEFENDAN
YA TIDAK PENIMBANGTARA KELUARKAN SAMAN KEPADA PLAINTIF DAN SAPINA KEPADA SAKSI ( Borang D,E DAN F)
PENIMBANGTARA
PEMOHON SAMPAIKAN SATU SALINAN KEPADA DEFENDAN ( Borang D)
DEFENDAN
MULAKAN BICARA
PENIMBANGTARA
SELESAI
17
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA PENIMBANGTARAN DALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN PERTUBUHAN PELADANG SEMASA PERBICARAAN TAHAP 3 Carta Aliran Kerja MULA SAKSI MEGISI BORANG SUBPOENA BORANG F PENIMBANGTARA MEMBACA PERLANTIKAN OLEH PENDAFTAR (BORANG C) DAN CATATKAN SEGALA PROSIDING DALAM BUKU TIMBANGTARA TETAPKAN TARIKH BARU DAN DAN BICARA SEMULA TIDAK ADAKAH SAKSI HADIR PADA MASA PERBICARAAN ITU ?
SAKSI MEGISI BORANG SUBPOENA BARANG F PENIMBANGTARA MINTA PLAINTIF / SAKSI BAGI PIHAK PLANTIF MEMBACA IKRAR DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN / HUJAH (BORANG H)
YA
SAKSI MEGISI BORANG SUBPOENA BARANG F PENIMBANGTARA MINTA DEFENDAN BORANG H DAN MENGAKU ATAU TIDAK MENGAKU TUNTUTAN ITU
YA PLANTIF DAN DEFENDAN MENGELUARKAN HUJAH, DOKUMEN TIDAK
TANGGUH SEKETIKA
YA
MENGAKU ATAU TIDAK OLEH DEFENDAN / ORANG YANG DITUNTUT ?
ADA SAKSI ATAU TIDAK ? YA TIDAK
SETELAH MENDENGAR KEDUA-DUA PIHAK PENIMBANGTARA KELUARKAN AWARD DALAM TEMPOH 30 HARI. ( Borang G)
SELESAI
SETELAH MENDENGAR PERSETUJUAN DI ANTARA KEDUA-DUA PIHAK PENIMBANGTARA KELUARKAN AWARD DALAM TEMPOH 30 HARI. ( Borang G)
SELESAI
18
CARTA ALIRAN DALAM PROSES KERJA SELEPAS AWARD DIKELUARKAN TAHAP 4
MULA
PLANTIF MENGEMUKAKAN LAPORAN STATUS PERLAKSANAAN AWARD KEPADA PENDAFTAR ( SELEPAS 2 BULAN DARI TARIKH AWARD
HUTANG DIJELASKAN
ADAKAH DEFENDAN MEMATUHI AWARD? YA
SELESAI
MESYUARAT AJP / PLANTIF MOHON KE MAHKAMAH UNTUK PERLAKSANAAN PENGHAKIMAN
ADAKAH DEFENDAN MENGEMUKAKAN RAYUAN KEPADA MENTERI DALAM MASA 2 BULAN ? TIDAK YA
PLANTIF MELANTIK PEGUAM UNTUK PERLAKSANAAN PENGHAKIMAN
SELESAI
MENTERI MEMBUAT KEPUTUSAN
RAYUAN DITOLAK ADAKAH RAYUAN DEFENDAN/ ORANG YANG DITUNTUT DI PERTIMBANGKAN OLEH MENTERI ?
RAYUAN DITERIMA
SELESAI
19
BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN Bil.
