2
Ringkasan Eksekutif
Pendahuluan
M
alaysia kini berada di persimpangan. Walaupun banyak yang telah di capai, cabaran yang bakal dihadapi adalah signifikan. Semenjak Kemerdekaan, kita telah membina sebuah ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, yang telah membawa kepada
pertumbuhan ekonomi yang mantap. Kita hampir telah membasmikan kadar kemiskinan tegar. Pada masa yang sama, rakyat disediakan dengan akses kepada perkhidmatan kesihatan asas, pendidikan, komunikasi dan lain-lain kemudahan awam. Hasilnya, kualiti kehidupan majoriti rakyat Malaysia telah bertambah baik. Walau bagaimanapun, usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020, menjelang tahun 2020, adalah sangat mencabar. Malaysia perlu membuat perubahan ekonomi supaya dapat menyertai kumpulan negara yang telah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Di sinilah Malaysia berada pada hari ini. Sekiranya kita tidak menukar haluan kita, maka kita tidak mampu untuk terus menambah baik pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup rakyat. Walau bagaimanapun, jika kita melipatgandakan usaha kita untuk menarik pelaburan, memacu peningkatan dalam produktiviti dan terus berinovasi, kita akan dapat bersaing dengan jayanya dalam ekonomi global dan mencapai status berpendapatan tinggi. Kerajaan komited dalam melaksanakan strategi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kita telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memacu ekonomi sehingga 2020. ETP ini bersandarkan hala tuju dasar, strategi dan program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ia diselaraskan dengan usaha sebelum ini seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan serta persediaan asas Model Ekonomi Baru. Kita akan menganjakkan tumpuan negara kepada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang sedia wujud. Ini bermakna memberi prioriti kepada pelaburan dana awam dan sokongan dasar hanya terhadap beberapa pemacu pertumbuhan utama, iaitu 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA), seperti yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Program Transformasi Ekonomi 3 Hala Tuju Untuk Malaysia
Ini juga bermakna peranan Kerajaan dalam pendekatan terhadap pertumbuhan ekonomi perlu ditukar daripada peneraju utama pertumbuhan kepada penyokong dan pemudahcara pertumbuhan yang akan diterajui oleh sektor swasta. Hala tuju ETP ini mengandungi sasaran yang mantap, yang telah dibangunkan melalui makmal serta beberapa forum di mana pakar dari sektor Kerajaan dan swasta telah berganding bahu untuk membangunkan idea kepada tindakan yang akan menghasilkan pertumbuhan setiap NKEA. Projek untuk menerajui pertumbuhan dalam bidang ekonomi tersebut telah dipilih berdasarkan analisis kewangan dan ekonomi yang mendalam, bagi memastikan bahawa rakyat Malaysia mendapat nilai yang terbaik daripada dana yang dilaburkan oleh Kerajaan. Sesetengah daripada sasaran ini tidak akan dapat dicapai tanpa pembaharuan khusus dari segi dasar dan pengawalaturan. Namun, kita tetap komited untuk melaksanakan pembaharuan ini. Sepertimana dengan GTP, sebuah unit di bawah PEMANDU akan ditubuhkan untuk mengatururuskan pelaksanaan dan pemantauan program ini. Dalam melaksanakan ETP, keputusan yang sukar perlu diputuskan. Saya memerlukan input dan sokongan sektor swasta, masyarakat awam dan rakyat jelata semasa kita mula melaksanakan projek dan pembaharuan yang akan memacu ekonomi kita ke hadapan. Dalam kita melaksanakan projek ini bersama bagi masa depan generasi dan negara, saya menggesa semua rakyat Malaysia mengambil peluang baru yang akan wujud dalam haluan yang telah dipilih. Perjalanan kita sememangnya panjang dan sukar, namun kita perlu cekal dalam menghadapi cabaran tersebut. Insya’ Allah, kita akan berjaya.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia 26 October 2010
Program Transformasi Ekonomi 5 Hala Tuju Untuk Malaysia
Ringkasan Eksekutif
MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI
6 %
Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang US$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada US$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.
pertumbuhan
Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan
6
Ringkasan Eksekutif
menjelang 2020. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia. Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.
ETP Berbeza daripada Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain. Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi. Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi. EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan. Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.
Diwujudkan bersama oleh Sektor Swasta dan Awam Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP. Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut. Idea dan rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian, agensi, syarikat multinasional, syarikat tempatan dan badan bukan kerajaan. Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta.
Program Transformasi Ekonomi 7 Hala Tuju Untuk Malaysia
Berikutan dari makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana 5,500 pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat makmal NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.
MEMBINA PADA KETEGUHAN YANG LAMPAU Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Pertumbuhan ekonomi pesat yang mampan telah meningkatkan Malaysia dari sebuah ekonomi pertanian berpendapatan rendah dan berasaskan komoditi ke sebuah ekonomi berpendapatan sederhana yang berjaya. Kisah bagaimana kami beralih dari status berpendapatan rendah ke sederhana adalah salah satu kisah kejayaan dunia sepanjang beberapa dekad yang lalu. Prestasi ekonomi teguh ini telah membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di samping menyokong kemajuan meluas dalam pendidikan, kesihatan, infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam. Namun demikian, dunia semakin berubah dan Malaysia perlukan sebuah model ekonomi baru yang mantap untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau kami semakin lembap, kami menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana, kedudukan fiskal kami tidak lagi mampan manakala persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Sebagai tindak balas, ETP akan mengemukakan satu pendekatan yang bersandarkan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara.
MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI YANG INKLUSIF DAN MAMPAN Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang 2020. Kedua-dua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan tidak akan mencari kemajuan jangka pendek untuk satu matlamat jika ia akan menjejaskan kemajuan matlamat yang lain.
Berpendapatan Tinggi
Kualiti Hidup Rakyat
Keterangkuman
Kemampanan
8
Ringkasan Eksekutif
Mencapai Status Berpendapatan Tinggi menjelang 2020
US$15,000 PNK per kapita pada 2020
Kerajaan mendefinisikan julat pendapatan tinggi pada pendapatan per kapita sebanyak lebih kurang RM48,000 atau US$15,000 pada 2020, berdasarkan pentakrifan semasa pendapatan tinggi Bank Dunia. Oleh demikian, untuk mencapai status berpendapatan tinggi pada 2020 akan memerlukan kadar pertumbuhan benar tahunan lebih kurang 6 peratus untuk 10 tahun akan datang (Gambarajah 1). Gambarajah 1
Untuk mencapai status berpendapatan tinggi pada 2020, Malaysia mesti berkembang sebanyak 6% setiap tahun bagi mencapai PNK per kapita RM48,000 atau US$15,000 PNK per kapita
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI Unjuran PNK per kapita (20201)
Unjuran PNK per kapita (20092)
a 6% pad 0 tahun r a en tuk 1 n ar b Kad ahun u atang t d p n a seti aka
RM48,000 atau US$15,000
RM23,700 atau US$6,700 NEGARA BERPENDAPATAN SEDERHANA 1 2
Pada harga 2020, selaras dengan anggapan EPU untuk inflasi = 2.8% dan peningkatan populasi =1% Populasi 2009 ialah 27.9 juta, unjuran populasi untuk 2020 ialah 31.6 juta (unjuran EPU)
SUMBER: Bank Dunia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Statistik
Objektif pendapatan tinggi Kerajaan bukan hanya satu sasaran kuantitatif. Malahan, ia juga adalah untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi yang mempunyai ciri-ciri lazim ekonomi berpendapatan tinggi yang lain, seperti satu sektor perkhidmatan yang berkembang maju, keseimbangan di antara pelaburan dan penggunaan swasta serta tahap produktiviti yang setara dengan peneraju serantau.
Program Transformasi Ekonomi 9 Hala Tuju Untuk Malaysia
Menggalakkan Kemajuan Ekonomi Inklusif Untuk mencapai sasaran pendapatan tinggi ini, Malaysia perlu tumbuh dengan cara yang inklusif di mana semua rakyat Malaysia dapat berkongsi manfaatnya. Kerajaan akan menggalakkan perkembangan pesat pekerjaan yang akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baru, di mana separuh daripadanya akan memerlukan kelayakan diploma atau vokasional. Pelaburan dalam pendidikan dan latihan akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berupaya untuk mengambil bahagian dalam peluang-peluang baru ini. Selanjutnya, perhatian khusus akan diberi bagi meningkatkan pendapatan golongan 40 peratus isi rumah terendah, dengan sasaran untuk menambahkan pendapatan purata bulanan kumpulan ini daripada RM1,440 pada 2009 ke RM2,300 pada 2015, seperti yang dihuraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Memastikan Pertumbuhan Dicapai dengan Mampan Langkah untuk mencapai status berpendapatan tinggi mestilah mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar, yang dapat memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. Kami akan mencapai pertumbuhan tanpa memusnahkan sumber-sumber semula jadi Malaysia. Selanjutnya, kami akan mengurangkan pergantungan pada minyak dan gas sebagai penyumbang ekonomi utama. Kedudukan fiskal kita akan dijadikan mampan dengan fokus yang lebih mantap pada pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta supaya mengelakkan pergantungan pada pembiayaan awam. Dari segi alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pengawasan dan pengekalan alam semula jadi dan sumbersumber dengan memastikan nilai yang sesuai ditetapkan ke dalam kos pembangunan.
PERNIAGAAN SEPERTI BIASA TIDAK MENCUKUPI Malaysia berada di tahap kritikal dalam pembangunan ekonominya. Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia telah kehilangan momentum pertumbuhannya dan adalah semakin jelas bahawa pemacu pertumbuhan masa lampau tidak boleh lagi digunapakai untuk menghasilkan pencapaian ekonomi yang mantap. Ianya lebih sukar untuk menjana kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam ekonomi global yang semakin kompetitif. Pertumbuhan tidak boleh dipandang ringan, tetapi mesti diperolehi dengan wajar. Terdapat empat sebab mengapa pendekatan dasar baru diperlukan.
Enjin Pertumbuhan Masa Lampau semakin Lembap Prestasi ekonomi Malaysia yang agak lembap beberapa tahun yang lepas menunjukkan bahawa enjin lampau pertumbuhan ekonomi Malaysia telah menjadi semakin perlahan dan lemah. Sebahagian besar daripada prestasi pertumbuhan yang kurang baik ini disebabkan oleh pertumbuhan produktiviti tenaga buruh yang rendah. Untuk mentransformasikan produktiviti, peningkatan ketara diperlukan dalam dua bidang. Pertama, tahap pelaburan perniagaan mesti ditingkatkan dengan nyata. Untuk mencapai kadar perkembangan 6 peratus setahun sehingga 2020 akan memerlukan peningkatan dalam pelaburan swasta sebanyak lebih 12 peratus dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Ini adalah satu peningkatan yang ketara dari perkembangan 2 peratus setahun yang dicapai dalam lima tahun yang lalu. Kedua, peningkatan pelaburan dalam modal insan akan dibuat bagi menyokong ekonomi berkemahiran tinggi, berasaskan pengetahuan dan inovasi yang intensif.
10
Ringkasan Eksekutif
Risiko ‘Terjebak di Tengah’ Malaysia tidak lagi kekal kompetitif dengan negara berpendapatan rendah yang lain yang mampu menjana pengeluaran tinggi pada kos yang rendah. Pada masa yang sama, ia belum lagi berganjak menaiki rantaian nilai untuk bersaing dengan negara berpendapatan tinggi. Negara lain lebih kompetitif daripada Malaysia dalam kedua-dua pengeluaran kos rendah dan pasaran bernilai tinggi. Ini bukan satu kedudukan mampan bagi Malaysia. Strategi yang dahulunya berjaya memacu transformasi Malaysia daripada sebuah negara miskin yang bergantung kepada getah dan timah semasa Kemerdekaan ke ekonomi pendapatan sederhana yang terpelbagai, tidak lagi sesuai untuk peringkat perjalanan perkembangan Malaysia seterusnya.
Kedudukan Fiskal Yang Tidak Mampan Malaysia mengalami defisit fiskal setiap tahun semenjak 1998, dengan defisit sebanyak 7 peratus daripada KDNK dicatatkan pada 2009. Ketahanan fiskal dan komitment Kerajaan untuk mencapai defisit 3 peratus daripada KDNK menjelang 2015 akan memerlukan satu perubahan yang besar. Sikap para pelabur terhadap hutang berdaulat telah berubah dengan ketaranya sejak dua tahun yang lepas, dan pasaran modal mungkin kurang cenderung untuk membiayai hutang berdaulat pada terma yang digunapakai seperti dahulu. Pada masa yang sama terdapat lebih bukti mengenai persaingan polisi fiskal di antara negara, di mana kerajaan negara lain telah memotong kadar cukai korporat untuk meraih lebih daya saing. Sejajar dengan pemahaman ini, sekiranya Malaysia ingin menawar kadar cukai korporat dan peribadi yang berdaya saing, dan pada masa yang sama melabur dalam pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur, ia perlu terlebih dahulu memperkukuhkan sebahagian besar daripada kedudukan fiskalnya.
Persaingan Global yang semakin meningkat untuk Pasaran, Dana dan Bakat Ekonomi global semakin kompetitif. Kemunculan syarikat global dan serantau yang baru dan amat kompetitif telah menghakis kedudukan mantap syarikat yang berpusat di Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Tambahan lagi, syarikat, pelabur dan bakat mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan lokasi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu menunjukkan nilai saranan yang lebih jelas dan utuh supaya dapat menarik dan mengekalkan mereka. Selain daripada itu, banyak kerajaan lain telah bersaing secara agresif untuk mendapatkan syarikat, bakat dan modal. Paras rendah pelaburan langsung asing (foreign direct investment atau FDI) di Malaysia sepanjang dekad yang lalu adalah satu petunjuk kedudukan daya saing yang semakin lemah.
Program Transformasi Ekonomi 11 Hala Tuju Untuk Malaysia
PROGRAM TRANSFORMSI EKONOMI (ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAMME, ETP) ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AGENDA KERAJAAN YANG KOMPREHENSIF ETP adalah merupakan agenda ekonomi Kerajaan untuk menangani cabaran sebagaimana yang telah diulaskan di atas. Ia juga melengkapkan program sedia ada seperti Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies atau GLC) yang mempunyai objektif yang sama. Terdapat empat dasar untuk ETP: • 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep 1Malaysia bertujuan mengukuhkan perpaduan negara, dengan menghormati nilai-nilai kemasyarakatan, sosial dan ekonomi masyarakat berbagai kaum di negara ini. Ianya diasaskan pada prinsip kesaksamaan dan keadilan. Dari segi ekonomi, ini bermaksud, setiap peluang dan pertumbuhan akan dikongsi bersama dengan saksama. Rakyat Didahulukan merujuk kepada pendekatan mesra rakyat dalam perancangan dan pelaksanaan, manakala Pencapaian Diutamakan menunjukkan keazaman Kerajaan untuk menumpu sepenuhnya pada penyampaian dan keputusan; • Program Transformasi Kerajaan (GTP). GTP diperkenalkan pada 2010 untuk mentransformasikan Kerajaan supaya lebih efektif dalam penyampaian khidmatnya di samping meningkatkan akauntabiliti untuk pencapaian. Ia merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas atau NKRA): mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam di bandar; • Model Ekonomi Baru. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (National Economic Advisory Council atau NEAC) yang bebas untuk membentuk dan membangunkan saranan serta cadangan dalam usaha untuk membentuk sebuah model ekonomi yang baru. Laporan Majlis yang dikeluarkan pada April 2010 telah memberi diagnosis tentang cabaran dan peluang yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia dan telah mencadangkan lapan inisiatif pemulihan strategik. Kebanyakan dari pemikiran dan analisis ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan ETP; dan • Rancangan Malaysia Kesepuluh. Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan pelan pembangunan Kerajaan untuk lima tahun akan datang. Ia tertumpu pada usaha dan rancangan untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan sosio ekonomi inklusif, membangun dan mengekalkan bakat, mewujudkan satu persekitaran yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan mentransformasikan Kerajaan. Ia telah mengenal pasti 12 NKEA yang akan menjadi polisi utama di samping fokus pelaburan yang menjadi tumpuan utama ETP.
12
Ringkasan Eksekutif
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI
12
Titik permulaan ETP adalah pelaksanaan perubahan mantap pada sektor dan bidang tertentu ekonomi. Oleh sebab itu,
12 NKEA telah dipilih. Makmal telah ditubuhkan untuk setiap 12 NKEA tersebut bagi mengenal pasti inisiatif dan projek
tertentu yang akan memacu transformasi ekonomi. Dua belas
buah makmal tersebut melibatkan wakil-wakil daripada sektor swasta dan perkhidmatan awam dengan PEMANDU selaku fasilitator. Makmal tersebut memberi peluang kepada sektor swasta
untuk membentuk strategi dan hala tuju transformasi untuk sektor berkenaan. Pelan terperinci ini menjelaskan aspirasi,
strategi dan tindakan mantap yang dibangunkan untuk setiap NKEA. Pelan ini juga mengandungi saranan keperluan untuk pembiayaan awam, pelaburan dan tenaga pekerja.
NKEA
Setiap inisiatif yang disarankan adalah berasaskan pada PNK bagi memastikan ia menyumbang kepada transformasi Malaysia ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai pengiraan impak PNK, setiap makmal NKEA mengenal pasti inisiatif yang telah diklasifikasikan sebagai Entry Point Projects (EPP) atau peluang perniagaan. EPP adalah projek yang patut menjanakan keputusan yang besar dengan pantas. Ia adalah inisiatif yang ditakrifkan dengan jelas, mempunyai pelabur berpotensi yang telah dikenal pasti, pelan pelaksanaan yang dibangunkan dengan baik dan keperluan pembiayaan yang jelas. Peluang perniagaan pula adalah peluang atau potensi dan kemampuan yang dikenal pasti bagi setiap sektor untuk berkembang secara organik. Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan menerusi pelaksanaan EPP yang berjaya. Makmal yang dijalankan juga telah mengenal pasti pemboleh dan pembaharuan polisi yang diperlukan untuk perkembangan setiap sektor terlibat. Adalah penting untuk menegaskan bahawa ETP adalah satu program yang akan sentiasa berkembang. Inisiatif yang ditakrifkan dalam makmal bukan bertujuan untuk menjadi satu pelan induk terperinci aktiviti ekonomi di Malaysia untuk 10 tahun berikutnya – ia hanyalah satu titik permulaan. Beberapa projek akan berkembang, sesetengahnya akan berubah secara radikal manakala sesetengah yang lainnya akan ditamatkan. Banyak inisiatif dan aktiviti baru yang belum lagi difikirkan akan muncul apabila pembaharuan bermula, peluang baru timbul dan pasaran membangun.
