PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 Tarikh : 15 Julai 2015 28 Ramadhan 1436H
اﻟﺴﻼم ﻋﻠﯿﻜﻢ Y.Bhg Dato’/Prof./Tuan/Puan, PEKELILING TATACARA PENGURUSAN AKAUN PANJAR WANG RUNCIT
1.0
TUJUAN 1.1
2.0
LATAR BELAKANG 2.1
3.0
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan berkenaan tatacara pengurusan Akaun Panjar Wang Runcit.
Panjar Wang Runcit merupakan sejumlah peruntukan dalam betuk tunai yang diperuntukan kepada jabatan/PTJ bagi tujuan perbelanjaan kecil yang bersifat segera.
TATACARA PENGURUSAN AKAUN PANJAR WANG RUNCIT 3.1
3.2
Pembukaan Akaun Panjar Wang Runcit. (i)
Kesemua Akaun Panjar Wang Runcit hendaklah dibuka dengan kelulusan Bendahari melalui permohonan oleh ketua Jabatan/PTJ.
(ii)
Permohonan pembukaan Panjar Wang Runcit hendaklah dibuat menggunakan Borang Kew.KUIN-PWR 01
Kawalan Akaun Panjar Wang Runcit (i)
Akaun Panjar Wang Runcit hendaklah dikendalikan oleh pemegang panjar di peringkat Jabatan/PTJ yang diberikuasa dan dipantau rapi oleh ketua jabatan/PTJ.
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
3.3
(ii)
Ketua Jabatan/PTJ dikehendaki mengisi dan mengemukakan Borang Kew.KUIN-PWR 02 bagi memaklumkan penurunan kuasa yang diberi.
(iii)
Sekiranya berlaku pertukaran pemegang panjar, ketua Jabatan/PTJ bertanggungjawab memaklumkan kepada Jabatan Bendahari dan memastikan penyerahan peruntukan panjar wang runcit dan rekodrekod berkaitan dilaksanakan secara teratur.
(iv)
Penyerahan tanggungjawab menguruskan panjar wang runcit kepada staf yang tidak diberi kebenaran secara bertulis daripada Jabatan Bendahari adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.
Terimaan Akaun Panjar (i)
3.4
3.5
Terimaan Panjar Wang Runcit yang dibenarkan hanyalah peruntukan awal panjar dan rekupmen yang dibuat dan diluluskan oleh Jabatan Bendahari.
Perbelanjaan Akaun Panjar (i)
Perbelanjaan panjar wang runcit yang dibenarkan dihadkan tidak melebihi RM100.00 bagi sesuatu resit belian dan terhad kepada kegunaan rasmi Jabatan/PTJ sahaja.
(ii)
Jabatan/PTJ tidak dibenarkan memecah kecil pembelian bagi membolehkan pembelian melalui panjar wang runcit dilaksanakan.
(iii)
Jabatan/PTJ tidak dibenar membeli barang-barang kegunaan pejabat yang boleh diperolehi daripada stor Jabatan Bendahari atau stor Jabatan/PTJ.
(iv)
Perbelanjaan dari panjar wang runcit hendaklah disokong dengan resit belian dan bayaran kepada staf yang membuat tuntutan hendaklah menggunakan baucar kecil (Kew.KUIN-PWR 03).
(v)
Perakuan terimaan wang dari pemegang panjar hendaklah dibuat oleh pihak yang menerima bayaran dengan menandatangani pengesahan terimaan wang pada baucar kecil (Kew.KUIN-PWR 03).
Rekupmen Panjar Wang Runcit Semua tuntutan rekupmen/imbuhan panjar wang runcit hendaklah:(i)
Disertakan dengan ringkasan tuntutan rekupan (RC) yang disahkan oleh Ketua Jabatan atau staf yang diberi kuasa. Semua perbelanjaan adalah hanya untuk aktiviti rasmi Jabatan.
