UMP.BEND.10.12/3/07 (4)
27 September 2007
PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 4/2007
Semua Dekan/Ketua Jabatan Universiti Malaysia Pahang Karung Berkunci 12 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera. YH Prof. Dato/YBhg. Prof/Prof Madya/Tuan/Puan, SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1.0
TUJUAN
1.1
Tujuan
pekeliling
ini
dikeluarkan
adalah
untuk
memaklumkan
skim
pembiayaan kenderaan Universiti Malaysia Pahang. 1.2
Skim pembiayaan ini telah diluluskan di Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti bil 3/2007 bertarikh 25 September 2007.
1/13
2.0
NAMA SKIM 2.1
Skim pembiayaan ini dipanggil ’SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG’.
3.0
KAEDAH/PRINSIP PEMBIAYAAN
3.1
Kaedah/prinsip pembiayaan adalah menurut lunas-lunas Islam yang berdasarkan kepada prinsip ”Al-Bai Bithaman Ajil’.
3.2
Al-Bai Bithaman Ajil bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
4.0
KUASA MELULUS PERMOHONAN
4.1
Kuasa melulus permohonan pembiayaan ini adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer (JPKK).
4.2
Ahli Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer adalah terdiri daripada :Pengerusi
:
Naib Canselor
Ahli
:
Pendaftar atau Bendahari
Setiausaha
:
Pegawai Kewangan
2/13
5.0
KELAYAKAN HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN
5.1
Kelayakan pembiayaan maksimum pembiayaan adalah seperti berikut : -
Jumlah had Bil
Keterangan
pembiayaan (RM)
i)
Kereta a) Jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas
60,000
b) Kumpulan Pengurusan & Profesional
55,000
c) Kumpulan Sokongan
45,000
(Kelulusan Khas bagi Gaji RM1,320 dan ke bawah)
6.0
ii)
Motosikal
iii)
Basikal
5,000 500
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN KENDERAAN 6.1
KELAYAKAN STAF
6.1.1 Staf yang layak memohon adalah staf yang berjawatan tetap atau yang berkhidmat secara kontrak dan memerlukan kenderaan untuk membolehkannya menjalankan tugas rasmi dengan sempurna. 6.1.2 Staf yang bertaraf sambilan tidak layak untuk dipertimbangkan. 6.1.3 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, pembiayaan hendaklah dijamin oleh dua (2) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan jawatannya.
3/13
6.1.4 Permohonan pembiayaan untuk pembelian kereta dari staf yang bergaji
kurang
dari
RM1,320.00
sebulan,
hanya
boleh
dipertimbangkan dan diluluskan oleh JPKK dengan syarat : a)
Ketua Jabatan memperakukan: i)
Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta sendiri, ataupun staf yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal;
ii)
Staf mempunyai lesen memandu yang sah;
iii)
Jumlah
potongan
bulanan
untuk
pembelian
kenderaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun yang layak diterima. iv)
Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi daripada 200km tiap-tiap bulan selama 3 bulan berturut-turut.
v)
Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C.
6.2
TEMPOH PEMBIAYAAN
6.2.1 Pembiayaan hanya boleh diberi kepada seseorang staf sekali sahaja dalam tempoh lima (5) tahun dengan syarat pembiayaan yang ada telah diselesaikan.
4/13
6.2.2 Walau bagaimanapun, syarat mengenai tempoh ini boleh diberi kelonggaran dengan mendapat kelulusan khas dari Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti (JTK) jika kenderaan berkenaan mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki dan tidak selamat dari segi mekanikal serta disahkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal, JKR. 6.2.3 Jumlah pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada amaun kelayakan maksimum hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.
Bagi permohonan sebanyak RM13,950
pembiayaan yang boleh dilakukan iaitu RM13,900.
Satu lagi
contoh bagi membeli kenderaan berharga bersih RM44,993.00 tetapi
staf
berkenaan
mempunyai
kelayakan
maksima
RM45,000.00 maka pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM44,900.00. 6.2.4 Peminjam hendaklah membeli Polisi Takaful Komprehensif bagi melindungi kenderaan itu di mana jumlah amaun perlindungan yang diambil pada setiap tahun tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan. 6.2.5 Peminjam tidak dibenarkan menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari JPKK. 6.2.6 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari yang meluluskan pembiayaan tersebut.