Tinjauan umum NKEA Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit; Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan; Perkhidmatan Perniagaan; Elektrik dan Elektronik; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.
Program Transformasi Ekonomi 13 Hala Tuju Untuk Malaysia
NKEA tersebut telah dipilih kerana mereka merupakan pemacu ketara untuk pembangunan masa hadapan dan dijangka akan menyumbang kepada PNK pada 2020 untuk membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. Selain daripada 11 sektor industri tersebut, Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dipilih sebagai NKEA melalui proses yang berasingan. Pada masa kini, Kuala Lumpur menyumbang lebih satu pertiga KDNK Malaysia. Bandar-bandar besar setiap negara maju adalah pemandu utama pertumbuhan, dan Kuala Lumpur amat penting kepada keutuhan, kesejahteraan dan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia.
Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA? Malaysia akan menumpukan usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA. Program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor lain. Pelantikan sektor sebagai sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor tersebut dan perubahan regulatori. NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor ini dalam memacu pembangunan ekonomi negara.
Mengapakah Tumpuan pada NKEA Penting? Pertumbuhan lampau telah didorong terutamanya oleh satu strategi kepelbagaian sektor yang dipertimbangkan. Pada mulanya, persaingan merentasi pelbagai sektor boleh disokong berasas kos rendah negara. Walau bagaimanapun, strategi kepelbagaian ini tidak lagi mampan. Malaysia tidak lagi boleh bergantung pada asas kos rendah sebagai satu sumber kelebihan daya saing. Dalam ekonomi global hari ini, rangkaian pengeluaran semakin menumpu kepada kesinambungan serantau (regional integration), yang telah mewujudkan integrasi serantau yang lebih besar. Keinginan Malaysia untuk berganjak ke arah aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi dan intensif ilmu, memerlukan pengkhususan dari segi pasaran yang luas, bakat dan tenaga kerja mahir serta satu ekosistem firma-firma untuk memacu pembangunan ekonomi berskala tinggi.
14
Ringkasan Eksekutif
Terdapat lima sebab mengapa tumpuan pada sejumlah kecil sektor terpilih adalah penting dalam menjana manfaat ekonomi untuk Malaysia: • Sejajarkan polisi dengan tegas. Mempunyai satu pandangan jelas pada sektor utama terpilih akan memudahkan penyampaian agenda polisi yang bersepadu dan selaras; • Mengelak pelaburan sub-skala. Untuk mencapai impak yang besar dan mampan, pelaburan yang dibuat pada sektor tertentu mestilah berjumlah besar dan bernilai tinggi; • Membangunkan saranan nilai yang jelas. Mempunyai jumlah sektor keutamaan terhad dapat menyumbang kepada satu saranan nilai nasional yang jelas, dan dapat dikomunikasikan kepada para pelabur asing dan tempatan dengan jelas;. • Menyediakan tumpuan kepimpinan. Para pemimpin kerajaan (Perdana Menteri dan pegawai- pegawai kanan) dapat memfokuskan dan memperuntukkan masa mereka yang terhad secara lebih bermakna terhadap bidang keutamaan; dan • Membenarkan pemantauan kualiti yang lebih tinggi. Adalah lebih mudah mengukur dan memantau prestasi beberapa sektor terpilih di samping meningkatkan kemungkinan impak pada ekonomi.
Apakah Yang Berbeza mengenai ETP? ETP berasaskan hala tuju yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk membangunkan satu pendekatan yang jelas dan berbeza dalam penyampaian objektif-objektif Kerajaan. Terdapat lima aspek khusus ETP yang baru dan berbeza. Mereka akan memastikan ETP mampu menghasilkan pencapaian yang lebih baik sebagaimana diperlukan oleh Malaysia.
Fokus pada Enjin Pertumbuhan Utama – 12 NKEA Malaysia akan menggunakan kelebihan daya saingnya dengan mengutamakan pelaburan awam dan sokongan polisi ke atas beberapa enjin pertumbuhan utama terpilih. ETP menumpukan pada 12 NKEA yang telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara ke arah pembangunan prestasi ekonomi Malaysia.
Diterajui oleh Sektor Swasta, Dimudahkan oleh Kerajaan Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam keputusan pelaburan dan pekerjaan. Projek dan peluang yang dikenal pasti dalam ETP telah diwujudkan bersama oleh sektor awam dan swasta. Pentingnya, kebanyakan projek dan peluang ini akan dibiayai terutamanya melalui sumber swasta. Peranan Kerajaan adalah sebagai fasilitator aktif bagi sektor swasta melalui sokongan sumber dan polisi.
Program Transformasi Ekonomi 15 Hala Tuju Untuk Malaysia
131 Projek Permulaan yang Teguh untuk Memulakan Program ETP bertumpu pada tindakan dan bukan konsep. ETP mengandungi idea serta tindakan yang menyeluruh dan spesifik untuk membangunkan setiap NKEA dan bukan hanya berdasarkan pada penyataan niat yang meluas. Idea yang disarankan telah dibangunkan melalui kerjasama di antara sektor awam dan swasta. Kebanyakan projek adalah di peringkat hampir dilancarkan. ETP juga mengenal pasti satu siri polisi tertentu dan pembaharuan regulatori yang diperlukan untuk mendorong pembangunan NKEA dan ekonomi Malaysia secara meluas dan menyeluruh.
Berasaskan pada PNK bagi Menghasilkan Nilai Terbaik Projek dan inisiatif telah dipilih berdasarkan analisa ekonomi dan kewangan yang teliti bagi memastikan bahawa pulangan pelaburan dapat dimaksimumkan, terutamanya dalam pelaburan sektor awam. Dalam kata lain, memaksimumkan nilai janaan, PNK bagi setiap ringgit pelaburan awam. Dalam persekitaran fiskal yang mencabar, penghasilan nilai terbaik telah menjadi satu panduan prinsipal. Perbelanjaan dan pelaburan kerajaan akan hanya diarahkan ke bidang di mana ia boleh digunakan dalam cara yang paling produktif.
PEMANDU untuk Memastikan Penyampaian yang Teguh dan Telus Kerajaan telah menubuhkan sebuah Unit ETP dalam PEMANDU untuk memudahkan pelaksanaan serta pemantauan program transformasi ini. Petunjuk prestasi utama yang jelas dan mencabar akan ditentukan untuk setiap NKEA dan bagi prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia. Pengukuran prestasi ini akan dilaporkan secara terbuka setiap tahun.
16
Ringkasan Eksekutif
CIRI-CIRI ISTIMEWA: ETP ADALAH CIPTAAN BERSAMA SEKTOR SWASTA DAN AWAM Bengkel Seribu-Orang Diadakan untuk Memilih dan Menentukan NKEA
Bengkel Seribu-Orang yang berlangsung pada Mei 2010 adalah peluang yang unik untuk 1,000 orang profesional, termasuk lebih 800 pemimpin industri, organisasi bukan kerajaan, badan-badan berkanun dan lebih 200 pemimpin dari perkhidmatan awam, untuk bersama-sama menentukan fokus transformasi ekonomi Malaysia. Dalam sesi pecah kumpulan yang diadakan, kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 30 hingga 70 peserta, telah bekerjasama untuk menentukan aspirasi bagi setiap sektor dengan menaksirkan prestasi lampau Malaysia dan potensinya untuk mengurangkan jurang dengan negara terbaik bagi dekad akan datang. Selepas 20 sesi pecah kumpulan, para fasilitator telah membangunkan satu gambaran ekonomi bersepadu yang menghuraikan bagaimana Malaysia boleh mencapai PNK per kapita ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Setiap peserta bengkel kemudiannya telah mengundi berdasarkan anggapan mereka untuk tumpuan ETP iaitu sektor terpilih NKEA. Keputusan pengundian kemudiannya dibandingkan dengan kajian sektor dan model ekonomi pertumbuhan sektoral. Hasil usaha ini telah diiktiraf oleh Kabinet di mana tumpuan adalah pada 11 sektor utama dan 1 kawasan geografi. Bengkel berakhir dengan persetujuan dan komitmen sepadu daripada syarikat sektor swasta dan agensi sektor awam untuk melantik kakitangan terbaik mereka bagi makmal NKEA yang selanjutnya.
Program Transformasi Ekonomi 17 Hala Tuju Untuk Malaysia
Makmal Mengumpulkan Minda Terbaik daripada Sektor Swasta dan Awam untuk Merancang Pelan Pembangunan
Dua belas makmal NKEA yang bermula pada Jun 2010 menandakan usaha gigih yang diterajui oleh sektor swasta bagi menentukan pelan transformasi terperinci yang diperlukan untuk memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020. Makmal ini telah menggandingkan 500 ahli pakar, di mana 350 adalah dari 200 buah syarikat swasta dan yang lain adalah wakil daripada 60 institusi awam (Kementerian, agensi dan universiti), dan semua telah meluangkan sepenuh masa mereka untuk mentakrif dan memperincikan ETP. Setiap makmal mempunyai 30 hingga 50 peserta yang mempunyai kepakaran mendalam serta pendedahan yang meluas dalam setiap sektor. Contohnya, peserta makmal Minyak, Gas dan Tenaga NKEA mempunyai 470 tahun pengalaman terkumpul dalam sektor tersebut, merangkumi penjelajahan dan pengeluaran, penapisan, perkhidmatan medan minyak, kuasa dan tenaga alternatif seperti nuklear dan solar. Setiap makmal dipimpin oleh seorang pemimpin kanan sektor swasta bagi memastikan idea yang dihasilkan adalah inovatif, pragmatik dan berdasarkan pada logik perniagaan yang munasabah.
500
minda terbaik
18
Ringkasan Eksekutif
Pendekatan keseluruhan telah disejajarkan oleh satu kumpulan pusat pakar dari Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik bagi memastikan idea dari makmal adalah selaras dengan prinsip reka bentuk yang digariskan oleh pelan strategik utama nasional (seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh) dan membantu Malaysia mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Makmal tersebut berlangsung selama lapan minggu yang bermula dengan pencarian fakta dan penyelidikan untuk mengenal pasti amalan terbaik, kisah kejayaan dan inovasi yang boleh digunapakai oleh Malaysia. Idea tersebut telah ditapis melalui sesi lampas minda dan penyelesaian masalah di antara peserta makmal dan disokong dengan analisis terperinci idea terpilih untuk memaksimumkan impak PNK sementara meminimumkan keperluan sokongan pembiayaan awam. Anggapan, pendekatan dan pencapaian makmal NKEA juga sering disindiketkan dengan pemegang berkepentingan semasa tempoh proses tersebut. Terdapat lebih 40 mesyuarat pensindiketan yang diadakan dengan penaja makmal – Menteri Pemimpin dan Perdana Menteri – termasuk Hari Terbuka pada awal Julai bila Perdana Menteri melawat setiap makmal NKEA. Terdapat juga lebih 600 mesyuarat pensindiketan dengan agensi-agensi Kerajaan utama seperti Unit Perancang Ekonomi dan Bank Negara serta wakil daripada syarikat domestik dan asing yang utama. Usaha kreatif bersama sektor awam dan swasta mentakrifkan 131 EPP yang sedia untuk dilaksanakan dengan pelan terperinci (tiga kaki dari pelaksanaan) dan 60 peluang perniagaan lebih luas yang akan membantu Malaysia mencapai sasaran PNKnya pada 2020. Makmal NKEA juga memperoleh beberapa memorandum persefahaman dengan syarikat utama sektor swasta semasa lapan minggu tersebut dan mendapat komitmen pembiayaan awam yang diperlukan untuk memulakan 70 projek dalam 2011. Makmal tersebut kemudiannya membentuk pelan penyampaian pasca makmal yang jelas untuk setiap sektor bagi memastikan pelancaran dan pemantauan ETP yang berjaya.
Program Transformasi Ekonomi 19 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pensindiketan Pesat dengan Pemegang Berkepentingan Utama bagi Memastikan Pemilikan dan Momentum Pasca Makmal Cadangan menyeluruh dan besepadu makmal NKEA serta pelan untuk setiap EPP dan peluang perniagaan dikaji semula dengan terperinci oleh seluruh Kabinet yang mengesahkannya di Bengkel Kabinet Khas yang diadakan pada Ogos 2010. Di bengkel tersebut, Perdana Menteri dan Kabinet secara terbuka berikrar untuk memberi sokongan mereka kepada syarikat sektor swasta bagi membangunkan Malaysia kepada potensi sepenuhnya di samping mengaktifkan semula keyakinan pelabur domestik dan asing. Berikutan Bengkel Kabinet ini, Hari Terbuka selama tiga hari diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu untuk berkongsi keputusan dari makmal NKEA dan mendapat maklum balas dari rakyat. Ulasan jelas yang diberikan dalam penerangan ETP Malaysia telah mendapat kelulusan ketara daripada rakyat dan komuniti perniagaan yang juga telah memberi pandangan berguna dalam memaksimumkan impak dan memastikan pencapaian projek dengan jayanya Gabungan kepakaran sektor swasta, sektor awam, pemimpin kanan Kerajaan dan rakyat telah membawa kepada pembentukan hala tuju ETP seperti yang dinyatakan di sini. Ia meletakkan Malaysia pada kedudukan yang terbaik untuk merealisasikan perjanjian yang telah termaktub dalam menjana transformasi kehidupan dan komuniti kita.
20
Ringkasan Eksekutif
MENJADI SEBUAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI Projek dan inisiatif yang dikenal pasti dalam ETP akan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi di mana PNK akan meningkat dari RM660 bilion dalam 2009 ke RM1.7 trilion pada 2020. Ini bermaksud PNK per kapita akan meningkat dari RM23,700 atau US$6,700 dalam 2009 ke lebih daripada RM48,000 atau US$15,000 pada 2020. Tahap PNK per kapita ini adalah selaras dengan ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana didefinisikan oleh Bank Dunia. Sebanyak 31 peratus daripada pertumbuhan PNK tersebut dijangka akan dijana melalui EPP, termasuk 10 peratus melalui kesan penggandaan tinggi. Peluang perniagaan akan mampu menyampaikan tambahan 33 peratus lagi. Manakala baki 26 peratus pertumbuhan tokokan dijangka akan datang daripada sektor lain (bukan NKEA). Empat NKEA terbesar (Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan; Minyak Sawit serta Pemborongan dan Peruncitan) akan mampu menjana 60 peratus peningkatan pertumbuhan PNK dari 11 sektor NKEA. Peningkatan pertumbuhan PNK dari inisiatif Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dikira secara berasingan untuk mengelakkan pengiraan berganda kerana pendapatan dari 11 sektor NKEA terlibat akan dijana dalam kawasan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.
Membangunkan Ciri-Ciri Ekonomi Pendapatan Tinggi Menjelang 2020, Malaysia bukan sahaja akan mencapai PNK per kapita sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, ia akan juga akan memiliki beberapa ciri-ciri utamanya. Khususnya, struktur ekonomi Malaysia akan berubah dengan ketara: • Perkhidmatan akan menjadi penyumbang lebih besar dalam ekonomi: Pada 2020, sektor perkhidmatan akan menyumbang lebih daripada 65% peratus KDNK, meningkat dari 58 peratus pada 2010; • Penggunaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan: Penggunaan swasta domestik akan menyumbang 59 peratus KDNK pada 2020, berbanding 54 peratus pada 2009. Ini akan menjadikan Malaysia sejajar dengan ekonomi maju yang lain seperti Taiwan dan New Zealand; • Ekonomi yang seimbang akan menyampaikan perkembangan yang lebih mampan: Melalui ETP, struktur ekonomi akan menjadi lebih seimbang dan kurang bergantung pada industri sumber intensif seperti minyak dan gas; dan • Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih bersifat bandar: Populasi yang tinggal di kawasan bandar akan berkembang dari 64 peratus ke 70 peratus dan kebanyakan dari perkembangan ini akan tertumpu di Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.
Program Transformasi Ekonomi 21 Hala Tuju Untuk Malaysia
Walaupun Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan menjadi enjin pertumbuhan utama ekonomi, terdapat juga peluang pertumbuhan di tempat lain dalam negara seperti pembangunan industri solar di Sarawak, pembangunan hab biodiversiti global untuk menarik lebih pelancong ke Sabah dan pengkomersialan penanaman padi serta peningkatan hasil dalam minyak sawit. Malahan, setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia akan dilibatkan oleh EPP, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2. Apabila struktur ekonomi bertukar, profil sektor perniagaan juga akan turut berubah. Malaysia akan mewujudkan beberapa juara nasional dan serantau baru menjelang 2020. Syarikat ini akan memacu pertumbuhan jangka panjang dalam bidang tertentu termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan penjagaan kesihatan. Pada masa yang sama Perusahaan Kecil Sederhana (Small Medium Enterprises atau SME) akan memainkan peranan yang lebih penting merentasi ekonomi. Contohnya, dalam Pendidikan, Pertanian serta Elektrik dan Elektronik, penyertaan SME akan digalakkan secara aktif melalui peruntukan bantuan kewangan dan akses lebih baik kepada penyelidikan dan teknologi serta peningkatan dalam infrastruktur. Gambarajah 2
EPP akan merentasi kawasan bandar dan luar bandar Malaysia PemboMinyak, Perkhidrongan gas dan matan & Peruntenaga Kewangan citan Greater KL/KV Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu
Minyak Sawit
Sekurang-kurangnya 1 EPP dari NKEA yang wujud di negeri
Pelancongan
E&E
Perkhidmatan Perdagangan
CCI
Pendidikan
Pertanian
Kesihatan
22
Ringkasan Eksekutif
Pertumbuhan berpacukan Inovasi dan Produktiviti Pertumbuhan ini membawa pertukaran ketara dalam cara Malaysia melaksanakan perniagaan. Langkah liberalisasi akan menjadi langkah terpenting inisiatif terancang bagi mempromosikan daya saing. Ini adalah penting untuk menarik syarikat-syarikat multinasional ke Greater Kuala Lumpur/Klang Valley bagi membangunkan tapak operasi kewangan serantau dan memberangsangkan perkembangan perkhidmatan kewangan Islam. Ekonomi Malaysia akan didorong oleh inovasi dan anjakan ke arah aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi, seperti produk makanan hiliran yang bermargin tinggi untuk sektor minyak sawit. Di samping perkembangan dan pembangunan inovasi, fokus yang lebih juga akan diberikan kepada kualiti dan peningkatan standard. Contohnya, kualiti latihan kemahiran akan dipertingkatkan melalui badan diterajui oleh industri yang akan menetapkan standard, memansuhkan garis panduan kandungan dan menyelaraskan kurikulum latihan kemahiran merentasi sektor. Selain daripada itu, untuk menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi akan memerlukan peningkatan ketara dalam produktiviti tenaga pekerja. Inisiatif seperti memperkenalkan teknik menuai yang baru di ladang kelapa sawit berpotensi dapat meningkatkan produktiviti tenaga pekerja.
