Keluaran Februari 2006
Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
Meraikan Hari Kebangsaan ke 22
Bangga kerana berada dalam gambaran lebih besar... BSP, BLNG, BST dan BSM bangga menjadi sebahagian daripada gambaran lebih besar pembangunan negara. Kami kongsikan pemandangan Salam mengenai upacara ini di MUKA TENGAH.
Liputanpenting Pengurniaan pingat
Sepuluh kakitangan BSP dan satu dari BLNG menerima PIKB. HALAMAN 3
Menghormati kakitangan lama
Kami menghargai sumbangan kakitangan lama BSP dan BLNG semasa Emblem MD. HALAMAN 5
Mengambil tindakan terhadap Kajiselidik Kakitangan Shell
Kumpulan IM mengambil tindakan atas susulan Kajiselidik Kakitangan Shell.HALAMAN 9
Penyunting - Azrina Taib (CEA/211) - 3375951 / Penolong Penyunting - Mohd Justin Satria bin Hj Mohd Jaapar (CEA/2110) - 3374184 / Gambar - James How (CEA/213) & Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/2131)
2 Salam, Februari 2006
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
KEPATUHAN CAMPURTANGAN SIKAP
Penekanan terhadap kepentingan keselamatan jalanraya DALAM usaha berterusan mereka menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei LNG Sdn Bhd (BLNG), Brunei Shell Tankers Sdn Bhd (BST) dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah melancarkan bersama Minggu Kesedaran Keselamatan Jalanraya dengan para kontraktor mereka dari 20-24 Februari 2006. Kemuncak Minggu Kesedaran Keselamatan Jalanraya itu ialah pameran tiga hari yang diadakan di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di Seria. Pameran dirasmikan oleh Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson. Diacara berkenaan Grahaeme mengulangi pesanan keselamatannya. “Keselamatan adalah keutamaan saya yang teratas. Ianya juga keutamaan utama keluarga-keluarga kita dan dengan demikian, juga mesti menjadi keutamaan utama di kalangan kakitangan dan para kontraktor kita.” “Kita telah mencipta rekod keselamtan terbaik dalam Kumpulan Shell tahun lalu dan mencapai lima juta jam Tanpa Hilang Masa Akibat Cedera. Ini merupakan pencapaianpencapaian besar dan kita mesti mempertahankannya dan mencapai prestasi lebih baik.” Minggu Kesedaran Keselamatan adalah tindakan susulan kepada kempen campurtangan tali keledar yang
PUSAT Kesihatan Panaga telah melancarkan Program Pengurusan Berat Badan pada 2 Februari 2006, sebagai sebahagian inisiatif program kesihatan kearah meningkatkan kesedaran dikalangan kakitangan tentang bahaya kegemukan dan kesannya terhadap kesihatan seseorang. Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Kesihatan Dr Peter Tay mengemukakan, “Pada 2003 dan 2004, kami telah menimbang berat badan kirakira 1,500 kakitangan kita, dan apa yang mengejutkan ialah dari 1,500 itu didapati 70% mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini adalah suatu yang membimbangkan bagi kami.” Program Pengurusan Berat Badan ini akan melibatkan tindakan-tindakan susulan
Minggu Kesedaran Keselamatan Jalanraya mendesak pengguna jalanraya untuk lebih bertanggungjawab apabila memandu dianjurkan bersama pada awal Januari tahun ini. Dari kempen berkenaan telah didapati sekitar 25% kakitangan BSP dan kontraktor-kontraktor tidak mematuhi penggunaan tali keledar. Para kontraktor BSP telah menyertai pameran bersama itu yang menunjukkan berbagai bahan berkaitan keselamatan jalanraya. Mereka terdiri daripada Mashhor Group of Companies, Schlumberger, Adinin Group, PTAS, Baker Petrolite, Megamas Training Centre, Syarikat Kejeruteraan Sistematik Sdn Bhd and Sahid. Ciri-ciri utama lain pameran itu termasuk tunjukcara alat ‘Convincer’. Alat ini menunjukkan kesan buruk terhadap seseorang yang tidak memakai tali keledar apabila kenderaannya dilanggar oleh sebuah kenderaan lain pada kelajuan sederhana. Satu tunjukcara secara langsung yang melibatkan skidpan juga ditunjukkan. Ia mempamerkan perbezaan antara jarak apabila membrek dalam keadaan jalanraya basah dan semasa kering.
Pusat Kesihatan Panaga lancarkan Program Pengurusan Berat Badan
Program ini melibatkan tindakan-tindakan susulan dengan para jururawat dan doktor
dengan para jururawat mengenai makanan serta susulan-susulan dengan para doktor. Program juga akan melibatkan bersenam lebih kerap dibawah penyeliaan pakar fisiologi senaman. Dr Tay seterusnya berkata, “Idea sebenarnya adalah untuk mendorong para kakitangan keseluruhannya mengurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat kerana ianya bukan sahaja akan dapat mengekalkan daya tahan jangka panjang syarikat tetapi juga adalah satu kebaikan kesejahteraan seseorang individu itu.” Program ini merupakan program perintis dan dijadualkan berjalan selama enam bulan. Jika berjaya, ianya akan menjadi program tetap secara berjadual dikendalikan di gimnasium Kelab Ria Brunei Shell (BSRC).
kerana campurtangan secara proaktif PADA 15 Disember 2005, Ms Imogen A.L Piccirilli, seorang guru di Panaga School telah tercium bau hidrokarbon diudara. Imogen segera memberitahu pihak-pihak yang berkenaan dalam BSP, dan Pegawai Bomba, Pg Omar Pg Maidin terus membuat siasatan dikawasan berkenaan. Beliau mendapati kebocoran kecil pada talian paip Rasau-ke-SCOT disekitar kawasan F10 di Seria. Pusat Penyelarasan Kecemasan BSP (EEC) dan kumpulan-kumpulan pengendali tumpahan minyak segera digerakkan untuk menangani kejadian berkenaan. Kebocoran kecil talian paip itu kemudiannya ditutup dengan pengapit dan kerja-kerja untuk membaikinya secara tetap dan operasi-operasi pembersihan dijalankan. Ketua Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar dan Perlindungan, Lee Wai Chee berkata, “Kejadian itu mungkin menjadi lebih serius andainya Ms Piccirilli tidak campurtangan dengan proaktif”.
Mike Fuge, Pengurus Perkhidmatan Operasi mengucapkan terima kasih kepada Imogen Piccirilli. Jabine Ven Der Meijs, Pengawal Kewangan, Lee Wai Chee dan Hemmie Van Xanten, Guru Besar Sekolah Panaga turut berterima kasih Kami di BSP mengucapkan penghargaan kepada MS Imogen A.L Piccirilli kerana berfikir tegas dan tindakan beraninya.
