Program Latihan Untuk Guru 2015 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK
1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN
A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam kehidupan seharian. 3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. 4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan. 5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan. 6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan. 7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital sedia ada.
B. Kandungan Pengajaran 1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. 1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian. 1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk melakukan tugasan. 1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi sesuatu peralatan digital.
1
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015 1.1 MENYENARAIKAN
KEGUNAAN
ATUR
CARA
KOMPUTER
DALAM
PERKAKASAN HARIAN Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam Jadual 1.1.1.
Ikon
Nama Bahasa Pengaturcaraan
JAVA Script
MS Visual Basic HTML (Hypertext Markup Language)
Action Script Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan
Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom.
Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.
2
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015 1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan komputer.
Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set arahan dalam atur cara komputer.
a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah.
Contoh 1: Menaiki bas yang menuju ke hospital Membayar tambang Tiba di hospital Turun dari bas Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka
Atur cara komputer lif
Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup
Atur cara komputer lif
Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif
3
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015 Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer.
Langkah-langkah aktiviti harian
Set arahan atur cara komputer
Berjalan menuju ke lif hospital
Menerima input daripada pengguna
Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif Menekan butang ke tingkat lima
(cth: untuk naik ke atas)
Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup Menerima input daripada pengguna (cth: tingkat 5)
Menekan butang tutup pintu lif
Lif sampai di tingkat lima
Tunggu pintu lif tertutup
Pintu lif terbuka seketika
Sampai di tingkat lima
Pintu lif tertutup
Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara
1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI HARIAN Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer.
Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai. Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring. Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.
4
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015 Contoh 2: Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Memilih pedagogi yang sesuai Menyediakan bahan bantu belajar Memastikan bahan bantu belajar berfungsi Masuk ke dalam kelas Memastikan kelas kondusif untuk PdP Menjalankan sesi PdP Membuat penilaian formatif Refleksi PdP
Contoh 3: Situasi: Permainan bola jaring
Murid bersedia dengan pakaian sukan Berjalan ke gelanggang bola jaring Murid memanaskan badan Undian dibuat untuk memulakan permainan Murid mengambil posisi masing-masing Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan Murid mula bermain Wisel penamat dibunyikan Murid keluar padang Tamat
5
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 1: Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan persembahan slaid. Keperluan perkakasan: 1. Gambar Projektor LCD. 2. Gambar Kamera Digital. 3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna. Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan. 3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil perbincangan.
Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara: Bil
Gambar
1
Cadangan jawapan
Langkah-langkah aktiviti harian Pastikan kabel disambungkan dari komputer ke projektor LCD. Suis dihidupkan dan tekan butang ON. Tunggu sehingga lampu projektor LCD terpasang. Setkan resolusi paparan dan tekan butang paparan skrin di komputer. Apabila paparan yang sama kelihatan pada skrin komputer dan layar putih, projektor sedia untuk digunakan.
Set Atur cara Mula Hidupkan komputer Sambung komputer pada projektor LCD Hidupkan suis projektor LCD Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom) Tekan butang paparan skrin di komputer Tamat.
2 3 Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara
6
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015 1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL DALAM MELAKUKAN TUGASAN Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator, jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar.
Peti sejuk pintar
Jam tangan pintar
Perakam video digital
Kamera digital
Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot) Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan objek. Mula
Robot melangkah ke hadapan
Jika bertembung dengan objek
Robot akan berhenti seketika
Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan
Robot terus berjalan ke hadapan
Tamat
7
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar. Keperluan perkakasan: 1. Gambar dan set atur cara: a) Projektor LCD b) Kamera Digital c) Pencetak Pelbagai Guna d) Ketuhar Gelombang Mikro 2. Sampul surat 3. Kertas A4 berwarna 4. Gam Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set arahan bagi satu peralatan digital. 3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi atur cara. 4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama.
1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu lebih efisien. Mula Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan Robot terus berjalan ke hadapan Jika di kiri dan kanan robot ada objek Robot akan berhenti seketika
Arahan Tambahan
Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep Tamat
8
1.0 Memahami Pengatur caraan
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 3: Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.
9
1.0 Memahami Pengatur caraan