5/13
6.3
KAEDAH PEMBAYARAN BALIK
6.3.1 Harga jualan setelah ditolak bayaran muka, hendaklah dibayar balik oleh peminjam secara ansuran dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan. Kaedah pembayaran balik ini adalah seperti yang terdapat pada lampiran SPP Bil 9/2000.(Sila rujuk laman web www.treasury.gov.my)
6.4
TEMPOH PEMBAYARAN BALIK
6.4.1 Tempoh pembayaran balik Pembiayaan Kenderaan adalah seperti berikut:-
Pembiayaan
Tempoh
Kereta Baru
Tidak melebihi 96 bulan (8 tahun)
Kereta Terpakai
Tidak melebihi 84 bulan (7 tahun)
Motosikal Baru
Tidak melebihi 60 bulan (5 tahun)
Motosikal Terpakai
Tidak melebihi 48 bulan (4 tahun)
6.4.2 Pembiayaan
hendaklah
diselesaikan
sepenuhnya
sebelum
peminjam bersara atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam hendaklah tidak melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf dengan kerajaan. 6.4.3 Baki
pembiayaan
peminjam
yang
meninggal
dunia
boleh
diselesaikan oleh waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan. 6.4.4 Baki pembiayaan boleh diselesaikan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.
Dalam hal yang demikian JPKK boleh memberikan
6/13
’Muqassah’ (Rebate) mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara dari masa ke semasa. 6.4.5 Baki
pembiayaan
meninggalkan
peminjam
perkhidmatan
yang
meletak
hendaklah
jawatan
diselesaikan
atau secara
sekaligus sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan. 6.4.6 Bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh yang dipersetujui atau dalam kes tertentu di mana peminjam atau warisnya berada dalam kesempitan (’Asarah’) seperti
mengalami
kebakaran
atau
banjir,
JPKK
boleh
mempertimbangkan mereka membayar balik pembiayaan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan. 6.4.7 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat pemotongan gaji sekaligus semua ansuran yang tertunggak atau baki pembiayaan yang belum diselesaikan. 6.4.8 Penangguhan
bayaran
balik
ansuran
bulanan
pembiayaan
kenderaan adalah dibenarkan kepada peminjam yang telah diluluskan cuti tanpa gaji oleh kerajaan.
Dalam hal ini, tempoh
bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apaapa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan.
7.0
KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG
7.1
Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan Pembiayan Kenderaan (Kew.294) seperti di Lampiran A sebanyak tiga (3) salinan.
7.2
Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon.
7/13
7.3
Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari pembekal atau pemilik kenderaan.
7.4
Pemohon dikehendaki mengemukakan tiga (3) salinan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan Bendahari :i.
Lesen memandu
ii.
Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan UMP
iii.
Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin
iv.
Kad pengenalan pemohon dan penjamin
v.
Sebutharga untuk kereta baru
vi.
Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai
vii.
Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk kenderaan terpakai.
viii.
Surat Pengesahan dari pembekal tarikh sebenar kenderaan dapat dibekalkan.
7.5
Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran berikut: i.
Nama pemilik berdaftar
ii.
Jenis, nombor dan kuasa kenderaan
iii.
Nombor chasis dan nombor enjin
iv.
Nilai kereta/motosikal; dan
v.
Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai
7.6
Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan mestilah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.
8/13
8.0
PERATURAN
–
PERATURAN
DAN
SYARAT-SYARAT
PEMBIAYAAN
KENDERAAN TERPAKAI
8.1
Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi oleh pemohon-pemohon:8.1.1 Pembiayaan tidak boleh melebihi harga kenderaan atau maksimum kelayakannya atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Mekanikal Kerajaan. 8.1.2 Semua kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal. 8.1.3 Semua sijil nilaian kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:b) nama pemilik berdaftar; c) jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin kenderaan; d) nombor chasis dan nombor enjin; e) nilai kereta/motosikal; dan f) baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal. 8.1.4 Tempoh
bayaran
balik
harga
jualan
hendaklah
ditentukan
berdasarkan kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal. 8.2
Salinan asal sijil nilaian kenderaan tersebut hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan. Satu salinan sijil itu juga hendaklah disertakan dengan baucer pembayaran.
8.3
Kenderaan tersebut mestilah boleh dilindungi dengan takaful kenderaan (komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan. Ketua jabatan hendaklah mempastikan pegawai mengemukakan surat pengesahan 9/13
daripada pengendali takaful berkenaan bahawa sijil takaful kenderaan (komprehensif) boleh dikeluarkan sebelum meluluskan permohonan.
9.0
TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN
9.1
Setiap permohonan pembiayaan akan dibawa kepada Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer mengikut senarai permohonan untuk kelulusan.
