CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
01
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja mungkin terlibat di dalam kegiatan seperti pembersihan, untuk ____ A. mencegah pekerja dari tercedera oleh objek yang terjatuh atau bahaya tersandung. B. menunjukkan kehadiran mereka. C. untuk menarik hati pengunjung. D. untuk menyibukkan diri mereka.
02
Apabila anda nampak kimia tertumpah, anda sepatutnya ____. A. laporkan kepada penyelia dan bersihkan tumpahan hanya dengan pengawasan. B. berhenti bekerja dan tidak buat apa-apa C. laporkan kepada Kementerian Tenaga Manusia D. laporkan kepada pengawal keselamatan
03
Apabila notis Permit untuk Kerja tidak ditampal di perancah, anda sepatutnya _____. A. teruskan bekerja B. beritahu penyelia anda segera C. gunakan abah-abah keselamatan untuk melindungi diri anda D. hubungi Kementerian Tenaga Manusia
04
Kategori pekerja manakah yang dilindungi oleh Akta Pekerjaan? A. buruh B. pelajar-pelajar C. suri-suri rumah D. pesara-pesara
05
Yang mana satukah yang patut dilakukan segera jika jatuh sakit dan tidak boleh melaporkan diri ke tempat kerja? A. duduk di rumah dan tidur sepanjang hari B. pergi menonton wayang kerana anda berasa bosan C. pergi berjumpa doktor, dapatkan sijil perubatan yang sah kemudian beritahu majikan atau penyelia D. duduk di rumah dan suruh seorang rakan memberitahu majikan
Page 1 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
06
Mana satu kegiatan ialah tindakan yang selamat? A. Seseorang yang melakukan kerja kimpalan (welding) berdekatan dengan tong minyak. B. Seseorang yang memakai abah-abah (harness) dan mencangkuk pada penambat yang kukuh semasa bekerja di ketinggian lebih dari 2 meter. C. Seseorang yang bekerja di dalam parit yang digali sedalam 3 meter tanpa menupang (shoring). D. Seseorang yang membengkokkan 3 batang besi dalam satu masa menggunakan mesen pembengkok batang.
07
Dalam syarat permit kerja, manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BENAR? A. Seseorang pekerja asing boleh bekerja sebagai pekerja pembinaan pada hari biasa dan sebagai pekerja pembersihan pada hujung minggu. B. Seseorang pekerja asing boleh membuka perniagaan sendiri seperti membuka sebuah gerai makanan. C. Seseorang pekerja asing hanya boleh bekerja dalam bidang yang telah ditetapkan dalam kad permit kerja. D. Seseorang pekerja asing boleh mengambil sebuah kerja sambilan asalkan majikan beliau memberi keizinan.
08
Manakah di antara perkara berikut yang boleh mengakibatkan seseorang dihukum di bawah undang-undang Singapura? A. masuk kerja lewat B. mengambil cuti perubatan C. menetap di Singapura lebih lama daripada tempoh yang dibenarkan D. menolong polis menangkap seorang perompak
09
Apabila menjalankan pemeriksaan keselamatan, _____. A. adalah berguna untuk mempunyai senarai semakan. B. ia hanya diperlukan untuk memeriksa bahagian yang paling berbahaya di tempat kerja C. adalah penting untuk memeriksa perkembangan kerja dan mutu kerja D. ia adalah untuk mencari kesalahan pekerja
Page 2 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
10
Forklift ialah untuk ______. A. mengangkut orang B. mengangkat orang ke tingkat lebih tinggi C. mengangkat beban D. mengangkat beban dan orang sekali gus
11
Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BETUL? A. Seseorang pekerja asing boleh bekerja di Singapura hanya jika dia mempunyai kad permit kerja yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia sahaja. B. Seseorang pekerja asing boleh bekerja di Singapura hanya jika dia mempunyai pasport yang sah sahaja. C. Seseorang pekerja asing boleh bekerja di Singapura hanya jika dia boleh mencari sebarang majikan yang membayar gaji kepadanya sahaja. D. Seseorang pekerja asing boleh bekerja di Singapura tanpa sebarang syarat.
12
Sebagai sebahagian daripada program pengemasan yang baik, setiap pekerja hendaklah ____ pada akhir masa kerja. A. tinggalkan perkakas mereka di bangku kerja B. letakkan perkakas kembali di kabinet dan peti perkakas masing-masing C. kembalikan perkakas kepada penyelia mereka D. buang perkakas ke dalam tong sampah
13
Apakah perkara yang penting untuk diperiksa pada permit masuk? A. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja dan kesahan permit tersebut. B. Jenis alat pemadam api yang digunakan dan tarikh luputnya. C. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja. D. Jenis peralatan yang digunakan dan tarikh luputnya.