Salam, Februari 2006 3
Dari Meja
Pengarah Urusan
Rakan-rakan sejawatan, Februari merupakan bulan penuh acara yang termasuk perayaan gilang-gemilang sambutan Hari Kebangsaan kita yang ke 22. Lebih 100 kakitangan BSP, BLNG dan BSM menyertai perbarisan Hari Kebangsaan sungguh menarik itu, dan seperti biasa, membuat kita sangat bangga. Saya sudahpun berkhidmat bagi Brunei dan BSP sepanjang suku kerjaya saya, justeru , mempunyai rasa cinta mendalam bagi negara dan syarikat. Semangat kebanggaan kebangsaan yang ditunjukkan oleh rakyat Brunei di perayaan tersebut adalah satu pengalaman yang sangat mengharukan. Saya ingin menarik perhatian anda kepada sebilangan kemuncak dan isu dalam BSP pada bulan lepas dalam tiga bidang keutamaan saya, yakni Keselamatan, Warga dan Prestasi. Fokus Baru Terhadap Keselamatan Kita semua perlu membaharui fokus terhadap keselamatan selepas lima kejadian kes yang direkodkan secara total (Total Recordable Case - TRC) yang sungguh mengecewakan tahun ini, yang kesemuanya dapat dielakkan. Sila luangkan masa untuk mematuhi tiga prinsip mudah kita: Kepatuhan, Campurtangan dan Sikap. Kepatuhan bermakna taat kepada peraturan-peraturan. Sekiranya anda melihat tiada kepatuhan, anda perlu campurtangan kerana anda mungkin menyelamatkan nyawa orang lain. Campurtangan bukan perkara mudah, ianya memerlukan sikap yang betul bagi mempastikan kita menempatkan keselamatan di tempat yang pertama dalam segala yang kita lakukan dan saling menjaga antara satu dengan lain. Kita mesti mengelak kemalangan-kemalangan dari berlaku sebelum seseorang megalami kecederaan yang serius dan saya berharap agar anda meningkatkan usaha dan sikap keselamatan anda. Keutamaan-Keutamaan Warga Kita mengiktiraf sumbangan besar rakan-rakan sejawatan kita yang sudah lama berkhidmat, Grahaeme Henderson, Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad, di majlis Emblem pada 11 Februari. Saya diberikan penghormatan untuk mengucapkan tahniah Haji Matsatejo Sokiaw dan Marcel Luijten mengucap kepada penerima-penerima lambang (Emblem) dan keluarga mereka. Ini adalah kali pertama saya tahniah bersama dengan Yang Berhormat Pehin berucap kepada khalayak ramai dalam bahasa Melayu sejak kembali ke Brunei. Saya menyedari kebolehan saya bercakap dalam bahasa Melayu memerlukan banyak lagi usaha namun saya berjanji ianya akan bertambah baik. Kebelakangan ini terdapat usaha-usaha baik terhadap tindakan-tindakan susulan keatas Kajiselidik Kakitangan Shell pada peringkat korporat, jabatan dan peribadi. Saya ingin menerangkan Kumpulan IM dimana para kakitangan sedang berusaha gigih kearah membaiki rasa saling mempercayai dan kepuasan hati kakitangan. Langkah-langkah inovatif “warga’ yang sedang diperkenalkan oleh Kumpulan IM termasuk: ♦ Dasar “pintu terbuka” demi memperbaiki komunikasi dan rasa saling mempercayai antara pemimpin-pemimpin dan kakitangan ♦ Tempat rehat disediakan bagi kakitangankakitangan bertugas pada luar waktu ♦ Tiga mesej utama disampaikan secara mingguan kepada kakitangan melalui Kumpulan Kepimpinan IM Salah satu pembelajaran utama dari program IM itu ialah sumbangan-sumbangan dibuat oleh kakitangan semua peringkat dalam penentuan prioritiprioriti dan tindakan-tindakan susulan. Jika anda ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sejawatan BSP anda tentang kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh jabatan anda terhadap susulan Kajiselidik Kakitangan Shell, sila hubungi saya. Saya gembira berkongsi pembelajaran dan amalan-amalan terbaik tentang isu-isu warga. Lembaga Pengarah-Pengarah, Pengurusan dan Kakitangan-Kakitangan BSP, BLNG, BST Prestasi Penghasilan Februari dan BSM ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berikut ini atas pengurniaan Saya sukacita melaporkan pengeluaran minyak “Pingat Indah Kerja Baik” dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda pada bulan Februari adalah 7,000 tong lebih tinggi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena ulangtahun hari keputeraan setiap sehari dari paras ramalan bulan Januari, Baginda yang ke-59 tahun pada 15 Julai 2005. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri disebabkan penangguhan yang berkurangan dan Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan pengeluaran baik dari telaga-telaga Champion West Perdana Menteri menyampaikan pingat tersebut di Istana Nurul Iman. Fasa 3. Jumlah gas kita kurang sedikit daripada sasaran kerana isu-isu berkaitan Ampa 9 dan ChamDari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd pion 7, yang kini sudah diselesaikan. Kerja-kerja gigih yang dilaksanakan keatas Haji Mohd Jaafar bin Haji Awg Bakar, Pengurus Aset Pemerosesan Hidrokarbon, PM Keutamaan-Keutamaan Pembaikan Bisnes (BIP) Lee Yin Fah, Ketua Petrophysics, EPE/4 memainkan peranan utama dalam meminimakan Kenneth Newn, Ketua Jurutera Takungan Simpanan, EPE/1 penangguhan-penangguhan, samada yang dijadualkan Mohd Hashim bin Haji Matnoor, Jurutera Pembaikan Bisnes, OPM/131 mahupun yang bukan dijadualkan. Ini meletakkan Ramblee bin Hanifah, Juruteknik Makmal, OPM/6312 kita di kedudukan baik ke arah mencapai sasaranYong Yin Chong, Ketua Teknologi Pengeluaran, EPE/3 sasaran ‘Scorecard’ bagi pengeluaran tahun ini. Bujang bin Amin, Juruteknik Mekanikal II Seperti biasa, saya sangat menanti-nantikan Ibrahim bin Abd Gani, Ketua Operasi-Operasi Perkhidmatan Telaga, TSW/4 maklumbalas dari anda. Wahab bin Tuah, Pentadbir Hangar (Tempat Letak Pesawat Terbang), SAV/112 Abdul Rahman bin Mohammad Ali @ Sunny Luah, Penyelia Operasi Kanan, WOP/1R Dengan hormat
Ucapan tahniah tulus ikhlas
Dari Brunei LNG Sdn Bhd Dayang Hajah Zainab binti M.A Omar, Pengurus Ehwal Korporat, HC
4 Salam, Februari 2006
Keutamaan-Keutamaan Pembaikan Bisnes BERSAMA KE ARAH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
Pembaikan-Pembaikan dibuat dalam prestasi penggerudian BSP PROSES Penyiapan Telaga telah memperlihatkan pembaikan ketara pada 2005 ekoran peningkatan perhatian yang diberikan kepada punca-punca akar-umbi dan menghapuskan bahagian Masa Yang Bukan Produktif (NPT) operasi-operasi penggerudian telaga. Pengurangan kegagalan peralatan disamping kawalan prosedur-prosedur yang lebih ketat menunjukkan pengurangan NPT dari 45% pada suku pertama 2005 kepada 29% di hujung tahun berkenaan. Pada suku keempat 2005, pengurangan ini adalah dibawah 20% berikutan program tindakan-tindakan pembaikan yang pesat, yang mana merupakan sebahagian daripada inisiatif Keutamaan-keutamaan Pembaikan Bisnes Seluruh BSP (BIP). BIP yang memfokuskan TSW yang dimasukkan dalam pelan bisnes BSP, juga meletakkan asas yang kukuh kearah menangani cabaran-cabaran masa depan dan mencapai kejayaan berdaya tahan pada masa-masa depan yang sangat mencabar kelak.