Nama Borang
Nombor Borang
1. Notis Tuntutan Hutang
NTH
2. Persetujuan Membayar Sebelum Proses Timbangtara SBH
Borang
3. Permohonan Untuk Menyelesaikan Pertikaian Oleh Perdaftar
Borang A
4. Perwakilan Kuasa
Borang B
5. Saman
Borang C
6. Notis Panggilan Sambungan Perbicaraan Timbangtara
Borang C1
7. Persetujuan Penyelesaian Pembayaran Hutang – Dalam Proses
Borang D
Timbangtara 8. Subpoena (Untuk Mengemukakan Dokumen)
Borang E
9. Subpoena (Untuk Memberi Keterangan)
Borang F
10. Award
Borang G
11. Award (Ex-Parte)
Borang G1
12. Borang Permohonan Perlaksanaan Penghakiman Oleh Mahkamah
Borang H
13. Akuan Sumpah
Borang I
20
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN …………….. ALAMAT:
Rujukan kami Rujuka Tuan : Tarikh :
(Borang NTH)
:
……………………………………….. ……………………………………….. ………………………………………..
TANPA PREJUDIS
( AR BERDAFTAR DAN PENGAKUAN MENGEPOS) ( SERAHAN KEDIRI)
Tuan, NOTIS TUNTUTAN HUTANG Dengan hormatnya dimaklumkan, jumlah baki hutang ……………………………. Berakhir ……………….. ialah sebanyak RM:……………………. 2. Mengikut rekod kami kali terakhir tuan membayar ialah pada …………………….. dan selepas tarikh tersebut tuan telah tidak membayar baki hutang tersebut selama ………. bulan. 3. SILA AMBIL PERHATIAN, tuan diminta membayar kesemua baki hutang tersebut sebanyak: Pinjaman Pokok RM: ……………….. dan Jumlah Faedah RM:................ kesemuanya berjumlah: RM ........................ , dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat ini. 4. SILA AMBIL PERHATIAN jika tuan gagal membayar kesemua jumlah wang tersebut di atas dalam tempoh di atas, pihak kami akan mengambil tindakan Undang-undang melalui proses Timbangtara tanpa memberi apa-apa peringatan lagi. Sekian, terima kasih Yang Benar ………………………………………. Sk. Penjamin 1 Penjamin 2
21
(BORANG SBH)
PERSETUJUAN MEMBAYAR HUTANG SEBELUM PROSES TIMBANGTARA
Saya …………………………………………………………………………….………… Kad Pengenalan ………………………………beralamat ………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………dengan ini membuat pengakuan berikut :(i)
Saya adalah ahli ………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………… No. Ahli ……………………………….
(ii)
Saya telah berhutang kepada ……………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………… sebanyak …………………………..…………. pada ……………………………… untuk maksud …………………………………………………………… dan berjanji akan membayar balik secara …………………………………………… pada …………………………….
(iii)
Sebagai penyelesaian hutang di atas, pada tarikh yang tersebut di bawah, saya dengan ini membayar hutang tersebut dengan cara ……….. ……………………………………………………………………………………………………
Bertarikh : …………………………..… Ditandatangani oleh Penghutang/Wakil penghutang: ……………………….………..…………. Di hadapan Pengurus Besar/Pengerusi
: ……………………………..……………..……….
Disaksikan oleh Pengurus Bahagian
: ..........................................................
22
(BORANG A) PERMOHONAN UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN OLEH PENDAFTAR ____________________________________ Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang ………………………………………………yang telah mengadakan mesyuaratnya AJP Bil ……………… pada………………………telah mengambil keputusan supaya merujukkan kepada Pendaftar Pertubuhan Peladang seksyen 17(1)(a) Akta Pertubuhan Peladang bagi menyelesaikan pertikaian yang berbangkit antara Pertubuhan Peladang ini dengan : Nama ………………………………………
No. Kad Pengenalan ……………………………………
beralamat ……………………………………………………………………………………………………………………..... ………………………………………………………………………………………………………………………… No. keahlian ……………………… mengenai perkara berikut : ………………………………. ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… Butir-butir penuh di atas adalah seperti berikut : …………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… Ditandatangani oleh,
Pengerusi Jemaah Pengarah PPK ………………
Ahli Jemaah Pengarah PPK ………………
Ahli Jemaah Pengarah PPK ……………………
23
BORANG B PERWAKILAN KUASA (Seksyen 17 Akta Pertubuhan Peladang 1973) Saya …………………………..……………………. Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri …………...., sebagai Pendaftar/ diwakilkan kuasa oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang, dengan kuasa-kuasa yang diberi kepada saya di bawah seksyen kecil (3), seksyen 7 Akta Pertubuhan Peladang 1973, dan Arahan Pendaftar Bilangan 3/2001 dengan ini mewakilkan kuasa saya di bawah seksyen 17(2)(b) Akta Pertubuhan Peladang 1973 kepada ................................…………………………............................................................................. kad pengenalan no. …………………………..…………….