92
Pelaburan Swasta Akan Menjadi Pemangkin Pertumbuhan Pelaburan dalam ekonomi Malaysia pada 2020 akan dipacu dan diterajui oleh sektor swasta. Pelaburan swasta akan menyumbang 92 peratus daripada pelaburan berjumlah RM1.4 trilion yang diperlukan oleh NKEA dari 2010 ke 2020; manakala pembiayaan awam hanyalah 8 peratus. Ini memerlukan pelaburan lebih kurang RM120 setiap tahun daripada sektor swasta, yang merupakan satu peningkatan ketara dari RM72 bilion pada 2010 (Gambarajah 3).
%
daripada pelaburan berjumlah RM1.4 bilion adalah sektor swasta
Program Transformasi Ekonomi 23 Hala Tuju Untuk Malaysia
Gambarajah 3
Malaysia perlu menjanakan peningkatan ketara dalam pelaburan swasta untuk menyampaikan NKEA Tahap pelaburan swasta di Malaysia RM bilion
~120
77
80 65
62
72
Malaysia perlu meningkatan tahap pelaburan swasta purata tahunan dalam 10 tahun berikutnya kepada 60% lebih daripada purata bersejarah
54
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Keperluan purata tahunan 2011-20
1 Keperluan pembiayaan untuk sektor lain ditentukan dengan menggunakan bahagian KDNK 2010 pada keperluan pelaburan swasta 2010
Pelaburan sebanyak 92 peratus ini akan menjadikan Malaysia setara dengan negara berpendapatan tinggi yang lain. Ini bersesuaian dengan peranan baru Kerajaan sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta juga bermakna ekonomi akan mengurangkan pergantungannya kepada pembiayaan awam, yang dikekang oleh keperluan untuk menguruskan kedudukan fiskal negara. Pembiayaan Kerajaan akan disasarkan pada inisiatif yang akan memberi impak PNK yang paling mantap pada setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan. Pelaburan domestik langsung akan mengambil kira 73 peratus daripada jumlah pelaburan swasta dengan 27 peratus dari FDI. Walaupun ianya adalah satu cabaran untuk mencapai tahap pelaburan domestik yang tinggi, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjana pelaburan domestik ini berdasarkan jurang besar antara simpanan dan kadar pelaburan, yang pada masa kini berada pada 22 peratus dan 10 peratus masing-masing.
24
Ringkasan Eksekutif
NKEA Akan Memudahkan Anjakan Ke Arah Lebih Pekerjaan Berpendapatan Sederhana dan Tinggi
3.3
Inisiatif dan pembaharuan dalam ETP direka bentuk untuk menyampaikan pertumbuhan yang akan memanfaatkan ramai rakyat Malaysia. Banyak pekerjaan bergaji lumayan akan diwujudkan. Inisiatif tersebut diunjur akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan. Lebih daripada 60 peratus pekerjaan ini adalah berpendapatan sederhana dan tinggi. Kesan keseluruhannya adalah pertumbuhan ketara dalam pasaran
juta pekerjaan yang menumpu pada pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang 2020 pekerjaan, anjakan ke arah pekerjaan berpendapatan lebih tinggi, pelbagai peluang baru untuk rakyat Malaysia dan pengukuhan dasar kemahiran. Dengan pekerjaan baru yang diwujudkan oleh NKEA dan peningkatan gaji sebenar untuk pekerjaan sedia ada, jumlah pekerja bergaji rendah diunjur akan menurun 43 peratus pada 2020 (dari 57 peratus pada 2009), seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4. Peratusan pekerjaan pendapatan sederhana akan meningkat dari 39 peratus ke 46 peratus dan kadar pekerjaan pendapatan tinggi akan meningkat hampir tiga kali ganda. Pekerjaan baru ini akan menarik bakat dan tenaga kerja asing yang terbaik serta lebih kurang 150,000 diaspora rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di serata dunia. Gambarajah 4
NKEA akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan dengan anjakan ke arah gaji berpendapatan sederhana dan tinggi
KE....
DARI....
3.3 juta pekerjaan baru dari NKEA
Pendapatan tinggi Pendapatan sederhana 4%
39%
Pendapatan tinggi Pendapatan sederhana
2009
46% 57%
Pendapatan rendah SUMBER: Makmal NKEA
11%
2020 43%
Pendapatan rendah
Program Transformasi Ekonomi 25 Hala Tuju Untuk Malaysia
Ini akan mewujudkan satu padanan yang lebih sesuai antara kemahiran yang dituntut oleh pasaran tenaga kerja dengan kemahiran yang dibangunkan. Apa yang diperlukan oleh Malaysia ialah satu kumpulan besar individu terlatih dan cekap yang mempunyai latihan teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan kehendak industri (46 peratus pekerjaan tambahan). Sehubungan dengan itu, pelaburan dalam industri pendidikan di Malaysia direka bentuk untuk menyampaikan peningkatan kuantiti dan kualiti untuk kelayakan vokasional dan teknikal.
PENGURUSAN RISIKO ETP adalah satu program yang bercita-cita tinggi, dan sudah tentunya terdapat pelbagai risiko dalam pelaksanaannya. Risiko paling nyata adalah ketidakcapaian pertumbuhan yang diperlukan dalam pelaburan sektor swasta iaitu sebanyak 12.2 peratus setiap tahun. Oleh kerana 92 peratus modal yang diperlukan untuk ETP diunjurkan datang dari pelaburan swasta, risikonya adalah ekonomi tidak akan tumbuh sejajar dengan sasaran Kerajaan jika pertumbuhan dalam pelaburan tidak menjadi kenyataan. Untuk mengurangkan risiko ini, Kerajaan mengiktirafkan peranan barunya untuk memudahkan pertumbuhan dalam program transformasi yang diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan benar fokus dalam melaksanakan pembaharuan yang dikenal pasti oleh makmal NKEA dan akan mensasar dana kepada EPP supaya dapat merangsangkan pelaburan swasta. Selanjutnya, pensyarikatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Malaysian Industrial Development Authority atau MIDA) akan membantu meningkatkan keupayaan Malaysia menarik pelaburan asing dan merangsang pelaburan domestik. Terdapat juga risiko lain bagi program ini. Ekonomi global tidak dapat diduga dan mungkin tidak akan berkembang secepat 4.5 peratus seperti yang diunjurkan sepanjang 10 tahun. Terdapat had kepada apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko ini. Walau bagaimanapun, ETP menyasar untuk mengimbangkan pertumbuhan eksport dan penggunaan domestik dan ini bererti menguranglan pendedahan Malaysia pada perubahan dalam aktiviti ekonomi global, dan bukan sebaliknya. Terdapat juga potensi risiko di mana pelaksanaan inisiatif akan ditangguhkan. Ini sedang ditangani secara terus oleh Kerajaan. Program pelaksanaan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada EPP yang amat teguh serta pembaharuan yang didorong oleh pasaran yang boleh dilaksanakan. Akauntabiliti yang jelas merentasi keseluruhan sektor Kerajaan bagi penyampaian pembaharuan dan inisiatif yang diperlukan untuk memacukan pertumbuhan akan diwujudkan. Disamping itu, sebuah unit baru yang ditubuhkan di bawah PEMANDU bagi menyokong kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam pemyapaian ETP.
BAGAIMANA KAMI AKAN MENYAMPAIKAN ETP Kejayaan ETP bergantung pada keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan penyampaian sebenar pencapaian yang dijangka. Ini akan memerlukan sektor swasta dan awam bekerjasama dalam satu perkongsian sebenar bagi melaksanakan 131 EPP yang merentasi 12 NKEA.
26
Ringkasan Eksekutif
Ikrar Kami kepada Sektor Swasta Untuk menjayakan penyampaian program berskala besar sebegini memerlukan semua pihak untuk berkerjasama dan berganding bahu dengan cara yang lebih efektif dan relevan ke arah matlamat bersama yang jelas dan utuh. ETP memerlukan sektor swasta untuk memulakan serta melaksanakan projek yang dikenalpasti manakala Kerajaan bertanggungjawab untuk menyokong dan memudahkan implementasinya. Sejajar dengan ini, Kerajaan komited pada satu Ikrar Kepada Sektor Swasta yang khusus dan boleh dilaksanakan.
Ikrar Kerajaan kepada Sektor Swasta • Memastikan pemilikan EPP oleh pihak swasta sebanyak dan dimana mungkin dan dengan itu mengalihkan peranan sektor awam kepada penyedia sokongan dan bantuan; • Mempercepatkan pindaan peraturan, pemansuhan halangan dan penubuhan pemboleh lain yang diperlukan secara spesifik oleh EPP; • Mengelakkan pengerumunan dan penyesakkan pelaburan sektor swasta dan menumpukan pelaburan dana awam hanya sebagai pemangkin; • Memberi kontrak awam untuk pembiayaan EPP dengan menggunakan proses berdasarkan merit, mesra pasaran, telus dan pantas; • Merombak dan menyusun balik struktur operasi dan mandat MIDA supaya mampu menarik pelaburan asing dan domestik dengan efektif untuk EPP yang disasarkan; • Senantiasa mencari dan bertindak dengan responsif ke atas maklum balas sektor swasta; • Menyediakan laporan tahunan untuk menilai impak ETP secara objektif; dan • Mengekalkan ETP sebagai keutamaan negara, memastikan ia diutamakan dari segi perhatian kepimpinan, pembiayaan dan sokongan.
Keseluruhan Kerajaan akan Bersepadu dan Menjadi Rakan Kongsi Sektor Swasta Bagi Memastikan Penyampaian Untuk mencapai kejayaan, kami perlu mengubah EPP menjadi projek yang boleh disampaikan sepenuhnya. Tiga faktor yang kritikal kepada pelaksanaan setiap EPP adalah penyampaian, sokongan dan pembiayaan. Namun demikian, Kerajaan dan sektor swasta akan mempunyai bidang tumpuan yang berlainan bagi memastikan keberkesanan peranan yang dimainkan setiap pihak.
Program Transformasi Ekonomi 27 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tumpuan Kerajaan adalah terutamanya pada penyediaan sokongan dan pembiayaan berimpak tinggi. Peranannya adalah untuk memastikan semua faktor pemboleh adalah tersedia manakala menyingkir dan memansuhkan sebarang halangan dan proses penangguhan. Memainkan peranan melengkapi, tumpuan sektor swasta adalah pada pembiayaan dan penyampaian. Peranannya adalah untuk membiayai EPP dengan pulangan modal tertinggi dalam sektor di mana pengalamannya telah terbukti. Syarikat swasta juga akan bertindak sebagai pemilik utama penyampaian EPP, kecuali dalam beberapa kes di mana adalah lebih neutral bagi Kerajaan untuk memegang hak milik. Manakala sektor swasta akan menerajui penyampaian EPP dan bertanggungjawab untuk membiayai projek ini, ia juga perlu mengenal pasti bidang yang memerlukan sokongan. Oleh itu, keseluruhan agensi Kerajaan terlibat akan berganding tangan dalam memastikan penyampaian EPP secara bersepadu. Di sini terdapat beberapa contoh peranan agensi-agensi Kerajaan: • Kementerian akan lebih banyak memainkan peranan sokongan dalam penyelesaian sebarang isu yang mungkin timbul dalam pelaksanaan EPP. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kementerian yang bertanggungjawab meneraju penyampaian EPP terpilih (berbeza-beza bergantung pada NKEA), terutamanya di mana tiada pemilik sektor swasta yang dikenalpasti; • Pihak pengawal selia (regulators) akan memainkan peranan sokongan. Beberapa EPP mungkin memerlukan pindaan pada peraturan atau insentif yang khusus. Selain itu, pengawal selia akan menyelaras dan menggandingkan sekumpulan pengusaha industri terlibat untuk melaksanakan sesuatu EPP atau sebahagian daripada EPP secara kolektif atau berkumpulan. Mereka juga akan menilai dan mengenalpasti cara untuk mengurangkan risiko projek tersebut. • Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan memperuntuk dan membayar pembiayaan EPP di mana pembiayaan awam diperlukan; • MIDA akan memainkan peranan sokongan untuk kebanyakan EPP dengan menarik pelaburan melalui aktiviti pemasaran dan pembangunan perniagaan yang menyasarkan pelabur asing dan domestik. MIDA juga akan mencari pemilik EPP, merundingkan insentif di mana perlu dan berkhidmat sebagai pusat setempat bagi mendapatkan butiran setiap pelabur. Dalam keadaan tertentu, MIDA mungkin akan menerajui penyampaian tahap pertama EPP secara interim, terutamanya EPP yang bergantung sepenuhnya pada pelaburan asing; • Talent Corporation akan menyediakan sokongan kepada EPP dengan melaksanakan program menarik dan mengekalkan bakat dan tenaga kerja mahir dinegara ini. Sama seperti MIDA, ia bertanggungjawab ke atas penyampaian EPP terpilih, terutamanya EPP yang bergantung tinggi pada penarikan dan ketersediaan bakat dan tenaga kerja mahir; • PEMUDAH (satu pasukan petugas khas untuk memudahkan perniagaan) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia yang distruktur dan dijenamakan semula akan menyediakan sokongan kepada NKEA dengan menyemak dan menyarankan perubahan kepada peraturan dan polisi sedia ada dengan tujuan mengeluarkan peraturan dan kos pematuhan yang tidak diperlukan serta mempertingkatkan kepantasan dan kemudahan penyampaian;
28
Ringkasan Eksekutif
• UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memudahkan perkongsian awam-swasta (public-private partnership atau PPP) akan menyediakan sokongan kepada EPP yang layak untuk menerima pembiayaan melalui Dana Fasilitasi dan penstrukturan PPP di mana relevan; dan • Entiti pelaburan berkaitan Kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) akan menyediakan sokongan pembiayaan dengan melabur bersama dalam EPP yang memenuhi pelaburan kriteria mereka.
Unit ETP telah ditubuhkan untuk Memudahkan Pelaksanaan dan Penyampaian Saiz dan bidang rangkuman luas (scope) program transformasi memerlukan sekumpulan pasukan fasilitasi pusat untuk menghubungkan unit kerajaan yang berbeza, menyediakan kesinambungan dengan sektor swasta dan menyediakan platform bagi penyelesaian isu yang timbul sepanjang pelaksanaan. Program akan dipacu oleh Unit ETP, yang merupakan satu bahagian unit PEMANDU. Unit ETP akan berfungsi sebagai sebuah bahagian bersendiri dengan kakitangan khusus sepenuh masa, yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU. Mandat Unit ETP akan memerlukan penglibatannya merentasi banyak aspek penyampaian ETP. Peranan utamanya termasuk pembentukkan ETP dan penyelesaian isu yang timbul semasa pelaksanaan, memobilisasikan pelaburan dengan mempertemukan pihak berkenaan dan meningkatkan tekanan prestasi bagi menggiatkan penyampaian. Selain daripada itu, Unit ETP akan memantau terus kemajuan EPP dan memastikan akauntabiliti pada kedua-dua pemilik projek iaittu syarikat swasta serta institusi kerajaan yang menyokong dapat dipenuhi. Akhirnya, unit tersebut akan bertanggungjawab untuk membuat laporan berkala dan telus merentasi NKEA dan keseluruhan ETP. Unit ETP akan menubuhkan kerjasama dan perkongsian mantap dengan EPU bagi memastikan penjajaran tepat dalam peruntukan dan pembiayaan program. Ini termasuk pembiayaan terus kepada EPP dan pemboleh yang dikenalpasti. EPU juga akan memastikan keperluan pembiayaan ETP dimasukkan ke dalam rancangan pembiayaan berterusan dua tahunan dan Rancangan Malaysia Kesebelas.
Pemantauan Prestasi dan Laporan NKEA Saiz dan bidang rangkuman luas program transformasi memerlukan setiap EPP mempunyai akauntabiliti pemilikan yang jelas. Setiap NKEA mempunyai struktur pentadbiran yang teguh dan pemantauan aktif serta laporan kemajuan merentasi keseluruhan program. Manakala pentadbiran khusus tertentu mungkin berbeza sedikit diantara NKEA, terdapat dua elemen struktur yang sama. Pertama, EPP akan mempunyai titik akauntabiliti tunggal terutamanya dalam kebanyakan EPP yangmempunyai pemilik sedia ada dari sektor swasta, kecuali kes atau EPP di mana pemilik sektor awam adalah lebih sesuai. Setiap pemilik EPP akan bertanggungjawab bagi mencapai setiap tanda pencapaian yang dikenal pasti oleh kumpulan makmal ETP.