Melalui penglibatan lebih awal dalam kitaran perancangan, TSW akan dapat:
♦ Mengwujudkan fleksibililti yang lebih meluas didalam dan diantara rig-rig ♦ Membolehkan fleksibiliti yang meluas dalam menyesuaikan tenaga kerja kepada perubahan-perubahan pada bilangan-bilangan rig Memberikan lebih perhatian kepada perancangan muka/depan Merebut peluang-peluang pada peringkat awal Menubuhkan organisasi pembelajaran dengan kesemua aktiviti perancangan Bersama, bahagian muka/depan, perancangan, penyiapan Perbaiki komunikasi di antara kumpulan-kumpulan penggerudian, dan menghala kearah organisasi pembelajaran Dengan mengamalkan TSW BIP, kita mampu menyampaikan hasil-hasil luarbiasa dan menjadikan 2006 tahun kita yang paling berjaya.
♦ ♦ ♦ ♦ ♦
BSP anugerah lima kontrak menggerudi utama
Tren NPT yang menurun pada 2005
Trevor Howard mewakili Premium Drilling Inc bagi pembekalan rig gerudi pengangkat 15K HPHT
BSP menandatangani lima kontrak penggerudian utama pada awal Februari 2006 bagi penyiapan telaga daratan dan luarpantai dan aktiviti-aktiviti penggerudian. Tindakan pembaikan ini adalah: Yang membolehkan pembaikan proses Telaga / Organisasi √ √ √ √ √ √ √
Ketua Penyiapan Telaga SWE-Pengurusan Kontrak Formula Tenaga Manusia Yang Diluluskan Peningkatan Sokongan Aset WE Sinergi-Sinergi EP Asia Pasifik Kuasa dan Pengaruh Berpasukan Yang Meningkat Model Beroperasi Baru
Proses Pembaikan-Pembaikan √ √ √ √
“Pembekuan” turutan (penggerudian) Proses Penentuan Penyiapan Telaga Kemungkinan Kos & Anggaran Masa Kontrak-Kontrak Berasaskan Prestasi
Siapkan Telaga Dengan betul √ √ √ √
Odit QAQC dan Sumber-Sumber Menghalakan Kestabilan “Borehole” / Pembersihan IO Mud Rheology DD/LWD, Perkhidmatan Mempek Batu Kerikil
Hasil-Hasil Pokok √ √ √
Telaga-telaga lebih awal dari dijadualkan (Nov (2005) Pengurangan NPT yang cemerlang Kecemerlangan beroperasi yang ditunjukkan
Penghantaran dalam 2006 dan selepasnya...... Jabatan Kejuruteraan Telaga dan PerkhidmatanPerkhidmatan Telaga diperlukan untuk menyokong program aktiviti-aktiviti yang meningkat dengan kerumitan operasi yang menyertainya dan cabarancabaran yang diakibatkan oleh bekalan-bekalan bahan, peralatan dan sumber-sumber tenaga manusia yang terhad. Cabaran-cabaran bagi penyiapan telaga pada 2006 ialah: ♦ Penyiapan-penyiapan Telaga SMART yang berkualiti ♦ Telaga-Telaga “Jangkauan’ yang dipanjangkan (ERD) ♦ Telaga-Telaga Inovatif misalnya, Mata Kail (Fish hook), Cicak (Gecko) ♦ Operasi 6 rig ♦ Program Explorasi Tekanan Tinggi Suhu Tinggi (HPHT) 15K Perlunya mengubah cara TSW berfungsi adalah dengan memberi perhatian kepada kualiti Kejuruteraan Telaga barisan muka/depan, perancangan terperinci dan pembinaan telaga yang efisyen.
Kontrak-kontrak terbabit terdiri daripada rig gerudi pengangkat 15K bagi eksplorasi luarpantai, pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan sebelum penyiapan dan peralatan penyiapan, Rig Bumi Sederhana T-201 dan Rig Bumi Berat Rig Nabors 603. Pengarah Teknikal BSP, David Purvis menandatangani kesemua kontrak bagi pihak BSP. Kontrak pertama ditandatangani pada 7 Februari 2006 bagi pembekalan Rig Gerudi Pengangkat (Deep Driller 2) Tekanan Tinggi Suhu Tinggi (HPHT) 15K bagi eksplorasi luarpantai dengan Premium Drilling Inc. Dua kontrak tambahan juga ditandatangani pada hari yang sama bagi perkhidmatan-perkhidmatan sebelum penyiapan, dan peralatan penyiapan. Kedua-dua kontrak dianugerahkan kepada Energy Service Group Sdn Bhd. Kontrak yang ke empat dianugerahkan kepada Seria Drilling Company Sdn Bhdadalah bagi rig daratan T-201 untuk penggerudian pada kedalaman sederhana. Kontrak terakhir adalah Nabors Rig 603. Mattias Mauracher, Country Manager, Seria Drilling Company Sdn Bhd menandatangani bagi pihak syarikat berkenaan.
Bagi pihak Nabors Drilling International Limited, John Gass menandatangani kontrak untuk Nabors Rig 603
Salam, Februari 2006 5
Kecekapan, fokus dan realisme untuk menghasilkan hasil cemerlang dalam 2006 menyedari campurtangan bukan perkara mudah, ianya memerlukan sikap yang betul yang menempatkan keselamatan di tempat yang pertama dalam segala yang kita lakukan dan saling menjaga antara satu dengan lain.” Mesej utama dalam 2005 adalah: ⇒ Keselamatan - kepatuhan, campurtangan, sikap ⇒ Pengeluaran - perlunya memperbaiki pengeluaran minyak dan gas ⇒ Perbelanjaan ⇒ Hydrocarbon Maturation - prestasi bercampur aduk ⇒ Other highlights - e.g. penemuan SNF, pelantar Champion West /minyak pertama, MoU bagi Gas Industri, kejayaan pengerudian, ISO 14001 ⇒ Keutamaan-keutamaan pembaikan bisnes - penting untuk mencapai sasaran 2006 ‘Scorecard’ 2006
Para kakitangan mengangkat tangan dan menanamkan komitmen masingmasing terhadap Peraturan-peraturan Dalaman BSP dan kesalamatan jalanraya. Selepas itu, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali memberi penyampaian ringkas tentang prestasi BSP dalam 2005.
BAGI meletakkan corak bagi sepanjang tahun, Kumpulan Kepimpinan Kanan kami telah menggesa semua kakitangan untuk memberikan komitmen kepada Kecekapan, Fokus dan Realisme bagi mencapai hasil cemerlang dalam 2006, di ‘Cascade’ pertama tahun ini. Cascade bermula dengan Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP, bercakap tentang keselamatan, keutamaan teratas kita. Merujuk kepada satu slaid mengenai prestasi HSE di kalangan unit-unit Beroperasi dalam Eksplorasi dan Pengeluaran BSP, Grahaeme berkata, “Satu gambaran yang sangat menakjubkan. Semua individu yang berada dalam bilik ini haruslah merasa bangga. BSP adalah pelaku yang unggul dalam kumpulan BSP dalam pencapaian jumlah Kes-Kes Yang Direkodkan yang paling sedikit. Hebat sekali!” Ke arah menanam komitmen BSP terhadap keselamatan, Grahaeme meminta para kakitangan yang hadir di cascade itu untuk mengangkat tangan dan menanamkan komitmen peribadi masing-masing terhadap Peraturan-Peraturan Dalaman BSP dan keselamatan jalanraya. Grahaeme berkata, “Keselamatan akan terus menjadi keutamaan teratas dalam segala yang kita lakukan dan dengan demikian, kita mesti ikuti tiga prinsip mudah: Kepatuhan, Campurtangan dan Sikap. Kepatuhan bermakna taat kepada peraturan-peraturan. Sekiranya anda melihat tiada kepatuhan, anda perlu campurtangan kerana anda mungkin menyelamatkan nyawa orang lain. Saya
Sebagai penutup kata, Grahaeme berseru kepada semua kakitangan, “Adalah sangat penting bagi Keutamaan-Keutamaan Pembaikan Bisnes dipenuhi untuk kita mencapai ‘Scorecard’ 2006. Kita mahu 2006 menjadi tahun cemerlang dan saya yakin sepenuhnya bersama kita akan dapat merealisasikannya.”
