ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AL-ZUHRI HADITS 1 MINGGU PERTAMA 03 Apr 2014 / 6.30 PTG – 9.30 MLM
SEJARAH KEMUNCULAN HADITS MAUDHU’
AMARAN NABI SAW AKAN PEMALSUAN HADITS • Rasulullah saw awal-awal telah memberikan isyarat kemunculan hadits palsu: • “Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadits yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah”.(HR Muslim) • Amaran Nabi saw dalam sebuah hadits dari al-Mughirah ra. :
ٍ ِ ِ ٍ ِ ﱠ ﻓَـ ْﻠﻴَﺘَﺒَـ ﱠﻮأْ َﻣ ْﻘ َﻌ َﺪﻩُ ِﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر، ب َﻋﻠَ ﱠﻲ ُﻣﺘَـ َﻌ ﱢﻤ ًﺪا ﺬ ﻛ ﻦ ﻣ ﺪ َﺣ أ ﻰ ﻠ ﻋ ب ﺬ ﻜ ﻛ ﺲ ﻴ ﻟ ﻲ ﻠ ﻋ ﺎ ﺑ ﺬ ﻛ ن إ َ َ َ َ َ َ َ َ ﱠ َ ْ َ َْ َ َ ً َ
Sesungguhnya berdusta kepadaku tidak sama dengan orang yang berdusta kepada orang lain. Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia bersiap-siap (mendapat) tempat duduknya di neraka.(HR Bukhari)
AMARAN NABI SAW AKAN PEMALSUAN HADITS • Rasulullah saw awal-awal telah memberikan isyarat kemunculan hadits palsu:
ِ ﻳ ُﻜﻮ ُن ِﰲ ِ ﻳﺄْﺗُﻮﻧَ ُﻜﻢ ِﻣﻦ اﻷَﺣ ِﺎد، د ﱠﺟﺎﻟُﻮ َن َﻛ ﱠﺬاﺑﻮ َن، ﺎن ِ آﺧ ِﺮ اﻟﱠﺰﻣ ، َوَﻻ آﺑَﺎ ُؤُﻛ ْﻢ، ِﲟَﺎ َﱂْ ﺗَ ْﺴ َﻤﻌُﻮا أَﻧْـﺘُ ْﻢ، ﻳﺚ َ َ َ ْ َ ُِ َ َ ِ َﻻ ﻳ، ﻓَِﺈﻳﱠﺎ ُﻛﻢ وإِﻳﱠﺎﻫﻢ َوَﻻ ﻳَـ ْﻔﺘﻨُﻮﻧَ ُﻜ ْﻢ، ﻀﻠﱡﻮﻧَ ُﻜ ْﻢ ُ ُْ َ ْ
• “Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadits yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah”.(HR Muslim) • Amaran Nabi saw dalam sebuah hadits dari al-Mughirah ra. :
ٍ ِ ِ ٍ ِ ﱠ ﻓَـ ْﻠﻴَﺘَﺒَـ ﱠﻮأْ َﻣ ْﻘ َﻌ َﺪﻩُ ِﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر، ب َﻋﻠَ ﱠﻲ ُﻣﺘَـ َﻌ ﱢﻤ ًﺪا ﺬ ﻛ ﻦ ﻣ ﺪ َﺣ أ ﻰ ﻠ ﻋ ب ﺬ ﻜ ﻛ ﺲ ﻴ ﻟ ﻲ ﻠ ﻋ ﺎ ﺑ ﺬ ﻛ ن َ َ َ َ َ َ َ َ َ َْ َ َ َ ْ إ ً َ ﱠ
Sesungguhnya berdusta kepadaku tidak sama dengan orang yang berdusta kepada orang lain. Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia bersiap-siap (mendapat) tempat duduknya di neraka.(HR Bukhari)
AMARAN NABI SAW AKAN PEMALSUAN HADITS • Allah berfirman,
ِ ﺼﻴﺒﻮا ﻗَـﻮﻣﺎ ِﲜﻬﺎﻟٍَﺔ ﻓَـﺘُﺼﺒِﺤﻮا ﻋﻠَﻰ ﻣﺎﻓَـﻌ ْﻠﺘُﻢ ﻧَ ِﺎد ِ َﻳﺎأَﻳـﱡﻬﺎ اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ ءاﻣﻨُﻮا إِن ﺟﺂء ُﻛﻢ ﻓ ِ ُﺎﺳﻖ ﺑِﻨَﺒٍﺈ ﻓَـﺘَﺒـﻴﱠـﻨُﻮا أَن ﺗ ﲔ ﻣ َ ََ ً ْ ُ َ َ َ َ ٌ ْ َ َ ََ َ ْ َ َ َ ُ ْ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat : 6) • Isyarat Nabi dalam Hadits-hadits Muslim dibawah ini:
ِ ِ ِ َ ﱢث ﺑِ ُﻜ ﱢﻞ َﻣﺎ َِﲰ َﻊ ﺪ ﳛ ن أ ، ﺎ ﺑ ﺬ ﻛ ء ﺮ ﻤ ﻟ ﺎ ْ ْ َ ُ َ َ ً ْ َ َﻛ َﻔﻰ ﺑ