Program Transformasi Ekonomi 29 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kedua, akan terdapat struktur pentadbiran menyeluruh merentasi NKEA. Pada akhirnya setiap NKEA akan melapor kepada Perdana Menteri. Terdapat juga Jawatankuasa Pemandu yang akan menyelia pencapaian keseluruhan PNK, sasaran pewujudan peluang pekerjaan untuk setiap NKEA dan bekerjasama dengan pemilik EPP bagi memastikan tanda pencapaian utama projek dicapai. Jawatankuasa Pemandu setiap NKEA akan dipengerusikan oleh Menteri Pemimpin berkaitan yang bertanggungjawab untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pencapaian ini akan dikaitkan dan diseleraskan sebagai pencapaian KPI setiap Menteri Pemimpin terlibat. Jawatankuasa Pemandu akan pada lazimnya merangkumi wakil kanan daripada sektor Kerajaan dan swasta. Pemilik EPP akan ditugaskan melaksanakan projek, merunding dan memaklumkan Unit ETP jikalau terdapat isu berbangkit dan melaporkan kemajuan kepada Jawatankuasa Pemandu setiap NKEA.
Memperuntukkan Pembiayaan untuk Mencapai Impak Tertinggi Manakala sektor swasta bertanggungjawab untuk memacu dan membiayai sebahagian besar ETP, dana awam akan memain peranan yang penting bagi memangkinkan pelaburan dalam bidang yang memerlukan sokongan tambahan. Kami komited untuk menjaga sumber awam sebaiknya dengan hanya memperuntukkan pembiayaan menurut prinsip penyampaian kami yang telah ditetapkan. Berasaskan prinsip ini, kami akan memastikan dana awam diutamakan berasaskan impak PNK, diperuntukkan kepada pemilik yang dipilih secara telus berdasar pada merit serta kebolehan dan akan diagihkan mengikut prestasi yang dinilaikan atas tanda pencapaian dan penunjuk prestasi utama. Mengutamakan pembiayaan awam mengikut projek pulangan tinggi NKEA telah dipilih dengan teliti dan setiap satu mempunyai impak material yang ketara pada PNK negara. Oleh itu, kami merancang untuk menumpukan belanjawan pembangunan negara dalam sektor-sektor ETP bagi memastikan ia mempunyai pembiayaan yang diperlukan untuk merealisasikan kejayaannya. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan penjanaan PNK bagi setiap ringgit awam yang dilaburkan Memilih pemilik dengan telus berdasarkan pada merit Satu unsur penting program ialah memastikan dana awam diagihkan melalui satu proses yang telus dan berdasarkan pada merit. Kebanyakan daripada EPP tidak akan memerlukan pembiayaan Kerajaan dan adalah terbuka kepada mana-mana syarikat yang memilih untuk mengambil peluang tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana EPP memerlukan pembiayaan awam, Kerajaan akan menjalankan satu proses pembidaan telus yang mematuhi proses penilaian terperinci berdasarkan kepada merit dan kriteria yang ditetapkan dan digunapakai oleh Kementerian Kewangan. Mengagihkan dana berdasarkan pada prestasi Jawatankuasa Pemandu ditugaskan dengan akauntabiliti muktamad untuk memastikan pembiayaan awam diagihkan dalam setiap NKEA sebagai ganjaran berasaskan prestasi pencapaian yang dilaksanakan. Oleh itu, pembiayaan berterusan akan hanya diagihkan kepada EPP di mana prestasi pencapaian adalah selaras dengan tanda pencapaian yang telah ditakrifkan oleh makmal ETP. Dalam kes di mana tanda pencapaian tidak tercapai pada masa yang ditentukan, Jawatankuasa Pemandu mempunyai tanggungjawab untuk menukar terma pembiayaan awam, atau menarik balik mana-mana pembiayaan masa hadapan.
30
Ringkasan Eksekutif
Pembiayaan berterusan dan menawan peluang pertumbuhan masa depan Pembiayaan untuk ETP seperti yang diluluskan oleh Kabinet telah diperolehi dan akan diperuntukan dalam satu siri tranche berterusan. Tranche pertama dana untuk 2011 hingga 2012 telah diluluskan oleh Parlimen pada Oktober 2010. Dana untuk 2013 hingga 2015 akan diluluskan pada 2012 semasa kitaran perancangan dua tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pembiayaan program dari 2015 hingga 2018 akan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Akhirnya, pembiayaan untuk 2018 hingga 2020 akan diluluskan pada 2017. Sepanjang masa ini kami mempunyai fleksibiliti untuk mengimbang semula pembiayaan untuk NKEA dan EPP sementara menghadkan jumlah maksimum NKEA yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kepada 12. Sektor terpilih NKEA terkini mencerminkan bidang yang mempunyai unjuran pertumbuhan PNK tertinggi pada 2020. Besar kemungkinan akan terdapat pertumbuhan ketara dalam sektor bukan NKEA lain pada masa akan datang akibat daripada perubahan pasaran dan persekitaran. Tambahan pula, mungkin terdapat kes di mana EPP akan dikeluarkan daripada program jika ia tidak memenuhi sasaran pekerjaan dan PNK. Untuk mengimbangkan semula set NKEA dan EPP, Unit ETP mungkin mengesyorkan pelaksanaan proses makmal baru, jika dianggap perlu. Proses ini akan mempertemukan peserta dari sektor awam dan swasta dan akan dimaklumkan kepada masyarakat awam dengan telus dalam semangat ETP yang kukuh dan
131 berterusan.
Projek Permulaan Yang Kukuh
Program Transformasi Ekonomi 31 Hala Tuju Untuk Malaysia
IMPAK MENINGKAT PNK BERJUMLAH RM0.8 TRILION DISAMPAIKAN DARIPADA EPP, PELUANG PERNIAGAAN DAN KESAN PENGGANDAAN TINGGI ETP akan mengubah ekonomi Malaysia dan menyampaikan PNK yang meningkat seperti yang dikehendaki untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020 (Gambarajah 5). Bahagian berikut menggariskan program untuk setiap 12 NKEA. Gambarajah 5
Impak meningkat PNK dan pekerjaan baru yang diwujudkan daripada 12 NKEA pada 2020 Peningkatan tokokan PNK (2020) RM juta 131
Minyak, Gas & Tenaga Minyak Sawit
125
Pemborongan & Peruncitan
275 595
67
Perkhidmatan & Perniagaan
497
59
246
53
E&E
1
42
108
Pelancongan
CCI
36
Penjagaan Kesihatan
35
Pendidikan
34
Greater KL/KV1
52
121
Perkhidmatan Kewangan
Pertanian
Pekerjaan Baru yang diwujudkan (2020) Ribu
157 43 181 536
29
75 392
553
Greater KL/KV dikira berasingan untuk mengelak pengiraan berganda kerana sebahagian daripada pendapatan dari NKEA adalah dijanakan dalam kawasan Greater KL/KV
32
Ringkasan Eksekutif
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Di mana kita sekarang Greater KL/KV terkenal dimata dunia sebagai salah satu bandar ikonik di Asia Tenggara. Ia memaparkan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Berkembar PETRONAS, gabungan pelbagai kebudayaan dan warisan yang unik, satu rangkaian jalan yang meluas serta perkhidmatan asas berkualiti tinggi seperti air dan elektrik. Walau bagaimanapun, ia menghadapi persaingan sengit dari bandar raya jirannya yang lain untuk menarik bakat dan syarikat-syarikat multinasional. Ia ketinggalan dari segi kesesuaian untuk didiami berbanding bandar raya lain di Asia. Sistem pengangkutan awam masih tidak mencukupi dan banyak aset semula jadi masih belum diusahakan. Wawasan untuk masa hadapan Wawasan NKEA Greater KL/KV boleh diringkaskan sebagai 20-20 menjelang 2020 – iaitu, menjadi sebuah bandar raya yang sekaligus mencapai kedudukan 20 tempat teratas dalam pertumbuhan ekonomi bandar raya (seperti yang ditakrifkan oleh kadar pertumbuhan KDNK bandar raya) serta menjadi antara 20 bandar raya global yang paling sesuai untuk didiami pada 2020. Sasaran dan aspirasi Aspirasi ekonomi kami adalah untuk mengembangkan sumbangan PNK dari lebih kurang RM258 bilion ke RM650 bilion setiap tahun. Ini akan meningkatkan bahagian sumbangan PNK dari lebih kurang 30 peratus PNK negara ke lebih kurang 40 peratus. Pertumbuhan aktiviti ekonomi Greater KL/KV akan meningkatkan jumlah pekerjaan dari 2.5 juta pada 2010 ke 4.2 juta pada 2020. Aspirasi tambahan termasuk meningkatkan PNK per kapita dari RM40,000 ke RM70,000 setiap tahun, mencapai kedudukan 20 tempat teratas dalam tinjauan Indeks EIU Liveability dan pertumbuhan populasi dari 6 ke 10 juta dengan tumpuan pada pertumbuhan bakat atau tenaga kerja asing dari 9 peratus ke 20 peratus daripada jumlah populasi. Sembilan EPP dari empat dimensi utama telah dikenal pasti untuk menyampaikan aspirasi Greater KL/KV:
1 Greater KL/KV sebagai sebuah magnet. Syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional
dinamik yang merupakan pemimpin baru dalam subsektor sasaran akan diberi galakan untuk
menempatkan ibu pejabat global atau serantau mereka di Greater KL/KV. Ini akan disokong oleh
program imigrasi dalaman dan luar untuk menambahkan populasi Greater KL/KV ke 10 juta
menjelang 2020, dengan tumpuan pada pekerjaan bernilai tinggi.
2 Kesalinghubungan Greater KL/KV: Kesalinghubungan serantau akan dipercepatkan
dengan pelancaran satu sistem keretapi berkelajuan tinggi untuk menghubungkan Greater KL/KV
dan Singapura. Pada masa yang sama, kesalinghubungan antara bandar akan diperbaiki melalui
sistem pengangkutan gerak cepat (mass rapid transit system).
3 Tempat baru di Greater KL/KV: Destinasi yang berpotensi besar dalam Greater KL/KV
akan dikenal pasti sebagai tempat tarikan dan akan dinaikkan taraf bagi meningkatkan kesesuaian
kediaman para penduduk di samping menarik pelancong serta penghijrah yang ingin melawat atau
berpindah ke Greater KL/KV. Contohnya, pusat bandar Kuala Lumpur diberkati dengan dua
batang sungai dan tebing air bernilai yang boleh digunakan sebagai pusat peruncitan dan komersial.
Tambahan pula, kami akan meningkatkan jumlah kawasan hijau yang penting kepada peningkatan
Program Transformasi Ekonomi 33 Hala Tuju Untuk Malaysia
kualiti hidup keseluruhan bandar raya. Selain itu, Greater KL/KV juga mempunyai banyak aset
semula jadi yang dapat diungkilkan sebagai tempat-tempat tarikan (contohnya tapak Penjara Pudu
dengan pintu gerbang ikoniknya). Pembangunan semula strategik dengan sempadan yang ditakrifkan
dengan terperinci mempunyai potensi untuk mewujudkan lebih banyak tempat ikonik dalam Greater
KL/KV.
4 Perkhidmatan dipertingkatkan di Greater KL/KV: Jurang dalam perkhidmatan asas akan
diutarakan bagi memastikan sebuah bandar raya yang berfungsi dengan baik dan sesuai untuk
didiami. Laluan pejalan kaki dalam bandar raya KL serba kekurangan dan tidak diintegrasikan.
Pembaikannya bukan sahaja akan meningkatkan kesesuaian untuk didiami, malah ia juga dapat
memajukan potensi komersial dan pelancongan. Kami juga akan memperbaiki penyediaan
pengurusan kutipan dan pemprosesan sisa pepejal yang mencukupi.
Membolehkan pertumbuhan EPP Greater KL/KV akan memerlukan pembiayaan kumulatif atau terkumpul berjumlah RM172 bilion dari 2010 hingga 2020 di mana 34 peratus dijangka datang daripada sektor awam.
Minyak, Gas dan Tenaga Di mana kita sekarang Sektor minyak, gas dan tenaga adalah tulang belakang pertumbuhan Malaysia dan menyumbangkan lebih kurang 20 peratus KDNK negara. Dengan prospek penyusutan pengeluaran dari asas aset yang matang, kami perlu mencari peluang-peluang merentasi sektor untuk mencapai sasaran pertumbuhan tahunan sebenar sambil menyediakan platform tenaga mampan. Wawasan untuk masa hadapan Menjelang 2020, Malaysia akan mempunyai sektor minyak, gas dan tenaga terpelbagai yang kekal penting kepada pembangunan kita, yang bersandarkan pada kelebihan daya saing negara. Satu pendorong utama adalah penambahan eksplorasi dan peningkatan pengeluaran dari simpanan domestik. Kami juga akan membangunkan perkhidmatan dan hab peralatan medan minyak serantau yang mantap dan mempunyai kehadiran ketara dalam pasaran logistik pertengahan dan aktiviti huluan. Akhirnya, Malaysia mempunyai potensi untuk membangunkan sumber tenaga alternatif seperti nuklear, solar dan hidro bagi mengatasi penyusutan dalam pengeluaran gas asli domestik. Sasaran dan aspirasi NKEA Minyak, Gas dan Tenaga disasar akan meningkatkan jumlah sumbangan PNK ke RM241 bilion pada 2020 dari RM110 bilion pada 2009. Pada dasar produktiviti sedia ada, penyusutan lazim sebanyak 2 peratus dalam pengeluaran minyak dan gas telah dianggarkan. Oleh itu, sasaran PNK memerlukan NKEA berkembang tinggi pada kadar 5 peratus. Untuk mencapai sasaran ini, 52,300 pekerjaan tambahan akan diwujudkan. Sebahagian besar pekerjaan ini adalah pekerjaan berkemahiran tinggi dengan anggaran 21,000 pekerjaan untuk profesional berkelayakan seperti jurutera dan ahli geologi di mana gaji bulanan adalah dalam lingkungan RM5,000 hingga RM10,000. Sejumlah 12 projek permulaan akan dibangunkan merentasi empat tema bagi meningkatkan pengeluaran sektor ini serta memenuhi permintaan tenaga sepanjang jangka masa 10 tahun akan datang:
34
Ringkasan Eksekutif
1 Memampankan pengeluaran minyak dan gas: Tiga EPP akan mengatasi penyusutan sebanyak
1 hingga 2 peratus yang diunjurkan dalam pengeluaran minyak dan gas domestik – menawan nilai
dari medan matang melalui peningkatan penerokaan minyak, menggunakan penyelesaian inovatif
untuk membangunkan medan kecil dan mempertingkatkan aktiviti eksplorasi kami.
2 Mempertingkatkan pertumbuhan bahagian hiliran: Malaysia dapat menawan nilai yang
diwujudkan dari peningkatan aliran minyak mentah antarabangsa dan produk ditapis dengan
membina hab simpanan minyak serantau sambil membangunkan terminal penggas semula untuk
gas cair asli yang diimport.
3 Menjadikan Malaysia hab nombor satu di Asia untuk perkhidmatan medan minyak:
Malaysia boleh menarik minat syarikat multinasional, menggabungkan syarikat fabrikasi domestik
supaya meningkatkan daya tarikan mereka untuk meraih kontrak utama dan bekerjasama dengan
syarikat bertaraf antarabangsa bagi mewujudkan kehadiran dalam rantaian nilai dari segi pembinaan
dan pemasangan.
4 Membina platform tenaga mampan untuk pertumbuhan: Malaysia akan mempelbagaikan
sumber tenaganya melampaui gas untuk menjana pertumbuhan di samping memenuhi komitmen
untuk mengurangkan pengeluaran karbon. Sumber alternatif seperti solar dan kuasa nuklear
akan dibangunkan dan pada masa yang sama, langkah mempercekapkan guna tenaga akan
dilaksanakan. Membolehkan pertumbuhan Bagi mencapai sasaran dan cita-cita yang tinggi ini, kita memerlukan pembiayaan berjumlah RM218 bilion. Dari jumlah ini, sektor awam akan menyumbang kurang dari 1 peratus. Tambahan daripada ini, RM64 bilion akan diperlukan untuk mengimbangi kemerosotan semasa dalam pengeluaran minyak, manakala pengagihan balik (rebate) cukai sebanyak RM12 bilion mungkin diperlukan bagi meningkatkan kecekapan tenaga. Tiga pemboleh utama perlu disediakan bagi memastikan pencapaian sasaran kita. Ini adalah penyediaan sokongan pelaburan efektif bagi memastikan aktiviti menarik pelabur dijalankan secara aktif dan urus janji dilaksanakan; memastikan pelabur dapat membawa bakat asing yang dikehendaki; memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pembekalan graduan untuk memenuhi lebih kurang 21,000 pekerjaan baru yang diwujudkan pada atau di atas tahap siswazah pada 2020.
Perkhidmatan Kewangan Di mana kita sekarang Kepentingan perkhidmatan kewangan kepada ekonomi Malaysia semakin meningkat sepanjang dekad yang lalu, di mana sumbangan KDNK bahagian sektor perkhidmatan kewangan telah meningkat dari purata 9.9 peratus KDNK di antara 2000 dan 2005 ke purata 10.9 peratus sepanjang tempoh 2006 hingga 2009. Walau bagaimanapun, sektor ini menghadapi cabaran kritikal termasuk kekurangan skala, kekurangan kecairan dan kepelbagaian dalam pasaran modal, kecelikan kewangan yang rendah dan persaingan dari pusat kewangan serantau seperti Singapura, Hong Kong serta persaingan yang semakin meningkat dari Indonesia.
Program Transformasi Ekonomi 35 Hala Tuju Untuk Malaysia
Wawasan untuk masa hadapan Kami menyasar untuk mengembangkan sektor perkhidmatan kewangan Malaysia untuk memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna dalam ekonomi berpendapatan tinggi dan untuk meningkatkan pendalaman serta memperluaskan bahagian pasaran serantau dan global dalam bidang terpilih. Sasaran dan aspirasi NKEA Perkhidmatan Kewangan disasar untuk meningkatkan jumlah sumbangan PNK sebanyak RM121 bilion untuk mencapai RM180 bilion pada 2020. Tambahan pula, melalui NKEA ini, lebih 275,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan, di mana 56 peratus daripadanya akan menawarkan pendapatan purata melebihi RM4,000 setiap bulan. Untuk mencapai wawasan ini, kami telah mengenal pasti satu portfolio EPP untuk sektor perkhidmatan kewangan mengikut empat pendorong strategik.
