22 TIPS MELANCONG KE USS
SENARAI KANDUNGAN
1.
Melancong Ke USS
2.
Semak Beberapa Bulan Awal Tiket Penerbangan Yang Murah
3.
Semak Beberapa Bulan Awal Currency Exchange Dan Tukar Waktu Yang Sesuai Di Malaysia
4.
Menginap Di Guesthouse
5.
Perkhidmatan Pengangkutan& Memandu Sendiri
6.
Sarapan + Bawa Roti + Air Mineral
7.
Restoran Halal Di USS
8.
Bawa Bekalan Ubat & Suplemen Untuk Kesihatan Anda
9.
Sediakan Pasport & Pen Hitam/ Biru
10.
Beli Tiket USS Melalui Agen
11.
Bawa Wang Yang Mencukupi
12.
Sediakan Payung
13.
Memakai Pakaian Yang Sesuai & Kasut Sandal Yang Berikat+ Bag Kecil
14.
Top-Up Telefon Anda Minimum RM 30
15.
Barang/ Makanan Yang Dilarang Bawa
16.
Beratur Dalam Satu Lorong
17.
Tidak Mahu Penat Beratur, Beli Tiket Express Pass
18.
Ambil Peta & Jadual Persembahan
19.
Pilihan Almari Untuk Simpanan Barang
20.
Nak Main Apa Dulu? Dua Tempat Permainan Yang Selalu Penuh
21.
Lokasi Surau Di USS
22.
Tandas Yang Ada Pili Air Di USS
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam hormat,
Alhamdulillah dengan IzinNya saya dapat berkongsi sedikit Tips Melancong ke Universal Studio Singapore (USS). Saya, Mohd Hafiz Mohamad menetap di Johor Bahru. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah atas usaha anda untuk download dan baca e-book ini.
Saya merupakan usahawan yang menyediakan perkhidmatan rumah tamu di sekitar JB, Kuantan, Kota Kinabalu, Melaka dan Kedah serta menyediakan pakej ke Singapura dari Johor Bahru. InsyaAllah saya akan kongsikan kepada anda 22 Tips Melancong Ke USS dalam ebook ini kepada anda.
Jika dilihat Singapura rasa macam mudah saja hendak pergi tetapi ramai yang belum pernah menjejakkkan kaki ke sana lagi dengan pelbagai halangan seperti:
a) Nak pandu kereta sendiri takut sesat sebab tak tahu jalan b) Tiada passport c) Penat nak drive sebab tercari-cari jalan yang tak biasa dilalui d) Tak Tahu Tempah Tiket USS di mana e) Nak tidur kat mana? Mahal f) Tak pasti tempat makan dan minum yang halal dan sedap
Tapi halangan itu semua boleh ditepis dengan persediaan yang rapi.
Tips utamanya ialah RANCANG. Ya, betul anda perlu merancang sebaik-baiknya dari A hingga Z iaitu dari hari anda pergi ke USS sehingga hari anda balik ke rumah. Anda mesti study betul-betul sebelum anda pergi melancong ke sana, selepas itu baru anda akan terasa betapa seronoknya melancong ke Singapura dengan percutian yang terancang dan program perjalanan yang tersusun.
Teruskan membaca ebook ini dan saya berharap anda akanmendapat banyak manfaat dari perkongsian saya ini.
Ikhlas, Mohd Hafiz Mohamad
1. MELANCONG KE USS
Di sini saya nak kongsikan 22 tips melancong ke USS yang saya sendiri praktikkan untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit saya semasa melancong.
Untuk makluman anda, USS dibuka pada pukul 10.00 pagi dan ditutup pada pukul 7 malam pada setiap hari.