sebagai PENIMBANGTARA untuk
menyelesaikan pertikaian ANTARA
Pertubuhan Peladang Kawasan …………………………………. …………………………..…………………………………………………. DENGAN …………………………..……………………………………………….. Mengenai ……………………………………………………………. …………………………..………….………………………. Diperbuat dengan perintah dan ditandatangani oleh saya pada hari ini …………………… Haribulan …………………………….. tahun dua ribu ………………………. Pendaftar Pertubuhan Peladang
24
BORANG C
SAMAN Peraturan 68(8) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 Di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang. Di Pertubuhan Peladang Kawasan .............,Dalam Negeri ……………………………………………… No. ………………… tahun ……………………. Antara * Plaintif Dan * Defenden Nota : *
Nama jika diwakili, nyatakan, misalnya “AB si mati oleh CD warisnya”. Kepada ………………………………………………………………………………………………... Kad Pengenalan …………………………… pihak yang dituntut ………………………… ……………………………………………………………. Beralamat di ………………………….. …………………………………………………………….……………………………………………….
Tuan adalah dengan ini disaman untuk hadir di hadapan Penimbangtara atas urusan ………………………….……………………………………………………………..................................... pada tarikh ......................................... jam ……………….. di bilik gerakan PPK ........................... untuk menjawab tuntutan terhadap tuan oleh pemohon di atas di mana butir-butir tuntutan tersebut di lampirkan bersama ini. Sila ambil perhatian jika tuan gagal menghadirkan diri keputusan akan diberi kepada pemohon. Bertarikh : Penimbangtara,
25
BORANG C1
NOTIS PANGGILAN SAMBUNGAN PERBICARAAN TIMBANGTARA Peraturan 68(8) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 Di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang. Di Pertubuhan Peladang Kawasan .............,Dalam Negeri ……………………………………………… No. ………………… tahun ……………………. Antara * Plaintif Dan * Defenden Notis Panggilan Sambungan Perbicaraan Adalah dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. Kepada
:…………………………………………………………………...
Kad Pengenalan
:……………………………………………………………………
Alamat
:………………………………………………………………….. .…………………………………………………………………..
Tuan adalah dengan ini diperintahkan untuk hadir di hadapan Penimbangtara untuk sambungan perbicaraan tuntutan terhadap tuan pada: Tarikh
:
Hari
:
Tempat Masa
: :
Sila ambil perhatian jika tuan gagal menghadirkan diri keputusan akan diberi kepada pemohon. Bertarikh : Penimbangtara, *SURAT INI HENDAKLAH DIHANTAR MELALUI SERAHAN KENDIRI ATAU MELALUI A.R BERDAFTAR
26
(BORANG D)
PERSETUJUAN PENYELESAIAN PEMBAYARAN HUTANG Saya …………………………………………………………………………….……………Kad Pengenalan ……………………………………beralamat …………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………dengan ini membuat pengakuan berikut :(i)
Saya adalah ahli …………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………… No. Ahli ……………………………….
(ii)
Saya telah berhutang kepada ………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… sebanyak …………………………..…………. pada ……………………………… untuk maksud …………………………………………………………… dan berjanji akan membayar balik secara …………………………………………… pada …………………………….
(iii)
Sebagai penyelesaian hutang di atas, pada tarikh yang tersebut di bawah, saya dengan ini membayar hutang tersebut dengan cara ……… ………………………………………………………………………………………………………
Bertarikh : …………………………..… Ditandatangani oleh : ……………………………………..………………….………..…………. Di hadapan Pendaftar/Penimbangtara : ……………………………..……………..………. Diakui penerimanya oleh / untuk dan bagi pihak : …………………………..………….