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
(ii)
3.6
3.7
3.8
Ringkasan rekupan hendaklah disokong dengan baucar kecil (Kew.KUIN-PWR 03) dan dilampirkan dengan resit asal dan ditandatangani oleh staf yang berbelanja dan dicop perkataan ‘BAYAR’. Jika resit tiada, staf yang membuat tuntutan hendaklah membuat perakuan bertulis dan disokong oleh Ketua Jabatan.
Bayaran Rekupmen Panjar Wang Runcit Oleh Jabatan Bendahari Kepada Jabatan/PTJ. (i)
Jabatan Bendahari hendaklah membuat bayaran rekupmen panjar wang runcit secara tunai kepada pemegang panjar.
(ii)
Wang yang ditunaikan hendaklah seberapa segera dibayar kepada pemegang panjar.
(iii)
Bayaran kepada pemegang panjar hendaklah menggunakan baucar kecil (Kew.KUIN-PWR 03). Baucar kecil (Kew.KUIN-PWR 03) yang ditandatangani oleh pemegang panjar hendaklah dikepilkan bersama baucar bayaran.
Penyimpanan Panjar Wang Runcit (i)
Kesemua wang panjar yang diterima hendaklah disimpan di dalam peti simpanan wang tunai runcit rasmi (cash box) Jabatan/PTJ.
(ii)
Pemegang panjar tidak dibenarkan sama sekali menyimpan peruntukan panjar wang runcit di dalam akaun bank persendirian atau di tempat lain selain dari peti simpanan wang tunai runcit rasmi Jabatan/PTJ.
(iii)
Pemegang panjar hendaklah memastikan baki panjar wang runcit sebenar di dalam peti simpanan wang runcit bersamaan dengan rekod panjar wang runcit yang diselenggara.
(iv)
Pemegang panjar hendaklah memastikan peti simpanan wang tunai Jabatan/PTJ sentiasa disimpan selamat dan pemegang panjar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peruntukan yang disimpan.
Merekod Terimaan dan Perbelanjaan Panjar Wang Runcit (i)
Kesemua terimaan dan perbelanjaan Panjar Wang Runcit hendaklah direkodkan di dalam Buku Tunai Wang Runcit (Kew.249A).
(ii)
Buku Tunai Wang Runcit hendaklah menunjukkan baki terkini dan direkodkan dengan tepat berdasarkan tarikh penerimaan dan perbelanjaan dilakukan.
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
3.9
4.0
5.0
Pemeriksaan Berkala Oleh Ketua Jabatan/PTJ. (i)
Dari semasa ke semasa ketua Jabatan/PTJ hendaklah membuat semakan ke atas transaksi panjar wang runcit dan hendaklah memastikan panjar wang runcit jabatan/PTJ dilaksanakan secara teratur.
(ii)
Pemeriksaan ke atas rekod panjar wang runcit dan baki panjar wang runcit di tangan hendaklah dilaksanakan secara berkala. Ketua Jabatan/PTJ hendaklah menandatangan ringkas pada buku tunai wang runcit setiap kali pemeriksaan dibuat.
PENGESAHAN BAKI AKHIR TAHUN 4.1
Pada setiap 25 Disember setiap tahun, semua pemegang panjar wang runcit perlu mengesahkan dan mengemukakan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit (Kew.KUIN-PWR 04) bersama-sama rekupan terakhir dan baki tunai bagi tahun tersebut kepada Jabatan Bendahari.
4.2
Semua bayaran hendaklah dilaraskan ke akaun perbelanjaan sebelum akhir tahun.
TARIKH KUATKUASA 5.1
Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta pada tarikh ianya ditandatangani dan hendaklah dipatuhi oleh semua jabatan/PTJ serta dibaca bersekali dengan Peraturan Kewangan dan Akaun INSANIAH.