9.2
Selepas permohonan diluluskan oleh JPKK, surat tawaran pembiayaan dan surat kelulusan akan dikeluarkan.
Pemohon dikehendaki untuk
menandatangani akuan persetujuan menerima pembiayaan
dalam
tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan. 9.3
Surat perjanjian akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM500 pembiayaan, nilai cukai setem yang dikenakan adalah RM2.50.
9.4
Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pembekal selepas perjanjian pembiayaan ditandatangani antara pemohon dan pihak Universiti Malaysia Pahang dan selepas mendapat pengesahan dari pembekal bahawa
kenderaan
yang
ditempah
sedia
untuk
didaftarkan
dan
diserahkan kepada pemohon. 9.5
Pemohon dikehendaki menyerahkan :i.
Resit pembelian
ii.
Nota Takaful (cover note)/Sijil Takaful Kenderaan Komprehensif
iii.
Buku
Pendaftaran
Kenderaan
yang
tercatat
’HAK
MILIK
DITUNTUT OLEH UMP’
9.6
Semua dokumen tersebut perlu diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran dikeluarkan.
Sekiranya peminjam gagal menyerahkan 10/13
segala
dokumen
berikut
dalam
tempoh
pembiayaan itu adalah dianggap terbatal.
yang
ditetapkan,
maka
Bendahari hendaklah
mendapatkan kembali semua jumlah pembiayaan yang telah diluluskan dengan amaun keuntungan Universiti bagi tempoh berkenaan secara sekaligus.
Gaji dan elaun pegawai berkenaan tidak akan dibayar
sehingga kesemua pembiayaan dan keuntungan dijelaskan. 9.7
Jika pembiayaan kenderaan dibatalkan selain daripada sebab di para 9.6, termasuk pembatalan pembiayaan di atas pilihan sendiri, maka Bendahari haruslah mendapatkan kembali semua baki harga jualan kenderaan dengan cara sekaligus. Gaji dan elaun pegawai berkenaan tidak akan dibayar
sehingga
kesemua
jumlah
pembiayaan
dan
keuntungan
dijelaskan. 9.8
Peminjam mestilah menyerahkan sijil takaful kenderaan (komprehensif) setiap tahun kepada Jabatan Bendahari.
10.0
POTONGAN GAJI BAGI BAYARAN ANSURAN
10.1
Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan kadar bayaran ansuran adalah seperti yang telah ditetapkan.
10.2
Potongan
gaji akan dibuat selepas tempoh 1 bulan dari tarikh cek
pembiayaan dikeluarkan.
Sebagai contoh bagi cek pembiayaan yang
dikeluarkan pada bulan Januari potongan hendaklah bermula dari gaji bulan Mac.
11.0
HAK MILIK ATAS KENDERAAN
11.1
Bendahari dan pegawai yang mendapat pembiayaan adalah sama-sama bertanggungjawab untuk meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatitkan perkataan ”Hakmilik Dituntut Oleh UMP” di dalam 11/13
buku pendaftaran nama pegawai sebagai pemilik berdaftar dilakukan. Catitan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila Jabatan Bendahari memberitahu secara bertulis bahawa bayaran balik itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.
12.0
MAKLUMAT TAMBAHAN
12.1
Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan).
12.2
Skim Pembiayaan Kenderaan UMP tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan.
12.3
Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum pinjamannya diselesaikan.
12.4
Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara, meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya.
12.5
Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari.
12.6
Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pegawai sebelum permohonannya diluluskan.
13.0
PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ
13.1
Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh peminjam.
Kegagalan peminjam mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan akan dikenakan surcaj atau tindakan tatatertib.
12/13
13.2
Tindakan surcaj atau tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pembiayaan berkenaan sekiranya terdapat syarat-syarat dan peraturan tidak dipatuhi.
14.0
TARIKH KUATKUASA
Pekeliling Bendahari Bil 4 Tahun 2007 ini berkuatkuasa mulai tarikh pekeliling ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
ZAINUDIN BIN OTHMAN Bendahari Universiti Malaysia Pahang
s.k
Y.H Profesor Dato’ Dr. Mohamed Said Bin Mat Lela Naib Canselor Y. Bhg Profesor Dr. Sabarudin Bin Mohd. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Y.Bhg Profesor Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Pendaftar 13/13
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
PEMBIAYAAN KENDERAAN Senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan (3 salinan):1.
Salinan lesen memandu yang sah
2.
Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Salinan Surat Tawaran
3.
Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin
4.