1 Mengukuhkan teras: Kami akan memastikan semua aspek industri kekal sihat dan giat
serta berkemampuan untuk menyokong keperluan perniagaan dan pengguna dengan efektif dan
efisien. Ini bermakna menggiatkan semula pasaran modal, mendalam dan melebarkan pasaran bon,
mentransformasikan pembangunan institusi kewangan dan mewujudkan ekosistem bayaran berintegrasi.
2 Memenuhi keperluan populasi berpendapatan tinggi: Kami akan mengembangkan produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan bagi memenuhi perubahan keperluan
warganegara dan penduduk-penduduk, selaras dengan peralihan negara ke status berpendapatan
tinggi. Ini bermakna menginsuranskan populasi, memesatkan pertumbuhan industri persaraan
swasta dan mendorong perkembangan industri pengurusan harta kami.
3 Membangunkan sektor pertumbuhan baru: Kami akan memupuk sektor-sektor baru
untuk pertumbuhan, bermula dengan pemecutan dan kemudian memampankan industri pengurusan
aset yang penting.
4 Meneruskan usaha ‘serangan’: Kami akan menggalakkan institusi kewangan untuk
mengambil tindakan ‘serangan’ secara proaktif dan memasuki pasaran luar bagi meneruskan
pertumbuhan mereka. Ini bermakna membangunkan juara bank serantau dan menjadi hab kewangan
Islam global yang tidak dapat dipertikaikan
Membolehkan perkembangan Mencapai sasaran pertumbuhan sektor perkhidmatan kewangan sebanyak tiga kali ganda pada 2020 akan memerlukan pembiayaan kumulatif atau terkumpul berjumlah RM211 bilion untuk 10 tahun akan datang. Sektor awam dijangka menyediakan 4 peratus daripada pelaburan ini. Kesemua inisiatif ini didasari oleh halangan industri yang meluas yang perlu diutarakan dan ditangani dengan segera Kegagalan berbuat demikian mungkin membawa kepada ketidakcapaian aspirasi. Ini termasuk mengusahakan dan menghasilkan cara berkesan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menarik untuk modal antarabangsa dan jangka panjang, meningkatkan daya tarikan, membangun dan mengekalkan bakat, menganjurkan persekitaran regulatori tanpa batas, meningkatkan daya saing cukai dan membangunkan reputasi atau jenama Malaysia dalam perkhidmatan kewangan.
36
Ringkasan Eksekutif
Pemborongan dan Peruncitan Di mana kita sekarang Sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia (selepas ini akan diringkaskan kepada peruncitan) adalah penyumbang signifikan kepada PNK. Ia menyumbangkan lebih kurang RM57 bilion kepada PNK pada 2009 dan menyediakan sebanyak 500,000 pekerjaan. Untuk mencapai sasaran PNK 2020, peruncitan akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik yang seterusnya akan menerajui pertumbuhan ekonomi. Dalam tahun kebelakangan ini, peruncitan telah mengalami kemerosotan. Contohnya, Indeks AT Kearney’s Global Retail Development menempatkan sektor peruncitan Malaysia di tempat ke-17 antara 30 ekonomi baru pada 2010. Ini merupakan penurunan dari tempat ke-10 pada 2009 dan tempat ke-8 pada 2008. Wawasan untuk masa hadapan Kami menyasar untuk meningkatkan kepentingan peruncitan sebagai pendorong penggunaan domestik, dengan itu, kami perlu menangani kemerosotan dalam sektor ini. Kami menyasar untuk menggandakan sumbangannya kepada PNK menjelang 2020. Sasaran dan aspirasi Kami menyasar NKEA Peruncitan dapat meningkatkan sumbangan PNK sebanyak RM108 bilion untuk mencapai jumlah sumbangan RM165 bilion setiap tahun pada 2020. EPP NKEA Peruncitan akan mewujudkan 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang. Dari ini, 7,800 adalah jawatan pengurusan kanan, 11,600 pengurusan, 19,000 profesional dan teknikal, 19,000 eksekutif, 37,000 penyelia, 18,000 kerani dan yang lain dalam bahagian pengendalian. Selain daripada ini, peluang perniagaan akan mewujudkan 225,000 pekerjaan tambahan. Sejumlah 13 EPP telah dibangunkan merentasi lima tema untuk menyampaikan pertumbuhan PNK dalam sektor peruncitan:
1 Pengembangan kejayaan perniagaan peruncitan yang besar: Kami akan menyokong
pengembangan perniagaan peruncitan besar seperti pasar raya besar, kawasan membeli belah
dan jalan besar berhias. Dengan berbuat demikian, kami akan memberi tumpuan khas kepada
syarikat peruncitan tempatan besar dalam usaha mereka untuk berkembang di dalam dan luar negara.
2 Memodenkan perniagaan peruncitan kecil dan sederhana: Kami akan mengurangkan kesan
pengembangan kedai format besar ke atas pengusaha runcit tempatan kecil dan sederhana dengan
menyokong transformasi tahap kecekapan dan perkhidmatan mereka. Ini akan merangkumi peruncit
kecil (seperti pekedai runcit), peniaga pasaran, bengkel automatif dan pusat makanan.
3 Memansuhkan duti import untuk menggalak perbelanjaan runcit: Kami akan menjadikan
kebanyakan produk peruncitan import bebas cukai, dengan itu, menjadikannya lebih murah kepada
pengguna dan seterusnya meningkatkan penggunaan.
Program Transformasi Ekonomi 37 Hala Tuju Untuk Malaysia
4 Merangsangkan perbelanjaan runcit para pelancong: Kami akan menambahkan inisiatif
untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong tempatan dan asing bagi barangan dan perkhidmatan.
Ini adalah melalui penubuhan tempat peranginan, kesihatan, mengadakan jualan tahunan bersepadu
dan meningkatkan transformasi KLIA kepada hab peruncitan.
5 Memperluaskan pendapatan dari peruncitan dalam talian: Kami akan menggalakkan
pengembangan peruncitan dalam talian dengan membangunkan platform tempatan. Ini akan
membantu peruncit tempatan dalam pengedaran barangan mereka di samping memadankan
mereka dengan pencarian pengguna.
Membolehkan pertumbuhan Jumlah pembiayaan yang diperlukan oleh NKEA Peruncitan adalah RM255 bilion di mana hampir 100 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta. Pemboleh awam akan disediakan bagi memudahkan para peruncit menjalankan perniagaan, dan pada masa yang sama, meningkatkan tahap persaingan dan pilihan bagi pengguna. Pemboleh ini adalah dalam bidang yang dapat meningkatkan sumber dan akses pembiayaan, dengan itu melonggarkan lagi sektor peruncitan bagi memudahkan pembangunan dan pengembangannya, di samping mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan dan menambahkan modal insan dalam sektor ini.
Minyak Sawit Di mana kita sekarang Industri minyak sawit Malaysia adalah penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara dan pada masa kini menyumbang sebanyak RM53 bilion kepada PNK negara. Industri ini merentangi rantaian nilai dari ladang huluan ke pemprosesan hiliran. Usaha pembangunan kebanyakannya dipacu oleh sektor swasta dan kekal cenderung pada aktiviti huluan. Walau bagaimanapun, tanah sedia ada adalah terhad untuk meluaskan ladang-ladang, dengan itu, Malaysia perlu meningkatkan produktiviti huluan sambil menawan penuh potensi serta peluang hiliran sedia ada bagi mengekalkan pertumbuhan mampan dalam sektor ini. Wawasan untuk masa hadapan Minyak sawit akan kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia untuk 10 tahun akan datang. Ini adalah berasaskan pada satu set kelebihan teras sedia ada termasuk permintaan relatif yang meningkat di dunia berbanding dengan barangan pengganti, pengeluaran minyak yang terus meningkat untuk setiap hektar berbanding dengan penggantinya, kelebihan yang ketara dalam hasil dan kualiti berbanding dengan negara pesaing seperti Indonesia dan persekitaran regulatori yang kondusif. Ini akan dilengkapi dengan produktiviti yang lebih baik melalui mekanisasi dan kehadiran teguh dalam segmen hiliran yang menguntungkan.
38
Ringkasan Eksekutif
Sasaran dan aspirasi NKEA Minyak Sawit disasar akan meningkatkan jumlah sumbangan PNK sebanyak RM126 bilion untuk menjangkau RM178 bilion pada 2020. Dengan pencapaian ini, 41,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan di mana 40 peratus merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan purata sebulan sebanyak RM6,000. NKEA merancang untuk melaksanakan lapan teras EPP yang merentangi rantai nilai minyak sawit:
1 Produktiviti dan kemampanan huluan: EPP ini akan tertumpu pada peningkatan produktiviti
huluan dan mentransformasikan ladang kelapa sawit Malaysia dengan mempercepatkan penanaman
semula kelapa sawit matang, memekanisasikan ladang menggunakan peralatan seperti Cantas TM,
menguatkuasakan amalan terbaik bagi meningkatkan hasil tandan buah segar, melaksanakan
parameter kawalan kualiti ketat bagi meningkatkan kadar pengekstrakan minyak dan
membangunkan kemudahan biogas di kilang minyak bagi menangkap gas metana yang dikeluarkan
semasa proses pengilangan.
2 Pengembangan dan kemampanan hiliran: EPP ini disasarkan untuk menawan segmen hiliran
yang menguntungkan di mana Malaysia tidak mempunyai pengalaman luas. Tumpuan akan diberikan
pada pembangunan segmen pengeluaran selesai atau hampir selesai yang menjana nilai tinggi
termasuk oleo-derivatif dan segmen makanan dan kesihatan terpilih , serta pengkomersialan bahan
api bio generasi kedua yang dihasilkan daripada biomas yang dijanakan oleh industri.
Membolehkan pertumbuhan Untuk mencapai aspirasi kami, pembiayaan kumulatif atau terkumpul sebanyak RM124 bilion untuk 10 tahun berikut akan diperlukan, di mana 98 peratus daripada pembiayaan tersebut adalah daripada sektor swasta. Jumlah pembiayaan awam untuk perbelanjaan modal dijangka berjumlah RM2.9 bilion dengan tambahan RM2.7 bilion dalam bentuk insentif cukai, pinjaman mudah dan insentif tunai bagi mempromosikan pembangunan sektor swasta dalam sektor hiliran. Terdapat juga tiga pemboleh utama yang mesti diwujudkan termasuk penambahan jumlah kursus universiti dan para siswazah dalam kejuruteraan kimia, kejuruteraan bio dan kursus berkaitan bagi memenuhi permintaan hampir 80,000 kakitangan mahir; melanjutkan program Brain Gain Malaysia kepada diaspora Malaysia yang merupakan saintis pemakanan dan pakar pemasaran barangan pengguna di syarikat hiliran makanan dan bukan makanan utama global; dan syarikat serta agensi Kerajaan seperti Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia perlu memainkan peranan utama dalam mengumpul matlumat seperti perisikan perniagaan dan perisikan produk bagi memastikan kekekalan kami sebagai peneraju industri.
Pelancongan Di mana kita sekarang Malaysia adalah salah satu daripada destinasi pelancongan utama dunia, dalam 10 ketibaan teratas dan 15 teratas dari segi resit global. Pelancongan adalah industri kelima terbesar negara, di mana ia menjanakan RM37 bilion kepada PNK pada 2009. Industri dijangka akan terus berkembang dengan peningkatan ketibaan berterusan pelancong dari 24 juta pada 2009 ke 36 juta pada 2020.
Program Transformasi Ekonomi 39 Hala Tuju Untuk Malaysia
Wawasan untuk masa hadapan Pertumbuhan Malaysia dalam pelancongan kebanyakannya bergantung pada peningkatan ketibaan dan bukan pada hasil: 75 peratus pertumbuhan adalah dari peningkatan ketibaan dan 25 peratus dari peningkatan hasil. Untuk mara ke hadapan, kita mesti menumpu pada penumbuhan hasil. Bagi menarik segmen hasil yang lebih tinggi, kita perlu membangun dan menaikkan penawaran dan perkhidmatan serta mempertingkatkan kesalinghubungan ke pasaran utama kita. Sasaran dan aspirasi Industri pelancongan disasar untuk meningkatkan jumlah sumbangan PNK sebanyak RM67 bilion untuk mencapai RM104 bilion pada 2020. Ini akan memerlukan sektor untuk meningkat tiga kali ganda daripada kedudukan permulaannya sebanyak RM37 bilion pada 2009. Peningkatan tokokan ini didorong oleh 12 EPP yang akan menyampaikan RM28.4 bilion dalam penambahan PNK dan tiga peluang perniagaan yang akan menyampaikan RM28.6 bilion dalam penambahan PNK. Dalam pencapaian ini, 497,00 pekerjaan tambahan akan diwujudkan. Sejumlah 12 EPP telah dibangunkan merentasi enam tema untuk menyampaikan keputusan ketara dalam jangka masa 10 tahun:
1 Kemewahan yang mampu: Membeli-belah kini mengambil kira 28 peratus dari jumlah resit
pelancongan kita berbanding dengan 35 peratus di Singapura dan 57 peratus di Hong Kong. Kami
akan meletakkan negara sebagai destinasi membeli-belah dan mensasar untuk meningkatkan resit
membeli-belah ke 35 peratus pada 2020.
2 Pengembaraan alam semula jadi: Malaysia bertujuan untuk menjadi salah satu negara
terunggul di dunia dalam tawaran biodiversiti. Kami menyasar untuk mewujudkan rangkaian tapak
biodiversiti bertaraf antarabangsa yang berbeza. Ia akan dibangun dan/atau dipulihkan supaya para
pelancong dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pemulihan.
3 Keriangan keluarga: Tema ini terutamanya menyasar kelas pertengahan dari India, China dan
Timur Tengah yang sedang berkembang dengan pesat. Ia mewakili lebih kurang 48 peratus daripada
populasi dunia tetapi hanya 13 peratus daripada pelepasan pelancongan global, dan menawarkan
mereka satu destinasi di Asia Tenggara untuk hiburan keluarga.
4 Acara, hiburan, spa dan sukan: Malaysia ketinggalan di belakang negera jirannya dalam jumlah
dan kepelbagaian acara serta tawaran hiburan malam. Menjadi tuan rumah untuk acara antarabangsa
dan mempromosikan hiburan malam yang giat diperlukan untuk menarik pelancong di samping
merangsangkan industri pelancongan.
5 Pelancongan perniagaan: Pelancongan perniagaan mewakili sebahagian kecil dari industri kita
dengan hanya 5 peratus jumlah ketibaan dan 19 peratus dari resit (2009). Ini tidaklah seperti
Singapura yang menerima 30 peratus ketibaan pelancong dan 40 peratus resit. Kami yakin segmen
ini berpotensi untuk berkembang dengan lebih lanjut.
Projek bertema silang – Kesalinghubungan perjalanan tempoh sederhana dan hotel berkualiti lebih baik: Dua projek bertema silang akan menyokong penyampaian projek yang lain: Mempertingkatkan kesalinghubungan untuk pasaran perjalanan tempoh sederhana dan meningkatkan kadar, pilihan dan kualiti hotel kita.
40
Ringkasan Eksekutif
Membolehkan pertumbuhan Untuk mencapai aspirasi kami, sebanyak RM204 bilion dalam pembiayaan diperlukan untuk 10 tahun akan datang. Dari pembiayaan ini, hanya 2 peratus dijangka akan datang dari sektor awam. Kami telah mengenal pasti empat pemboleh meluas yang kritikal untuk merealisasikan potensi penuh sektor ini. Ia adalah, pertama, meningkat dan memfokuskan pemasaran dalam pasaran keutamaan; memperkenalkan semula visa terpilih sewaktu ketibaan; memastikan penyediaan modal insan berkelayakan yang mencukupi; dan mempertingkatkan persekitaran pelancongan dengan membangunkan penawaran dan akses (seperti perkhidmatan teksi), akses pembiayaan dan kualiti kakitangan barisan hadapan.
Elektrik dan Elektronik Di mana kita sekarang Sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) adalah penyumbang penting kepada ekonomi negara. Ia mengambil kira RM37 bilion dalam PNK (6 peratus PNK negara), 522,000 pekerjaan dan 41 peratus jumlah eksport Malaysia pada 2009. Sektor ini telah menghasilkan syarikat tempatan berjaya dan kebanyakan syarikat global utama juga beroperasi di sini. Walau bagaimanapun, E&E menghadapi cabaran ketara dalam mengekalkan pertumbuhan akibat daripada persaingan dari China, Taiwan, Singapura dan negara Asia lain. Dalam dekad yang lalu, bahagian eksport E&E telah merosot. Tambahan pula, tumpuan kami pada pemasangan adalah dalam segmen nilai tambahan rendah, manakala negara-negara lain telah menawan aktiviti nilai tambahan tinggi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk dan pengeluaran. Wawasan untuk masa hadapan Kami menyasar untuk memperkukuhkan keupayaan E&E Malaysia merentasi rantaian nilai, terutamanya dalam aktiviti huluan nilai tambahan yang lebih tinggi. Tumpuan juga adalah pada penarikan lebih syarikat multinasional utama untuk beroperasi di Malaysia dan mewujudkan lebih juara Malaysia. Sasaran dan aspirasi Kami akan menggiatkan semula sektor E&E Malaysia untuk meningkatkan PNK sebanyak RM53 bilion bagi mencapai RM90 bilion pada 2020 serta menyediakan 157,000 pekerjaan tambahan (berkemahiran tinggi dan sederhana). Strategi kami adalah untuk menumpu pada 15 EPP merentasi empat kluster geografi (Koridor Utara, Lembah Klang dan kawasan sekitarnya, Johor dan Sarawak) dan lima sasaran subsektor:
1 Semikonduktur: Usaha-usaha kami dalam bahagian penting sektor E&E ini adalah pada lazimnya
dalam bidang nilai tambahan rendah seperti pengujian dan pemasangan. Kami akan meneruskan
strategi yang dibina pada asas kukuh dalam teknologi matang buatan semikonduktor di samping
memperluaskan aktiviti pembungkusan canggih dan reka bentuk litar bersepadu serta menyokong
pertumbuhan pengeluar substrat.