27
BORANG E
SUBPOENA (UNTUK MENGEMUKAKAN DOKUMEN) (Seksyen 68(8) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983) Di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang. Di Pertubuhan Peladang Kawasan ............ Dalam Negeri .............................. No. ………………… tahun ……………………. Antara * Plaintif Dan * Defenden Nota : *
Nama jika diwakili, nyatakan, misalnya “AB si mati oleh CD warisnya”. Kepada ………………………………………………………………………………………………... Kad Pengenalan …………………………… Beralamat … ………………………………….. …………………………………………………………….………………………………………………. …………………………………………………………….……………………………………………….
Tuan adalah dengan ini diperintahkan untuk mengemukakan atau menghantar kepada Pendaftar/Penimbangtara yang tersebut di atas pada atau sebelum jam ..……………. pada …………………………..Di
………….…………….
…………………………………………………………………………. Dokumen-dokumen berikut : Kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah dianggap satu kesalahan di bawah undang-undang berkenaan. Bertarikh : Penimbangtara,
28
BORANG F
SUBPOENA (UNTUK MEMBERI KETERANGAN) (Seksyen 68(8) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983) Di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang Di Pertubuhan Peladang Kawasan ........... , Dalam Negeri ......................... No. ………………… tahun ……………………. Antara * Plaintif Dan * Defenden Nota : *
Nama jika diwakili, nyatakan, misalnya “AB si mati oleh CD warisnya”. Kepada ………………………………………………………………………………………………... Kad Pengenalan …………………………… Beralamat … ………………………………….. …………………………………………………………….………………………………………………. …………………………………………………………….……………………………………………….
Tuan adalah dengan ini diperintahkan hadir sendiri di hadapan Penimbangtara yang tersebut di
atas
pada
jam
............................…………….
pada
…….…………………………..di
……………………………………………………………………………………………………………. Untuk memberi keterangan bagi pihak ………………………..…………………………………………………. Dan hendaklah menunggu di tempat tersebut hingga selesai perbicaraan atau dibenar meninggalkan tempat tersebut oleh Pendaftar.Dan hendaklah membawa bersama-sama tuan dokumen-dokumen berikut :Kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah dianggap satu kesalahan di bawah undang-undang berkenaan. Bertarikh :
Penimbangtara
29
BORANG G AWARD (Seksyen 68(12) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983) Di hadapan Penimbangtara, Pendaftar Pertubuhan Peladang Di Pertubuhan Peladang Kawasan ........... , Dalam Negeri ......................... No. ………………… tahun ……………………. Antara
*Plaintif
Dan
* Defenden
Atas permohonan oleh ………………………………………………………. yang dibuat pada ………………. Yang didengar pada hari ini …………………………………….… di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang lantikan Pendaftar Pertubuhan Peladang.
(Rujukan Surat
Lantikan ............................................) Dan setelah memeriksa dokumen-dokumen dan mendengar keterangan serta hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak dengan ini diputuskan bahawa : …………………………………………………..…………………………………………………..…………………………… ……………………..…………………………………………………..…………………………………………………..….… …………………………………………………..…………………………………………………..…………………………… ……………………..…………………………………………………..…………………………………………………..….… …………………………………………………..…………………………………………………..…………………………… Tanda Tangan: Nama:: No. Kad Pengenalan: Tarikh:
Cop Penimbangtara
----------------------------------------------------------------------------------------------------------PERINGATAN: Mana-mana pihak yang ingin merayu terhadap keputusan ini hendaklah berbuat demikian kepada YB Menteri Pertanian Dan Industri Asastani dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusan ini.