Cukuplah bagi seseorang dianggap berdusta apabila menceritakan setiap apa yang ia dengar.
ِ ﻳﺚ ﻳـﺮى أَﻧﱠﻪ َﻛ ِﺬب ﻓَـﻬﻮ أَﺣ ُﺪ اﻟْ َﻜ ٍ ﱠث ﻋ ﱢﲏ ِﲝ ِﺪ ِ ﲔ ﺑ ﺎذ َ َ َ َ َﻣ ْﻦ َﺣﺪ َ َ ُ ٌ ُ َُ
Barangsiapa yang menceritakan dari aku, satu perkataan yang sangkanya dusta, maka dia adalah salah satu dari para pendusta.
SEJARAH BILA MUNCULNYA HADITS PALSU • Para ahli hadits berbeda pendapat dalam menentukan bila mulai terjadinya pemalsuan hadits. • Menurut Abd. Fattah Abu Ghuddah di dalam bukunya Lamahat Min Tarikh al Sunnah, permulaan pemalsuan hadits adalah pada sekitar tahun 40 Hijrah. Sebab utama yang memulakan pemalsuan ini ialah ketika terjadi pertelingkahan dan perselisihan yang bermula sejak Khalifah Uthman Bin Affan gugur syahid dibunuh oleh golongan pemberontak. • Hadits di atas tadi menggambarkan, adanya kemungkinan pada zaman Nabi saw telah terjadi pemalsuan hadits. • Menurut jumhur muhadditsin, bahwa hadits telah mengalami pemalsuan bermula sejak zaman khalifah Ali bin Abi Thalib, tepatnya setelah peristiwa Tahkim antara Ali ra dan Mu’awiyah ra.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS • Para ulama telah mengemukakan beberapa faktor pendorong kepada lahirnya haditshadits palsu, antaranya ialah : 1. Terjadinya Perpecahan para pengikut Ali ra menjadi tiga golongan: i. Golongan Khawarij : • Golongan Khawarij, merupakan arab badui gurun pasir yang kasar, bukan tergolong arab intelektual dan kurang memahami al-Quran secara benar, mereka maka mudah tertipu dengan lahir ayat sehingga salah dalam penafsiran ayat-ayat al-Quran. • Mereka yang menyalahkan Ali dan memandang penerimaan Ali ra dalam peristiwa tahkim sebagai suatu kekafiran. Mereka memvonis bahawa Ali dan sahabat-sahabatnya terkeluar dari Islam kerana tidak berhukum dengan hukum Allah swt. • Ibnu Jauzi dalam Muqaddimah kitab al-Maudhu’at meriwayatkan dari Ibnu Lahi’ah, katanya dia mendengar seorang syeikh Khawarij yang sudah bertaubat, mengatakan
ِ ِ ِ ِ ِ ْ ﱠ ﺻﻴﱠـ ْﺮﻧَﺎﻩُ َﺣ ِﺪﻳﺜًﺎ ا ﺮ َﻣ أ ﺎ ﻨ ـ ﻳ ﻮ ﻫ ا ذ إ ﱠﺎ ﻨ ﻛ ﺎ ﻧ ﺈ ﻓ , ﻢ ﻜ ﻳﻨ د ن و ﺬ ﺧ ﺄ ﺗ ﻦ ﻤ ﻋ ا و ﺮ ﻈ ﺎﻧ ﻓ ﻳﻦ د ﻳﺚ اﻷﺣﺎد ﻩ ﺬ إ ﱠن َﻫ ُ ُ ُ َ ُ ﱠ َ َ َ ُ َْ َ ُ ٌَ َ َ ً ْ َْ َ َ
Sesungguhnya hadits-hadits ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agamamu. Maka sesungguhnya kami, apabila kami inginkan sesuatu, kami jadikannya hadits.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS ii.