2. SEMAK BEBERAPA BULAN AWAL TIKET PENERBANGAN YANG MURAH
Beli tiket penerbangan seawal mungkin dan pilih di luar waktu peak season/ hours.Saya galakkan anda beli tiket penerbangan secara online kerana ianya jauh lebih murah dan juga kebiasaanya waktu berlepas paling murah adalah pada LEWAT MALAM dan di AWAL PAGI kerana waktu tersebut tidak ramai orang berminat hendak beli jadinya kosnya lebih murah berbanding waktu-waktu lain.
Selain itu, anda perlu selalu alert dengan promosi-promosi dari pihak penerbangan.
3.
SEMAK BEBERAPA BULAN AWAL CURRENCY EXCHANGE DAN TUKAR
WAKTU YANG SESUAI DI MALAYSIA
Sila tukar dulu wang anda ke currency Singapore Dollars di Malaysia ya. Kalau boleh tukar duit siap-siap. Sebab kalau tukar di Singapura rugi. Jadi kalau tukar RM270, dapat lebih
kurang
$100
sahaja.
Kalau
tukar
di
Malaysia,
nilainya
adalah
lebih
menguntungkan.
Jangan tunggu saat-saat akhir buat tukaran. Tips saya ialah anda sebaiknya buat tukaran seawal mungkin di money changer (pengurup wang berlesen) kerana anda boleh mendapatkan lebihan nilai.
4.
MENGINAP DI GUESTHOUSE
Jika anda hendak melancong ke USS bersama keluarga yang ramai 5-10 orang, anda digalakkan menginap di Guesthouse. Saya galakkan juga anda tempah awal kerana kebiasaan kebanyakan Guesthousejugaakan penuh pada hujung minggu dancuti umum.Anda boleh membuat tempahan Guesthouse dari pihak kami di sekitar Johor Bahru.
5.
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN & MEMANDU SENDIRI
Menaiki Bas
Antara kemudahan pengangkutan yang termurah sekali adalah anda boleh menaiki bas dari Tune Hotel, JB. Bas akan bertolak seawal pukul 7.00 pagi dan balik semula ke
JBpukul 7.00 malam. Senang je, bas tu akan bawa anda terus ke basement parking USS dalam masa lebih kurang 45 minit sahaja. Anda akan tiba di USS dalam pukul 8 pagi. Pada masa itu, kebanyakan premis belum dibuka.USS dibuka pada pukul 10 pagi. Jadi dalam tempoh 2 jam itu anda boleh bergambar di sekitar kawasan USS.
Menyewa Kereta Bersama Pemandu
Selain itu, anda juga boleh menyewa kereta bersama pemandu jika anda datang dalam jumlah yang ramai dan tidak mahu bersesak menaiki bas. Pemanduakan mengambil anda pergi dan balik dari guesthoue atau hotel. Ini akanmenjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga anda. Untuk menyewa kereta sewa bersama pemandu anda juga boleh menghubungi pihak kami.
Jadi pada pandangan saya, jika ingin ke USS dan menikmati perjalanan yang lancar, lebih elok untuk anda menyewa kenderaan bersama pemandu atau menaiki bas sahaja.
PANDUAN PERGI SINGAPURA BAWA KERETA SENDIRI
Tetapi, ada juga yang merancang untuk ke USS menaiki kereta sendiri.Katanya lebih bebas dan mudah, betul ke? Terpulang sebenarnya pada cara masing-masing. Bagi yang tidak familiar dengan jalan-jalan di Singapura, pasti anda akan menghadapi kesukaran kerana jalan di Singapura tidak seperti jalan-jalan di Malaysia. Malah peraturannya yang sangat ketat dan pihak imigresen yang sangat teliti mungkin membuatkan anda tersangkut di mana-mana dan membuatkan perjalanan anda tidak lancar.
Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memandu masuk ke Singapura.Perlu ambil lesen antarabangsa ke? Kereta orang lain boleh bawa ke? Ok, ini jawapannya.