Salinan penyata gaji terkini pemohon dan penjamin
5.
Sebutharga kereta baru
6.
Surat jual beli dari penjual bagi kereta terpakai
7.
Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau JPJ
8.
Sijil Pendaftaran untuk kenderaan terpakai (Semua dokumen berkenaan perlu disahkan)
AKUAN PENERIMAAN (*Perlu diisi oleh pemohon) Tarikh:_______________ *Nama Pemohon *Alamat Jabatan
*Samb. Telefon
: ……………………………………..……………………………… : ……………………………………..……………………………… ……………………………………..……………………………… ……………………………………..……………………………… : ……………………………………..………………………………
Tuan/Puan, Permohonan tuan/puan telah diterima pada ___________________ dan dalam perhatian jabatan ini. Untuk makluman tuan/puan, permohonan ini perlu diproses mengikut senarai permohonan pembiayaan kenderaan. Sekian, terima kasih. Yang benar,
Pegawai Kewangan b/p Bendahari Universiti Malaysia Pahang
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN KENDERAAN BAHAGIAN 1 - BUTIR-BUTIR PEMOHON 1.
NAMA PENUH (HURUF BESAR SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN)
2.
NO. KAD PENGENALAN
4.
TARIKH LAHIR
5.
JAWATAN
-
-
-
3. NO. PEKERJA
-
5.1
SKIM DAN GRED JAWATAN
5.2
TARAF PERKHIDMATAN
TETAP
6.
JABATAN/FAKULTI
7.
TARIKH PERLANTIKAN
8.
TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
9.
GAJI POKOK
11.
ELAUN MEMANGKU (jika ada)
12.
ADAKAH MEMANGKU UNTUK KENAIKAN PANGKAT
13.
ALAMAT TETAP
14.
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS
15.
NO. TELEFON
16.
NO. LESEN MEMANDU
-
RM
TETAP DALAM PERCUBAAN
-
,
-
-
. RM
-
4. UMUR PADA TARIKH MEMOHON
,
.
KONTRAK
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
BAHAGIAN 2 - BUTIR-BUTIR PEMBELIAN
1.
2.
MAKLUMAT pembiayaan 5 TAHUN SEBELUM DARIPADA INI (Jika ada) 1.1
TARIKH KELULUSAN
1.2
NO. AKAUN pembiayaan
1.3
JUMLAH PEMBIAYAAN
1.4
TARIKH BAYARAN AKHIR
1.5
JUMLAH BAKI (Jika ada)
1.6
SEBAB-SEBAB pembiayaan BARU DIMOHON
-
ADA
TIADA
-
RM
,
.
RM
-
,
.
BUTIR-BUTIR KENDERAAN YANG HENDAK DIBELI: 2.1
JENIS KENDERAAN
1. KERETA
2. MOTOSIKAL
3. LAIN-LAIN (Nyatakan)
3.
2.2
KEADAAN KENDERAAN
2.3
JENAMA
2.4
SUKATAN SILINDER
2.5
NOMBOR CHASIS
2.6
NOMBOR ENJIN
2.7
JIKA KENDERAAN TERPAKAI:-
BARU
TERPAKAI (sila kepilkan sijil Nilaian & Salinan Buku Pendaftaran Kenderaan)
i)
NAMA PEMILIK/NAMA SYARIKAT
ii)
NO. KAD PENGENALAN/NO.PENDAFTARAN SYARIKAT:
ii)
HARGA NILAIAN
RM
,
.
HARGA BERSIH KENDERAAN
RM
,
.
(sertakan sebutharga)
4.
KELAYAKAN pembiayaan
RM
,
.
5.
JUMLAH PEMBIAYAAN DIPOHON
RM
,
.
6.
TEMPOH BAYARAN BALIK
BAHAGIAN 3 - MAKLUMAT TAMBAHAN
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1.
NAMA SUAMI/ISTERI
2.
ALAMAT PEJABAT SUAMI/ISTERI (jika ada)
3.
NO. TELEFON
3.
KENDERAAN YANG DIMILIKI
-
BAHAGIAN 4 - PENGAKUAN PEMOHON
(a) Saya mengaku bahawa butir-butir dan keterangan yang diberikan di atas adalah betul dan benar, dan juga mengaku iaitu sekiranya didapati tidak betul dan tidak benar maka saya bersetuju permohonan in dianggap batal dan sekiranya pembiayaan telah diberi, jumlah tertunggak akan dikembalikan;
(b) Saya telah memahami dan bersetuju dengan segala syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Skim Pembiayaan Kenderaan Universiti Malaysia Pahang; dan
(c) Saya berpuashati bahawa saya mampu menjelaskan bayaran balik bulanan pembiayaan ini.