BSP dan BLNG beri penghormatan kepada kakitangan yang lama berkhidmat
Seramai 124 kakitangan BSP dan BLNG meraikan 25 tahun perkhidmatan dengan BSP dan BLNG
PADA bulan Februari, kami mengiktiraf sumbangan besar rakan-rakan dalam BSP dan BLNG yang sudah lama berkhidmat, semasa acara Emblem MD. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan dalam ucapannya yang berbahasa Melayu berkata, “Seperti ahli-ahli keluarga yang sejati, anda terus taat setia dan sebilangan besar kakitangan yang hadir pada malam ini telah berkhidmat dalam syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell sepanjang kerjaya mereka.” “Marilah kita sanjung pencapaian gemilang ini. Saya sanjung anda, dan memberi jaminan bahawa kami akan mempertahankan tradisi dan kewajiban kami untuk menjaga anda di tahun-tahun akan datang, samada di saat-saat manis atau yang mencabar bagi setiap keluarga.” Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Paduka Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Abu Bakar, Menteri Tenaga dan Pengerusi Lembaga PengarahPengarah BSP dan BLNG yang berkesudian menyampaikan anugerah-anugerah perkhidmatan lama kepada kakitangan-kakitangan yang sudah berkhidmat
dengan syarikat-syarikat bagi tempoh 30 tahun dan 33 tahun. Dalam ucapannya, Grahaeme menekankan BSP sedang dengan sepenuh daya upaya mempastikan bahawa usaha-usaha kearah membaiki kesejahteraan dan perkembangan kakitangan akan terus diberikan perhatian utama. Ini termasuk: * Membuat susulan terhadap hasil Kajiselidik Kakitangan Shell 2004 bagi mengenalpasti cara-cara untuk memenuhi ekspektasi kakitangan * Kami juga telah memperkenalkan carta keseimbangan kehidupan - kerja * Program Cara Hidup Sihat yang dapat kita banggakan Juga berucap diacara Emblem MD itu ialah Haji Samuil Haji Mohiddin, Ketua Operasi, yang mewakili para penerima anugerah khidmat lama. Senarai penerima termasuk 10 yang menerima anugerah bagi khidmat 35 tahun, 63 bagi 30 tahun dan 124 bagi khidmat 25 tahun. Grahaeme Henderson dan Pengarah Urusan BSM, Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad adalah diantara penerima anugerah bagi khidmat 25 tahun, yang disampaikan oleh tetamu kehormat.
6 Salam, Februari 2006
Memperti daya sain
Pasukan kami semasa Hari Keban
Kemerdekaan telah diraikan dengan kebanggaan dan kegembiraan nasional oleh setiap lapisan penduduk Negara Brunei Darussalam pada 23 Febuari 2006, meraikan Hari Kebangsaan negara Brunei Darussalam ke 22. Perayaan tahun ini berlangsung dengan satu perhimpunan raksaksa di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien dimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam telah berkenan turut hadir bersama ahli-ahli kerabat diraja yang lain. Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn Bhd, Brunei Shell Tankers Sdn Bhd dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd masing-masing telah menyumbangkan kepada perayaan Hari Kebangsaan itu sebagai warganegara korporat yang cintakan tanah air yang tulen. Dua puluh dua tahun lalu telah diisytiharkan Brunei Darussalam mengambil alih semula tanggungjawab penuhnya sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat dikalangan masyarakat negara-negara antarabangsa. Pengisytiharan ini telah dipertahan dan diraikan dalam perayaan gilang-gemilang dimana para peserta perbarisan dan persembahan yang berpakaian penuh warna-warni menonjolkan tema perayaan tahun ini - “Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa” . Lebih 100 peserta mewakili BSP, BLNG dan BSM menyertai perbarisan Hari
Salam, Februari 2006 7
ingkatkan ng bangsa
Ham pir dalam kesemua a ng p meng ambi erbarisan gota kont l t i Hari bahagian ahun ini t njen s e Keba ngsaa ecara suka lah ny rela pada tahun ang pertam sejak 1984 a .
ngsaan Brunei Darussalam ke-22
kebangsaan itu. Hampir kesemua anggota pasukan yang mengambil bahagian tahun ini telahpun menyertai perbarisan lalu sejak Hari Kebangsaan pertama pada tahun 1984. Selepas sambutan itu, satu majlis makan tengah hari diberikan bagi para peserta yang juga dihadiri oleh Pengarah Urusan BSP dan isteri, Grahaeme dan Annmarie Henderson, Timbalan Pengara Urusan, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali dan Pengarah Urusan BSM, Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad serta Pengurus Kewangan, Pg Haji Ali Pg Haji Matarsat serta isteri. Dimajlis tersebut Grahaeme berkata, “Perayaan itu adalah satu pemandangan yang mengkagumkan dan adalah satu pengalaman yang mengharukan melihatnya. Anda semua, sepertimana diharapkan sentiasa, telah membuat kita semua sungguh bangga.” Kita mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada usaha bagi menjadikan wawasan sebuah negara yang sejahtera kepada realiti dan dengan demikian, kita adalah sebahagian daripada gambaran lebih besar pembangunan negara. Sila kongsikan bersama pemandangan-pemandangan Salam dihari yang sukar dilupakan itu dalam mukasurat-mukasurat ini yang menggambarkan imbasan-imbasan dan harapan bagi kestabilan, kesejahteraan dan pertumbuhan berterusan di Negara Brunei Darussalam.
Sumbangan kepada Hari Kebangsaan Sebelum hari berkenaan, BSP, BLNG, BST dan BSM telah menunaikan komitmen patriotik mereka dengan membuat sumbangan sejumlah B$100, 000 pada 13 Febuari 2006 untuk perayaan Hari Kebangsaan.
Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali menyampaikan cek kepada Yang Berhormat Pehin
Awg Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP telah menyampaikan cek bagi pihak BSP, BLNG, BST dan BSM kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 22. Semasa penyampaian itu Haji Zainal Abidin menyatakan Perayaan Hari Kebangsaan merupakan salah satu acara penting dalam kalendar syarikat-syarikat terbabit. “Ianya memberikan peluang kepada para kakitangan meraikan hari patriotik itu bersama pertubuhan-pertubuhan lain di Negara Brunei Darussalam. Sumbangan syarikat-syarikat itu bukan hanya terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga dengan penyertaan kakitangan mereka dalam acara perbarisan lalu dan lain-lain acara berkaitan,” katanya. Sumbangan itu diperuntukkan untuk memulihkan lampulampu neon dan perhiasan-perhiasan dikawasan-kawasan persekitaran Istana Nurul Iman dan aktiviti-aktiviti sambutan hari Kebangsaan ke-22. Sebagai tambahan, BSP, BLNG, BST dan BSM juga telah menaja hiasan-hiasan lampu, kain-rentang- Kami (BSP, BLNG, BST dan BSM) kain-rentang dan pintu gerbang-pintu gerbang di beberapa menunaikan komitment patriotik lokasi di Bandar Seri Begawan kearah menyemarakkan lagi kepada Brunei sambutan hari kebangsaan.