Untuk warga Malaysia, tiada halangan untuk anda memandu masuk ke Singapura dan lesen Malaysia anda sekarang boleh digunakan di sana. Kenderaan anda atau orang lain juga dibenarkan. Tetapi pastikan kenderaan tersebut tidaklah disenarai hitam untuk dipandu masuk ke Singapura.Kenderaan anda tersebut hendaklah mempunyai cukai jalan serta insuran yang masih sah. Tips – jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad..bebas cukai ERP.
Checkpoint imigresen Malaysia
Terdapat dua laluan untuk masuk ke Singapura dari Malaysia.Yang pertama ialah dari Tambak Johor (Woodlands) dan Link Kedua (Tuas).
Sebelum anda ke Singapura, anda perlu melepasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar Malaysia (BSI) dulu di Johor Bahru untuk ke Checkpoint Woodlands dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang untuk ke Checkpoint Tuas.
Di imigresen Malaysia, mereka hanya akanscan passport anda tanpa stamping. Jadi tiada apa-apa cop di muka surat passport. Kastam Malaysia jugak tidak check barangan yang anda bawa ke Singapura.
Checkpoint imigresen Singapura
Di imigresen Singapura, serahkan passport, kad pengenalan, dan borang kemasukan pelawat/ pelancong Disembarkation/ Embarkation Form For Visitors (lebih dikenali sebagai white card) yang telah siap diisi dengan lengkap. Kalau belum ada white card boleh minta di kaunter imigresen.Jikaboleh white card diisi lebih awal untuk mempercepatkan proses di imigresen Singapura. White card boleh didapati dari travel agent, hotel penginapan di Johor atau di kaunter imigresen.
Pegawai di kaunter imigresen akan scan passport dan cop white cardandadan akan diberi semula pada anda. Jangan hilangkan, Ini kerana white card ini perlu diserahkan semula bila andanak keluar dari Singapura nanti. Turunkan semua cermin tingkap. Pegawai imigresen akan baca nama pada passport dan lihat muka setiap orang yang ada dalam kereta.
Jika kenderaan anda merupakan PERTAMA KALI masuk ke Singapura dan tiada kadautopass, atau kereta anda telah mempunyai autopass tetapi kali terakhir anda masuk ke Singapura adalah sebelum anda memperbaharui cukai jalan terkini anda, maka
perlu
memasuki
pejabat
Penguasa
Pengangkutan
Darat
atau Land
Transportation Authority(LTA) yang terletak selepas kaunter imigresen dan sebelum laluan kastam, Singapura biasanya anda perlu masuk ke laluan merah kastam dan parkir kenderaan anda di kawasan parkir depan pejabat LTA.
Pastikan bahawa yang ke pejabat LTA adalah pemandu sahaja (penumpang lain sila duduk di dalam kereta atau boleh ke tandas, jika perlu) dan sila bawa lesen pemandu sekali. Juga jika anda ambil gambar cukai jalan kenderaan anda (jika ia tidak boleh ditanggalkan). Bawa geran dan nota lindungan insurans, mana tahu diminta.
Cari kakitangan yang memakai baju ungu dan tanyakan yang anda ingin membeli Autopass iaitu VEP (Vehicle Entry Permit) dan anda akan dihendaki mengisi borang permohonan Autopass. Bayaran SGD10.00 dikenakan dimana SGD6.00 adalah untuk cas perkhidmatan dan SGD4.00 untuk cash card. Jumlah cas ini juga berlainan mengikut hari iaitu samada hari bekerja atau hujung minggu. Kad ini juga boleh digunakan sebagai pembayaran parking, tol dan sebagainya.
Selepas selesai dengan kaunter imigresen tadi, anda akan lalu pula check-point kastam Singapura. Di sini pemeriksaan memang ketat. Pegawai kastam akan letak kon di depan kereta, andaperlu keluar dari kereta dan buka bonet kereta. Mereka akan check bonet. Selepas ituanda kena tutup sendiri bonet kereta tersebut. Proses di imigresen Singapura selesai selepas bonet kereta dan dalam kereta diperiksa oleh pegawai kastam mereka.