2 Solar: Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam teknologi berpotensi ini yang berasaskan
permulaan teguh dalam solar serta pengalaman kukuh dalam industri semikonduktor yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Pada 2011, kami akan merangkul bahagian pasaran ketiga terbesar
di dunia. Usaha padu untuk meningkatkan jumlah pengeluar silikon, wafer, modul dan sel akan
membenarkan kami melompat ke tempat kedua dalam industri yang lebih besar menjelang 2020.
Program Transformasi Ekonomi 41 Hala Tuju Untuk Malaysia
3 Diod pemancar cahaya: Malaysia mempunyai kedudukan penerajuan yang kukuh dalam lampu
keadaan pejal, salah satu segmen yang pesat berkembang. Kita perlu berganjak naik ke atas rantaian
nilai dari aktiviti-aktiviti pembungkusan dan pengujian ke penyelidikan dan pembangunan aplikasi
dan cip serta di samping mewujudkan satu kluster syarikat domestik dan antarabangsa.
4 Elektronik perindustrian: Elektronik perindustrian melibatkan pengeluaran peralatan ketepatan
yang digunakan dalam bidang perindustrian dan pengkomersialan. Pengujian dan pengukuran,
komunikasi tanpa wayar, penghantaran dan pengedaran serta pasaran automasi adalah sektor
paling menarik untuk perkembangan lanjut.
5 Peralatan elektrik rumah: Dari segi pasaran domestik, Malaysia telah berjaya membangunkan
syarikat-syarikat peralatan rumah yang kukuh. Langkah seterusnya ialah untuk menumbuhkan skala
dan membina rangkaian pengedaran antarabangsa yang teguh.
Membolehkan pertumbuhan Jumlah kumulatif atau terkumpul keperluan pembiayaan dari 2010 hingga 2020 ialah RM78 bilion, dengan 12 peratus dari sektor awam, dan baki 88 peratus dari sektor swasta. Kami turut mengenal pasti pemboleh kritikal yang lazim dalam kejayaan industri E&E. Pemboleh ini dikumpulkan ke dalam empat kluster serantau utama yang khusus (contohnya, memberi status MSC) dan pemboleh kerat silang lebih am yang dikumpulkan mengikut peranan kerajaan (contohnya memansuhkan peraturan yang ketat), kemahiran (contohnya meningkatkan kursus latihan), infrastruktur (contohnya meningkatkan kestabilan pembekalan elektrik ke kawasan perindustrian) dan ekosistem teknikal (contohnya menubuhkan pusat kecemerlangan).
Perkhidmatan Perniagaan Di mana kita sekarang Sektor perkhidmatan perniagaan Malaysia menyumbang RM20 bilion kepada PNK pada 2009 atau 2.9 peratus, mewujudkan skop ketara untuk pertumbuhan. Dalam pasaran baru muncul yang lain, seperti China dan Filipina, sektor perkhidmatan perniagaan diunjurkan bertumbuh lebih kurang 11 peratus dalam dekad berikutnya. Malaysia mesti menyasar untuk menandingi atau mengatasi tahap ini jika ia menjangka untuk memenuhi kadar pertumbuhan PNKnya. Wawasan untuk masa hadapan Menjelang 2020, kami harap akan menghampiri tanda aras pasaran maju seperti United Kingdom di mana sektor perkhidmatan perniagaan menyumbang lebih kurang 20 peratus kepada KDNK dan pekerjaan dan 14 peratus kepada eksport. Kami percaya sektor perkhidmatan perniagaan yang giat amat bermanfaat memandangkan ia adalah sektor nilai tambahan tinggi, menjana kesan penggandaan ketara dalam ekonomi dan meningkatkan produktiviti keseluruhan merentasi ekonomi. Sasaran dan aspirasi Kami menyasar untuk meningkatkan sumbangan PNK sektor perkhidmatan perniagaan sebanyak RM59 bilion untuk mencapai RM79 bilion pada 2020. Peningkatan tokokan ini didorong oleh enam EPP dan tiga peluang perniagaan yang akan menyampaikan 246,000 pekerjaan tambahan pada 2020:
42
Ringkasan Eksekutif
1 Memesatkan pertumbuhan sektor yang dibezakan: Sebagai negara yang kecil, penyediaan
kemahiran Malaysia amat rendah berbanding dengan ekonomi maju serantau seperti China dan
India. Contohnya, China dianggarkan mempunyai sejumlah 1.6 juta jurutera berbanding dengan
hanya 49,000 di Malaysia. India pula mempunyai kira-kira 2.3 juta profesional kewangan dan
perakaunan berbanding dengan 83,000 di Malaysia.
Malaysia perlu meningkatkan tumpuan pada sektor perkhidmatan perniagaannya supaya dapat
bersaing. Ini bermakna menumpukan perhatian pada sektor di mana ia mempunyai kelebihan
dan di mana produk dan perkhidmatannya boleh dibezakan.
2 Membangun segmen pertumbuhan masa hadapan: Dalam dunia yang pesat berubah
serta dengan persaingan yang semakin sengit, Malaysia tidak boleh berdiam diri. Sementara
mengambil kesempatan dari keupayaan sedia ada, kita juga mesti merancang masa hadapan
dan mengenal pasti industri dan pekerjaan yang akan memacu pertumbuhan dalam dekad berikut
dan selanjutnya.
Terdapat banyak contoh negara yang membuat perancangan masa hadapan mereka dan kini telah
mengatasi pesaing mereka melalui pelaburan awal dalam sektor yang baru muncul. Contohnya,
pada awal 2000-an, Korea Selatan telah melabur dengan banyak dalam perhubungan jalur lebar,
yang telah membawa kepada penembusan jalur lebar tertinggi di dunia. Pada masa yang sama,
ia juga telah merangsangkan pertumbuhan merentasi berbagai-bagai produk dan perkhidmatan,
termasuk telefon pintar, teknologi wayarles dan perkhidmatan hiburan rumah seperti video
mengikut permintaan.
Membolehkan pertumbuhan Mencapai aspirasi kita memerlukan pembiayaan RM41 bilion dalam 10 tahun akan datang, di mana hanya 9 peratus dijangka datang daripada sektor awam. Kami telah mengenal pasti satu pemboleh meluas yang kritikal bagi merealisasikan potensi penuh sektor – menambahkan kemahiran tenaga pekerja bagi memenuhi keperluan sektor perkhidmatan kami. Kami mencadangkan satu set tindakan yang bertumpu pada meningkatkan hubungan antara pendidikan dan latihan kemahiran berasaskan permintaan industri, menarik bakat global serta menambahkan penyertaan wanita berkemahiran dalam tenaga kerja perkhidmatan kepada 45 peratus.
Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi Di mana kita sekarang Sektor Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (CCI) merentasi ekosistem yang luas, dari penjanaan kandungan kepada rangkaian, perkhidmatan dan peralatan. Pada 2009, sektor menyumbang RM22 bilion kepada PNK yang terdiri dari telekomunikasi, TV dan penyiaran serta pos dan kurier.
Program Transformasi Ekonomi 43 Hala Tuju Untuk Malaysia
Untuk mentransformasikan Malaysia dari ekonomi pendapatan sederhana ke pendapatan tinggi, pembangunan berterusan dalam sektor kandungan komunikasi dan infrastruktur adalah penting. Pada masa sekarang, sektor ini sepatutnya mengambil kesempatan atas pelaburan infrastruktur yang lampau dan beralih kepada pembekalan aplikasi dan kandungan bagi membantu membina masyarakat berasaskan pengetahuan. Wawasan untuk masa hadapan NKEA CCI menyasar untuk mendorong pertumbuhan tinggi berterusan dalam komunikasi dan membolehkan anjakan paradigma daripada infrastruktur kepada aplikasi dan kandungan. Sasaran dan aspirasi Kami akan meningkatkan sumbangan PNK sektor sebanyak RM36 bilion pada 2009 untuk mencapai RM58 bilion pada 2020. Peningkatan tokokan ini dipacu oleh 10 EPP yang akan menyampaikan RM16.6 bilion dalam peningkatan tambahan PNK manakala empat peluang perniagaan yang akan menyampaikan RM11.7 bilion dalam peningkatan tambahan PNK. Bila ini dicapai, 43,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan. Sejumlah 10 EPP telah dibangunkan merentasi tiga tema bagi menyampaikan keputusan nyata dalam jangka masa 10 tahun:
1 Melayani hari esok: Kami akan mengutarakan pertukaran paradigma daripada peralihan
keuntungan berkumpul kepada kandungan dan perkhidmatan dengan memperkukuhkan nilai
tambahan domestik dalam aplikasi maju, terutamanya dalam penciptaan kandungan dan platform,
pembayaran dan perdagangan elektronik serta aplikasi persambungan.
2 Melangkaui batas dan sempadan industri: Kami akan mengumpil sepenuhnya kandungan
komunikasi dan infrastruktur dalam sektor lain melalui usaha selaras dalam penyediaan akses,
peralatan, aplikasi dan kandungan bagi memudahkan anjakan ke ekonomi berasaskan pengetahuan,
terutamanya dalam e-Pembelajaran, e-Penjagaan Kesihatan dan e-Kerajaan.
3 Mempertingkatkan asas: Mengambil kesempatan daripada peluang infrastruktur generasi
akan datang dan membina infrastruktur untuk menyokong perkembangan masa depan Malaysia,
dengan tumpuan khusus pada liputan, kemampuan dan kualiti akses.
Membolehkan pertumbuhan Untuk mencapai aspirasi, kami memerlukan pembiayaan sebanyak RM51 bilion dalam 10 tahun akan datang, di mana hanya 2 peratus dijangka datang daripada sektor awam. Satu pemboleh sektor meluas yang kritikal bagi merealisasikan potensi penuh sektor adalah penambahan modal insan. Mempunyai modal insan yang betul dan relevan adalah kritikal kepada kejayaan inisiatifinisiatif dalam CCI. Hasil positifnya adalah NKEA akan dipacu oleh tahap kelayakan dan kemahiran yang boleh ditarik dan dibangunkan oleh sektor.
44
Ringkasan Eksekutif
Pendidikan Di mana kita sekarang Pendidikan adalah satu daripada pemacu paling kritikal dalam transformasi kita daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi disebabkan oleh impaknya pada produktiviti dan pembangunan modal insan. Ia juga adalah satu enjin pertumbuhan. Sektor ini menyumbang lebih kurang RM27 bilion atau 4 peratus PNK pada 2009. Terdapat beberapa peluang penting untuk peningkatan kerana sektor pendidikan terkini dipenuhi dengan SME subskala, mempunyai fokus antarabangsa terhad dan kurang peraturan yang bersepadu. Wawasan untuk masa hadapan Tumpuan NKEA Pendidikan adalah pada pengukuhan sektor perkhidmatan pendidikan swasta dengan meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta serta mengembangkan eksport pendidikan. Kami mencadangkan satu penjenamaan semula untuk Malaysia – dari lokasi laluan hentian bagi pendidikan ke sebuah pusat pendidikan utama terpilih serta sebuah hab penting dalam rangkaian pendidikan global. Kami membayangkan bahawa pendidikan akan menjadi perniagaan besar yang dapat menyampaikan impak nyata dan mampan pada PNK menjelang 2020, sementara meningkatkan standard dan akses yang lebih luas. Hanya dengan itu Malaysia dapat membangunkan asas bakat bertaraf dunia yang diperlukan. Sasaran dan aspirasi NKEA Pendidikan disasarkan akan meningkat jumlah sumbangan PNK sebanyak RM34 bilion untuk mencapai RM61 bilion pada 2020. Pertumbuhan sektor awam yang dijangka terhad, akan memerlukan sektor pendidikan swasta bertumbuh enam kali ganda bagi mencapai matlamat ini. Untuk mencapai matlamat yang diutarakan ini, 536,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan, dengan majoriti dalam bidang teknikal dan profesional. Kami juga bercita-cita untuk menambahkan pendaftaran pelajar asing sebanyak tiga kali ganda dari lebih kurang 70,000 pada masa terkini ke 200,000 pada 2020. Sejumlah 13 EPPs telah dibangunkan merentasi tiga tema untuk meningkatkan standard pendidikan keseluruhan dan menyampaikan keputusan ketara dalam jangka masa 10 tahun:
1 Inisiatif peningkatan pesat: Satu cabaran utama industri ialah pemecahan dan pengurangan
skala. Dengan itu, kita perlu menggalakkan penyedia sedia ada untuk meningkatkan kapasiti, atau
membuatkannya lebih mudah bagi penyedia baru memasuki pasaran. Pada masa yang sama, kita
perlu mengekalkan standard kualiti tinggi dan mengelak sebarang penyisihan penyedia sedia ada.
2 Inisiatif tumpuan dan pengkhususan: Kluster disiplin ialah satu rangkaian institusi akademik
dan pengusaha industri yang bekerjasama untuk meningkatkan penawaran dan standard supaya
dapat memperluaskan jangkauan dan pengiktirafan mereka. Kelompok sedemikian akan
membolehkan institusi Malaysia untuk bergerak balas terhadap cabaran skala dan kualiti yang
melanda industri dengan membenarkan mereka mengungkilkan sumber-sumber yang dikongsi,
bersama-sama mengurangkan risiko dan membangunkan standard kualiti proprietari dalam
penyelarasan dengan industri. Kelompok pelbagai disiplin akan dibangunkan untuk memenuhi
keperluan modal insan yang akan diperlukan oleh setiap sektor NKEA.
Program Transformasi Ekonomi 45 Hala Tuju Untuk Malaysia
3 Inisiatif penjanaan permintaan: Terdapat peluang ketara merentasi sektor pendidikan
untuk meningkatkan kesediaan individu untuk membayar kursus-kursus berkualiti tinggi serta untuk
mengeksportkan pendidikan dengan membangunkan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.
Membolehkan pertumbuhan Mencapai aspirasi kami untuk menggandakan pertumbuhan sebanyak enam kali akan memerlukan RM20 bilion dalam pembiayaan selama 10 tahun berikut, di mana hanya 6 peratus terdiri daripada pembiayaan awam yang baru. Kami telah mengenal pasti lima pemboleh meluas untuk merealisasikan potensi penuh pasaran pendidikan swasta yang merangkumi peningkatan akses ke pembiayaan untuk pembekalan dan peningkatan kualiti melalui reformasi regulatori. Pemboleh ini akan membantu penyedia swasta memenuhi peluang permintaan, mempromosikan lebih perkongsian awam-swasta dalam pembiayaan pendidikan dan memberi kuasa kepada para pelajar dan keluarga sebagai pengguna berbayar.
Pertanian Di mana kita sekarang Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – menyediakan pekerjaan di luar bandar, meningkatkan pendapatan di luar bandar dan memastikan keterjaminan pengeluaran makanan negara. Sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus PNK Malaysia pada 2009. Ini tidak termasuk tanaman industri seperti kelapa sawit dan getah. Lazimnya, ia dikenali sebagai sektor orang miskin. Walau bagaimanakan, wajah sektor pertanian semakin berubah dengan penglibatan para usahawan dalam pelbagai perniagaan seperti penternakan sarang burung layang-layang. Petani padi berskala besar kini berupaya untuk bergerak kepada kumpulan berpendapatan tinggi di Malaysia. Wawasan untuk masa hadapan Menjelang 2020, sektor pertanian akan ditransformasikan kepada perniagaan tani, sejurus itu, bergerak ke arah satu model inklusif berasaskan keperluan pasaran, ekonomi mengikut bidangan dan integrasi rantaian nilai. Malaysia akan bertumpu pada pasaran global yang besar dengan potensi pertumbuhan tinggi seperti akuakultur dan makanan diproses premium, manakala mengekalkan kehadiran kukuh dalam subsektor strategik seperti padi dan ternakan bagi memastikan keterjaminan sumber makanan negara. Untuk berbuat demikian, kita perlu mengambil kesempatan daripada sumber asli sambil mempertingkatkan produktiviti dan menggunakan pendekatan yang didorong oleh permintaan. Sasaran dan aspirasi NKEA Pertanian disasarkan untuk meningkat jumlah sumbangan PNK sebanyak RM34 bilion untuk mencapai RM49 bilion pada 2020. NKEA ini akan mewujudkan 75,000 pekerjaan tambahan, terutamanya di kawasan luar bandar, di mana kami telah menyasar untuk menaikkan pendapatan petani yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini sebanyak dua hingga empat kali ganda.
46
Ringkasan Eksekutif
NKEA merancang untuk mengurangkan jurang ini melalui 16 EPP yang dapat memangkinkan penubuhan pasaran berkaitan pertanian yang bersepadu, didorong pasaran dan skala perindustrian mengikut empat tema:
1 Mengambil kesempatan dari kelebihan daya saing Malaysia: Kami menyasar untuk merintis
nilai biodiversiti Malaysia, termasuk membangunkan pelbagai herba semula jadi kepada produk
premium herba, mengkomersialkan bermacam jenis rumpai laut asli yang unik, memperluaskan
pengeluaran sarang burung layang-layang, membangunkan pertanian melalui sistem sepadu
akuakultur bersangkar dan menternak lembu di dalam ladang kelapa sawit.
2 Memasuki pasaran premium: Kami akan menumpukan usaha dalam memperluaskan
pengeluaran buah-buahan dan sayuran bergred premium dan udang yang diiktiraf untuk eksport
serta membangunkan makanan proses premium serta memperkenalkan bermacam jenis padi wangi
di kawasan-kawasan yang tiada pengaliran.
3 Memastikan objektif sekuriti makanan adalah konsisten dengan peningkatan PNK:
Kerajaan akan memastikan objektif keterjaminan makanan dicapai. Apabila populasi terus
berkembang, EPP ini akan meningkat dan mengukuhkan produktiviti penanaman padi dan
penternakan lembu serta mewujudkan kluster tenusu tempatan dengan pertolongan pemain
asing bagi membantu memenuhi permintaan yang meningkat.