8 Salam, Februari 2006
Fokus: Pelaburan sosial oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan
Satu lagi pencapaian bagi Persatuan Wanita Brunei Shell.. Dari Kanan ke kiri: Datin Paduka Hajah Hayati POKSDSP Haji Md Salleh, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bokiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah and Hajah Masni Haji Munir
Persatuan Wanita Brunei Shell pamerkan kejayaan-kejayaannya SEMPENA ulangtahunnya yang ketiga pada tahun lalu, Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA) mengadakan perkumpulan sosial di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan turut hadir. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan ahli-ahli kerabat Diraja dialu-alukan oleh Yang Dipertua Persatuan Wanita Brunei Shell, Datin Paduka Hajah Hayati POKSDSP Haji Md Salleh serta suami, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar BSP, dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Brunei Shell. Ketika berucap di acara tersebut, Datin Paduka Hajah Hayati menyembahkan penghargaan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan ahli-ahli kerabat Diraja kerana berkenaan berangkat ke majlis itu serta menyatakan ini merupakan acara istimewa bagi persatuan berkenaan dan menandakan satu mercu tanda dalam sejarahnya. BSLA telah mempamerkan kejayaan-kejayaannya melalui satu pameran sempena ulangtahun ketiganya itu. Disamping pameran terdapat juga satu pertunjukan berbagai aksesori dan barang-barang kemas oleh usahawan-usahawan wanita. Datin Paduka Hajah Hayati berkata, “Pameran ini adalah salah satu matlamat kami kearah menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang bisnes selaras dengan aspirasi kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkembangkan perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.” Datin Paduka Hayati seterusnya menekankan tentang berbagai kegiatan kebajikan yang telah dijayakan oleh BSLA dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Aktiviti-aktiviti ini termasuk: Tajaan dan Sumbangan • BSLA telah mampu mengutip lebih $30,000 melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan sumbangan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Sumbangan-sumbangan ini bukan hanya disumbangkan kepada berbagai tabung anak-anak yatim di Brunei Darussalam, tetapi juga kepada tabung-tabung bantuan kemanusiaan antarabangsa. Kebajikan • Menganjurkan lawatan ke pusat-pusat kebajikan di Brunei Darussalam seperti Pusat Bahagia Eric Goh, Taman Nurhidayah dan Pusat Ehsan Al-Ameerah dengan tujuan mengetahui lebih lanjut tentang kemuskilan mereka dan mencari jalan untuk membantu penghuni-penghuni di pusatpusat berkenaan. • Dalam memberi keperihatinan kepada para belia di Daerah Belait, BSLA telah mengatur bagi seorang pensyarah Pusat Dakwah Islamiah untuk memberikan ceramah motivasi tentang perilaku positif di kalangan belia.
Perusahawanan • BSLA telah membuat komitmen untuk terus mengaturkan ceramah-ceramah dan seminar mengenai isu-isu wanita dan kanak-kanak sebagai wadah bagi perbincangan serta untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme di kalangan wanita dan generasi muda. • Persatuan juga berjaya menarik perhatian para usahawan wanita kearah mempamerkan produk-produk mereka di jualan-jualan amal anjurannya. Alam Sekitar dan Kesihatan • Dalam menunjukkan komitmennya terhadap alam sekitar, BSLA juga menganjurkan kempen-kempen pembersihan di Wasai di Labi dan Taman Rekreasi Anduki di Seria. • Sebilangan ahli BSLA juga menyertai Marathon pertama Brunei pada 11 Disember 2005. Persatuan juga menganjur berbagai program yang memberi penonjolan tentang penyakit-penyakit kronik sepert barah. Menuju kehadapan, Persatuan Wanita Brunei Shell telah memulakan rakan perkongsian dengan lain-lain persatuan wanita melalui “Rangkaian Kerja Pemimpin Persatuan”. Sejauh ini, BSLA menerima lawatan muhibah ke BSP oleh Persatuan Isteri-Isteri Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan PegawaiPegawai Kanan (Persatuan BISTARI), menganjur perayaan ulangtahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama Majlis Wanita Brunei dan mengadakan ‘Sunday Splash’ bagi kanak-kanak kurang kemampuan bersama Persatuan Siswazah Brunei. Datin Paduka Hajah Hayati berkata, “Sebagai sebuah pertubuhan yang masih muda, persatuan mempunyai kemampuannya yang tersendiri kearah membuat sumbangan kepada masyarakat tempatan dan luar negara. Sungguhpun kami agak kecil namun mempunyai kekuatan dan keazaman untuk melakukan lebih banyak lagi!”
Salam, Februari 2006 9
Tindakan-Tindakan Kajiselidik Kakitangan Shell
Memaklumkan progress tindakan peringkat korporat kepada kakitangan PADA awal bulan Febuari tahun ini, keseluruhan BSP diundang menghadiri sesi-sesi perbincangan Kajiselidik Kakitangan Shell yang telah dimulakan pada 13 Febuari dan diteruskan hingga 28 Mac. Perbincangan-perbincangan ini bertujuan untuk memaklumkan tentang perkembangan tindakan-tindakan peringkat korporat ekoran Kajiselidik Kakitangan Shell 2004 serta memperolehi maklumbalas daripada kakitangan tentang impak tindakan-tindakan berkenaan sejak dimulakan pada Julai 2005. Habibah Harry, Ketua Keberkesanaan Pertubuhan berkata, “Ini adalah perbincangan utama kita yang ketiga dengan para kakitangan bagi mebincangkan Kajiselidik Kakitangan Shell 2004 dan kami berharap akan dapat berhubung dengan semua kakitangan dan meneruskan dialog yang produktif serta bermakna dengan mereka tentang isu-isu warga yang sangat penting.” “Perbincangan-perbincangan ini akan banyak membantu dalam memberikan
IM -
Perbincangan-perbincangan ini bertujuan untuk memaklumkan progress tindakan-tindakan Kajiseldik Kakitangan Shell kita maklumbalas secara langsung dari para kakitangan di semua peringkat samada tindakan-tindakan pasca-kajiselidik yang telah diambil itu dapat menangani kebimbangan-kebimbangan yang telah diketengahkan oleh kakitangan secara berkesan.” Kajiselidik Kakitangan Shell adalah kajiselidik dua tahun sekali bagi kakitangan-kakitangan keempat-empat syarikat usahasama Brunei Shell. Kajiselidik tahun ini dijadualkan berlangsung dari 6 September hingga 30 September.