Golongan Syiah : • Golongan yang setia kepada Ali ra, menerima tahkim dan mereka mempunyai pendirian tersendiri dalam masaalah Imamah(kepimpinan) • Memalsukan hadits yang mendukung pendapat mereka seperti keutamaan Ali ra, wasiat imamah (pengganti Rasulullah saw) • Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya Al-Majruhin meriwayatkan dengan sanadnya Kholid bin Ubaid al-Ataki dari Anas ra dari Salman ra dari Nabi saw bahwasanya beliau berkata kepada Ali ra.
ِ ي وﺧﲑ ﻣﻦ أَﺗﺮك ﺑ ِ ﻮﺿﻊ ِ ﻫﺬا و ِﺻﻴﻲ وﻣ ﻌﺪي ﺮ ﺳ ﱢ َ ُ َ ُ ََ ََ َ
Inilah wasiatku tempat rahasiaku dan orang yang terbaik yang aku tinggalkan setelahku. Ibnu Hibban berkata tentang Kholid bin Ubaid, dia meriwatkan dari Anas bin Malik ra nuskhoh (kumpulan hadits yang palsu) orang yang tidak mengenal hadits pun tahu kalau dia palsu. (Majruhin 1: 279)
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS iii. Golongan Jumhur : • Golongan netral yang tidak mahu menyebelahi kedua pihak. Golongan ini ada yang mengikut Ali, ada yang mengikut Mu’awiyah dan ada sebahgiannya yang bebas, tidak mengikut sesiapa. A. Faktor Politik : • Bermula dari masaalah kekhalifahan sehingga mendorong masing-masing golongan membuat hadits-hadits palsu bagi menyokong golongan masing-masing. Memalsukan hadits tentang keburukan musuhnya • Imam Ibnu Adi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubbad bin Ya’kub Al-Hakam bin Sohir dari ‘Asim dari Dzar dari Abdullah ra dari Rasulullah saw berkata
إ َذا َرأَﻳﺘُﻢ ُﻣﻌﺎ ِوﻳﺔ َﻋﻠﻰ ِﻣ َﻨﱪي ﻓَﺎﻗْـﺘُـﻠُﻮﻩ
Apabila kamu melihat Mua’wiyah di atas mimbarku maka bunuhlah ia. • Dalam sanad hadits ini terdapat dua orang rawi pendusta iaitu Ubbad bin Ya’kub dan Al-Hakam bin Sohir.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS B. Faktor Fanatik(Ta’asub) Mazhab dan Asabiyah : • Pada khalifah dan pemimpin • Negeri • Bahasa • Mazhab • Bangsa • Perbedaan pendapat dalam masaalah fikih juga, memberi kontribusi dalam pemalsuan hadits. Para pengikut mazhab yang didorong sikap fanatik mazhabnya, samaada sedar ataupun tidak, akan mengeluarkan hadits bagi mempertahankan fahaman mazhab mereka. • Begitu juga, perselisihan pendapat mengenai sifat dan nama Allah, mengenai kerasulan, kitab, kebangkitan di hari akhirat, Qada’ dan Qadar dan lain-lain. Lahir kemudian beberapa mazhab mutakallimin seperti Qadariyyah, Murji’ah, Jahmiyyah, Mu’tazilah di samping Ahlu Sunah Wal Jama’ah. • Sikap Asabiyah yang condong kepada perkauman. Masing-masing membuat hadits untuk kepentingan kenegerian, bangsa, keluarga atau puak mereka sendiri.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS • Contoh : Sikap Asabiyah yang condong kepada perkauman