Sekian, terima Kasih. “PENEROKAAN KE ARAH KEBIJAKSANAAN” Saya yang menjalankan tugas,
(MOHD. ZAMRI BIN SHAHDAN, BCK.) Bendahari Kolej Universiti Insaniah
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015 Kew.KUIN-PWR 01
BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN PANJAR WANG RUNCIT
Tarikh: BENDAHARI Jabatan Bendahari Kolej Universiti Insaniah
Tuan, PERMOHONAN PEMBUKAAN PANJAR WANG RUNCIT Saya
.................................................................................
...............................
ingin
memohon
pembukaan
panjar
nombor wang
kad runcit
pengenalan sebanyak
RM....................................... bagi Jabatan ...................................................................... untuk tujuan .... ....................................................................................................... Saya juga mengaku bahawa amaun wang panjar yang diberi merupakan pendahuluan Universiti dan saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan perbelanjaan wang panjar tersebut. Sekiranya saya gagal mengembalikan baki wang panjar dalam tempoh yang ditetapkan, saya bersetuju supaya pihak Kolej Universiti Insaniah membuat potongan sepenuhnya daripada gaji/ganjaran saya (yang mana terdahulu). Sekian, terima kasih.
.................................................... (Tandatangan, Nama & Cop Jawatan)
Untuk Kegunaan Jabatan Bendahari: Diluluskan / Tidak Diluluskan: RM .................................
Tandatangan: ............................................
Tarikh: ............................
Nama: ...................................................... Jawatan: ........................................................
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015 Kew.KUIN-PWR 02
Rujukan Kami: Tarikh: Bendahari Jabatan Bendahari Kolej Universiti Insaniah
Tuan, STAF YANG DIBERI KUASA Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa staf seperti nama di bawah telah diberi kuasa untuk menerima, menyimpan, membayar dan merekod perbelanjaan melalui panjar wang runcit:
Nama
Jawatan
Contoh Tandatangan
Staf di atas juga diberi kuasa untuk mengambil panjar wang runcit di Jabatan Bendahari.
“PENEROKAAN KE ARAH KEBIJAKSANAAN”
Saya yang menurut perintah,
............................................. Nama Ketua Jabatan : Jabatan :
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
Baucer Kecil Kew.KUIN-PWR 03
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
Kew.KUIN-PWR 04
SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT DI TANGAN PADA ___ / 12 / _______ Adalah diperakui bahawa baki wang runcit yang ada di tangan bagi _____________________________(nama PTJ) selepas tutup urusan pada hari kerja terakhir pada _________________(tarikh) berkenaan panjar wang runcit yang diberi kepada saya ialah RM_____________________(Ringgit Malaysia : ________________________________________) dan telah diperakukan dengan betul seperti berikut :-
Bil a. b. c. d.
Butir
RM
Amaun yang diperuntukkan (nilai PWR diluluskan) Tolak ; Rekupan yang diminta tetapi belum dijelaskan oleh jabatan Bendahari (Lampirkan Penyata ) Baucar di tangan yang sudah dibayar namun belum dikemukakan untuk rekupan (Lampirkan Penyata ) : Baki Buku Tunai
RM
(
)
(
) ------------========
Disokong ; ________ e.
Jumlah Wang Tunai di tangan ========
Nota : Jumlah (d) hendaklah sama dengan jumlah (e) Senarai sokongan yang diserahkan dengan perakuan ini telah disahkan oleh pegawai yang bertanggungjawab tentang kebetulannya.
Disediakan oleh Pemegang Panjar
Disahkan oleh Ketua Jabatan
____________________________ Nama :
___________________________ Nama :
Jawatan :
Jawatan :
PEKELILING BENDAHARI BIL. 01/2015
a. Wang Tunai Dalam Tangan RM _____________ b. Rekupmen yang telah diserahkan kepada Bendahari ; NO BAUCER KECIL BIL NO. RESIT (Kew.KUIN-PWR 03)
TARIKH
AMAUN (RM)
TARIKH
AMAUN (RM)
c. Bil / Resit Dalam Tangan BIL
NO. RESIT
NO BAUCER KECIL (Kew.KUIN-PWR 03)