Mengambil Tindakan Positif terhadap SPS
KUMPULAN IM sedang mengambil tindakan positif untuk membaiki kepuasan hati sebagai sebahagian susulan Kajiselidik Kakitangan Shell. Langkah-langkah baru yang inovatif di dalam IM termasuk melaksanakan proses HR dengan lebih sejajar dan ketelusan yang lebih baik, dasar pintu terbuka (open door) kearah membaiki komunikasi dan saling mempercayai antara pemimpin-pemimpin dan kakitangan semua peringkat dan tempattempat rehat bagi kakitangan yang bertugas luar daripada waktu pejabat. Sepertimana juga dengan bahagian-bahagian lain BSP, Kajiselidik Kakitangan Shell 2004 (SPS) memberangsangkan banyak perbincangan dalam IM. Kebimbangan-kebimbangan dan isuisu penting dibincangkan secara terbuka oleh kakitangan IM dibeberapa bengkel yang diselenggarakan oleh Habibah Harry (HOD) dan kumpulannya. Bengkel-bengkel SPS diadakan serentak dengan satu penyusunan semula utama - Peningkatan Organisasi (OE: Organisational Enhancement) di dalam IM, dan perbincangan-perbincangan terbuka itu telah membantu ‘OEteam-building’ selepas perubahan itu. Dua keutamaan utama muncul dari bengkel-bengkel SPS, dan merupakan fokus bagi tindakantindakan susulan: ♦ Apa yang diminta oleh kakitangan dari Pengurusan IM: Ketelusan dalam kepimpinan dan perhubungan ♦ Apa yang kakitangan pohonkan untuk mereka sendiri: Keseimbangan Kehidupan-Pekerjaan dan pengembangan kakitangan. Ketelusan dalam Kepimpinan dan Perhubungan Satu langkah utama kehadapan kearah mencapai ketelusan lebih meluas adalah penggunaan proses-proses HR yang lebih selaras, didokong oleh keterangan-keterangan yang lebih jelas kepada para kakitangan. Ini termasuk: ♦ Proses pergerakan kemajuan (Progression) dengan menggunakan rangkakerja perkembangan kecekapan. ♦ Penilaian kakitangan ♦ Ganjaran dan pengikhtirafan, dan pentadbirannya, misalnya, Ganjaran-ganjaran yang luar daripada yang biasa, Kod 40 Kurang kejelasan dalam proses-proses ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di dalam IM dan bahagian-bahagian lain BSP di masa-masa lampau. HR dan kumpulan-kumpulan IM kini berganding bahu kearah mempastikan proses-proses berkenaan agar lebih telus dan diaplikasikan secara selaras. Ini bertujuan untuk mencapai kefahaman lebih baik dikalangan semua kakitangan dan, dalam jangkawaktu tertentu, untuk menanam kepercayaan bahawa proses-proses ini adalah dengan sebenarnya seadil yang mungkin. Para pemimpin IM juga mengambil beberapa tindakan kearah mencapai dialog terbuka yang lebih efektif di dalam IM, dan mempastikan pesanan-pesanan yang amat penting sampai kepada semua kakitangan. Langkah-langkah baru termasuk ‘cascade’ mingguan terhadap tiga pesanan terpenting dari IMLT, isu-isu kakitangan dijadikan perkara agenda dalam semua mesyuarat Jabatan IM, dan pemimpin-pemimpin IM kini mempunyai dasar pintu terbuka. Dasar pintu terbuka membolehkan kakitangan mengutarakan kebimbangan dan idea-idea secara langsung ke perhatian pihak pengurusan, jika perlu. Bagaimanapun, ini hanya akan berhasil jika kita dapat saling mempercayai antara satu dengan lain melalui proses-proses perhubungan terbuka dan telus. Keseimbangan Kehidupan-Pekerjaan dan Pengembangan Kakitangan Pasukan IM juga telah memperkenalkan beberapa pendekatan yang proaktif kearah membaiki keseimbangan Kehidupan-Pekerjaan dan Pengembangan. Tempat-tempat berehat telahpun
Kajiselidik Kakitangan She 2004 memerangsangkan banyak perbincangan dalam IM ditubuhkan yang mana adalah amat penting bagi kakitangan yang bertugas pada waktu-waktu yang tidak menentu bagi peningkatan sistem. Ciri-ciri ini juga berpotensi untuk membuka perhubungan-perhubungan antara jabatan-jabatan, kerana kakitangan dari jabatan-jabatan berasingan akan sama-sama menggunakan tempat-tempat berehat yang disediakan ini. Dalam keadaan tertentu, kakitangan-kakitangan IM yang terpilih akan diberi peluang, pada sebahagiannya, untuk bekerja dari rumah. Sebagai tambahan, beberapa ‘away days’ dan ‘happy hours’ untuk pembinaan pasukan jabatan juga telah diadakan. Pengurus Pengkhususan IM, Vincent Liew berkata, “Perkara-perkara pokok tindakan susulan jabatan terhadap Kajiselidik Kakitangan Shell tidak sentiasa mudah. Sudah pasti tiada penyelesaian ringkas atau mudah. Tetapi jika kita berpegang kepada keyakinan bahawa strategi pemimpin adalah mudah diperolehi, dan kesejajaran dalam perlaksanaan proses-proses yang mempunyai kesan kepada orang lain, kita pasti akan berjaya.” “Seperti juga jabatan-jabatan lain dalam BSP, IM mempunyai jumlah aktiviti yang berat. Bagaimanapun, kita berjaya mengekalkan fokus kepada SPS dan memperolehi pembaikan langkah demi langkah. Tindakan-tindakan yang dilaksanakan mempunyai impak positif, tetapi banyak lagi perlu dilakukan. Misalnya bidang penting bagi pembaikan dan dengan demikian kami masih perlu membuat perubahan-perubahan dalam aspek ini. Satu pembaikan penting yang akan dipercepatkan dalam 2006 ialah penyelarasan ‘job basket’ bagi TAs dalam kumpulan-kumpulan aset. Ini akan memberi TAs peluang-peluang untuk perkembangan yang lebih baik hingga ke peringkat SG6.” Ketua Perkembangan Organisasi, Habibah Harry berkata, “Adalah memberangsangkan melihat pendekatan-pendekatan dan kemajuan yang inovatif tentang SPS yang disampaikan oleh kumpulan IM. Ini adalah perkara pembelajaran penting yang kini kita kongsikan dengan kumpulan-kumpulan BSP.”
10 Salam, Februari 2006
BSP menghantar 10 penuntut biasiswa ke Australia
Kesepuluh orang penuntut itu merupakan kumpulan ketiga penuntut-penuntut biasiswa yang dianjur oleh BSP untuk menuntut
SATU majlis doa selamat dan mengucapkan selamat jalan bagi penuntut-penuntut biasiswa BSP yang ke Australia diadakan pada 7 Febuari 2006 di Kelab Panaga. Seramai 10 penuntut dianugerahkan biasiswa, enam daripada mereka dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dua dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dan seorang dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Seorang lagi penuntut ditaja untuk mengambil diploma lepas ijazah yang akan menjurus kepada Ijazah Sarjana dalam
bidang Kejuruteraan Petroleum. Kesepuluh orang penuntut itu merupakan kumpulan ketiga penuntut-penuntut biasiswa yang ditaja oleh BSP untuk menuntut diseberang laut. Mereka akan menyertai 13 penuntut biasiswa BSP yang terdahulu yang sudahpun menuntut di Australia. Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Ehwal Luar BSP, Haji Zainal Abidin bin Hj Md Ali berucap diperkumpulan itu dengan berkata, “BSP adalah sebuah syarikat kelas dunia yang dinamik dan sebagai
sebuah syarikat yang teknikal, kami memerlukan kakitangan, seperti penuntut-penuntut yang kami taja, untuk menjadi Jurutera-Jurutera Minyak Petroleum.” “Terus bergerak kehadapan pada masa akan datang, akan terdapat lebih banyak lagi bidang subpermukaan seperti kejuruteraan air dan penggerudian diperairan dalam. Kesepuluh penuntut ini akan menjadi sebahagian daripada masa depan kami. Sebagai geosaintis, jurutera minyak petroleum dan pemimpin masa depan kami.” Penuntut biasiswa Adib Marzuki bin Dato Paduka Hj Harun, yang akan mengambil Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Minyak Petroleum berkata, “Ini adalah langkah seterusnya bagi saya mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Minyak Petroleum. Walaupun latarbelakang saya ialah dalam bidang ilmu fisik, saya berpendapat inilah kesempatan yang baik bagi saya memperluaskan horizon saya.” “Saya tidak pernah bermimpi akan mendapat biasiswa dari BSP,” kata Dk Waznah binti Pg Hj Ali. Dengan bersemangat, dia seterusnya berkata, “Saya merasa benar-benar bangga dan berterimakasih kerana kejayaan ini . Latarbelakang saya ialah dalam bidang biologi, kimia, geografi dan mathematik. Ini adalah sangat berbeza, namun tiada hadnya. Dengan biasiswa ini, saya merancang untuk belajar dengan tekun sekeras-kerasnya dan membawa pulang kemahiran-kemahiran yang akan membanggakan negara.” BSP merancang untuk menghantar 17 penuntut lagi ke United Kingdom pada bulan September untuk ijazah dalam bidang Geosains, menjadikan bilangan penuntut biasiswanya kepada 27 orang bagi tahun ini.