ِﻘﺎل ﻟَﻪ ﳏﻤﺪ ﺑِﻦ إِد ِرﻳﺲ ﻫﻮ أَﺿ ﱡﻞ ﻋﻠَﻰ أُﱠﻣ ِﱴ ِﻣﻦ إِﺑﻠ ِ ﻳَ ُﻜﻮ ُن ﰱ أُﱠﻣ ﻴﺲ َو ﻳَ ُﻜﻮ ُن ﰱ أُﱠﻣ ِﱴ َر ُﺟ ٌﻞ ﻳ ﻞ ﺟ ر ﱴ ُ ُ ْ َ ُ َ ُ ْ ُ ُ ُ َ َ ٌ َ َ ِ ﻘﺎل ﻟَﻪ أَﺑﻮ ﺣﻨِﻴ َﻔﺔَ ﻫﻮ اج أُﱠﻣ ِﱴ ﺮ ﺳ ُ َ َ ُ َ ُ ُ ُ ُﻳ Akan ada di antara umatku seorang lelaki yang dinamakan Muhammad Bin Idris, dia lebih memberi mudharat kepada umatku daripada iblis. Dan akan ada dari umatku orang yang dinamakan Abu Hanifah, dialah pelita umatku.
اﻟﻌ َﺠ ِﻢ َ ُب َﺳ َﺎدة ُ اَ َﻟﻌَﺮ
Orang Arab adalah penghulu bangsa Ajam • Golongan Asy-Syu’ubiyah yang fanatik terhadap bahasa Persia mengatakan:
ِ ﻀﺐ أَﻧﺰَل اﻟﻮﺣﲕ ﺑِﺎﻟﻌﺮﺑِﻴﱠ ِﺔ وإ َذا ر َ اﻟﻮ ْﺣ َﻲ ﺑِﺎﻟ َﻔﺎ ِرِﺳﻴﱠ ِﺔ ل ﺰ ـ ﻧ أ ﻲ ﺿ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ إ ﱠن اﷲَ إ َذا َﻏ
Apabila Allah murka, maka Dia menurunkan wahyu dengan bahasa Arab. Dan apabila senang, maka akan menurunkannya dengan bahasa Parsi
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS 2. Golongan Kaum Zindik • Mereka yang berpura-pura Islam tetapi sesungguhnya mereka adalah kafir dan munafiq yang sebenarnya. Mereka adalah kaum yang sangat hasad dan benci terhadap Islam dan bertujuan merusak Agama ini dari dalamnya, dengan berbagai macam cara. Diantaranya membuat hadits-hadits palsu banyak sekali. Lalu mereka tampil ditengah-tengah umat menyerupai Ulama, kemudian mereka sebarkan hadits-hadits buatan mereka dengan memakai nama Nabi saw. Tujuan mereka adalah untuk merusak syari’at dan mempermainkan Agama Allah sekaligus menanamkan keraguan (tashqik) di hati kaum Muslimin khususnya masyarakat awam. • Berkata Hammad bin Zaid(190H) seorang Tabi'ut Tabi'in besar : "Kaum Zindiq telah memalsukan (hadits) atas (nama) Rasulullah SAW sebanyak 14,000 hadits”.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS • Ketika Abdul Karim bin Abi "Awjaa', salah seorang zindiq ditangkap dan akan dipenggal kepalanya oleh Muhammad bin Sulaiman Al-Abbaasiy (seorang pemimpin Basrah pada zaman khilafah Al-Mahdi, pada tahun 160 lebih), maka tatkala Abdul Karim telah yakin akan dibunuh, ia berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya aku telah memalsukan pada kamu sebanyak empat ribu hadits palsu, aku haramkan padanya yang halal dan aku telah halalkan (perkara) yang haram. • Begitu juga Muhammad bin Said Asy-Syamiy Al-Maslub (yang mati disalib karena zindiqnya oleh Abu Ja'far Al-Manshur). Zindiq ini juga telah memalsukan hadits sebanyak 4 ribu hadits. Telah berkata Imam Nasa'i di akhir kitabnya "Adl-Dlua'afa' wal Matrukiin" (halaman 310) : "Para pendusta yang terkenal telah memalsukan hadits Rasulullah saw, ada empat orang : Ibnu Abi Yahya di Madinah, Al-Waqidiy di Baghdad, Muqotil bin Sulaiman di AlKhurasan dan Muhammad bin Said di Syam yang terkenal dengan (sebutan) Al-Mashlub (orang yang mati di salib).
