KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN
NAFAS
KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)
1. NAMA Suatu dana yang dinamakan Kumpulan Wang Pendidikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diwujudkan di bawah kuasa Perkara 66 Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS pada tarikh 24hb. November, 2009. Kumpulan Wang ini berkuatkuasa pada tarikh ia didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang. 2. TAFSIRAN Di dalam kaedah ini melainkan perkataannya membawa makna lain:“Ahli” ertinya Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) yang layak dibawah Akta 109 dan Perlembagaan NAFAS. “Ahli Individu” ertinya ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). “Keluarga Ahli Individu” ertinya ibu, bapa, suami, isteri atau isteri-isteri , anak-anak kandung, anak-anak angkat kepada ahli-ahli individu yang sah disisi undang-undang. “AJK” ertinya Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang NAFAS yang mengurus dan mengawalselia Kumpulan Wang ini. “Bantuan” ertinya pemberian wang tunai atau benda melalui Kumpulan Wang ini kepada penerima yang layak mengikut kaedah 3(1). “Kaedah” ertinya kaedah mengurus dan mengawalselia Kumpulan Wang Pendidikan Ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).’ “Pendaftar” ertinya Pendaftar Pertubuhan Peladang. “Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Wang NAFAS. “NAFAS” ertinya Pertubuhan Peladang Kebangsaan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Peladang 1973(Akta 109) dan anak-anak syarikatnya.
11
KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN
NAFAS
3.PEMAKAIAN KUMPULAN WANG 1) Pemakaian Kumpulan Wang ini terhad kepada ahli individu dan keluarga ahli individu sahaja, walaubagaimanapun ianya ini tidak boleh dijadikan satu hak. 4.TUJUAN 1) Tujuan Kumpulan Wang ini adalah untuk mewujudkan dana serta memberi bantuan, galakan, atau anugerah kepada ahli individu dan keluarga ahli individu dalam:a) Yuran kemasukan tahun pertama ke IPTA/IPTS bagi program Diploma dan keatas. b) Bantuan yuran latihan mengikuti kursus secara akademik atau bukan akademik. c) Bantuan pemeriksaan kesihatan bagi kemasukan tahun pertama ke IPTA/IPTS mengikuti program diploma dan keatas. d) Lain-lain yang difikirkan sesuai oleh AJK Kumpulan Wang NAFAS tertakluk kepada perkara 3(1). 5. SUMBER KEWANGAN 1) Kumpulan Wang ini boleh menerima sumbangan dari:a) b) c) d)
Peruntukan Keuntungan Bersih Tahunan NAFAS. Sumbangan kerajaan. Sumbangan swasta. Sumbangan ahli, bukan ahli dan lain-lain.
6. AKAUN 1) NAFAS hendaklah membuka dan menyelenggara suatu rekod akaun yang berasingan bagi Kumpulan Wang ini. Suatu akaun bank yang berasingan boleh diwujudkan jika perlu. 2) Jika suatu akaun bank berasingan dibuka, tandatangan pengendali akaun ini hendaklah sama dengan tandatangan pengendali akaun bank NAFAS. 3) Tahun Kewangan Kumpulan Wang ini hendaklah bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember setiap tahun. 4) Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah disatukan dan diaudit sebagai akaun NAFAS setiap tahun.
12
KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN
NAFAS
7. JAWATANKUASA KUMPULAN WANG NAFAS 1) Kumpulan Wang ini hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah terdiri daripada:a)
Seorang Pengerusi terdiri dari salah seorang Jemaah Pengarah NAFAS dan
b)
Tiga (3) orang ahli yang dilantik daripada Pengurusan NAFAS.
c)
Seorang Setiausaha yang dilantik dari kalangan Pengurusan NAFAS.
2) Tempoh perkhidmatan AJK ini hendaklah tidak lebih dua tahun. AJK ini hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah NAFAS selepas dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS pada tahun itu. 3) AJK ini hendaklah tamat perkhidmatannya pada tarikh dan masa tamatnya tempoh perkhidmatan Jemaah Pengarah yang melantik AJK ini atau diputuskankan oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah. 4) AJK ini akan memantau perbelanjaan Kumpulan Wang ini dan membuat laporan kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah NAFAS.
8. KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN 1) Ahli individu yang sah keahliannya dan telah menjadi ahli tidak kurang dari satu tahun genap. 2) Bagi suami, isteri dan keluarga masing-masing menjadi ahli individu, hanya satu bantuan diberikan atas keahlian mereka bagi setiap satu kelayakan bantuan. 3) Tempoh masa memohon derma ini ialah 3 bulan dari berlakunya peristiwa yang membolehkan tuntutan dibuat. 4) Tuntutan ke atas tabung ini bukanlah hak mutlak ahli tetapi sumbangan ikhlas daripada NAFAS. 5) Tertakluk kepada lain-lain Kumpulanwang NAFAS.
syarat
yang
diwajibkan
oleh
Jawatankuasa
6) Tidak sengaja enggan atau cuai membayar hutang NAFAS seperti perjanjian pinjaman.
13
KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN
NAFAS
9. BENTUK DAN NILAI BANTUAN 1) Bantuan boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai atau benda. 2) Jemaah Pengarah NAFAS boleh mengubah nilai wang tunai atau bentuk bantuan berdasarkan keupayaan dan kesesuaian. 3) Jemaah Pengarah NAFAS boleh membentuk satu skop dan nilai bantuan berdasarkan keupayaan serta kemampuan Kumpulan Wang ini. 10. KUASA MENENTUKAN AMAUN DAN MELULUSKAN. 1) Kuasa menentukan nilai serta meluluskan bantuan dari Kumpulan Wang terletak kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah NAFAS. Walaubagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Pengarah boleh mewakilkan kuasa meluluskan bantuan ini kepada Jawatankuasa Kumpulan Wang NAFAS dengan menetapkan nilai maksimum. 2) Sehingga lapan puluh peratus dari amaun yang diperuntukkan pada tahun itu bolehlah dibelanjakan pada tahun itu juga.
11. PERTIKAIAN 1) Sebarang pertikaian hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS untuk penyelesaian. 2) Jika Mesyuarat Jemaah Pengarah NAFAS tidak dapat menyelesaikan pertikaian tersebut hendaklah dirujuk kepada Pendaftar. 12. LAIN-LAIN 1) NAFAS boleh membayar elaun kepada semua AJK ini mengikut perkara 50(1) Perlembagaan NAFAS kecuali empat (4) AJK yang terdiri daripada Pengurusan NAFAS. 2) Semua permohonan bantuan Kumpulan Wang ini hendaklah menggunakan Borang Kw3-di lampiran berikutnya. 3) Mesyuarat Jemaah Pengarah NAFAS berhak membekukan pelaksanaan Kumpulan Wang ini sekiranya kewangan NAFAS dan kewangan Kumpulan Wang ini tidak lagi mampu memenuhi tujuan-tujuan penubuhan.
14
KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN
NAFAS
Kaedah ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS pada 24 November, 2009 dan disahkan oleh:Tandatangan:
Dato’ Sri Hj. Abd. Rashid bin Abd. Rahman Dato’ Hj. Zainal bin Dahalan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah
Dato’ Hj. Badri bin Yunus Ahli Jemaah Pengarah
Diluluskan dan didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 7 Mei 2010.
15