30
BORANG G1 AWARD (EX-PARTE) (Seksyen 68(12) Peraturan Pertubuhan Peladang 1983) Di hadapan Penimbangtara, Pendaftar Pertubuhan Peladang Di Pertubuhan Peladang Kawasan ........... , Dalam Negeri ......................... No. ………………… tahun ……………………. Antara
*Plaintif
Dan
* Defenden
Atas permohonan oleh ………………………………………………………. yang dibuat pada ………………. Yang didengar pada hari ini …………………………………….… di hadapan Penimbangtara Pendaftar Pertubuhan Peladang lantikan Pendaftar Pertubuhan Peladang.
(Rujukan Surat
Lantikan ............................................) Dan setelah memeriksa dokumen-dokumen dan mendengar keterangan serta hujah-hujah daripada pihak plaintif/defenden dan dengan ketidakhadiran plaintif/defenden setelah saman dikeluarkan dengan ini diputuskan bahawa : …………………………………………………..…………………………………………………..…………………………… ……………………..…………………………………………………..…………………………………………………..….… …………………………………………………..…………………………………………………..…………………………… ……………………..…………………………………………………..…………………………………………………..….… Tanda Tangan: Nama:: No. Kad Pengenalan: Tarikh:
Cop Penimbangtara
--------------------------------------------------------------------------------------------PERINGATAN: Mana-mana pihak yang ingin merayu terhadap keputusan ini hendaklah berbuat demikian kepada YB Menteri Pertanian Dan Industri Asastani dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusan ini.
31
BORANG H PERMOHONAN PELAKSANAAN PENGHAKIMAN OLEH MAHKAMAH SESYEN DI HADAPAN *PENDAFTAR/ *PENIMBANGTARA PERTUBUHAN PELADANG Di Pertubuhan Peladang Kawasan ........... , Dalam Negeri ......................... No. ………………… tahun ……………………. Antara
*Plaintif
Dan
* Defenden
Kepada Presiden Mahkamah Sesyen di .................................................................... Telah diputuskan Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran berhak mendapat benefit melalui AWARD yang telah diberikankan pada 12/3/2009. Bersama-sama ini disertakan suatu salinan sah AWARD di atas, dan memohon supaya ianya dilaksanakan oleh Mahkamah Sesyen ini di Kota Kinabalu, Sabah oleh Yang Arif Tuan Hakim sebagaimana yang difikirkan sesuai. Si Penghutang Penghakiman menyatakan yang AWARD di atas masih belum dipatuhi berjumlah seperti berikut – Hutang Pokok Faedah Kos Jumlah kos pada masa penghakiman AWARD
RM RM RM RM
Kos dari mula Pengakiman AWARD Kos untuk promohonan ini Faedah tambahan hingga permohonan ini Jumlah kos pada tarikh permohonan ini
RM RM RM _________ RM _________
Jumlah yang telah dibayar
RM
Baki Tertunggak
RM
32
Pendaftar/ Penimbangtara tidak mempunyai maklumat mengenai pembayaran sama ada kesemuanya atau sebahagiannya selain daripada
AWARD di atas, dan tiada prosiding
lanjutan dipohon kepada Pendaftar atau Penimbangtara atau permohonan rayuan kepada Menteri.
Bertarikh ………………. Haribulan ………………. Tahun: …………..
……………………………. Pendaftar Pertubuhan Peladang
(Permohonan ini difailkan oleh Tetuan ………………..& Co, beralamat di ……………………... No. Tel ……………………, Fax: …………………….)
33
BORANG I UPACARA MENGANGKAT SUMPAH SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI KETERANGAN
(Semasa mengangkat sumpah tangan kanan hendaklah diangkat dan seterusnya melafazkan) :-
“ BAHAWASANYA SAYA ………………………………………………………… NO. KAD PENGENALAN
…………………………………. DENGAN SESUNGGUHNYA
DAN SUCI HATI MENGAKU SEGALA YANG SAYA HENDAK
SEBUTKAN
DALAM PERBICARAAN INI SEMUANYA YANG BENAR TIADA APA-APA YANG TIDAK BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA “.