AUTOPASS
Kad Autopass ialah Permit Masuk Kenderaan (Vehicle Entry Permit) ke Singapura yang dikeluarkan untuk nombor pendaftaran kenderaan tersebut sahaja dan tidak boleh dipindahkan ke kenderaan lain.
Kalau orang perlukan passport, kenderaan Malaysia pula perlukan Autopass. Pegawai tersebut akan minta kita pandu terus ke red lane (jalan merah) hingga sampai ke Blok B.
Kalau
dah
adaAutopass,
boleh
terus
masuk
ke green
lane (jalan
hijau). Autopass digunakan untuk membayar VEP fee, charge toll dan ERP (Electronic Road Pricing).
Di kaunter kastam Singapura ada slot machine. Kita kena masukkanAutopass ke dalam slot tu dan semua charge ERP ke, denda ke akan ditarik masa itu. Kena topup Autopass ni sebelum masuk ke check-point imigresen sebab top-up (tambah nilai) tidak boleh dibuat di sana. Kalau gunakan Autopass di tempat parkir dan kereta tiada alat IU, tunggu sehingga pengimbas LCD tulis "No IU detected. Please Insert your Autopass." Lepas tu baru masukkan kad Autopass atau kad CashCard.
Kesimpulannya, keperluan untuk kali pertama memandu masuk ke Singapura ialah:
1. Passport tempoh sah 6 bulan 2. Kad Pengenalan 3. White card 4. Geran kenderaan 5. Road tax 6. Salinan Insurans 7. Autopass 8. Isi penuh minyak kereta 9. GPS
Lebih baik kalau tak bawa kereta dari Malaysia. Ini kerana parking memang susah, dan mahal pula. Tambah pula kalau tak biasa dengan jalan-jalan di Singapura. Memanglah akan menyusahkan anda.
6. SARAPAN + BAWA ROTI + AIR MINERAL
Anda digalakkan untuk bersarapan terlebih dahuludi JB sebelum masuk ke Singapura kerana harga makanan dan minuman di sana agak mahal.
Memang telah dinyatakan hendak masuk ke USS tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar.Tetapi anda bolehmembawa air mineral dan sedikit biskut/ roti untuk mengalas perut semasa berada di sana. Tapi kalau anda hendak bawa bekalan makanan macam hendak berkelah, tidak boleh lah ya. Jika air mineral anda telah habis tidak perlu risau kerana banyak water dispenser di sediakan di dalam USS.
7. RESTORAN HALAL DI USS Semua restoran di USS TIDAK HALAL, kecuali di lima tempat ini sahaja. I. Mel’s Drive-In (Hollywood) II. Oasis Spice Cafe (Ancient Egypt) III. Friar’s (Far Far Away) IV. Goldilocks (Far Far Away) V. Marty’s Casa Del Wild Food Court (Madagascar)
8. BAWA BEKALAN UBAT & SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN ANDA
Anda hendak berjalan jauh, penat, penuh dengan aktiviti dan ada kemungkinan anda akan berkejar ke sana sini. Semestinya anda tidak mahu jatuh sakit semasa anda melancong bukan?Jadi jangan lupa minum air masak secukupnya, bawa multivitamin, atau ubat-ubatan anda supaya anda kekal bertenaga dan tidak diserang selsema atau jatuh sakit.
9. SEDIAKAN PASPORT & PEN HITAM/ BIRU
Pastikan tempoh tamat pasport anda adalah dalam jangka masa 6 bulan sebelum anda memasuki ke Singapura dan anda juga perlu bawa pen samada hitam/biru untuk memudahkan anda mengisi borang (white card) dan diisi dengan lengkap sebelum sampaidi Pejabat imigresen, Singapura.