Page 3 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
14
Apakah denda bagi petugas kunci (lock attendant) kerana gagal merekodkan bacaan termometer setiap 4 jam di daftar petugas kunci di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja? A. Pesalah akan didenda S$2,000 bagi kesalahan pertama dan S$1,000 bagi kesalahan berulang. B. Pesalah akan didenda S$1,000 bagi kesalahan pertama dan S$2,000 bagi kesalahan berulang. C. Pesalah akan didenda S$1,000 bagi kesalahan pertama dan S$3,000 bagi kesalahan berulang. D. Pesalah akan didenda S$1,000 bagi kesalahan pertama dan S$1,500 bagi kesalahan berulang.
15
Mana satu kegiatan yang memerlukan Permit untuk Kerja? A. Pengemasan B. Berehat di tempat kerja. C. Bekerja di ruang sempit. D. Memakai Peralatan Perlindungan Peribadi.
16
Untuk mengelakkan kecederaan belakang semasa mengangkat simen seberat 10 kg, anda mesti ______. A. membongkok ke belakang untuk mengangkat beban itu B. mencangkung untuk mengangkat beban dan rapatkan beban pada badan anda C. minta gaji lebih sebelum mengangkat D. gunakan kren menara
17
Mana satu bukan peralatan perlindungan peribadi? A. Penyumbat telinga B. Pelitup Habuk C. Kasut Keselamatan D. Alat Pemadam Api
Page 4 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
18
Apakah amalan yang selamat bagi bekerja di perancah? A. Pakai kasut keselamatan hanya untuk kestabilan. B. Pastikan sebuah papan digunakan sebagai tempat pijak. C. Pakai topi hanya untuk perlindungan. D. Pastikan terdapat tag “selamat untuk digunakan” sebelum mula bekerja.
19
Dalam syarat permit kerja, manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR? A. Majikan anda tidak perlu membayar anda pada setiap bulan. B. Anda tidak perlu mendapat gaji anda pada setiap bulan kerana majikan anda boleh membayar anda bila permit kerja anda tamat tempohnya. C. Jika majikan anda tidak membayar anda dalam masa 7 hari selepas hari terakhir tempoh bayaran gaji anda, anda boleh menghubungi MOM untuk mendapatkan bantuan D. Majikan anda boleh menolak permintaan anda untuk memasukkan gaji anda kedalam akaun bank anda.
20
Salah satu sebab bagi pemeriksaan keselamatan ialah untuk memastikan pekerja-pekerja __. A. bekerja dengan baik bersama rakan sekerja mereka B. tidak membuang masa semasa bekerja C. memberikan perhatian semasa bekerja D. mematuhi peraturan keselamatan
21
Apakah tindakan yang patut diambil oleh Kementerian Tenaga Manusia selepas menerima notis kemalangan? A. Kementerian Tenaga Manusia akan menyiasat kemalangan itu untuk mencari kemungkinan sebab-sebabnya. B. Kementerian Tenaga Manusia akan menyerahkan notis itu kepada sebuah hospital yang terdekat dengan tempat kerja itu. C. Kementerian Tenaga Manusia akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai notis itu. D. Kementerian Tenaga Manusia tidak akan melakukan apa-apa tindakan.
Page 5 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
22
Sila rujuk kepada contoh kad permit kerja. Jika pekerja berkenaan mahu terus bekerja di Singapura selepas _____________, beliau mesti memperbaharui permit kerja beliau.
A. B. C. D.
23
Apa maksud tanda ini?
A. B. C. D.
24
16/06/2004 25/06/2004 25/06/2006 24/06/2006
Pertolongan cemas Alat pemadam api Tanda wajib Tanda waspada
Berapa kerap sepatutnya anda melakukan mesyuarat “toolbox” jika kerja-kerja itu melibatkan penggalian? A. Setiap hari, sebelum kerja dimulakan. B. Sekali setiap 6 bulan. C. Sebulan sekali. D. Setahun sekali.
Page 6 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
25
Mana satu bukan hak anda yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? A. Untuk meminta tempat berteduh semasa hujan lebat dan guruh. B. Untuk meminta bantuan perubatan jika rasa tidak sihat. C. Untuk meminta kerja lebih masa. D. Untuk melaporkan keadaan yang tidak selamat.
26
Mana satu berkemungkinan menyebabkan kecederaan tangan? A. Menggunakan penyapu untuk menyapu di kawasan kerja. B. Memotong dua batang besi teguh (reinforcement bar) pada masa yang sama. C. Kerja mengecat. D. Memakai peralatan perlindungan peribadi.