34
35
AKTA KETERANGAN 1950 BAHAGIAN III PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB VII - BEBAN BUKTI
101.
Beban bukti. (1) Barang siapa berkehendakkan mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta-fakta itu ada. (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti terletak pada orang itu. MISALAN
(a)
A. berkehendakkan mahkamah memberi penghakiman supaya B. dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A. telah dilakukan oleh B. A. mestilah membuktikan bahawa B. telah melakukan jenayah itu.
(b)
A. berkehendakkan mahkamah memberi penghakiman yang dia berhak ke atas tanah yang ada dalam milik B. dengan alasan fakta yang ditegaskan oleh A. sebagai benar tetapi dinafikan oleh B. A. mestilah membuktikan tentang adanya fakta-fakta itu.
102.
Pada siapa terletaknya beban bukti. Beban bukti di dalam sesuatu guarnan atau prosiding terletak pada orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan diberi oleh mana-mana pihak. MISALAN
(a)
A. mendakwa B. untuk mendapatkan tanah yang ada dalam milik B dan yang, sebagaimana ditegaskan oleh A, telah diberi kepada A menurut wasiat c., iaitu bapa B. Sekiranya tiada apa-apa keterangan diberi oleh mana-mana pihak, maka B. akan berhak memilikinya. Oleh yang demikian beban bukti terletak pada A.
(b)
A. mendakwa B. untuk mendapatkan wang yang kena dibayar atas suatu bon. Penyempurnaan bon itu adalah diakui, tetapi B. berkata bahawa penyempurnaan bon itu telah didapati secara fraud yang mana dinafikan oleh A. Sekiranya tiada apa-apa keterangan diberi oleh mana-mana pihak, A akan berjaya oleh kerana bon itu tidak dipertikaikan dan fraud itu tidak terbukti. Oleh yang demikian, beban bukti terletak pada B.
36
103.
Beban bukti mengenai fakta tertentu. Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah mempercayai ten tang adanya fakta itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu. MISALAN
104.
(a)
A. mendakwa B. kerana mencuri dan berkehendakkan mahkamah mempercayai bahawa B. telah mengaku kepada C. yang dia telah mencuri. A. mestilah membuktikan pengakuan itu.
(b)
B. berkehendakkan mahkamah mempercayai bahawa pada masa berkenaan itu dia berada di suatu temp at lain. Dia mestilah membuktikannya.
Beban membuktikan fakta yang dikehendaki dibuktikan supaya keterangan boleh diterima. Beban membuktikan sesuatu fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai sesuatu fakta lain, terletak pada orang yang hendak memberi keterangan itu. MISAlAN
(a) A. hendak membuktikan suatu akuan nazak yang dibuat oleh B. A. mestilah membuktikan kematian B. (b) A. hendak membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah hilang. A. mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.
105.
Beban membuktikan bahawa kes tertuduh termasuk dalam kecualian. Apabila seseorang dituduh at as sesuatu kesalahan, beban membuktikan adanya hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am Kanun Keseksaan, atau dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain Kanun itu, atau dalam mana-mana undang-undang yang mentakrifkan kesalahan itu, terletak pada orang itu, dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut itu sebagai tidak ada. MISAlAN
(a) A. yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab akalnya tak sempuma dia telah tidak mengetahui keadaan perbuatannya itu. Beban bukti terletak pada A.
37
(b) A. yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab provokasi besar dan mengejut dia telah tidak dapat mengawal dirinya. Beban bukti terletak pada A. (c) Seksyen 325 Kanun Keseksaan ada memperuntukkan bahawa barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah hendaklah dikenakan hukuman-hukuman tertentu. A. dipertuduh menyebabkan cedera parah dengan sengaja di bawah seksyen 325. Beban membuktikan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam seksyen 335 terletak pada A.
106.