4 Memperluaskan penyertaan dalam rantaian nilai serantau: Kami menyasar untuk
memperluaskan penyertaan di rantau ini dengan memperolehi syarikat-syarikat asing, menanggung
aktiviti perladangan kontrak di luar negeri dan menyediakan perkhidmatan serantau dalam bidang-
bidang khusus seperti penemuan penanda molekul dan pengesahan untuk pembiakan.
Membolehkan pertumbuhan Untuk mencapai aspirasi ini, kita memerlukan pembiayaan kumulatif atau terkumpul sebanyak RM22 bilion dalam 10 tahun akan datang di mana 62 peratus darinya adalah daripada sektor swasta. Daripada jumlah pembiayaan awam untuk modal, separuh akan diperuntukkan untuk penaikan taraf pengaliran dalam kawasan jelapang padi dan yang lainnnya untuk membangunkan infrastruktur kritikal seperti pengambilan air, jalan dan jeti. Tambahan pula, lima pemboleh utama diperlukan untuk menyokong pelaksanaan EPP dan peluang perniagaan yang terdiri daripada penyediakan insentif untuk syarikat-syarikat utama (bagi transformasi dari aktiviti bertumpu pengeluaran skala kecil ke pendekatan bertumpu pasaran) dan pengukuhan penerimaan amalan pertanian yang baik, membuat perubahan regulatori, memperkukuhkan logistik dan memastikan saluran modal insan yang mencukupi.
Program Transformasi Ekonomi 47 Hala Tuju Untuk Malaysia
Penjagaan Kesihatan Kedudukan kita sekarang Industri penjagaan kesihatan telah menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang penting. Ini disebabkan oleh anjakan demografi seperti kelanjutan usia dan bertambahnya penyakit gaya hidup seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular dan kencing manis. Perbelanjaan Malaysia untuk penjagaan kesihatan adalah 5 peratus daripada KNDK, melebihi negara serantau yang lain, dan perbelanjaan awam tidak seimbang dengan kos penjagaan kesihatan. Pada masa ini, sektor ini menyumbang RM15 bilion kepada PNK. Wawasan untuk masa hadapan Kami menyasar untuk mengembangkan tiga subsektor dalam penjagaan kesihatan: Farmaseutikal, pelancongan kesihatan dan produk teknologi perubatan. Terdapat peluang ketara untuk beralih daripada pengimpot bersih kepada negara pengeluar utama dalam industri preskripsi dan ubat-ubatan farmaseutikal bernilai RM422 bilion. Malaysia akan membangunkan subsektor teknologi perubatan yang lebih menguntungkan seperti alat-alat perubatan, peralatan diagnostik dan teknologi maklumat penjagaan kesihatan. Akhirnya, kami menyasar untuk menggiatkan semula sektor pelancongan kesihatan yang menarik untuk menandingi pertumbuhan jiran-jiran seperti Singapura dan Thailand. Tujuan kami adalah untuk mengalihkan strategi produk bernilai lebih rendah ke strategi produk, perkhidmatan dan strategi aset yang lebih komprehensif supaya dapat mengumpil kecekapan dengan lebih baik. Sasaran dan aspirasi Kami beraspirasi untuk menjana peningkatan tokokan PNK sebanyak RM35 bilion untuk mencapai RM50 bilion pada 2020. NKEA Penjagaan Kesihatan juga menyasar untuk menerima 1,000 pelancong kesihatan dan mengendalikan 1,000 percubaan klinikal yang akan menghasilkan lebih kurang 181,000 pekerjaan baru: Projek-projek ini mewakili satu kempen eksport yang agresif, penaikan taraf platform perkhidmatan dan komitmen penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Enam EPP dikategorikan ke dalam tiga tema.
1 Kemenangan segera: Ini adalah inisiatif yang dapat dilaksanakan dengan segera pada 2010 kerana
ia telah dibahaskan dalam sektor awam dan hanya memerlukan tahap sokongan rendah hingga
sederhana dari sektor swasta untuk melaksanakannya dengan berjaya. Di bawah tema ini, kami
berharap untuk memandatkan insurans kesihatan untuk pekerja asing di samping mewujudkan suatu
ekosistem untuk menyokong percubaan klinikal.
2 Peluang-peluang strategik: Dua peluang strategik untuk penjagaan kesihatan, iaitu pembangunan
eksport untuk ubat generik dan mencergaskan semula segmen pelancongan kesihatan, kian berubah.
Oleh itu, ia memerlukan pertukaran nyata dalam anggapan kami terhadap industri dan bagaimana
sektor awam dan swasta dapat bekerjasama. Ini akan mengganjakkan Malaysia ke atas rantaian nilai
penjagaan kesihatan.
3 Pertaruhan bertempoh lebih panjang: Kami yakin kami mesti menangani isu-isu yang
lebih rumit pada peringkat awal supaya dapat mengukuhkan kedudukan dalam teknologi baru seperti
teleperubatan, dan pada masa yang sama, mengasaskan Malaysia sebagai sumber inovasi perubatan
yang penting. Dua EPP ini akan memerlukan pihak kerajaan untuk berusaha gigih bagi mendapat
sokongan, komitmen dan tenaga pelbagai rakan kongsi sektor swasta dan awam.
48
Ringkasan Eksekutif
Membolehkan pertumbuhan Sasaran tinggi kita untuk mengembangkan sektor penjagaan kesihatan dan meningkatkan sumbangan kepada PNK sebanyak tiga kali ganda akan memerlukan jumlah pelaburan yang ketara. Sektor penjagaan kesihatan akan memerlukan RM23 bilion secara kumulatif atau terkumpul dari 2011 hingga 2020 untuk membiayai pertumbuhannya. Terutamanya, kami menganggarkan hanya 1 peratus dari jumlah ini adalah melalui pembiayaan dana awam, manakala baki 99 peratus dibiayai oleh sektor swasta. Terdapat lima pemboleh utama yang perlu disediakan bagi memastikan sasaran PNK Penjagaan Kesihatan dapat dicapai. Ini termasuk memperolehi modal insan yang sesuai, menggunakan infrastruktur sedia ada dengan lebih efektif, menukar regulasi dan polisi, mewujudkan perikatan rentas sempadan dan menyelaraskan aktiviti pemasaran lebih tertumpu dan agresif.
MEMBOLEHKAN KEJAYAAN ETP Kebanyakan daripada impak PNK pada NKEA akan dicapai melalui pelaburan dan tindakan strategik sektor swasta. Walau bagaimanapun, penyampaian kebanyakan EPP memerlukan tindakan kerajaan termasuk penukaran polisi dan regulatori, pembiayaan dan pelaburan dalam bidang seperti pendidikan dan infrastruktur. Hanya 15 peratus EPPs yang tidak memerlukan pembiayaan kerajaan atau sokongan polisi. Lebih kurang 70 peratus daripada tindakan pembolehan kerajaan yang diperlukan adalah khusus pada EPP masing-masing. Tambahan pula, satu siri tindakan kerajaan yang diperlukan adalah serupa merentasi EPP dan NKEA yang berbilang. Adalah lebih berkesan dan efisien untuk menyelaraskan tindakan kerat silang ini berbanding dengan menyelesaikannya setiap satu jikalau dan apabila ia timbul. Selanjutnya, tindakan pembolehan ini juga akan menyokong pertumbuhan PNK yang dihasilkan daripada peluang perniagaan dalam NKEAs dan sektor bukan NKEA. Ini adalah penting kerana peluang perniagaan dalam NKEA merangkumi 33 peratus daripada kenaikan PNK yang diperlukan untuk mencapai sasaran PNK 2020 manakala sektor bukan NKEA mengambil kira penambahan sebanyak 26 peratus. Tanpa pemboleh polisi meluas ini, adalah tidak mungkin pertumbuhan PNK yang diperlukan boleh dicapai. Empat kategori pemboleh diperlukan: Mempromosikan pelaburan swasta, menambahkan modal insan, meningkatkan persekitaran perniagaan dan pelaburan dalam infrastruktur.
Mempromosikan Pelaburan Swasta Pelaburan swasta adalah teras ETP. Dalam kebanyakan kes, penyampaian pelaburan ini akan memerlukan sokongan pembolehan daripada Kerajaan. Enam puluh enam(66) daripada 131 EPP membuat permintaan rasmi untuk bantuan kerajaan bagi mempromosikan pelaburan swasta. Permintaan ini jatuh pada dua kategori yang luas: Penarikan pelaburan yang lebih agresif untuk mendapat pelaburan domestik dan asing dan insentif fiskal dalam pelbagai bentuk.
Program Transformasi Ekonomi 49 Hala Tuju Untuk Malaysia
Menarik pelabur. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang signifikan baru-baru ini untuk menarik PLA dan DDI, terutamanya melalui pelan untuk merombakkan MIDA yang telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan memperluaskan mandat MIDA yang termasuk menarik pelaburan domestik. Permintaan khusus dari pelbagai EPP akan menyediakan fokus pada usaha reformasi ini. Terdapat dua kategori penarikan pelaburan: Disasar untuk mencapai pelaburan berpotensi dan kempen pemasaran yang lebih luas. Aktiviti penjangkauan tersasar termasuk mengenal pasti dan berunding dengan pelabur khusus untuk menyertai projek-projek yang dikenal pasti. MIDA akan bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan industri bagi menerajui aktiviti mencapai pelabur ini dan akan bertindak untuk mencapai tanda pencapaian utama EPP. Selain daripada aktiviti tersasar ini, MIDA juga akan bertanggung jawab terhadap kempen pemasaran lebih luas dalam NKEA yang relevan bagi mempromosikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik kepada pelaburan asing. Insentif Fiskal. Kebanyakan daripada EPP memerlukan sokongan kewangan kerajaan dalam bentuk kredit cukai am dan pemansuhan, insentif cukai disasar secara langsung pada peningkatan pelaburan khusus atau bentuk sokongan fiskal bukan cukai lain seperti geran dan pinjaman mudah. Kerajaan tidak akan membuat pertukaran menyeluruh pada kod cukai tetapi akan memberi kuasa kepada MIDA dan agensi lain yang sesuai untuk merundingkan insentif yang diminta dengan pelabur pada dasar kes ke kes. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan akan mewujudkan pendekatan dan rangka kerja umum untuk menyediakan dasar bagi mengendalikan perundingan ini.
Menambahkan Modal Insan Modal insan adalah kritikal kepada kejayaan ETP. Lebih kurang 32 peratus EPP, mewakili RM120 bilion sumbagan PNK, memerlukan pelaburan langsung dalam modal insan. Tambahan pula, hampir semua EPP lain memerlukan pelaburan modal insan tidak langsung. Ini adalah kerana kebanyakan daripada 3.3 juta pekerjaan yang diwujudkan adalah dalam kategori pendapatan sederhana dan tinggi. Suatu kajian semula kemahiran yang diperlukan dalam NKEAs menunjukkan, pada trajektori semasa, mungkin terdapat sehingga 1 juta jawatan kosong pada 2020 yang akan sukar diisikan. Ini adalah daripada penolong jualan yang berkemahiran rendah ke jawatan berkemahiran tinggi seperti pengamal perubatan. Untuk bertindak balas terhadap keperluan modal insan oleh pelbagai EPP dan peluang perniagaan, Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina keupayaan tenaga pekerja mahir sedia ada di Malaysia, menarik tenaga pekerja mahir asing untuk bekerja di Malaysia dan melonggarkan peraturan imigresen bagi memudahkan kemasukan mereka. Membina keupayaan domestik. Kerajaan akan menyediakan pendekatan yang diselaraskan untuk menyampaikan tahap latihan dan pendidikan sesuai seperti yang diperlukan oleh NKEA. Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia akan menyelaraskan dengan Kementerian Pemimpin NKEA yang relevan untuk menilaikan jurang kemahiran dan membangunkan serta menyampaikan kursus yang sesuai. Satu lagi keperluan penting untuk kejayaan ETP ialah pembangunan pengurusan dan bakat kepimpinan untuk NKEA. Berikutan, Talent Corporation yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri akan terlibat dalam pembinaan keupayaan tenaga mahir terbaik yang diperlukan untuk NKEA, seperti pemimpin penting dan tenaga mahir khusus untuk menerajui EPP.
50
Ringkasan Eksekutif
Menarik bakat dari luar negeri. Kerajaan akan bertindak untuk menarik rakyat Malaysia yang kini bekerja dan tinggal di negara-negara lain untuk pulang ke Malaysia serta bukan rakyat Malaysia untuk membina kerjaya mereka di Malaysia. Tindakan yang akan diambil termasuk merumus dan melaksanakan pakej ekspatriat menarik (seperti insentif cukai pendapatan persendirian), merumus dan melaksanakan usaha pemasaran (seperti roadshows, penjangkauan tersasar) dan membantu ekspatriat dalam proses permohonan untuk bekerja di Malaysia (seperti bantuan untuk visa dan permit kerja). Talent Corporation akan menerajui inisiatif untuk menarik, mendorong dan mengekalkan bakat yang diperlukan ini. Memansuhkan peraturan imigresen yang ketat. Kerajaan akan bertindak untuk memudahkan prosedur imigresen dan meningkatkan kemudahan kemasukan untuk pekerja berkemahiran. Tambahan pula, satu rombakan polisi imigresen terpilih diperlukan oleh beberapa NKEA untuk melaksanakan EPP mereka. Contohnya, untuk NKEA Pendidikan, bagi meningkatkan jumlah pelajar asing dalam Malaysia, proses permohonan pas pelajar asing perlu dipercepatkan dan keupayaan pelajar untuk bekerja bagi memenuhi keperluan latihan praktikal perlu dikaji semula. Ini akan dirunding pada dasar kes ke kes di antara perwakilan sektor masing-masing, Kementerian Pemimpin NKEA masing-masing dan Kementerian Dalam Negeri.
Meningkatkan Persekitaran Perniagaan Persekitaran perniagaan umum di Malaysia ialah punca kekurangan daya saing bagi Malaysia. Maklum balas konsisten daripada pelabur sektor swasta menunjukkan persekitaran perniagaan adalah masih faktor utama mengekang pelaburan. Terlalu kerap, syarikat Malaysia menghadapi regulasi mengelirukan yang telah terkumpul sejak bertahun-tahun dan kini mengekang pertumbuhan. Memandangkan kerumitan yang dihadapi oleh EPP, kebanyakan daripada mereka telah meminta pemboleh yang dapat meningkatkan persekitaran perniagaan, termasuk mengliberalisasikan sektor mereka dan menjadikan ia lebih mudah menjalankan perniagaan. Selain daripada EPP, peningkatan persekitaran perniagaan adalah penting bagi mencapai pertumbuhan ketara dalam pelaburan swasta untuk peluang perniagaan dan sektor bukan NKEA bagi mencapai sasaran PNK 2020. Idea-idea khusus terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh termasuk pengkajian semula dam komprehensif regulasi (diterajui oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia yang distruktur semula), liberalisasi lanjutan pada sektor perkhidmatan, pengecualian regulatori untuk PKS dan memperkemaskan pengantaramukaan kerajaan dan perniagaan.
Membina Infrastruktur Pelaburan tambahan infrastruktur yang ketara diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang akan disampaikan melalui ETP. Fokus kami bukan pada penyediaan infrastruktur dalam cara reaktif. Malahan, kami akan menyediakan pelan pembangunan infrastruktur berpandang ke hadapan untuk mempertahankan masa depan ekonomi Malaysia. Dua jenis infrastruktur yang berperanan penting memacukan PNK akan menerima perhatian khusus.
Program Transformasi Ekonomi 51 Hala Tuju Untuk Malaysia
Jalur Lebar. Objektif Kerajaan untuk menaikkan kadar penembusan jalur lebar Malaysia ke 75 peratus isi rumah pada akhir 2015 (dari lebih kurang 40 peratus pada masa kini). Ini dicapai melalui kombinasi jalur lebar kelajuan tinggi (sehingga 100 Mbps) di kawasan berimpak ekonomi tinggi (seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley) dan jalur lebar kepada populasi am (kurang daripada 5 Mbps) di kawasan separuh bandar dan luar bandar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan terus bekerja dengan syarikat telekomunikasi untuk memperluaskan liputan rangkaian, meningkatkan kelajuan rangkaian dan menambahkan kemampuan jalur lebar. Kerajaan juga akan meminda Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 bagi memandatkan pemaju untuk menyertakan kemudahan jalur lebar dalam kawasan perumahan dan komersial. Logistik. Untuk menyokong kejayaan ETP, kami akan menaiktarafkan infrastruktur tersedia seperti jalan, pelabuhan, lapangan terbang dan membina infrastruktur logistik baru jikalau terdapat kes perniagaan yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan insan dan barangan dengan efisien. Meningkatkan infrastruktur logistik akan mempunyai impak meluas untuk negara melampaui NKEA. Oleh demikian, Kerajaan telah komited untuk mempertingkatkan akses dan persambungan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terutamanya, Kerajaan telah komited untuk membina dan menaiktarafkan jalan (contohnya Lebuh Raya Pantai Timur menghubungkan Kuantan dan Kuala Terengganu), membangunkan rangkaian kereta api (contohnya memanjangkan landasan berkembar kereta api elektrik utara-selatan ke Johor Baru), menaiktarafkan infrastruktur maritim (contohnya meningkatkan kapasiti Westport di Port Klang) dan meningkatkan lapangan terbang (contohnya membina terminal lapangan terbang tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). EPU akan menyelaraskan program pelaburan infrastruktur ini.
