PENDAFTARAN PELAJAR BARU PANDUAN DAN SYARAT PENDAFTARAN KURSUS-KURSUS PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH ELEKTRONIK (e-PJJ) & PROGRAM LUAR KAMPUS (PLK) INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
1.
PENDAHULUAN Terlebih dahulu diucapkan TAHNIAH di atas kejayaan anda kerana dipilih untuk mengikuti program di UiTM. UiTM ditubuhkan untuk memperkembang dan mengurus satu siri rancangan pelajaran yang ditujukan khas untuk memenuhi keperluan negara ini bagi menjamin dan meninggikan lagi taraf sosio ekonomi bumiputera. Adalah menjadi harapan supaya anda menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh yakin dan berdisiplin demi masa depan keluarga, masyarakat bumiputera dan negara.
2.
APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA MENERIMA TAWARAN Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran, anda perlu melakukan perkara berikut: (a)
Menyempurnakan Borang Pengesahan Majikan (AKR 82 - 16). Sila serahkan borang ini untuk diisi dan disahkan oleh majikan anda dan bawa bersama pada hari pendaftaran kelak.
(b)
Mengisi lain-lain borang yang berkenaan untuk di bawa pada hari pendaftaran.
(c)
Datang mendaftar
Sila mendaftar di tempat, masa dan tarikh seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran. Jika anda tidak dapat mendaftar pada tarikh yang ditetapkan, anda hendaklah memohon secara bertulis kepada Pengarah, Institut Perkembangan Pendidikan, Dwelling 2, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. 3.
BAYARAN Jumlah bayaran bagi satu semester yang dikenakan ke atas anda adalah seperti yang dinyatakan di dalam lampiran ”Unit Kewangan Zon 18”. Semua pelajar diminta mengambil perhatian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di dalam lampiran tersebut.
4.
CARA-CARA PENDAFTARAN Tarikh pendaftaran adalah seperti di dalam surat tawaran. Anda dinasihatkan supaya datang awal dan jangan menanti ke saat akhir. Sebaik sahaja anda tiba di tempat pendaftaran, anda akan diberi borang yang mengandungi dokumen-dokumen pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya dianggap sebagai “pelajar yang mendaftar” setelah anda mendaftar di semua bahagian seperti dicatatkan dalam borang pendaftaran dan telah membuat kad pelajar. Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian mengikut ketetapan pakaian dan rupadiri pelajar UiTM. Sila pastikan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut diisi dengan lengkap dan dibawa bersama pada hari pendaftaran.
5.
1.
Surat tawaran yang dicetak melalui laman sesawang
2.
Kad Pengenalan & Surat Beranak
3.
Keputusan MUET / Slip Pendaftaran MUET
4.
Salinan asal keputusan peperiksaan SPM / MCE, STPM / HSC, Matrikulasi / Transkrip Diploma / Ijazah. (Salinan fotostat walaupun telah disahkan oleh pegawai yang mempunyai kuasa tidak boleh diterima).
5.
Borang pendaftaran pelajar baru. Sila isikan dengan lengkap sebelum datang mendaftar. (Untuk pelajar kampus Shah Alam sahaja).
6.
Borang pendaftaran kursus (mata pelajaran). Borang ini diberi kepada setiap pelajar semasa mendaftar. Sila pastikan butirbutir di dalamnya diisi dengan lengkap.
7.
Borang Pengesahan Majikan (AKR 82-16)
8.
Dua keping gambar ukuran pasport. Gambar mestilah dengan latar belakang berwarna biru. Sila serahkan di kaunter pada hari pendaftaran.
KAD PELAJAR Kad Pelajar akan dbuat pada hari pendaftaran pelajar baru nanti.
6.
PENGECUALIAN KREDIT KURSUS (MATA PELAJARAN) Sekiranya anda ingin memohon pengecualian kredit kursus (mata pelajaran) anda bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang berkenaan (Borang AKR HEA/RA/PD-2000-1) yang boleh didapati di Pejabat Am, Institut Perkembangan Pendidikan. Kemudahan ini adalah untuk mereka yang mempunyai kelayakan-kelayakan lain dan layak untuk dipertimbangkan permohonannya. Sila berbincang dengan Ketua Program Pengajian bagi program masing-masing di Institut Perkembangan Pendidikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Tarikh akhir penerimaan borang pengecualian kredit ialah 14 hari dari tarikh rasmi pendaftaran kampus berkenaan. Permohonan ini adalah untuk pelajar semester satu sahaja. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah RM100.00.
7.
TAMADUN ISLAM KEPADA PELAJAR BUKAN ISLAM Pelajar-pelajar bukan beragama Islam yang akan mengikuti kursus di peringkat diploma selama 1½ tahun atau lebih dimestikan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam sebagai salah satu mata pelajaran bagi kursus yang diikuti selama 3 semester.
8.
HARI SILATURRAHIM DAN TAKLIMAT PROGRAM InED (Pelajar Shah Alam Sahaja) Semua pelajar kampus Shah Alam yang menerima tawaran DIMESTIKAN mengikuti Hari Silaturrahim dan Taklimat Program yang akan diadakan di Dewan Besar INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam pada 19/02/2012 (Ahad) dari jam 2.00 hingga 5.00 ptg. Di dalam sesi ini pelajarpelajar baru akan diberi taklimat mengenai jentera pentadbiran UiTM dan juga prosedur-prosedur yang berkaitan dengan program pengajian yang akan diikuti. Bagi pelajar kampus cawangan, taklimat akan diberikan oleh Ketua Pusat Pengajian InED kampus berkenaan.
9.
PENDAFTARAN KURSUS (MATA PELAJARAN) Untuk tujuan peperiksaan, pelajar perlu mendaftar kursus (mata pelajaran) yang telah ditetapkan dengan secara atas talian"online" bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 26 Mac 2012. Pelajar tidak dibenarkan membuat pindaan terhadap pendaftaran kursus dan kumpulan kecuali dengan kebenaran Ketua Program Pengajian program. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar diberi “Y” (tidak hadir tanpa kebenaran) di dalam peperiksaan nanti. Kursus yang perlu didaftar oleh pelajar-pelajar baru adalah mengikut struktur program yang disediakan seperti di laman sesawang InED (http://www.ined.uitm.edu.my)
10.
E-MODUL
Mulai sesi Mac 2012, pelajar tidak lagi dibekalkan dengan modul bercetak bagi setiap kursus yang didaftarkan. Pelajar-pelajar perlulah memuat turun dan mencetak sendiri e-modul dari sistem pembelajaran iClass. 11.
MENARIK DIRI Pemulangan yuran sebanyak 75% hanya akan dibuat sekiranya pelajar menarik diri dalam masa 14 (empat belas) hari dari tarikh pendaftaran rasmi mengikut kampus-kampus yang telah ditetapkan. Selepas tarikh tersebut sebarang pemulangan tidak akan dibuat.
12.
MENUMPANG PEPERIKSAAN AKHIR DI KAMPUS CAWANGAN Pelajar yang ingin menumpang menduduki peperiksaan akhir Jun 2012 di kampus cawangan, dikehendaki memohon melalui borang yang disediakan semasa mendaftar atau melalui laman web institut (http://www.ined.uitm.edu .my).
“ SELAMAT MENDAFTAR & SELAMAT MAJU JAYA MENGIKUTI PENGAJIAN DI UiTM ”
/smk