Penuntut-penuntut terokai sains dengan OGDC
Para pelajar diberikan satu pertunjukkan sains
PUSAT Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) mengadakan pameran “Meneroka Dunia Sains” Sekolah-Sekolah pada 23 Januari 2006. Pameran sekolah-sekolah pertama bagi tahun ini diadakan di Sekolah Rendah Rambai II di Daeroah Tutong. Program berkenaan, yang kini mencecah tahun ketiganya berturut-turut, adalah program bulanan menyusur pendalaman yang bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dunia sains dan teknologi kepada kanak-kanak sekolah. Seri Malati Zolkefle, Ketua Bahan-Bahan Pameran dan Pemeliharaan di OGDC , mengalu-alukan para penuntut yang penuh minat itu dan menggariskan aktiviti-aktiviti yang disusun untuk hari itu. Para pelajar dari kelas tadika hingga darjah enam berpeluang merasai dan
Meneroka Dunia Sains adalah program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dunia sains dan teknologi lepada kanak-kanak sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti alami atau lakukan sendiri yang dikendalikan oleh OGDC dalam program-program “Little Explorer”, “Explorer Activity” dan “Kids N Science”. Para pelajar yang lebih tua, iaitu dalam darjah enam pula mempunyai aktiviti khusus bagi peringkat mereka dimana mereka diberikan peluang untuk mencipta roket yang dilancarkan oleh kuasa air dan melancarkannya ke udara. Para pelajar kemudiannya diberikan satu pertunjukkan sains yang melibatkan gunung berapi, yang mengetengahkan cara-cara bagaimana ianya berlaku dan pelajar-pelajar diberi peluang membuat gunung berapi kecil mereka sendiri dengan menggunakan bahan-bahan dapur seperti cuka, natrium bikarbonat dan pewarna merah makanan untuk mensimulasikan peraliran lahar.
Salam, Februari 2006 11
Reorganisasi SAV ke arah kecekapan JABATAN Perkhidmatan Penerbangan (SAV) telah mengadakan majlis pelancaran reorganisai jabatan berkenaan pada 16 Februari di lapangan terbang Anduki. Dengan bertemakan ‘Putting People First’, reorganisasi semula itu bertujuan bukan hanya untuk memenuhi tahap pengawalan yang sedia ada tetapi juga bagi menawarkan pelbagai cabang kerjaya bagi para individu berkembang maju ke pangkat-pangkat kepimpinan di dalam syarikat. Berucap di majlis berkenaan, Pengurus Perkhidmatan Operasi BSP, Mike Fuge berkata, “Dalam era dimana tahap-tahap penerbangan dan teknologi berkembang maju dengan cepat, kita juga mesti berubah, menyesuaikan diri dan bergerak ke hadapan mengikut aliran masa, untuk mengekalkan kedudukan kita sebagai pemimpin-pemimpin dunia dan untuk mengelakkan diri menjadi leka atau angkuh tentang prestasi kita.” SAV terkenal dengan prestasi keselamatan bertaraf dunia tanpa kemalangan Penyusunan semula ini bertujuan untuk memenuhi dalam masa lebih 40 tahun, empat tahun dengan hanya satu kes yang direkodkan tahap pengawalan dan menawarkan pelbagai cabang dan mempunyai pengesahan cemerlang dari Shell Aircraft dalam audit terakhir. kerjaya bagi kakitangan Mike seterusnya berkata, SAV ternyata merupakan salah satu operasi helikopter pengeluaran dan eksplorasi luarpantai yang terbaik di mungkin dibawa oleh teknologi baru, potensi menggunakan dunia.” tenaga kerja secara berlebihan, struktur organisasi dan profilBagaimanapun, setelah profil kecekapan. berulangkali menjalani odit Satu Pelan Tenaga Manusia bagi tempoh 10 tahun yang Shell Aircraft International menyeluruh telah dihadapkan kepada Unit Petroleum dan pelan yang memberi penekanan berkenaan bersama dengan Pelan-Pelan Perkembangan kepada kebimbanganBerasingan yang khusus akan membolehkan SAV mendapat kebimbangan mengenai manfaat yang banyak dari peluang-peluang yang terkandung reorganisasi dalam perluasan dalam struktur baru itu. dan kedalaman pengalaman Mike seterusnya menerangkan, “Kemahiran-kemahiran dan dalam jabatan berkenaan, kelayakan-kelayakan baru diperlukan di kesemua bidang jurutera rancangan jangka panjang dan juruterbang-juruterbang dengan segera dalam jangkawaktu penyusunan semula jabatan 12 bulan mendatang. Sejajar dengan ini akan terdapat tahapdilaksanakan bagi David Purvis, menyampaikan epaulet Kapten kepada Haji tahap pemantauan yang lebih ketat yang menghendaki kita semua membetulkan sebarang Ismad Haji Bakar, pemerintah pesawat terbang SAV terbaru selaku orang-orang profesional supaya lebih terbuka terhadap kekurangan mendadak yang cabaran-cabaran dan bagi kepatuhan kita kepada tahap-tahap antarabangsa diperiksa. Kita juga mempunyai hasrat mendalam untuk melihat kakitangan yang terdiri daripada warganegara dari semua bidang dalam penerbangan mendapat peluang untuk berkembang maju kepada peringkat tertinggi yang mungkin dalam jabatan.” Sebagai pengesahan komitmennya kepada perkembangan, SAV membuat kesempatan itu untuk menganugerahkan Hj Ismad bin Hj Bakar, pemerintah pesawat terbang SAV terbaru dengan TSW/512 epaulet Kapten. David Purvis, Pengarah Teknikal BSP, menyampaikan lencana antarabangsa yang 30 TAHUN Harun Ibrahim TSW/4114 dipakai oleh pemerintah-pemerintah pesawat terbang, kepada kapten baru itu. Ak Rosli Pg H M Ja’afar Organisasi baru itu akan mendokong dan memperkukuhkan kemampuan latihan, Hj Matidin Bin Hj Suhaili SMR/20 meningkatkan kualiti pengurusan, menjanakan kecemerlangan operasi kami, dan membolehkan OPM/6212 kami menangani secara peka cabaran-cabaran sistem pemantauan baru. Hj Musa Abdullah WOP/121 Akhirnya, Mike berkata, “Saya ingin menyampaikan ucapan terimakasih kepada semua dalam 15 TAHUN Mook Wah Min WOP/23 BSP, khususnya Perancangan dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia (HPD), Shell Aircraft Nordin Bin Awang Tengah Isiah Bte Hj Assan dan Unit Petroleum yang telah bekerja gigih untuk merealisasikan ini. Dengan minat ini helikopterWOP/122 OPM/6211 helikopter dan organisasi baru, SAV menghala ke perkara-perkara lebih besar, tanpa takut-takut Sang Tuah Bin Abd Ghani Maika Anak Chung PPA/411 kepada kelegaan.” DOP/111 Nani Bte Hj Nayan HML/11 Reorganisasi semula ini adalah sebahagian utama pengenalan helikopter Sikorsky S-92A Mohd