Beban membuktikan fakta yang diketahui khas. Apabila sesuatu fakta itu diketahui khas oleh seseorang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya. MISAlAN
(a) Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu tujuan yang lain daripada tujuan yang dibayangkan oleh jenis dan hal keadaan perbuatan itu, Beban membuktikan tujuan itu terletak padanya. (b) A. dipertuduh menaiki keretapi tanpa tiket. Beban membuktikan yang dia mempunyai tiket terletak padanya.
107.
Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun. Apabila soalnya ialah sarna ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalarn masa tiga puluh tahun, beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang menegaskannya.
108.
Beban membuktikan bahawa orang yang telah tidak didengari apa-apa khabar selama tujuh tahun masih hidup. Apabila soalnya ialah sarna ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.
109.
Beban bukti mengenai pertalian dalam kes-kes pekongsi, tuan tanah dan tenan, prinsipal dan ejen. Apabila soalnya ialah sarna ada orang-orang itu adalah pekongsi, tuan tanah dan tenan, atau prinsipal dan ejen, dan telah dibuktikan bahawa mereka telah bertindak sedernikian, beban membuktikan bahawa mereka masing-masing tidak mempunyai pertalian atau telah terhenti daripada mempunyai pertalian an tara satu sarna lain, terletak pada orang yang menegaskannya.
38
110.
Beban bukti mengenai keempunyaan. Apabila soalnya ialah sarna ada seseorang adalah pemunya apa-apa benda yang dibuktikan sebagai ada di dalam rniliknya, beban membuktikan yang dia bukan pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.
111.
Bukti ketulusan dalam transaksi-transaksi jika satu pihak berada dalam hubungan kepercayaan aktif. Jika ada soal tentang ketulusan sesuatu transaksi antara pihakpihak, satu daripadanya berada dalam kedudukan kepercayaan aktif dengan pihak yang satu lagi itu, beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada pihak yang berada dalam kedudukan kepercayaan aktif itu. MISALAN
(a) Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang klien kepada peguamnya dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh klien itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada peguam itu. (b) Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang anak yang baharu cukup umur kepada bapanya dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh anaknya. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada bapanya.
112.
Kelahiran dalam masa perkahwinan adalah bukti muktamad tentang kesahtarafan. Fakta bahawa seseorang telah dilahirkan dalarn masa ibunya masih meneruskan perkahwinannya yang sah dengan seseorang lelaki, atau dalam masa dua ratus lapan puluh hari selepas perkahwinan itu dibubarkan ibunya masih belum berkahwin lagi hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa orang itu adalah anak sahtaraf lelaki tersebut, melainkan jika boleh dibuktikan bahawa pihak-pihak yang berkahwin itu tidak mempunyai akses antara satu sarna lain pada bila-bila mas a jua pun yang boleh melahirkannya.
113.
Anggapan bahawa budak lelaki yang berumur di bawah 13 tahun tak berupaya melakukan rogol. Maka hendaklah menjadi suatu anggapan undang-undang yang tak boleh dipatah bahawa seseorang budak lelaki yang berumur di bawah tiga belas tahun tak berupaya melakukan ragol.
114.
Mahkamah boleh menganggap kewujudan sesuatu fakta tertentu. Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah memberi pertimbangan terhadap perjalanan biasa peristiwa alam, kelakuan manusia dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta-fakta mengenai hal tertentu itu.