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS 3. Faktor kecenderungan mengajak manusia kepada kebaikan seperti : A. Ahli Bid’ah • Terdapat golongan yang sesat menyangka bahawa hadits boleh direka untuk menarik manusia kepada ibadat. Golongan zuhhad bertujuan mendorong dan merangsang umat supaya mendekatkan diri kepada Allah dan beribadat kepadanya, telah mencipta hadits-hadits palsu bagi tujuan tersebut disebabkan kejahilan dan kecuaian mereka tentang Islam. • Ini termasuklah hadits-hadits mengenai kelebihan surah-surah al-Quran, ibadat seperti solat sempena hari tertentu (Asyura) dan malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidul Fitri dan siangnya dan juga hadits-hadits yang mendorong manusia melakukan kerja taat, zuhud, berakhlak mulia serta amalanamalan terpuji. • Termasuk juga dalam golongan ini ialah hadits-hadits berkaitan doa ‘Ukkasyah, Kanzul ‘Arasy, doa nisfu syaaban, doa awal dan akhir tahun. Begitu juga banyak buku-buku aliran sufi, kisah para nabi, tafsir al-Quran, kitab Targhib dan Tarhib yang memuatkan hadits-hadits palsu.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS B. Ahli Sufi yang keliru/sesat • Golongan sufi banyak terlibat dengan perbuatan dan pengamalan haditshadits palsu mengenai keutamaan surah-surah al-Quran, satu persatu yang diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab. Ibn Solah mencatatkan dalam kitabnya alIsrailiyat wal Maudhu’at fi Kutub at-Tafasir tentang kajian teliti yang dibuat oleh Mu’ammal bin Ismail tentang satu hadits yang diriwayatkan oleh beberapa syeikh dan akhirnya menemui syeikh dari sekumpulan sufi bertanyakan siapakah yang meriwayatkan hadits tersebut lalu syeikh itu menjawab, “Tiada sesiapa pun yang meriwayatkan hadits ini kepada-ku, tetapi kami telah melihat manusia telah jauh daripada al-Quran lantas kami buatlah hadits ini untuk mereka bagi memalingkan hati mereka kepada alQuran”.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS 4. Faktor Kepentingan Duniawi : A. Ulama yang melobi para Pemerintah • Ada ulama ingin mengambil hati pemerintah dan mendekatkan diri dengan penguasa. Ulama seperti ini dipanggil ulama as-Su’ iaitu ulama jahat atau ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah. B. Munculnya Para Qushshosh • Iaitu golongan pembuat hadits palsu yang ingin mempengaruhi orang awam dengan meriwayatkan hal-hal yang pelik-pelik untuk mendapatkan pengaruh atau wang. • Contoh : Para Penglibur lara yang mencari rezeki melalui bercerita dengan menyandarkan cerita mereka kepada Rasulullah seperti hadits, “Sesiapa yang mengucapkan kalimah ﻻ اﻟﮫ اﻻ ﷲ, maka Allah akan menciptakan untuknya bagi setiap perkataan seekor burung yang mempunyai muncung daripada emas dan bulunya daripada permata mutiara.” • Salah seorang dari mereka dikenali sebagai Maisarah bin Abd Rabbah. Beliau ditanyakan dari manakah diambil hadits ini? Jawabnya, “Aku menciptakannya untuk menggalakkan manusia kepadanya.