27
Apa yang patut anda lakukan jika akan ternampak keadaan yang tidak selamat semasa bekerja? A. Berhenti bekerja dan beritahu penyelia. B. Berdiam diri sebab anda tidak ada hak untuk berbuat apa-apa. C. Terus bekerja sekalipun terdapat kemungkinan risiko tercedera. D. Terus bekerja jika ada penyelia.
28
Apa itu ruang sempit? A. Sebuah kawasan yang tidak mempunyai peredaran udara semula jadi atau cahaya yang malap. B. Sebuah kawasan dengan banyak laluan masuk dan keluar. C. Sebuah kawasan dengan meter gas diletakkan untuk lebih daripada 24 jam. D. Sebuah kawasan di mana hanya seorang sahaja dibenarkan masuk.
29
Manakah di antara perkara yang berikut TIDAK AKAN mendatangkan hukuman di bawah undang-undang di Singapura? A. mengambil masa rehat tambahan selama 15 minit kerana matahari pada waktu tengah hari terlalu panas B. mengikut serta rakan sekerja untuk merusuh C. mabuk dan membuat bising di tempat awam D. memecah masuk sebuah rumah untuk mencuri barangan di dalamnya
Page 7 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
30
Apakah yang akan terjadi kepada seseorang pekerja asing jika beliau melanggar sebarang syarat permit kerja? A. Permit kerja beliau akan dibatalkan dan beliau akan diharamkan daripada memasuki Singapura B. Beilau berhenti bekerja selama 7 hari C. Beliau akan dilaporkan kepada pihak kedutaan negara asalnya D. Majikan beliau akan menghukumnya
31
Untuk mengelakkan penyakit kulit (dermatitis), pekerja hendaklah ___. A. memakai gogal keselamatan B. mengamalkan kebersihan peribadi yang baik C. menyapu losyen kulit D. memakai baju lengan panjang
32
Memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja di tempat tinggi ialah satu contoh ______ untuk bekerja dengan selamat di bawah hierarki kawalan. A. kawalan pentadbiran B. menggunakan peralatan perlindungan peribadi C. kawalan kejuruteraan D. penggantian
33
Jika jentara yang anda sedang gunakan rosak, anda sepatutnya ____. A. membaikinya sendiri B. berhenti bekerja dan laporkan kepada penyelia segera C. berpura-pura yang anda tidak menyedarinya D. berhenti bekerja dan tunggu
34
Pengemasan sepatutnya ____. A. dilakukan ikut suka pekerja B. dilakukan selepas diarahkan oleh penyelia C. dilakukan secara tetap D. dilakukan oleh majikan sahaja
Page 8 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
35
Jika seseorang pekerja tercedera di tempat pekerjaan, beliau harus ________ A. memastikan ia tidak menjejaskan pekerjaan beliau B. terus bekerja sehingga beliau tidak boleh bekerja lagi C. segera pulang ke rumah untuk berehat tanpa memberitahu majikan atau penyelia beliau D. memberitahu penyelia atau majikan beliau secepat mungkin dan segera mendapatkan rawatan perubatan
36
Mana satu ialah keadaan yang selamat? A. Papan kayu dan bahan-bahan dibiarkan di pinggir bangunan. B. Jentera dengan pengadang yang dipasang dengan betul. C. Laluan yang penuh dengan sampah yang dibuang di tepi laluan. D. Perancah menara tanpa tangga naik.
37
Apakah yang ditunjukkan di papan tanda ini?
A. B. C. D.
38
Amaran kepada pekerja mengenai bahaya elektrik. Amaran kepada pekerja mengenai lantai licin. Meminta pekerja memakai Peralatan Perlindungan Peribadi. Amaran kepada pekerja mengenai beban yang tergantung.
Pemacu mekanikal seperti takal (pulley) dan lubang sepatutnya diperiksa ____. A. hanya apabila anda mahu B. sebelum kerja dimulakan C. hanya bila ia rosak D. hanya bila ada penyelia
Page 9 of 10
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 1
39
Mana satu kenyataan yang paling tepat mengenai peranan dan tanggungjawab seorang pekerja untuk mengurangkan risiko di tempat kerja? A. Tidak buat apa-apa. B. Mematuhi prosedur kerja selamat syarikat. C. Melakukan pekerjaan mengikut suka hati. D. Perhatikan rakan sekerja melakukan perbuatan tidak selamat dan mengikut mereka.
40
Tanda ini bermakna ___.
A. B. C. D.
perlindungan kepala perlindungan telinga perlindungan tangan perlindungan dari jatuh
Page 10 of 10