………………………………………………
………………………………………………
Tarikh
Tandatangan Pemohon
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
BAHAGIAN 5 - DIISI OLEH PENJAMIN (Sekiranya pemohon BELUM disahkan dalam jawatan ATAU pemohon adalah pegawai kontrak) BUTIR-BUTIR PENJAMIN
PENJAMIN PERTAMA
PENJAMIN KEDUA
1. NAMA PENUH (HURUF BESAR)
2. NO. KAD PENGENALAN
3. TARKH LAHIR
4. JAWATAN
5. NO. PEKERJA
6. JABATAN/FAKULTI
7. NO. TELEFON
8. SKIM DAN GRED JAWATAN
9. GAJI POKOK (RM)
10. ALAMAT SURAT-MENYURAT 11. TARIKH DISAHKAN DALAM JAWATAN
12. TANDATANGAN
13. TARIKH
PERINGATAN: Hanya pegawai-pegawai UMP yang telah disahkan di dalam jawatan sahaja layak menjadi penjamin. BAHAGIAN 6 - PERAKUAN DEKAN/KETUA JABATAN (a) Diperakui bahawa butir-butir yang diberikan oleh pemohon telah disemak dan didapati benar; *(b) Saya bersetuju /tidak bersetuju bahawa pembayaran balik pembiayaan ini tidak akan menyebabkan kesusahan kewangan kepada pemohon;
*(c) Saya juga bersetuju /tidak bersetuju bahawa kenderaan yang hendak dibeli adalah diperlukan oleh pemohon dalam menjalankan tugasnya dengan Universiti; dan
*(d) Dengan itu saya menyokong/tidak menyokong permohonan ini.
………………………………………………
………………………………………………
Tarikh
Tandatangan & Cop Dekan / Ketua Jabatan
*Potong mana yang tidak berkenaan BAHAGIAN 7 - KEGUNAAN JABATAN BENDAHARI (KEPUTUSAN JAWATANKUASA PEMBIAYAAN KENDERAAN & KOMPUTER)
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
*(a) Permohonan ini telah diteliti dan diluluskan/tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer UMP pada ____________________ .
(b) Kelulusan pembiayaan adalah sebanyak RM ______________________ dengan jangkamasa bayaran balik selama __________ bulan. Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan perintah yang ditetapkan di dalam Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
(c) Sebab-sebab permohonan tidak diluluskan: _________________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________
……………………………………………… Tarikh
……………………………………………… Tandatangan Nama Penuh: ______________________ Jawatan:__________________________
*Potong mana yang tidak berkenaan BAHAGIAN 8 - KEGUNAAN JABATAN BENDAHARI 1.
Cek bayaran pembiayaan diterima oleh pemohon pada 1.1
Nombor dan tarikh resit pembelian
1.2
Kenderaan yang dibeli diperiksa pada
1.3
Nombor daftar Kenderaan/No. Chasis /No. Enjin
1.4
Tarikh buku pendaftaran dicatatkan "Hak Milik Dituntut oleh UMP" oleh Jabatan Pengangkutan Jalan -
1.5
-
-
-
Polisi Insurans Komprehensif (untuk tahun pertama sahaja) (a) Bagi tempoh ________________ hingga _________________ (b) Nombor polisi (c)
Jumlah harga perlindungan
RM
,
.
(d) Nama Syarikat Insurans 2.
Disahkan butir-butir di atas telah diterima sebelum 30 hari selepas cek bayaran diterima oleh peminjam, disemak dan didapati benar.
3.
Salinan-salinan fotostat resit, salinan buku pendaftaran dan salinan fotostat sijil insurans telah disimpan dalam fail peribadi peminjam.
……………………………………………… Tarikh
……………………………………………… Tandatangan Nama Penuh: ___________________________ Jawatan:_______________________________
LAMPIRAN A JADUAL BAYARAN BALIK BULANAN PINJAMAN DAN BAYARAN PERKHIDMATAN BAGI PINJAMAN BIASA ATAU JUMLAH KEUNTUNGAN MENGIKUT PRINSIP AL-BAI' BITHAMAN AJIL
Tempoh Pinjaman Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8
Bayaran Balik Bulanan Bagi Tiaptiap RM1,000 85.15 43.42 29.52 22.58 18.42 15.65 13.67 12.19