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS C. Orang-orang yang mencari rezeki • Demi melariskan jualan barangan, peniaga sanggup mencipta hadits palsu menunjukkan kebaikan barang tersebut seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Hajjaj al-Lakhamiy mencipta hadits menunjukkan keistimewaan sejenis bubur yang kononnya diriwayatkan oleh Huzaifah dengan Rasulullah bersabda, “Jibril telah memberikan saya bubur harisah untuk menguatkan dengannya belakang saya untuk mengerjakan qiyamulail.”. D. Kepentingan Peribadi • Muhammad bin Abd Malik al-Ansari seorang yang buta telah mencipta sebuah hadits demi kepentingan peribadinya dengan menonjolkan kelebihan memandu orang buta. Beberapa pereka hadits berbentuk ini termasuklah Sa’ad bin Tariq alIskaf dan Nafi’ bin al-Harith Daud al-A’ma. E. Mematahkan hujah lawan dan menguatkan alasan sendiri dalam debat dan diskusi F. Orang-orang yang mencari nama dan kemasyhuran.
Ciri-ciri Hadits Maudhu’ dari sudut Matan Hadits • Al-Imam Ibn Jauzi meletakkan panduan asas untuk menilai hadits Maudhu’ :
إذا رأﻳﺖ اﳊﺪﻳﺚ ﻳﺒﺎﻳﻦ اﳌﻌﻘﻮل أو ﳜﺎﻟﻒ اﳌﻨﻘﻮل أو ﻳﻨﺎﻗﺾ اﻷﺻﻮل ﻓﺎﻋﻠﻢ أﻧﻪ ﻣﻮﺿﻮع Apabila engkau melihat sesebuah hadith yang menyanggahi logika, atau menyalahi manqul(Al-Quran) atau bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ketahuilah bahawa ianya hadits palsu. (Pen. Ibnu Jauzi w. 597H) Beberapa contoh seperti : 1. Makna hadits yang rancu, tidak masuk akal. Seperti hadits palsu yang berbunyi “Seandainya beras itu orang, niscaya dia sosok yang bijak, tidak dimakan oleh orang kecuali akan mengenyangkan.” Redaksi hadits tersebut dianggap tidak mencerminkan kedalaman makna yang biasa diungkapkan pada hadits nabawi.
Ciri-ciri Hadits Maudhu’ dari sudut Matan Hadits 2. Bertentangan dengan nash Al-Qur’an. Seperti hadits maudhu’ yang dibuat oleh penyembah berhala, “Seandainya seseorang berbaik sangka terhadap batu niscaya batu itu akan memberikan manfaat baginya.” Pertentangannya dengan ajaran Islam, bahwa batu tidak akan boleh memberikan manfaat dengan sendirinya. Atau hadits maudhu’, “Anak yang lahir dari hubungan zina tidak akan masuk surga tujuh keturunan.” Hadits ini bertentangan dengan ajaran Islam bahwa seseorang tidak akan mewarisi dosa dari orang lain. 3. Bertentangan dengan akal sehat. Seperti hadits maudhu’, “Pakailah cincin akik, karena bercincin akik dapat menghindarkan dari kefakiran.” Hal tersebut tidak dapat diterima oleh akal, karena fakirnya seseorang tidak ada hubungannya dengan menggunakan cincin akik. 4. Bertentangan dengan ilmu kesehatan. Beberapa hadits maudhu’ yang menjelaskan tentang khasiat dari makanan tertentu, seperti, “Terong obat segala penyakit”. Padahal hingga saat ini belum ada yang dapat membuktikan tentang pernyataan tersebut.