39
Mahkamah boleh menganggap(a) bahawa seseorang yang ada dalam miliknya barang-barang curi selepas sahaja barangbarang itu dicuri adalah pencuri barang-barang itu ataupun telah menerima barang-barang itu dengan mengetahuinya sebagai barang-barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang itu berada dalam miliknya;
(b) bahawa seseorang rakan sejenayah sememangnya tidak boleh dipercayai melainkan jika disokong oleh butir-butir material; (c) bahawa sesuatu bil pertukaran yang telah diterima at au diendors telah diterima at au diendors bagi balasan yang cukup; (d) bahawa sesuatu benda atau keadaan benda adalah masih wujud jika ianya dibuktikan sebagai wujud dalam tempoh yang lebih singkat daripada tempoh yang benda at au keadaan benda itu biasanya terhenti wujud; (e) bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah disempuma- ~ kan menurut peraturan; (f) bahawa perjalan biasa urusan telah diikuti dalam hal-hal tertentu; (g) bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi manfaat kepada orang yang mengemukakannya; (h) bahawa jika seseorang enggan menjawab sesuatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawab di sisi undang-undang, jawapannya jika diberi tidak akan memberi manfaat kepadanya; (i) bahawa apabila sesuatu dokumen yang mewujudkan sesuatu tanggungan ada di dalam tangan orang yang menanggungnya, tanggungannya itu telah diselesaikan: Tetapi mahkamah hendaklah juga memberi perhatian kepada fakta-fakta berikut dalam menimbangkan sarna ada maksim-maksim itu boleh dipakai atau tidak bagi sesuatu kes di hadapannya: (i) mengenai misalan (a) - seorang pekedai ada di dalam tempat wangnya wang ringgit yang bertanda sejurus selepas wang itu dicuri dan dia tidak dapat menerangkan dengan tepatnya bagaimana wang itu ada dalam miliknya tetapi dia sentiasa menerima wang ringgit dalam perjalanan urusannya; (ii) mengenai misalan (b) - A., seorang yang berwatak terpuji, dibicarakan kerana menyebabkan kematian seseorang dengan suatu perbuatan cuai dalam mengatur suatu jentera. B., seorang yang sarna baik wataknya, yang juga mengambil bahagian dalam mengatur jentera itu, menerangkan dengan tepatnya apa yang telah dilakukan serta mengaku dan menghuraikan kelalaian bersama A. dan dirinya;
40
(iii) mengenai misalan (b) - suatu jenayah adalah dilakukan oleh beberapa orang. A., B. dan C., tiga orang daripada penjenayah itu, telah ditangkap di tempat berlakunya jenayah itu dan ditahan di tempat-tempat yang berasingan dari satu dengan lain. Tiap-tiap seorang menerangkan hal jenayah itu dengan memperlibatkan D. dan keterangan itu menyokong satu sarna lain dalam keadaan yang menunjukkan bahawa tidak mungkin sekali ada pakatan terlebih dahulu; (iv) mengenai misalan (c) - A., orang yang mengeluarkan suatu bil pertukaran, ialah seorang yang mahir dalam urusan pemiagaan. B., penerimanya, ialah seorang muda lagi tak berpengetahuan yang berada di bawah pengaruh A. sepenuhnya; (v) mengenai misalan (d) - adalah dibuktikan bahawa suatu sungai telah mengalir mengikut suatu aliran tertentu lima tahun dahulu, tetapi adalah diketahui bahawa banjir telah berlaku dalam masa itu, yang mungkin telah mengubah alirannya; (vi) mengenai misalan (e) - suatu tindakan kehakiman, yang keteraturannya menjadi soal, telah disempumakan dalam hal keadaan luar biasa; (vii) mengenai misalan if) - soalnya ialah sarna ada suatu surat telah diterima. Adalah ditunjukkan bahawa surat itu telah diposkan, tetapi perjalanan biasa pos telah terganggu oleh kekacauan; (viii) mengenai misalan (g) - seseorang enggan mengemukakan suatu dokumen yang ada kaitan dengan suatu kontrak yang tak begitu penting yang berasaskannya dia didakwa, tetapi dokumen itu mungkin juga melukakan perasaan dan mencemarkan reputasi keluarganya; (ix) mengenai misalan (11) - seseorang enggan menjawab suatu soalan yang dia tidak terpaksa menjawabnya di sisi undangundang, tetapi jawapan kepada soalan itu mungkin menyebabkan kerugian kepadanya dalam perkara yang tidak ada hubungan dengan apa yang ditanya; (x) tentang misalan (i) - suatu bon ada dalam milik orang yang menanggungnya, tetapi hal keadaan kes itu menunjukkan bahawa dia mungkin telah mencurinya.
---------------------------------------------------------Bahagian di atas telah di salin daripada Akta Keterangan 1950
41