10. BELI TIKET USSMELALUI AGEN
Untuk keselesaan, anda tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk beratur panjang di kaunter USS sekiranya anda mahu membeli tiket.Pihak kami memudahkan percutian anda di sana. Anda boleh menempah pembelian tiket USS dengan kami termasuk pakej pengangkutan dan penginapan. Sekiranya terdapat promosi voucher makanan, anda akan terima bersama-sama tiket tersebut.
11. BAWA WANG YANG MENCUKUPI
Anggaran untuk makan tengah hari (makanan + air) lebih kurang SGD$20 sahaja.Manakala, untuk pembelian cenderamata pula lebih kurang SGD$ (t-shirt) dan SGD$9 (keychain). Saya cadangkan anda sediakan bajet untuk cenderamata SGD$50 100.
12. SEDIAKAN PAYUNG
Saya galakkan anda membawa payung atau poco kerana di USS cuaca agak panas dan akan ada permainan yang membuatkan anda basah kuyup. Sekiranya anda tidak mahu membawanya pun tidak mengapa.Di USS ada dijual poco dengan harga lebih kurang SGD$4 sahaja.Tambahan, poco itu boleh dikatakan perlu semasa bermain
permainan di "Jurassic Park Rapids Adventure" dalam kawasan "The Lost World" (boleh rujuk peta). Anda akan basah kuyup juga nanti.
13. MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI & KASUT SANDAL
Bagi lelaki, anda boleh memakai tshirt dan berseluar jeans, slack dan bagi perempuan boleh memakai blouse atau kemeja mengikut keselesaan anda. Begitu juga dengan kasut.Saya sarankan anda memakai sandal dan yang tidak bertumit supaya kaki tidak melecet dan membataskan pergerakan kerana banyak aktiviti yang memerlukan anda berjalan dan berjalan.
14. TOP-UP TELEFON ANDA MINIMUM RM30
Sekiranya anda pengguna prepaid, pastikan nilai kredit anda berbaki minimum RM3050. Sebarang SMS yang keluar & masuk ke telefon anda akan ditolak kreditnya. Begitu juga dengan panggilan telefon.Jangan angkat panggilan yang masuk sekiranya tidak penting. Anda pasti akanmenyesal melihat baki kredit anda nanti, cepat sahaja habis seperti air sungai yang mengalir.
15.
BARANG/ MAKANAN YANG DILARANG BAWA
Berikut merupakan beberapa perkara yang DILARANG sama sekali untuk dibawa masuk ke Singapura : i) Gula-gula getah atau gula-gula yang ada unsur ‘gum’.
ii) Seorang hanya boleh bawa 1 kotak rokok sahaja. Kotak rokok itu perlulah dibuka plastiknya & dibuang
2 batang rokok. Dengan kata lain, seorang hanya boleh
membawa 18 batang dan ke bawah sahaja.
iii) Rokok elektronik & alat perhubungan walkie talkie juga dilarang untuk dibawa masuk.
16. BERATUR DALAM SATU LORONG
Semasa passport dicop terutamanya di imigresen Singapura, sekiranya anda berada dalam kumpulan anda, dinasihatkan untuk beratur dalam 1 lorong sahaja walaupun ada banyak lagi lorong lain. Ini untuk mengelakkan anda dan kumpulan anda daripada terlewat untuk mengecop pasport.Maklum sahaja, kecepatan setiap pegawai imigresen di setiap lorong itu berbeza-beza kerana ada yang cepat dan ada yang lambat.
17. TIDAK MAHU PENAT BERATUR, BELI TIKET EXPRESS PASS
Kebiasaannya ketika cuti umum, jumlah yang menempah tiket ke USS adalah paling ramai. Jadi, sekiranya anda mahu cepat, peranan express pass boleh digunakan. Express pass membolehkan anda untuk bermain tanpa perlu beratur panjang. Senang cerita potong Q la.Jimat masa & anda boleh habiskan semua permainan dengan cepat.Untuk hujung minggu pula kadang-kadang ramai, kadang-kadang tidak ramai.Situasi seperti ini tidak menentu.