Ciri-ciri Hadits Maudhu’ dari sudut Matan Hadits 5. Berisi ganjaran pahala yang besar atas perbuatan yang sederhana. Seperti hadits maudhu’ tentang pahala puasa sunnah, “Barang siapa berpuasa sunnah sehari maka ia akan diberi pahala seperti melakukan seribu kali haji, seribu umroh, dan mendapat pahala nabi Ayyub.” Meskipun puasa sunnah memang mendapatkan pahala, namun pastinya tidak akan mungkin menandingi pahala seorang Nabi. 6. Berisi sanksi yang berat atas kesalahan yang kecil. Seperti contoh hadits maudhu’, “Barang siapa makan bawang pada malam juma’at, maka ia akan dilempar ke neraka hingga ke dalaman tujuh puluh tahun perjalanan.” 7. Berisi tentang permasalahan besar namun tidak diriwayatkan kecuali oleh seorang saja. Hadits maudhu’ tentang pemilihan pemimpin Islam seperti, “Ali adalah orang yang aku wasiati (untuk memimpin).” Padahal tidak ada sahabat yang memilih pemimpinnya berdasarkan sebuah hadits yang menyebutkan nama seorang secara jelas. Mereka menentukan pemimpin berdasarkan sebuah musyawarah dan muafakat.
Ciri-ciri Hadits Maudhu’ dari sudut Perawi Hadits 1. Pengakuan dari orang yang memalsukan hadits. Seperti pengakuan Abi ‘Ishmat Nuh bin Abi Maryam, yang digelari dengan Nuh Al-Jami’, bahwasannya ia telah memalsukan hadits-hadits atas Ibnu ‘Abbas tentang keutamaan-keutamaan Al-Qur’an surat per surat; dan seperti juga pengakuan Maisarah bin Abd Rabbih Al-Farisi bahwasannya ia telah memalsukan hadits tentang keutamaan Ali sebanyak tujuh puluh hadits. (Gelaran al-jami’ membawa maksud dalam dirinya tershimpun semua kebaikan. Nuh bin Abi Maryam seorang yang banyak melakukan amal ibadah. Boleh dikatakan semua kebaikan ada pada dirinya kecuali kebenaran. Ini kerana dia dengan sewenang-wenang menyandarkan sesuatu perkara atas nabi). 2. Adanya indikasi pada perawi yang menunjukkan akan kepalsuannya, misalnya seorang perawi Rafidlah dan haditsnya berisi tentang keutamaan ahlul-bait.
FAKTOR MUNCULNYA PEMALSUAN HADITS • Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi menyenaraikan tidak kurang daripada 30 orang tokoh utama golongan ini, termasuklah yang disebut di awal. • Al-Imam an-Nasa’i menyebut 4 orang pembohong yang masyhur pembuat hadits iaitu, Ibn Abi Yahya di Madinah, al-Waqidi di Baghdad, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa’id al-Mashhlub di Syam. Para ahli hadits mengatakan al-Juwaibari, Ibn ‘Ukkasyah dan Muhammad bin Tamim al-Faryabi masing-masing telah membuat 10,000 hadits maudhu’. • Terdapat tiga cara bagaimana mereka membuat hadits palsu iaitu i. Membuat hadits dengan lafaz sendiri, seperti hadits ( ﺣﺐ اﻟﻮﻃﻦ ﻣﻦ اﻻﳝﺎنcintakan tanah air sebahagian daripada iman), ii. Mengambil perkataan salafus soleh dan hukama’ disandarkan kepada nabi. iii. Perawi mengambil hadits dhaif sanadnya lalu dibuat sanad yang lain yang sahih supaya yang dhaif itu kelihatan sahih