Rommy Bin Mohd Salma Bte Hj Dollah dan masa depan Jabatan Perkhidmatan Penerbangan. Pesawat-pesawat, amalan-amalan dan struktur Hassan WOP/20 SEN/1512 baru akan membolehkan SAV berdiri sekali lagi sebagai operasi helikopter luarpantai yang menjadi Abd Rahman Bin Mohammed Nae’im Bin Hj dasar penyukat kepada yang lain. Proses perubahan ini dijangka selesai sebelum ketibaan pesawat Mohammad Ali UCP/7 Mahran EOP/113 baru akhir tahun ini. Bayoh Anak Bato EOP/10 Rosnah Bte Kamarolzaman Hj Mohd Jafar B Hj Said HML/30 POP/3 Siti Ramlah Bte Azamain DBS/51 25 TAHUN Alsuffri Bin Hj Mohd Tieng Boon Yeo IRT/23 Yussoff EOP/112 Abdul Majid Bin Ahmad Mahmood Bin Hj Omar BMO/11 EOP/121 Abu Bakar Bin Lakim STL/ Muhammad Fauzi Bin Hj 2112 Sabli SMR/20 Mohd Junaidi B Hj Mahali Sarinah Bte Mat Lajim SCO/5422 FAC/122 Mohd Zuhkry Bin Abdullah Aidah Bte Tengah SCM/2516 POP/22 Hj Ibrahim Bin Hj Abd Rosnah Bte Said SBS/12 Hamid STL/111 Joni Bin Kongseng POP/111 Lai Then Soon SAV/201 10 TAHUN Faridah Bte Hj Moss HPD/11
Ulangtahun
perkhidmatan
20 TAHUN Idris Bin Ghafar SEN/37 Omar Hj Sha’ari STL/311 Hajah Ani Bte Hj Ismail
Hajah Forziah Haji Abu Bakar SCO/301 Leong Wing Chong POP/122 Zohrin Bt Hj Hamdan PPA/202
12 Salam, Februari 2006
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI
Menggunakan LPG di rumah secara selamat Berikutan beberapa kes melibatkan produk-produk Gas Petroleum Cecair (Liquefied Petroleum Gas - LPG), Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), sebagai satu langkah, mengingatkan orang ramai supaya menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan rutin ke atas peralatan-peralatan mereka. Pemeriksaan keselamatan lima perkara yang mudah dibawah ini adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan. 1. Pemeriksaan persekitaran - Pastikan peredaran udara yang baik, khususnya di aras bawah kerana LPG lebih berat daripada udara. Jauhkan bahan-bahan yang boleh terbakar, (e.g. langsir dapur) dari alat memasak gas. 2. Pemeriksaan Alat Pengawal (Regulator) - Alat pengawal hendaklah dipasang dan dikencangkan/ketatkan kukuh pada injap. Gantikan alat pengawal anda setiap lima tahun. 3. Pemeriksaan Hos - Tukarkan hos LPG setiap dua tahun atau kurang atau apabila keretakankeretakan terdapat pada hos. Gunakan air sabun untuk mengesan sebarang kebocoran pada hos. 4. Pemeriksaan Pada Sambungan - Ketatkan sambungan hos dengan alat pengawal LPG dan alat memasak gas dengan klip. Pastikan ia diketatkan dengan tangan tetapi jangan terlalu ketat. Jika terlalu ketat, hos boleh menjadi pecah 5. Pemeriksaan Silinder Silinder mesti disimpan ditempat yang mempunyai peredaran udara yang baik. Silinder sepatutnya tidak diletakkan kurang 1.5m dari sumber api/nyalaan api. Silinder juga perlu kelihatan dan dapat dicapai sekiranya kecemasan berlaku.
Pengatur Shell yang diluluskan dan Buku Keselamatan Gas LPG Shell
Adini Daini, Ketua LPG dan Haji Sharuddin Haji Abd Wahid, Eksekutif Pemasaran menunjukkan Pengatur Shell yang diluluskan BSM mensyorkan penggunaan alat pengawal yang dibenarkan, yang memiliki penghad peraliran yang berlebihan (an access flow limiter) bagi kemungkinan keadaan kebocoran yang tidak dijangka. Alat pengawal ini telahpun direka untuk disesuaikan dengan injap silinder kami. Hos yang digunakan untuk LPG hendaklah jenis hos yang disyorkan (BS3212). Hos jenis lutsinar atau lainlain jenis hos untuk kegunaan bagi air adalah tidak sesuai untuk LPG kerana ianya mudah retak dan mudah rosak. Kedua-dua produk diatas boleh didapati hampir di kesemua kedai runcit, pasaraya dan pengedar LPG yang dilantik oleh BSM. Kami juga ingin mengingatkan orang ramai jika mereka terhidu kebocoran LPG di rumah, adalah baik untuk mengedarkan udara bilik terlebih dahulu dengan membuka kesemua tingkap dan pintu bagi membolehkan gas keluar. Tempatkan silinder dengan selamat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik bagi melepaskan lebihan gas yang ada dalam silinder tersebut. Bagi pertanyaan lanjut kami boleh di hubungi di 2244739 atau email kami di
[email protected].
Kanak-kanak berkeperluan menerima kerusi-kerusi dan meja-meja khas BSM telah menghadiahkan lima set kerusi dan meja kepada Pusat Perkembangan Kanak-Kanak di Bandar Seri Begawan pada Januari 2006. Kerusi-kerusi dan meja-meja itu telah direkabentuk secara khusus untuk kanak-kanak samada yang cacat anggota atau cacat otak di pusat berkenaan. Kerusi-kerusi biasa didapati tidak sesuai bagi mereka kerana kanak-kanak itu ada yang memerlukan tali pengikat atau bonjol pelana bagi mengelak mereka tergelincir atau terjatuh dari kerusi. Kerusi baru yang dapat dilaraskan itu memberikan bantuan tambahan, dan paling penting, membolehkan kanak-kanak untuk hadir di sekolah-sekolah mereka. Ketika ini kelima-lima kanak-kanak berkenaan menghadiri kelas pra-sekolah, dimana mereka berpeluang untuk belajar dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Pusat Perkembangan Kanak-Kanak yang dibawah Kementerian Kesihatan itu, adalah sebuah pusat rujukan dimana kanak-kanak cacat atau dengan kelemahan-kelemahan lain menerima program-program bagi perkembangan awal. Terdapat beberapa orang pakar dipusat berkenaan termasuk juruterapi asuhan, juruterapi anggota, juruterapi pertuturan dan bahasa dan pakar psikologi. Tahun lalu, BSM juga membuat sumbangan baucer wang tunai kepada kanak-kanak berkeperluan khas dipusat berkenaan serta sebuah komputer bagi Kerusi-kerusi dan meja-meja itu telah direkabentuk khas membantu dalam aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak cacat anggota ataupun otak pembelajaran mereka. BSM kerapkali
Kerusi baru yang dapat dilaraskan itu memberikan bantuan tambahan dan membolehkan kanak-kanak untuk hadir di sekolah-sekolah mereka menganjurkan dan menyertai acara-acara mengutip wang dan aktiviti-aktiviti social sebagai sebahagian sumbangannya kepada perkembangan masyarakat.
Salam diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM. Penyuntingan tel: 3375951. Dicetak oleh Star Trading and Printing Sendirian Berhad