Oleh itu, kami sarankan kepada anda untuk membeli express pass di USS sahaja. Express pass tidak semestinya dibeli di kaunter luar USS, malahan di dalam USS juga boleh. Kalau hari bekerja biasa, harganya perlu di tambah dalam SGD$30/person. Manakala hari cuti umum & hujung minggu perlu ditambah SGD$50/person.
18. AMBIL PETA & JADUAL PERSEMBAHAN
Selepas melepasi pintu USS, anda boleh mengambil pamplet Universal Studios Guide dan juga jadual persembahan yang terletak disatu rak khas. Lihat jadual persembahan tersebut & rancang dengan teliti perjalanan anda supaya anda tidak terlepas persembahan & permainan anda.
19. PILIHAN ALMARI UNTUK SIMPANAN BARANG
Sekiranya anda membawa beg kecil, jangan simpan di dalam almari di pintu masuk USS. Anda akan dikenakan bayaran sehari. Sentiasa bawa barang anda & simpan di “Ancient Egypt” (rujuk peta). Di situ, anda akan dikenakan 15 hingga 45 minit percuma. Selepas masa itu, anda akan dikenakan SGD $2 per jam.
20. DUA TEMPAT PERMAINAN YANG SELALU PENUH DENGAN CEPAT
Permainan di Transformers The Ride (Sci-Fi City), Jurassic Park, Rapids Adventure (The Lost World) antara permainan yang sentiasa penuh dengan cepat. Sehinggakan anda terpaksa beratur 30 hingga 60 minit untuk bermain permainan tersebut.Sekiranya anda sampai awal, pergi 2 tempat ini terlebih dahulu.Sekiranya anda sampai lewat sedikit, anda boleh teruskan untuk beratur dengan sabar, atau jadikan 2 tempat ini sebagai destinasi terakhir untuk dilawati.Kebiasaannya, waktu sekitar pukul 6 petang dan ke atas sudah berkurangan orang.
21. LOKASI SURAU DI USS
Terdapat surau di USS dan ianya terletak antara Ancient Egypt dan juga Roller Coaster Gallactica (Sci-Fi City).Surau tersebut hanya boleh memuatkan maksimum 7 orang dalam satu-satu masa.
22. TANDAS YANG ADA PILI AIR
Tidak ramai yang tahu, kesemua bilik air yang ada di USS, hanya ada 1 tandas sahaja yang ada pili air. Pilih tandas yang paling hujung sekali, sama ada tandas di hujung kiri atau di hujung kanan di dalam bilik air tersebut. Semestinya anda akan suka nanti dengan maklumat ini.
KESIMPULAN
Anda mesti merancang pelancongan anda terlebih dahulu untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit semasa anda melancong kelak.Ada banyak lagi tip-tip yang ingin saya kongsikan pada anda. Namun, di dalam ebook ringkas ini, hanya ini sahaja yang kebanyakan pelanggan kami banyak bertanya.
Untuk pertanyaan/perkembangan tentang perkara-perkara di bawah;
1) Tip-Tip Lain, 2) Info Berkenaan Uss, 3) Harga Tiket/ Pakej Ke Universal Studios Singapore, 4) Sebarang Promosi Voucher Oleh Uss, 5) Kereta Sewa Pandu Sendiri Atau Bersama Pemandu, 6) Guesthouse
Anda boleh ikuti dari masa ke semasa melalui emel saya nanti dan anda juga boleh hubungi saya seperti butiran di bawah ini. Semoga anda mendapat banyak info dari perkongsian saya ini. Selamat bercuti!
Mohd Hafiz Mohamad “Syoknya Melancong Ke USS” Whatsapp : +6018-775 1456 Email :
[email protected] Blog : http://www.pakejussmurah.com Blog : http://www.adamhomestay.com Facebook Fanpage : http://www.facebook.com/pakejussmurah Facebook Fanpage : http://www.facebook.com/adamstay