52
Ringkasan Eksekutif
SENARAI 131 PROJEK PERMULAAN
No. EPP
2020 PNK (RM Juta)
Pekerjaan
Pertanian 1
Mengembangkan pengeluaran sarang burung layang-layang
4,541.2
20,800
2
Merealisasikan nilai biodiversiti Malaysia melalui produk herbal
2,213.9
1,822
3
Mempertingkatkan keupayaan mengeluarkan buah-buahan dan sayur-sayuran premium
1,571.5
9,075
4
Menceburi perladangan rumpai laut berskala komersial di Sabah
1,410.6
12,700
5
Perladangan melalui sistem akuakultur sangkar bersepadu
1,383.0
10,072
6
Meningkat dan memperkukuhkan penanaman padi di kawasan pengairan yang lain
1,370.3
(9,618)
7
Mereplikakan model akuakultur bersepadu (iZAQ)
1,273.2
11,890
8
Meningkat dan memperkukuhkan penanaman padi di kawasan Muda
1,033.6
(14,880)
9
Memperolehi pelaburan langsung asing dalam bioteknologi pertanian
819.9
1,208
10
Pengukuhan keupayaan eksport industri makanan diproses
884.3
4,928
11
Mewujudkan kedudukan peneraju dalam perkhidmatan penternakan serantau
466.6
5,390
12
Mewujudkan kelompok tenusu di Malaysia
326.3
761
13
Mengukuhkan syarikat utama terkini dalam fidlot lembu
182.9
2,000
14
Menternak lembu di ladang kelapa sawit
150.0
3,600
15
Melabur dalam penternakan lembu asing
116.5
NA
16
Memperkenalkan pelbagai jenis beras wangi di kawasan tiada pengaliran
100.1
NA
13,350.5
20,720
Perkhidmatan Perniagaan 17
Meningkatkan penyenggaraaan penerbangan, pembaikan dan perkhidmatan pemeriksaan terperinci
18
Membina penyedia perkhidmatan sumber luar global yang kompetitif • Penyumberan kerajaan • Penyumberan GLC • Penyumberan asing
6,863.8
43,330
21
Menempatkan Malaysia sebagai hab pusat data bertaraf antarabangsa
2,462.4
13,290
22
Memulakan industri teknologi hijau bertenaga dengan giat
7,236.3
47,590
23
Mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan khusus yang besar
3,495.2
11,550
24
Membangun hab penasihat perkhidmatan kewangan Islam global
3,140.1
2,010
3,891.6
129,956
338.3
370
19 20
Pendidikan 25
Mempertingkatkan pusat pendidikan dan penjagaan anak tunas
26
Meningkatkan latihan pendidikan dan penjagaan anak tunas
Program Transformasi Ekonomi 53 Hala Tuju Untuk Malaysia
No. EPP
2020 PNK (RM Juta)
Pekerjaan
2,644.2
10,371
433.9
434
2,110.8
5,528
350.5
3,920
27
Mempertingkatkan sekolah-sekolah antarabangsa
28
Mengembangkan latihan guru swasta
29
Meningkatkan peruntukan latihan kemahiran swasta
30
Mengembangkan pengajian jarak jauh antarabangsa
31
Menubuhkan kelompok disiplin pendidikan perniagaan dan kewangan Islam
1,189.9
4,365
32
Menubuhkan kelompok disiplin pendidikan sains kesihatan
2,869.9
11,854
33
Menubuhkan kelompok disiplin kejuruteraan maju, sains dan inovasi
635.9
4,308
34
Menubuhkan kelompok disiplin hospitaliti dan pelancongan
617.9
2,314
35
Melancarkan EduCity@ Iskandar
1,015.7
1,164
36
Memperjuangkan jenama pendidikan antarabangsa Malaysia
2,787.7
152,672
37
Memperkenalkan perkongsian antara sektor swasta dan awam dalam pendidikan asas
160.2
1,010
Elektrik dan Elektronik 38
Menumbuhkan pengenalpastian frekuensi radio (RFID)
1,448.7
3,948
39
Lampu keadaan pepejal • Membangunkan kelompok SSL bertaraf dunia
5,186.7
13,843
1,365.7
7,468
• Mewujudkan juara SSL tempatan 40
Menubuhkan hab ujian dan ukuran
41
Menggabungkan Makmal-makmal Agilent
42
Mengembangkan pembekal komunikasi radio
373.4
400
43
Menumbuhkan pengeluaran kelengkapan automasi
125.5
1,200
44
Menubuhkan syarikat-syarikat pemancaran dan pengedaran
350.5
426
45
Menubuhkan hab pengeluaran peralatan rumah dan rangkaian pengedaran antarabangsa
1,078.3
17,993
46
Semikonduktor • Melaksanakan strategi pengikut pintar untuk kilang-kilang pengeluaran semikonduktor teknologi matang
11,022.4
13,011
14,194.6
57,344
NA
NA
• Membangunkan pemasangan dan ujian dengan menggunakan teknologi pembungkusan maju
• Membangunkan syarikat reka bentuk litar bersepadu • Menyokong pertumbuhan pengeluar-pengeluar substrat dan industri-industri berkaitan 47
Solar • Meningkatkan jumlah pengeluar silikon • Menumbuhkan pengeluar wafer dan sel • Menambahkan pengeluar-pengeluar modul
48
Pembiayaan pemboleh serantau dan bersilang
54
Ringkasan Eksekutif
2020 PNK (RM Juta)
No. EPP
Pekerjaan
Perkhidmatan Kewangan 3,325.2
8,598
183.2
1,429
Mentransformasi atau merasionalisasikan institusi kewangan membangun
1,790.5
NA
52
Mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu
2,647.7
7,765
53
Menginsuranskan kebanyakan, jika bukan semua populasi kita
1,544.0
8,659
54
Memecut pertumbuhan industri pencen swasta
2,061.1
2,208
55
Menggalakkan pertumbuhan industri pengurusan harta tidak matang
2,096.0
6,147
56
Memecut dan mempertahankan industri pengurusan aset signifikan
2,396.7
7,430
57
Membangunkan juara perbankan serantau
5,564.3
(8,524)
58
Menjadi hab global kewangan Islam yang tidak dapat ditandingi
7,242.4
11,644
49
Menggiatkan semula pasaran-pasaran modal Malaysia
50
Mendalam dan melebarkan pasaran-pasaran bon
51
Penjagaan Kesihatan 59
Mewajibkan insurans kesihatan swasta untuk pekerja asing
171.3
NA
60
Mewujudkan ekosistem yang menyokong pembangunan penyelidikan klinikal
578.4
905
61
Meneroka peluang eksport generik
13,853.7
12,440
62
Mencergaskan semula pelancongan kesihatan melalui layanan pelanggan yang lebih baik, kerjasama yang proaktif dan kebitaraan pemasaran
4,294.4
5,295
63
Mewujudkan neksus perkhidmatan diagnostik untuk mencapai skala dalam teleperubatan bagi menawarkan perkhidmatan penyumberluaran kepada pasaran antarabangsa
355.9
281
64
Membangunkan metropolis kesihatan: Sebuah kampus penjagaan kesihatan dan biosains bertaraf dunia
986.2
4,436
118,212.1
560
21,266.1
20,000
6,223.8
28,700
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley 65
Menarik campuran bakat dalaman dan luar yang betul
66
Membina sistem pengangkutan gerak cepat bandar yang bersepadu
67
Bersambung kepada Singapura melalui sistem keretapi berkelajuan tinggi
68
Menarik 100 buah syarikat paling dinamik di dunia ke sektor-sektor keutamaan
41,440.5
234,001
69
Menggiatkan semula Sungai Klang sebagai kawasan warisan dan perniagaan
4,280.5
17,041
70
Menghijaukan v bagi memastikan penduduk-penduduk menikmati ruang hijau yang mencukupi
991.5
2,817
71
Mewujudkan satu rangkaian pejalan kaki komprehensif
6.4
279
72
Mewujudkan tempat-tempat dan tarikan ikonik
464.4
13,481
73
Membangunkan ekosistem pengurusan sisa pepejal cekap
156.5
NA
74
Pembetungan – Bukan Sungai
(91.7)
NA
Program Transformasi Ekonomi 55 Hala Tuju Untuk Malaysia
2020 PNK (RM Juta)
No. EPP
Pekerjaan
Minyak, Gas dan Tenaga 75
Mengaturkan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa
212.3
2,637
76
Membangunkan kapasiti tenaga solar
457.5
1,906
77
Menarik MNC membawa perkhidmatan medan minyak dan operasi peralatan global mereka ke Malaysia
6,124.8
20,000
78
Menggabungkan pemasang siap tempatan
4,108.8
5,000
79
Membangunkan keupayaan dan kapasiti kejuruteraan, pemerolehan dan pemasangan menerusi perkongsian strategik dan usahasama
4,028.8
15,000
80
Membina simpanan minyak serantau dan hab perdagangan
1,625.7
790
81
Merintis permintaan gas premium di Semenanjung Malaysia
2,404.1
NA
82
Mempertingkatkan kecekapan tenaga
13,925.7
NA
83
Merealisasikan potensi hidroelektrik Malaysia
5,693.9
590
84
Menggiatkan semula medan sedia ada melalui peningkatan penemuan minyak
8,469.7
411
85
Membangun medan kecil melalui penyelesaian inovatif
86
Meningkatkan aktiviti-aktiviti penerokaan
Minyak Sawit 87
Mempercepatkan penanaman semula sawit
4,612.0
NA
88
Mempertingkatkan hasil tandan buah segar
10,172.7
1,600
89
Mempertingkatkan produktiviti pekerja di perladangan dan ladang-ladang
1,692.4
(82,500)
90
Menambahkan kadar pengekstrakan minyak
13,711.1
10,000
91
Membangun kemudahan biogas di kilang minyak kelapa sawit
2,934.0
2,000
92
Membangunkan derivatif oleo
5,813.5
5,858
93
Mengkomersilkan bahan api bio generasi kedua
3,261.5
1,044
94
Memesatkan pertumbuhan makanan dan segmen hiliran berdasar kesihatan
4,924.7
74,942
Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur 95
Memastikan jalur lebar untuk semua
2,160.5
7,155
96
Memperluaskan jangkauan
2,688.5
3,135
97
Menawarkan satu rangkaian pintar
1,665.7
4,186
98
Memperluaskan rangkaian serantau
2,289.8
1,220
99
Menghubungkan 1Malaysia
1,783.1
2,056
100
Mengatur bayaran-bayaran 1Malaysia
1,005.9
1,478
101
Memupuk kandungan kreatif Malaysia
3,081.9
10,326
56
Ringkasan Eksekutif
2020 PNK (RM Juta)
No. EPP
Pekerjaan
102
Melancarkan Penjagaan e-Kesihatan
1,402.5
250
103
Mewujudkan e-Pembelajaran untuk pelajar dan pekerja
1,487.3
800
104
Mendalamkan e-Kerajaan
1,100.1
1,000
706.6
7,733
1,159.2
14,546
875.2
1,500
Pelancongan 105
Membangun tempat peranginan bersepadu alam persekitaran eko pertama dunia di Sabah
106
Mengenal pasti KLCC-Bukit Bintang sebagai sebuah kawasan membeli-belah yang giat
107
Mewujudkan tiga buah kedai premium baru di Malaysia
108
Mengumumkan Malaysia sebagai hab biodiversiti global
1,486.9
2,919
109
Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bebas cukai untuk barangan pelancong
7,838.3
64,294
110
Mewujudkan satu selat Riviera
1,758.2
9,713
111
Menyasar lebih acara antarabangsa
426.7
8,036
112
Mewujudkan zon-zon hiburan khusus
740.4
5,614
113
Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dengan lebih baik
666.2
5,644
114
Menubuhkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan utama
3,947.0
16,720
115
Mempertingkatkan kadar, campuran dan kualiti hotel
5,528.7
64,424
116
Meningkatkan hubungan kepada pasaran perjalanan jarak sederhana utama
3,310.5
13,402
Pemborongan dan Peruncitan 117
Membangunkan pusat-pusat membeli-belah 1Malaysia
2,226.8
3,777
118
Membangunkan jalan besar berhias yang besar
1,222.5
9,609
119
Menubuhkan tempat peranginan kesihatan
2,674.9
21,545
120
Menjadikan Malaysia bebas cukai
3,258.3
31,145
121
Membangunkan tempat membeli-belah virtual
823.0
6,629
122
Permodenan melalui Program Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR)
5,577.0
51,544
123
Menganjurkan jualan Malaysia seragam
1,776.9
14,312
124
Membangunkan bazar makan
226.5
4,205
125
Mentransformasikan bengkel automatif
1,139.1
9,117
126
Mentransformasikan KLIA kepada hab peruncitan
958.2
7,716
127
Meningkatkan jumlah kedai berformat besar
8,514.2
68,574
128
Membangunkan pasar komuniti
8,827.6
140,947
129
Memudahkan perniagaan tempatan untuk mendapat kepentingan dalam perniagaan peruncitan asing
1,031.0
415
Program Transformasi Ekonomi 57 Hala Tuju Untuk Malaysia
2020 PNK (RM Juta)
Pekerjaan
No.
EPP
130
Makmal Putih EPP oleh Syarikat 1
104.3
NA
131
Makmal Putih EPP oleh Syarikat 2
2,028.2
NA
2020 PNK (RM Juta)
Pekerjaan
SENARAI 60 PELUANG PERNIAGAAN
No.
EPP Pertanian
1
Transformasi industri snek domestik
258.7
4,928
2
Ikan hiasan
196.9
100
3
Kilang makanan Akua
133.4
342
4
Perolehan pengedar produk herba asing
191.1
15
5
Nutraceuticals dari herba-herba lain
80.8
390
6
PLA untuk herba tropika
51.9
310
7
Ayam ternak bebas (ayam kampung)
62.5
6,000
8
Projek Cendawan
57.0
1,293
9
Kemudahan SFI/ makanan kampung berpindah ke Malaysia
47.0
635
10
Pusat eksport Akua (untuk ikan hidup dan produk akua yang disejukkan)
35.5
92
11
Pengeluaran buah-buahan terbungkus seperti nangka
16.7
767
62.6
138
Perkhidmatan Perniagaan 12
Membangunkan syarikat perkhidmatan pelbagai disiplin profesional dalam industri pembinaan
13
Kandungan kreatif multimedia (Creative multimedia content atau CMC)
1,137.0
3,630
14
Pertumbuhan organik perkhidmatan pembinaan profesional
2,190.5
13,762
15
Pertumbuhan organik perkhidmatan kejuruteraan
57.4
217
16
Pertumbuhan organik penyeggaraan penerbangan, pembaikan dan pemeriksaan terperinci
283.9
12,059
17
Pertumbuhan organik penyumberaan asing
791.1
25,192
18
Meningkatkan sumber berkemahiran dalam sektor perkhidmatan
717.8
42,999
19
Pertumbuhan organik hab pusat data
509.1
7,059
20
Pengukuhan sektor perakaunan
329.4
2,003
184.3
186
Pendidikan 21
Kelompok disiplin lain
58
Ringkasan Eksekutif
2020 PNK (RM Juta)
No. EPP
Pekerjaan
22
Pertumbuhan organik peruntukan kerajaan untuk pendidikan awam
2,846.5
159,024
23
Pertumbuhan organik untuk segmen tidak penting
1,417.2
92,930
24
Rumah antarabangsa
24.8
118
Elektrik dan Elektronik 25
Industri menyokong kilang pasang siap, syarikat hantuk dan pengasingan dan syarikat subtrat
1,021.6
24,664
26
Applikasi LED untuk peralatan perubatan, industri automatif, syarat, papan tanda pameran, aerospace dan industri pertahanan
729.2
5,040
27
Projek applikasi pengenalpastian frekuensi radio
51.5
229
28
Peluang perniagaan pembangunan hiliran solar
2,499.9
11,500
Perkhidmatan Kewangan 29
Pertumbuhan organik perbankan komersial
9,239.7
70,879
30
Pertumbuhan organik perbankan pelaburan
1,628.6
14,554
31
Pertumbuhan organik perbankan Islam
3,483.6
39,623
32
Pertumbuhan organik insurans dan takaful
4,096.8
46,098
33
Pertumbuhan organik pengurusan aset dan pengurusan harta
592.6
4,744
34
Pertumbuhan organik DFI dan lain-lain
3,446.7
53,412
Penjagaan Kesihatan 35
Pertumbuhan organik sektor Farmaseutikal
148.0
0
36
Pertumbuhan organik teknologi perubatan
694.2
2,492
37
Pertumbuhan organik sektor perkhidmatan kesihatan
3,396.8
142,585
38
Kesejahteraan Warga Emas
317.5
11,400
39
Pembuatan Teknologi Perubatan
22.5
1,170
62,078.4
235,834
1,848.2
195
1.6
0
1,073.1
0
458.1
3,245
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley 40
Pasar pembangunan hartanah
Minyak, Gas dan Tenaga 41
Penjelajahan antarabangsa dan projek pengeluaran
42
Meningkatkan volum untuk logistik utama (saluran paip dan depot)
43
Menambahkan pengeluaran petrokimia melalui pertingkatan proses
44
Meningkatkan pengedaran dan pemasaran produk petroleum
45
Meningkatkan penggunaan elektrik yang dipacu oleh perkembangan GDP
3,516.2
2,520
46
Meningkatkan penghantaran elektrik dan volum pengedaran dan kapasiti
1,758.1
0
Program Transformasi Ekonomi 59 Hala Tuju Untuk Malaysia
2020 PNK (RM Juta)
No. EPP 47
MESI – Industri Pembekalan Tenaga Malaysia (Malaysia Energy Supply Industry)
Pekerjaan
470.0
0
13,986.0
0
3,496.0
26,489
493.1
2,131
5,324.0
0
1,128.5
5,788
Minyak Sawit 48
Pembangunan Hiliran (pertumbuhan organik)
49
Pelaburan huluan (pertumbuhan organik)
50
Perkembangan biodiesel (pertumbuhan organik)
51
Pertumbuhan organik (kesan inflasi)
Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur 52
Pembangunan perkhidmatan mudah alih (mobile)
53
Pembangunan perkhidmatan tetap (fixed)
541.3
3,250
54
Pembangunan perkhidmatan kurier, pos dan penyiaran
500.9
7,563
55
Pembangunan perkhidmatan pemindahan serantau bersih
1,480.6
664
293.8
7,447
1,114.7
9,608
222.9
44,994
7,297.7
220,610
14,125.0
225,481
Pelancongan 56
Pelancongan terancang
57
Kedai-kedai makanan dan minuman
58
Industri teksi
59
Pertumbuhan garis dasar
Pemborongan dan Peruncitan 60
Pertumbuhan organik