Usaha Dalam Menjaga Kemurnain Hadits Nabi • Para Muhadditsin mula mengecek setiap rawi yang akan diterima haditsnya. • Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad ibnu Sirin(110H) seorang tabi’in, dia berkata Ahli hadits pada awalnya tidak bertanya tentang isnad maka takkala terjadinya fitnah, maka mereka mulai meminta
َﲰﱡﻮا ﻟَﻨَﺎ ِر َﺟﺎﻟَ ُﻜ ْﻢ ﻓَـﻴُـْﻨﻈَُﺮ إِ َﱃ أ َْﻫ ِﻞ اﻟ ﱡﺴﻨ ِﱠﺔ ﻓَـﻴُـ ْﺆ َﺧ ُﺬ َﺣ ِﺪﻳﺜُـ ُﻬ ْﻢ َوﻳـُْﻨﻈَُﺮ إِ َﱃ أ َْﻫ ِﻞ اﻟْﺒِ َﺪ ِع ﻓَ َﻼ ﻳـُ ْﺆ َﺧ ُﺬ َﺣ ِﺪﻳﺜُـ ُﻬ ْﻢ
Sebutkan orang-orangmu (yang kamu ambil hadits darinya) kalau ia dari AhlusSunnah dia ambillah dan kalau ia ahli bid’ah maka ditinggalkannya. • Berkata Abdullah Bin al-Mubarak :
ِ اﻹﺳﻨﺎد ِﻣﻦ ﻣﺎﺷﺎء ﺎء ﺷ ﻦ ﻣ ﻘﺎل ﻟ اﻹﺳﻨﺎد ﻻ ﻮ ﻟ ﻳﻦ اﻟﺪ َ َ َ َ َ َ
Sanad itu adalah sebahgian dari ad-Din, kalaulah tidak kerana sanad, sesiapapun akan berkata apa sahaja yang dia mahu.
Usaha Dalam Menjaga Kemurnain Hadits Nabi • Demi untuk menjaga keotentikan, kemurnian dan keaslian hadits-hadits nabi, maka disusunlah ilmu Hadits Dirayah dan ilmu Hadits Riwayah yang merangkumi beberapa landasan di antaranya: a. Mengharuskan perawi untuk mencantumkan sanad dalam periwayatan hadits. b. Diklasifikasikan hadits Sahih dan Maudhu’ secara berasingan kitab. c. Membuat kaidah-kaidah untuk mengetahui kepalsuan sebuah hadits. Kaidah-kaidah tersebut tersusun dalam sebuah disiplin ilmu al-Jarh wa Ta’dil. d. Adanya klasifikasi hadits berdasarkan kualitas maupun kuantitas sanadnya, serta kriteria yang digunakan untuk menentukan hal tersebut. e. Dilakukannya kodifikasi hadits dengan harapan dapat menjaga kemurnian hadits di kala banyaknya penghafal hadits yang wafat.
Kitab-Kitab Himpunan Hadits-Hadits Palsu • Kitab Al-Maudhu’at, karya Imam al-Hafidz abi al-Farj Abdurrahman ibn al-Jauziy. Merupakan buku pertama dan terpopuler yang membahas tentang hadits palsu. Namun, karya ini juga menuai banyak kritik akibat banyak hadits yang belum terbukti kepalsuannya, juga karena beliau juga memasukkan hadits hasan bahkan hadits sahih ke dalam buku ini. • Kitab Al-La ali’ al-Mashnu’ah fi al-Hadits al-Maudhu’ah, karya al-Hafidz Jalaluddin ash-Shuyuti. Merupakan revisi dari karya al-Jauziy sebelumnya. • Kitab Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Hadits al-Syani’ah al-Maudhu’ah, karya alHafidz abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Iraq al-Kanani. Kitab ini merupakan revisi dari kitab al-Jauziy. Dalam kitab ini, merevisi tiga hal dalam kitab sebelumnya, iaitu : hanya meletakkan hadits Maudhu’ yang disepakati oleh para ulama’ hadits kemaudhu’annya, meletakkan secara khusus hadits-hadits Maudhu’ yang belum disepakati kemaudhu’annya, serta menambahkan hadits-hadits Maudhu’ yang belum ada pada kitab sebelumnya. Selain itu, dalam kitab ini juga mencantumkan nama perowi yang menjadi pemalsu hadits • Silsilah Al-Ahadits Adl-Dha’ifah wal-Maudlu’ah, karya Al-Albani